Sebagai seorang Muslim tentu kita berminat untuk tahu bagaimana kita dapat beamal seebagaimana yang dikehendakki dalam agama sebagai seorang Islam.
Sebagai senarai semak Jadual amalan harian untuk rujukan bersama di bawah ini kalau dapat kita laksanakan tentulah dapat kita merasakan kenikmatan beramal untuk mendapat keredhaan Allah setiap hari dalam hidup kita. Ini sebagai sebahagin daripada panduan yang boleh digunakan dan tambahlah dengan amalan seperti doa dan amalan kebajikan yang baik.
1.4.30 am -Bersyukur setelah bangun tidur.
Doa selepas wudhuk
Siolat Sunat Wudhuk.
2. 5.00 am- Lakukan sllat tahajjud 2 rakaat sekurang-kurangnya>
3. 5.45 am- Cuba solat subuh di masjid, niat iktikaf, solat tahiyaatul masjid, menjawb seruan azan, solat sunat subuh dan dapatkan saf pertama/di hadapan.
4. 6.15am-Baca istighfar lepas solat, zikir, ayat kursi. doa dan doa keampunan untyk semua orang islam. Zikir subhanallah wabbihamdii ‘adada khalqihi…” 3x atau 9 kali.
5. 6.45-Baca “Qulhuallahu Ahad” 3X atau 9 X, selawat 3x atau 9 x. baca beberapa surah al Quran.
6. 7.30am- Cuba tunggu hingga terbit matahari untuk solat Isyraq.
7. 7.40am- Solat dhuha dan baca surah Al Waqiah
8. -Banyak bersyukur , teruama selpeas makan, pagi, petang dan malam
9. -----memberi salam kepada keluarga dan teman-teman di pagi hari.
10. 8.00am-Niatkan bekerja, dan apa sahaja tugas harian kerana Allah Ta’ala, mencari rezeki yang halal. jauhkan mendengar umpatan, fitnah dan ,menzalimi hak orang lain,Ingat kelebihan akhla yang baik.
11. Menolong orang perlukan bantuan.
12. Zikir “tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan Lahaula wala Quwwata…” jika di dalam kenderaan.
13. 1;30pm- Cuba solat zohor di masjid berjemaaah. Jika tidak sempat , solat asar di masjid.
14. Kelebihan hati yang sentiasa ingakan masjid, hulurkan derma untuk masjid, banyakkan langkah ke masjid. Jika ada solat jenazah, ikut sekali.
15. Cuba ketepikan RM5 setiap hari umtuk membantu orang Islam yang susah, atau untuk tujuan dakwah.
16. Petang — Jika dapati ada teman berpuasa, den beri makan kepadanya.
17. 7.30 pm- Cuba solat maghrib, terutama isyak di masjid berjemaah, menjawb azan.
18. Cuba hadir kelas ilmu di masjid.
19. Pulang-memberi salam kepada keluarga dan didik anak menjadi anak yang soleh
20. Jika ditimpa sakit atau musibah - bersabar dengan dugaan hidup.Jangan lupa membaca doa ketika ditimpa musibah.
21. Tanamkan kepada keluarga cinta kepada Rasululhah saw
22. 11.00 pm- Solat sunat witir sebelum tidur jika tidak solat tahajjud malam. Doa sebelum tidur dan niatkan tidur untuk rehat bagi ibadah esok hari’
23. Mahasabah diri sebelum tidur. “Adakah anda telah melakukan perbuatan dan perkara-perkara yang merosakkan amalan pahala di hari akhirat?
No comments:
Post a Comment