Friday, September 9, 2016

Petikan sebahagian dari hadis dari Amir al-Mukmin Abu Umar Ibn Khatib radiyal-lahu anh. katanya  Aku dengar Rasulullah saw   bersabda:
"Hanya segala amal amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkan"...

1.Segala amal adalah dengan niat.

Niat adalah sebab pertama untuk mewujudkan atau melahirkan amal.Diterimanya amal itu atau tidak adalah kerananya., iaitu qasad yang timbul dari kesedaran hati atau jiwa untuk melakukan menurut kemahuan sendiri.Amal yang memerlukan kepada niat ialah segala amal atau perbuatan syarak  yang hendak dilakukan.dengan tujuan mendampingkan diri dengan Allah.

Menurut istilah syarak, niat ialah tergerak hati ke arah satu pekerjaan untuk mencari keredhaan Allah dan nmenyatakan perasaan tunduk dan aptuh kepada perintahNya. Inilah ynag dikatakan ikhlas atau kejujuran dalanm melaksanakan sesuatu amal

Friday, September 2, 2016

Kenali Allah, nescaya Allah mengingati mu

Maksud hadis Rasulullah saw.yang bersabda
" Peliharalah Allah nescaya engkau dapatiNya berada di hadapan engkau, menyertai dan menolong engkau. Dan kenallah Allah pada masa lapang , nescaya Ia kenal engkau pada masa susah di kala engkau sedang menghadapi perkara yang sukar."
-- (HR Tirmizi)
1. Setiap orang muslim diwajibkan mengingati Allah dan melaksanakan perintah Allah dengan beribadat dan menjauhkan perkara yang dilarangNya secara istiqamah. Dengan berbuat demikian Allah akan mengingati, mengenalinya dan menolongnya pada masa susah dan juga senang.
2. Janganlah hendaknya di masa kita kelapangan, senang hidup kita di pengaruhi dengan bemacaam-macam kemewahan sehingga kita khayal dan melupakan tanggungjawab kita terhadap Allah seperti bersolat melaksanakan tanggungjawb dan amanah terhadap sesama manusia dan tidak cuai mengingati Allah.
3. Dalam suatu hadis Rasulliullah saw yang bersabda,yang bermaksud, "Bahawa barangsiapa suka akan perkenankan Allah doanya pada waktu kesusahan, maka hendaklah ia membanyakkan doa pada waktu kelapangan".
4. Walaubagaimana sebagai seorang hamba yang lemah kita diwajibkan berdoa dengan memohon dengan qudrat Allah dengan penuh kesabaran sebarang kesusahan atau halangan yang ditakdirkan oleh Allah mencapai kemenangan dari kesusahan yang dilalui.sebelumnya
5.Firman allah swt yang bermaksud."
"Sesungguhnya beserta kepayahan da kesenangn, sesungguhnya beserta kepayahan ada kesenangan"
- (Surah An Insyirah: 5-6)

Kelebihan bulan Zulhijjah

Bagi tahun 2016,1 Zulhijjah bermula pada  Sabtu 3 September. Hari Raya Haji jatuh pada Hari Selasa 12 September.2016 berakhir pada 11 Oktober 2016

Sebagaimana kita semua sedia maklum pada bulan Zulhijjah lah umat Islam seluruh duni berkumpul di tanah suci Makkah untuh mengerjakan ibadat Haji menunaikan rukun Haji yang ke lima.Pada setiap tahun hampir 2 juta manusia mengerjakan ibadat tersebut iaitu bermula dengan wuquf di Mina dan serusnya melontar jumrah di hari  tasyrik .

2. Bagi umat Islam di tanah air mereka disunatkan bersolat jemaah iaitu solat sunat eidil Adha, Mulai terbenamnya matahari sebelum keesokan hari rayanya , Adalah disyariatkan untuk bertakbir di setiap waktu sama ada waktu siang atau malam, sehinggalah pada hari tasyrik yang terakhir aitu pada 13 Zulhijjah.

3. Majlis ibadah qurban di adakan di merata tempat kediaman terutamnya di Masjid dan surau-suru di seluruh negara. Binatang sepert lembu, kerbau, kambing dan juga unta disembelih sebagai satu ibadah mendekatkan diri kepada Allah swt. Pelaksanaan ibadah qurban masanya bermula  dari selpas solat sunat raya pada 10 Zulhijjah hingga berakhirnya hari tasyrik (terbenam matahari 13 Zulhihjjah Ia merupakan sunnah yang sangat dituntut iaitu hukumnya sebagai sunat muaakad bagi sesiapa yang berkemampuan membelanjakannnya.

 4. Sebagai amal sedekah kepada fakir miskn, hasil dari qurban sunat  hendalah dinahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagain untuk pelaku qurban, saru bahagain untuk fakir miskin dan satu bahagiannlagi untuk dibahagikan epada saudara seagama yang lain tidak kira sama ada miskin atayu kaya.Daging yang diberikan iut hendaklah dalamkeadan  mentah lagi basah kepada fakir atau miskin.

5.Bagi orang berniat melakukan korban hendaklah  mengelakkan dari memotong rambut dan kukunya sejak mulanya  tanggal 1 Zulhijjah sampai dia  melakukan koran denga menyembelih binatang yang ditetapkan.

6. Umat Islam juga disunatkan berpuasa sunat pada bulan zulhijjah atau berpuasa pada sebahagiannya, teruama padar Hari Arfah kecuali pada hari raya korban yang jatuh pada 10 Zukhijja h. Pada hari-harib tersebut umat Islam digalakkan supoaya memb]perbanyakkan zikir iaitu dengan menyebut nama-nama Allah. seperti bertahlil,



, takbir dan tahmid. Kita dianjurkan supaya mengeraskan suara dalam bertakbir ketiak berada di pasarm rumah, jalan masjid  dan lain-laiunnnya

Friday, April 29, 2016

kelebihan solat berjemaah

Apa Kelebihan Solat Berjamaah
Solat berjamaah adalah lebih baik dari solat bersendirian dengan 27 darjat.
Dari Ubay bin Ka’b ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan shalat subuh, selesai shalat beliau bertanya: “Apakah ada yang melihat fulan?” para sahabat terdiam, lalu mereka menjawab, “Ya.” Dan sahabat tersebut tidak hadir. Kemudian beliau bersabda: “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya’ dan subuh, seandainya mereka mengetahui keutamaan yang ada dalam dua solat tersebut, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Saf (barisan) pertama adalah seperti safnya para Malaikat, seandainya kalian mengetahui keutamaannya niscaya kalian akan bersegera menyongsongnya. Sungguh, solatnya seseorang bersama dua orang adalah lebih baik ketimbang dengan satu orang, dan solatnya seseorang dengan seorang adalah lebih baik dari ia solat sendirian, semakin banyak jumlahnya akan lebih dicintai oleh Allah Tabaraka Wa Ta’ala.”
(HR Ahmad,)

Berhajat kepada perolongan Allah, berdoalah.

Firman Aah swt Surah Fatatir,Ayat 15, yang bermaksud.
"Wahai umat manusia,kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara),sedangkan Allah Dialah sahaja Yang Maha kaya lagi Maha Terpuji"
Sebagai makhluk yang serba kekurangan tentulah berhajat kepada pertolongan dan petunjuk Allah dalam menjalankan ke hidupan kita harian.Cara yang terbaik ialah dengan kita ,memohon atau berdoa kepada Allah.Di samping kita berusaha dan berikhtiar maka hendaklah kita berdoa dan bertawakkal dan mengharapkan hajat kita dikurnikan Allah Yang Maha Pemurah .
Didalam al Quran terdapat jenid doa -doa yang diapat dijadikan panduan dan di amalkan untuk kita berdoa. Begitu juga banyak doa-doa yang di tinggalkan oleh Nabi saw untuk kita memohon doa selaian daripada apa yang kita sendiri ungkapkan dalam doa yang sesuai dengan permohonan kira.Kesungguhan kita berdoa tanpa jemu dan putus asa, merupakan pendekatan yang sewajarnya diamalkan da bersangka baiklah tentang rahmat Allah yang dijanjikan kepada hambanya ynag memohon kepadaNya.
Firman Allah dalam surah Al Baqarah. Ayat 186)
"Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka0, Aku memperkenankan permohonan orang berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran".

Sunday, April 24, 2016

Kelebihan Surah Al Ikhkas

Tertarik saya dengan tajuk untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat pada petang ini iaitu mengenai amalan-amalan yang mudah dapat dilakukan untuk bekalan ke Akhirat: Antaranya yang mumum diketahui seperti:
1. Membaca Surah Al Ikhlas.
Riwayat dari Anas bin Malik, bahawa Rsulullah saw bersabda:
"Seseiapa membaca surah Al Ikhlkas ekali seolah-olah ia telah membaca sepertiga darioada Al Quran. Dan sesiapa yang membacanya dua kali (2) seolah-olah ia telah membaca dua pertiga daripada Al; Quran. Dan sesiapa yang membacanaya tiga kaliu (3) seolah-olah ia telah membaca seluruh A;l Quran. Dan sesiapa yang membcanya sebelas (11) kali, Allah akan membina mahligai baginya di dalam syurga yang diperbuat daripada yaqut yang merah".
Dari Abu Darda’, Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al Qur’an dalam semalam?” Mereka mengatakan, ”Bagaimana kami boleh membaca sebegitu?” Lalu Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al Qur’an.” (HR. Muslim no. 1922)
Dari Abu Sa’id Al Khudri bahwa dia mendengar seorang membaca dengan berulang-ulang ’Qul huwallahu ahad’. Tatkala pagi hari, orang yang mendengar tadi mendatangi Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam dan menceritakan kejadian tersebut. Kemudian Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya surah ini sebanding dengan sepertiga Al Qur’an”. (HR. Bukhari)

Monday, April 11, 2016

Kelebihan Membaca Al Qhran

Saya tertarik kepda rumusan dari pembacaan nota-nota mengenai kelebihan Al Quran tapi tidak memberikan detail berkaitannya spt Nas dan Hadis.
1. Pembaca al Quran akan mendapat shafaatnya di akhirat nanti (pertolongan daripadanya).
2.Siapa yang ingin bercakap-cakap dengan Allah maka bacalah Al Quran.
3,Membaca Al Quran di dalam solat dan di luarnya merupakan penerang hati dan menghidupkan rohani.
4.Allah lebih sayangkan Al Quran lebih dari menyanyangi langit, bumi dan si kesemuanya.
5.Sesiapa yang membca Al Quran bererti dia telah meletakkan darjah kenabian di sebelahnya.
6,Penghafaz Al Quran adalah ahli Allah dan merupakan orang yang teristimewa baginya.
7. Bapa/Ibu yang mengajar anakmya akan Al Quran maka pada hari kiamat nanti akan dimahkotakan dengan mahkota syurga.
8.Sebaik-baik ibadat umat Nabi Muhammad saw ialah membaca Al Quran.
Kesimpulanyang dapat dipelajari ialah
"Belajarlah membaca al Quran dengan bertalaqi, bertajwid dan berguru dengan guru yang mahir dan khatam 30 juzuk dengan yang memahami isi kandungannya serta melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah.
Jadiikan amalan memmbaca Al Quran setiap hari sekurang-kurangnya khatam pada setiap minggu atau setiap bulan mengikut kemampuan.