15 Januari 2012/19 safar 1433
• Kuliah Subuh di Masjid kami di Masjid Ar Rahimah pagi Ahad (hari ini) disampaikan oleh Ustaz Dr Saufi yang menghuraikan maksud surah al Ghasyiah. Beliau sempat menghuraikan ayat 1 hinnga 16 dalam masa 40 minit sebalum Majlis tahlil diadakan.
(Al- Ghasyiah bererti " hari qiamat yang meliputi huru haranya" )
[1]
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
[2]
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
[3]
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
[4]
Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -
[5]
Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.
[6]
Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
[7]
Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
[8]
(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
[9]
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -
[10]
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),
[11]
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
[12]
Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,
[13]
Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
[14]
Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
[15]
Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
[16]
Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
Di antara perkara yang dapat saya catatkan dalam nota saya ialah:
1. Pada hari qiamat orang kafir berada dalam keadaan yang hina di hadapan Allah di akhirat dan mengalaman penderitaan di neraka dengan makanan dan minuman yang panas lagi tidak mengenyangkan dan bekerja berat.
2. Sebaliknya Orang beriman dibalas dengan nikmat syurga yang bahagia seperti mata air yang mengalir, minuman dan tempat tninggal yang nyaman. Mereka menetap dalam syurga yang tinggi tempat kedudukan dan darjatnya.
3. Al Quran hendaklah dijadikan panduan bagi petunjuk ke jalan membesarkan Allah dan mengamalkan syariatnya dengan memahami dan mematuh perintahNya sepenuhnya.
Catatan tambahan:
1. Al Ghasyiah adalah salah satu daripada nama hari qiamat.Hari qiamat itu adalah hari yang amat menakutkan (menggerunkan)
2. Surah ini mengingatkan kita supaya kembali kepada Allah swt, sebagai persediaan menghadapi ha...ri hisab dan pembalasan.
3. Tugas Rasulullah itu sebenarlnya ialah untuk memberi peringatan dengna syariat dan hukum yang diturunkan oleh Allah.
4. Dengan khabar buruk yang penuh azab di neraka , manusia diharapkan akan dapat menjauhkan diri supaya tidak terjerumus ke dalam neraka yang penuh azab dengan mentaati perintah Allah dan tidak menyeleweng aqidahnya.See More
No comments:
Post a Comment