Sunday, January 23, 2011

Rahmat Allah

Ahad,23 Januari 2011/18 Safar 1432.

Allah swt berfirman dalam Hadis Qudsi:

" Apabila seorang hambaKu merencanakan melakukan suatu kejahatan, tapi tidak dilaksanakannya, tuliskanlah baginya satu kebajikan. Tetapi jika dikalsanakannya, maka tuliskanlah baginya satu kejahatan. Jika ia taubat, hapuskanlah daripadanya.

Dan apabila seorang hambaKu merencanakan melakukan suatu kebajikan, lalu tidak dilaksanakannya , maka tuliskanlah baginya satu kebajikan. Tetapi jika dilaksanakannya, tuliskanlah baginya sepuluh gandanya hingga tujuh ratus ganda".



-(HR Ibnu Hibban dari Abud Darda)

Maksud hadis di atas:

1. Allah memerintahkan kepada malaikat yang ditugaskan mencatat semua amal perbuatan manusia, untuk tidak menuliskan satu kejahatan apabila yang bersangktan baru sampai tahap 'merencanakan' saja, dan belum 'melaksanakan'. Meninggalkan dan tidak jadi melaksanakan maksiat bererti menahan diri dari kejahatan, menahan diri dari perbuatan jahat, adalah satu kebajikan.

2. Apabila manusia atau orang telah melaksanakan atau mengerjakan maksiat yang direncanakan, barulah para malaikat menuliskan atau mencatatkan sebagai satu kejahatan.

3.orang yangmerencankan berbuat baik , tetai tidak dikerjakan kerana sesuatu sebab, allah akan mmerintahkn menuliskan satu kebajikan baginya. Dengan dmikia diharapkan manusi selalu sennag memikrkan hal-hal yang baik serta selalu beniat berbuiat baik.

4. Allah memberikan pahala yang banyak kepada orang yang berbuat baik tergantung kepada derjat keikhlasannya. Pahala yang ditterimanya mungkin sepuluh kali, seratus kali hingga tujuh ratus kali bahkan mungkin lebih dari itu.

5. Allah Maha Pemurah, mempunyai keutamaan Yang Maha Besar lagi Maha Agung, yang memiliki pahala. Firman Allah swt dalam al Quran:

"Umpama orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, bagai sebutir biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai. Pada tiap tangkai itu berbuah sertus biji. Allah melipat gandakan (pahala) bagi sesiapa yang dikehdakiNya. Allah mempunyai kurnia yang luas, lkgi Maha Mengetahui"
-( Surah Albaqrah: 261)

Saturday, January 22, 2011

Mu'jizat Al Quran yang terbesar kepada nabi Muhammad saw

Sabtu, 22 januari, 2011/ 17 Safar 1432

Abu Hurairah ra bekata,

" Nabi saw bersabda: " Tak ada seseorang Nabi pun di antara Nabi-nabi yang lain, melainkan sungguh telah diberikan kepadanya tanda-tanda (mu'jizat) yang dengan seperti mu'jizat itulah beriman kerananya, para manusia. Dan hanyasnya mu'jizat yang diberikan kepadaku, adalah wahyu yang Allah telah wahyukannya kepadaku. Maka akau mengharapkan, akulah di antara Nabi-nabi yang paling banyak pengikutnya pada hari qiamat"

(HR Muslim, Al-Lu'lu- wa Marjan)

Huraian:

1. Setiap orang Nabi mendapat suatu mu'jizat yang dengan mu'jizat yang dengan mu'jizat itu para manusia beriman kepadanya, lantaran mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menolaknya. Ringkasnya masing-masing Nabi mempunyai suatu mu'jizat untuk membuktikan kebenaran seruannya, yang sesuai dengan masanya, seperti mu'jizat Musa, mu'jizat 'Isa dan mu'jizat Nabi kita Muhammad saw, iaitu Al Quran yang tak dapat ditandingi kebalaghannya oleh siapapun.

2. Allah memberikan kepada Muhammad saw Al Quran sebagai mu'jizat yang terbesar dan tak terkalahkan dan dengan mu'jizat Al Quran itu, Rasulullah saw mengharapkan supaya beliaulah Rasul yang paling banyak umatnya di hari qiamat. Kerana dengan tetap berwujudnya mu'jizat Al Quran selalu merupakan bahan pembaharuan bagi iman. Berbeza keadaannya dengan mu'jiz-mu'jizat Nabi-nabi yang lain, yang tidak tingggal bekasan-bekasan lagi. Mu'jizat Al Quran akan tetap hidup sepanjang zaman, tidak putus-putusnya.

Thursday, January 20, 2011

Mendekat diri dengan Allah swt

Khamis,20 januari 2011/15 safar 1432

Al Bukhari meriwayatkan sebuah hadis Qudsi yang bemaksud:

"Barangsiapa yang memusuhi kekasihKu, Aku telah mengumumkan perang padanya. Tidak ada cara bertaqarrub (mendekatkan diri) seorang hamba kepadaKu yang lebihKu sukai melainkan melaksanakan kewajiban-kewajiban yang telahKu fardhukan kepadanya. Namun sentiasa hambaKu itu berusah mendekatkan diri kepadaKu dengan melakukan hal-hal yang sunat, sehinga Akupun mencintai (mengasihinya). Apabila ia telahKu cintai (kasihani), Aku menjadi alat pendengarannya yang dengannya ia mendengar, alat penglihatannya yang dengannya ia melihat, tagannya yang dengannya ia memukul keras dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Jika ia memohon kepadaKu sungguh akan Ku kurniai dirinya dan jika ia memohon perlindungaKu, aku akan melindunginya. Dan tak penah Aku ragu-ragu pada sesuatu di saat Aku akan melakukannya, seperti raguKu untuk mengambil jiwa orang mukmin yang enggan mati, sedang Aku tidak suka mengganggunya"

Tuesday, January 18, 2011

Berjihad di Jalan Allah

Selasa 18, Januari 2011/13 Safar 1432

Berjihad ialah mengeluarkan ssegala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalanynag diiktikadkan oleh manusia bahaw jaan itu yang hak dan benar. Ibnul-Atsir, serang ahli bahsa yerkenal telah menerangkan dalam an-Nihayahnya: " Al-jihad ialah memerangi orang kafir dengan bersungguh-sungguh menghabiskan daya dan tenaga dalam menghadapi mereka, baik dengan perkataan maupun perbuatan.

Adapun cara0cara jihad itu bermacam-macam kadang2 dengan ucapan dalam usaha menyampaikanann kata-kata yang benar, kadang-kadangu dengan harta dan kekayaan, dan ada kalanya juga dengan senjata dan jiwa. Kerana itu nabi saw bersabda:

"Lakukanlah jihad terhadap orang-orang kafir dengan lidah, harta benda dan jiwa kamu"

2. Yang dimaksudkan dengan 'jalan allah' (sabililllah) ialah jalan yang telah digariskan Allah dan disyariatkan kepada hambanya untuk dijalankan dan beribadah dlam batas-batas yang telah ditentukanNya. Sedang batas-batas yang telah ditentukanNya itu ialah perintah-perintah dan larangan-larangannNya. Antara "Jihad" dengan "fisabillilah" terdapat hubungan yang sangat erat.

3. @ jenis jihad:

1/ Jihad asghrar (kecil) yakni memeragi oranng jafir. Orang ynag gugur dalam jihad asghar (kecil) trgolong mati syahid

2/ Jihad akabar (besar) memerangi hawa nafsu. Setiap saat dan waktu kita terus menerus berperang melawan keangkara murkaaan hawa nafsu.
Sabda Nabi saw:
"Kita sekalian kembali dari jihad asghar (jihad kecil)- kembali drai perang badar/uhud - ke jihad besar (jihad abar), iaitu jihad memerangi hawa nafsu"

4. Allah menjanjikan untuk memberikan ganjaran dan pahala kepada orang yang melakukan jihad fisabilillah yang dalam pelaksanaannya berlaku ikhlas hanya dan kerana Tuhannya semata. Janji Allah pasti akan tepat dan ditepatiNya.

Sabda Nabi saw:

"Allah telah menjamin orang ynag berjihad fisabilillah- dengan niat tidak keluar rumah kecuali hanya berjihad fisabilillah dan melaksanakan kalimahNya semata, akan memasukkanya ke dalam syurga, atau mengembalikannya ke tempat kediamannya beserta dengan apa yang didapatnya berupa pahala atau ghaimah"

- (Hadis Sahih)

Monday, January 17, 2011

Pengorbanan mendapat syurga Allah

Isnin,17 Januari 20101/12 Safar 1432

Firman Allah swt:

"Sesungguhnya Allah telah membeli jiwa dan harta orang-orang yang telah beriman, dengan menyediakan syurga bagi mereka. Mereka berperanag fisabilillah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itulah janji Allah yang sebenranya terdapat di dalam taurat, Injil dan Quran. Siapakah yang lebih menyempurnakan janjinya dari pada Allah? Kerananya bergembiralah dengan keberuntungan perdagangan yang telah kamu perjual-belikan denganNYa. Demikian itulah kemenangan yang bersar".

( Surah At Taubah: 111)

Dan FirmanNya lagi:

" Jika kamu meminjamkan kepada Allah, pinjaman yang baik, niscaya Allah akan melipatgandakannya untuk kamu dan mengampuni kamu. Dan Allah sangat berterima kasih lagi Maha Penyantun. Dia Maha Mengetahui yang abstrak dan yang konkrit, Maha Mulia lagi Maha Bijakjsana".

- (Surah At Thagabun : 17-18)

Sunday, January 16, 2011

Hukum menziarahi kubur

Ahad,16 Januari 2010/11 afar 1432.


Buraidah ra berkata, " Rasulullah saw, bersabda; Aku telah menegah kamu dari menziarahi kubur. Kemudian Muhammad telah diizinkan untuk menziarahi kubur ibunya, maka ziarahilah kubur, kerana menziarhi kubur itu mengingatkan kepada hari akhirat"

Huraian: Memziarahi kubur adalah satu ibadat ynag disukai bagi orang -orang lelaki. Pada mula-mulanya dahulu menziarahi kubur otu tidak dibenarkan, kerana pada masa itu orang-orang yang menziarahi kubur tidak memelihara tatatertib menziarahi kubur, berhiruk-pikuk dan bermaki di perkuburan.

Rasulullah sendiri pernah menziarahi kubur ibunya dan menangis, menangislah segala sahabat yang bersamanya. Beliau berkata:

"Saya telah memita izin kepada Allah agar saya boleh memoon ampun dosa bagi ibu saya. Allah telah megizinkan. kemudian saya memohon izin supaya boleh menziarahi kubur ibu saya. Allah mengizinkannya. Kerana itu ziarahilah kubur, kerana memziarahi kubur mengingatkan kita kepada kematian".

-( HR Ahmad, Muslim dan ahus Sunan selai dari At Tarmizi)

Ibnul Qayyim berkata: "nabi saw apabile menziarahi kubur, menziarahinya untuk berdoa bagi isi kubur, memohon rarmat unyuk mereka itu dan memohon ampun bagi mereka itu.Nabi saw datang ke perkuburan, untk kebaikan orang yang telah meninggal.

menziarahi kubur adalah untuk mengingati kepada hari akhirat, maka hal ini mencakupi lelaki dan perempuan.Segolongna ulamak tidak menyukai para wanita menziarahi kubur, kerana mereka kurang sabar dan kerana Nabi saw mengutuk wanita yang banyak menziarahi kubur. Boleh jadi Nabi saw melarang kerana mereka sering melakukan perkara yang dilarang agama seperti meratap menangis, tetapi jika terpelihara dari penyelewengan, maka tidak ada halangan mereka menziarahi kubur.

Saturday, January 15, 2011

Masalah Muwafiq dan Masbuq

Sabtu 15Januari 2011/10 Safar 1432.

1. Muafiq bererti seseorang makmum yang dapat membaca surah Al fatihah ketika berdiri Imam dengan bacaan yang sederhana (pertengahan) .Di sini wajiblah atas seseorang makmum menyempurnakan bacaan fatihahnya.
Sebab bagi makmum muwafiq.
a) makmum yan ;ambat membaca kerana kelemahan semula jadi bukan kerana was=was.
b) makmum yna syak senbelum ruku' dan kemudian dari rukuk imam mak teringat yang ia belum lagi membaca surah Alfaihah.

c) Makmum yang lupa daripada membaca fatihha hingga ruku' imam, dan sebelum ianya ruku', maka teringat ia belum menghabiskan surah Al fatihah.

d) Makmum yang muwafik yang membaca doa aftitah dan ta'awuz, maka ruku' Imam sebelum makmum menghabiskan surah al fatihah.

e) Makmum yang sengaja tidak membaca fatihah sebab menati diam Imam lepas membaca surah fatihah terus ruku' atau membaca surah yang pendek tidak sempat makmum menghabiskan surah Al fatihah.

Dalam kelima-lima keadaan ini, wajib makmum menghabiskan bacaan surah al Fatihahnya dengan dibolehkan ketingglan dengan imam hingga tiga rukun yang panjang (rukuk, sujud yang pertama dan sujud kedua, tidak dikira iktidal dan duduk antar dua sujud).

Jika masih Ima pada rukun yang ke emapt sedangkan makmum belum sempurna lagi bacaan fatihahnya , maka wajib atas makmum itu pilih antara dua sepertimana di bawah ini:

a) Ikut Imam dengan ditambah satu rakaat setelah salam imam.

b) Atau mufarrakah dengan Imam (berpisah dengan Imam)



2. Masbuq pula bererti seseorang makmum yang tidak dapat membaca surah al fatuhah ketika semasa Imam berdiri. mak tidak wajib atasnya sempurna membaca fatihahnya, hanya baca sekadar yangh dpat dan dikehendaki ruku' terus bersama-smam dengan Imam.

1. Lakukan takbir dengan takbiratul ihram, dan segera menurut apa yang dilakuka oleh Imam, tetapi seorang yang misbuq menucapakan semasa berdiri betul. kaluia dapat ruku' dan dapat bertama'ninah, maka ia dikira mendapat satu rakaat.Sekiranya fatihah tak sempat dibaca, maka ianya ditanggung oleh Imam.

Kalau semasa iia masukberjemaah , ketika imam telah rukjuk dan sedang banguan semula dari rukunya, maka ia tidak mendapat rakaat dalam solat itu. Maka kenalha ia bangun tamabha selepas mam beri salam.begitulah seterusnya kena mencukupkak rakaat yang tertinggal.

Sekiranya hal ini berlaku pada rakaat yang terakhir, samada semasa imam sedang bangun dari ruku' ataus sedang sujud ataupun sedang duduk bac tahitay akhhr, maka makmum tidak mendapat sebarang rakaat, hanya mendapat fadilat berjemaah sahaja.