Juumaatr, 27 Mei 2011/23 JAMADIL Akhir 1432
Allah mencela orang yang mahukan dunia melaui amalan, usaha dan niatnya.
Dalam sohih Mslim, diriwayatkan daripada jabir ra,
"Sesungguhnya Nabi saw telah melalui sebuah pasar, sedang orang ramai berada di kedua-dua tepi Banginda (mengiringinya). Baginda lalu berhampiran seekor kambing yang bertelinga kecil dan telah mati. Baginda pun mengambil anak kambing itu, lalu memegang telinganya. Lantas Baginda bertanya:
"Siapakah di kalanagan kamu yang suka memiliki kambing ini dengan harga satu dirham?"
Mereka menjawab, " Kami tidak suka ia menjadi milik kami dengan apa-apa tukaran pun. Apakah yang boleh kami buat dengannnya?".
"Baginda bertanya kembali:"Adakah kamu suka menjadi milik kamu?"
Mereka pun menjawab, "Demi Allah, kalau ia hidup sekalipun, ia masih mempunyai kecacatan ,kerana ia bertelinga kecil. Apatah lagi ia telah mati".
Lalu Baginda bersabda, " Demi Allah, sesungguhnya dunia lebih hina pada padangan Allah berbanding kedudukan kambing ini pada pandangan kamu"
No comments:
Post a Comment