Tuesday, August 11, 2009

PERKAHWINAN ITU SATU IBADAT

Selasa, 11 Ogos, 2009/20 Syaaban 1430

Terjemahan Pilihan Ayat-ayatvAl Quran:


1.An Nisa: 3


Wahai sekalian manusia ! Bertaqwalah kepada tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula dari diri yang satu (Adam) satu pasangannya (isterinya Hawa) dan yang membiakkan dari keduanya, zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan betaqwalah kepada Allah kepada Alah yang kamu selalu meminta dengan menyebut2 namaNya, dan peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat, sessungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.



  1. An Nur : 32


Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) , Jika mereka miskin Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, keran Allah amat luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya) lagi amat mengetahui.

    3. Ar Rum: 21


Di antara tanda-tanda yang membuktikan kebenaranNya dan rahmatNya ialahIa menciptakan untuk kamu (kaum lelaki) akan isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hatidan hidup berkasih mesra dengannya, dan dijadikan pula di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan bertimbang rasa. Sesungguhnya yang demikian itu keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.


    4. At Tur : 21


Dan orang-orang beriman yang dituruti oleh zuriatnya (keturunannya) dalam keadaanberiman. Lalu Kami hubungkan merekadi dalam syurga dan Kami tidak mengurangkansedikit pun pahala malan mereka.Tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang di kerjakan.



Keterangan huraian ayat yang dibacakan.


Daripada ayat-ayat Al Quran yang dibacakan tadi, Allah menggambarkan sifat semula jadi manusia, ia itu cinta dan kasih kepada keluarga (isteri dan anak-anak) dan di antara suami isteri saling perlu memerlu, ibarat pakaian yang setiap hari kta guna dan setelah itu dijaga dan dibersihkan serta disimpan di tempat yang baik lagi selamat.


Manusia hendaklah kembali kepda fitrah manusia ia itu suka hidup berkasih sayang, bermesraan dengan keluarga, suka kepada suasana aman damai dan tenteram. Kerana dorongan fitrah itu, biasanya manusia sanggup membayar dengan harga yang mahal untuk harga kasih sayang, harga kedamain dan ketenteraman.


Islam menggalakkan manusia agar hidup berkasih sayang di antara suami dan isteri serta anak-anak. Allah menyediakan pula ganjaran yang besar dengan diberinya pahala dan syurga di akhirat bagi sesiapa sahaja yang mendirikan rumahtangga, mendidik keluarga dengan kasih sayang dan menyediakan keperluan untuk rang yang berupa tempat tinggal, makanan dan pakain serta pendidikan dan pelajaran.


Sesungguhnya kekeluargaan dalam Islam merupakan institusi yang berangkaian membawa wujudnya rangkaian masyarakat yang besar, membawa kepada negara dan alam sejagat. Ikatannya ialah iman dan taqwa, lalu bertolak dari situlah lahirnya kasih sayang di antara keluarga dan membawa wujudnya ketenagan dan kedamaian.






Monday, August 10, 2009

Tafakur Mengingati Allah swt

Tafakur ialah merenungkan dan memikirkan kebesaran dan kekuasaan Allah swt, pada masa-masa yang sesuai seperti di tengah malam ynag sunyi. Dengan bertafkur kita akan dapat melaksanakan kehidupan duia dengan baik dan juga mengamalkan ibadah untuk bekalan akhirat.

Faedah dari tafakur ini ialah untuk memperpendek angan-angan, memperbaiki amal dan mempersiapkan bekal untuk hari akhirat. Hendaknya kita juga memikirkan amal-amal yang telah dijelaskan oleh Allah yang berhubungan dengan wali-waliNya dari orang-orang yang berpaling dariNya, dan memberikan pahala dan seksa pada dua kelompok itu di dunia dan di akhitat.

Seluruh ciptaan Allah adalah sumber dari berafakur yanag dapat mempengaruhi dan memperkuh keimanan yang mendalam di dalam hati. Dan jangan sekali-kali kita fikirkan zat Allah dan sifat-sifatNya dengan penyelidikan dan perbincangan hakikatnya secara mendalam. Kerana hal itu sangat tidak sesuai dengan keterbatasan otak dan akal manusia yang tidak mmampu menjangkaunya.

Sabda Rasulullah saw, "Fikirkanlah kekuasaan-kekuasaan Allah dan Janganlah kau fikirkan zatNya . Sesungguhnya kau tidak akan mampu memikirkan hakikatNya:".

Antara kaedah tafakur yang boleh dilaksanakan adalah:

1. Memikirkan ciptaan dan kekuasaan Allah swt, baik yang nyata dan nsamar, yang ada di bumi dan di langit.

2. Renungkan kurnia Allah yang dianugerakan kepadamu, dan nikmat-nikmat yang dilimpahkan pada mu.

3. Renungkan keluasan ilmu Allah yang melihat dan mengawasimu.

4. Renungkan kekurangan-kekurangan dalam ibadahmu dan pelanggaranyang engkau kerjakan yang dapat menimbulkan kemurkaan Tuhanmu.

5. Renungkan kehidupan dunia dan segala kesibukan dan kehancurannya yang berlangsung dengan cepat.Renungkan pula segala sesuatu yang berhubungna dengan akhirat, baik kenikmatan dan kekelan hidup di sana.

6.. Fikirkann saat kematian serta kerugian dan penyesalan setelahnya.

Sunday, August 9, 2009

Mayat sesudah dikuburkan

Ahad, 9 Julai 2009/18 Syaaban 1430 (Nota Semalam 8.8. 09 diadakan majlis pertunangan Na)

Mayat sesuduh dikuburkan.

Apabila mayat itu telah dimasukkan dalam liang kubur lalu diurung dengan tanah, dan orang-orang yang mengusung dan mengantarkan e kubur itu sudah sama pergi dan pulang meninggalkannya, maka jadilah ia sendirian di dalam kubur dengan tiada teman, tiada lampu, tiada makanan dan tiada minuman Selanjutnya kalau mayat itu calon ahli syurga,maka baginya di dalam kubur dibukakan pintu syurga dah kepadanya diucapkan:

"Itulah tempat tinggalmu dan apa saja yang disediakan Allah di dalam syurga adalah untukmu"'. Mayat itu makin riang dan gembira , Kemudian di perluas tempatnya di dalm kubur 70 hasta, dan diterangi padanya, dan dikembalikannya jasadnya pada asal kejadianya. Kemudian rohnya dimasukkankan dalam kumpulan roh-roh yang bagus, yakni berwujud sebagai sebagai seekor burung yang tergantung di salah satu pohon syurga.

Demikian menurut keterangan dalam musnadnya Imam Ahmad bin Hanbal, dan kitab sahihnya Abu Hatim.Dan sebaliknya keadaan mayat orang kafir di dalam kubur itu adalah sebagai sebalknya yang tersebut tadi. Dalakm hal itu telah disebutkan dalam sebuah hadis, bahawa rasulullah bersanda, "Kemudian orang-orang kafir itu disempitkandi dalam kuburnya, sampai remuk tulang rusuknya. Demikian itulah kehidupan ynag sempit yang penuh dengan kecelakaan dan kesengsaraan."

Sabda Nabi saw, " Sesungguhnya salah seorang dari kamu, jika telah mati, maka diperlihatkan kepadanya akan tempatnya setiap hari dan petang, Jika ia calon ahli syurga, maka dari ahli syurga, dan jika ia calon ahli neraka, maka dari ahli neraka di katakan,: "Inilah tempatmu hingga Allah membangkitkan kepadanya pada hari kiamat"
- (HR Muslim)
Disebutkan pula dalam hadis ynag lain, bahawasanya Nabi saw bersabda, Ertinya, " Apabila seorang itu sudah mati, maka diperlihatkan baginya akan tempatnya setip pagi dan petang. jika ia termasuk ahli syurga , maka ia melihat syurga, dan apabila ia termasuk ahli neraka , maka iapun (melihat) neraka. Nabi bersada: Kemudian dikatakan: ,"Inilah tempatmu yang kamu akan dibangkitkan kepadanya di hari akhirat."

- (HR. Muslim)

Demikianlah secara ringkas mengenai keadaan mayat di dalam kubur menurut hadis Nabi saw.

Thursday, August 6, 2009

Menuntut ilmu secara tidak ikhlas- padahnya

Khamis. 6 Julai 2009, 15 Syaaban 1430

صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ. (الترمذي وابن ماجه)

34 - Dari Ka'ab bin Malik ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang menuntut ilmu, dengan tujuan bermegah-megah menandingi alim ulama dengan ilmunya itu, atau dengan tujuan bertengkar dan bertegang urat dengan orang-orang yang jahil dengan ilmunya itu, atau pun dengan tujuan menarik dengan ilmunya itu perhatian orang ramai memujinya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka. "

(Tirmizi dan Ibnu Majah)

Hadis yang ketiga puluh empat ini mengingatkan:

Huraiannya:

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa tiga perkara yang tidak sepatutnya dijadikan tujuan bagi menuntut ilmu agama:


1 - Bermegah-megah menandingi alim ulama.

2 - Bertengkar dengan orang-orang jahil.

3 - Mendapat pujian orang ramai.

Sesiapa yang menjadikan salah satu dan tiga perkara yang tersebut sebagai tujuannya dalam mempelajari ilmu agama, maka amatlah buruk balasannya, kerana sikap dan tujuannya yang demikian bukan sahaja merosakkan dirinya sendiri bahkan juga membawa kerosakan kepada agama Allah yang dibawa oleh RasulNya.

Kejadian yang demikian dapat disaksikan di mana-mana; ada di antara orang-orang yang mempelajari ilmu agama tetapi perbuatannya memburukkan Islam. Ada pula yang tidak beramal menurut ilmu dan ajaran Islam yang dipelajarinya, kerana amal bakti itu bukan menjadi tujuannya; pada hal tujuan yang tunggal bagi menuntut ilmu agama itu ialah untuk mencapai keredhaan Allah Taala dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Wednesday, August 5, 2009

Dunia Hanya Sementara

Rabu, 5 Julai 2009/14 Syaaban 1430




Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu
ia bersabda:" Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau
orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)".

Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:"Jika engkau berada di waktu petang,
maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di
waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari
sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa
mati engkau.

(al-Bukhari)



Huraian:

1. Dunia adalah tempat untuk manusia beramal dalam sekian waktu yang
ditentukan dan bukanlah tempat untuk bermukim, bersenang lenang
sepanjang hayat kerana kedudukan seseorang itu di dunia ini adalah
seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman
tempat asalnya iaitulah alam akhirat yang kekal abadi.

2. Untuk itu, tiap-tiap amal ada waktunya di mana apabila luputnya
waktu sesuatu amal belum tentu waktu itu akan berulang kembali. Oleh
itu orang yang mengerti nilai waktu akan menyedari bahawa waktu itu
sebenarnya adalah umurnya yang jika habisnya suatu detik waktu maka
berkuranglah jangka hayatnya dan berkurang pula tempoh amalnya.
Selepas itu kekecewaan dan penyesalan tidak berguna lagi.

3. Oleh itu seseorang yang inginkan kebahagian yang kekal abadi
hendaklah memelihara waktunya daripada terbuang dengan percuma atau
sebelum tiba waktu yang menghalang seperti sibuk, sakit dan sebagainya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.


Tujuan kita hidup di dunia inia ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Menunaikan segala perkara yang diperintahkan dan meninggalkan segala perkara ynag dilarangNya. Kita wajib patuh kepada Allah swt, tanpa menyengutukanNya dengan sesuatu. Kita diberi ganjaran balasan yang baik jika kita melakukan amal soleh dan Allah akan memberikan pembalasan yang buruk jika kita derhaka melanggar suruhanNya.


Firman Allah: "Katakan (Muhammad): Kehidupan di dunia ini adalah kecil atau sedikit sedangkan kehidupan di akhirat itu lebih baik buat orang-orang yang bertaqwa kerana di akhirat kelak orang bertaqwa tidak akan menemui kesusahan (penganiayaan) walaupun sedikt.'

- ( Am- Nisa: 77)


Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia saripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunuia ini benar-benar merupaka godaan dan penghaknagnynag plaing besar ynag akhirny mjnyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga. Cukuplah dengan apa yanh kita ada dan cukuplah dengan kenikmatan yang kita kecapi agar dunia tidak akan membawa kehacuran kepada diri kita. Jadikan setiap yang kita lakukna di dunia ini sebagai ibadah agar dapat menambahkan lagi keimanan kepada Allah. Carilah keredhaan Allah dan jauhkan dari kemurkaan Allah. Dunia adalah jambatan untuk kita mencari bekalan menuju ke negeri akhirat yang kekal. Oleh itu jadiklan hidup yang sementara di dunia ini sebagai tempat untuk mempersiapkan diri mengahdapi hari akhirat yang lebih panjang dan berkekalan.

Tuesday, August 4, 2009

Al Quran sebagai pemberi syafaat di Hari Akhirat

Selasa. 4 Julai 2009/14 Syaaban 1430 H

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”

Riwayat Muslim

Huraian

Pengajaran Hadis:

i) Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.

iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.”

iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.

v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.


Al-Quran pemberi syafaat


Jadikanlah bacaan al-Quran sebagai wirid dan amalan yang berterusan yang dibaca di waktu siang dan malam, Jika ianya dibaca satu juznsetiap hari seseorang itu dapat menghatamkannya dalam masa sebulan. Jika mampu quran itu hendaklah dibaca dalam masa 3 hari berkhatam.

Rasulullah saw bersabda yang betmaksud :

"Ibadah yang paling utama dari umatku adalah membaca Al Quran"
- (HR Hakim )


Sesungguhnya kelebihan Al-Quran tidak terhitung oleh kita. Kalam Allah ini hakikatnya, merupakan mujizat terbesar Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW Lantaran itulah, jika kita mengamalkan dan mencintai akan al-Quran, insya-Allah kelebihan itu akan singgah dan menetap di dalam diri kita.

Yang pastinya, apa sahaja yang dilakukan di dalam kehidupan seharian kita akan terpelihara dengan ruh al-Quran.

Begitulah besar sekali kelebihan dan kemuliaan yang Allah janjikan kepada mereka yang membaca al-Quran, apatah lagi bagi mereka yang menghafaz kalam Allah ini.

Hakikatnya, pembacaan al-Quran tanpa berusaha memahami pengertiannya adalah merupakan satu kerugian besar.
Menyedari kepentingan inilah maka ramai ibu bapa dan penjaga malah individu berusaha belajar teknik mempelajari, memahami, sekali gus menghafal. Ini diperteguhkan dengan fadilatnya yang bukan calang-calang hebat.

Salah satu kaedah paling mudah dalam belajar seterusnya menguasai pembacaan dan penghafalan al-Quran adalah dengan menggunakan bantuan seperti mendengar berulang kali menerusi cakera padat (CD) atau kaset.

Semasa membaca ayat yang berisi ke Esaan dan keagunganNYa , penuhilah hati kita dengan keagungan dan kebesaranNya pula. Pada ayat yang berhubungan dengan janji dab ancamanNya, penuhilah hati kita dengan kegembiraan dan rasa takut. Sedangkan pada ayat yang mengandungi perintah dan laranganNya, bersyukur dan sedarilah kekurangan kita dalam beribadah serta mohonlah ampun kepadaNya dan berlaku taatlah kepada Nya.

Kita dituntut selalu membaca surah dan ayt yang disebutkan dalm hadis Nabi saw yang di dalamnya mengandungi fadhilat yang besar.

1. Bacalah surah: Alif Lam Mm As sajadah, Al Waqiah, Al Mulk dan 2 ayat akhir surat al Baqarah setiap malam.

2. Surah Ad-Dhuha pada setiap malam Isnin dan Jumat.

3. Surah Al Kahfi pada setiap malam jumaat dan hari jumaat.

4. Jika segalanya memungkinkan baca pula ayatul mnjiat As-Sab'a (tujuh ayat keselamatan) setiap malam.

5. Bacalah tiap pagi dan petang beberapa ayat daro surah Al Hadid (1-4) Al Hasr (21-24), Al Ikhlas 3 kali, Al Falaq dan An Nas 3 kali.

6. Bacalah surah Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas, ayat kursi dan Al Kafirun sebelum tidur.



Tanda-tanda Kebagusan Akhlak

Sesungguhnya kebagusan Iman itu ialah iman. Dan keburukan akhlak itubialah nifak(sifat orang munafik). Allah Ta'ala menyebutkan sifat-sifat orang mukmin dan orang munafik dalam firmannya. Dan sifat-sifat itu pada jumlahnya adalah buah (hasil) kebagusan akhlak dan keburukan akhlak. Surah almu"minun :ayat 1-10. Maksudnya:

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman itu. Mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari perkataann yang tidak berguna.Dan orang-orang yang menunaikan zakat). Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya (tidak melepaskan syahawatnya). Melainkan kepada isterinya atau budak yang mereka miliki,
Maka sesungguhnya mereka itu tiada tercela. Tetapi, orang-orang yang mencari selain dari itu, maka merekalah orang-orang yang melanggar batas. Dan orang beriman dan beruntung juga, orang-orang yang memlihara amanat-amanat yang diberikan kepadanya serta janji yang dibuatnya. Dan orang-orang yang menjaga solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi."...(yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya).

Monday, August 3, 2009

Luasnya Rahmat Allah kepada hamba-hambanya.

Isnin 3 Julai 2009/12 Syaaban 1430H

Bersabda Rasulullah saw;


"Barangsiapa berniat untuk mengerjakan kebaikan kemudian tidak (dapat) mengerjakannya, Allah
mencatatkannya sebagai satu kebaikan (pahala) yang sempurna. Dan jika ia berniat untuk membuat kebaikan, lalu ia mengerjakannya, Allah Ta'ala mencatatkannya pahala kebaikan itu 10 kali ganda sehinggaa 700 kali ganda (kemudian) sehingga berganda-agnda yang terlalu banayak..."

- (Bukhari dan Muslim)
"Sesungguhnya bagi Allah ada 100 rahmat. 1rahmat diturunkan ke langit bumi, dan dari satu rahmat ini diberikan kepada segala makhlukNya, sehingga binatang yang buas sayang kepada anak-anaknya. Dan disimpan 99 rahmat untuk hari Akhirat disiapkan uhtuk hamba-hambaNya yang beriman"
- (Riwayat Bukhari dan Muslim)