Tuesday, January 29, 2013

Berzikir dengan membaca Al Quran

Bacalahlah Al Quran. Membacanya ialah suatu ibadat. Jadikannya sebagi zikir yang boleh dibaca setiap hari walaupun sedikit, tetapi berterusan.

Maksud hadis saw:

"Sesiapa membaca sepuluh ayat Quran (setiap hari) , tidaklah dituliskan dia daripada orang yang lalai".

Tentang kemampuan atau kesanggupan membaca Al Quran begantung kepada kemampuan dan kealiman sesorang mengenai ilmu Al Quran dan penghayatan agamanya.

Imam Shafie mengkhatami Quran dalam sehari semalam dua kali di bulan ramadhan, sekali khatam di bulan-bulan yang lain. Kebolehan seorang ulamak seperti beliau merupakan suatu keistimewaan yang Allah swt berikan. Mereka tidak boleh disamakan dengan orang-orang biasa atau orang kebanyakan.

Kata Abu Abdullah, '' Diantara para sahabat ada yang mengkhatam Quran dalam tiga hari dan ada yang dalam lima hari, tetapi kebanyakan mereka mengkhatam dalam tujuh hari". 

Rasulullah saw pernah bersabda kepada Abdullah bin Umaru kerana menegurnya melampau-lampau dalam beribadat dengan sabdanya:

"Bacalah Ql Qurana sebulan sekali khatam"
Jawab Abdullah, "Tidak, Saya memnag berkuasa lebih daripada itu lagi"

Mendengarkan keterangan tentnag kesanggupan Abdullah, Rasulullah saw masih juga bersabda:

"Bacakanlah dia seminggu sekali khatam dan janganlah lebihkan (pembacaannya) daripada itu".

Sebagai amalan bacaan pertengahan (sedrhana) khatam sekali dalam sebulan adalah digalakkan.. Ini bermakan dengan membacanya satu juzuk setiap hari. Dalam masa sebulan akan dapat membaca 30 juzuk.

No comments: