Saturday, February 27, 2010

Selawat dan Salam kepada Nabi saw

Sabtu, 27 Februari 2010/13 Rabiulawal 1431.



Apabila didengari seseorang menyebut nama Nabi saw hendaklah, kita mengucapkan salam kepadanya. Biasanya di dalam ceramah agama nama Nabi saw biasa disebut oleh penceramah atau guru yang menyampaikan ceramah tersebut. Kaum terpelajar ( ahlul ilmi) berpendapat,

" Apabila seseorang telah mengucapkan selawat kepada nabi saw, sekali pada satu majlis, sudah cukuplah baginya melaksanakan hak majlis itu"

Dari Abu Hurairah ra ia berkata, Rasulullah saw bersabda:

" Seseorang amat hina, jika namaku disebutkan di sisinya lalu ia tidak mengucapkan selawat kepadaku"
-(Riwayat Tirmizi, ia mengatakan hadis hasan)


Dari Anas ra ia berkata, Rasulullah saw bersabda:

"Sesiapa disebutkana namaku, di sisinya, maka hendaklah ia mengucapkan selawat kepadaku, kerana sesiapa berselawat kepadaku sekali, Allah Azza wa Jalla berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali".

- (Riwayat Ibnus Sunni dengan isnad jayyid)

Dari Jabir ra ia bekata, Rasulullah saw bersabda"

"Sesiapa disebutkan namaku di sisinya, lalu ia tidak megucapkan selawat kepadaku, maka sesungguhnya ia telah celaka."

-( Riwayat Ibnus Sunni dengan isnad dhaif)


Dari Ali ra ia berkata, Rasulullah saw bersabda"

"Orang yang bakhil (kikir) itu ialah orang yang (jika) namaku disebut di sisinya, maka ia tidak mahu mengucap selawat kepadaku."

- (Riwayat Termuzi, ia menyatakannya sebagai hadis hasan sahih)

Friday, February 26, 2010

Hari Ulangtahun Keputeraan Nabi Muhammad saw

Jumaat 26 Februari, 2010/12 Rabiuawal 1431.

Hari ini ialah Hari Perayaan keputeraan Nabai Muhammad saw, ynag di sambut dengan meriah bagi memperingati sumbangan besar terhadap agama islam dan membawa rahmat ke seluruh alam.

1. Bersempena dengan hari ini umat Islam di ingatkan dengan sirah hidup Nabi saw dari mula kelahirannya sehingga ia wafat dengan mengikuti sejarah serta latarbelakang hidupnya dan peranan serta sumbangannya terhadap Islam dengan perantaraan wahyu serta perintah dari Allah swt.

2.Menjadikan Al Quran yang disampaikan melalui Jibril kepada Nabi saw, sebagai panduan hidup yang menjelaskan hukum hakam serta peringatan untuk di laksanakan semas ahidup di dunia dan menjadi bekalan untuk khiratr.

3. Menjadikan sunnah atau hadis Nabi sebagai pegangan hidup dengan mempelajari serta mengamlakan hadis-hadis yang dijelaskan oleh para ulamak (dari segi akhlak, perkataan dan lain-lain yang berkaitan dengan peranan hadis)

4. Majlis-majlis sambutan yang diadakan termasuklah perhimpunan. pearakan, jamuan, majlis selawat/marhaban/berzanji dan doa selamat, serta ceramah maulidu rasul dengan tujuan memperingati dan mengaggungkan peranan yang telah baginda sumbangkan.

5. Diperingkat kebangsaan dan Negeri di adalah anugerah seperti tokoh maludil rasul yang diberikan kepada mereka yang berjasa dan memberikan sumbangan begi meningkatkan taraf hidup dan kemajuan setempat.

6. Kita dikehendaki /adalah sunat banyak membaca selawat kepada Nabi saw, kerana sabdanya, "Seesiapa disebutkan namaku di sisinya, mak hendaklah ia mengucapkan selawat kepadaku, kerana sesiapa berselawat kepadaku sekali, Allah azzaa Jalllla berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali"
(riwayat Ibnus Sunni dengan sanad jayyid)



(Pengiktirafan Tokoh Maulidur Rasul kepada ahli akademik Islam, Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi pengertian cukup besar dalam usaha membawa masyarakat menghayati ajaran Islam sebenar.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Dekan di Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC) bersyukur dengan penilaian tertinggi kerajaan itu sekali gus membuktikan masyarakat menerima sumbangannya dalam menterjemahkan prinsip Islam.

"Saya merasakan diri saya tidak layak berbanding mereka yang lebih berdedikasi dan berbakti kepada agama dan bangsa.

"Apa pun saya bersyukur kerana ia membuktikan masyarakat boleh menerima bakti yang kita berikan, bukan atas soal peribadi saya yang dirasakan untuk menjadi asas penilaian," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima Anugerah Perdana Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1431H/2010 di sini hari ini.

Anugerah berupa hadiah wang tunai RM50,000 beserta sijil tersebut disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu,adzam Shah.

Kepakaran Mahmood Zuhdi dalam Islam banyak diterjemahkan dalam bentuk penulisan yang sehingga kini menerbitkan 25 buah buku, 11 jurnal dan 140 artikel merangkumi pelbagai aspek seperti Fiqh halal dan haram, ibadat dan muamalat.

Selain pendidik, beliau juga merupakan pakar motivasi dan ahli pemikir falsafah. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Metodologi Penyelidikan Syariah, Perbezaan Perundangan Islam dan Perundangan Islam Kontemporari.

Sementara itu, pelajar yang pernah menggemparkan negara dengan memperoleh keputusan cemerlang 21 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu, Nik Nur Madiha Nik Mohd. Kamal, 20, turut menerima Anugerah tokoh Maulidur Rasul kali ini.

Semangat beliau untuk berjaya walaupun terpaksa hidup dalam serba kekurangan memberi sinar dan harapan kepada anak pasangan nelayan dan pencuci di Universiti Malaysia Kelantan.

Nik Nur Madiha tidak hadir ke majlis anugerah tersebut tetapi diwakili oleh ibu bapanya, Mariani Omar dan Nik Mohd. Kamal Husin.

Menurut Mariani, anak sulungnya itu menitiskan air mata kegembiraan setelah mendapat tahu dinobatkan sebagai penerima anugerah.

"Semalam baru dia dapat tahu dia dianugerahkan. Dia memberitahu penganugerahan ini merupakan satu cabaran yang perlu diharungi lebih kuat memandangkan masyarakat sudah memberi kepercayaan kepadanya," katanya.

Nik Mohd. Kamal pula berkata: "Ia juga menjadi satu dorongan kepada orang lain supaya dapat memberi kegembiraan kepada keluarga mereka sebagaimana Madiha berikan."

Nik Nur Madiha kini menuntut di Universiti Jash Irbid, Jordan dalam bidang Sains Fizik.

Seorang lagi tokoh, usahawan beras terkenal Herba Ponni Taj Mahal, Faiza Bayumi Syed Ahmad, 68, turut diiktiraf atas sumbangan beliau secara aktif membantu masyarakat dalam kesusahan.

Syarikat Faiza Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 1992 kini mempunyai lebih 21 jenama beras selain mengeluarkan berbagai-bagai jenis rempah.)

Petikan dari Utusan Malaysia pada 27 Februari)

Thursday, February 25, 2010

Mauludir Rasul 1431

Khamis, 25 Februari 2010/11 Rabiulawal 1431

Esok 26 Februari 2010 bersamaan 12 Rabiuawal 1431, Umat Islam merayakan sambutan ulang tahun Keputeraan Nabi Muhammad saw. Bersempena dengan hari keputeraan tersebut berbagai acara sambutan ynag bercorak kegamaan diadakan bagi tujuan memperingati dan memberi kesedaran tetang pertusan beliau sebagai Pesuruh Allah untuk menyampaikan ajaran agama Islam kepada semua manusia di bumi Allah ini.

2. Umat Islam dikehendakki mempelajari serta melaksanakan tanggungjawab yang diamanah dan diperintahkan oleh Allah swt sebagaimana mengikut ajaran-ajaran yang di bawa melalui Al Quran dan Sunnah Nabi saw .

3. Peranan beliau serta usaha yang disumbangkan oleh para sahabat begitu besar kepada umat Islam sehingga turun temurun.

4. Hari Isnin pagi tanggal 12 Rabiul awal Nabi Muhammad saw wafat. Menurut bebarapa riwayat eminit sebelum mneiggal, beliau berbisik ke telinga Ali bin Abu talib: " Solat . Solat,"Solat".

Wednesday, February 24, 2010

Mukjizat Rasul dan tujuannya.

Mukjizat Rasul dan tujuannya.


Rabu, 24 Februari 2010/10 Rabiulawal 1431


1. Mukjizat ialah atau mujizat (Arab معجزة, Baca Mu'jizah) adalah adalahpengurniaan luar biasa oleh Allah bswt kepada para nabi dan RasulNya, untuk membuktikan kebenaran kenabian dalam penyampaian risalahnya.

Mukjizat merupakan kejadian/kelebihan di luar akal manusia yang tidak dimiliki oleh siapapun, karena mukjizat hanya dimilki oleh para rasul yang diberikan oleh Allah SWT kepada para rasul-Nya. Sedangkan apabila ada seseorang yang memilki sesuatu yang luar bisa itu tidak bisa dikatakan sebagai mukjizat melainkan karomah

Mukjizat biasanya berkaitan dengan apa-apa yang sedang menjadi peristiwa pada zaman diturunkannya mukjizat tersebut. Misalnya pada zaman Nabi Musa, perkara yang sedang terjadi adalah ilmu sihir maka dengan mukjizat tongkat Nabi Musa boleh berubah menjadi ular dan mengalahkan ilmu sihir orang lain yang ada disekitarnya. Juga pada zaman Nab Isa, kejadian yang sedang berkembang adalah ilmu perubatan, maka pada saat itu mukjizat Nabi Isa adalah bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal yang merupakan puncak dari ilmu pengobatan.

Demikian juga pada zaman Nabi , trend yangMuhammad sedang berkembang adalah ilmu sastra. Maka disaat itulah dirunkan Al-Quran sebagai mukjizat Nabi Muhammad. Nabi yang pada saat itu tidak bisa membaca dan menulis tapi bisa menunjukkan Al-Quran yang memiliki nilai sastra tinggi, tidak hanya dari cara pemilihan kata-kata tapi juga kedalaman makna yang terkandung di dalamnya sehingga Al-Quran dapat terus digunakan sebagai rujukan hukum yang tertinggi sejak zaman Nabi sampai nanti di akhir zaman.

Allah swt, mengurniakan 2 jenis mukjizat;

a) Mukjizat Hassi - yang dapat dilihat dengan mata kasar atau yang dapat dialami dengan panca indera.Contoh :Mukjizat Nabi Ibrahim, yang dibakar tidak hangus. Nabi Muhammad terpancar air dari celah-celah jarinya .

b) Mukjizat Maknawi: Yang hanya dapat difahami dengan daya akal fikiran sahaja ia dikenali juga dengan mukjizat aqli. Contohnya mukjizat al Quran yang di berikan kepada Nabi Muhammad, kerana al Quran itu adalah subuah kitab yang luar biasa kandungannya, tata bahasa, susunan ayatnya yang serba indah seninya.



Rasul dan Nabi mempunyai mukjizat yang Allah kurniakan kepada mereka seperti:

1. Nabi Noh : Bahteranya tidak hangus ketika dibakar oleh kaumnya yang kafir . 2.Kotoran dan najis -najis yang dicampakkan olek kaumnya ke dalam bahtera itu berubah menjadi ubat dan penawar yang mujjarab bagi semua penyakit.

2. Mukjizat Nabi Ibrahim : Nabi Ibrahim tidak hangus dan tidak merasai panas waktu dibakar kaum Raja Thamud.


3. Mukjizat Nabi Isa: 1. Banginda dapat menghidupkan lembaga burung yang di buat dari tanah. 2. Baginda dapat menghidupkan orang mati dengan izin Allah.

4.Nabi Muhammad berkemampuan luar biasa yang dimiliki nabi Muhammad untuk membuktikan kenabiannya. Dalam Islam, mukjizat terbesar Muhammad adalah Al-Qur'an.

Selain itu, Muhammad juga diyakini pernah membelah bulan pada masa penyebaran Islam di Mekkah dan melakukan Isra dan Mi'raj dalam tidak sampai satu hari. Kemampuan lain yang dimiliki Muhammad adalah kecerdasannya mengenai ilmu ketuhanan. Hal ini tidak sebanding dengan dirinya yang ummi atau buta huruf. Walau begitu, umat Islam meyakini bahwa setiap hal dalam kehidupan Muhammad adalah mukjizat. Hal itu terbukti dari banyaknya kumpulan hadits yang diceritakan para sahabat mengenai berbagai mukjizat Muhammad.



Tujuan mukzizat;

1. Untuk menarik perhatian orang ramai yang kurang tajam akal fikirannya, supaya mempercayai kenabian dan kerasulan seseorang pesuruh Allah.

2. Untuk membuktikan kebenaran Rasul-rasul sebagai utusan Allah yang diutuskam bagi memimpin umat manusia. Orang yang tidak percaya kepada Nabi dan Rasul akan merasai hairan dan lemah bila mukjizat itu ditunjukkan kepada mereka.

3. Untuk menolong Rasul-rasul menjalankan tugas dengan sempurna ,berhadapan dengan penentang dan musuh Islam.

4. Unuk menhindarkan oran ramai dapat dakyah-dakyah Nbai palsu ynag cub amengaku dirinya senagai Nabi atai rasul''

5. Mengukuhkan iman terhadap Rasul-rasul serta keprcayaan oran g berman bila melihat mukjizat.Mereka juga akan mendapat petunjuk apbila mereka mellihat mukjizat-mukjizat Rasul tersebut.

Dari Abu Hurairah ra. katanaya, " Bersabda Rasulullah saw, " Tiap-tiap Nabi telah diberi oleh Allah swt berbagai-bagai mukjizat yang dapat menarik kaumnya keimanan, dan saya hanya diberi Allah mukjizat Al Quran, dan dengna itu s mengharap bajawa pengikutkulah yang terbanyak di hari qiamat kelak".

Tuesday, February 23, 2010

Balasan akhirat lebih besar dari ganjaran di dunia

Selasa , 23 Februari 2010/9 Rabiulawal 1431

Allah berfirman dalam Suyrah Al Isra:


Ertinya, " Barangsiapa menghendakai kehidupan sekarang (dunia) , maka kami segerakan bagimya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan kami tentukan baginya neraka Jahannam, ia akan memaskinya dalam keadaan tercela dan terusiar. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik. kepada masing-masing golongan ini maupun golongan itu, Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu tak dapat dihalangi . Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagain yang lain. Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnya dan lebih besar keutamaannya."

( Surah Al-Isra: 19-21)

Pengajarannya:

1. Allah swt bersifat lemah lembut terhadap hamba-hambanya dengan memberi rezeki kepada mereka semuanya tanpa mengira baik atau jahat, yang salih atau pun fasiq.

2. Bagi mereke yang beriman Allah menambahkna keuntungan itu yang berlipat sepuluh kali ganda sampai tujuh ratus kali ganda. Dan barangsiapa yang menginginkna dunia Dia memeberikan sebahagian dari keuntungan itu tanpa sedikit pun memperoleh keuntungan di akhirat.

3. Orang kafir dan zalim akan meprolehi azab yang amat pedih. Sedang orang-orang yang beriman berada di dalam keadaan tenang dan gembira menerima pahala Allah dan ditempatkan di dalam syurga Allah yang penuh nikmat -kesenagan yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga. Dan itulah kurnia terbesar yang diberikan Tuhan kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Monday, February 22, 2010

Melakukan kebaikan kepada seorang mukmin lain

Isnin, 22 Februari, 2010/8 Rabiulawal 14 31.


Dari Abu Hurairah ra dari Nabi saw sabdanya:

"Barangsiapa yang melapangkan suatu kesusahan dari beberapa kesusahan seseorang Mukmin di dunia, maka Allah akan melapangkan untuknya suatu kesusahan dari berbagai kesusahannya pada hari qiamat.

Barangsiapa yang memberikan kemudahan kepada seseorang yang kesukaran, maka Allah akan memberikan kemudahan kepadanya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutupi cela seorang muslim, maka Allah akan menutupi celanya di dunia dan di akhirat.

Allah itu selalu memberikan perolongan kepada hambaNya, selama hamba itu suka memberikan pertolongan kepada saudaranya.Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untiuk mencari suatu ilmu pengetahuan, maka Allah akan memudahkan untuknya jalan menuju syurga. Tiadalah sesuatu kaum itu berkumpul dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, untuk membacakan kitab Allah- al Quran, juga mentaddarusnya antara mereka itu- membaca secara bergantian, melainkan turunlah kepada mereka ketenangan hati, ditutupi oleh kerahmatan Tuhan, juga diliputi oleh para malaikat dan Allah menyebutkan mereka itu di kalangan makhluk yang ada di sisinya.


Brangsiapa diperlambatkanoleh amalannya sendiri, maka ia tidsk akan dipercepatkan oleh keturunan darahnya- yakani bahaw kebahagiaan itutergantung pada amalan seseorang dan bukan kerana darah ningrat atau keturunan"

(Riwayat Muskliam)


Rujukan:Imam Nawawi, Riyadhus Syalihin( Taman Orang-orang Salih) Hadis ke 246, m.s. 364-365, Pustaka Nasionak PTe Ltd (Singapura), 2008.

Sunday, February 21, 2010

Kemuliaan Masjid tempat ibadat


Ahad, 21 Februari,2010/7 Rabiulawal, 1431



"... dan tidak berhimpun suatu kaum dalam sebuah rumah (masjid) dari rumah-rumah Allah, mereka membaca kitab Allah serta mempelajari kandungannya, melainkan mereka dilingkungi oleh malaikat (pembawa rahmat) dan turun ke atas mereka sakinah (ketenangan) serta mereka diliputi oleh limpahan rahmat (Allah), dan mereka juga dipuji oleh Allah Ta'ala dalam kalangan (malaikat-malaikat) yang ada di sisi-Nya..."

(Hadis Riwayat Muslim dan lain-lain)



BERIKTIKAF DI MASJID

Di antara amal-amal baik bagi memakmurkan masjid ialah beriktikaf di dalamnya. Beriktikaf di masjid ertinya duduk di masjid dalam suatu masa yang tertentu untuk mengerjakan amal bakti kepada Allah Subhanahu Wata'ala Dalam masa beriktikaf itu hendaklah diisi dengan mengerjakan sembahyang sunat, membaca A--Quran, berzikir ( tasbih, tahmid dan tahlil ), beristighfar, berselawat atas Nabi s.a.w., berdoa dan lain-lain lagi dari amal-amal bakti yang mendampingkan diri seseorang makhluk kepada Allah s.w.t. yang telah menciptanya dan mencipta sekalian alam serta mentadbirkannya.

Amalan beriktikaf itu telah disyariatkan oleh Allah Taala semenjak zaman nabi-nabi yang telah lalu sebagaimana yang diterangkan di dalam Al-Quran

Ertinya ;

Dan ingatlah ketika kami jadikan Baitullah ( Kaabah ) sebagai tempat manusia berulang alik ( tempat berziarah ) dengan aman dan sentosa. Sebab itu ambillah ( jadikanlah ) olehmu akan makam nabi Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang. Dan kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan ismail supaya kedua-duanya membersihkan rumahku ( kaabah ) untuk orang-orang yang tawaf dan untuk orang-orang yang iktikaf, juga untuk orang-orang yang ruku dan sujud ( surah Al-Baqarah : 125 )

Hukum beriktikaf di masjid ialah Sunat Muakkad pada tiap-tiap waktu dan lebih afdhal lagi pada 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan untuk menunggu malam lailatul Qadar, tetapi jika seseorang itu bernazar untuk beriktikaf di masjid dalam satu-satu masa yang tertentu maka hukumnya adalah wajib.

Siti Aishah Radiallahu Anha ada berkata ,

Ertinya ,

Adalah Nabi Muhammad s.a.w. apabila hendak beriktikaf, baginda sembahyang subuh ( pada waktu fajar ) kemudian baginda masuk beriktikaf di tempatnya yang khas di dalam masjid. Diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang lain ;

Ertinya ;

Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. biasanya beriktikaf pada 10 hari yang akhir dari bulan Ramadhan sehingga diwafatkan oleh Allah azawajalla, kemudian ( amalan iktikaf itu ) diteruskan oleh isteri-isteri baginda sesudah itu.