Monday, November 30, 2009

Bahaya syrik

Isnin, 30 November, 2009/ 13 Zulhijjah 1430



Bahaya Syirik dijanikan dengan balasan Neraka.


-
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ

عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا دَخَلَ النَّارَ. ( البخاري ومسلم )

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan. " Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w. menjawab: "(Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah .
- (Bukhari dan Muslim)

Hadis yang keenam ini memerintahkan supaya:

Menjauhi syirik dalam segala bentuknya.

Setelah kita mengetahui setakat mana buruknya akibat syirik, maka dengan ini kita diperintahkan supaya menjauhi dan menyingkirkan segala jenis syirik terhadap Allah, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi.

Syirik yang besar atau yang nyata itu ialah: mempercayai adanya sesuatu yang setara dan sebanding dengan Allah s.w.t., yang ditujukan kepadanya doa permohonan, yang diuntukkan kepadanya satu-satu cara ibadat, dan yang ditakuti bala bencananya.

Dengan adanya syirik yang demikian, maka akidah Tauhid orang yang melakukannya telah berbelah bagi, dan orang Musyrik inilah yang dijanjikan Allah dengan neraka.

Syirik yang kecil atau yang tersembunyi itu pula ialah kepercayaan perkataan atau perbuatan yang menyebabkan berlakunya syirik terhadap kekuasaan atau undang-undang peraturan Allah.

Syirik yang tersembunyi itu amat banyak, di antaranya:

(1) Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan baik atau buruk.

(2) Menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain dari Allah.

(3) Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain dari Allah.

(4) Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah.

(5) Mengatakan: Kalaulah tidak kerana pertolongan Allah dan pertolongan Si anu, tentulah aku tidak berjaya.

(6) Mengatakan: Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda atau sebagainya, tentulah rumahku dimasuki pencuri.

(7) Melakukan sesuatu ibadat, atau daya usaha pengorbanan, atau perjuangan bukan kerana menjunjung perintah Allah semata-mata, tetapi juga untuk tujuan-tujuan yang lain.


- عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً. ( الإمام أحمد )

7- Dari Mahmud bin Labid r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpakamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w., menjawab: "(Syirik yang kecil itu) ialah ria' - Allah Taala akan berfirman pada hari Qiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing "Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan ria' di dunia dahulu (untuk menunjukkan kepada mereka), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?"

-( Imam Ahmad)




Sunday, November 29, 2009

Allah Maha Pengampun

Ahad 29 November 2009/12 Zulkaedah 1430.


Allah Maha Pengampun

Allah Maha Pengampun Dari Anas ra katanya: AkuAdam! Sesungguhnya engkau, selama engkau brdoadan berharap kepada Aku, Aku ampuni bagi engkau di atas dosa yang ada pada engkau dan Aku tiada peduli. Hai anak Adam! Kalau telah sampai sekalian dosa engkau ke awan langit kemudian itu engkau memohon keampunan Ku, niscaya Aku ampuni bagi engkau. Hai anak Adam! Sesungguhnya kalau engkau datang kepadaKu dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi (ini) kemudian itu engkau menemui Aku pada hal tiada engkau mempersekutukan Aku dengan susuatu, nescaya Aku berikan kepada engkau keampunan degan sepenuh bumi”

-(Diriwayatkan oleh At Tarmizi dan ia berkata : hadis Hasan lagi soheh)



Pengajarannya:

1. Hadis ini ialah Hadis Qudsi, yang menilai salah satu sifat Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-hambanya yang berdosa, tak kira banyaknya, yang mengharapakan keampunannya. Allah akan mngampunkan dosa hambanya apabila bertaubat dengan cara yang bersunggugh-sungguh, dan tidak mempersekutukanNya.


2. Seorang itu hendaklah mempunyai baik sangka terhadap Allah swt dengan berharap ( ar-rija) agar permohnan doa dan taubatnya diterima oleh Allah swt. Ada 4 macam kemungkinan yang salah satunya harus berlaku iatu;


1. Diberikan kepada orang yang berdoa suatu yang lebih baik dari yang dipinta,


2. Dihindarkan daripada mala petaka,

3. Akan disempurnakan permohonanya di akhirat.

4. Dimapuni dosanya.


3. Untuk memprolehi kempunan Allah swt, memerlukan 3 syarat:

1. Doa serta harapan,

2. Istighfar atau memohonan kemapunan,


3. Tauhid pada i'tiqad atau kepercayaan. dan tauhid inilah yang paling utama.

Saturday, November 28, 2009

Peranan berdakwah menyebarkan Islam

Sabtu, 28 November 2009/11 Zulkaedah 1430

Kewajipan berdakwah menyebarkan agama Islam.


1. Peranan berdakwah menyebarkan Islam dan mempertahankan Islam adalah tanggung-jawab setiap muslim bergantung kepada suasana serta kemampuan seseorang. Seorang itu dapat menyebarkan Islam kepada orang lain termasuk anak-anak, saudara-mara, jiran serta ahli anggota masyarakat yang Islam atau bukan Islam. Oleh itu usahakanlah penyberan Islam serta mengimarakkan Islam kepada sesiapa yang dirasakan perlu untuk disampaikan.

2. Terdapat berbagai cara sesorang itu menyampaikan dakwahnya, seperti menunjukkan contoh sebagai cara hidup seorang Islam, Memberi penerangan dan maklumat mengenai Islam, secara lisan maupun secara menggunakan media, percetakan dan internet.

3. Menyuruh melakukan aamar makruf dan nahi mungkar, merupakan satu cara yanag dapat melakukan dakwah di kalangan mereka yangg kita jumpa dlam perhubungan kita sehari-hari.Dengan cara ini sesorang itu dapt diberikan kesedaran tentang apa yang baik dan apa ynag tidak baik yang akan menjadi renungan untuk menerima atau tidak.

4. Tugas kita hanya menyampaikan seberapa yang boleh yang terbaik. Yang memberikan hidayah kepada sesorang untuk menerimanya atau tidak ialah Allah swt.

Friday, November 27, 2009

Sambutan Hari Raya Aidiladha 1430

Jumaat 27 November 2009/10 Zulhijjah 1430


SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 1430.


Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Qurban disambut pada hari dengan mendirikan solat sunat adiladha di masjid-masjid dan surau-surar dengan menghayati khutbah hari Raya. Majlis qurban juga diadakan selepas solat sunat hari Raya dan bagi tempat yang berqurban dengan penyembelihan yang banyak , qurban akan diadakan pada pagi hari kedua. Kita digalakkan bertakbir mulai hari ini hingga hari ketiga tasyrik hingga waktu asar.

Hari Raya Aidiladha disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhijjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Kita dianjurkan dengan berpuasa sunat hari Arafah bagi yang tidak menunaikan haji, di samping melaungkan takbir bermula pagi sembilan Zulhijjah hingga berakhirnya hari 'tasyrik' iaitu hari ke 13 Zulhijjah, bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT, Malah, kalimah takbir yang dilaungkan itu bukan satu kalimah yang kosong, sebaliknya ia mampu menyuntik semangat juang dalam menghadapi pelbagai cabaran dan ujian hidup yang sememangnya terpaksa kita hadapi sebelum diiktiraf tahap keimanan kita kepada Allah SWT.

Kalau kita hayati maksud Hari Raya Aidiladha itu sendiri, ia membawa maksud Hari Raya Korban, maka kita disunatkan untuk melakukan ibadah korban. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud:

"Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha. - (Riwayat Abu Daud)

Ibadat Qurban pula mengikut hadis Rasulullah SAW juga ada menyatakan tentang kelebihan ibadat korban dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud:

"Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."


Maksud hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang menghidupkan dua malam Aidilfitri dan Aidiladha (dengan ibadat), maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana hati-hati manusia akan mati (iaitu leka dari mengingati Allah SWT)" - (Riwayat Ibnu Majah).

Menyembelih korban di zaman nabi Adam a.s, adalah suatu sunat yang telah amat lama, yang dilakukan pertama kali oleh dua orang anak Adam, iaitu Qabil dan Habil atas perintah Adam a.s.

Firman Allah SWT: "Dan baca oleh mu untuk mereka (terangkanlah olehmu untuk mereka) khabar berita dua orang anak Adam dengan sebenarnya, di kala anak Adam itu mempersembahkan korbannya maka Allah menerima korban salah seorang daripada keduanya termasuk menolak korban yang seorang lagi (iaitu Qabil)"
- (Al-Maidah 27)

Dalam bulan Zulhijjah, Allah menganugerahkan masa-masa yang dibesarkan dan dimuliakan oleh Allah. Iaitu sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, Hari Arafah, Aidil Adha dan Hari Tasyriq.

Sesungguhnya, Allah SWT telah bersumpah dengan Fajar Aidil Adha dan 10 malam bulan Zulhijjah dalam surah al-Fajr ayat 1 dan 2: Demi waktu fajar Aidil Adha; dan malam 10 Zulhijjah (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).

Kita maklumi, Allah tidak bersumpah dengan suatu perkara melainkan kerana kemuliaan dan kepentingan perkara tersebut. Allah telah menganugerahkan pada 10 malam terawal bulan Zulhijjah dengan kelebihan-kelebihan yang lebih besar dan hebat daripada malam-malam yang lain.

Banyak hadis yang menerangkan tentang kelebihan hari-hari ini dan kelebihan amalan yang dilakukan padanya. Di antaranya, sebagaimana yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat r.a bertanya, Wahai Rasulullah! Dan tidakkah juga berjihad fi sabilillah (lebih afdal daripada beramal pada hari-hari ini)? Rasulullah SAW bersabda, "Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan kemudian dia syahid"

- (Riwayat Al- Bukhari)

Ulama berdalilkan hadis ini sebagai galakan atau sunat berpuasa pada sembilan hari daripada 10 hari terawal bulan Zulhijjah kerana puasa juga termasuk dalam kategori amalan soleh. Perkara ini disebut oleh al Hafiz Ibnu Hajar r.a, Rasulullah SAW juga bersabda:

"Berpuasa sehari dalam bulan ini (hari yang ke-9) menyamai puasa 1000 hari dan sehari puasa pada hari Arafah menyamai puasa 10,000 hari". Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada dari hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk dipenuhi dengan ibadah kepada-Nya daripada 10 hari terawal dari bulan Zulhijjah; puasa setiap hari daripadanya menyamai puasa setahun, solat pada setiap malam daripadanya menyamai solat pada malam al-Qadar".

Bahkan, disunatkan bagi orang yang mahu melakukan korban menahan dirinya terlebih dahulu daripada memotong kukunya dan mencukur bulu sama ada pada kepala, muka dan badannya. Iaitu, bermula dari masuknya bulan Zulhijjah hinggalah selesai melakukan ibadah korban.

Hal ini berdasarkan hadis Ummu Salamah, bahawa Nabi SAW bersabda: "Apabila masuk hari yang 10 Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka jangan disentuh rambut dan kulitnya sedikitpun".

Di dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka hendaklah ditahan dari memotong rambut dan kukunya".

Ini sebagai menunjukkan terbukanya pintu penerimaan Allah terhadap amal yang dilakukan pada hari-hari yang berkat ini, kerana Allah Yang Maha Mulia apabila Dia kasih atau suka kepada sesuatu, maka Dia akan menerimanya.

Bulan Zulhijjah merupakan bulan ibadah yang penuh dengan pengertiannya yang tersendiri. Di dalamnya terkandung perkara kelima dalam rukun Islam iaitu ibadah haji. Jika setiap jemaah haji atau tetamu Allah menyempurnakan ibadah haji atau manasik mereka di padang Arafah pada 9 Zulhijjah berlandaskan sabda Rasulullah yang bermaksud, "Haji itu Arafah", maka umat Islam lainnya di luar Tanah Suci melengkapi ibadah mereka dengan melakukan ibadah korban atau bermula 10 Zulhijjah.

Udhiyyah bermaksud menyembelih haiwan daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu, biri-biri dan kambing pada Hari Raya Haji atau yaum al-Nah pada 10 Zulhijjah dan pada hari-hari tasyriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Korban lambang ketaatan hamba.

Ibadah korban merupakan gambaran praktikal dari keikhlasan, ketaatan dan ketulusan hati yang tidak berbelah-bagi Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu.. In sya Allah, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar. Lantas Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta Kami kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian"

(al-Soffaat: 101-108)

Ikhlas kerana Allah.

Daripada Aisyah r.a., Nabi bersabda: "Berkorbanlah kamu dengan hati yang reda, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat".

- (riwayat al-Baihaqi)

Dengan menyembelih binatang ternakan sebagai korban, seorang muslim telah merelakan sebahagian harta yang dimilikinya sebagai merealisasikan keikhlasan, ketaatan dan rasa kesyukuran melalui nikmat yang telah diberikan oleh Allah.

Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan Yang banyak (di dunia dan di Akhirat). Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur).

-(al- Kauthar: 1-2)
Misi sosial sesama hamba.

Ibadah korban tidak hanya mengandungi dimensi ketaatan dan taqarrub seorang hamba kepada Khaliqnya (Allah) malah terkandung di dalamnya misi sosial sesama hamba.

Kesediaan seseorang hamba untuk melakukan korban mencerminkan wujudnya pengakuan dalam dirinya akan hak-hak saudara muslimnya yang lain seterusnya dapat membugar tingkat sosial yang tinggi dalam masyarakat.

Rasulullah SAW melarang keras golongan berharta (golongan kaya) yang memiliki kemampuan melakukan ibadah korban tetapi enggan menunaikannya untuk bersama-sama menunaikan solat Aidiladha bersama jemaah di masjid.


Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memiliki kemampuan (dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah ) dan tidak menyembelih, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami".

- (Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya)

Ukuran kemampuan tidak berdasarkan kekayaan yang dimiliki. Namun ia merujuk kepada kemampuan setiap individu iaitu setelah memenuhi keperluan rutin hariannya dia masih mempunyai lebihan wang untuk melakukan korban.

Golongan berkemampuan sebaliknya dianjurkan supaya mengagihkan dan memberi daging-daging sembelihan kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti golongan fakir-miskin, saudara Islam yang sedang ditimpa musibah dan anak yatim dan selain mereka.


Firman Allah yang bermaksud: Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta itu ada kebaikan bagi kamu. Oleh itu, sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya. Setelah ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami memudahkannya untuk kamu (menguasai dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. Daging dan darah binatang qurban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah. Tetapi, yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya".

- (al-Haj: 36-37)

Melalui penerimaan daging-daging korban sudah pasti akan terpancar rasa kasih sayang sesama insani. Golongan fakir yang dahulunya tidak pernah berkemampuan untuk mendapatkannya dek harganya yang mahal akhirnya mengecapi nikmat tersebut.


Golongan yang berkemampuan pula akan bertambah tingkat kesyukuran mereka kepada Allah. Justeru ikatan yang terjalin sesama manusia hablum minan nas akan melahirkan satu struktur masyarakat yang kuat, berperibadi luhur, adil, sejahtera.

Sebagaimana sedekah, zakat dan ibadah sosial yang lain, ibadah korban mampu membersihkan sifat mazmumah seperti bakhil, 'ujub, dan takbur bagi golongan berkemampuan, dan perasaan cemburu dan hasad dengki bagi golongan fakir dan yang tidak berkemampuan.

Ibadat Qurban di Hari Hari bRaya qurban.


Dari Al-Barra' ibn 'Azib r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Empat jenis binatang yang tidak dianjurkan dalam ibadah korban iaitu buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak mampu berjalan dan tidak mempunyai lemak (kurus)".

- (riwayat Abu Dawud di dalam Sunannya)


Jundub ibn Abdullah ibn Sufyan al-Bajali r.a berkata:

lalu menyembelih (bintang) korbannya lantas bersabda: "Sesiapa yang menyembelih sebelum solat Aidiladha, sembelihlah yang lain sebagai penggantinya dan sesiapa yang belum menyembelih maka sembelihlah dengan nama Allah".

- (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya)

Anas r.a berkata:

"Rasulullah pernah melakukan korban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama Allah dan bertakbir sambil meletakkan kaki baginda pada lambung kedua-duanya."

-(riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya)

Daripada Jabir bin Abdullah r.a, katanya:

"Kami pernah menyembelih korban bersama-sama Rasulullah pada tahun perjanjian Hudaibiah untuk korban seekor unta atau korban seekor lembu, kami bersekutu tujuh orang."

-(riwayat Muslim di dalam Sahihnya)

Sabda Rasulullah SAW:

"Makan dan simpanlah serta sedekahkan daging korban itu."

- (riwayat Muslim di dalam Sahih)



Sumber rujukan:Bicara Agama "Utusan Malaysia"

Thursday, November 26, 2009

Larangan berdusta

26 November 2009/9 Zulhijjah 1430


Larangan berdusta


1. Secara umumnya berdusta itu adalah haram hukumnya.

2. Dusta adalah salah satu dosa besar dan ke'aiban yang paling buruk. Secara ijmak telah disepakati oleh umat Islam tentang haramnya berdasarkan nas-nas yang jelas.

3. Oleh itu hendaklah kita menjauhi perbuatan dusta yang dikutuk ini. Sabda nabi saw, " Tanda orang munafik itu iada tiga: Apabila berbicara ia berdusta; apabila berjanji ia menyalahinya dan ; apabila diberi kepercayaan ia berkhianat"
- (Riwayat B ukhari dan Muslm)

Dan dari Abdullah bin Amr bin Al-Asa r.a, bahawa Nabi saw bersabda: Ada empat macam sifat, sesiapa ada pada dirinya sifat itu, ia adalah seorang munafik yang benar-benar. Dan sesiapa ada pada dirinya satu macam sifat itu , bererti ada satu macam sifat munafik pada dirinya sehingga ia melepaskannya. Apabil diberi amanat ia berkhianat, apabila berbicara ia berdusta, apabila ia berjanji ia memungkingirinya dan apabila berselisih ia berbuat jahat".

- (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut riwayat lain dari Muslim, " apabila berjanji ia menyalahinya "sebagai ganti dari kalimat "apabila diberi amanat ia berkhianat". Adapun yang dikecalikan dari hukum haram, musalnya riwayat dari Ummu Kalthum ra bahawa ia mendengar Rasulullah saw berkata:"Tidak terbilang pendusta orang yang mendamakan perselisihan di anatara manusia, lalu ia menyebut-nyebut suatu kebaikan atau mengatakan suatu kebaikian (sebagai keinginan baik lawan orang tersebut)

- (Riwyata Bukhari dan Muslam)

Menurut riwayat lain oleh Muslim dan Ummu Kalthum ra ia berrkata:" ......Dan aku tidak pernah mendengar Rasulullah saw memberi keringanan pada sesuatu yang dikatakan oleh manusia kecuali tiga perkara:

iaitu pada ketika perang, mendamaikan perselisihan manusia dan bicara seorang suami terhadap isterinya serta sebaliknya bicara isteri terhadap suaminya".

Wednesday, November 25, 2009

Mencari harta kekayaan

Rabu, 25 November 2009/8 Zulhijjah 1430.


Mencari harta kekayaan. Untuk apa? Salah-salah menyiksa diri kebanyakannya! Berwaspadalah kita hendaknya.



Cuba renungkan apakah matalamat harta yang kita cari sama ada kita sudah banyak harta yang terkumpul, atau masih dalam berusaha mati-matian mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya, walaupun kadang-kadang tidak disedari berupa syubahat atau berbentuk haram, sedangkan kita tahu masa untuk menikmatinya sekadar umur yang sedikit sekitar 50, 60, 70, 80.. tahun atau lebih sikit. Kita hendaklah faham bahawa hara kekayaan adalah pinjaman dari Allah. Harta itu milik Allah dan Allah berjanji apabila diinfakkan Allah pasti akan menggantikannya. Jkia tidak harta itu akan lenyap tanpa mendapat pahala dan nikmat di akhirat kelak. Ini9 membuktikan berinfak itu sangat disukai atau dicintai ALLAH SWT.

1. Sebahagian dari harta kita makan, mungkin banyak atau enak sedap dimakan. Ianya habis dibuang menjadi najis.

2. Sebahagian harta yang mungkin banyak kita simapan, dalam setor, dalam bank atau dalam bentuk hartanah, saham, bangunan, motorkar dan lain-lain kehendak mengikut hawa nafsu selagi yang mau tanpa had. Semua jenis simpanan seperti dinayatakan di atas, belum pasti dapat kita manfaatkan atau mendapat faedahnya, kerana bila-bila masa kita akan menemui ajal tanpa kita ketahui masanya. Lambat laung akan mesti mati juga. Akhirnya orang yang mewaraisinyalah yang akan menafaatkan.

3. Apa yang kita miliki juga, tidak semestinya kita menikmatinya, malahan orang lain juga yang menukmatinya.

4. Apakah sebenarnya yang benar-benar menjadi hak kita? Tidak lain dan tidak bukan ialah apa yang kita infaqkan ke jalan Allah swt, seperti zakat, sedekah kepada yang memerlukan yang kita diberikan ganjaran oleh Allah swt di akhirat nanti di saat dan ketikan yang sangat kita memerlukan untuk hidup kekal dalam kebahagiaan di syurga Allah.

Cara untuk mendapat kebahagiaan serta keberkatan dari harta yang
kita usahakan di dunia ialah dengan mengambil langkah-langkah sepert berikut:

1. Bersyukur di atas apa yang yang diberikan oleh Allah kepada kita.

2. Berbelanjalah harta kita mengikut lunas yang diredhai Allah untuk diri, ahli keluarga dan kebajikan masyarakat ke jalan Allah secara ynag halal.

3. Pastikan pendapatan yang diperolehi halal dari segi hukumnya mengikut syariat islam.

4. Berzakatlah bila cuklup syaratnya haul kerana ini adalah fardhu sebagai rukun Islam.

5. Banyakkan sedekah yang berbentuk sunat. Firman an Allah swt;, " Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantikannya dan Dia lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya".
- (Surah Saba' : 39)
Al- Hafizh Ibnu Katsir berkata, " betapapun sedikt apa yang kamu infaqkan dari apa yang diperintahkan Allah kepadamu dan apa yang di perbolehkanNya, nescaya Dia akan menggantikannya untukmu di dunia, dan di kahirat enkau akan diberi pahala dan ganjaran, sebagiman yang disebutkan dalam hadis.."

6. Ingatlah mendaptkan harta dunia bermatlamatkan untuk dijadikan bekalan akhirat.

7. Sabda Nabi saw, 9/10 daipada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Perniagaan itu fardhu kifayah. BERUSAHALAH melakukan kewajipan tapi tidak betentangan dengan ISLAM.

Wallahhu 'alam.

Tuesday, November 24, 2009

Tangggungjawab manusia sebagai hamba Allah swt,.

Tangggungjawab manusia sebagai hamba Allah swt,.

1. Manusia diciptakan Allah swt dengan tanggungjawab yang luas yang perlu dilaksanakan, kerana ia akan disoal tentang amanah yang diberikan kepadanya di hari akhirat nanti. Allah swt, mencipta manusia dengan tujuan tertentu iaitu untuk dikembalikan semula kepadaNya, dan mereka dipertanggungjawabkan atas setiap usaha dan amal yang berkaitan dengan perintah keagamaan semasa ia hidup di dunia. Mereka akan diadil dan diberi pembalasan di hari pembalasan sama ada ditempatkan di Syurga tau neraka.

2. Sabda Nabi saw, dari Ibnu Umar ra katanya, " Saya mendengar rasulullah saw bersabda, maksudnya:

"Semua orang dari engaku sekalian itu adalah pengembala, dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang digembalainya. Seorang pemimpin adalah pengembala dan akan ditanya tentang pengembalaanya;

Seorang lelaki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya tentang pengembalaannya;

Seorang isteri adalah pengembala di rumah suaminya dan akan ditanya tentang pengembalaannya;

Seorang khadam juga pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya tentang pengembalaanya.

Maka semua orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan ditanya tentang pengembalaannya."

- ( Muttafaq 'alaih)

Tanggungjawab manusi terhadap allah swt adalah seperti berikut;

1. Meangabdikan diri kepada Allah swt dengan berima dan melakuk amal soleh mengikut syariat yang dtetapakan oleh agama melalui RasulNya.

2. Melaksana kan amanah allah swt memelihara dan mengawal agama Allah seerta ajaran Allah swt seprti FirmanNya; Surah Al Ahzab; 72 (ms. 427).

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serata gunung-gunung (untuk memikul) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat meyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persdiaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula mebuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."
- (Surah Al Ahzab: 72)

3. Melaksanakan amar makruf, nahi mungkar, iaitu sebagai khalifah Allah swt bertanggungjawab menyebarkan Islam, meninggikan kalimah Allah swt dan supaya manusia menjadi orang Islam.

Firman Allah swt,: " Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji . Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang brejaya."
- ( Sutrah Ali mran: 104) ms. 63)


4. Menjaga kesucian agama, denga menegakkan Islam dengan berdakwah dan menlaksanakn Islam mengikut perintah ynag ditetapkan dlam agama.

5. Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri dari dan keluarga daripada menerima azab neraka .