Sunday, May 25, 2008

Tidak mencium bau syurga,melainkan untuk mencapai keredhan Allah

Hadis Ketiga Puluh Tiga

33- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنْ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (أبو داود وابن ماجه)


33- Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga, pada hari qiamat kelak."


( Abu Daud dan Ibnu Majah)


Hadis yang ketiga puluh tiga ini menerangkan:


Orang yang mempelajari ilmu agama dengan tujuan mendapat habuan dunia, buruk padahnya.

Huraiannya:


Tiap-tiap perbuatan adalah dinilai menurut tujuan orang yang melakukannya. Sesuatu perkara yang dilakukan oleh dua orang dengan tujuan yang berlainan, maka berlainan pula nilainya, kerana tujuanlah yang mendorong seseorang melakukan sesuatu perbuatan itu.


Ilmu agama - sebagaimana yang sedia diketahui - adalah dan Allah, untuk menjalankan perintah-perintah Allah dan beramal kerana Allah.


Oleh itu, seseorang penuntut ilmu agama hendaklah membersihkan hatinya supaya ilmu dan amal yang diusahakannya sungguh-sungguh kerana Allah, bukan kerana kepentingan dunia.


Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menegaskan: Bahawa orang yang menuntut ilmu agama untuk mendapat habuan dunia semata-mata, maka ia bukan sahaja tidak memasuki syurga bahkan tidak dapat mencium baunya, kerana orang yang demikian telah menyelewengkan agama Allah dan telah


menjualnya dengan habuan-habuan dunia. Oleh itu sudah selayaknya ia menerima balasan yang seburuk-buruknya.


Dalam pada itu, janji balas buruk yang tersebut dalam hadis ini, tidak ditimpakan kepada orang yang menuntut ilmu agama dengan ikhlas, kemudian ia beroleh habuan dunia sebagai nikmat pemberian yang disegerakan Tuhan kepadanya, maka orang yang demikian tidak dikeji oleh syarak,


kerana ia tidak menyelewengkan agama Allah dan tujuannya yang sebenar.


Mengenai hal ini, Imam Ghazali dan alim ulamak yang lain telah membahagikan penuntut-penuntut ilmu kepada tiga bahagian:


Pertama - Orang yang menuntut ilmu kerana Allah dan untuk keselamatannya pada hari akhirat, maka ia adalah dari orang-orang yang berjaya!


Kedua - Orang yang menuntut ilmu untuk mendapat kemuliaan, kebesaran dan harta kekayaan, dalam pada itu ia menyedari akan tujuannya yang buruk itu. Orang yang demikian, jika ia bertaubat dan menyelamatkan dirinya dan perbuatannya yang salah itu maka ia akan termasuklah dalam golongan orang-orang yang berjaya, kerana orang yang bertaubat dari dosanya akan menjadilah ia sama seperti orang yang tidak berdosa; dan jika ia mati sebelum bertaubat, adalah ditakuti ia akan mati dalam keadaan Su' al-Khatimah", semoga Allah melindungi kita daripada keadaan yang demikian dan dari segala yang membawa kepada "kesudahan yang buruk" itu.


Ketiga - Orang yang menuntut ilmu dengan tujuan mendapat harta kekayaan dan pangkat kebesaran, dengan menyangka bahawa ia mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah, kerana ia berlagak seperti alim ulama pada pakaian dan tutur katanya; maka orang yang demikian adalah dari golongan yang binasa, kerana ia dihalangi dari bertaubat oleh sangkaannya bahawa ia berada di atas jalan yang benar.


Pendeknya orang yang menuntut ilmu dikehendaki menentukan niat dan tujuannya pada tiap-tiap masalah secara khusus satu persatu, atau secara umum - bahawa ia mempelajari ilmu itu ialah untuk menunaikan fardu ain" yang ditanggungnya untuk kewajipan dirinya sendiri, dan yang lebih dan itu hendaklah diniatkan untuk disampaikan kepada orang ramai sebagai "fardu kifayah"; dan janganlah diniatkan sebagai perkara "sunat" kerana pahala "perkara yang difardukan" adalah lebih besar dari itu.


Demikian juga hendaklah ia menentukan niat dan tujuannya dengan ilmu yang diajarkannya itu akan dapat mencapai jalan yang menyampaikan faedahnya kepada segala lapisan masyarakat, dengan perantaraan murid-muridnya dan murid-murid kepada murid-muridnya, meliputi ilmu dan amal yang terus menerus hingga hari qiamat.


Demikian juga hendaklah ia menentukan niat dan tujuannya untuk menyekat dirinya dari melakukan maksiat dengan berlaku taat kepada Allah dan juga menyekat dirinya dari perkara-perkara yang sia-sia dan merugikan.


Menurut Imam Al-Qarafi, bahawa sesiapa yang mengajarkan ilmu kepada orang ramai dengan tujuan hendak menjadi orang yang masyhur dan terpuji, maka perbuatannya yang demikian menjadi sebab untuk ia dipulaukan dan tidak diambil ilmu yang disampaikannya.


Petikan Dari Mastika Hadis.

Friday, May 23, 2008

Mengapa kahwin/Nikah? (Siri 1)

Antara sebab-sebab kahwin /nikah.

1. Untuk mengembangkan zuriat.

2. Menambahkan kaum kerabat serta mempereratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

3. Menjaga keturunan yang baik hingga anak-anak yang dilahirkan betul-betul sah dari segi
hukum Islam yang dapat dipertanggungjawabkan di dunia akhirat kelak.

4. Kahwin itu adalah sunah Nabi iaitu jalan agama Islam, dengan keramaian umatnya Nabi akan
bermemegah dengannya pada hari qiamat.

5. Melalui perkahwinn seseorang itu berasa tenang jiwanya dan dapat beribadat kepada Allah swt dengna cara yang lebih sempurna.

6. Dengan berkahwin anak akan dapat mendoakan kedua ibubapanya, yang dianggap amal
soleh yang kekal selepas kematianya.

Sabda Nabi saw yang bermaksud, "

Apabila seorang anak Adam (manusia) emninggal duniamaka putuslah segala amalannya melainkan tig aperkara" Iaitu ilmu yang dapat diambil kemanfaatannya, sedekah jariah (yang mengalir pahalanya) dan anak yang soleh yang suka mendoakan keselamatan orang tuannya.



Firman Allah swt. maksudnya.

" Dari sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah, bahawa telah Ia jadikan jodoh untukmu dari manusia sesamamu, supaya kamu berdiam padanya. dan Ia jadikan antaramu berkasih-kasihan dan bersayang-sayangan. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda kekuasaan Allah bagi kaum ynag mahu berfikir".
( Suarh An-Rum : Ayat 21)

Apakah Dasar pernikahan yang dituntut oleh Syarak?

1. Perkahwinan itu didasarkan mestilah berdasarkan kepada agama.

2. Perempuan yang dikahwini itu hendaklah orang yang ramai keturunan.

3. Perempuan yang dikahwini itu kalau dapat hendaklah masih perawan.

4. Bakal suami isteri hendaklah orang yang taat kepada Tuhan yang mempunyai asas pendidikan yang kukuh. Sabda Rasulullah saw.

Maksudnya,

" sesungguhnya seorang perempuan dikahwini orang
kerana agamanya harta kekayaan dan kecantikkannya, maka hendaklah
kamu mengutamakan yang beragama."


5. Seseorang yang mampu memberi nafkah hendaklah ia berkahwin, dan perkahwinan akan
menjauhkan sesorang itu dari melakukan zina mata dan zina faraj atau kejahatan yang dikutuk
Allah swt.

6. Hendaklah wanita yang tinggi budi pekertinya, bersopan santun serta berbudi bahasa, berperibadi dengan keperibadian Islam.

7. Rupa paras yang cantik supaya dapat melahirkan suami isteri yang syukur terhadap pengurniaan Allah swt.

8. Ringan Maskahwin , sebagaimana hadis sabda Rasullullah saw, yang bermaksud, " Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya , cepat pula mengandungnya dan ringan maharnya (maskahwinnya)

9. Dapat beranak, yakni dapat melahirkan anak banyak.

10. Hendaklah wanita itu masih gadis dan bukan janda. Sabda Rasulullah saw, Maksudnya. Riwayat dari Jabir, sesungguhnya nabi saw telah menyatakan kepadanmya: "Hai Jabir, adakah engkau kahwin dengan dara atau janda? Jawab Jabir, "Saya berkahwin dengan jand". Kata Nabi: " Alangkah baiknya jika engkau kahwin dengan dara, engkau dapat menghiburkannya dan dia pun dapat menghiburkan kamu".

11. Hendaklah wanita itu dari keturunan keluarga yang baik iaitu ibubapa dan keluarganya hidup mengamalkan agama Islam dengan baik serta dihormati dalam masyarakat.

12. Wanita itu hendaklah bukan dari keluarga yang sangat dekat hubungannya dari segi keturunan.

Monday, May 19, 2008

Jom Ke Masjid

Hari ini Isnin** 19 Mei 2008/12 Jamadilawal 1429, merupakan Cuti Am Hari Wesak di Malaysia.

JOM KE MASJID

Masjid adalah pusat pertemuan orang mukmin yang telah ditentukan oleh Islam melalui Nabi s.a.w untuk melaksanakan pelbagai ibadah sebagaimana yang dituntut. Islam menuntut kita supaya kita mengerjakan solat berjemaah dan mengadakan aktiviti belajar ilmu melalui majlis ilmu untuk memahami kewajipan kita terhadap Allah swt. Dengan kehadiran ahli qariah atau ahli masyarakat setempat, dapatlah menjalinkan silaturrahim sesama saudara dalam Islam dan dapat pula melaksanakan berbagai aktiviti yang berkaitan dengan agama dan masyarakat.

Tapi malangnya sambutan kehadiran ahli dalam sesuatu qariah masjid belumlah memuaskan. Jika ditinjau dari masa ke semasa kehadiran di masjid-masjid mau pun surau-surau adalah terdiri dari golongan yang telah lanjut usia atau mereka yang bertaraf "pencen". Kehadiran di kalangan orang yang tidak pencen dan golongan di peringkat pemudanya begitu terhad sekali. Begitu juga golongan kanak-kanak belum kelihatan dapat memeriahkan suasana masjid. Walaupun kanak-kanak inilah bila dewasa nanti akan mengambil tempat ahli jemaah yang telah tiada lagi.

Suasana kehadiran jemaah di masjid sangat membanggakan apabila sampai bulan ramadhan, di mana pada awal bulan ramadhan solat maghrib yang diikuti dengan sunat terawih dan isyak agak ramai bilangannya dan amat luar biasa jika dibandingkan di masa-masa hari biasa. Begitu juga pada solat sunat Hari Raya i'Idilfitri mau puan 'Idil Idha, kehadiran atau bilangan jemaah yang ramai menunaikan solat sunat Hari Raya memyebabkan kadang-kadang tidak cukup ruang solat di masjid bagi menampung bilangan jemaah yanag hadir untuk solat. Alangkah baiknya jika suasana yang ramai ini dapat dikekalkan setiap waktu atau pada hari biasa, bagi mengimarakkan masjid atau surau dengan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Masjid dapat menjalankan peranan sebagai institusi sosial, dan ilmu, khususnya ilmu keagamaan dan yang berkaitan dengn fardhu ain, yang sangat perlu oleh setiap muslim mempelajarinya untuk beramal dengan ilmu yang berkaitan serta mempastikan amal ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diterima di sisi Allah swt, mengikut kaedah atau peraturan yang ditetapkan seperti yang berkaitan dengan solat serta amalan-amalan lain dalam agama Islam yang perlu difahami sebelum boleh diamalkan. Jika pihak penyampai dan jemaah yang hadir ke majlis ilmu atau halaqah ilmiah ini dengan ikhlas kerana Allah, insya Allah kita akan dapat ganjaran yang besar manfaatnya.

Dari riwayat Abi Umamah r.a draipada Nabi Muhammad saw baginda bersabda, yang bermaksud:

"Sesiapa yang pergi di pagi hari ke masjid, ia tidak bermaksud kecuali unyuk mempelajari kebaikan atau mengajarkannya ia akan memperoleh pahala ibadah haji yang sempurna"

- Hadis Riwayat Tabrani dan Al-Hakim.

Di samping itu faktur pengurusan masjid yang cekap yang dapat mengisi program yang menyeluruh dan bermanafat kepada ahli jemaah, usaha untuk menarik ahli qariah atau penduduk setempat perlu dilakukan supaya menjadikan masjid sebagai tempat yang yang sangat penting di dampingi kerana masjid adalah tempat yang paling suci yang diberikan rahmat, ketenangan oleh Allah swt bagi sesiapa yang hadir melaksanakan ibadat atau aktiviti ilmu, iktikaf dan sebagainya.

Bagi golongan kanak-kanak adalah sangat digalakkan supaya ibubapa membawa dan membiasakan anak-anak mereka hadir ke masjid, dengan harapan mereka akan dapat melatih diri mereka untuk terus datang ke masjid tanpa segan silu semasa mereka dewasa nanti. Tapi kehdiran mereka seharusnya melalui bimbingan ibubapa tentang adab tertib semasa di masjid, supaya tidak mengganggu jemaah lain yang ada di amasjid.

Kebanyakan masjid terutamanya di bandar-bandar pengajian agama seperti kuliah maghrib,kuliah subuh dan kelas-kelas agama ynag lain berjalan dengan baik dan mendapat sambutan, walaupun belum boleh dikatakan memuaskan. Sambutan dari ahli qariah masih kurang kerana ramai ynag belum tertarik dengan aktivti pelajaran agama yang disampaikan. Kemungkinan kesibukan bekerja atau belum dapat petunjuk untuk pergi ke masjid untuk solat berjemaah dan mengikut kuliah atau pengajaran agama. Yang penting kita mesti sedar kepentingan menghadikan diri di masjid dan berusaha supaya dalam kesibukan itu juga dapat kita merancang untuk hadir ke masjid.

Oleh itu melaui foram ini, saya menyeru diri saya sendiri dan anda sekalian jhika belum berbuat demikian supaya dapat mengimarakkan dan meningkatkan syiar Islam dengan melapangkan masa supaya bersama-sama hadir ke masjid atau surau yang berdekatan dengan tujuan melaksanakan perintah Allah swt untuk bergerak dalam satu jemaah dan bersama-sama mendapatkan keredhaan Allah swt.

* Bagi solat fardhu berjemaah di masjid hukumnya adalah fardhu kifayah. Pahalanya 27 kali ganda daripada solat berseorangan. Solat lima waktu bagi kaum lelaki berjemaah di masjid adalaah lebih baik daripada berjemaah di rumah. Bagi kaum perempuan solat di rumah adalah lebih baik.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda: Maksudnya.

" Solat bersama imam lebih afdhal dari dua puluh lima kali solat di kerjakan seorang diri"


*Imam Al-Manawi berkata dalam kitab Faidhul Qadir mengenai sabda Rasulullah saw, "

"Sesiapa yang pergi menuju solat fardhu berjemaah ia sama dengan menunaikan ibadah haji". Yakni (ia akan memperoleh) seperti pahala haji, tapi tidak mesti sama ukurannya".

Ini bermakna jika kita konsisten/berterusan mendirikna solat berjemaah Allah memberikan ganjaran pahala yang banyak seperti menunaikan haji.

* Dalam satu hadis yang bermaksud.

" Para Malaikat sentiasa mendoakan seseorang kamu, selagi ia tetap di tempat solatnya, sehingga wudhu'nya batal ataupun ia bercakap. Para malaikat itu memohon; " Ya Allah , Ya Tuhanku !, Ampunilah dia , Rahmatilah dia!".

* Membiasakan diri bersolat jemaah adalah perkara yang besar faedahnya. Tapi berjemaah semasa solat Isyak dan Subuh adalah lebih besar faedahnya, sebagaiman sabda Rasulullah saw. Maksudnya:

" Barangsiapa solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun beribadat setengah malam. Dan barangsiapa yang solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun sepanjang malam beribadat".

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

" Andaikata para manusia itu mengetahui betapa besarnya pahalanya mengerjakan solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, niscayalah mereka akan mendatangi kedua solat itu, sekalipun dengan jalan merangkan".
-( Muttafaq "alaih)

Wassalam.

**Banyak peristiwa yang terjadi pada Hari Isnin ini. Antaranya:

- Nabi Musa a.s pergi ke Gunung Thursina pada hari Isnin
- Rasulullah saw., telah dilahirkan pada hari Isnin
- Jibril as turun menemui Rasullah pada hari Isnin
- Semua amalan umat dperlihatkan kepada rasulullah pada hari Isnin / dan juga Khamis.
- Rasulullah wafat pada hari Isnin

Saturday, May 17, 2008

Ganjaran yang mengkagumkan pada hari akhirat melalui usaha membaca, taddabur dan menyebarkan al- Quran

Hari ini Sabtu, 17 Mei 2008/11 Jamadilawal 1429



'Ubaidah Mulaiki r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; " Wahai kamu ahli-ahli Quran, jangan gunakan Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam, kembangkan kitab suci itu, bacalah ia dengan suara yang baik dan fikirlah di atas kandungan-kandungannya (taddabur) dengan ini kamu akan mendapat kejayaan. Janganlah kamu gunakannya untuk mendapatkan ganjaran yang serta merta darinya (dalam dunia ini) kerana ia mempunyai ganjaran yang begitu mengkagumkan (di hari akhirat)."

- (Ruwah al baihaqi fi Shuib il iman.)

Daripada hadis di atas kita dapat menyimpulkan beberapa pengajaran yang perlu diberikan perhatian serta tindakan yang dapat dimanafaatkan dari Al Quran itu:

1. Al-Quran hendaklah ditempat di kedudukan yang tinggi dari segi menyimpan dan menghormati kandungan serta pengajaran serta ilmu yang terdapat daripadanya. Quran itu hendaklah dibaca, difahami dan dihayati isi kandungannya.

2. Al-Quran itu hendak dibaca dengan penuh hormat sesuai dengan Kitab suci/Qalamullah dengan sopan serta tertib yang diperlukan dari segi bacaan yang betul dan dengan gaya Arabnya dan sebagainya.

3. Kandungan Al-Quran tersebut hendaklah disebarkan dengan cara lisan, tulisan, mentafsirakannya serta mengamalkan kandungannya seberapa yang mampu.

4. Al Quraan hendaklah dibaca dengan betul bertajwid, dengan suara yang baik, kerana suara yang merdu menggandakan keelokan alquran.

5. Isi Al-Quran hendak dikaji dipelajari dari sumber-sumber ayat-ayat keterangan Al-Quran ynag lain serta hadis Rasullullah serta dari tafsiran ulamak yang pakar dalam tafsir supaya mendapat iktibar serta pengajaran yang betul daripadanya.

6. Hadis ini juga menegaskan supaya pembaca tidak menerima apa-apa upahan kerana membaca Al-Quran itu akan memperolehi ganjaran yang begitu besar lagi mulia pada hari akhirat nanti

Friday, May 16, 2008

Khutbah Jumaat: Sambutan Hari Guru 2008

Hari ini 16 hb Mei 2008 adalah Sambutan Hari Guru di Malaysia.; Tema Perayaan ialah : Guru Cemerlang Negara Terbilang.

Berikut ialah sebahagian daripada cabutan Khutbah Jumaat yang di bacakan di Masjid-Masjid di Negrei Selangor yang disediakan khas oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.

  1. Mei diisytiharkan sebagai Hari Guru, bertujuan untuk mengenang jasa dan sumbangan para guru yang amat besar kepada agama bangsa dan Negara. Jumlah guru lebih 300,000 orang, iaitu jumlah kakitangan perkhidmatan awam yang teramai. Mereka berperanan sebagai penjana modal Insan yang sangat penting bagi Negara, bagi melahirkan pemimpin Negara berwibawa, pentadbir yang cekap pekerja yang mahir, generasi yang bijaksana dan membangunkan Negara yang tercinta.

2. Guru dalam sejarah temadun islam dipandang sebagai insan yang amat dihormati. Para pemerintah telah meletakkan guru atau ulamak pada kedudukan tinggi, bahkan pernah seorang khalifah pergi ke rumah guru untuk menuntut ilmu bersmama orang ramai. Sesungguhnya para guru dan ulamak pada masa itu berganding bahu membangunkan Negara. Martabat ulamak dan guru amat tinggi di mata masyarakat dan juga pemerintah. Negara terus maju, rakyat turut mencapai kemewahan berkat gabungan antara ulamak dan pemerintah..

3. Guru-guru telah memainkan peranannya sebagai agen penyebar ilmu sejak zaman berzaman, bertepatan dengen ajaran Islam yang amat mementingkan ilmu pengetahuan. Islam bukan hanya menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu agama semata-mata, bahkan menggesa umatnya menuntut apa sahaja ilmu yang bermanafaat kepada manusia sehingga menuncul kata-kata perangsang yang masyhur. “ Tuntutlah ilmu walaupun samapai ke Negeri Cina”

4. Galakan dan gesaan demi gesaan daripada Al-Quran dan Al-Hadis mengenai kelebihan menuntut ilmu terdapat dengan banyaknya dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Firman Allah swt dalam surah Al’Alak: Ayat 1-5.

Maksudnya “ Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, tuhanmu yang maha pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

5. Wahyu yang pertama itu adalah satu seruan kepada reformasi ilmu iaitu menghubungkan semula ilmu yang terpisah itu dengan Allah. Kemudian datang pula ayat-ayat yang lain menjelaskan kemuliaan ilmu dan orang yang berilmyu. Sebagaimana firman Allah dalam surah Az zumar: Ayat 9.

“ Katakanlah, Adakah sama orang-orang yang mengtahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”.

Sabda Nabi lagi, “Sesiapa yang melalui satu jalan bertujuan mencari ilmu, Allah permudahkan baginya jalan ke Syurga:’

( Ruwah Abu Daud Wattarmizi)

6. Jika Rasulullah s.a.w. menggambarkan orang yang menuntut ilmu sedang berada di jalan yang menuju ke syurga, maka kerja menyampaikan ilmu adalah satu kerja yang dilakukan oleh orang mulia. Mereka adalah para guru yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu dan membimbing umat, menyingkap kejahilan daripada umat supaya kehidupan menjadi lebih sempurna, akal fikiran menjadi tinggi, tingkah laku dapat dikawal, jiwa menjadi hidup dan harta benda dadapt disuburkan. Seandainya kejahilan menutupi kehidupan manusia, akan berlakulah berbagai kerosakan, peraturan dan undang-undang kucar- kacir, hilang keamanan dan kesejahteraan. Akibatnya manusia akan merana dan menderita.

7. Islam menggariskan beberapa adab susila seorang murid kepada guru. Antaranya.

1. Sentiasa mengharapkan keredhaan daripada guru supaya ilmunya diberkati.

2. Meminta pandangan guru terhadap sesuatu perkara yang akan dilakukan.

3. Sentiasa mengenang budi dan jasa guru yang telah mendidiknya.

4. Bersabar di atas sesuatu tindakan guru yang menyentuh perasaannya.

5. Menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar.

“SELAMAT HARI GURU”

MELAKA 16 Mei – Kira-kira 350,000 guru di seluruh negara merayakan Hari Guru tahun ini dengan berita gembira apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan insentif baru bagi memperkasakan dan memartabatkan profesion perguruan di Malaysia.

Enam insentif itu termasuk keputusan Kementerian Pelajaran menaikkan pangkat dan gred guru-guru bukan siswazah yang telah melanjutkan pelajaran.

Berucap pada majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini, Perdana Menteri yakin dengan insentif-insentif itu guru-guru akan lebih bersemangat untuk bekerja.

“Saya berharap guru-guru akan berjalan sebatu ke depan. Inilah yang kita mahu.

“Mudah-mudahan apa yang diberikan ini akan diterjemahkan oleh para guru dengan bekerja lebih bersungguh-sungguh supaya kita dapat melahirkan pelajar yang lebih cemerlang,'' katanya.

Pengumuman itu disambut tepukan gemuruh lebih 3,000 guru yang mendengar ucapannya. Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Menurut Abdullah, kerajaan bersetuju untuk mengambil kira pengalaman mengajar guru semasa dalam skim bukan siswazah DGA29 untuk dipertimbangkan kenaikan gred secara time-base setelah berada dalam skim siswazah iaitu dari gred DG41 kepada DG44.

“Kaedah yang akan digunakan ialah setiap tiga tahun pengalaman di gred DGA29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di gred SG41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan sebanyak tiga tahun pengalaman DG41.

“Insentif ini merupakan satu tambahan kepada keputusan kerajaan sebelum ini untuk memberikan hadiah kenaikan gaji kepada kakitangan awam,'' kata beliau.

Perdana Menteri berkata, langkah itu juga bertepatan dengan gagasan kerajaan dalam membangunkan modal insan dan bersesuaian dengan dasar pensiswazahan guru yang menggalakkan guru-guru untuk melanjutkan pengajian mereka.

Beliau berkata, pada masa yang sama kerajaan juga bersetuju meluluskan cadangan supaya guru gred DG41 yang berasal dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred DG44 selepas tiga tahun berkhidmat sebagai guru besar pada gred DG41.

Susulan kepada penambahan kuota jawatan dalam skim cemerlang sebanyak 300 peratus pada tahun 2006, beliau memberitahu, kerajaan bersetuju untuk menambah baik dua syarat skim guru cemerlang.

Ini termasuk memendekkan syarat tempoh kelayakan guru cemerlang dari tujuh tahun kepada lima tahun pengalaman mengajar bagi pengisian jawatan guru cemerlang DGA32 dari gred asal DGA29 dan jawatan guru besar cemerlang DG44 dari gred asal DG41.

“Bagi pegawai yang telah dinaikkan pangkat guru cemerlang di sesuatu gred, mereka boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred selanjutnya tanpa perlu menunggu tempoh tiga tahun perkhidmatan dalam gred yang sedang disandang,'' kata Perdana Menteri.

Beliau turut mengumumkan peruntukan 10 peratus daripada 1,700 kuota guru besar cemerlang DGA38 akan diberikan kepada pengelola dan guru yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Selain guru dan guru besar bukan siswazah serta guru dan guru besar cemerlang, turut mendapat suntikan daripada insentif yang diumumkan itu ialah para pegawai pelajaran daerah (PPD).

Abdullah berkata, kerajaan bersetuju untuk menaikkan gred PPD dari gred DG48 kepada gred DG52 dan DG54.

Selain itu, menurut Perdana Menteri, kerajaan juga akan menyeragamkan struktur pejabat pelajaran daerah di seluruh negara dengan memansuhkan pejabat pelajaran gabungan (PPG) bagi negeri Sabah dan Sarawak.

“Selain kenaikan gred PPD, penambahbaikan ini juga akan mewujudkan ratusan jawatan kenaikan pangkat baru untuk para guru yang berkhidmat di pejabat pelajaran daerah,'' ujar beliau.

Beliau turut mengumumkan kerajaan telah meluluskan cadangan penstrukturan baru Kementerian Pelajaran yang kali terakhir distrukturkan pada tahun 1995.

Peringkat awal kelulusan itu akan melibatkan pertambahan jawatan dan kenaikan gred bagi jawatan pengurusan tertinggi dan ketua bahagian dari gred DG54 hingga ke JUSA A.

Sebagai contoh, jelasnya, kesemua jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran kini diseragamkan pada gred JUSA A berbanding sebelum ini berbeza pada gred JUSA A, B, C dan DG54.

Beliau percaya penstrukturan itu dapat memantapkan sistem penyampaian pendidikan di setiap peringkat di negara ini.

Petikan dari: Utusan Malaysia Sabtu, 17 Mei 2008


Perguna 5, Sebelum Datangnya 5

Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu Anhuma berkata, "Rs.a.w. telah bersabda kepada seseorang seraya menasihatinya, "Pergunakan lima sebelum datangnya lima;

1. Masa mudamu sebelum datangnya masa tua;
2. Sihatmu sebelum datang sakitmu;
3. Kayamu sebelum datang fakirmu;
4. Waktu gsebelum datang waktu sibukmu'
5. Hidupmu sebelum matimu".

Maksud hadis ini ialah supaya kita orang muslim manfaatkan 5 keadaan baik sebelum datangnya lima keadaan yang sebaliknya.Sebab nikmat tidak abadi sifatnyapada saytu keadaan sahaja.

Masa muda suatu ketika pasti akan berakhir dan tidak akan kembali lagi.

Masa sihat suatu saat pasti akan berubah menjadi sakit,

Harta pasti akan habis dengan cepat atau berpindah darpada pewaris ke ahli waris.
Juga waktu luang merupakan suatu nikmat bagi seseorang, namun tidak lama berselang pasti akan datang masa sibuk yang kerap melalaikannya.

Seorang itu akan mengalami dalam hidup apabila alam remaja ke alam dewasa apabila menangguh-nangguhkan sesuatu yang patut dibuat kepada satu masa yang terkemudian.
Sebagai seorang muda remaja yang penuh tenaga yang boleh melakukan ibadat solat dengan bertenaga dan kuat , mungkin tidak dapat melakukan nsolat sunat yang berbagi kerana anggota badan sudah lemah dan mengidap berbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dsn. Begitulah seterusnya keadaan masa muda, lapang, semasa berada/kaya, sihat dan lapang hendaklah digunakan untuk melakukan ketaatan dan beribadat kepada Allah dengan sebaik-baiknya sebelum yang keadaan lebih melarat akan menimpa seseorang apabila sudah lanjut umur yang akan menjadi terlambat dan penyesalan yang ta berguna.Wassalam

Apa Yang Telah Kamu Kerjakan Di Duniamu?

Hari ini Jumaat, 16 Mei 2008 bersamaan 09 Jamadiawal 1429.

Mari kita sama-sama renungkan di pagi hari Jumaat yang barakah ini mengenai hadis di bawah ini yang akan mengingatkan dan merenung kembali, apakah sebenarnya tujuan kita dihidupkan Allah swt di dunia ini dengan segala nikmat yang didiberi dan disediakan oleh Allah swt.....

Maksud hadis, "Sebelum kedua telapak kaki seseorang menetap di hari Kiamat akan ditanyakan tentang empat hal yang lebih dahulu.

"PERTAMA tentang umurnya untuk apakah dihabiskan?

KEDUA tentang masa mudanya untuk apakah dipergunakan?

KETIGA tentang hartanya dari mana ia peroleh dan untuk apakah dibelanjakan dan

KEEMPAT tentang ilmunya apa saja yang amalkan dengan ilmunya itu."

Ruwah Alburar wattabrani an Muaz.

Dari segi umur , Allah lah yang menentukannya. Bila sampai masanya ajal, nyawa akan di cabut dan kita dimatikan dan bermulalah pula alam kubur atau alam barzah dan menghadapi alam akhirat bila sampai hari kiamat. Tanggungjawab kita terhadap Allah akan disoal oleh Allah swt iaitu tentang kewajipan dan amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia yang sementara ini untuk diberikan balasan akhirat yang kekal selama-lamanya. Tempat itu adalah sama ada di Syurga atau Neraka.

Perkara-perkara yang ditanya ialah amalan semasa tempoh mula baligh hingga ke akhir hayat apakah yang kita lakukan. Semasa muda dan semasa hidup seterusnya sejauh mana amal-amal terhadap Allah swt telah dilaksanakan. Begitu juga sifat ingin hidup mewah, kaya, mengikut nafsu itu akan ditanya daripada mana harta itu diperolehi (Cara halal atau haram) dan bagaimana ianya digunakan (samada selaras dengan jalan Allah atau sebaliknya).

Begitu juga dengan ilmu yang diperolehi sejauh manakah ianya di manfaatkan ke jalan Allah swt untuk dipraktikkan supaya mendapat keredhaanNya. (bukan sekadar untuk belajar ilmu kerana selain dari Allah seperti untuk menunjuk-nunjuk kepandaian atau untuk berdebat supaya ia nampak hebat atau dipuji dan disanjung oleh manusia lain. )

FIRMAN ALLAH swt, Surah An-Najm: 39: 42).

Maksudnya, " Dan bahawsanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya, dan bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna, dan bahawasanya kepada Tuhan mu lah kesudahan segala sesuatu."

Semoga kita semua diberikan petunjuk dan hidayah untuk kita beribadat memperhambakan diri dan beramal melaksanakan kewajipan kita terhadap Allah swt sebagaimana yang disampaikankan oleh Nabi Muhammad saw, untuk mendapat keredhaan Allah swt dan mendapat balasan syurga Allah.

Amin