Friday, June 26, 2009

Bertaubat dan mohon keampunan kepada Allah swt

Jumaat, 26 Jun 2009/2 Rejab 1430


Manusia tak banyak sedikit tentu saja melakukan dosa semasa dalam perjalanan hidunpnya di dunia ini. Adalah menjadi kewajipan kita supaya memohon keampunan di atas dosa-dosa yang dilakukan. Tidak sekali-kali seorang Islam berputus asa dengan janji Tuhan yang akan mengampunkan dosa-dosa kita selagi kita tidak berlaki syirik terhadapnya. Allah yang dikenali dengan sifat Maha Penyayang dan Maha Pengasih serta jua Maha Pengampun akan memberi keampunan kepada mereka yang memohon keampunan kepadaNya. Liihatlah seperti hadis ynag diturunkan di bawah ini, bagaimana Allah yang besifat pengampun itu boleh mengampunkan kesalahan ynag dilakukan oleh hamba-hambanya. Oleh itu bersegeralah bertaubat dan berharapkan dengan penuh harapan kepada Allah SWT, agar dosa-dosa kita diampunkan.

Dari Anas r.a beliau bekata: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda,:"Allah berfirman, Wahai anak Adam, selagi engku meminta dan berharap daripadaKu, maka Aku akan ampunkan semua (dosa) mu yang telah lalu dan Aku tidak peduli.

Wahai anak Adam, seandainya dosamu sampai setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun kepada Ku, niscaya Aku memberikan keampunan kepadamu.

Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada Ku dengan dosa sepenuh bumi, dan engkau tidak menyekutuka Aku dengan yang lain, niscaya Aku akan datang kepadaMu dengan (memberikan) ampunan sepenuh (bumi pula)".

Riwayat oleh Imam Tirmizi dan ia berkata: "Hadis haan sahih"




Kasih/ Cinta kepada Rasulullah.


Selain hadis-hadis yang mengikat iman dengan kecintaan terhadap Nabi SAW, kita juga menemukan hadis-hadis yang menjadikan cintakan Nabi SAW sebagai pra-syarat bagi mendapatkan matlamat-matlamat sehebat kemanisan iman dan seagung dapat bersama dengan Nabi SAW dalam syurga Allah SWT.

Rasulullah SAW diriwayatkan bersabda, Sesiapa yang terdapat di dalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka.

(riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i di dalam Bab Iman)

Diketika yang lain seorang sahabat telah menanyakan baginda SAW, “Bilakah akan berlaku hari kiamat, wahai Rasulullah?” (Dia bertanya sedemikian seolah-olah berasa rindu kepadanya). Jawab baginda SAW, “Apakah yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari kiamat?” Jawabnya, “Aku tidak bersedia menghadapinya dengan banyak melakukan solat, puasa (sunat) atau pun bersedekah tetapi aku amat kasih kepada Allah dan Rasul-Nya”. Sabda Baginda SAW, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi”. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Melihat nas-nas yang jelas di atas, apakah patut kita masih ragu-ragu atau lemah dalam berusaha membalas cinta kekasih yang unggul ini? Bijakkah kita jika masih menjulang cinta dunia melebihi cinta kita terhadap Nabi SAW?



Semoga Allah SWT dengan limpahan rahmat-Nya, berkenan menganugerahkan kita dengan cinta-Nya, cinta Rasul-Nya, dan menyubur-mekar dalam sanubari kita cinta tulus terhadap Rasulullah SAW sebagaimana yang selayak dan sewajarnya cinta suatu umat yang mulia kepada Nabinya yang agung, SAW. Wallahu a’lam.

Jauhilah Syubuhat.


Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir radhiallhu 'anhuma, beliau berkata:"Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan antara keduanya ada hal-hal yang syubuhat (samar-samar), kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. maka barangsiapa menjaga dirinya dari hal-hal yang syubuhat tersebut, maka bererti ia telah menyelamtakan agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan hal-hal yang syubuhat tersebut, maka ia terperangkap dalam haram ibarat pengembala yang bergembala di sekitar kawasan larangan, lambat laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja memiliki kawasan larangan (yang tidak boleh didekati). Ingatlah bahawa kawasan Allah adalah apa-apa yang diharamkannya.

Ingatlah bahawa dalam jasad setiap orang itu ada segumpal daging, jika ia baik, baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rosak, rosaklah seluruh jasadnya, Ingatlah! Dia itu adalah hati'"

Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

No comments: