Saturday, February 20, 2010

Zuhud?


Sabtu 20 Februari 2010/ 6 Rabiulawal 1431

(Masjid Ar Rahimah Taman Greenwood, Gombak)r

Zuhud ialah meninggalkannketamakan dalam urusan keduniaan sehingga lupan.etaatan kepada Allah, lengah untuk mencai bekal hidup untuk hidup di akhirat yang kekal abadi.

Kita juga dikehendaki tidak mendapatkan sesuatu makanan, pakaian harta dan seumpamnya yangbuka kepunyaankita secara yang tidak halal dengan merompak dan mengambilnya dengan jalan penipuan yang tidak sah. Carilah dna usahalah dengan cara yang betul lagi halal untuk dimiliki.

Insya Allah dengan berzuhud dan mengikut perintah Allah serta menjauhi larangan-laranganNya akan selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Dari Abu Hurairah ra katanya; rasulullah saw bersabda:

"Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin, kalu dibandingkan dengan kenikmatan di syurga - dan syurga bagi orang kafir- kalau dibandingkan dengan pedihnya siksa di neraka"

- (Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Umar ra, katanya" rasulullah saw menepuk kedua belikatku,lalu bersabda:

"Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah engkau orang gharib- yakni orang yang sedang berada di negeri orang dan tentu akan kembali ke negeri asalnya - atau sebagai orang yang menyeberangi jalan- yakni amat sebentar sekali di dunia".

Ibnu Umarberkata:

"Jikalau engkau di waktu petang, maka janganlah menantikan waktu pagi dan jikalau engkau di waktu pagi, maka janganlah menantikan waktu petang- untuk beramal baik itu, ambillah kesempatan sewaktu engkau sihat untuk masa sakitmu sewaktu engkau masih hidup untuk masa matimu"
- ( Riwayat Bukhari)

Friday, February 19, 2010

Keutamaan Masjid


Jumaat, 19 Februari 2010/5 Rabiulawal 1431

(Masjid Bandar Baru bangi)

Sabda rasulullah saw, "Para malaikat membacakan selawat kepada salah seorang kamu selama dia dalam musolla di mana dia solat. Para malaikat itu berdoa:

" Ya Allah !, berkatilah dia, rahmatilah dia dan ampunilah dia, selama dia belum berkata-kata atau keluar dari masjid".

Beliau juga bersabda, "Pada akhir zaman, umatku datang ke masjid duduk berkelompok-kelompok , yang mereka ingat hanya dunia dan cinta dunia, maka jangan kau hampiri mereka. Allah tidak memerlukan mereka".

Rasulullah bersabda, "Jika kamu melihat lelaki itu membiasakan datang ke masjid, saksikanlah bahawa dia itu berman"

Thursday, February 18, 2010

15 perkara sebab bencana menimpa manusia


Khamis, 18 Februari 2010/4 Rabiulawal 1431




Daripada Ali bin Abu talib ra berkata`; telah bersabda rasululah saw yang bermaksud:

"Jika umtaku melakukan limabelas perkara yang beriku ini, niscaya bala-bencana akan menimpa mereka. Para sahabt lalu bertanya: apa dian itu wahai rasulullah? jawab baginda:


1. Jikan harta rampasan perang itu bertukar tangan
2. Jika amanat dikira suatu keuntungan
3. Jika zakat dianggap sebagai denda (dikeluarkan secara terpaksa)
4. Jika lelaki terlampau tunduk kepada isteri
5. Jika ramai orang menderhaka kepada ibu.
6. Jik aorang terlampau patuh kepada teman
7. Sedang ayah sendiri dihampakan dan disia-siakan
8. Jika orang suka beryengkar-tengkaran dalam masjid
9. Apabila orang yang rendah maruahnya menjadi ketua sesuatu kaum
10. Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya
11. Apabila mnuman keras tersebar luas.
12. Apabila ramai orang memakai kain sutera
13. Apabila penyanyi-penyanyi wanita diutama-agungkan
14. Apabila alat-alat muziki digunakan.
15. Apabila umat hari ini mengutuki umat sebelumnya.

Apabila hal serupa ini telah berlaku, maka tunggulah ketika itu akan tibanya angin panas, atau bahaya-bahaya lain umpama gempa bumi dan penukaran corak dan rupa"

- Diriwayatkan oleh At Tarmizi, seraya katanya: Hadis ini adalah gharib, yang hanya diriwayatkan dari Saiyidina Ali bin Abu talib semta.T

Wednesday, February 17, 2010

Hidup sementara di dunia


Rabu 17. Febuari 2010/3 Rabiulawal 1431.

(Masjid Sayidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar)

Pernahkah kita bermuhasabah diri dan merenungkan tujuan kita dihidupkan di dunia ini? Tempoh umur yang di tetatpkan begitu singkat singkat sekali. Dalam jangka umur ynag singkat itulah kita beramal melakukan sebaik mungkin supaya amalan di dunia dapat menjadi bekalan dan mendapatkan ganjaran di akhirat yang berupa kekal bauat selama-lamanya.

Bagi kita manusia hidup di dunia adalah sebagai sementara kerana apabila sampai masanya kita akan meninggalkan dunia ini walaupun dalam keadaan serba maju atau sebaliknya.Oleh itu kita tidaklah sepatutnya mengejar kemewahan dunia yang sementara tapi melalaikan dan mengenepikan persediaan untuk amalan yang menjadi bekalan di akhirat.

Hidup dengan belandaskan dunia sebagai tempat beramal untuk akhiat sebagaimana ynag dikehendaki syariat Islam atau cara hidup Islam dapatlah kita menikmati dunia yang sementara ini dan akan mendapat ganjaran yang besar di akhirat iaitu di syruga Allah.

Kita adalaha diperingatkan supaya berseddia dengan janji Allah yang akan menghidupkan semula di akhirat nanti dengan kehidupan yang abadi danpenuh kesejehteraan seta kebahagiaan. Oleh itu tidaklah diglakkan supaya kita bersan panjang haapan denhan merasakan akan kekal di dunia ini, ynag akhirnya akan merosakan amalan dan mengecewakan balasan di akhirat yanag akan menimpa kita.

Dengan panjang harapan seseorang itu akan hanya mengambil berat tentang hiudp dunia dengan berbagai macam impian, sehinggga ia melupakam amalan untuk akhirat kerana tiada masa lagi untuk beramal untuknya.

Sunday, February 14, 2010

Taqwa

Ahad, 14, Februari, 2010/ 28 Safar 1431.



Maksud frman Allah swt dalam surah Ali Imran: 102-105:

"Wahai orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguh taqwa

sampai kamu mati, melainkan di dalam keadaan Islam yang sebenar. Berpegang teguhlah

kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah. Ingatlah kurnia Allah

atasmu, ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu diperteguhkanNya hati kamu (dalam

agama Allah), sehingga dengan kurnia Allah itu , kamu menjadi bersaudara. Kamu

dahulu berada di tepi lubang neraka, lalu diselamatkanNya kamu daripadanya.

Begitulah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepada kamu, supaya kamu

menuruti jalan yang benar. Adakanlah di anatara kamu umat yang mengajak kepada

kebajikan, menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang dari membuat yang salah,

mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan janganlah kamu menjadi serupa dengan

orang-orang yang telah berpecah-belah dan berselisih-faham sesudah datang kepadanya

butti-bukti yang terang. Mereka itulah orang-orang yang akan memperoleh siksa yang

dahsyat".

- ( Ali Imran : 102-105)



1. Allah memerinthahkan supaya orang orang yang beriman supaya bertaqwa, kerana Allah menjanjikan sifat taqwa itu segala kebaikan dunia dan akhirat.

2. Dengan bertawqa mereka dijanjikan dengan kejayaan mencapai penghormatan yang disediakan melalui sifat taqwa itu dengan kesempurnaan dan kebahagiaan serta kemenangan, semamata-mata sebagai rahmat Allah kepada hamba-hambaNya dari kaum mukmin, yang sememangnya Allah amat kasih terhadap hamba-hambaNya yang mukmin itu.

3.Taqwa itu juga merupakan perintah atau wasiat utama dari Allah swt untuk orang-orang yang terdahulu dan yang terkemudian. Seperti mana Firman Allah swt :

"Dan Kamibtelah perintahkan kepada orang-orang yang diberikan Kitab

sebelum kamu, dan juga kepada kamu supaya bertaqwa (patuh) kepada Allah".

-( Surah An-Nisa': 31)

Saturday, February 13, 2010

Kewajiban menuntut Ilmu.

Sabtu, 13 Februari 2010/ 27 Safar 1431.



Rasulullah saw bersabda:

"Menuntut ilmu pengetahuan itu wajib atas setiap Muslim"

setiap orang muslim dan muslimat adalah diwajibkan (fardhu ain) pkan diri dengna ilmu pengetahuan dan tidak boleh diberi alasan untuk diabaikan.

Ilmu pengetahuan di sini bermaksud ilmu yang berkaitan dengan agama seperti tentang iman, dan aperkara-peraka yang diepeflukan unbuk melakukan alam terhadap Allah swt.
Ada pun ilmu-ilmu Islam yanag fardhu Ain dapat ditarik dari kesimpulan dari sabda rasulullah saw, ketika disoal oleh Sayidina Jibril a.s. dalam sebuah hadis yang masyhur berikut:

Berkata Saiyidina Jibril, " terangkan kepadaku rukun-rukun Islam?"

Jawab Baginda, " Hendaklah kamu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhaammad itu pesuruh Allah, kamu mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa ramadhan, dan menunaikan haji jika berkuasa sampai ke ka'abah.

Kemudian Jibril bertanya lagi, "Terangkan kepadaku Rukun-rukun Iman"
Jawab Baginda, "Iman itu ialah mepercayai Allah, malaikat-malaikatnya, Kitab-KitabNya, Rasul-rasulNya, mempercayai Hari Akhirat dan takdirNya yang baik dan buruk.

Orang Islam mesti mengetahui hukum, kalau tidak ia mudah tercebur ke dalam perkara yang ditegah Allah dan boleh menjadi kufur/kafir.Tanpa ilmu akan jauhlah diri mereka dari kebenaran tuntutan Allah swt dan jiwa mereka tertunduk di bawah takluk hawanafsu, yang boleh menyebabkan mereka menerima kutukan dan tersingkir dari nikmat dan rahmatNya.

Sabda Rasulullah saw,

1. "Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntu ilmu penegtahuan, maka Allah akan melorongkan baginya jalan menuju ke syurga"

2. Sesungguhnya para malaikat akan melindungi penuntut ilmu dengan sayap-sayapnya, kerana redha dengan apa yang dibuatnya".

3. "menghadiri diri dalam majlis ilmu adalah lebih utama dari ersolat seribu rakaat, menziarahi seribu pesakit dan menghantar seribu jenazah"

4. Sesugguhnya Allah menjamin rezeki penuntut ilmu"

5. Tiada dibenarkan berhasad melainkan pada dua perkara: Seorang yang kurniakan Allah hikmah (ilmu penegtathaun) , lalu ia mengadili manusia dengannya serta mengajarkannya kepada orang lain pada waktu siang dan malam. Seorang lain yang dikurniakan Allah harta kekayaan, lalu ia membelanjakannya pada waktu siang dan malam"


Firman Allah yang bermaksud:

"Allah telah mengangkat orang -orang yang beriman di anatara kam, dan orang-orang yan g dikurniakan ilemu pengetahuan beberapa darjat".

- (Al-Mujadalah:11)

Peringatan:

Mmenuntut ilmu hendaklah diserta dengan tulus ikhlas, dan dilakukan semata-mata kerana Allah, sesudah itu hendaklah ia mengerah dirinya untuk beramal dengan ilmu yang dituntut serta mengajarkannya pula pada orang lain, dengan tujuan menempa keredhaan Alah Ta'ala dan mendapat balasanNya di hari akhirat.

Friday, February 12, 2010

Peringtaan amalan mereka yang sudah dekat dengan kematian/ hampir-hampir mati.

Jumaat 12 Februari 2010/27 Safar 1431

Peringtaan amalan mereka yang sudah dekat dengan kematian/ hampir-hampir mati.

1. Di sunatkan memperbanyakkan membaca Al Quran dan bacaan-bacaan zikir.

2. Disunatkan ia mensyukuri nikmat Allah dengan hati dan lisannya serta mengingati sepenuh hati bahawa ketika itu adalah saat terakhir baginya di dunia ini.Oleh itu bersungghuh-sungguhlah ia menutupnya dengan kebaikan dan bersegeralah melunasi segala hak orang lain kepada mereka., misalnya meminta maaf kepeda isteri/suami, anak-beranak,di atas keslahannya.

3. Berwasiat pula tentang urusan anak-anak, hutang-hutang,harta pusaka dll

4. Berbuat husnuz zan kepada Allah swt semoga Allah memberi rahmatNya.

5. Merasakan dirinya hina sebagai hamba di sisi Allah swt Yang Maha kaya dan memohonlah keampunan kepadaNya sahaja Allah swt, yang berkuasa memeberi balasan di akhirat.

5.Di saat itu ia hendaklah memperbanyakkan kebaikan, memelihara solat dan menjauhi maksiat/mungkar yang menyangkut urusan agama.

6. Ketika itu juga hendaklah ia memupuk kesabaran dalam menghadapi kesulitan serta jauhi sifat memudah-mudahkan urusan agama,kerana sejahat-jahat kejadian bagi sesorang ialah melalaikan daripada mengerjakan kewajipan dan yang kesempatan terakhir kehidupan yang merupakan mazra'atul akhirah (tempat bertnam untuk kepentingan akhirat).

7. Disunatkan pula ia berwasiat kepada keluarga dan handai tolannya agar bersabar dalam menghadapi keadaannya yang sedang sakit, agar bersabar menghadapi musibah yang disebabkan olehnya, serta berwasiat agar jangan menangisi, kerana boleh menyebabkan ia tersikasa sebagiamana sabda saw, " Seorang yang telah meninggal dunia akan disiksa oleh sebab tangisan keluarganya kepadanya".

8.Dan berwsiat kepada mereka agar berrtindak kasih sayang kepada orang yang ia tinggalkan seperti anak kecil, orang gaji dll. Berbuat baik kepada teman-teman sejawat, serta mengajar kepada mereka hadis-hadis sahih dari Rasulullah saw. Sabda Nabai saw," Sesungguhnya sebaik-baik kebaktian ialah seeseorang yang menjaga hubungan baik dengan keluarga yang disayangi ayahnya"

9.Apabila kematian sudah dekat datangnya, perbanyakkanlah menyebut kalimah Allah, "Laillaha illallah", supaya ucapannya yang yang terakhir adalah kalimah itu. Rasululah saw bersabda, " Talkinkan (ajarilah) orang-orang ynag menhahadapi kematian di anatara kamu (dengan kalimat) "La illaha illah"( Riwayat Muslim, Abu daud, Tarmizi, An Nasai dll)

Oleh itu brusahalah dengan sungguh-sungguh pada menutup usianya dengan keadaan yang sebaik-baiknya.

Dari Aisyah ra ia berkata,

" Aku melihat Rasulullah saw menjelang saat wafatnya, di sampingnya da sebuah mangkuk berisi air. Ke dalam mangkuk itu ia masukkan tangannya kemudian disapukannya air ke mukanya kemudian ia membaca:

" Ya Allah, tolonglah aku menghadapi kesengsaraan mati dam kesakitan mati (sakaratul maut)"