Dari Othman ra, Rasulullah saw bersabda, " Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya".
- (HR Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasi, Ibnu Majah)
1. Al Quran ialah merupakan kitab panduan untuk umat Islam. Mempelajari dan menyebarkannya isi kandungannya adalah sama dengan menegakkan syariat Islam. Oleh itu sama ada mengajar atau belajar Ql Quran adalah sangat dituntut dan diberi ganjaran yang sama di sisi Allah swt. Memahami dan mengetahui maksudnya adalah sebaik-baikannya supaya dapat mengamalkannnya. Sedangkan ynag terendah adalah sekadar mempelajari bacaannya sahaja.
2. Kedudukan Al Quran adalah lebih tinggi daripada ilmu-ilmu yang lain, kerana membaca dan mengajarkan lebih utama daripada yang lain hari qiamat dari segi pahala dan pentingnya mengamalkan kandungannnya. Dalam Syarah al Ihya diterangkan bahawa di antara golongan yang akan mendapatkan naungan Arasy pada hari qiamat yang penuh ketakutan iaitu orang yang mengajarkan al Quran kepada anak-anak, dan orang yang mempelajari al Quran pada masa kanak-kanak serta ia terus menjaganya hingga masa tua.
3. Orang yang sibuk dengan menghafal, mempelajari atau memahami al Quran sehingga tidak sempat berdoa, maka Allah akan memberinya sesuatu yang lebih utama daripada ia berikan kepada orang yang berdoa.
4. Kelebihan orang yang sibuk membaca Al Quran, Allah juga akan mengaruniakan kepadanya pahala yang lebih baik daripada orang yang selalu bersyukur.
5. Sebagaimana Maksud hadis, dari Abu Sa'id ra berkata, Rasulullah saw bersabda:
"Allah berfirman, "Barangsiapa yang disibukkan oleh Al Quran daripada berzikir kepadaKu dan memohon kepadaKu, maka aku berikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada yang Aku berikan kepada orang-orang yang memeohon kepdaKu. Dan keutamaan kalam Allah di atas seluluruh perkataan adalah seumpama keutamaan Allah atas makhlukNya".
(HR. Tirmizi, Darami dan Baihaqi).
Sunday, February 10, 2013
Sunday, February 3, 2013
Jadikanlah ulamak sumber ketaqwaan ajaran Al-Quran dan Sunah
Allah swt ada menasihatkan supaya kita mengikuti ajaran dan dekat dengan para alim ulamak, yang bertaqwa dan taaat kepada perintah Allah dan tidak mengejar dunia yang mengejar kebendaan semata-mata. Kita hendklah menjauhi mereka yang lalai dan tidak mengamalkan al Quran atau yang hanya mengikut hawa nafsu dan berkelakuan yang melampaui batas.
Ini dijelaskan dalam Surah Al Kahfi, ayat 28, yang bermaksud:
Ini dijelaskan dalam Surah Al Kahfi, ayat 28, yang bermaksud:
28." Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui
Adakah kita menafaatkan masa dan usia kita?
Bagaimana boleh kita menafaatkan MASA?
1. Waktu atau masa dapat dilihat sebagai sia-sia atau umur menjad sia-sia jika semasa hidup di dunia masa itu tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya. Masa berlalu mengikut jadual dari saat hinggalah perkiraan tahun dan ia akan menentukan berapa lama kita telah menggunakan masa semasa hidup kita.
2. Dari segi kehidupan di dunia yanag amalannya akan menjadi bekalan hidup di akhirat, sesaat masa yang tidak dimanafaatkan untuk dijadikan bekalan hidup di akhirat, bermakna kita telah mensesiakan masa dengan berlalunnya masa dengan tidak melakukan sesuatu yang bernilai di sisi Allah yang akan menyediakan kehidupan yang kekal abadi di akhirat.
3. Firman Allah swt dalam sural Al-"Ashr (Surah ke 103)
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
4. Membazirkan masa lebih buruk kesannya daripada membazirkan wang ringgit. Masa yang dibazirkan tidak dapat di gantikan dengan masa yang sudah berlalu. Sebaliknya wang ringgit boleh di ganti degan berusaha mencari apa yang telah hilang. Tetapi masa yang berlalu dengan membazir tak mungkin dapat ditebus semula. Samalah jika dilihat usia yang berlalu tidak akan dapat diganti lagi untuk menjadi muda semula.
5. Jika kita dapat merenungkan betapa ruginya walaupun sesaat waktu yang kita bazirkan dengan sia-sia, tanpa mempeoleh kebajikan dan faedahbut., kita akan insaf bahawa sebenarnya kita telah tertipu dalam masa tersebut kerana dari segi manfaat untuk akhirat kita tidak menambahkan amal ibadat sebagai bekalan di akhirat nanti.
5. Pembaziran masa yang tidak digunakan ke jalan Allah dengan melakukan ketaatan perintah dan kehendak Allah akan menyebabkan jauhnya kita dari Syurga Allah. Ini akan kita rasai penyelasannya di akhahirat kerana masa berlalu dengan sia-sia.
Sabda Rasulullah saw, yang diriwayat oleh Abu Hurairah ra yang bermaksud:
"Tidak duduk suatu kaum di majlis di mana mereka tdak mengingat Allah di dalamnya melainkan majlis tersebut akan merupakan kecacatan atau penyesalan ke atas mereka. Tidak berjalan seseorang lelaki dalam satu perjalanan di mana ia tidak mengingat Allah di dalamnya, melainkan perjalanan tersebut akan merupakan kecacatan atau penyesalan ke atasnya. Tidak berbaring seseorang lelaki di mana ia tidak mengingat Allah di dalamnya, melainkan perbuatannya tersebut akan merupakan kecacatan atau penyesalan ke atas mereka".
6. Dengan menginsafi bahawa masa itu begitu penting untuk mengingati Allah, sewajarnyalah setiap saat dari usia kita supaya dapat memberi manafaat kepada diri kita untuk hari akhirat.
7. Bagi mereka yang insaf penggunaan masa yang bernilai ini, mereka akan menggunakan masa dengan sebaik-baik untuk mengingati Allah seperti berzikir dan bertasbih, dengan cara memperbanyakkan membaca al Quran seperti mengisi masa lapang, dalam perjalanan atau semasa duduk dan berbaring. Merekan tidak akn menggunakan masa untuk berhibur, bermain atau betrsiar tanpa memikirakan masa tersebut boleh memberi feaedah ynag lkebih besar di sisi Allah dengan melakukan amalan kebaikan yang dituntut seperti berzikir atau banyak mengingati Allah.
8. Supaya kita tidak mensesiakan masa, kita haruslah menafaatkann masa dan waku itu supaya kita tidak menjadikan pendengaran dan lisan itu menjadi kosong dari memperbuatkan kebajikan selagi kita dalam keadaan waras dan mampu untuk berfikir atau dalam keadan jantung masih berdenyut.
9. Marilah kita berusaha untuk mempergunakan masa atau waktu yang masih ada dalam keadaan kita diberikan kesihatan dengan bersegera untuk melakukan kebaikan bagi menambahkan amal soleh dan kebajikan dengan melakukan zikrullah, membaca Al Quran, membaca kitab-kitab yang bermanafaat, bersilaturrahiom, berdakwah ke jalan Allah dan seumpamanya, selain dari melakukan tugas untuk mencari nafkah dengan cara yang halal. Gunakanlah masa untuk rehat yang diharuskan yang tiada unsur membazirkan masa yang sangat berharga tersebut, dengan membetulkan niat untuk berehat supaya dapat melakukan ketaatan selepsanya dan dikira sebagai amalan juga.
Tuesday, January 29, 2013
Berzikir dengan membaca Al Quran
Bacalahlah Al Quran. Membacanya ialah suatu ibadat. Jadikannya sebagi zikir yang boleh dibaca setiap hari walaupun sedikit, tetapi berterusan.
Maksud hadis saw:
"Sesiapa membaca sepuluh ayat Quran (setiap hari) , tidaklah dituliskan dia daripada orang yang lalai".
Tentang kemampuan atau kesanggupan membaca Al Quran begantung kepada kemampuan dan kealiman sesorang mengenai ilmu Al Quran dan penghayatan agamanya.
Imam Shafie mengkhatami Quran dalam sehari semalam dua kali di bulan ramadhan, sekali khatam di bulan-bulan yang lain. Kebolehan seorang ulamak seperti beliau merupakan suatu keistimewaan yang Allah swt berikan. Mereka tidak boleh disamakan dengan orang-orang biasa atau orang kebanyakan.
Kata Abu Abdullah, '' Diantara para sahabat ada yang mengkhatam Quran dalam tiga hari dan ada yang dalam lima hari, tetapi kebanyakan mereka mengkhatam dalam tujuh hari".
Rasulullah saw pernah bersabda kepada Abdullah bin Umaru kerana menegurnya melampau-lampau dalam beribadat dengan sabdanya:
"Bacalah Ql Qurana sebulan sekali khatam"
Jawab Abdullah, "Tidak, Saya memnag berkuasa lebih daripada itu lagi"
Mendengarkan keterangan tentnag kesanggupan Abdullah, Rasulullah saw masih juga bersabda:
"Bacakanlah dia seminggu sekali khatam dan janganlah lebihkan (pembacaannya) daripada itu".
Sebagai amalan bacaan pertengahan (sedrhana) khatam sekali dalam sebulan adalah digalakkan.. Ini bermakan dengan membacanya satu juzuk setiap hari. Dalam masa sebulan akan dapat membaca 30 juzuk.

Saturday, January 5, 2013
Berpakain menutup aurat bagi perempuan.
Kewajiban menutup aurat bagi perempuan::
[31]
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
- Surah An Nur: 31
1. Aurat - ialah bahagian anggota tubuh badan seseorang ynag wajib ditutup., baik ketikan bergaul dengan msyarakat, lebi-lebih lagi ketika mengerjalan ibadat solat.
2. Aurat perempuan ialah seluruh anggota tubuhnya melainkan muka dan kedua tapak tangannya.
3. Wanita Islam bukan sahaja diperintahkan untuk menyekat pandangan mereka daripada melhat perkara yang haram dan menjaga kehormatan daripada melakukan zina dan lainnya, tetapi haram bagi mereka mendedahkan tubuhnya kepada lelaki yang bukan mahramnya, kecuali anggota yang zahir iaitu bahagian muka dan kedua tapak tangan sahaja.
4. Oleh itu pastikan kita, anak-kita yang perempuan memahami kedudukan aurat ini dengan memakai pakaian yang ssesuai yang menutup aurat bagi mengelakkan kita terjerumus dalam keadaan yang diharamkan dan berdosa terhadap Allah swt.

Friday, January 4, 2013
Ayat kursi
Jumaat, 4 Januari 2013.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi, adasebuah keterangan mengatakan.
" Ia adalah raja segala ayat al Quran, dan sesiapa yang membacanya setelah solat fardhu, maka tidak ada antara dia dan syurga yang menghalanginya kecuali hanya kematian. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur, maka ia tidak akan didekati syaitan sehingga menjelang pagi".

Kelebihan orang yang bersedekah/menderma
Orang yang melakukan sedekah tentunya lebih baik daripada yang meminta atau yang menerima.
Sabda Rasulullaha saw:
1. "Takutlah kamu akan api (neraka) walau hanya dengan separuh tamar (kurma). Kalau tidak kamu temukan maka (cukup) dengan ucapan yang baik".
2. "Sedekah itu dapat menghapuskan kesalahan sebagaimana air dapat memadamkan api"
3.Barangsaiapa memberi makan saudaranya sampai mengenyangkan, dan memberi minum sampai menyegarkan, maka Allah menjauhkannya daripada api neraka tujuh lubang yang di antara lubang satu dengan yang lain (jauh perjalanan) lima ratus tahun".

Subscribe to:
Posts (Atom)