Monday, May 31, 2010

Ciri-ciri rumahtangga bahagia

Isnin, 31 Mei 2010/18 jamadilakhir 1431

Di dalam perkahwinan apabila terdiri rumah-tangga, pasangan suami isteri tentulah mngidamkan kebagahagiaan yang diharapkan ,. sebagaiman ynag di cita-citakan masa sebelum dalam suasan runahtangga sebenar. Dengan belandaskan ajaran seta kehendak Islam ynag sama-sam dihayati oleh kedua seuami isteri, akan terjelmalah kebahagiaan rumahtangga, antarnya seperti ciri-ciri berikut:

1. Dipenuhi dengan aktiviti berbentuk ibadat seberapa yang banyak mungkin.
Melaksanaka ibadat solat, zikir, membaca al Quran dan seumpamanya.

2. Rumahtangga yang mawaddah (kasih sayang)

Menghamalkan kasih sayang di kalangan ahli keluarga, tolong menolong, belas kasihan dengan rasa penuh keikhlasan dan hubungan antara keluarga.

3. Ikhlas.
setiap pekerjaan yang dulakukan secara niat 'kerana Allah", dengan tujuan mendapatkan keredhaan Allah swt.

4. Mendapat rahmat.

Amal perbuatn didasaarkan keapada mendapat rahmat Allah swt, serta keredhaanNya.Rahmat dan berkat ialah kebahagiaan yang dapat dinikmati oleh setipa anggota keluarga.

5. Sakinah (ketenangan)

Merasakan kemanisan dan kenikmatan rumahtangga. Kepuasan itu melahirkan ketenangan jiwa.

6. Mendapatkan zuriat.

Melalui perkahwinan akan dapat menyambung zuriat keluarga masa akan datang.Merasa ketenagan dengan adanya kelahiran anak-anak yang dapat dididik dan menjadikan anakyang soleh serta memberikan balasan ganjaran atas kebaijkan solah serta doa daipada anaknya.

7. Ekonomi Yang Kukuh.

Setiap keluarga akan berusaha mendapatkan pendapatan dan ekonomi yang kukuh untuk menyara ahli keluaraga dan demi masa depan anak-anak..

8. Hiasan.

Persekitaran yang bersih dan indah akan dapat mengekalkan rasa kebahagiaan dalam keluaraga dan selesa tinggal dalam rumah bersama keluarga tersayang.

9. Persekitaran rumah teratur.

Keadaan rumah yang teratur dan terjaga rapi akan menjamin kebahagiaan rumah tangga yang dapat dinikmati kenyamanan, ketenangan serta keindahan.

10 Makan minum yang sempurna.

Makanan yang didapati menjamin kesihatan serta kesejahteraan tubuh badan.

Sunday, May 30, 2010

Anak-anak adalah ujian hidup

Sabtu, 30 Mei 2010/17 Jamadilakhir 1431

Allah swt berfirman:

"Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak-anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yanag amat besar"

- (S. Al-Anfal: 28)

Di dalam suar At-Taghabun ayat 14, Allah juga telah berfirman;

" Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di ntara para isteri dan anak-anak kamu ada ynag menjadi musuh bagi kamu....." (yakni: adakalanya isteri dan anak dapaat menjerumuskan kamu ke dalam perbuatan yang dilaranag oleh agama).
dalam suara ynag sama ayat 24, Allah swt berfirman:
"Katakanlah (Ha8i Muhammad): Jika kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu....... Kerana allah tidak akan memebfri hidayah kepada orang-orang yang fasik".

1. Bahwa kecintaan yan berlebih-lebihan kepada anak boleh membeaw seseorang itu menjadi bakhil dan berdukacita, kerana ia terpaksa selalu memberikan sesuatu yang menyenangkan anaknya ttatapi ia tidak tyerdaya.

2. Ujian yang boleh berlaku apabila ister dan nak-anak hanya menyibukkan diri masing-masing dalam urusan dunia hingga lupa ssma sekalai kepada Allah, hingga menjadi tamak mengejara harta kekayaan yang menyebabkan lupa terhadap allah. yangmenyebabkan lupa akan kehidupan akhirat dan tidak beramal untuk bekalan matinya.

Thursday, May 27, 2010

Kelebihan solat berjemaah

Khamis, 27 Mei 2010/14 jamadilakhir 1431

Dari Abdullah, katanya: Barangsiapa yang ingin berjuumpa dengan Allah Ta'ala dengan gembira dan sejahtera, hendaklah ia rajin datang solat berjemaah lima waktu tiap-tiap didengarnya azan. Sesungguhnya Allah telah memberikan jalan petunjuk kepada Nabbimu, dan berjemaah pada solat lima waktu itu, adalah sebahagian dari petunjuk. Jika kamu solat di rumahmu masing-masing sepetrti yang diperbuat si Pulan yang tak datang ini, bererti kamu telah meninggalkan petunjuk Nabimu, dan jika kamu meningalkan petunujuk Nabimu, nescaya kamu tersesat.


Tiap-tiap-tiap seseorang yang mengambil wudhuk dengan sempurna, kemudian pergi ke salah satu masjid, maka Allah akan menuliskan baginya untuk tiap-tiap langah satu kebajikan dan meninggikannya satu darjat pula serta dihapuskanNya satu kejahatan. Sesugguhnya kami masih ingat (pada zaman Nabi) bahawa tidaklah pernah ada orang yang meninggalkan berjemaah, kecuali orang yang teleh terkenal kemunafiqannya, bahkan ada orang yang dibawa ke masjid smabil diapit dua orang laki-laki, lalu ditegakkan dalam saf makmum"
- (Riwayat Muslim)

Monday, May 24, 2010

Apa itu kebun syurga?

Isnin, 24 Mei 2010/10 Jamadiakhir 1431


Hadirilah majlis-majlis ilmu seperti yang diadakan di masjid atau surau dan puat-pusat pengajian ilmu.Majlis zikrr atau majlis ilmu sangat dihargai, sehingga di dunia sahaja ia dikatakan sebagai taman syurga.

Sabda Rasulullah saw, yang bermaksud:

"Dari Anas ra. berkata bahawa rasulullah saw bersabda, "Jika kamu melawat kebun-kebun syugra , maka nikmatilah kemewahannya'. Seorang bertanya, "Apakah kebun syurga itu?".

Jawab Rasulullah saw, "Majelis zikrrullah"

- ( Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Maksu hadis di atasdisebutkan bahawa seumpama taman-taman syurga yang di dalamnya tidak akan ditemukan perasaan gelisah, dukacita atau halangan yang dapat menganggu ktenteraman.

Di dalam hadis lain, disebut kan bahawa zikirullah merupakan penyembuh dari penyait-penyakit hati seperti takkabur, hasad, dengki,m iri hati, buruk sangka dan sebaginya.Oleh itu , majlis zikir dapat dijadikan ubta/penawar bagi segala penyakit hati.

Sunday, May 23, 2010

Kelazatan Iman

Ahad,23 Mei 2010/9 Jamadilakhir 1431

Dari Anas bin Malik, katanya; Bersabda Rasulullah saw' " Tiga perkara apabila terdpaat pada diri seorang ia akan menjumpai kelazatan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan RasulNya, lebih dari cintanya kepada yang lain. Dan siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah-- dan bukan kerana suatu maksud duniawi-, Dan dia benci akan kembali kepada kekafiran setelah ia memeluk agama Islam sebagaimana bencinya akan dilemparkan ke dalam api"

(Sohih Muslim)

Friday, May 21, 2010

Tempat kediaman di syurga sebagai ganjaran ulang alik ke masjid

Jumaat,21 mei 2010/7 jamadilakhir 1431



Dari Abu Hurairah ra., katanya: "Bersabda Rasulullah saw.: Brangsiapa yang pergi atau pulang dari masjid, maka Allah akan menyediakan baginya tempat kediaman di dalam syurga untuk sebagai ganjaran - dari perjalanannya - pulang pergi itu"

- (Riwayat Muslim)

Thursday, May 20, 2010

Kelebihan membaca Ayat Al Quran dalam solat

Khamis, 20 mei 2010/6 Jamadilakhir 1431.



Dari Abu Hurairah ra katanya: Bersabda Rasulullah saw: " Inginkah salah seorang kamu apabila ia pulang ke rumahnyaiga ekor unta yang besar lagi gemuk dan dan sedang bunting untuk dimilikinya? Jawab kami" "Ya".

Sabdanya lagi: " Membaca tiga ayat Quran dalam solat, lebih baik dari tiga ekor unta itu".

- (Riwayat Muslim)