Showing posts with label a. Show all posts
Showing posts with label a. Show all posts

Monday, December 21, 2009

Kewajipan berzakat Zakat

Isnin, 21 Disember 2009/4 Muharram 1431

Mengeluarkan zakat itu adalah wajib setelah cukup nisabnya dan sampai masanya satu tahun atau sampai selelsai menuai ( bagi tanam-tanaman dan buah-buahan) untuk diberikan kepada orang berhak menerimanya. Zakat dikeluarkan oleh orang mampu dan cukup hartanya sebabagaimana yang disyaratkan pada setaip tahun atau setiapa musim menuai. Orang-orang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan tidak perlu atau atau diwajibkan mengeluarkan zakat.

Zakat Syar’ie kadang kala dinamakan sedekah di dalam bahasa al-Quran dan Hadis sebagaimana Firman Allah s.w.t: ) خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ(

artinya: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya do’amu itu menjadi ketenteraman bagi mereka."

- (Surah at-Taubah, Ayat: 103).

Manakala di dalam Hadis Sahih pula, Rasulullah s.a.w bersabda kepada Muaz ketika baginda mengutuskannya ke Yaman:

"Beritahulah kepada mereka bahawa Allah s.w.t mewajibkan mereka mengeluarkan sedekah (zakat) dari harta mereka, sedekah tersebut diambil daripada orang yang kaya di kalangan mereka dan diberikan kepada orang-orang yang miskin di kalangan mereka".

- (Hadis ini dikeluarkan oleh jemaah ahli hadis) )



Orang yang telah cukup syarat-syarat untuk berzakat, adalah berdosa jika ia tidak megeluarkan zakatnya. Pada hari qiamat, dibuatkan orang yanag tidak mengeluarkan zakat itu bererapa keping besin dari neraka, lalu besi itu dipanaskan dalam nerak, kemudian digodosokkan kepada kedua belah perutnya dan belakangnya. Bila besi itu sejuk, lalu dipanaskan semula dan digosokkan pula ke badan orang yang tidak megeluartkan zakat itu. Demikianlah diperbuat selama 50,000 tahun lamanya, hingga datang hukuman Tuhan kepada seluruh hambaNya.

Begitulah disabdakan oleh Nabi saw yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


Jenis zakat:

1. Zakat harta
2. Zakat fitrah.

Zakat Harta:

1. Binatang ternak
2.Emas dan Perak
3.Tanam-tanaman dan buah-guahan yang menyengangka, spt padi dll
4. Harta perniagaan
5. Harta terpendam (Rikaz)

Zakat Fitrah:
Zakat fitra ialah zakat asal jadi (fitrah) manusia. Semua orang islam wajib mengeluarkan zakat fitrah tersebut. Dinamakan juga zakat terbuka (zakat futr) kerana wajibnya jatuh sesudah berbuka pada hari yang akhir bulan puasa (ramadhan).

Darai segi feqah dinamakan juga "Zakat an-Nafs" iaitu zakat diri, zakat untuk mensucikan diri dan jiwa.

Dari Abbas ra berkata ia: " Telah mewjibkan Rasulullah saw akan zakat fitra untuk mensucikan orang yang berpuasa, dari kata-kata dan perbutannya yang keji dan untuk memberi makan orang yang miskin. Siapa yang membayar zakat fitrah itu sebelum solat hari raya, maka itulah zakat ynag diterima dan siapa yang membayarnya sesudah solat hari raya, maka itu adalah semacam sedekah sahaja dari beberapa jenis sedekah"

- (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)

Oranag yang wajib menerima zakat:

1.Fakir.

2. Miskin

3.'Amil

4.Muallaf

5.Hamba sahaya

6. Orang yang berhutang

7. Dijalan allah (Fi sabilillah)

8. Musafir.

Hikmah zakat:

1. Menolong orang yang lemah dna orang yang susah.

2. Membersihkan dirindaripada sifat bakhil, tamak, loba, dan menmgangkatnyab ke darjat ynagb tinggi.

3. Tanda syukur dan terima kasih kepada Allah swt ats rezeki ynag telah dilimpahkannya.

4. mewujudkan keamanan dan keamkmuran dan memebendung sebarang kejahatan yang meungkin dilakukan oleh mereka ynag miskin.

5. Menjalin persahabatab dna kasih sayangdia antara orang kaya denga orang miskin.

6. Mendidik jiwa dengan baik dan ,menambah keimanan kepada Tuhan serta memtebal perasaan anu membantyu dia natara manusia.

7.Meningkatkan rasa taqwa dalam hati, dan merasakan pemurah terhadap orang susah dan melarat.

Zakat dalam Al Qur'an

  • QS (2:43) ("Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku'".)

  • QS (9:35) (Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu.")

  • QS (6: 141) (Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon korma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan).


(Nota: Cik Gu Hj. Harun Abd Krim bekas guru STAR kembali ke rahmatulllah pagi ini l/k 7 am di rumahnya di Taman melewar, Gombak, Kuala Lumpur/ Cik Gu Latif bin samsuddin juga meninggal pada masa yaag sama di Taman Melawati, Ulu kelang)

Tuesday, December 8, 2009

Dosa syrik tidak diampun Allah swt

Selasa, 8 Disember 2009/21 Zulkaedah 1430



Dosa syrik tidak diampun Allah swt

Sebahagian besar dari orang-orang yang mengaku dirinya beriman dan bertauhid kepada Allah dan mengakui bahawa Allahlah yang mencipta mereka dan menciptakan langit dan bumi tetapi tauhid mereka tidak a Allah, disebabkan mereka tidak menyedari yang mereka juga pada yang sama melakukan syrik kepada Allah Yang Maha Esa .



Ada sebagaiannya pula menumpukan taat setia kepada Allah dengan menjalankan hukum-hukum syariatNya pada masa yang sama mereka mengubah hukum syarak itu dengan menokok tambah atau menguranginya menurut hawa nafsunya. Semuanya itu adalah merupakan syirik.

Bagi menjelaskan setakat mana buruknya akibat syirik itu, maka di bawah ini diturunkan beberapa ayat suci dan hadis Nabi mengenainya.

Firman Allah swt,

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirk) iatu bagi sesiapa yang dikehendakkiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya) dan sesipa yang mempesekutukna Allah dengan sesuatu (apa jua) maka sesungguhnya ia telah sesat (dengan) kesesatan yang sejauh-jauhnya"

- (Surah An Nisa' : 116)

Ayat 117,

" Apa yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak lain hanya berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah) dan mereka ( dengan yang demikian tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka."


Ayat 118;

"Yang telah dikanta oleh Allah dan yang telah mengatakan; " Demikian sesungguhnya akau akan mengambil dari kalangan hamba-hambaamu, bahagian, yang tertentu ( untuk memnjadi pengikutku)"

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّ

عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا دَخَلَ النَّارَ. ( البخاري ومسلم )

5- Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w, bersabda: "Sesiapa mati dalam keadaan melakukan sebarang syirik terhadap Allah, masuklah dia ke dalam neraka. "

- (Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan:


Akibat buruk yang akan menimpa orang yang melakukan syirik.


Huraiannya:

Syirik ialah mempersekutukan sesuatu dengan Allah Taala pada sifat "Uluhiyah"Nya atau sifat "Rububiyyah"Nya.

Sifat "Uluhiyah" Allah `Azza wa Jalla ialah sifatNya berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintahNya, ditumpui dan dipohonkan untuk mendapat segala kebaikan dan menolak sebarang mala petaka dan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sifat "Rububiyyah"Nya pula ialah sifat mentadbir dan menguruskan cara menjaga dan memelihara, mengasuh dan mendidik sekalian alam yang telah diciptakan-Nya, iaitu dengan mengadakan segala keperluan yang dihajati oleh wujud tiap-tiap satunya, mengatur dan menyusun undang-undang dan peraturan bagi kesuburan, perkembangan dan kesempurnaan masing-masing, serta menyatakan dan menunjukkan hukum-hukum halal haram dan sah batal untuk kebaikan jasmani dan kebahagiaan rohani manusia.

Maka sesiapa yang menganggap bahawa mana-mana satu dari sifat-sifat itu ada pada sesuatu yang lain daripada Allah Taala nescaya ia telah melakukan syirik dengan Allah, walaupun ia pada masa itu masih beriman kepada Allah. Tentang ini Allah Taala berfirman dalam Surah Yusof, ayat 106. maksudnya: Meskipun kebanyakan mereka beriman kepada Allah dalam pada itu mereka tidak sunyi dari perbuatan syirik.

Dengan itu nyatalah amat buruknya seseorang mendewa-dewakan sebarang makhluk dengan mengasihinya dan menurut perintahnya sebagaimana ia mencintai dan mentaati Allah, atau meminta dan mengharapkan hasil sesuatu hajat dari sesuatu makhluk atau dengan sesuatu cara, kecuali setelah diketahui bahawa makhluk atau cara yang tersebut diharuskan oleh Allah bagi seseorang menggunakannya sebagai jalan, sebab, atau alat untuk menjayakan maksudnya.

Demikian juga amatlah salahnya menerima sebarang undang-undang dan peraturan, atau hukum-hakam yang diadakan oleh yang lain daripada Allah, kecuali sekadar yang berdasarkan aturan, kenyataan, atau pengajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Kesimpulan hadis ini, mengingatkan manusia daripada terjerumus ke dalam sebarang i'tiqad atau perbuatan syirik supaya terselamat daripada balasan buruk yang dijanjikan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@