Rabu 4 Januari 2012/10 Safarc 1433
Mempelajari Bacaan al Quraan secara berguru.
Bagi guru dan pelajar al Quran, kaedah “Talaqqi”dan “Musyafahah” adalah teknik yang mesti dilakukan semasa belajar membaca al Quran. Seorang yang membaca quran tanpa berguru dengan kaedah talaqqi dan Musyafahah tidak ada jaminan bacaannya betul sebagaimana yang dikehendaki bacaan Rasulullah saw, yang menggunakan kaedah ini semasa berguru dengan Jibril semasa menerima wahyu kalamullah tersebut. Begitu jugalah kaedah ini digunakn oleh para sahabat dan tabie serta tabie tabien bahkan para imam qurra’ yang terdahulu sehinggalah ke zaman sekarang.
Secara mudahnya kedua-dua takrif tersebut bermaksud seorang guru yang mahir akan membacakan sepotong ayat kepada murid sabil murid mendengar bacaannya, lalu murid tersebut akan membacakan semula ayat tersebut dengan cara bacaan guru tadi. Proses ini adalah proses yang perlu dilalui antara dua belah pihak iaitu antara guru dan murid.Talaqqi adala talqin iaitu murid mendengar bacaan yang dibaca oleh guru dengan lafaz dan bacaan daripada mulut guru.
Bertalaqqi al Quran memerlukan seorang guru yang berilmu lagi mahir dalam bacaan al quran atau mempelajari dari guru quran yang telah khatam al quran dari gurunya. Belajar membaca al quran dengan kaedah bertalaqqi ini adalah wajib. Hanya dengan kaedah ini sahajalah seorang yang membaca dengan cara yang betul akan mendapat ganjaran pahala membacanya. Oleh itu seseorang yang tidak berguru membaca quran tidak mungkin mampu membaca dengan betul tanpa bertalaqqi dan musyafahah.
Oleh kerana pembacaan yang betul hanya diperolehi melalui kaedah talaqqi dan masyafahah, setiap individu haruslah berusaha mempelajari bacaan Quran dengan berguru dan khatam membaca dengan guru 30 juz al Quran membaca di hadapan guru bagi mempastikan sebutan yang betul dari segi sebutan huiruf, makhraj, hukum tajwidnya dan mengikuti sunnah Nabi saw bagi mendapatkan ganjaran pahala yang setimpal dengan kaedah yang di laluinya. Jika bacaan yang dibaca tidak betul, ditakuti sebagaimana maksud hadis, “Beberapa banyak orang yang membaca quran sedangkan quran sendiri megutukkannya”
1 comment:
Ilmu pembelajaran membaca Quran berbeza denghan ilmu ilmu ynag lain. Al Quran tidak dibolehkan mempelajarinya melalui masyhaf tanpa mengambil bacaan dari guru guru yang sanad(baik) bacaan mereka tali menali kepada Rasulullah saw.
Setiap umta Islam tidak dapat tidak perlu mendapatkan guru Al Quran belajar Al Quran secara talaqqi dan musyafahah yakni pengambilan dari mulut ke mulut kerana berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abas bin malik.
"Sesungguhnya Allah menyuruhku membaca Al quran padamu" Jawab "Ubay" Allah memilihku dan menyebut namaku di sisi mu" Jawab Nabi: "Ya".a
Rasulullah saw telah mengambil bacaa dari Jibril. Setiap setahun sekali istimewa pula di tahun akhir hayatnya baginda menyemak dua kali kepda Jibril
Post a Comment