Monday, October 3, 2016

Amalan memohon keampunan kepada Allah dengan penghulu isghfar.

Allah swt meneraangkan dalam surah Muhammad ayat19. yang berrmaksud,

"Dan mohonlah keampunan atas dosamu dan atas (dosa) orang lelski dan perempuan yang beriman"


Dengan memohon kemampunan dan bertubat di atas kesalahan dan maksiat yang dilakukan, kita mengharapan mendapat keampunan daripadaNya.Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Allah juga menerangkan dalam surah Al Anfal ayat: 13.

"Dan Allah tidak akan sekali-kali akan menyiksa mereka sedang kamu (Wahai Muhammad)  ada dalam kalangan mereka, dan Allah tidak akan menyiksa nereka sedangkan mereka beristiggfar   (memin


Dan bacaan istigfar yang paling sempurna adalah sebagaimana yang terdapat dalam sahih
ta ampun)
al- Bukhari dari Syaddad bin Aus r.a, dari Nabi SAW, baginda bersabda maksudnya : “Penghulu istigfar adalah apabila engkau mengucapkan :


اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ،

أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْلِى فَـإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.

Maksudnya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikMu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau". 
(Hadis Riwayat Bukhari)

(Sekurang-kurangnya di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang. Sebaik-baiknya dibaca 100 kali dalam masa sehari)

Faedah dari bacaan ini adalah sebagaimana yang Nabi SAW  sabdakan dari lanjutan hadis di atas,

“Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk penghuni syurga. Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni syurga.”

(Hadis Riwayat Bukhari)