Ahad 1 Mei 2011/28 Jamadil awal 1432
Pendakwahan merupakan tugas yang amat mulia. Inilah satu-satunya tugas yang dijalankan oleh para Rasul sejak dulu lagi untuk menyampaikan risalah Allah supaya mentauhidkan Tuhan dan menyuruh manusia beriabdat kepdaNya.
Diantara peranan dakwah ialah berkasih sayang sesama manusia sama ada yang dalam Islam atau di luar Islam. Kerana sebagaimana Rasuluilah mengasihani umanya dengan mengajak kepada Islam supaya selamat dari azab neraka. Begitu jugala kita berperanan menyelamatkan semua manusia supaya mengamalkan Islam dan dalam menyelamatkan mereka dari api neraka yang akan dukukumkan kepada semua orang yang kafir yang mensyirikkan Allah swt.
Sebagai ugama yang restui dan sebagai ugama yang di sebenarnya melalui Rsulullah saw (sebagai Rasul yang akhir) umat Islam bertanggungjawAb menyampaikan Islam sebagai ugama yang diterima di sisi Allah dan dengan ini dapat menyelamatkan umat akhir zaman ini terjermus ke dalam api neraka.
Bagi mmelaksanakan tugas yang besar ni, iaitu melengkapan diri seorang Islam dengan sempurna dan mengislamkan mereak ynag belu lagi menganut Islam menajdi tugas yang sangat berat yang perlu diusahakan dengan pelbagai pendekatan atau penyampain yang berhikmah.
Di kalangan masyarakat terdapat pelbagai lapisan masyarakat yang antarnya ialah golongan palajar sekolah, golongan belia dan orang dewasa yang masih banyak terbiar dan tidak diberikan apa-apa kesedaran atau pendidikan agama yang dapat mereka mendapkan ilmu dan untuk beramala dengan syariat Islam dalam kehidupan mereka sehari-hari. Tanpa adanya uasaha mendakwah, membibimg mereka ini kan jauhlah golongna darpa amalan-amalan agama dan menjadi ramailah yang tidak megamalkan ajaran Islam dan akan berlakulah maksiat yang ditokok tambah dengan pengaruh kebudayaan barat yang boleh merosakkan kehidupan dan aqidah keprcayaan agama mereka.
Islam dan pembawa ajaran Rasulullah adalah sebagai "rahmat bagi alam semesta/seklaan alam". Oleh iti para pendakwah hendaka merasakan tugas ini begitu penting iatu untuk mngajak kepada penghayatan Islam, menhgajaka menimarakkan masjid untuk berjammah, mengaji agama serta mengamalan sunah Nabi dalam cara dan gaya hidup mereka.
Sifat pengorbanan adalah sifat yang sangat diperlukaa bagi menjalankan sebarang bentuk dakwah dan menyeru kepada kebaikan. Pengorbanan ini merupakan amalan Nabi dan Rasul untuk menyampaikan dakwahnya untuk menghayatai Islam yang diredhai Allah. Dengan melakukan ketaatan kepada Allah akan terhindarlah kemusnahan dan pelbagai musibah yang berlaku dari masa ke masa dengan sebab kemungkaran yang berlaku terhadap Allah. Dengan apa juga alasan seperti berlakunya bencana alam, sebenrnya inilah musibah yang berpunca dari manusia yang bertindak zalim dengan tidak menysukuri dan beribdat kepada Allah dan dengan balasan sebagaimana dengan kehendak dan kekuasaan Allah swt juga.
Oleh itu manusia yang diciptakan Allah yang banyak menikmati segala kemudahan yang di sediakan di muka bumi hendaklah mempercayai dengan beriman kepada Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Agung yang mencipata sekian makhluk di alam ini.
Usaha berdakwah ke jalan Allah ini sejak amalan Nabi dan rasul dahulu lagi, melalui keperitan yang tidak kehabisan dan diteruskan oleh mereka yang mempunyai kesedaran terhadap peranan kenabian ini. Tugas mulia ini terus mendapat perhatian dan pahala di sisi Allah, kerana dengan kehendak Allah jugalah seorang itu akan mendapat hidayah untuk memperbaiki dan mendekati Islam sebagai ugama yang mereka kehendaki yang mendapat kredhaan Allah.
No comments:
Post a Comment