Isnin, 21 Mei 2012.
Antara amalan harian yang perlu diamalkan bagi mendapat keredhaan Allah
ialah:
1. Solat Tahajjud di waktu tengah malam – tanda kemuliaan seorang mukmin
terletak pada tahajjudnya.
2. Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata
melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh
pemahaman.
3. Solat
berjemaah di Masjid/surau - Terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana
pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan dan
tempat paling suci sebagai rumah Allah.
4.Solat Dhuha- Amalkan solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat
dhuha.
5. Berbuat infak/bersedekh sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka
bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah
setiap hari.
6. Dalam berkeadaan wudhu setipa masa. Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa
ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh
malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
7. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana
dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
8. Banyakkan berzikir kepada Allah. Ingat kepada Allah sebagai tanda bersyukur. Jika kita kurang berzikir pula kita tidak bersyukur kepada nikmat Allah yang kita terima. Zikir juga merupakan makanan rohani yang
paling baik dan dengan zikir dapat menjauhkan dari pelbagai maksiat yang
merosakkan iman kita.
No comments:
Post a Comment