Sunday, April 24, 2016

Kelebihan Surah Al Ikhkas

Tertarik saya dengan tajuk untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat pada petang ini iaitu mengenai amalan-amalan yang mudah dapat dilakukan untuk bekalan ke Akhirat: Antaranya yang mumum diketahui seperti:
1. Membaca Surah Al Ikhlas.
Riwayat dari Anas bin Malik, bahawa Rsulullah saw bersabda:
"Seseiapa membaca surah Al Ikhlkas ekali seolah-olah ia telah membaca sepertiga darioada Al Quran. Dan sesiapa yang membacanya dua kali (2) seolah-olah ia telah membaca dua pertiga daripada Al; Quran. Dan sesiapa yang membacanaya tiga kaliu (3) seolah-olah ia telah membaca seluruh A;l Quran. Dan sesiapa yang membcanya sebelas (11) kali, Allah akan membina mahligai baginya di dalam syurga yang diperbuat daripada yaqut yang merah".
Dari Abu Darda’, Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al Qur’an dalam semalam?” Mereka mengatakan, ”Bagaimana kami boleh membaca sebegitu?” Lalu Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al Qur’an.” (HR. Muslim no. 1922)
Dari Abu Sa’id Al Khudri bahwa dia mendengar seorang membaca dengan berulang-ulang ’Qul huwallahu ahad’. Tatkala pagi hari, orang yang mendengar tadi mendatangi Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam dan menceritakan kejadian tersebut. Kemudian Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya surah ini sebanding dengan sepertiga Al Qur’an”. (HR. Bukhari)

Monday, April 11, 2016

Kelebihan Membaca Al Qhran

Saya tertarik kepda rumusan dari pembacaan nota-nota mengenai kelebihan Al Quran tapi tidak memberikan detail berkaitannya spt Nas dan Hadis.
1. Pembaca al Quran akan mendapat shafaatnya di akhirat nanti (pertolongan daripadanya).
2.Siapa yang ingin bercakap-cakap dengan Allah maka bacalah Al Quran.
3,Membaca Al Quran di dalam solat dan di luarnya merupakan penerang hati dan menghidupkan rohani.
4.Allah lebih sayangkan Al Quran lebih dari menyanyangi langit, bumi dan si kesemuanya.
5.Sesiapa yang membca Al Quran bererti dia telah meletakkan darjah kenabian di sebelahnya.
6,Penghafaz Al Quran adalah ahli Allah dan merupakan orang yang teristimewa baginya.
7. Bapa/Ibu yang mengajar anakmya akan Al Quran maka pada hari kiamat nanti akan dimahkotakan dengan mahkota syurga.
8.Sebaik-baik ibadat umat Nabi Muhammad saw ialah membaca Al Quran.
Kesimpulanyang dapat dipelajari ialah
"Belajarlah membaca al Quran dengan bertalaqi, bertajwid dan berguru dengan guru yang mahir dan khatam 30 juzuk dengan yang memahami isi kandungannya serta melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah.
Jadiikan amalan memmbaca Al Quran setiap hari sekurang-kurangnya khatam pada setiap minggu atau setiap bulan mengikut kemampuan.

Wednesday, February 10, 2016

Balasan syurga kepada taat kepada Allah

Firman Allah swt dalam surah Al Hadid ayat 21 yang bermaksud:
" Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar."
Sesiapa yang bersungguh-sungguh melakukan ketaatan kepada Allah swt, mereka akan ditempatkan di syurga sesuai dengan tingkjatan darjat yang berbeza-beza sesuai dengan amalan masing-masing semasa di dunia..Allah memang merintahkan kepada manusia supaya berlumba-lumba mengerjakan kebaikan sebagaimana maksid firmanNya di atas..

Tujuan hidup

Terfikir untuk menjawab beberapa soalan yang memerlukan jawapan yang agak panjang.
Kehidupan itu apa?
Apakah tujuan hidup?
Sebagai makhluk Allah swt yang diciptaNya tentulah kehidupan itu mengikuti sebagaimana kehendak atau perintahNya.Tidak mungkin mengikut rekaan atau nafsu manusia yang terjadi dengan ciptaan Allah. swt.
Jika kita dapat melakukankan sebagaimana yang dituntut oleh Allah, kehidupan kita akan bahagia dan terjamin baik di dunia apatah lagi di akhirat.
Hidup yang kekal abadi adalah di akhirat. Persediaan dan bekalan amal yang secukupnya semasa menjalani hidup di dunia diperlukan untuk berjaya menikmati syurga Allah di akhirat.
Hidup di dunia (alam fana) adalah sementara dan singkat sahaja masanya. KIta akan menlalui alam barzah dan alam akhirat yang tentunya lebih jauh dan menghadapi cabaran yang lebih besar yang hanya dapat di selamatkan dengan amalan baik yang kita lakukan semasa hidup di dunia ini sebagai bekalan.
Semoga dengan amalan yang sedikit yang dapat kita lakukan dan rahmat yang tidak terhingga yang Allah dapat keurniakan kepada mkhluknya, kita akan dapat ganjaran syurga di akhirat yang sangat sedikit kita dapat mengkaji dan memahaminya..
Jika mampu dteruskan memanglah memerlukan masa untuk menganalisa dan merancangkan untuk akhiurat kita ini.
Ya Allah berikan lah petunjuk dan permudahkanlah kami menjalani hidup di dunia ini dan akhirat dengan rahmatMu Yang Maha Luas ,Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Wallahu a'alam.

Monday, January 25, 2016

Jangan mensia-siakan masa ...

Hadis ini selalu sangat kita dengar, tapi sejauh manakah kita telah dapat menghayatri dan mengambil perhatian mengenai tindakan yang pelu kita laksanaka, supapa dapat melaksanakan tanggungjawab kit
a terhadap Allah swt.

Daripada Ibnu Abbas R.A. , Rasulullah saw bersabda:

"Rebutlah 5 peluang, sebelum datangnya 5:

1. Hidupmu sebelum matimu,
2. Sihatmu sebelum sakitmu,
3. Waktu lapangmu sebelum sibukmu,
4. Mudamu sebelum tuamu dan ,
5. Kayamu sebelum fakirmu"

- Riwayat Al hakim dalam al Mustadarak dan Baihaiqi

1. Jangan membazir dan mensia-siakan masa (Waktu ) Wakatu akan terus berlalu dan tidak dapat dikembakikan.

2. Masa berlalu dengan pantas. Bila direnungkankehidupan kita dari zaman kanak-kanak, zaman muda, belia dan seterusnya di zaman dewasa,kita akan dapati ia berlalu dalam masa hnag singkat dan menjadi samar.

3. Penggunaan masa seharunya dilakukan untuk menjalani hidup dengan membuat bekalan sebanyak-banyaknya untu hidup kekal di akhirat.

4.Srbanrnya manusia itu khayal dan leka tentang kejadiannnya hidup di dunia bukan lah sekadar menghabiskan umur yang diberikan kepadanya, tetapi hendaklah digunakan  mencari keredhaan Allah dengan melakun amalan soleh

Monday, October 19, 2015

Berita kematian saudara dan sahabat

Ahad, 17 Okt 2015/4 Muharram.1437.
1. Sabtu 17 Okt  jam 12 mlm  Siti Hawa bt eh meninggal dnia di Kg Paya Lua Remerlo. Asinda Addena pergi menziarahi jenazah dan minta di dahuukan RM100 untuki disedekahkan kepada  wrisnya. Zemoga rihnya di rahmati Allah.

Sabtu 17 Okt terima berita jam 6..0  petang seorang sahabat STARIA sdr Ibrahim Kassim batch 1952 meninggal dini jam 4,30 di BB Bangi dan jenazahnya dikebumikan di  Sek 6 Bandar Sri Mahkoita Bangi. Semoga rohnya diucucuri Allah dengan rahmatNya. Al Fatihah.Amin.

Isnin 16 November 2015, Seorang sahabat Abdul Razak bin Senawi, batch kedua STAROBA yang tinggal di Alor Setar telah kembali ke Rahmatullah jam 9.50 di Hospital Alor Setar. Sama-sama kita mendoakan semoga rohnya dirahmati Allah swt.

Petikan drp fb anak allahyarham:

Assalamualaikum
Kepada yang mengenali ayahanda kami, Haji Abdul Razak Senawi ,beliau telah selamat pergi meninggalkan kita tadi jam 9.50pg di Hospital Sultanah Bahiyah. Jenazah akan disembahyangkan dan dikebumikan di Masjid Iskandar, Jalan Dato Kumbar selepas solat asar ptg ini. Kepada yang ingin menziarah, bolehlah terus ke rumah beliau di 161, Taman Nakishah, Jln Dato Kumbar, Alor Setar.
alfatihah

Sunday, October 18, 2015

Iman dan amal soleh

Iman dan amal soleh amat rapatkaitannya.
Iman berupa keyakinan dan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa
Manakala amal soleh pula adalah manesfestasi daripada imannya iaitu setelah mengakui keimananyan baru lah seorang itu mengerjakan amal soleh..
Iman dan amal soleh ini menjadikan manusia hidup berbahagia di dunia dan di akhirat Allah meennugerahkan balasan syurga
Firman Allah swt ;Surah Yunus , Ayat 9, yang bermaksud:
"Sesungguyhny orang-orang yang berian dan mengerjalkan amal-amal soleh, mereka diberi oetunjuk oleh Allah kerana keimananya,di bawah mereka mengakir sungai-sungai di dalam syurga yang penuh kenikmatan."

819 Oktoberv 2015/ Ahad  5 Muharram 1437