Wednesday, February 10, 2016

Balasan syurga kepada taat kepada Allah

Firman Allah swt dalam surah Al Hadid ayat 21 yang bermaksud:
" Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar."
Sesiapa yang bersungguh-sungguh melakukan ketaatan kepada Allah swt, mereka akan ditempatkan di syurga sesuai dengan tingkjatan darjat yang berbeza-beza sesuai dengan amalan masing-masing semasa di dunia..Allah memang merintahkan kepada manusia supaya berlumba-lumba mengerjakan kebaikan sebagaimana maksid firmanNya di atas..

Tujuan hidup

Terfikir untuk menjawab beberapa soalan yang memerlukan jawapan yang agak panjang.
Kehidupan itu apa?
Apakah tujuan hidup?
Sebagai makhluk Allah swt yang diciptaNya tentulah kehidupan itu mengikuti sebagaimana kehendak atau perintahNya.Tidak mungkin mengikut rekaan atau nafsu manusia yang terjadi dengan ciptaan Allah. swt.
Jika kita dapat melakukankan sebagaimana yang dituntut oleh Allah, kehidupan kita akan bahagia dan terjamin baik di dunia apatah lagi di akhirat.
Hidup yang kekal abadi adalah di akhirat. Persediaan dan bekalan amal yang secukupnya semasa menjalani hidup di dunia diperlukan untuk berjaya menikmati syurga Allah di akhirat.
Hidup di dunia (alam fana) adalah sementara dan singkat sahaja masanya. KIta akan menlalui alam barzah dan alam akhirat yang tentunya lebih jauh dan menghadapi cabaran yang lebih besar yang hanya dapat di selamatkan dengan amalan baik yang kita lakukan semasa hidup di dunia ini sebagai bekalan.
Semoga dengan amalan yang sedikit yang dapat kita lakukan dan rahmat yang tidak terhingga yang Allah dapat keurniakan kepada mkhluknya, kita akan dapat ganjaran syurga di akhirat yang sangat sedikit kita dapat mengkaji dan memahaminya..
Jika mampu dteruskan memanglah memerlukan masa untuk menganalisa dan merancangkan untuk akhiurat kita ini.
Ya Allah berikan lah petunjuk dan permudahkanlah kami menjalani hidup di dunia ini dan akhirat dengan rahmatMu Yang Maha Luas ,Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Wallahu a'alam.