Khamis, 5 Mei 2011/3 Jamadil akhir 1432
Bersabada Rasulullah saw:
"Setiapa amal kebaikan itu adalah sedekah dan barangsiapa yang menunjukkan kepada jalan kebaikan itu sama halnya dengan orang yang melakukannya (perihal nilai pahalanya). Allah itu suka sekali pada sesiapapun yang memberi pertolongan kepada orang yang sedang dalam kesengsaraan".
-(HR Daraquthni dan Abu Ya'la)
Pengajaran:
1. Dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepada kita hendaklah kita mengamalkan sifat dermaan dengan mengutamakan kepentingan orang lain yang memerlukan dengan berbuat kebaikan, membanyakkan sedekah dengan menjauhkan dari sifat kikir atau kedekut. Sifat dermaan itu merupakan akhlak yang dipunyai oleh para Nabiuallah 'alaihimus salatu wassalam.
2. Sabda Nabi saw: "Ada dua pekerti yang dicintai oleh Allah swt, iaitu akhlak yang baik serta kedermawanan. Juga ada dua budi pekerti yang dibenci oleh Allah swt, iaitu akhlak yang buruk dan bakhil (kikir). Aapabila seorang hamba itu dikehendaki oleh Allah menjadi orang baik, maka orang tersebut digunakan oleh Allah (sebagai jalan) untuk memenuhi keprluan-keperluan orang banyak".
- (HR Abu Mansur Dailami)
No comments:
Post a Comment