Monday, November 23, 2009

Pengertian/makna solat

23 November 2009/ 6 Zulhijjah 1430


Pengertian/Makna Solat.



1. Solat atau sembahyang menurut Bahasa Arab ialah Do'a.

2. Solat adalah ibadat yang asasi dalam perhubungan antara manusia dengan Allah swt. Manusia dapat mengingati Allah, dapat menghidupkan pengakuan iman secara amali atau perbuatan dan dalam hati, mengingati Rasul, kepada Al-Quran dan membawa manusia ke jalan yang lurus, jalan yang diberi petunjuk oleh Allah swt.

3. Solat dapat membuktikan ketaqwaan kepada Allah yang menurut perintahNya sepertimana ajaran Al Quran dan sunah Rasulullah saw. yang bersifat terpuji dan mendapat petunjuk Allah seterusnya merekalah yang beroleh kejayaan.

4. Solat memberi kesan membersih atau mensucikan diri dan mengawal dari terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan maksiat atau keburukan serta memebersikan manusia dari naluri-naluri yang tidak sihat. Firman Allah swt:

"Dan diriklanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatn keji dan mungkar"
- (Surah Al-Ankabut: 43)

5. Melalui solat kita akan jauh dari sifat resah gelisah dan sentiasa dalam keadaan tenang dengan mendekatkan diri kepada Allah setiapa masa. Firman Allah:

" Seungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah, apabla ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat".
- ( Surah Al-Ma'rij: 19-23)

6. Hakikat solat ialah pembuktian kesempurnaan melakukan hak-hak pengabdian kepada Allah swt, sebaliknya meninggalkan solat adalah tanda orang yang tenggelam dalam hawa nafsu yang kufur kepada Allah swt. Firman Allah:

" Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat) maka mereka menghadapi azab (dalam Neraka)
- ( Surah Maryam: 59)

7. Solat dapat menjauhkan dari berlaku kesusahan dan kegelisahan dan memohon bantuan Allah swt. Maksud hadis, " Allah menjadikan ketenagan mataku di dalam solat '.

Dan Firman allah swt:

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat"
-(Surah Al-Baqarah: 153)

Friday, November 20, 2009

Perkara -perkara yang menjadikan sedekah

Jumaat 20 November 2009/3 Zulhijjah 1430.


Sedekah adalah sejenis ibadat yang dilakukan sebagai kebajikan dan mendapat pahala daripadanya. Kita digalakkan memberikan atau melakukan sedekah sedekah dalam bentuk yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada ynag lebih besar mengikut kemampuan kita dengan mengerjakan amal untuk dimanfaatkan untuk diri kita sendiri dan juga terhadap orang lain yang pahalanya dapat kita perolehi.


Perkara -perkara yang menjadikan sedekah.

Dari Abu Hurairah ra katanya: Telah bersabda Rasulullah saw, "Tiap-tiap anggota daripada manusia sedekah atasnya pada tiap-tiap hari yang terbit padanya matahari, engkau berlaku adil antara dua orang yang berbalah, adalah menjadi sedekah, dan engkau menolong seorang lelaki yang akan berangkat naik ke atas binatangnya (kenderaannya) ataupun engkau menolong mengangkat baginya barang-barangnya ke atasnya adalah menjadi sedekah, dan perkataan yang baik ittu sedekah, dan pada tiap-tiap langkah yang engkau langkah berjalan pergi sembahyang itu sedekah, dan engkau membuang bahaya dari jalan juga menjadi sedekah".

-(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan:

1. Dengan menggunakan segala anggota untuk kebaikan adalah merupakan amal sedekah dari diri sendiri untuk dirinya sendiri seperti bertasbih, takbir, tahmid, tahlil, datang ke masjid solat dhuha yang menggunakan anggota tanda syukur.

2. Sedekah untuk orang lain seperti bersikap adil antara dua orang yang berbalah, menolong lelkai unutk menaikim kenderaan, mengangkat barang atau membantu meringankan mengankat barangan yang berat, pahalanya kembali kepada orang yang menolongnya.

3. Perkataan yang baik dan berfaedah seperti memberi salam, nasihat atau teguran yang membina untuk persahabatan .

4. Pekerjaan yan baik dipandang sebagai satu sedekah untuk orang yang melaksanakannya, tidak kira banyak atau sedkikit, susah atau mudah, asalkan maksudnya baik dan suci seperti:

1. Memberi sesuatu yang berfaedah kepada saudaranya.
2. Menolong membuat sesuatu urusan yang meringankan kerja seseorang.
3. Membuang sesuatu yang menghalang dan memerbaha dari jalan raya.
4. Manis muka atau senyum terhadap kawan-kawan yang ditemui.

Nota; Anggota yang dimaksudkan di sini ialah terjemahan dari bahasa aArab 'sulamaa' bermaksud nama sebahagian tulang-tulang unta yang kecil-kecil, kemudian dikatakan pula kepada tulang manusia dan lainnya. Ahli perubatan mengatakan bahawa terdapat 240 tukang. Ada pula yang mengatakan 360 tulang.Yang dapat dirasa ada sebanyak 265 tulsang. Mungkin tulang inilah yang disebut oleh di atas, lebih-lebih lagi mengingatkan pengertian asal ialah nama bagi sekecil-kecil tulang unta.

Thursday, November 19, 2009

Tangggungjawab manusia sebagai hamba Allah

Selasa, 24 November 2009//7 Zulhijjah 1430


Tangggungjawab manusia sebagai hamba Allah swt,.

1. Manusia diciptakan Allah swt dengan tanggungjawab yang luas yang perlu dilaksanakan, kerana ia akan disoal tentang amanah yang diberikan kepadanya di hari akhirat nanti. Allah swt, mencipta manusia dengan tujuan tertentu iaitu untuk dikembalikan semula kepadaNya, dan mereka dipertanggungjawabkan atas setiap usaha dan amal yang berkaitan dengan perintah keagamaan semasa ia hidup di dunia. Mereka akan diadil dan diberi pembalasan di hari pembalasan sama ada ditempatkan di Syurga tau neraka.

2. Sabda Nabi saw, dari Ibnu Umar ra katanya, " Saya mendengar rasulullah saw bersabda, maksudnya:

"Semua orang dari engaku sekalian itu adalah pengembala, dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang digembalainya. Seorang pemimpin adalah pengembala dan akan ditanya tentang pengembalaanya;

Seorang lelaki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya tentang pengembalaannya;

Seorang isteri adalah pengembala di rumah suaminya dan akan ditanya tentang pengembalaannya;

Seorang khadam juga pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya tentang pengembalaanya.

Maka semua orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan ditanya tentang pengembalaannya."

- ( Muttafaq 'alaih)

Tanggungjawab manusi terhadap allah swt adalah seperti berikut;

1. Meangabdikan diri kepada Allah swt dengan beriman dan melakukan amal soleh mengikut syariat yang ditetapakan oleh agama melalui RasulNya.

2. Melaksanakan amanah Allah swt memelihara dan mengawal agama Allah serta ajaran Allah swt seperti FirmanNya; Surah Al Ahzab; 72 (ms. 427).

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serata gunung-gunung (untuk memikul) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat meyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."

- (Surah Al Ahzab: 72)

3. Melaksanakan amar makruf, nahi mungkar, iaitu sebagai khalifah Allah swt bertanggungjawab menyebarkan Islam, meninggikan kalimah Allah swt dan supaya manusia menjadi orang Islam.

Firman Allah swt,: " Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji . Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang brejaya."

- ( Sutrah Ali imran: 104) ms. 63)


4. Menjaga kesucian agama, dengan menegakkan Islam dengan berdakwah dan menlaksanakan Islam mengikut perintah yang ditetapkan dalam agama.

5. Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri dari dan keluarga daripada menerima azab neraka .

Imam Syafii/ Muhammad bin Idris As -Syafii.


Khamis, 19 November 2009/2 Zulhijjah 1430














Muhammad bin Idris al-Syafii, atau Abu Abdillah juga dikenali sebagai Imam Syafii adalah ahli fiqah Islam yang terkemuka dalam sejarah Islam. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafii, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam di India, Indonesia dan Malaysia.

Riwayat hidup

1. Imam Syafii dibesarkan di Hijaz, tanah asal Ahli Sunah Waljamaah. Pada awalnya, beliau berpegang kepada ajaran Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq dan di sana beliau didedahkan kepada pentaakulan logik Islam yang diamalkan oleh ahli fiqah Iraq. Setelah itu, Imam Syafii berhijrah ke Mesir, di mana di sanalah beliau memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran beliau yang pada hari ini dikenali sebagai mazhab Syafii.

Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.


2. Pengajian beliau dalam ilmu fiqah terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat permulaan ialah ketika beliau di Makkah dan Madinah, Hijjaz. Setelah dilatih untuk menjadi ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi, beliau dihantar ke Iraq. Di Iraqlah bermula peringkat kedua pengajian beliau, dengan mendapat pendidikan mengenai pentaakulan dalam menentukan syaria Islam. Peringkat terakhir adalah ketika beliau di Mesir dan pengasasan mazhab Syafii.

3. Imam Syafii dilahirkan sama ada di Gaza, Palestin atau di sebuah pekan kecil berdekatan dengan Asqalan atau Askelon di Turki atau Syria (Asqalan ketika zaman itu merupakan sebahagian daripada Syria). Selepas kemangkatan bapa beliau, keluarganya berhijrah ke Palestin bersama-sama dengan Bani Yaman, yang merupakan satu keturunan ibu beliau.Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.


4. Ketika berumur 10 tahun, beliau berhijrah sekali lagi ke Makkah. Imam Syafii mula mempelajari al-Quran ketika berumur tujuh tahun dan mula mempelajari dan mengingati kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik pada umur 10 tahun. Ketika berumur 15 tahun, beliau diberi pengiiktirafan untuk mengajukan pendapat beliau di dalam bidang fiqah.

5. Bapa beliau berasal daripada bani Quraisy, dan nenek moyang Imam Syafii adalah al-Mutallib adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Bani Quriasy merupakan penyokong Nabi Muhammad setelah Perang Badar. Sejarah keturunan beliau memberikan beliau martabat dan mungkin juga menjadi sumber inspirasi untuk beliau mempertahankan ajaran Sunah.

6. Membesar di kalangan puak Badwi, Imam Syafii kemudiannya kembali ke Makkah dan memulakan pengajian syaria beliau dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, Mufti Mekah ketika itu, Sufian bin Uyaina, dan lain-lain lagi. Walaupun telah diiktiraf untuk menjadi hakim, beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian dengan Imam Malik. Imam Syafii meinggalkan Mekah ke Madiah untuk bertemu dengan Imam Malik, dan umur beliau ketika itu ialah 22 tahun.

6. Dilahirkan di Gaza pada tahun 150H. Pada umur 2 tahun belian menjadi anak Yatim apabila bapanya meninggal dunia. dan Imam Shafii meninggal di Egypt pada tahun bulan Rejab 204H pada malam Jumaat dan dikebumikna pada hari Jumaat.

7. As-Syafi’i gemar sekali mengadakan perjalanan demi menemui ulama dan menimba ilmu dari mereka. Di sana ia belajar, mendengar sastrawan dan penyair serta melihat kondisi umat Islam. Ia berkata:

”Tidak ada tempat bagi orang-orang cerdas dan beradab untuk istirahat. Maka tinggalkanlah kampung halaman dan merantaulah! Engkau pasti akan mendapat ganti atas apa yang engkau tinggalkan.

Dan gantilah pekerjaan dengan yang baru, karena kelezatan hidup ada dalam pekerjaan baru. Aku melihat bahwa air yang menggenang itu akan rusak. Jika air itu mengalir maka akan baik. Sementara jika ia menggenang akan rusak.”

Perjalanan As-Syafi’i

Dari kota Makkah, ia mengadakan perjalanan ke Madinah untuk menemui Imam Malik dan Muwaththa’nya. Di sana beliau mendiktekan kitab Muwaththa’ karangan Imam Malik yang telah dihafalnya. Kejadian ini membuat Imam Malik kagum.

Dari Madinah, ia bertolak ke Iraq tempat Abu Hanifah dimakamkan. Ia mendengar bahwa Imam Hanafi banyak sekali meninggalkan kitab dan ulama. Di sana ia bertemu dengan Abu Yusuf dan Muhammad bin Hasan, murid Abu Hanifah. Bahkan, Ibnu Hasan mengijinkan As-Syafi’i tinggal di rumahnya dan menulis seluruh kitab koleksinya.

Dari Iraq, As-Syafi’i kemudian menuju ke negeri Persia dan sekitarnya dengan bekal 3000 dinar dari Ibnu Hasan. Dalam perjalanan ini, kelimuan As-Syafi’i bertambah secara drastis dengan mengawinkan bekal ilmunya dengan melihat realita umat.

Setelah begitu lama di rantau, kerinduan As-Syafi’i kepada gurunya, Imam Malik begitu kuat. Akhirnya, ia memutuskan untuk kembali ke Madinah. Ketika sampai di Madinah, Imam Malik pada saat itu sedang duduk di kursinya mengajar murid-muridnya. Melihat As-Syafi’i berada di tengah majlisnya, ia turun dan memeluk As-Syafi’i seraya berkata; ”Teruskan pelajaran wahai As-Syafi’i.”

Ketika di Madinah, As-Syafi’i mendapat undangan dari salah satu saudaranya yang bekerja di Yaman. Oleh saudaranya, ia ditawari pekerjaan di bidang peradilan. As-Syafi’i kemudian menerima pekejaan tersebut dan melakukan tugasnya dengan baik. Prestasi ini terdengar hingga ke Makkah melalui jamaah haji yang berasal dari Yaman. Ia kemudian diangkat menjadi hakim di Najran. Selama di Yaman, tidak banyak yang dilakukan As-Syafi’i dalam ilmu pengetahuan. Ia menikah dan dikaruniai anak.

Setelah beberapa tahun di Yaman, As-Syafi’i kemudian kembali ke Makkah dan membentuk halaqah ilmu baru di Masjidil Haram. Halaqah ini menarik perhatian banyak ulama dan pelajar, seperti Imam Ahmad bin Hambal yang berguru kepada As-Syafi’i.

Tak puas mengajarkan ilmunya di Masjidil Haram, As-Syafi kembali ke Baghdad. Ia menetap di Masjid al-Jami dan membentuk halaqoh. Orang-orang berbondong-bondong menghadiri halaqahnya. Ahmad bin Hambal berkata; ”Sebelumnya para ahli hadits tidak banyak mengetahui makna yang terkandung dalam hadits RasuluLlah saw., lalu As-Syafi’i menjelaskannya.”

Setelah lama menetap di Baghdad, As-Syafi’i berkeinginan kuat untuk mendatangi negeri Mesir. Maka, ia kemudian berpamitan kepada murid-muridnya, termasuk Imam Ahmad bin Hambal;

”Sungguh jiwaku sudah sangat rindu kepada Mesir, kota penting padang pasir. Aku tidak tahu apakah kepergianku ini untuk sebuah izzah atau untuk kekayaan. Aku digiring kepadanya, atau jusrtu digiring menuju liang kubur.”

Sampai di Mesir, As-Syafi’i kemudian mengajarkan ilmunya di Masjid Amru di Fustath. Pelajarannya di mulai ba’da shubuh dan berakhir waktu dzhuhur. Di masjid ini, ia mengajar Al-Qur’an, hadits, fiqih, dan sastra. Di sinilah As-Syafi’i menghabiskan sisa usianya. Beliau wafat pada bulan Rajab 204 H pada usia 54 tahun. Penduduk Mesir menziarahi makamnya terus menerus hingga 40 hari 40 malam.

Karya As-Syafi’i

Semasa hidupnya, As-Syafi’i banyak sekali menghasilkan karya berupa kitab-kitab dalam berbagai bidang seperti Al-Qur’an dan Hadits, Fiqih, dan Sastra. Di antara karya-karya Imam Syafi’i antara lain; Ar-Risalah, Al-Umm, Al Imlah As-Shaghir, Al Amali al Kubro, Mukhtasar Al Buwaithi, Mukhtasar Al-Muzani dan sebagainya. Imam Syafi’i juga mewariskan kumpulan syair dalam kitab yang sangat tebal.


Imam Syafie Ditangkap Dan Dirantai



Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”
Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadap



SUMBER RUJUKAN:


Wednesday, November 18, 2009

Apa itu Aqidah ? Aqidah asas agama Islam

Rabu, 18 November 2009/1 Zulhijjah 1430

Apa itu Aqidah? Aqidah asas agama Islam.



1. Satu bidang ilmu yang sangaat penting bagi kita mempelajarinya ialah aqidah atau Ilmu Tauhid. Hanya dengan melalui ilmu aqidah seseorang itu akan dapat memahami aqidah yang merupakan dasar yang paling utama untuk mengenal Allah swt, dan menjadi pokok dalam mengamalkan islam. Ilmu yang menerangkan bagaimana seharusnya seorang muslim tu membuktikan kewujudan Allah swt dan mengtauhidkan dinamakan sebagai ilmu aqidah atau ilmu tauhid. (Alqoidul Iman).

Aqidah itu ialah ilmu yang mempelajari mengenai kepercayaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kerasulan, sami'at (iaitu pertara yang ghaib yang diketahui dari Quran dan Hadis, seperti Hari akhirat, syurga dan bneraka, mizan , sirat dll).

2. Aqidah dapat memberikan keyakinan kimanan dalam hati seseorang tentang kewujudan Allah swt dengan mengesakan zatNya. Orang ynag beriman mempercayai wujudnya Allah dan mentauhidkannya, serta mengi'tiqakkannya bahawa Allah swt bersifat kimalat ( bersifat kesempurnaan) dan maha suci dari sifat kekerangan.

Firman allah swt yang bermaksud dalam surah Al-Baqarah:285 (M.s. 49)

"Rasulullah saw telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah dan malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNna dan Rasul-rasulNya. mereka berkata: Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-rasulNya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat. Kamai pohonkan keampunanmu wahai Tuhan kami dan kepadamu jualah tempat kembali".

3. Aqidah atau kepercayaan seseorang itu mengenai ketuhananya adalah berasaskan dalil atau keterangan yang soheh sama ada dalil naqli ( bukti yang dinukil dari Quran atau hadis) atau dalil aqli (bukti yang didapai mengikut aqal fikiran manusia secara mantiq dan logik). Mreka yang mengasaskan aqidahnya dengan berdalilkan dalil-dalil - naqli dan aqli - tersebut adalah dikira sebagai seorang muslim yang beriman.

Firman Allah swt dalam Surah Al I'raf: 54 (ms. 157)

Yang bermaksud: " Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah, yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, semayam di atas 'Arasy, Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, semuanya tunduk kepada perintahnya. Ingatlah! kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang menciptakan dan mentadbirkan sekalian alam".

4. Sebagi dalil aqli seseorang itu boleh juga membukitkan kewujudan Allah swt dan keesaanNya, iaitu dengan melihat dan memikirkan adanya makhluk-makhluk di alam dunia ini yang membuktikan wujud penciptaan Allah swt, kerana tanpa pencipta adalah mustahil benda di alam ini terjadi dengan sendirinya. Contohnya diri kita (manusia) ini , bumi dan langit, matahari dan bulan, daratan dan lautan, haiwan dll semuanya ada penciptanya iaitu Allah swt. Yang Maha Esa dn Maha Berkuasa.

Dengan itu dapatlah dibuktikan wujudnya makhluk-makhluk di alam dunia ini adalah menjadi dalil kewujudan Allah swt yang dapat diterima dari lojik dan mantiq sebagai dalil akal yang ajmali yang bersandarkan dalil naqli ( bukan mengikut lojik akal semata-mata) dan kita wajib beriman kewujudan Allah swt dan keesaanNya tanpa syak dan ragu lagi.

.

Tuesday, November 17, 2009

Melakukan Ibadat Qurban

Mengerjakan Ibadat Qurban.


Bersempena dengan ibadat Haji di Mekah, kita merayakan Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban. Pada hari juga kita mengadakan ibadat Qurban, kerana di antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan
kambing biri-biri dalam rangka beribadat kepada ALLAH S.W.T.. Ibadat korban ini adalah sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. kerana taat akan perintah ALLAH S.W.T.. Namun begitu berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini kepada kehendak ALLAH S.W.T. maka ketika Nabi Ibrahim ingin menyembelih anaknya itu, ALLAH gantikannya dengan seekor kibas.


Peristiwa ini telah dirakamkan di dalam al-Qur’an sebagaimana firman-NYA: Maksudnya:


Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah
apa pendapatmu?".

Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (KAMI sifatkan Ibrahim -dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami).

Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan " –
- al-Saaffaat (37) : 101-108




Menurut mazhab Imam Al-Syafie, melakukan ibadat korban hukumnya sunat muakkad iaitu sebagai ibadat tambahan yang selalu dikerjakan oleh Rasulullah pada masa hayatnya. Bagi orang-oarang yang berkemampuan digalakkan berkorban setiap tahun sebagai tanda syukur dan berkorban kerana Allah dengan harta dan kewangan yang diberikan oleh Allah swt.



Bagaimanapun kebanyakan ulama berpendapat korban hanya sunat. Seseorang tidak dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah berkorban seumur hidupnya. Jika tidak berkorban kerana tidak berkemampuan, anggaplah bahawa Nabi berkorban bagi pihak umatnya.

Berpandukan amalan korban yang dilakukan oleh Rasulullah yang menyembelih dua ekor biri-biri bagi pihak diri, keluarga dan umatnya, maka ulama berpendapat memadai jika seorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.
Baginda dilaporkan pernah berkorban dua biri-biri besar bagi diri, keluarga dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu berkorban.

Bagi yang mampu digalakkan memilih ternakan yang terbaik untuk dikorbankan. Rasulullah setiap kali berkorban memilih ternakan yang baik, sihat dan gemuk.

Muslim meriwayatkan daripada Anas mengatakan Rasulullah saw menyembelih korban dengan dua kibas yang terbaik dengan tangannya sendiri dengan membaca Bismillahi Allah dan bertakbir dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibasnya itu.

Ada syarat ditetapkan iaitu ternakan yang hendak dikorbankan mesti cukup umur, sihat dan sempurna sifatnya yakni tidak mengalami kecacatan.

Haiwan ternakan betina pula perlu dipastikan tidak mengandung ketika hendak dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap sah jika selepas disembelih didapati haiwan ternakan itu sedang mengandung.

Mengikut amalan sunnah dalam pembahagian daging korban ialah satu pertiga untuk diri dan keluarga, satu pertiga untuk jiran tetangga manakala satu pertiga untuk golongan fakir dan miskin.

Namun seandainya disedekahkan semuanya kepada orang lain, itu lebih baik dan sempurna. Bagaimanapun, digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarga sebagai tabarruk.

Allah mensyariatkan waktu untuk melakukan ibadat korban ialah selepas solat hari raya pada 10 Zulhijjah. Ia juga boleh dilakukan pada tiga hari selepasnya iaitu hari yang dinamakan sebagai hari tasyrik.




Firman Allah Ta’ala bermaksud:

‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah”
(Al-Kautsar: 2)

“Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”
- (Surah Al-Hajj: 36)

1. SEJARAH KORBAN
Sejarah Korban anak-anak Nabi Adam a.s - Habil dan Qabil

Firman Allah Ta’ala bermaksud:
Bacakanlah (Yaa Muhammad) kepada mereka akan cerita yang sebenarnya tentang dua orang anak Nabi Adam (yang bernama Habil dan Qabil) iaitu ketika keduanya mempersembahkan korban (kepada Allah), maka yang seorang dari keduanya (Habil) diterima korbannya sedang yang lain (Qabil) tidak diterima korbannya - sebab itulah Qabil marah kepada Habil seraya berkata: “Nescaya kubunuh engkau!”

Sejarah Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s

Firman Allah Ta’ala bermaksud:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku - insyaAllah daripada golongan orang-orang yang sabar.”
- (Al-Soffat: 100-102)



2. HIKMAH KORBAN

Menyembelih qurban juga merupakan amalan yang disukai oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan sebagai bukti serta keikhlasan kita dalam menghidupkan syi‘ar agama Islam. Ini jelas difahami dari firman Allah Ta‘ala yang maksudnya: “Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu”.
- (Surah Al-Hajj:37)

Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak bulu binatang yang dikorban.

Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu.

Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Dan banyak lagilah. Bila dapat hayati sejarah korban Habil & Qabil serta kisah Nabi Ibrahim & Ismail … kitakan dapat menghayati/menyelami hikmahnya


3. HUKUM KORBAN:

Hukum asal ibadah korban itu adalah sunat mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Jumhur ulama juga mengatakan ia adalah sunat bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah dia berdosa dan tidak wajib dia mengqadhanya. Walaubagaimanapun ianya boleh menjadi wajib apabila dinazarkan. Maka secara ringkasnya, korban itu terbahagi kepada 2:

* Korban sunat (muakkad - yakni tersangat dituntut mengerjakannya)
* Korban wajib

Bagaimana korban boleh menjadi wajib? Binatang sembelihan bagi ibadat korban itu menjadi wajib apabila ia dinazarkan, sama ada:

* Nazar itu nazar yang sebenar (nazar hakikat) ataupun
* Nazar dari segi hukum sahaja, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya : “Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatinya”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa yang dimaksudkan dengan nazar yang sebenar dan nazar dari segi hukum? Nazar sebenar/hakiki itu adalah dengan menyebut nama Allah atau menggunakan perkataan ‘nazar’. Sebagai contoh orang yang berkorban itu berkata: “Demi Allah wajib ke atasku menyembelih kambing ini sebagai korban”, ataupun dia berkata: “Aku bernazar untuk menyembelih kambing sebagai korban pada Hari Raya Haji nanti”.

Adapun bernazar dari segi hukum sahaja seperti seseorang itu berkata: “Aku jadikan kambing ini untuk korban”, ataupun dia berkata: “Ini adalah korban”, maka dianggap sama seperti bernazar yang sebenar kerana dia telah menentukan (ta‘ayin) binatang tersebut.

Binatang yang dinazarkan sebagai korban atau binatang korban wajib itu tidak boleh ditukar dengan yang lain walaupun dengan yang lebih baik. Apatah lagi dijual, disewakan atau dihibahkan (diberikan).

Sekiranya binatang korban wajib itu dijual oleh orang yang berkoban, maka hendaklah dia mendapatkannya semula daripada orang yang telah membelinya jika masih ada di tangan pembeli dan dia hendaklah memulangkan harga belian yang diterimanya. Jika tiada lagi di tangan pembeli, umpamanya sudah disembelihnya, maka wajib baginya mengadakan nilaian harga yang lebih mahal daripada harga waktu dia memiliki yang dahulu, dan hendaklah dia membeli semula dengan nilaian itu binatang korban yang sama jenisnya dan sama umurnya untuk disembelih pada tahun itu juga.

Jika luput dia daripada menyembelihnya, maka wajib ke atasnya menyembelih binatang korban wajib itu pada tahun hadapannya sebagai qadha yang luput itu. Jika harga binatang korban itu (yang sama jenis dan umur dengan yang dahulu) lebih mahal kerana naik harga dan harga nilaian itu tidak mencukupi untuk membeli binatang yang sama dengan yang dahulu itu hendaklah ditambahnya dengan hartanya yang lain. Begitulah juga hukumnya jika binatang itu tidak disembelih setelah masuk Hari Raya Adha dan binatang itu binasa dalam tempoh tersebut.

Jika binatang korban wajib itu rosak, umpamanya mati atau dicuri orang sebelum masuk waktu berkorban dan bukan kerana kecuaiannya, tidaklah wajib dia menggantinya.

Manakala jika ia dibinasakan oleh orang lain, maka hendaklah orang yang membinasakan itu mengganti harga binatang korban wajib itu kepada orang yang punya korban dan dia hendaklah membeli semula binatang yang sama seperti yang dahulu, jika tidak diperolehi binatang yang sama, hendaklah dibelinya yang lain sahaja sebagai ganti.

Adapun jika binatang korban wajib itu disembelih sebelum masuk waktu korban, wajiblah disedekahkan kesemua dagingnya dan tidak boleh bagi orang yang berkorban wajib itu memakan dagingnya walaupun sedikit dan wajib pula menyembelih yang sama dengannya pada hari korban itu sebagai ganti.

Jika binatang korban yang telah ditentukan dalam korban wajib itu menjadi cacat (‘aib) setelah dinazarkan dan sebelum masuk waktu menyembelihnya dan kecacatan binatang itu adalah cacat yang tidak boleh dibuat korban pada asalnya, maka tidaklah disyaratkan menggantinya dan tidaklah terputus hukum wajib menyembelihnya dengan adanya cacat tersebut. Bahkan jika disembelihnya pada Hari Raya Adha adalah memadai (boleh dibuat) sebagai korban.

Sekiranya binatang yang dalam keadaan cacat itu disembelih sebelum Hari Raya Adha hendaklah disedekahkan dagingnya itu dan tidak wajib menggantinya dengan binatang yang sama untuk disembelih pada Hari Raya Adha itu. Tetapi wajib bersedekah nilaian harga binatang yang disembelih itu.

Jika kecacatan itu berlaku setelah Hari Raya Adha dan disembelih dalam keadaan yang demikian, maka tidaklah ia memadai (tidak memenuhi syarat) sebagai korban, kerana ia telah menjadi barang jaminan selagi belum disembelih, dan wajib diganti dengan yang baru.

Tidak sah dibuat korban bagi orang yang hidup melainkan dengan izinnya, dan tidak sah juga dibuat korban bagi orang yang telah mati jika simati tidak berwasiat untuk berbuat demikian.

Orang yang membuat korban bagi simati dengan izinnya (yakni dengan wasiatnya) wajiblah atasnya bersedekah kesemuanya. Tidak ada bahagian untuk dirinya atau orang-orang dibawah tanggungannya (nafkah), kerana ianya merupakan orang yang menerima dan orang yang menyerah. (Matla al-Badrain)

Bapa atau datuk boleh melaksanakan korban bagi orang yang diwalikan seperti anak dan cucunya dengan diambil perbelanjaan daripada harta ayah atau datuk atau anak atau cucu itu sendiri.


Di antara hikmat lain kenapa ibadat korban ini disyariatkan ialah:

Pertama:

Dari segi sejarahnya kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran terhadap ketaatan Nabi Ibrahim Alaihissallam dalam menjunjung perintah Allah Subhanahu Wataala yang memerintahkannya untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban. Akan tetapi Allah Subhanahu Wataala Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah menggantikannya dengan seekor kibas.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda di dalam sebuah hadis Baginda yang maksudnya:

"Daripada Zaid bin Arkam Radiallahuanhu dia berkata: Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Jawab Rasulullah: Ia adalah sunnah bapa kamu, Ibrahim. Mereka bertanya: Apa yang kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi: Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya."

Kedua:

Memupuk sikap pemedulian dan keprihatinan terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan daging-daging korban kepada yang berhak menerimanya sebagai makanan dan meluaskan rezeki khususnya kepada para fakir miskin sempena Hari Raya Korban.

Ketiga:

Melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wataala terhadap nikmat hidup yang telah diberikan-Nya.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Hajj ayat 34 yang tafsirannya:

"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan korban sampai mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka."

Keempat:

Menyemai dan menanamkan sifat murni ke dalam diri dengan mencontohi kesabaran dan ketabahan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam dan sifat mereka yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wataala.

Waktu menyembelih korban ialah selepas naik matahari pada Hari Raya Adha sekadar berlalu sembahyang dua rakaat dan dua khutbah. Masa korban itu berkekalan sehingga terbenam matahari akhir Hari Tasyrik iaitu hari ke 13 Zulhijjah. Jika ibadat korban dilakukan sebelum dan selepas waktu tersebut, maka tidaklah dikira ibadat korban, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:

"Dari Al-Baraa bin Azib dia berkata: Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Bahawa yang mula-mula kami lakukan pada hari ini (Hari Raya Adha), kami sembahyang, kemudian kami balik ke rumah, selepas itu kami menyembelih korban, maka siapa yang membuat seperti yang demikian, maka dia memperolehi sunnah (ibadat) kami, dan siapa yang menyembelih sebelum sembahyang, maka yang demikian itu hanyalah daging biasa yang dibahagi-bahagikan kepada keluarga, bukanlah yang demikian itu termasuk dalam ibadat korban."

Memandangkan ibadat korban itu mempunyai kelebihan dan masa yang tertentu, maka bagi mereka yang berkemampuan dan dilimpahi rezeki oleh Allah Subhanahu Wataala agar tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan ibadat korban, kerana ibadat ini amat dituntut dan tinggi nilainya disisi Allah Subhanahu Wataala. Mudah-mudahan kita akan mendapat ganjaran pahala dan kebajikan daripada Allah Subhanahu Wataala dari ibadat korban yang kita lakukan. Amin Yarabbalalamin.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Kautsar ayat 1-3 tafsirnya :

"Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu wahai Muhammad kebaikan yang banyak di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur.Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus dari mendapat sebarang perkara yang di ingininya."

Sunday, November 15, 2009

Mengerjakan Fardhu Haji

Ahad, 15 November 2009/27 Z.Kaedah 1430

1. Ibadat Haji merupakan ibadat tahunan - rukun islam ke 5, yang dikerjakan pada setiap bulan Zulhijjah oleh kaum muslim dari segenap pelusuk dunia ke tanah suci Kota Mekah. Tarikh mengerjakan Haji tahun ini dijangka akan bermula pada 27 November 2009 dengan mula berhimpun di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah atau 26 November 2009. Kita mendoakan mereka yang mengerjakan haji tahun ini,semoga amlan meraka diterima Allah swt dengan mendapat haji mabrur.

2. Bagi yang belum dapat peluang mengerjakan Haji sama-sama kita berdoa semoga dimurah kan rezeki dan dapat pula kita mengerjakan haji dalam masa yang terdekat. Insya Allah. Sebagaimana kita maklum melakukan ibadat haji- haji mabrur itu amatlah besar ganjaran pahalanya sesudah beriman dan berjihad fi sabilillah.

"Haji mabrur ialah apabila orang yang sesudah mengerjakan haji itu lalu menetapi kezuhu dan di dunia dan amat cinta sekali kepada keakhiratan". Rasuluilah saw bersabda ertinya. "Jihadnya orang tua (yang sudah lanjut usia), orang dhaif (lemah tubuhnya) serta orang perempuan ialah haji"
- ( Riwayat Imam Nasa' dari Abu Hurairah.)

3. Hukuman wajib haji ialah sekali seumur hidup di atas orang-orang yang mampu ke Mekah dari orang yang mukallaf (akil balgh). Adpun haji kedu. ketiga , ketiga dan setrusnya adalah sunat hukumnay.

Dari Abu Hurairah ra ia telah berkata: " Bersabda Rsulullah saw:

" Sesiapa yang pergi berhaji, lalu ia tidak mengerjakan dosa, dan tidak pula berbuat kederhakaan (kafir) kepada tuhan, kembalilah ia seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya"

- ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Haji Mabrur:

Maka sesunggguhnya bencana dalam perjalanan haji , adalah menyamai denga perbelanjan pada sabilu llah Azza wa Jalla: satu d
irham dengan tujuh ratus dirham. Dan itu adala menyamai dengan kesilitan-kesulitan pada jalan jihad. Maka baginya denga tiap-tipa kesengsaraan ynag dideritainya dan kerugian yang menimpanya, memperoleh pahala, Mka tidaklah trsia-sia daripadanay di sisi Allah swt.

Dan dikatakaan pula bahawa sebahagian dari tanda haji mabrur/diterima, ialah meninggalkan segala perbuatan maksiat yang ada padanya, menggantkan teman-temannya yang batil dengan teman-temannya yang soleh dan tempat-tempat permainan dan kelalaian dngan tempat-tempat zikir dan kesedaran.


4. Apabila seseorang itu sudah berazzam (menetapkan niat ) untuk melaksanakan ibadah haji, hendaklah dia mempersiapkan dirinya dengan sebaik-baiknya. Persiapan itu adalah tidak berkata kotor, berbuat fasik dan berbantah-bantahan ketika melaksanakan ibadah haji. Kerana ibadah haji merupukan ibadah yang sangat mulia, Allah mengisyaratkan untuk benar-benar membersihkan dirinya dari sifat-sifat, tingkah laku dan akhlaq yang tercela. Hal ini adalah sarana untuk mendapatkan haji yang mabrur yang sudah di janjikan Allah Swt.

Sebaik-baik bekal untuk melaksanakan ibadah haji adalah Taqwa. Persiapan menjelang ibadah haji adallah dengan meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Melakukan amalan-amalan wajib dan sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Artinya seseorang yang akan melaksanakan ibadah haji sudah tergambar kebersihan dirinya sebelum melaksanakan ibadah haji tersebut.

Berbeza dari yang banyak difahami orang bahwa kebersihan diri didapatkan setelah melaksanakan ibadah haji. Banyak orang beranggapan bahwa setelah haji dia akan lebih taat kepada Allah. Ketahuilah bahwa setiap perbuatan atau ibadah yang kita lakukan, sukses atau tidaknya banyak tergantung kepada persiapan dan perbekalan yang sudah di siapkan. Kerana itu bagi seseorang yang akan melaksanakan ibadah haji hendaklan mengevaluasi diri. Memuhasabah diri sudahkan bekal taqwa tertanam di dalam dirinya?. Sehingga dengan perbekalan taqwa yang kuat kita dapat meraih haji yang mabrur.

Berapa banyak orang yang melaksanakan ibadah haji, tetapi hanya mendapatkan penat dan lelah saja. Berapa banyak orang yang sebelum dan sesudah melaksanakan ibadah haji tidak terlihat pada dirinya pengaruh ibadah haji tersebut. Dan berapa banyak juga kita melihat orang yang melaksanakan ibadah haji hanya untuk mendapatkan gelar di panggil sebagai seorang haji. Dan banyak juga kita melihat banyak orang yang boleh melakukan perubahan-perubahan positif dalam kehidupannya. Hanya Allah yang Maha Tahu siapa di antara hambanya yang akan mendapatkan haji yang mabrur. Hanya Allah yang tahu siapa yang benar-benar boleh meresapi makna ibadah haji.

5. Kemudian kita dianjurkan untuk banyak melakukan amal soleh pada sepuluh hari awal bulan dzulhijjah, sebagaimana sabda rasulullah Saw:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :"ما من أيام العمل الصالح فيها أحب الى الله من هذه الأيام"

Artinya :"Rasulullah Saw bersabda:"tidak ada hari-hari yang amal sholeh dilakukan padanya lebih di cintai oleh Allah selain dari hari-hari ini (yaitu sepuluh hari di bulan dzulhijjah", kerana itu ketika memasuki bulan dzulhijjah ini kita dianjurkan untuk memperbanyak ibadah-ibadah dan senantiasa melakukan amal-amal sholeh.


Kerana Allah akan lebih mencintai orang-orang yang melakukannya pada sepuluh awal bulan dzulhijjah. Semoga bagi kita yang sudah berazzam untuk melaksanakan ibadah haji bisa mempersiapkan bekal taqwa dengan sebaik-baiknya. Sehingga mendapatkan haji yangkita yang tdak mengerj

Bagi kita yang tidak mengerjakan haji di Mekah, di suntakan mengadakaan ibadat Qurban. Menurut mazhab Imam Al-Syafie, hukumnya sunat muakkad iaitu sebagai ibadat tambahan yang selalu dikerjakan oleh Rasulullah pada masa hayatnya. Baginda dilaporkan pernah berkorban dua biri-biri besar bagi diri, keluarga dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu berkorban.

Bagaimanapun kebanyakan ulama berpendapat korban hanya sunat.

Seseorang tidak dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah berkorban seumur hidupnya. Jika tidak berkorban kerana tidak berkemampuan, anggaplah bahawa Nabi berkorban bagi pihak umatnya.

Berpandukan amalan korban yang dilakukan oleh Rasulullah yang menyembelih dua ekor biri-biri bagi pihak diri, keluarga dan umatnya, maka ulama berpendapat memadai jika seorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.

Bagi yang mampu digalakkan memilih ternakan yang terbaik untuk dikorbankan. Rasulullah setiap kali berkorban memilih ternakan yang baik, sihat dan gemuk.

Muslim meriwayatkan daripada Anas mengatakan Rasulullah saw menyembelih korban dengan dua kibas yang terbaik dengan tangannya sendiri dengan membaca Bismillahi Allah dan bertakbir dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibasnya itu.

Ada syarat ditetapkan iaitu ternakan yang hendak dikorbankan mesti cukup umur, sihat dan sempurna sifatnya yakni tidak mengalami kecacatan.

Haiwan ternakan betina pula perlu dipastikan tidak mengandung ketika hendak dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap sah jika selepas disembelih didapati haiwan ternakan itu sedang mengandung.

Mengikut amalan sunnah dalam pembahagian daging korban ialah satu pertiga untuk diri dan keluarga, satu pertiga untuk jiran tetangga manakala satu pertiga untuk golongan fakir dan miskin.

Namun seandainya disedekahkan semuanya kepada orang lain, itu lebih baik dan sempurna. Bagaimanapun, digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarga sebagai tabarruk.

Allah mensyariatkan waktu untuk melakukan ibadat korban ialah selepas solat hari raya pada 10 Zulhijjah. Ia juga boleh dilakukan pada tiga hari selepasnya iaitu hari yang dinamakan sebagai hari tasyrik.


SESUNGGUHNYA DIRIWAYATKAN PADA SUATU HADIS DARI JALAN KELUARGA NABI SAW:

" APABILA DATANG AKHIR ZAMAN MAKA MANUSIA KELUAR MENGERJAKAN HAJI, TERDIRI DARI EMPAT JENIS: PARA SULTANMEREKA UNTUK BEREHAT, ORANG-ORANG KAYA MEREKA UNTUK BERNIAGA, ORANG-ORANG MISKIN MEREKA UNTUK MEMINTA-MNTA DAN PARA AHLI QIRAAT AL-QURAN (QURRA') MEREKA UNTUK DIDENGARR (DIKENAL) ORANG"

- ( Diriwayatkan Al-Khatib dari Anas ,dnegan isnad majhul).


Wallahu A`lam