Tuesday, September 8, 2009

Perkara-perkara Yang Membatalkan Islam

Selasa. 8 September 2009/ 17 Ramadhan 1430.


1. Syirik dalam beribadah kepada Allah swt.

2. Menjadikan suatu benda (makhluk) sebagai perantaraan anatara dia dan Robbnya.

3.Tidak mengkafirkan orang musyrik dan membenarkan mazhab mereka.Ini jelas telah disebut sebagai kekufran.


4. Lebih menguamakan hukum thoghut daripada hukumAllah swt dan petunjuk RasulNya

5. Tidak menyukai bahkan membenci sunnah Rasulullah saw. Ini termasuk kafir secara ijmak.

6. Mengejek atau memperolokkan dinullah (al-Islam), misalnya tentang pahalaNya mah pun ketentuan hukumNya.

7. Mempelajari, terpikat dan mengamalkan ilmu sihir.

8. Membantu dan menolong orang=orang yang musyrik untuk memusuhi orang-orang Islam (kaum muslimin)

9. Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia diperbolehkan tidak mengikuti syariat nabi Muhammad saw.

10. Berpaling dari dinullah atau dari hal-hal yang menjadi syarat utama seorang muslim. Orang seperti ini tidak mahu mempelajari dan melaksanakan ajaran kitabullah dan sunnah RasulNya.

Kesimpulan:

Dalam hal ini tidak ada bezanya, baik terhadap orang-orang yang hanya main-main saja atau yang sengaja dan besungguh-sungguh untuk melakukan perkara-perkara di atas.



Semoga Allah swt melindungin kita semua dari perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaanNya dan kepedihan seksaNya.

Sunday, September 6, 2009

Kelebihan berjemaah solat

Ahad, 6 September 2009/15 Ramadhan 1430

Sabda rasulullah saw'

" Andaikan mereka mengethui kebaikan yang erdapat di kegelapan malam dan subuh, nescaya mereka akanmendatanginya meskinpun harus merangkak"

- (Muttafiq 'alaih)

" Baransiapa yang melakaukan (solat0 Isya' berjemaah maka dia itu telah melakukan solat setengah malam , dan barangsiapa yang melakukan solat Subuh berjemaah maka (sama halnya)dia itu melkukan solat malam penuh"

- ( At Tarmizi)

Dari Abu Hurairah ra Rasulullah saw bersabda yang bererti:

"Seorang yang solat jemaah dua puluh lima kali lebih besar daripada solatdi rumah atau di pasar, jika ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian keluar menuju masjid hanya untukburusan solat, mak tak putus-putusnya malaikat berselawat atasnya sambil mengucapkaj : " Allahuma sollia 'alaihi, Allahhummar hamhu"

-( Muttafaq 'alaihi)

Saturday, September 5, 2009

Peristiwa Nuzul Al Quran

Sabtu, 5 September 2009/14 Ramadhan 1430H

Adalah menjadi kebiasaan umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan perayaan ulan tahun atau sambutan memperingati Nuzul Al-Quran.


Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Peristiwa ini menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Bagaiman Al Quran itu diturunkan?

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

1. Dikatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

2. pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.


Nabi Muhammad s.a.w. mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:


1. Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dala, kalbunya. Mengenai hal ini, Nabi mengatakan: "Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku". ( As-Syura: 51)


2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar mengenai kata-kata itu.


3. Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi s.a.w. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat. Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: " Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa".


4. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. dalam rupanya yang benar-benar asli sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 : "Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha".

Friday, September 4, 2009

Ujian dan kesabaran

Jumaat, 4 September 2209/14 Ramadhan 1430H

Ujian adalah sunatullah dan bentuknya adalah pelbagai. Ujian berlalu bersama orang beriman tanpa di sedari dan tanpa dia duga sebelumnya. Yang harus dilakukan oleh orang yang beriman ialah bersabar dan redha dengan apa yang ditakdirkan Allah swt.

Firman Allah swt,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan, "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
- (Al Ankabut:2-3)

Allah swt berfirman:

"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekuranganharta, jiwa da buah-buahna. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-oarang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Inna lillahi wa inna ilahi raji'un"(SEsungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali). Mereka itulah ynag mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."

-( Al Baqarah: 155-157)

Allah swt menguji para hambanya kerana empat faktor:

1. Ketinggian darjat di dyunia dan di akhirat.
Mereka ini diuji pada permulaan jalan. Jika mereka sabar dan mengharap pahala dari Allah swt , maka Allah meninggikandarjat mereka untukselamanya.

2. Pembinaan dan pendidikan.
Allah hendak mendidik hati dengan ujian dariNya, sehingga dia benar-benar ikhlas dan jujur denganNya.

3. Pernyataan penghmbaan yang sebenar.

Untuk menetukan seorang hamba itu benar-benar yang taat dengan bukti-bukti yang kukuh bukan sekadar pengakuan yang lemah.

4.Pahala dan ganjaran di sisi Allah swt,
Seorang yang sabar dan berharap dengan Allah akan sentiasa diberikan pahala dan mendapat kemenangan di sisi Allah swt.

Sabda Rasulullah saw, "Jagalah Allah, pasti Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kamu mendpatiNya di hadapanmu (dengan pertolongannya), Kenallah Allah dalam kesenangan, pasti Dia akan mengaenalmu dalam kesusahan". Selanjutnya Rasulullah saw bersabda, "Ketahuilah bahawa kemenangan ada bersama kesabaran".

-( At Tirmizi)

Firman Allah swt, "..........sesungguhnya hanya orang ynag bersabarlah yang dcukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-zumar : 10)

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa yang dapat meringankan cubaan dan musiabah ialah beriman dengan takdir. Sesiapa yang belum beriman kepada takdir, maka Allah tidak akan menerima setiap perbuatan,keadilan, tindakan, kalimah dan tiada juga zakatnya dan justeru
dia akan mendapatkan azab ynag sangat pedih.

Thursday, September 3, 2009

Amalan di dalam ramadhan

Khamis 3 September 2009/13 Ramadhan 1430

Diantara amalan-amalan yang dituntut semasa menjalani puasa ramadhan secara ringkas ialah:

1. Berniat puasa pada malam harinya.

2. Makan sahur serta sunat mentakhirkan sahur- hingga ada waktu antara makan
dan solat subuh, sekadar membaca 50 ayata al Quran

3. Meninggalkan kerja,perbuatan seperti perkataan keji, mencela-cela orang yang
sia-sia

4. Menahan diri dari cercaan orang lain

5. Menyegerakan berbuka puasa bila masuk waktu berbuka puasa.

6. Berbuka dengan buah kurma dan manisan.

7. Memperbanyak doa ketika berbuka pt memohonan keampunan dari dosa.

8. Banyakkan sedekah dan memberi makan orang yang berpuasa.


9. Menghidupkan malam ramadhan dengan solat-solat sunat atau qiyamulail.

10. Memperbanyakkan tadarus/membaca Al Quran di rumah atau di masjid. (Sebab
Rasulullah pada setiap malam Ramadhan belajar alQuran dari Jibril a.s. serta
mempebaiki lafaz dan tajwidnya)


11. Memperbanyakkan istighfar, zikirullah dan berdoa untuk mendapat keampunan
Allah swt.

12. Kerjakan Solat terawih

13. Iktikaf di masjid

14. Berusaha mendapatkan ganjaran lailatul Qadar.

15. Memperbanyakkan istighfar pada malam terakhir ramadhan.

16. Mengeluarkan zakat fitrah (bermula terbitnya bulan ramadhan hingga 1 syawal
sebelum solat idilfitri dimulakan)

17. Mandi sebelum mengerjakan solat idilfitri

18. Memakai pakain yang bagus di hari Raya

19. Makan seblum pergi solat hari raya.

20. Mengambil jalan berlainan ketika pergi dan pulang dari masjid/tempat solat.

21. kerjakanlah Puasa 6 bulan syawal.

Wednesday, September 2, 2009

Fadhilat Asma- ul Husna

Rabu, 2 september 2009/12 Syaaban 1430.


Asma-ul Husna adalah merupakan nama-nama Allah yang terkandng dalam al Quran, di mana pada tiap-tiap nama tersebut mengandungi khasiatnya masing-masing.


Dari Abu Hurairah ra ia berkata, rasulullah saw telah bersabda

"Sesungguhnya Allah mempunyaai 99 nama , iaitu seratus kurang satu. brangsiapa menghitungnya (menghafal seluuhnya) masuklah ia ke dalam syurga"

- (H.R. Bukhari)

Tuesday, September 1, 2009

Solat dalam bulan ramadhan

Selasa, 1 September 2009/12 Syaaban 1430



Dari abu Hurairah ra dari Nabi saw sabdanya:

"Barangsiapa berdiri bersembahyang dalam buan ramadhan kerana didorong keimanan dan keinginan memperoleh keredhaan Allah, maka diampunkan untuknya dosa-dosanya yang terdahulu"

( Muttafaq 'alaih)