Saturday, January 5, 2013

Berpakain menutup aurat bagi perempuan.

Kewajiban menutup aurat bagi perempuan::

[31]
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

- Surah An Nur: 31

1. Aurat - ialah bahagian anggota tubuh badan seseorang ynag wajib ditutup., baik ketikan bergaul dengan msyarakat, lebi-lebih lagi ketika mengerjalan ibadat solat.

2. Aurat perempuan ialah seluruh anggota tubuhnya melainkan muka dan kedua tapak tangannya.

3. Wanita Islam bukan sahaja diperintahkan untuk menyekat pandangan mereka daripada melhat perkara yang haram dan menjaga kehormatan daripada melakukan zina dan lainnya, tetapi haram bagi mereka mendedahkan tubuhnya kepada lelaki yang bukan mahramnya, kecuali anggota yang zahir iaitu bahagian muka dan kedua tapak tangan sahaja.

4. Oleh itu pastikan kita, anak-kita yang perempuan memahami kedudukan aurat ini dengan memakai pakaian yang ssesuai yang menutup aurat bagi mengelakkan kita terjerumus dalam keadaan yang diharamkan dan berdosa terhadap Allah swt.

Friday, January 4, 2013

Ayat kursi

Jumaat,  4 Januari 2013.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi, adasebuah keterangan mengatakan.

" Ia adalah raja segala ayat al Quran, dan sesiapa yang membacanya setelah solat fardhu, maka tidak ada antara dia dan syurga yang menghalanginya kecuali hanya kematian. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur, maka ia tidak akan didekati syaitan sehingga menjelang pagi".

Kelebihan orang yang bersedekah/menderma

Orang yang melakukan sedekah tentunya lebih baik daripada yang meminta atau yang menerima.

Sabda Rasulullaha saw:

1. "Takutlah kamu akan api (neraka) walau hanya dengan separuh tamar (kurma). Kalau tidak kamu temukan maka (cukup) dengan ucapan yang baik".


2. "Sedekah itu dapat menghapuskan kesalahan sebagaimana air dapat memadamkan api"

3.Barangsaiapa memberi makan saudaranya  sampai mengenyangkan, dan memberi minum sampai menyegarkan, maka Allah menjauhkannya daripada api  neraka tujuh lubang yang di antara lubang satu dengan yang lain (jauh perjalanan) lima ratus tahun".


Monday, November 26, 2012

Khyusuk dalam solat

Pentingnya khyusuk dalam solat. Khusyuk itu wajib. Khyusuk itu menghendaki tenang dengan merendahkan diri dan tauwadhuk.

[1]
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[3]
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[4]
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[5]
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[6]
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[7]
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[8]
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[9]
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[10]
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
[11]
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

(Surah Almu'minun: 1-11)

Catatan: Allah menjekaskan bahawa mereka yang mempunyai sifat-saifat di atas inilah orang-orang yang mempusakai Firdaus. Syurga hanya di pusakai oleh mereka yang mengerjakan perintah Allah swt.

Saturday, November 24, 2012

[213]

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, – mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

                                                                            -(Surah Al-Baqarah: 213)


Sunday, October 14, 2012

Melakukan kebaikan yang sebenar

Maksud Al Quran kebaikan yang sebenar; Surah Al Baqarah, Ayat [177]
"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa".

Penjelasan:

1. Ayat ini diturunkan di Madinah waktu Allah memerintahkan orang Islan supaya mengadap muka waktu mereka solat ke arah Kaabah di Mekah.

2. Sahabat bertanyakan Rasulullah mengenai keimanan dan kebaikan sebenarnya, Waktu itu turunnlah ayat di atas yang menjelaskan tentang keprcayaan seperti yang disebutkan iaitu:

         1. Percaya kepada Allah
         2. Percaya kepada hari akhirat.
         3. Percaya kepada Kitab
         4. Percaya kepada Nabi-nabi

Kebaikan juga meliputi mengeluarkan harta yang menjadi kesayangannya  kepada orang ini:

          1. kepada kaum kerabat
          2. Kepada anak-anak Yatim
          3. Kepada orang keputusan perbelanjaan
          4. kepada hamba yang hendak memerdekakan diri

Di samping itu kebaikan juga adalah melakukan perkara berikut:

         1. Mengerjakan solat
         2. mengeluarkan zakat
         3. Menunaikan janji apabila berjanji dengan orang lain
         4. Bersabar di waktu kesusahan.

Ayat ini menjelaskan bahawa Islam mementingkan amalan hidup di dunia dan akhirat.Sifat-sifat suka berinfak, melakukan kebajikan sesama manusia akan menjamin kebaikan kita di dunia dan di akhirat.Sifat-sifat in menjadikan seorang muslim dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Secara ringkasnya kebaikan itu apatlah dirangkumkan sebagai melakukan perkara-perkara yang berunsurkan keimanan kepada Allah, mengerjakan ibadat yang ditentukan oleh Allah dan melakukan kebajikan sesama manusia.Seorang Islam bertanggungjawab melakukan ibadat kepada Allah dan melakukan kebaikan  kepada manusia. Dalam melaksanakan tanggungjawb kita dijkehendaki supaya bersabar dan sanggup menghadapi kesusahan dan ujian.

Wallahu a'lam.




Friday, October 5, 2012

Pentingnyamenjaga kesihatan diri


Kita  buka sahaja perlu menjaga makanan ynag diambil, menjaga otak dan rohani tapi juga menjaga kesihatan fizikal dari serangan penyakit yang boleh menyeranga anggota tubuh badan kita.

Ikuti apa pendapat kajian pihak kementerian Kesihatan mengenai kecuaian rakyat Malaysia mengambilo berat mnegnai kesihatn mereka.



75 peratus rakyat Malaysia tidak bersenam - Rosnah Abdul Rashid

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Sebanyak 75 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia didapati tidak atau kurang melakukan senaman, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Beliau berkata sebahagian rakyat negara ini tidak sedar mereka terdedah kepada penyakit pembunuh "dalam diam" seperti diabetes dan hipertensi disebabkan amalan gaya hidup kurang sihat.
"Di Malaysia, kira-kira 2.6 juta penduduk dewasa menghidap penyakit diabetes, 5.8 juta menghidap hipertensi dan 6.2 juta mempunyai kolestrol tinggi.

“Apa yang lebih merungsingkan ialah ramai dalam kalangan rakyat tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit pembunuh dalam diam itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Hospital Ampang di sini hari ini.
Jelasnya, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan prevalen penyakit diabetes meningkat 15.2 peratus pada 2011 berbanding 11.6 peratus pada 2006 manakala hipertensi dalam kalangan dewasa berumur lebih 30 tahun juga meningkat daripada 32.2 peratus pada 2006 kepada 32.7 peratus pada 2011.
Rosnah berkata peningkatan itu jelas membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak bukan sahaja di peringkat kementerian bahkan peringkat akar umbi termasuk hospital, Klinik Kesihatan dan anggota masyarakat sendiri.
"Selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan pemakanan sihat, pemeriksaan saringan kesihatan juga amat penting, dan kita amat menggalakkan rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan penyakit-penyakit berkenaan dikurangkan," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121005/dn_27/75-peratus-rakyat-Malaysia-tidak-bersenam---Rosnah-Abdul-Rashid#ixzz28QrL4lKs
© Utusan Melayu (M) Bhd