Wednesday, September 30, 2009

Amalan dengan niat

Rabu 30 September 2009/11 Syawal 1430


Maksud hadis yang ertinya, Diriwayatkan oleh Umar Ibnu Khattab ra katanya. Telah mendengar aku akan Rasulullah saw bersabda ia, " Hanya sanya segala amalan itu dengan berniat. Dan sanya bagi tiap-tipa manusia itu apa-apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang berpindah kepada Allah dan RasulNya adalah perpindahannya kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa berpindah kepada dunia dipeolehinyalah akan dunia itu. Atau kepada seorang perempuan, berkahwinlah bia sama permpuan itu. Maka perpindahannya adalah kepada apa-apa yang berpindah ia kepadanya"

- (Riwayat Bukhari dan Muslim ndan sahihya)

Hadis ini menunjukkan bahawasany niat dan sengaja itu timbangan bagi sah dan kebilangan segala amalnnya. maka apabila elok niat itu eloklah amalan. Dan apabila niat tidak elok binasalah amalan itu. dan bagi amalan yang beserta dengan niat itu ada 3 keadaan"

1. Bhaawa diperbuat oleh seseorang akan amalan itu kerana takut daripada Allah swt maka inilah ibadat sekalian hamba.

2. Bahawa diperbuat olehnya akan amalan itu kerana harap beroleh syurga dan pahala, maka inilah ibadat sekalian saudagar.

3. Bahawa dikerjakan olenya akan amalan itu kerana malu daripada Allah swt, dan kerana membayarkan hak kehambaan dan kesyukuran kepadanya, dan serta demikian dilihatnya pula akan dirinya taksir dan lalai serta takut hatinya, kerana belum ia dapat tahu adakah amalannya itu diterima atau tiada.

Monday, September 28, 2009

Kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri

Isnin,28 Septemeber 2009/ 9 Syawal 1430


Sabda Rasulullah saw yang ertinya: Telah diriwayatkan daripada Abu hamzah Anas bin Malik iatu khadam Rasulullah saw daripada Nabi saw maka bersabda ia, "Tiada sempurna iman seorang daripada kamu hingga kasih ia kepada saudaranya akan apa-apa yang ia kasih bagi dirinya sendiri",

- ( Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.)



Hadis ini menegeskan tidak sempurna iman bagi sesiapa yang tidak kasih kepada saudaranya, sebagaiman kasih ia kepada dirinya sendirinya. maka wajiblah atas seseorang berusaha dan beriktiar supaya saudar-saudarnya beroleh manfaat dan kebajikan daripadanya.Apabila tiada dikasihi olehnya bagai saudarnya akan apa-apa ynag ia kasihi bagi dirinya, maka dialah orang ynag dengki. Imam Ghazali berkata:

Adalah dengki itu atas tiga perkara:

1. Bahawa dicita oleh seseorang akan hilang nikmat Allah ynag dianugerahknnya kepada orang lain dan diharapnya supaya berpindah kepadanya.

2. Bahawa dicita olehnya akan nikmat Allah yang dianugerahkannya kepada orang lain dan tiadalah ia bercita supaya berpindah kepadanya atau tiada.

3. Bahawa tiada ia itu supaya hilang nikmat daripada lainnya, tetapi ia sangat benci sekiranya orang lain itu beroleh pangkat atau nikmat.

Adalah hukum dengki itu dalam Islam iaitu haram dan telarang.

Sunday, September 27, 2009

Mengingati Mati

Ahad, 27 September 2009 /8 Syawal 1430


Orang yang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati, kerana ia akan dapat mengingati kebangkitnya di akhirat serta membuat persediaan amalan sebagiamana yang diperintahkan Allah swt, di smaping melaksanakan tugasnya semasa hidup di dunia yang sementara atau fana ini.

Disebaliknya bekalan amalan kebajikan untuk akhirat akan dapat dimanfaatkan di akhirat kekal abadi atau beterusan selama-lamanya. Perancangan jangka panjang yang diamalkan sudah tentu tibanya, sedangnya hidup dunia yang seketika sebagai tempat musafir hanya untuk jangka yang sekejap mengikut umur kita yang ditentukan Allah swt.

Oleh itu selalulah ingat akan tibanya masa mati dan selepas itu menghadapi Tuhan yang mana kita akan disoal amalan kita sama ada melakukan kebaikan atau kejahatan dan akan menerima balasan yang ditetntukan sama ada dibalas dengan syurga atau neraka.

" Secerdik-cerdik manusia ialah terbanyak ingatannya kepada kematian serta terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat."

- (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Abiddunnya)


Semasa hidup di dunia ini, dengan mengingati mati itu seseorang itu akan dapat melupakan kenikmatan dan keseronokan dunia yang diperolehinya sepnerti kekayaan harta benda, tempat tinggal, pakaian , kemudahan makanan dan lain-lain yang meyeronok dan melalaikan daripada ingat kepada ALLAH SWT, tetapi kenikmatan itu semuanya berakhir dengan kematian selepas nyawaya di cabut oleh Allah swt

Oleh itu kita hendaklah mencari kenikmatan yang tidak ada kematian di akhirat yang kekal abadi di akhirat dengan mengamalkan amal soleh seta membabawa bekalan untuk akhirat.Jika kita sentiasa mengingati mati, kita akan sentiasa tabah akan menghadapi kedatangannya bila-bila masa, dan sekiranya kita di dalam taat kepada perintah Allah, saat kematian itu bagi kita merupakan saat yang amat bahagia , kerana saat itulah kita dapat bertemu dengan Allah swt kekasih kita.

Kenikmatan dunia yang berlebihan menjadikan seseoraag itu terlupa dari mengingati kematian. Bahkan ia ia akan lalai sama sekali dari mengingati mati dan adanya kehidupan yang kekal abadi di kahirat selepas kematiannya. Malahan orang yang tidak mengingati mati akan tidak takut mati dan berangapan akan terlepasa dari mati walaupun dia mungkin diberi peringatan mengenainya.

Firman Allah swt dalam Surah Jumu'ah :8, yang bermaksud;

"Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri
daripadanya itu, pasti akan menemui kamu kemudian kamu semua akan dikembalikan ke Dzat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Selanjutnya Dia akan memberitahunya padamu semua apa-apa yang kamu lakukan".

Cara ynag terbaik mengingati mati adalah antarnya mengingati ahli keluarga yang tersayang atau sahabat kenalan ynag btelah lebih dahulu mneinggalkan kita.

Selalulah kita menziarah orang yang sakit, mensolatkan jenazah dan menghantarnya ke kubur, menziarahi perkuburan kerana dia akan dapat mengingatkan kematian dan hari akhirat, dan muhasabah diri tentang apakah yang kita akan bawa untuk bekalan ke akhirat, mengingati bahawa azab Allah swt sangat pedih dan berwaspada dengan pengawasan Allah swt terhadap hambanya di mana dan pada setiap masa ianya berada. nabi bersabad, " apabila kamun tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu" -(Al Bujhari ndan Muslim)

Jauhuilah sifat lalai dari mengingati Allah, jangan melakukan maksiat, jauhilah kemegahan kekayaan duniawi, jangan mensia-siakan masa atau umur hidup semasa sihat dan masa yang diberi nikmat oleh Allah swt. dengan banyak berzikir kepada Nya.

Rasulullah saw bersabda kepada Abdullah bin Umar r.a.

"Jikalau engkau beraada di waktu pagi, maka janganlah menunggu-nunggu datangnya waktu petang (untuk mencari bekal kematian) dan jikalau engkau di waktu petang, maka jangan menunggu detanngya waktu pagi (untuk itu pula).

Ambillah kemanafaatan sewaktu hidupmu ini untuk bekal kematianmu dan sewaktu masih sihat untuk bekal sakitmu."

- (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban)

Saturday, September 26, 2009

Lakukan Amalan Baik Sebelum Datangnya 7 Perkara

Sabtu, 26 Septemebr 2009.7 Syawal 1430

Dari Abu Hurairah ra, Bahawasanya Rasulullah saw bersabda:

"Bersegeralah engkau semua dengan melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datangnya tujuh macam perkara ini yaitu:

1. Apakah yang engkau nantikan dalam meninggalkan bersegera itu , melainkan dengan datangnya kefakiran yang melalikan"

2. Atau pun kekayaan yang menyebabkan kecurangan

3. Ataupun sakit ynag merusakkan tubuh

4. Ataupun ketua bangkaan yang menyebabkan kurangnya akal fikiran, yakani akal menjadi tidak normal lagi

5. Ataupun kematian yang cepat

6 Ataupun Dajjal, maka ia adalah seburuk=buruknya makhluk ghaib yang dinantikan

7. Ataupun datangnya hari kiamat, pada hal hari kiamat itu adalah saat yang terbesar bencananya serta yang terpahit diderutanya"

- (Diriwayatkan oleh Imam Termizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan)

- (Diriwayatkan oleh Imam Termizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis Hasan)

Friday, September 25, 2009

Ujian kubur

Jumaat 25 September 2009/6 Syawal 1430.


Ujian kubur sebagiamnaa yang diberitahu oleh Rasulullah saw.

Kita wajib beriman sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud,

"Tiada suatu pun yang diperlihatkan kepada aku melainkan aku melihatnya di tempt pediriankuini sehinggakan syurga dan neraka , lalu didiwahyukan kepadaku bahawa kamu akan diuji di dalam kubur kamu seperti atau hampir dengan ujian al-Masih Dajjal, di mana akan dikatakan: Apa yang kamu tahu mengenai lelaki ini? Adapun orang mukmin atau orang yang mempunyai keyakinan maka ia akan menjawab: Dia ialah Muhammad Rasulullah."

Dia datang kepada kami dengan membawa keteranagan dan petunjuk lalu kami menyahut dan mengikutinya, dialah Muhammad, lalu diulanginya sebanyak tiga klai. maka dikatakna kepadanya: Tidurlah dengan tenteram,sesungguhnya kami telah mnengetahui bahawa kamu memang berkeyakinan dengannya. Ada pun orang munafik atau orang yang dalam keraguan maka ia akan mengatakan: Aku tidak tahu. Aku pernah mendengar manusia mengatakan seseuatu tentangnya lalu aku pun mengatakannya"

- ( Riwayat al Bukari dan Muslimn)

Malaikat Mungkar dan Nakir akan menyoal setiap manusia tentang Tuhannya, agamanya dan Nabinya. Mereka yanga masih dalam keraguan dan tidak tahu ,mereka akan dipukul dan disekasa di dalam kuburnya.

Azab kubur dikenali sebagai azab barzakh. Setiap orang mati pasti akan melalui alam ini berdasarkan amalan buruknya, tidak mengira sama ada ia dikuburkan atau tidak, dimakan oleh binatang buasa atau ia terbakar sehingga jasadnyam di laut, maka roh dan tubuhnya akan menerima azab sebagimana yang dikenakan kepada orang yang dikuburkan. keterangann yang menyebutkan mayat disempitkan kuburnya sehingga bertemu tulang-tulang rusuknya dan seiumpamanya wajib difahami maksudnya sebagaimana yang dmaksudkan oleh Rasulullah saw tanpa melebih-lebih atau memandang remah tentangnya.

Thursday, September 24, 2009

Tujuh Golongan Yang Dilindungi Allah

Khamis 24 September 2009/5 Syaaban 1430





Maksud hadis; Dari Abu Hrairah ra dari Nabi saw bersabda:

"Tujuh (golonhan) yang dinaungi oleh Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya, iaitu;

1. Imam yang adil

2. Pemuda yang tumbuh dalam keadaan ibadah kepada Tuhannya.

3, Seseorang yang hatinya tergantung di masjid.

4. Dua orang yang saling mencinta kerana Allah yang mana keduanya bertemu dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang lelaki yang diminta oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dann kecantikan, maka ia menjawab; Sesungguhnya saya takut kepada Allah.

6, Seseorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu akan apa yang diperbuat oleh tangan kanannya.

6. Seorang yang ingat kepaada Allah dalamm kesunyian dan kedua matanya melelehakan air matanya
RAN NATKUT, ZUHUD DAN MEWUJUDKAN AMAL-AMAL SOLEH.

Nabi saw menjelaskan mereka tersebut akan dikurniakan dengna kesenangan, diliputi dengan naunganNya dan diberi rahmatNya , sehingga matahari tidak dekat dengan mereka.

Oleh itu kita perlu berlaku adil, ikhlaS beribdat, baik hubungan dengan Tuhan dan pergaulan sesama makhluk, melakukan sedekah dan berusaha merahsiakannya, menangis kerana Allah kerana takut kepada Allah, zuhud dan mewujudkan amal-amal soleh. ,

Firman Allah Surah An Nahl; 97, yang bermaksud,.

"Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan".

Wednesday, September 23, 2009

Solat tahajjud

Rabu, 23 September 2009/4 Syawal 1430

Bangunlah di waktu sebelah malam khussunya 1/3 malam atau waktu dini hari sebelum masuk waktu subuh untuk solat taahjjud.Solat ini dilakukan selepas terjaga dari tidur pada malamnya. Tahajud ertinya terbangun malam. Solat malam ini mempunyai kelebihannya yang tersendri yang menjadi amalan orang yanag soleh. Bagi rasulullah Allah mewajibkannnya solat tahajjud.

Alangkah baiknya skiranya solat ini menjadi amalan kita dari awal lagi tidak menagguhkannya.Slat ini sangat dianjuurkan oleh Nabi saw, sebab di waktu malam itulah saat ketengangan yang mudah mendekatkan hati kepada Allah.


Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat, dan tak ada batas banyaknya.

Selepas solat ahajud , hendaklah di akhiri dengan soalat witir sama ada 1 atau 3 rakaat (biangan ganjil)

Firman Allah dalam surah al Isra': 79:

"Pada malam hari, hendaklah engkau solat tahajud sebagai tambahann bagi engkau, mudah-mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji"

Sayyidinal Ali ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw besabda,

"Pada sepertiga malam yang akhiur Tuhan berfirman, " Sesiapa diantara penghuni bumi yang ada permintaan, akan Aku beri, siapa yang ingin bertaubat, Aku ampuni dan sesiapa yang mempunyI Hjat akan Aku perkekankan"

Rasulullah saw Bersabda,

" barangsiapa bersolat di dalam masjidku (masjid Nabawi di madinah) akan diberi pahala kepadanya sepulu ribu kali. Dan siappa sembayahang di dalam masjid il- haram akan diberi pahala sertus ribu kali' Salah seorang shahabat bertanya:"Ya Rasulullah, adakan solat yang lebih besar lagi pahalanya daripada itu? Rasulullah menjawab; "Ada. Iaitu seseorang yang bangun di tengah malam, lalu berwudhu' dengan baik kemudian , kemudian solat dua rakkat dengan hati yagh ikhlas".


Ibnu 'Abbas meriwayatkan, rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa besolat sunnat dua rakaat di waktu tengah malam, dibacanya pada rakaat pertama surah Al Fatihah dan sepuluh kali ayat kursi, begitu juga pada rakaat kedua, maka Tuhan menurunkan beberapa orang malaikat untuk menjaga orang itu dari kejahatan".

Allah menerangkan di dalam Al Quran: "Sembahyang tahajudlah sebagai ibadat sunant bagimu, semoga tuhan akan memberi kedudukan yang terpuji bagimu"


Usolli Sunnatal Tahajjud Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akbar.


" Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah. Selepas itu surah Al-Kafirun Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas

Semasa sujud akhir pada rakaat kedua bacalah sebanyak tiga kali,iaitu


Ertinya: "Oh Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong "
Selepas memberi salam ucaplah doa :

Selepas salam bacalah doa yang bererti:

Ertinya : " Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum .

Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan". Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul'alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah" .

Rasulullah saw bersabda, " Tiada ada orang yang dirahmati oleh Allah swt lebih dari dia yang bangun menerjakan dua rakaat solat"