Friday, April 29, 2016

Berhajat kepada perolongan Allah, berdoalah.

Firman Aah swt Surah Fatatir,Ayat 15, yang bermaksud.
"Wahai umat manusia,kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara),sedangkan Allah Dialah sahaja Yang Maha kaya lagi Maha Terpuji"
Sebagai makhluk yang serba kekurangan tentulah berhajat kepada pertolongan dan petunjuk Allah dalam menjalankan ke hidupan kita harian.Cara yang terbaik ialah dengan kita ,memohon atau berdoa kepada Allah.Di samping kita berusaha dan berikhtiar maka hendaklah kita berdoa dan bertawakkal dan mengharapkan hajat kita dikurnikan Allah Yang Maha Pemurah .
Didalam al Quran terdapat jenid doa -doa yang diapat dijadikan panduan dan di amalkan untuk kita berdoa. Begitu juga banyak doa-doa yang di tinggalkan oleh Nabi saw untuk kita memohon doa selaian daripada apa yang kita sendiri ungkapkan dalam doa yang sesuai dengan permohonan kira.Kesungguhan kita berdoa tanpa jemu dan putus asa, merupakan pendekatan yang sewajarnya diamalkan da bersangka baiklah tentang rahmat Allah yang dijanjikan kepada hambanya ynag memohon kepadaNya.
Firman Allah dalam surah Al Baqarah. Ayat 186)
"Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka0, Aku memperkenankan permohonan orang berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran".

No comments: