Friday, October 9, 2009

Sedeqah sebagai perisai api neraka

Jumaat, 9 Oktober 2009/20 Syawal 1430


Rasulullah saw menganjurkan kita untuk memlihara diri dari neraka dengan memberi sedekah, walaupun yang dapat dapat kita berikan itu, hanya sedikit, dan menyatakan bahawa tutur kata yang baik dan dapat menyenangkan hati orang, dapat menjadi sebab terlepas dari neraka. Jadikanlah sedeqah sebagai perisai walaupun sedeqah itu hanya setengah biji kurama atau hanya dengan menuturkan kata-kata yang menyenangkan hati orang.

Lantaran itu kita jangan lah meremehkan sedeqah walaupun dengan bersedeqah dengan sebiji kurma, kerana yang demikain itu memberi faedah jua, dan sedeqah yang sedikit itu menjadi pelindung dari api neraka.



'Adii Hatim ra berkata.

“ Bersabda Nabi saw: “Tak ada seseorang darkamu melainkan allah akan menhadapkan pembicaraa. kepadanya dan kelak Allah akan berkata-kata dengan dia pada hari qiamat. Tak ada antara allah dan antaranya seorang juru bahasa. Kemeudian dia meliahat , maka dia tidak mendang sesuatu pun di mukanya, kemudian dia melihat lagi ke hadapannya, lalu dihadapinya oleh mereka. Barangsiapa di anatra kamu sanggup memlihara diri dari neraka, walaupun dengan sebelah biji kurma , maka hendaklah di lakukannya”.

( Al Bukhari danMusliam aL-lu-u wal Marjan)



Lagi sabda Nabi saw,

“Peliharalah dirimu dari neraka. Kemudian Nabi berpaling dan menjauhkan pandangannya (tiga kali beliau lakukan yang demikian). Sehingga kami menyangka bahawa nabi melihat kepada neraka itu. Kemudian beliau berkata: Peliharalah dirimu dari api neraka wlaupun dengan sebelah biji kurma. Barangsiapa tidak memperolehinya maka hendaklah ia bersedeqah dengan kata yang baik.”

( Al Bukhari danMusliam aL-lu-u wal Marjan)


Apabila kamu telah mengetahui yang demikian maka peliharalah dari neraka, janganlah kamu menganiaya seseorang walau sebesar biji kurma. Atau apabila kamu telah mengetahui bahawa taj ada tynag berguna bagi kamu di akhirat selain dari amal soleh dan kamu mengetahui pula bahawa di hadapanmu terletak neraka, maka jadikanlah sedrqah sebagai perisai, walaupun sedeqah itu hanya setengah biji kurma.

Thursday, October 8, 2009

Bid'ah

Khamis, 8 Oktober 2009/19 Syawal 1430


Mengada-adakan ibadat (bid'ah)


Dari Ummul mukminin (Ibu sekailan orang mukmin) iaitu Umii Abdullah Aisyah ra katanya: rasulullah bersabda:' barangsiapa mengada-adakan dalam urusan (agama) kami ini sesuatu pekerjaan yang tiada daripadanya, maka (yang diada-adakan) itu tertolak. Diriwayatkna Oleh Bukhari dan Muslim:
Barangsiapa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tiada di atasnya urusan kami, maka ia tertolak.

Keterangan:

1.Mengada-adakan , ialah merekakan dan membuat sesuatu yang baharu yang tidak ada contoh dari Nabai saw. Inilah yang dkatakan bid'ah. Semua urusan ibadat dari segi syariatnya telah ditunjukkkan cara keimanan dan cara melaksanakan amal yang berkaitan dengan ibadat.Sesuaau yang selain daripadanya, ialah suatu pekerjaan agama yang tiada dalam agama atau dalilinya dari segi kaedah atau peraturan pengambilan hukum adalah tertolak iaitu tidak di terima di sisi Allah swt.

2.Adapun pekerjaan yang berhubung dengan kehidupan dunia seperti perniagaan, pertanian, perusahaan dan sebagainya maka tidaklah termasuk ke dalam pengertian hadis tersebut. Yang demikian tidaklah dilarang mengadakan sesuatu cara atau peraturan yang baharu yang lebih sesuai dengan zaman selama tidak ada keterangan yang melarangnya oleh sesuatu sebab.

3.Orang yang mengada-adakan sesuatu dalam agama (bid'ah) yang tidak sesuai dengan syarak, maka adalah berdosa dan amalanya dikembalikan kepadanya dan ia mendapat amaran keras, kerana Nabai saw telah bersabda, “ Barangsiapa mengada-adakan sesuatu (bid'ah) atau menolong (memperlinbdunginya) orang yang mengadakannya, maka atasnya kutukan Allah”.

============================================================

Wednesday, October 7, 2009

Asal kejadian manusia.

Rabu, 7 Oktober 2009/18 Syawal 1430H.



Asal kejadian manusia.


Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Terjemhannya, Dari Abu Abdul Rahman Abdullah bin Ma'sud bin Ghafil Al Hazli ra katanya, “ Telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah saw dan ia benar lagi dibenarkan, Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama empat puluh hari air mani, kemudian jadi segumpal darah seperti yang demikian itu, empat puluh hari, kemudian jadi seketul daging seperti yang demkian itu juga, iaitu empat puluh hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan ruh padanya dan diperintahkanya menulis empat kalimah iaitu rezekinya, dan umurnya,dan amalnya dan celanya atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, Sesungguhnya salah seorang kamu megerjakan dengan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainakn sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan dengan amal ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak anataranya nerka melainkansehasta, kemudian tedahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan amal ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.”

Keterangannya:

1.Asal kejadian manusia dari anasir yang sama, iaitu dari air mani, dan keluar ke dunia dari tempat yang sama , dalam kedaan ynag sama-sam tidak mengetahui sesuatu. Berdasarkan kejadianny aynag sama iunikah , mak manusis senuny adalah satu sahaja tarafnya, tidak ada kemuliaan dan kehinaan seseorang, sebagaimana tidak ada sebarang sebab baginya memandang ketinggian dirinya dan kerendahan orang lain.

2.Ini juga menunjukkan kekuasaan Allah dan kebijaksanaanya menciptakan manusia dengan cara beransur-ansur serta ditempatkan pula garis perjalana hidupnya di dunia, supaya manusia sedar akan dirinya, mengetahui halnya, faham hakikat hidupnya, iaitu ia diciptakan, dihidupkan oleh Tuhan serta ditunjukki sebab-sebab penhhidupannya, kesihatannya dan sebagainya. Akhirnya supaya ia mengerti dan percaya Tuhan yang menciptakannya tulah Tuhan yang mematikannya dan membangkitkanya kelak dari kuburnya. Dan kebangkitan ini bagi Tuhan tidaklah sukar. Kerana apakah sukarnya lagi baginya mewujudkan kembali suatu yang telah ada, sedang dahulu semasa belum ada dapat diwujudkan.

3. Bahawa amal sesorang adalah syarat yang menghampirkan kepada balasan yang baik atau jahat, syurga atau neraka sebagaimana yang difahamkan dari hadis tersebut, dan bahawa seseorang tiada seharusnya mempastikan diberinya masuk syurga kerana kebaikannya, dan mempastikan orang lain masuk neraka kerana kejahatannya, atau pun membanggakan dengan amalnya dan merasa sudah cukup taatnya, kerana ia tidak tahu bagaimana khotimah atau kesudahanya kelak, bahagia atau celaka,

4. Apa yang perlu dilakukan ialah mengusagahakan supaya amalan yang baik itu terus-menerus sepanjang hayat (istiqomah) serta memperelokkannya, mengawasi dari perkara yang merosakkan dan supaya selalu memelihara perjalanan hati atau jiwanya dari peubahahna yang mendatangkan akibat yang celaka. Kerana perubahan inilah yang sangat ditakuti sekali dan kerana inilah Rasulullah sendiri membanyakkan doa supaya ditetapkan hati degan sabdanya,

“ Ya muqaali balqulub thabbit qalbi 'ala dii nika”

' Hai Tuhan yang mengubah segala hati. Tetapkan lah hatiku atas agamaku”

Dan pernah dikatakan orang kepada Rasul: “Hai Nabi Allah. Kami beriman kepada mu dan kepada apa yang engkau datangkan. Adakah engkau takuti atas kami? Sabdanya” Ya, kerana segala hati adalah di antara dua jari dan jari-jari Tuhan Rahman 'Azawjal. Yang diubah-ubahkannnya betapa ia kehendaki.”.

Tuesday, October 6, 2009

Alam Barzah /Kubur

Selasa, 6 Oktober 2009/17 Syawal 1430



Kehidupan di alam barzah atau kubur itu memang benar lagi hak. Begitu pula mengenai adanya pertanyaan kubur, azab kubur dan keadaan mayat setelah mati atau dikuburkan. Sebagaimana yang kita ketahui , bahawa manusia itu akan mengalami empat tahap hidup;

1. Tahap Alam Rahim ( kandungan)
2. Alam dunia
3. Alam barzah
4. Alam akhirat

Adapun antara firman dan hadis yang berkenaan adalah seperti:

1. Allah berfirman Al Kauthar:1-2)

Artinya: "Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur"

Dalam ayat di atas Allah memperingatkan kepada kita agar jangan bermegah-megah dalam soal banyak anak, harta, pengikut, kemuliaan dan seumpamanya. Sebab perbuatan seperti itu serinag menjadikan manusia lalai dari tujuan hidupnya dan lupa kepada Allah serta mengabaikan perintah dan larangannya. Tujuan hidup ialah untuk untuk menyembah dan taat kepada jalan Allah dan berbakti kepadaNya.

Lagi sebagaiman Firman Allah dalam Surah Al Baqarah; 21:

"Hai manusia, sembahlah Tuhannmu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebeumnya agar kamu bertaqwa".

Kebisaannya manusia yang bermegah-megahan dalam soal duania , baru menyedari kesalahannya setelah dekat ajalnya, setelah maut datang hendak meraggut jiwa, dan setelah manusia itu dimasukkan ke dalam kubur. Jadi adanya alam kubur benar-benar akan ditempuhi oleh setiap manusia.

Dalam surah Al Hajj: 7, Allah berfirman . "Dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang yang di dalam kubur"

Firman Allah dalam Surah Fatir: 22, " Etinya: Dan tidak (pula) sma orang-orang yang hidup dna orang-orang yang mati, Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang dikehendakkiNya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang di dalam kubur dapat mendengar"

Maksud hadis, "Apabila seorang itu sudah mati, mak diperlihatkan baginya akan tempatnya setiap pagi dan petabng. jika ia termasuk ahli syurga mka ia melihat syurga, dan apabila ia masuk ahli neraka, ak ia pun melihat neraka. Nabi bersabda: Kemudian dikatakan: "Inilah tempatmu yang kamu akan dibangkitkan kepadanya di hari kiamat"
- (HR. Sahih Muslim)

Demikianlah firman-firman Allah serta hadis yang mengemukakan dan memuatkan kata-kata kubur. Maka ini menunjukkan alam kubur itu benar-benar hak dan ada, yang mana setiap manusia yang telah mati akan hidup kembali dan berada pada tahap kehidupan yang ketiga, iaitu hidup di alam kubur /barzah.

Sunday, October 4, 2009

Budi Pekerti Orang Mukmin

Ahad 4 Oktober 2009.15 Syawal 1430

Surah Al Furqan Yang bermaksud: (Rujuk Al Quran, ms 365- 366)

Ayat 63. "Dan hamba-hangba (allah) Ar Rahman, ialh mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-oarang yang berkelakuan kurang adab hadapkan kata-kata kepada mereka , mereka menjawab dengan perkataan ynag selamat dari perkara yang tidak diingini"

Ayat 64. "Dan mereka (yang diridhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada truhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri"

Ayat 65. "Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata; " Wahai Tuhan kami! Sisihkanlah azab neraka jahanam dari kami, sesungguhnya azab siksaNya itu adalah mengerikan".

Ayat 66. " Sesungguhnya neraka jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk"

Ayat 67. D
" Dan juga mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada pula bakhil kedekut; dan sebaliknya perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di anatar kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu".

Ayat 68. " Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah membunuhnya, kecualimdengan jalan yang hak ( ynag dibenarkan noleh syara'), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapati balasan dosa"

Ayat 69. " Akan digandakan baginya azab siksa pada hari Qiamat dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan"

Ayat 70. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, mak orang-orang itu Allah akan menggantikan pada tempat kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah allah Amat pengamoun , lagi Amat mengasihani"

Ayat 71. " Dan sesiapa ynag bertaubat serta beramat soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat dengan Tuhannya dengan sebenar-benar taubat'

Ayat 72. ' Dan mereka (yang diridhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghafhori tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu ynag sia-sia, mereka melaluinya dengan secara membersihkan diri daripadanya".

Ayat 73. " Dan juga mereka (yang diridhai Alah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta".

Ayat 74. "Dan juga mereka (yag didhai Allah itu ialah orang-orang ) yang berdoa dengan berkata "Wahai Tuhan , Berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kamai:erkra-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan dijadikan kami imam bagi orang-orang yang mahu bertaqwa".

Ayat 75: 'Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dna mereka pula akanmenerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"

Ayat 76: 'ereka kekal di dalam surag itu; amatlah eloknya syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal"

Ayat 77. katakanlah (Wahai Muhammad) kepada golongan ynag engkar) " tuhanku tidak akan menghargakan kamu kalau tidak adaanya doa ibadatkamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghrgakan seseorang pun melainkan kerana kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telah pun menyalahi (ketetapan Tuanku itu) ; dengan yanag demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".

Friday, October 2, 2009

Imam-Imam Hadis yag Termasyhur

Jumaat, 2 Oktober 2009/13 Syawal 1430


1. Imam Bukhari ( 194-256H/810-870 M)
2. Imam Muslim (204-261H/ 819-8740M)
3. Imam abu daud ( 202-275H / 817-888M)
4. Imam Termizi ( 209-279H/ 824-893M)
5. Imam Nasai' (215-303H/ 830-915 M)
6. Imam Ibnu Majah ( 207-273 H/ 822-886)

A. IMAM BUKHARI.

1.1. Imaam Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad bbin Ismail al Bukari.

1.2.Beliau mulai belajar sejak umur 11 tahun di Bukhari. Kemudian datang mengerjakan hanji di mekah lalu belajar ilmu hadis dari para ulamak di Mekah, kemudian di Madinah, Iraq dan kota-kota besar seluruh negera islam dalam masa 16 tahun lamanya.Menurut riwayat, beliau pernah belajar kepada 1000 orang guru untuk mendengarkan hadis hingga terkenal seorang Imam yang telah menghafaz berpuluh-puluh ribu hadis dengan cukup sempurna sertya btahan diuju kekuatan ingatannya,

1.3. Sewaktu beliau datang ke baghdad, mak ulamak hadis yang termuka di kota itu telah berusah menguji kekuatan ilmu beliau. Mereka telah kemukakkan kepada beliau sebanyak 100 hadis nyang dicampur adukkan dan dikacau bilaukan sanad dan matan(lafaz) hadis, kemudina diminta beliau menerangkan dan membetulkannya.Oleh beliau segera dinyatakan hadis itu dengn menerangkan sanad bagi tiap-tiap matan menurit yang dihafaznya. Dengan ini barulah mereka tahu kebolehan beliau dan terus mengakui kelebihannya.

1.4. Beliau mempunyai kitab soleh yang tekenal dengan nama "
Soheh Al Bukhari". Dalam kitanb ini idisi dengan hadis-hadis yang soheh belaka.

1.5. Beliau wafat pada tahun 256 H dalam usia 62 tahun dan tiada mneinggalkan anak seorang jua pun.


B. IMAM MUSLIM.

2.1. Imam Muslim ialah: aBU AlHusin Muslim bIbni Al-hajaj Ibni Muslim Al Qisyiri Al Nisa Bauri.

2.2. Beliau berguru kepada imam Bukhari, dan kitabnya yang termasyhur ialah kitab SOHEH MUSLIM yang disusun dalam tempuh 12 tahun.

2.3. Belaiau wafat pada tahun 261 H daalm usia 57 tahun.

C. IMAM ABU DAUD.

3.1. Imam Abu daud ialah; Sulaiman bin Alsyahasth bin Ishak AlSidil Al sajastani.

3.2. Belaiu belajar hadis dari para ulamak Iraq, Khorasan, Syam, Mesir dll.

3.3. karangan belaiu yang masyhur ialah kitab ALSeNAN .Mengenai kiotab ini belaiu berkata."Aku tuliskian hadis i Rasulullah saw sebanyak 500,000 hadis,emudian ku pilih dan ku susun dalam kitab Alsenan in iseb anyak 4,800 hadis yang soheh sahaja atau mendekati yang soheh.

3.4. Beliau trekenal sebagai seorang mujtahid. Dianatar penetapannya ialah tiada dapat diqadhakan solat ynag ditinggalkan dengan sengaja.

3.5. Belaiu wafat di Basrah pada tahun 255 H dalam usia 73 tahun,

D.AM TWRMIZI(209-279H/824-893M)

4.1. Imam Termizi ialah: Abu 'Isa Muhammad bin Isa Al salmi al Termizi (Orang termiz). Beliau seorang Imam Ilmu hadis setelah lama mempelajarinya di khorasan, Iraq danhijaz.

4.2. Karangan beliau yang terkenal ilah JAMI' TERMIZI. beliau pernah berkata,
" Bahawa setelah akau karangkan kitab ini, aku perlihatkan kepada ulamak-ulamak Hijaz , Iraq dan Khorasab". Mereka semua berkata bahawa barangsiapa ada menympan kitab ini, seolah-olah di rumahnay ada Nabi ynag sedang berkata-kata.

4.3. Beliau wafat pada tahun 279h di Taermiz dalam usia 70 tahun.

E.IMAM NASAI' ( 215-303H/830-915M)



5.1. Imam Nasi' ialah: Abu Abdul Rahman ahmad bin Shuib bin Ali An Nasai'.

5.2. Beliau seorang ahli hadis yang utama yang pernah mengembara dari kampungnya di Khorasan ke merata-rata negara Islam dan akhirnya menetap di Mesir. Sebuah karangan b eliau yang terkenal bernama ALSANAN yang dianggap sebagai kitab yang utama dalam lengongan kitab-kitabhadis.

5.3. Belau wafat di Mekah pada tahun 303H dan usia 88 tahun.


E. IMAM IBNU MAJAH (207-273H/822-886M)

6.1. Imam Ibnu Majah ialah: Abu abdullah Mhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah Al Qazwaini.

6.2. Belaiu seorang imam hadis dari penduduk Quzwin, yang telah mengembara ke Basrah, Baghdad, Syam, dan Hijaz untuk mempelajari hadis, kemudian menyusunkitabnya yang terkenal dengan nama SENAN IBNU MAJAH.

6-3. Beliau wafat pada tahun 273H dalam usi 66 tahun.

Thursday, October 1, 2009

Jangan bersifat pemarah

Khamis, 1 Oktober 2009/ 12 Syawal 1430


Maksud hadis ertinya: Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. Ada seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah saw, :" Berilah aku ajaran hai Rasulullah saw! Sahut rasulullah saw: Janganlah engkau pemarah. Kemudian diulang-ulang oleh lelaki itu meminta ajaran kepadanya hingga beberapa kali. Tetapi Rasulullah tetap menyahut : Jangan engkau pemarah."

- ( Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari.)i


Maksud hadis ini Janganlah engkau turutkan pemarah engkau itu, dan bukanlah yang dilarang daripadanya iaitu sifat marah semata-mata, kerana ia suatu sifat yang tak boleh tinggal daripada tiap-tiap manusi.

Bersabda Rasulullah saw: Jauhi dirimu daripada pemarah itu kerana ia bara yang bernyala-nyala di dalam hati anak Adam: Tidakkah melihat kepada salah seorang kamu ketika marahnya, betapa merah kedua mata dan berdiri segala bulu roma uratnya?

Apabila kedatangan marah salah seorang kamu hendaklah ia pergi berbaring dan tidur. Senya telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw, maka lalu katanya, " Hai Rasulullah, berilah akau ilmu pengetahuan supaya dekat aku dariapada syurga dan jauh akau daripada neraka. Sahut Rasulullah, "Janganlah engkau pemarah dan bagi engkaulah syurga".


Sabda Rasulullah saw:" Adalah pemarah itu daripada syaitan sedang ia dijadikan daripada api., yangmana tiada padam ia melaikan dengan air. Maka apabila marah salah seorang daripada kamu hendaklah ia pergi mengambil wudhu'

Sabdanya lagi, " Apabila marah salah seorang kamu sedang berdiri, hendaklah ia pergi duduk dan jika tidak hilang marahnya hendaklah ia pergi berbaring"

Apabila perasaan tidak dikawal dengan sabar, ia akan menjadi ikutan nafsu yang boleh menyebabkan bertindak dengan tidak siuman dan akan boleh menyebabkan meyesal atas tindakan yang telah dilakukan. Oleh itu perasaan marah hendaklah di kawal dengan sifat sabar dan cuba dengan menyejukkan suasana marah seperti berwudhu', duduk ,baring, dan seumpamanya.

Untuk menahan nafsu marah, kita hendaklah berniat kerana Allah semata-mata. Kita melakukannya kerana perkara ini adalah dipandang berat oleh Allah dan kita takut pada anacamannya. Kita menahan perasaan marah bukan atas sebab-sebab keduniaan atau terepengaruh oleh pujukan seseorang tanpa takut akan seksaan Allah.