Thursday, August 20, 2009
Tuesday, August 18, 2009
Monday, August 17, 2009
Solat sebagai Tiang agama
Mengenai sembahyang, Sayidina Umar r.a., berkata - Sebagaimana yang tersebut dalam kitab Al-Muwatta': Sesiapa memelihara sembahyang dan tetap mengerjakannya, bererti ia memelihara agamanya dan sebaliknya sesiapa yang mensia-siakannya maka ia lebih-lebih lagi akan mensia-siakan kewajipan-kewajipan agama yang lain".
Sebenarnya sembahyang itu tiang agama dan semulia-mulia asas Islam yang lima sesudah Dua Kalimah Syahadat.
Kedudukan sembahyang dalam agama menyamai kedudukan kepala pada tubuh badan; oleh itu, sebagaimana seseorang yang tidak berkepala tidak akan hidup, maka demikian juga tidak ada agama bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang.
Dalam kitab At-Tanwir, Sidi Ahmad bin Ata'illah berkata: Sembahyang amatlah besar kemuliaannya dan keadaannya di sisi Allah amatlah berat; dan kerana itulah Allah Taala berfirman, maksudnya; "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar" dan Rasulullah s.a.w. pula ketika ditanyakan tentang amal yang semulia-mulianya, Baginda menjawab, maksudnya: "(Semulia-mulia amal) ialah sembahyang yang dikerjakan pada waktunya".
Baginda juga bersabda maksudnya: "Orang yang mengerjakan sembahyang adalah ia bermunajat (mengadap dan merayu) kepada Tuhannya."
Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sehampir-hampir seseorang hamba itu kepada Tuhannya ialah semasa ia sujud."
Sebagaimana yang dapat disaksikan, bahawa dalam sembahyang terhimpun berbagai-bagai jenis ibadat yang tidak ada pada lainnya. Di antara ibadat-ibadat yang terhimpun dalam sembahyang ialah: Bersuci, berdiam diri, mengadap kiblat, membaca doa iftitah, membaca Al-Qur'an, berdiri rukuk, sujud, bertasbih dalam rukuk dan sujud, berdoa dalam sujud dan lain-lainnya, yang merupakan himpunan ibadat yang berbilang-bilang; kerana zikir sahaja adalah ibadat dan bacaan Al-Qur'an sahaja adalah ibadat; demikian juga halnya Tasbih, doa, rukuk dan sujud; tiap-tiap satunya adalah menjadi ibadat. " Demikian kata Ibnu 'Ata'illah dalam "At-Tanwir."
Perintah-perintah mengenai sembahyang, memeliharanya dan keadaannya menjadi sifat dan syi'ar orang-orang yang beriman, banyak sekali diterangkan di dalam Al-Qur'an al-Karim. Di antaranya firman Allah Taala, maksudnya:
"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembah yang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembah yang kamu) dengan taat dan khusyuk. " (238, Al-Baqarah).
"Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik." (33, Ar-Rum).
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. " (1-2, Al-Mu'minun).
"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) ..." (45, Al-'Ankabut).
"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (103, An-Nisa).
Sembahyang yang lima waktu ini yang dikerjakan sehari semalam, tidak boleh sama sekali bagi seseorang yang mengakui dirinya Islam dan menghitung dirinya dalam barisan umat Islam meninggalkan satu waktu pun, dalam segala keadaan, selagi ia masih sempurna akalnya, sekalipun ia sakit tenat. Kalau ia tak dapat berdiri sembahyang kerana uzur, ia boleh sembahyang duduk; jika tidak dapat, ia boleh sembahyang dengan berbaring - dengan mengiring ke sebelah kanan atau ke kiri atau pun dengan terlentang.
Di dalam Al-Qur'an al-Karim diberi amaran mengenai orang-orang yang mencuaikan sembahyang. Tentang ini Allah Taala berfirman, maksudnya:
"Kemudian mereka (yang taat) digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka, - "Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal salih .." (59-60, Maryam).
Dalam huraiannya, Ibnu Abbas berkata - seperti yang disebutkan oleh al-Syams al-Zahabi dalam kitabnya al-Kabair: Bahawa "Mencuaikan sembahyang" yang tersebut dalam ayat ini bukan maknanya mereka meninggalkan sembahyang sama sekali, tetapi maksudnya mereka mentakhirkan (melengahkan) sembahyang sehingga keluar waktunya.
Hal ini dijelaskan oleh Said bin Al-Musayib, dengan menyatakan bahawa maksudnya: Orang itu tidak sembahyang Zuhur melainkan setelah masuk waktu Asar, (dan seterusnya tentang waktu-waktu yang lain). Maka sesiapa yang mati dalam keadaan yang demikian dan ia tidak bertaubat, maka balasan yang ditetapkan baginya ialah azab seksa di dalam neraka.
Firman Allah lagi, maksudnya: "Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang yang keadaan mereka lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya" (4-5, Al-Ma'uun).
Yakni yang lalai dari mengerjakannya pada waktunya, lalu dijanjikan kepada mereka dengan balasan yang seburuk-buruknya di dalam neraka, kecuali orang yang bersifat demikian segera bertaubat dan menyesal terhadap perbuatannya itu.
Dan firmannya lagi, maksudnya: "Wahai orang-Orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahnya). Dan (ingatlah!) sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi. " (9, Al-Munafiqun).
Menurut sebahagian dan ahli tafsir, "Mengingati Allah" (zikir Allah) di sini ialah "Sembahyang yang lima waktu"; maka sesiapa yang mencuaikannya kerana dilalaikan oleh harta bendanya, anak pinaknya dan segala urusan hidupnya, menjadilah ia dan orang-orang yang rugi serugi-ruginya.
Di dalam hadis-hadis pula ada diterangkan tentang setakat mana beratnya kewajipan sembahyang itu. Di antaranya Baginda bersabda, maksudnya: "Jaminan berbaik-baik di antara kita dengan mereka yang mendakwa dirinya orang Islam ialah mengenakan sembahyang, oleh itu sesiapa yang tidak sembahyang maka sesungguhnya termasuklah ia dalam hukum orang kafir. "
Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Perkara yang menghubungkan seseorang dengan kufur ialah meninggalkan sembahyang. "
Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sesiapa yang cuai sehingga ia terlepas dari mengerjakan sembah yang Asar pada waktunya, maka sesungguhnya telah binasalah amalnya."
Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka sesungguhnya terlepaslah ia dari jaminan Allah menyelamatkannya."
Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sesiapa yang memelihara sembahyang dengan sebaik-baiknya, nescaya sembahyang itu menjadi cahaya baginya dan menjadi bukti serta penyelamat baginya pada hari Qiamat; dan sesiapa yang mencuaikannya, maka semuanya itu tidak akan diperolehinya, dan ia akan dihimpunkan pada hari Qiamat bersama-sama dengan Fir'aun, Qarun, Haman dan Ubai bin Khalaf."
Menurut penjelasan setengah ulama, bahawa sebabnya orang yang tersebut dihimpunkan bersama-sama empat orang (jaguh kekufuran) itu ialah: Kerana yang melalaikannya dan menunaikan sembahyang tidak lain melainkan hartanya, atau kerajaannya (jika Ia seorang pemegang teraju pemerintahan), atau jawatannya sebagai menteri, atau pun perniagaannya. Kalau hartanya yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Qarun; kalau kerajaannya yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Fir'aun; kalau pula jawatannya sebagai menteri yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Haman (menteri Fir'aun); dan kalau pula perniagaannya yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Ubai bin Khalaf (saudagar kaum Musyrik Mekah).
Dalam satu hadis lagi, bahawa Sayidina Umar, r.a., berkata: Seseorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w. lalu bertanya, katanya: "Ya Rasulullah, apakah satu-satunya amal dalam Islam yang lebih diperkenankan oleh Allah Taala?" Baginda menjawab: "Ialah sembahyang yang dikerjakan pada waktunya, dan sesiapa yang meninggalkan sembahyang maka tidak ada agama baginya, kerana sembahyang itu tiang agama. "
Dalam satu hadis yang lain, Baginda bersabda, maksudnya: "Apabila seseorang mengerjakan sembahyang pada awal waktunya, naiklah sembahyang itu ke langit serta ia bercahaya sehingga ia sampai kepada `Arasy lalu ia meminta ampun bagi orang yang mengerjakannya. (Demikianlah hal sembahyang itu) hingga hari Qiamat sambil ia berkata: "Semoga Allah memelihara mu sebagaimana engkau memelihara ku"; dan apabila seseorang mengerjakan sembahyang pada luar waktunya, naiklah sembahyang itu ke langit dengan diselubungi oleh gelap gelita, setelah sampai di langit lalu digulung seperti tergulungnya baju buruk dan dipukulkan ke muka orang yang mengerjakannya sambil sembahyang itu berkata (kepada tuannya): "Semoga Allah mensia-siakan mu sebagaimana engkau mensia-siakan aku"
Dalam satu hadis yang diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. melihat seorang yang tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk (seperti ayam) semasa ia sujud, lalu Baginda bersabda, maksudnya: "Kalau orang itu mati dalam keadaannya yang demikian, nescaya ia mati dengan ketiadaan Islam...."
Dalam satu hadis lagi ada diterangkan, maksudnya: "Seseorang itu tidak akan beroleh pahala dari sembahyangnya melainkan mana-mana yang dikerjakannya dengan penuh kesedaran. Setengah orang yang mengerjakan sembahyang ada kalanya tidak mendapat seperenam dari pahala sembahyangnya dan tidak sepersepuluh." Yakni ia hanya mendapat pahala bagi bahagian sembahyang yang tertentu yang dikerjakannya dengan penuh kesedaran serta khusyuk. Orang yang penuh sedar dan khusyuk di sepanjang-panjang sembahyangnya maka ia beroleh pahala bagi seluruh sembahyangnya itu dan sebaliknya orang yang lalai di sepanjang-panjang sembahyangnya hampalah dia dari mendapat sebarang pahala mengenainya.
Orang mukmin yang menaruh belas kasihan kepada dirinya sendiri dan mencintai agamanya, adalah bertanggungjawab mengambil berat menyuruh dan mengajar ahli rumah dan anak pinaknya supaya mereka tetap memelihara dan mengerjakan sembahyang.
Kewajipan ini ditegaskan oleh Allah Taala di dalam Al-Qur'an al-Karim dengan firmanNya yang bermaksud:
"Dan perintahkanlah keluarga mu mengeriakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya...." (132, Taha).
Dan firmannya lagi; maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala) (6, At-Tahrim).
Nabi s.a.w. sendiri setelah ayat ini turun, sentiasa mengambil berat mengingatkan dan mengawasi keluarganya mengenai sembahyang. Bahkan Baginda dan keluarganya apabila menghadapi apa-apa kesukaran, lazimnya Baginda dan keluarganya mengerjakan sembahyang banyak-banyak.
Cara yang demikian ini juga menjadi amalan Nabi-nabi yang telah lalu - (as.).
Kerana tidak syak lagi, sembahyang itu menjadi sebab yang membawa rahmat, murah rezeki dan menolak bala' bencana.
- Petikan Dari Mastika hadis===============================================================
Al-Imam Hasan Al-Banna.
1. Beliau dilahirkan dalam bulan oktober tahun 1906, di desa Al Mahmudiyyah dekat Iskandariah, Mesir. Kampungnya ini adalah sebuah perkampungan para petani yang masih berpegang kuat kepada amalan-amalan cara hidup tradisi. Hidupnya sejak kecil terpelihara dari noda-noda dan pengaruh luar kerana kehidupan keluarga dan masyarakat tradisional di kampungnya berpegang kuat dengan amalan dan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka. Keluarga Hasan Al-Banna adalah keluaraga Ulama dan dihormati oleh masyarakat setempat.
Ayahnya Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman Al Banna seorang Ulama, Imam, guru dan pengarang yang terkemuka dan juga dipengaruhi oleh cita-cita perjuangan Sheikh Muhammad Abduh yang menjadi salah seorang pelopor gerakan ‘ pembaharuan ‘ di Mesir. Nyatalah disini peribadi, keilmuan dan ketokohan beliau adalah lahir dari peribadi dan ketokohan ayahnya ini. Hasan Al-Banna juga dikatakan seorang yang berwibawa wajahnya, mantap keimannya, tajam dan cerdas daya pemikirannya, petah dalam ucapan, tinggi semangat juangnya dan amat dihormati teraju kepimpinannya. Berkat daya kepimpinan, didikan dan bimbingannya, Ikhwan Al Muslimin telah melahirkan ramai barisan Mujahid-mujahid Da’wah yang gilang-gemilang dalam sejarah kebangkitan Islam di abad ini.
2. Ia menamatkan pendidikannya yang terakhir di Sekolahmenengah Tinggi Darul Ulum pada tahun 1927.
3. Beliaiu hafal al-quran dalam usia 17 tahun, sebelum memasuki Darul Ulum.
4. Ketika masih di bangku sekolah, beliau telah giat bergerak dalam lapangan dakwah, bahkan juga telah mendorong para ulama dan pemimpin-pemimpian tua untuk bergerak. Sejak kecil sudah terdedah dengan pembelajaran. usia lapan tahun telah memulakan pembelajaran di sebuah sekolak rakyat kampungnya. Usia dua belas tahun telah memasuki sekolah rendah dan mula terlibat dalam persatuan anatranya badan Latihan Akhlak. Dari sinilah terserlah sifat-sifat kepimpinan sebagai seorang pemimpin. Beliau juga di pengaruhi oleh pemikiran pertubuhan Sufi yang dikenali sebagai Ihwan Al-Hasafiyyah. Beliau juga terlibat dalam pemberontakan tahun 1919 dan turut menyertai demonstrasi dan menmggubah dan mendeklamasi sajak dengan semangat yang berkobar-kobar.
Tahun 1922 bermula bergiat dalam pertubuhan yang lebih besar seperti Ikhwan Al Hasafiyyah yang bertujuan untuk ,memelihara prinsip-prinsip akhlak Islam dan menentang gerakan da’yah Kristian di bandar Qahirah dan beliau terpengaruh dengan ajaran Al Imam Al Ghazali. Beliau juga aktif dalam melakukan penelahan di luar seperti rajin membaca buku-buku Tasawwuf, sejarah Rasullullah, kisah-kisah perjuangan pahlawan yang mempertahankan tanah air dan agama serta kisah-kisah perjuangan menuju jalan Allah. Oleh kerana pengalamannya ini menyebabkan walaupun beliau bukan seorang ahli falsafah atau seorang pemikir dalam ertikata yang sebenarnya tetapi beliau adalah seorang yang mempunyai kemampuan yang tinggi dan kefahaman Islam yang mendalam.
5. Dalam bulan September 1927, ia dibenar oleh pemerintah Mesir untuk menjadi guru di Ismailiya.Dia berdakwah dan bertabligh di restoran-restoran besar, di cafe-cefe, tempat orang-orang yang jauh agama, tempat berkumpulnya orang-orang yang sering lupa pada Tuhan.Tahun 1923 beliau memasuki sebuah institusi pengajian tinggi pada masa itu. Ketika ini juga beliau telah mula memerhati dan menganalisa keadaan politik negara Mesir. Antaranya dapat melihat dengan jelas pergolakan politik, aliran-aliran yang menentang agama yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk, aliran Non Islamic di Universiti Mesir yang yang beraggapan universiti tersebut tidak akan dapat menegakkan sekularismenya melainkan dengan menentang agama dan memerangi tradisi-tradisi sosial yang berbentuk agama yang keseluruhannya untuk melemahkan pengaruh agama. Dari sinilah beliau menganalisa penyakit-penyakit sosial yang dihadapi dan cara-cara untuk mengatasi. Sehinggakan beliau menjelaskan.” Kami begitu risau hingga sampai kami menangis”.
Hasan Al-Banna juga melibatkan diri dalam Persekutuan Budi Utama Islam yang giat memberi ceramah-ceramah Islam di beberapa masjid, tempat perhimpunan ramai seperti kedai-kedai kopi rakyat di merata pelusuk desa. Disinilah terjalinnya hubungan dengan tokoh-tokoh pemimpin Islam yang terkenal di zaman itu antaranya Muhibuddin Al Khatib, Muhammad Rashid Reda dan Farid Wajdi. Pernah menjadi guru bahasa Arab di sekolah rendah di bandar Isma’iliyyah di wilayah terusan Suez dan berkhidmat di bidang perguruan Islam selama sembilan belas tahun sehinggalah pada tahun 1946.
Sebenarnya di sinilah beliau menyusun kegiatan dakwahnya dengan berkesan dan teratur. Malah beliau menyokong Persekutuan Belia Islam di bawah pimpinan Muhibuddin Al Khatib di tahun 1927 dan menjadi wakil majalah Al Fatah iaitu majalah yang menjadi jurucakap badan-badan dan pertubuhan Islam yang lain dimasa itu. Pendedahan yang lama dan banyak dalam aktiviti da’wah danberorganisasi dan berdakwah serta bergaul dengan orang ramai iaitu tokoh pemimpin dan orang biasa menyebabkan beliau amat dikenali dan pengalamannya digunakan sebaik mungkin dalam melatih pengikutnya hingga beliau berjaya mengasaskan sebuah organisasi yang kukuh dan berperanan penting dalam kebangkitan Islam di Mesir iaitu Ikhwan Al-Muslimin. Anwar Al Sadat ada menyatakan bahawa,
“Dia mempunyai sesuatu yang menghairankan, menguasai gerak hati memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh Mesir.”
Kebolehannya inilah yang tidak dimiliki oleh pemimpin selepasnya dalam Ikhwan Al-Muslimin.
6. Dalam tahun 1928, dari meeka yang disedarkan ia membentuk suatu organisasi (pertubuhan) yang kuat di Ismailiiya,yang kemudian terkenal ke seluruh dunia, iaitu Gerakan IKhwanul Muslimin.
7. Dengan organissi itu ia teleh erjaya membawa umat menyemarakkan Islam, menanamkan kesedaran beragama, kesedaran bertanahair dan bangsa, serta sedra akan harga diri sebagai muslim.
8. Dengna gerakan Ikhwan itu juga ia dan teman-temnannya mendirikan beberapa sekolah, membanguin beberap masjid, gedung-gedung pertemuan dan lain-lain.
9. Pada tahu 1932, dipindahkan ke Cairi. Dengan perpindahan Al Banna maka pusat Gerakan Ikhwaniul Muslimin pun pindah dari Ismailiya ke Cairo. Dalam tempoh yang singkat pertubuhan Ikhwan ini telah tersebar di seluruh Negeri Mesir, denghan amal-amalnya yang besar, dengan kegiatan dakwah dan perjuangannya. Pembangunan sekolah, pembangunan Masjid, pembelaan terhadap anak-anak yatim dan miskin , memperbanyak dan memperluas penyiaran Islam dengan lisan dan tulisan, gerakan Makruf nahi mungkar dan sebagainya.
10. Gerakan ini akhirnya telah meluas tidak saja di Mesir, bahkan hampir ke seluruh Timur Tengah dan simpatisaannya terdapat di seluruh dunia Islam.
11. Dalam perang Arab-Israil 1948, pasukan sukarelewan Ikhwanuli Muslimin termasuk pasukan yang sangat gigih dan kuat dan banyak berjasa.
12. Walaupun dala kalangan rakyat Hasan Al-Banna dan gerakan ikhwannya semakin dicintai dan besar pengaruhnya, tetapi bagi Raja Farouk dna orang-orangnya di zaman itu, ia dikhuuatiri. Kerana Hasan Al-Banna dengan ikhwannya dalam melaksanakan amal makrum nahi mungkar tidak pilih bulu, kebenaran di atas segala. Bagi orang-orang yang jujur ia amat disegani, tetapi bagi orang yang gemar kepada maksiat dan penyelewengan, ia sangat dibenci dan dikhuatiri.
13. Ikhwanul muslmin pun dibungkamkan di waktu itu, tidak dapat bergerak lagi.
14. Beliau kembali ke rahmatullah sebagai syahid ditembak ketika keluar dari Bangunan Ikhwan al Muslimin dan meninggal dunia di hospital beberapa ketika.Dalam peristiwa pembunuhgan atas diri beliau, Raja Farouk ,emnjadi perhatian ynagutama oleh masyarakat, dalam dan luar negeri mesir. Sehingga kejatuhan dari singgahsananyaa,antara lain adalah akibat darah yang mengalir dari tubuh Hasan Al Banna ynag amat dicintai rakyat itu, sehingga wujud mencetus menumbangkan singgahsana Farouk.
Diantara tahun 1948-1954 merupakan tahap terpenting penglibatan ikhwan al-muslimin dalam proses politik di Mesir. Pada akhir tahun 1940-an dan awal 1950-an gerakan ini berjaya muncul sebagai sebuah organisasi yang paling mendapat sambutan rakyat mengatasi pengaruh yang sebelum ini secara tradisi dimonopoli oleh parti Ward terutama semasa Hasan Al-Banna masih hidup.
14. Ketika Farouk digulingkan oleh Jeneral Najib, Pergerakan Ikhwanul Muslim,in pusaka Hasan Al-Banna itu dipersilakannya untuk bergerak dan meneruskan amal-amalnya kembali.
15. Tetapi pada tahun 1954, Jamal Abdul Naser telah milikwidir ikhwaniul Muslimin kembali, seraya memghukum gantung para pemimpinnya, teman sahabat Hasan al Banna, diantarnya Dr Abdul Kadir Audah, Syeikh Muhammad Faraghly dan lain-lain.
16. Pada bulan Jun 1966, tokoh dan pemimpi Ikhwan yang masih tinggal, iaitu Syed Quthub, seorang muffasir dan serjaan besar ahli fikir dan pengarang ternama dihukum gantung pula oleh Jamal Abdul Naser. Kezaliman yang ditimpakan kepada pemimpin-pemimpin itu melukai hati rakyat Mesir, meninggalkan pedih dan perih dalam dada seluruh dinia Islam.
17. Hal ini cukup dimaklumi oleh pemimpin-pemimpin Israil, musuh bangs aArab sendiri. terbukti setelah hampir setahun wafatnya Sayid Quthub di tiang gantungan Jamal Abdul Naser, seolah-polah rakyat masih berkabung mengenangkan pemimpin mereka yang telah hilang, dan perasaan jengkel sedang terpendaa, di hati mereka , etika itulah Israil melancarkan serangan yang dahsyat itu pada tahun 1957.
18. Akhirnya Mesir mengalami kelumpuhan.
Baru dalam perang Oktober 1973 (Ramadhan 1393) di bawah pimpinan Sadat dan bantuan dunia Islam dan negeri-negeri lain, Mesir dapat menghapus malunya.
Hasan al Banna sudah lama pergi, bibit yang ditanamnya tumbuh terus dis eluruh dunia Islam, dengan dakwahnya yang amat sederhana iaitu, ( Mari mengikut jejak langkah Rasulullah dalam seluruh kehidupan).
Sebagai pengasas Ikhwan Al-Mukminin,Ketiadaannya untuk memimpin Ikhwan Al-Mukminin menjadi faktor utama meyebabkan Ikhwan Al-Mukminin gagal merebut kuasa politik Mesir pada tahun 1948-1954. Juga ditahun tersebut berlaku perubahan pentadbiran oleh sekumpulan pegawai tentera yang dikenali sebagai free officer yang bertindak merampas kuasa pimpinan Gamal Abdul Nasser iaitu seorang tokoh yang berjaya menyingkirkan rakan-rakan yang tidak sealiran dengannya dan yang paling penting, berjaya memusnahkan pengaruh Ikhwan Al-Muslimin.
Kematian Hasan Al-Banna meninggalkan kesan yang amat besar terhadap corak dan nasib masa depan gerakan tersebut. Kekosongan pemimpin selepas kematiannya mencetuskan perebutan kuasa di kalangan pucuk pimpinan. Ini sebabkan organisasi ini tidak begitu berkesan mendominasikan politik mesir. Malah Ikhwan Al-Muslimin memainkan peranan kecil dalam Revolusi Julai 1952. Juga Ikhwan Al-Muslimin menghadapi tekanan hebat dari pemerin
PENUBUHAN IKHWAN AL MUSLIMIN
Ditubuhkan pada bulan Mac 1928 di bandar Isma’iliyyah. Pertubuhan ini berkembang pesat. Antara yang ikut serta dalam perjuangannya ini pada peringkat awal adalah adik bungsunya Abdul Rahman Al Banna dan enam sahabatnya yang lain. Pertubuhan ini telah berkembang subur di masa tercetusnya perang dunia yang kedua dan berjaya menjadi salah satu kuasa politik yang bertarung semasa itu dan model sebagai gerakan Islam yamg mampu menghadapi cabaran semasa.
Terdapat tiga strategi dalam mengatur Ikhwan Al Muslimin iaitu peringkat pertama memperkenalkan Ikhwan Al Muslimin dan menyebarkan da’wah asas melalui ceramah-ceramah dan mengadakan kegiatan kebajikan masyarakat. Keduanya membentuk keperibadian anggota-anggota Ikhwan Al Muslimin sebagai persediaan untuk melancarkan jihad. Ketiganya, melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas tetapi penekan sepenuhnya kepada ahli-ahlinya dengan disiplin perjuangan yang tinggi.
Sebagai sebuah gerakan massa, Ikhwan Al-Muslimin menumpukan perhatian kepada bidang ekonomi dan sosial dalam menyebarkan da’wahnya. Dalam bidang ekonomi Ikhwan Al-Muslimin berjaya menubuhkan kilang tekstil, syarikat perniagaan, syarikat pengiklanan. Manakala dalam bidang sosial pula Ikhwan Al-Muslimin menubuhkan sekolah, pusat perkhidmatan, mengadakan kelas petang di seluruh negara. Kesannya Ikhwan Al-Muslimin mendapat sambutan bukan saja di Mesir bahkan ke negara-negara Arab yang lain di Timur Tengah.
Di kemuncak kegemilangannya Ikhwan Al-Muslimin berjaya mewujudkan lebih 2000 cawangan di seluruh Mesir dengan keanggotaan dianggarkan seramai dua juta orang. Juga banyak cawangannya terbentuk di beberapa negara seperti Iran, Syria, afrika Utara dan Pakistan. Dan kebanyakkannya terdiri daripada golongan kelas menengah dan penduduk bandar seperti para intelek, para pekerja dan sedikit sahaja dari kalangan petani dan penduduk desa.
Bagi Hasan Al-Banna perjuangan Islam Ikhwan Al-Muslimin bukanlah Islam yang hanya memberi penekanan kepada persoalan ibadah semata-mata tetapi merangkumi perkara yang berkaitan dengan urusan negara dan ummah. Sehingga beliau menyatakan bahawa, “ sesungguhnya Islam adalah agama, dunia, politik dan negara.”
Seluruh umat dianggap sebagai satu ummah dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain oleh batas-batas geografi. dan masih berpendapat keagungan islam hanya boleh tercapai dengan mengembalikan keagungan bangsa Arab. Untuk itu beliau menekankan perlu wujud perpaduan Arab sebagai pra-syarat bagi mengembalikan keagunganIislam. Beliau tidak yakin Islam boleh dibangunkan oleh bangsa lain selain dari bangsa Arab. Oleh itu Ikhwan Al-Muslimin berperanan penting menggerakkan penentangan rakyat terhadap pendudukan Inggeris di Mesir dan apabila meletus perang palestin,Ikhwan al-muslimin merupakan satu-satunya organisasi yang berjaya menghantar sukarelawan terlatih untuk membantu saudara sesama Islam menentang pengganas-pengganas zionis.
PERGOLAKAN DALAMAN
Hasan Al-Banna juga mengasaskan Pasukan Bersenjata berikutan dari ancaman Zionis di Palestin dan ianya diawasi dan dikawal oleh Hasan Al-Banna. Beberapa Peranan pasukan bersenjata Ikhwan Al-Muslimin seperti terlibat dalam perang Arab-Israel tahun 1948-1949. Kekalahan Arab menyebabkan timbul kebencian kepada pemerintahan beraja dan juga pendudukan Inggeris. Oleh itu pengalaman anggota pasukan bersenjata Ikhwan Al-Muslimin berperanan mencetuskan tindakan bersenjata terutama keatas kepentingan Inggeris, penyokongnya dan kumpulan-kumpulan lain yang menjadi saingannya. Dari sinilah bermulanya ketidakstabilan dalam pegurusan Ikhwan Al-Muslimin dimana niat suci Hasan Al-Banna untuk menjamin kepentingan seluruh umat Islam melalui Pasukan Bersenjata tetapi telah disalah erti oleh pengikut yang menyalahgunakan fungsi pasukan tersebut. Malah Anwar Al-Sadat menyatakan bahawa, “wujudnya pasukan ini tanpa menyaring keanggotaannya merupakan kesilapan yang besar kerana ia membiakkan kuman penyelewengan pada masa akan datang.”
Kesannya pasukan ini penyumbang pencetus suasana politik yang tidak stabil di Mesir terutamanya di sepanjang tahun 1948 - 1949 dan menjejaskan imej Ikhwan Al-Mukminin di mata rakyat sebagai sebuah organisasi da’wah dan mendedahkan organisasi ini kepada tindakbalas yang sangat kejam daripada pihak pemerintah. contohnya banyak kegiatan yang dilakukan adalah di luar pengetahuan dan bukan arahan dari Hasan Al-Banna sehingga wujud keganasan-keganasan politik antaranya pengeboman rumah Abdul Fattah Amr Pasya ( pro British), pengeboman rumah Mustapha Nahhas Pasya, serangan ke atas pejabat kumpulan akhbar Eropah di kaherah dan percubaan bunuh.
Kesannya pada disember 1948 Ikhwan Al-Muslimini semasa Mesir di bawah pimpinan Nikrasyi Pasya telah mengharamkan gerakan ini, penangkapan 32 orang Ikhwan Al-Muslimin bersama-sama dengan sejumlah senjata, bahan letupan, dan dokumen yang ada kaitan dengan keganasan tersebut. Semua cawangan organisasi Ikhwan Al Muslimin dibubarkan dan harta bendanya diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Dalam Negeri.
Ikhwan Al Muslimin juga dituduh sebagai musuh ketat kerajaan yang cukup lengkap dengan persediaan senjata, hospital-hospital, sekolah-sekolah, kilang-kilang dan syarikat perniagaan yang kukuh. Hasan Al-Banna tidak pula ditangkap keran tidak ada bukti kukuh mengaitkannya beliau dengan keganasan tersebut. Pada Hasan Al-Banna senjata tersebut digunakan hanya ubtuk peperangan menentang Zionis di Palestin dan sememangnya telah diketahui oleh pemerintah Mesir. Hasan Al-Banna yang masih bebas berusaha untuk menyelamatkan organisasi ini tetapi tidak dapat menemui jalan-jalan damai dengan Perdana Menteri Al Nukrasi Bassa.
Tindakan pemerintah ini menyebabkan beberapa anggota Ikhwan Al-Muslimin bertindak untuk membunuh perdana menteri nokrasyi Pasya. Pada 28 disember 1948 beliau telah mati ditembak dan pembunuhnya adalah seorang anggota Ikhwan Al-Muslimin, abdul meguib ahmad hasan,pelajar veteriner yang menyamar sebagai anggota polis. Dengan ini tercetus satu hubungan yang tegang antara anggota Ikhwan Al-Muslimin dengan pemerintah. Hasan Al-Banna menentang perbuatan keganasan ahlinya namun gagal juga untuk mengawal kegiatan tersebut.
Pertukaran pemerintah menyebabkan tekanan bertambah keatas Ikhwan Al-Muslimin iaitu ramai anggota gerakan ini ditangkap dan ditahan di khemah-khemah tahanan dan harta benda mereka dirampas. Usaha Hasan Al-Banna untuk menyelamatkan suasana ini gagal walaupun beliau tidak ditangkap tetapi pergerakannya terbatas. Kesannya Hasan Al-Banna telah ditembak mati pada 12 februari 1949 di hadapan ibu pejabat pertubuhan syukbanul muslimin oleh pasukan polis Rahsia Mesir. Kesannya menjejaskan imej gerakan ini dan membahayakan kewujudan masa hadapan Ikhwan Al-Muslimin.
Kematian Hasan Al-Banna juga menyebabkan masalah menentukan siapakah yang layak untuk mengambilalih jawatan musyidul Aam menyebabkan kehancuran kekuatan pengaruh Ikhwan Al-Muslimin dalam politik Mesir juga walaupun Ikhwan Al-Muslimin mempunyai anggota yang ramai berjumlah dua juta orang berbanding free Officers yang hanya lima puluh orang tetapi Ikhwan Al-Mukminin gagal menguasai golongan yang lebih kecil ini. Ini berikutan tiada penyediaan pelapis yang berwibawa kerana kedudukan Hasan Al-Banna tidak pernah dicabar.
Selepas kematian Hasan Al-Banna, Hasan Al-Hudaybi telah dilantik sebagai pengganti Hasan Al-Banna. Beliau dilantik kerana dianggap orang yang paling layak menggantikan Hasan Al-Banna juga hubungannya dengan istana dapat memberi ruang mengendurkan tekanan yang dihadapi oleh Ikhwan Al-Muslimin. Namun perlantikannya tidak dipersetujui seratus peratus oleh semua ahli syura dan ini kemudiannya mencetuskan perpecahan yang ketara dikalangan pucuk pimpinan kerana dianggap Hasan Al-Hudaybi masih baru dalam Ikhwan Al-Muslimin dan bukan dari kalangan pengasas gerakan ini dan personaliti beliau dengan Hasan Al-Banna adalah amat berbeza dimana beliau dari kalangan orang yang berada dan bukan seorang orator seperti Hasan Al-Banna.
PENINDASAN
Konflik antara organisasi ini dengan free officers juga menajdikan organisai ini lemah kemudiannya dimana berlaku pengharaman dan penindasan ke atas gerakan , pemimpin dan pengikut ikhwan al-muslimin hadapi pelbagai tekanan dan ada di kalangan mereka dihukum mati atau menjalani hukuman penjara yang panjang.r260
Pergolakan ini berterusan dan memberi ruang kepada Free Officers mempergunakan kelemahan Ikhwan Al-Muslimin sebagai gerakan memperolehi pengaruh dari rakyat Mesir ketika itu. Sepertimana pengakuan daripada Anwar Al-Sadat menyatakana bahawa,
“Ikhwan Al-Muslimin kawan yang berguna kepada gerakan kami. Kami dapat menggunakan pertubuhan itu sebagai landasan untuk mencapai tujuan kami”.
Antara langkah kerjasama dan persefahaman yang djalinkan ialah pada peringkat awal memenuhi tuntutan Ikhwan Al-Muslimin supaya dibuka kembali kes pembunuhan Hasan Al-Banna, membebaskan anggota-anggota yang dipenjarakan, pembubaran Pasukan Polis Rahsia dan perlantikan Kolonel Rashad Muhanna seorang penyokong Ikhwan Al-Muslimin sebagai salah seorang menteri di kabinet di dalam kerajaan sementara. Malangnya disini selepas kematian Hasan Al-Banna peneraju selepasnya tidak menggunakan kesempatan dengan pengaruh yang luas untuk mendominasikan politik mesir sebaliknya hanya menjadi penyumbang kepada keutuhan Free Officers ini. Kesannya dengan mudah Ikhwan Al-Muslimin disingkirkan dari politik mesir.
Ini bermula dengan perbezaan pendapat mengenai rancangan reformasi tanah iaitu projek pertama revolusi. Ikhwan Al-Muslimin membantah keputusan Free Officer hanya memberi 200 feddan tanah yang boleh dimiliki individu sebaliknya dibolehkan memiliki seluas 500 feddan. Bantahan ini menyababkan Ikhwan Al-Muslimin dianggap sebagai raksioner dan penghalang kepada penerusan revolusi sedangkan maksud sebenar pelaksanaan reformasi ini adalah bertujuan menaikkan imej mereka di kalangan petani yang sebelum ini diekspolitasi oleh tuan-tuan tanah bukan bertujuan kebajikan sebenar untuk rakyat. Inilah yang ditentang oleh Ikhwan Al-Muslimin. Selain itu hubungan juga menjadi renggang dengan hanya menerima seorang daripada tiga pencalonan pemimpin utama gerakan Ikhwan Al-Muslimin ke dalam kabinet yang di ketuai oleh Neguib iaitu hanya hasan al Baquri. Bagi Hasan al-Hudaybi daripada hanya seorang lebih baik tiada langsung yang menyertai kabinet tersebut dan memutuskan menolak pelawaan menyertai kabinet. Tetapi Hasan al-Baguri mengambil keputusan menyertai kabinet dan kesannya beliau dipecat.
Penyingkiran Hasan al-Baguri seoramng pemimpin yang pernah disebut memimpin Ikhwan Al-Muslimin selepas kematian Hasan Al-Banna menyebabkan bertambahnya keretakan perpaduan dalam gerakan ini. Beberapa orang yang terkeluar dari majlis Syura ini kemudiannya bertindak merampas ibupejabat Ikhwan Al-Muslimin bagi memaksa perletakkan jawatan Hasan al-Hudaybi tetapi berjaya dikawal oleh beliau. Namun malangnya keretakan ini bertambah jelas apabila ramai di kalangan pucuk pimpinan dipecat keanggotaannya. Antara yang dipecat ialah Salah Ashmawi, Muhammad Al-ghazali dan Sayyid Sabig yang dianggap reaksi mencemarkan keutuhan gerakan ini kerana ianya menyebabkan perpaduan di kalangan anggota gerakan tersebut menjadi semakin goncang. Free Officers juga berjaya membersihkan pengaruh Ikhwan Al-Muslimin dalam majlis Revolusi tersebut dengan menggugurkan kedudukan Rashad Muhanna daripada menyertai majlis tersebut kerana tindakan lantang beliau bersuara supaya dilaksanakan perlembagaan Islam di Mesir.
Perpecahan yang berlaku menyebabkan memudahkan tindakan tegas Majlis Revolusi menghancur kan Ikhwan Al-Muslimin yang menjadi persaingannya untuk menguasai politik mesir. Oleh itu Kemuncak dari keruncingan hubungan kedua-dua gerakan ini ialah apabila berlaku pergaduhan di universiti Kaherah, di Giza antara pelajar pro Ikhwan Al-Muslimin dengan penyokong perhimpunan Pembebasan. kesannya merupakan alasan kukuh mengharamkan Ikhwan Al-Muslimin dan pemimpindan penyokong Ikhwan Al-Muslimin telah ditangkap iaitu seramai 450 orang anggota Ikhwan Al-Muslimin termasuk anggota majlis syura dan mursidul Aamnya, Hasan al-Hudaybi yang dituduh mengumpulkan tenaga untuk menggulingkan kerajaan., membelot kepada negara, cuba mempengaruhi dan meningkatkan keanggotaannya di dalam pasukan polis dan tentera berdasarkan jumpaan sejumlah senjata serta bahan letupan di rumah Hasan al-Ashmawi yang dianggap sedang merancang satu tindakan bersenjata dan mencetuskan huru-hara. 268r namun sebenarnya senjata tersebut adalah digunakan untuk menentang Iggeris di zon terusan suez.
Tindakan berat dan kejam keatas Ikhwan Al-Muslimin semakin jelas semasa Ikhwan Al-Muslimin menentang perundingan Inggeris-Mesir berhubung dengan masa depan Terusan suez dengan termeterainya perjanjian pada 19 Oktober 1954. Bagi Inggeris walupun mereka terpaksa mengundurkan tenteranya dari terusan suez tetapi peruntukkan yang membolehkan mereka kembali semula ke Mesir jika keadaan memaksa. Manakala disebelah Majlis Revolusi dengan termeterainya perjanjian tersebut dapat menaikkan imej mereka berjaya mengusir inggeris dari Mesir walaupun terpaksa bertolak ansur dalam beberapa perkara. Sebaliknya Ikhwan Al-Muslimin berpendapat tiada tolak-ansur dalam penyelesaian terusan suez kecuali mengistiharkan jihad terhadap pendudukan Inggeris .
Bulan Ogos menyaksikan pergaduhan berlaku antara penyokong Ikhwan Al-Muslimin dengan polis di Rawda. Kemuncak tekanan terhadap Ikhwan Al-Muslimin ialah pada sepanjang september dan Oktober 1954 seperti di Tanta dan Mit Ghamar iaitu kubu kuat Ikhwan Al-Muslimin. Tekanan lain ialah dengan mengistiharkan pelucutan kewarganegaraan enam orang rakyat Mesir yang juga pemimpin Ikhwan Al-Muslimin dan mereka dituduh merosakkan imej negara dan mengancam hubungan Mesir dengan negara jiran arabnya antaranya Said Ramadan, Abdul hakim Abidin dan Saad al-Din.
Kesannya Mahmud Abdul Latiff iaitu seorang anggota pertubuhan Bersenjata Ikhwan Al-Muslimin telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah Nasser semasa berucap untuk merasmikan pemngunduran tentera British daripada Zon Terusan Suez tapi uasahanya gagal untuk mencederakn Nasser. Namun ada menyatakan kemungkinan ini adalah perancangan Nasser bagi memberinya peluang untuk menindas Ikhwan Al-Muslimin.
kesannya pada 27 oktober 1954 seramai lebih kurang 7000 termasuk penyokong dan pemimpin Ikhwan Al-Muslimin ditangkap. Tangkapan ini diberi liputan meluas oleh media yang dikuasai oleh kerajaan dan malangnya propaganda yang tidak benar iaitu Ikhwan Al-Muslimin dicap sebagai musuh rakyat sama seperti Parti Wafd, golongan Diraja dan komunis yang sebelum ini telah ditumpaskan. Tahanan disiksa menyebabkan mereka mengaku bersalah dan akhirnya Tribunal Rakyat yang mengadili anggota dan pemimpin Ikhwan Al-Muslimin telah membuat keputusan pada 4 Disember 1954 menjatuhkan hukuman iaitu tujuh orang dihukum bunuh, tujuh orang dipenjarakan seumur hidup, dua lagi dipenajrakan selama 15 tahun dan dua lagi dibebaskan.
Tindakan kejam Nasser ini meyebabkan ramai pemimpin Ikhwan Al-Muslimin yang tidak ditangkap terpaksa melarikan diri dan mendapat perlindunagn politik di beberapa buah negara-negara arab dan Eropah. Kesannya juga memudarkan dominasi politik Ikhwan Al-Muslimin dan mengambil masa yang panjang untuk memulihkan kedudukan politiknya di Mesir.
FAKTOR LAIN
Kegagalan pendekatan dalam penglibatan politik antaranya memberi kepercayaan dan bekerjasama dengan seseorang yang pernah cuba menghancurkan Ikhwan Al-Mukminin pada suatu ketika jika diselidiki pasti sokongan Neguib kepada gerakan tersebut lebih bersifat untuk menjaga kepentingan peribadinya.
Peranan Inggeris yang bekerjasama dengan Nasser menindas Ikhwan Al-Mukminin dan Inggeris juga menjadi talam dua muka iaitu berbincang bersama dengan Ikhwan Al-Mukminin dalam percubaannya untuk membunuh Nasser tetapi dalam masa yang sama membocorkan rahsia bertujuan untuk menjatuhkan imej Ikhwan Al-Mukminin supaya mereka dapat menduduki Mesir melalui perjanjian yang telah ditandatangani dan tidak mendapat tentangan daripada Ikhwan Al-Mukminin.
Peranan Naser bijak dalam mengendalikan percaturan politiknya di Mesir. Beliau berjaya menyingkirkan kesemua musuh luaran yang boleh menggugat kedudukannya dan yang tidak sealiran dengannya di dalam Majlis revolusi . kesannya beliau muncul sebagai tokoh yang tidak tercabar di dalam arena politik Mesir sehinggalah kematiannya dalam tahun 1971. Yang paling utama dalam merealisasikan cita-citanya hilang sama sekali nilai perikemanusiaan terhadap sesama Islam di Mesir terutama tindakan kejamnya terhadap Ikhwan Al-Mukminin yang sebenarnya banyak berjasa kepada pemerintah dan rakyat dari aspek kebangkitan semula Islam di Mesir.
KESIMPULAN
Faktor ketiadaan Hasan Al-Banna menerajui Ikhwan Al-Muslimin adalah faktor terpenting menyebabkan organisasi ini tidak dapat mendominasikan kuasa politik di Mesir kerana selepas kematiannya didapati tiada satu pemimpin pun yang layak dengan personaliti Hasan Al-Banna dan berlaku perpecahan dan berpuak-puak dalam organisasi tersebut bagi membolehkan tokoh tertentu layak menjadi pengganti Hasan Al-Banna. Sekiranya Hasan Al-Banna masih hidup, berkemungkinan besar masalah mencari pengganti tidak timbul dan dapat menghindari masalah perpecahan dan masalah berpuak-puak tersebut kerana kesemua penyokongnya amat menghormati dan menyanjunginya.
Selain itu ketiadaan beliau meyebabkan tekanan yang amat kejam dan berani oleh pemerintah untuk menghapuskan organisasi ini supaya dapat menghilangkan persaingan dalam politik Mesir. Kesannya melemahkan pengaruh organisasi ini dengan imej yang tidak baik dan kehilangan pemimpin ramai samada dihukum bunuh, dipenjara dan melarikan diri ke negara lain untuk mendapatkan perlindungan. Mustahil dalam keadaan tertekan organisasi ini dapat berkembang. Sudah pasti memerlukan jangka masa yang amat panjang untuk memulihkan imej dan penyokongnya sepertimana kekecewaan Hasan Al-Banna melihat struktur yang dibinanya selama dua puluh tahun telah musnah dalam sekelip mata.
Disini dapatlah dilihat bukan satu bulan atau satu tahun beliau memimpin dan mendidik anggotanya tetapi menjangkau dua puluh tahun. Dengan ini mustahillah Ikhwan Al-Muslimin yang telah lemah pengaruhnya ini dapat dipulihkan dalam dua atau tiga tahun. Apatahlagi dalam mendominasikan kuasa politik yang menghadapi batasan dalam bentuk kekejaman.
Dengan kehilangannya maka kemanusiaan telah kehilangan seorang manusia yang jarang sekali dilahirkan oleh zaman orang yang seperti beliau”.
Sunday, August 16, 2009
Ibadat Puasa
Sumber: Mastika Hadis Jilid 3
IBADAT PUASA
Fasal (*) Fasal Pertama : PUASA BULAN RAMADHAN
Kandungan (*)
Firman Allah Taala:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.
"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (1)
Firman-Nya lagi:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ..
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur`an, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu .. ". (2)
1. Ayat 183, Surah Al-Baqarah.
2. Ayat 185, Surah Al-Baqarah.
Berpuasa pada bulan Ramadhan - sebagaimana yang sedia maklum - ialah "rukun Islam yang keempat". Dalilnya dari al-Qur'an ialah ayat-ayat suci yang diterangkan di atas dan dari hadith pula seperti berikut:
1- عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْإِسْلَامَ بُنِيَ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَصِيَامِ رَمَضَانَ وَحَجِّ الْبَيْتِ. (رواه مسلم)
1- Dari Ibn Umar, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun), iaitu mengucap dua kalimah syahadat (dengan meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji ke Baitullah".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Menurut sejarahnya puasa bulan Ramadhan telah difardhukan atas umat Islam dalam bulan Sya'aban, tahun yang kedua Hijriyah.
1. Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi (1:177).
Ta'rif Puasa dan Kelebihannya
Puasa ertinya menahan diri, dan pada syarak maksudnya menahan diri daripada segala yang membatalkan puasa, mulai dari masa terbit fajar hingga tenggelam matahari disertakan dengan niat.
Membendung Kemahuan Hawa Nafsu
Menurut huraian ulama' rahimahumullah: "Sebahagian besar dari kejadian kacau bilau yang berlaku dalam sebuah masyarakat adalah akibat dari runtunan hawa nafsu yang buas liar dan melampaui batas sehingga ada yang melupai kehormatan diri dan rumah tangga, mencuaikan tugas dan kewajipan, mengkhianati amanah dan berbagai perkara jenayah lagi.
"Oleh itu, kewajipan menyekat hawa nafsu dan menentang runtunan liarnya, serta melatih diri mengingati pengawasan Allah Taala akan segala yang zahir dan yang batin sebagaimana yang terdapat dalam amalan puasa adalah menjadi satu cara hidup yang aman sentosa.
"Dengan yang demikian, nyatalah hikmatnya ibadat puasa itu menjadi salah satu dari asas atau rukun Islam."(1)
1. Muqaddimah Mastika Hadith (hlm. 57).
Kelebihan Puasa Secara Umum
Kelebihan atau fadhilat puasa secara umum - sama ada yang wajib atau yang sunat - diterangkan dalam hadith yang berikut:
2- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ هُوَ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ. (رواه مسلم)
2- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Azza wa Jalla berfirman maksudnya: "Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya, kecuali amalan puasa, (maka) ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya (dengan balasan yang sebaik-baiknya) .."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Oleh kerana amalan puasa (yang wajib dan yang sunat) itu dikerjakan secara tertutup antara seseorang dengan Tuhannya berdasarkan ikhlas semata-mata - berbanding dengan amal-amal bakti yang lain yang dikerjakan secara terbuka, maka amalan puasa yang demikian amatlah besar pahalanya dan hanya Allah jua yang dapat menilai dan memberi balasan yang sepadan dengannya.
1. Al-Ahadith al-Qudsiyah (1:172). Hadith ini ialah "Hadith Qudsi" diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dan lain-lainnya. Ta'rif Hadith Qudsi telah diterangkan dalam "Muqaddimah Mastika Hadith".
Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
3- عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ. (رواه الترمذي)
3- Dari Mu'az bin Jabal r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepadanya: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebajikan?" "Mahu, ya Rasulullah", jawabku. Baginda pun menerangkan, sabdanya: "Puasa itu perisai (dari kejahatan) dan sedekah pula menghapuskan dosa sebagaimana air memadami api ... (1)
(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)
1. Al-Targhib (2:87).
Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
4- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (رواه الإمام أحمد وغيره)
4- Dari Abdullah bin Umar r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Puasa dan Al-Qur'an memohon syafa'at kepada Allah pada hari kiamat - bagi orang-orang yang berbakti (yang selalu berpuasa dan banyak pula membaca Al-Qur'an) .. (1).
(Hadith Hasan - Riwayat Imam Ahmad dan lain-lainnya)
1. Kitab yang sama (2:84).
Selain daripada menjadi sebab yang membawa rahmat di akhirat kelak, puasa juga menjadi sebab yang membawa kebaikan yang berkesan di dunia ini.
Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
5- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صُومُوا تَصِحُّوا وَسَافِرُوا تَسْتَغْنُوا. (رواه الطبراني)
5- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: " .. berpuasalah nescaya kamu menjadi sihat dan mengembaralah nescaya kamu menjadi kaya .. (1)
(Hadith Riwayat Tabrani)
Al-Targhib (2:83), rawi-rawinya diakui benar.
Kelebihan Puasa Ramadhan Secara Khusus
Mengenai puasa Ramadhan secara khusus, diterangkan dalam hadith yang berikut:
6- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري ومسلم)
6- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu".
(1)(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurut huraian Imam Nawawi rahimahullah Amal-amal kebajikan yang menjadi sebab untuk menghapuskan dosa-dosa yang tersebut, maksudnya dosa-dosa kecil Kalau tiada dosa kecil, ia dapat meringankan dosa-dosa besar Kalau tiada dosa-dosa besar, ia dapat meninggikan darjat
orang-orang itu di dalam syurga (2)
__________________________________
1. Minhaj al-Salihin - min Ahadith Khatam al-Anbiya' wa al-Mursalin (181).
2. Tuhfat al-Ahwadzi (6:362).
Saturday, August 15, 2009
Sedekah, bersabar, keburukan minta sedekah,
Hadis Keempat Puluh
40- عَنْ أَبِي كَبْشَةَ الْأَنْمَارِيِّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ثَلَاثٌ أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ قَالَ فَأَمَّا الثَّلَاثُ الَّذِي أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ فَإِنَّهُ مَا نَقَّصَ مَالَ عَبْدٍ صَدَقَةٌ وَلَا ظُلِمَ عَبْدٌ بِمَظْلَمَةٍ فَيَصْبِرُ عَلَيْهَا إِلَّا زَادَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهَا عِزًّا وَلَا يَفْتَحُ عَبْدٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ إِلَّا فَتَحَ اللَّهُ لَهُ بَابَ فَقْرٍ وَأَمَّا الَّذِي أُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ فَإِنَّهُ قَالَ إِنَّمَا الدُّنْيَا لِأَرْبَعَةِ نَفَرٍ عَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مَالًا وَعِلْمًا فَهُوَ يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ وَيَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَيَعْلَمُ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ حَقَّهُ قَالَ فَهَذَا بِأَفْضَلِ الْمَنَازِلِ قَالَ وَعَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عِلْمًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ مَالًا قَالَ فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مَالٌ عَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ قَالَ فَأَجْرُهُمَا سَوَاءٌ قَالَ وَعَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ عِلْمًا فَهُوَ يَخْبِطُ فِي مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَا يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَا يَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَلَا يَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقَّهُ فَهَذَا بِأَخْبَثِ الْمَنَازِلِ قَالَ وَعَبْدٌ لَمْ يَرْزُقْهُ اللَّهُ مَالًا وَلَا عِلْمًا فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مَالٌ لَعَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ
قَالَ هِيَ نِيَّتُهُ فَوِزْرُهُمَا فِيهِ سَوَاءٌ. (الترمذي وغيره)
40 - Dari Abu Kabsyah al-Anmari r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tiga perkara, aku bersumpah menegaskan kebenarannya, iaitu tiadalah berkurang harta seseorang dengan sebab dikeluarkan sedekahnya dan tiadalah seseorang itu dizalimi dengan sesuatu kezaliman yang ia bersabar menanggungnya melainkan Allah menambahkan dia dengan kemuliaan dan tiadalah seseorang memulakan sesuatu cara meminta sedekah melainkan Allah membukakan kepadanya pintu kepapaan dan aku menerangkan kepada kamu satu hadis pengajaran maka hafazlah akan dia (untuk dijadikan iktibar)"; (kemudian Baginda menerangkannya) sabdanya: "Sebenarnya (habuan) dunia (mengenai ilmu agama dan harta) hanyalah terbahagi kepada empat (keadaan) manusia: Pertama - orang yang telah dikurniakan Allah dengan harta dan juga dengan ilmu agama, maka ia menggunakan ilmunya dengan berlaku taat kepada Allah dan menjauhi larangan-Nya dan menggunakan hartanya pada menghubungkan silaturahim kaum kerabatnya, serta ia mengetahui hak Allah pada nikmat-nikmat yang dikurniakan itu; maka orang yang demikian bersifat dengan semulia-mulia keadaan (di sisi Allah). Dan kedua - orang yang telah dikurniakan Allah dengan ilmu agama sahaja dan tidak dikurniakannya dengan harta serta ia berkata dengan niatnya yang benar: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu (yang dermawan) itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan baik kedua-dua orang itu adalah sama. Dan ketiga - orang yang telah dikurniakan Allah harta dan tidak dikurniakannya ilmu pengetahuan agama, maka ia menyalahgunakan hartanya dengan tidak berdasarkan ilmu, - ia tidak memelihara dirinya dengan harta itu dari azab Tuhan dan ia juga tidak menggunakan hartanya itu untuk silaturahim dan tidak pula mengetahui akan hak Allah pada hartanya itu; maka orang yang demikian, bersifat dengan seburuk-buruk keadaan. Dan keempat - orang yang tidak dikurniakan Allah dengan harta dan tidak juga dengan ilmu agama, lalu ia berkata: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan buruk kedua-dua orang itu adalah sama. "
(Tirmizi dan Lain-lainnya).
Hadis yang keempat puluh ini menerangkan tentang:
(1) Beberapa perkara yang baik dan yang buruk.
(2) Kelebihan niat yang suci dan akibat niat yang buruk.
Huraiannya:
Perkara-perkara yang baik dan yang buruk:
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menerangkan tentang tiga perkara, dua di antaranya sungguh baik dilakukan dan yang satu lagi haram dilakukan.
Pertama - Perkara bersedekah.
Kebanyakan manusia merasa berat hendak bersedekah atau menghulurkan derma bakti, kerana pada lahirnya perkara itu mengurangkan harta bendanya.
Oleh itu Baginda menegaskan dalam hadis ini, bahawa harta seseorang tidak akan berkurang sama sekali disebabkan ia bersedekah sedikit sebanyak daripadanya, bahkan dengan apa jalan pun hartanya itu akan bertambah kembang dan beroleh berkat selain daripada pahala yang akan didapatinya
Kedua - Bersabar terhadap sesuatu kezaliman:
Kebanyakan manusia tidak sanggup bersabar terhadap sesuatu kezaliman yang dilakukan kepadanya bahkan ia merasa terhina menanggungnya.
Tentang ini Baginda menegaskan bahawa bersabar dalam menghadap kezaliman tidak sekati-kali akan merendah atau menghina orang yang bersabar itu bahkan tetap akan menambahkan kemuliaannya, kerana ia selain daripada mendapat pahala sabarnya, ia pula dihargai dan dipandang baik; manakala orang yang menganiayakannya dikutuk oleh Allah dan dibenci oleh masyarakat.
Ketiga - Keburukan perbuatan meminta sedekah:
Setengah orang, dengan sebab bawaannya yang keji, lebih suka meminta sedekah daripada berusaha ikhtiar untuk menyara hidupnya atau membanyakkan hartanya.
Mengenai hal ini, Baginda menegaskan bahawa orang yang melakukan perbuatan yang demikian amatlah buruk akibatnya, kerana selain dari beroleh kemurkaan Allah, jiwanya sentiasa papa dan tamak haloba sekalipun banyak harta yang dapat dikumpulkannya.
Sayugia diketahui bahawa:
(a) Meminta sedekah adalah satu perbuatan haram, tidak dihalalkan melainkan kepada salah satu dari tiga orang yang dinyatakan oleh hadis yang disebut oleh Muslim dan lain-lainnya, iaitu:
Pertama - Orang yang sungguh-sungguh tidak berada atau tidak berupaya.
Kedua - Orang yang harta bendanya habis ditimpa bencana.
Ketiga - Orang yang terkena membayar hutang yang ditanggungnya kerana menolak satu-satu kemudaratan atau membaiki satu-satu keburukan yang berlaku ke atas dirinya atau di dalam masyarakatnya.
(b) Keburukan akibat perbuatan yang haram itu telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam beberapa hadis, di antaranya hadis-hadis yang menyatakan bahawa:
(1) Sesiapa yang meminta harta orang kerana hendak membanyakkan hartanya maka ia hanya membanyakkan bara api kepada dirinya; oleh yang demikian terpulanglah kepadanya sama ada hendak mensedikitkan bara itu atau hendak membanyakkannya.
(2) Sesiapa yang meminta sedekah pada hal ia ada mempunyai kadar yang mencukupi untuk keperluan pagi dan petangnya maka ia hanya membanyakkan bara api neraka kepada dirinya.
(3) Sesiapa yang selalu meminta sedekah, maka ia akan dibangkitkan pada hari qiamat kelak dengan keadaan mukanya tidak ada sedikit daging pun.
(c) Meminta sedekah ada kalanya dengan cara berterus terang dan ada kalanya dengan cara tipu helah, umpamanya mendakwa atau berpura-pura bersifat miskin, alim, orang bijak pandai atau sebagainya, maka sesiapa yang diberikan sesuatu kerana dipercayai ada padanya satu-satu sifat yang didakwakannya itu sedang ia pada hakikatnya tidak bersifat demikian, haram ia menerima pemberian itu dan tidak menjadi miliknya kalau ia menerimanya; demikian juga hukumnya sesiapa yang diberikan sesuatu kerana takut atau malu kepadanya - apa yang diterimanya tidak menjadi miliknya dan haram ia memakannya atau menggunakannya.
(d) Bagi mengelakkan keburukan akibat meminta sedekah, maka Nabi Muhammad s.a.w. yang berperasaan belas dan kasih sayang kepada orang-orang yang beriman, menggalakkan umatnya berusaha mencari sara hidup dengan bekerja sendiri sekali pun seseorang itu terpaksa membuat kerja yang berat dan tidak disukai hatinya asalkan tidak dilarang oleh agama.
Dalam kitab-kitab hadis banyak didapati galakan itu, di antaranya hadis-hadis yang maksudnya:
(1) Sesungguhnya pemergian seseorang ke bukit mencari kayu api kemudian ia memikulnya dan menjualnya untuk mendapat keperluan hidupnya, adalah lebih baik dan ia meminta kepada orang, kerana terselamatnya daripada menanggung keberatan budi pemberian orang itu atau keburukan rasa kecewa kalau tidak diberinya.
(2) Sesiapa yang berusaha mencari keperluan hidupnya, keperluan hidup ibu bapanya yang tidak berada dan tidak terdaya bekerja atau keperluan orang tanggungannya supaya terselamat daripada kepapaan dan perbuatan yang tidak halal maka ia berusaha pada jalan yang diredhai Allah dan sesiapa yang berusaha mencari untuk bermegah-megah dengan kekayaan maka ia berusaha pada jalan syaitan yang kena rejam
(3) Sesungguhnya Allah suka dan kasih kepada orang mukmin yang berusaha mencari penghidupan yang halal sama ada dengan jalan bercucuk tanam, berniaga, bertukang dan sebagainya.
(4) Di antara dosa-dosa seseorang, ada dosa yang tidak ada baginya "kaffarah" selain daripada menanggung kedukaan dan kesusahan dalam mencari penghidupan.
(5) Sesiapa yang bermalam dengan keadaan penat lesu kerana mencari penghidupan yang halal, bermalamlah ia dengan keadaan diberikan keampunan
(e) Sesiapa yang diberikan sesuatu pemberian dengan tidak ia memintanya dan tidak pula ia berharap-harap supaya diberikan kepadanya serta ia tidak mengetahui bahawa pemberian itu haram diterimanya, maka digalakkan dia menerima pemberian itu untuk menyara hidupnya dan orang tanggungannya atau untuk memberi pertolongan kepada orang yang memerlukannya.
Niat yang suci dan sebaliknya.
Nikmat pemberian yang sangat-sangat diperlukan dalam alam kehidupan ini ialah nikmat kerohanian (ilmu pengetahuan) dan nikmat kebendaan (harta kekayaan).
Kedua-dua nikmat itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada orang yang mendapatnya melainkan dengan menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah; jika tidak maka buruk padahnya.
Dalam pada itu, orang yang tidak mendapat kedua-dua nikmat itu, tetapi ia mempunyai niat yang benar lagi suci - bahawa kalau ia mendapat nikmat itu ia akan menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah - maka ia juga akan beroleh pahala disebabkan niatnya yang baik itu.
Sebaliknya kalau niatnya buruk maka buruklah pula akibatnya.
Friday, August 14, 2009
Isteri durhaka dan balasannya
Antara sifat perilaku isteri yang derhaka kepada suami dan pembalasan yang akan mereka terima di akhirat kelak sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Rasulullah saw adalah seperti berikut:
1. Isteri yang tidak mensyukuri kebaikan suami.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku meihatnya seperti hari ini kerana ada pandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli Neraka terdiri daripada wanita."
Kemudian Rasulullah saw ditanya, "Mengapa berlaku demikian ya Rasulullah?"
Rasulullah saw menjawab.," Wanita mengingkari suaminya dan menolak ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."
Sabda rasulullah saw yang bermaksud,
"Kebanyakan ahli neraka itu terdiri daripada kaum wanita"
Justeru, menangis mereka dan salah seorang daripadanya bertanya lagi, "Mengapa terjadi demikian adakah kerana mereka berzina atau membnuh anak atau kafir ?"
Nabi menjawab, Tidak, mereka adalah orang yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya. Sesungguhnya tiap-tiap seseorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."
2. Isteri yang menyakiti hati suaminya.
Sabda rasulullah saw ynag bermaksud,;
"Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari kiamat Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta, kemudian diangkat ke belakang tengkuknya".
Abu Bakar As Siddiq mengatakan bahawa aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, maka dia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, dilaknat malaikat dan juga dilaknat oleh sekalian manusia."
- (Al-hadis)
3. Isteri yang bermasam muka dengan suaminya.
Sabda Rasulullah saw ynag bermaksud.
"Mana -mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suaminya, wanita itu di murkai Allah sehingga dia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya."
4. Isteri yang lari dari rumah suami.
Sabda rasulullah saw yang bermaksud:
"Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, maka tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (menimta maaf)".
- ( H.R. Hassan)
5. Isteri yang memaki bau-bauan keluar rumah.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Mana -mana wanita yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki anjabi agar tercium, bau harumnya, maka dia a adalah berzina dan setiap mata yang memandang itu adalah berzina."
- (H.R. Ahmad, Tharbrani dan Hakim)
6 Isteri yang berhias bukan untuk suami,
Sabda Rasulullah saaw yanag bernmaksud:
"Seseorang perempuan yang mengena pakaian dalam berhias (bukan untuk suami adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya."
- ( H.R. Tarmizi)
7. Isteri yang tidak menunaikan hajat suaminya.
Sabda Rasulullah saw bernaksud:
"Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya,lalu marahlah suaminya, nescaya wanita itu berada dalam keadaan laknat malaikat sehingga waktu pagi."
- ( H.R. Bukhari dana Muslim)
8. Isteri yang berpuassa sunat tanpa mendapat izin dari sumainya.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Kebanyakan wanita itu adalah isi Neraka dan menjadi kayu apinya."
Lalu Saidatina Aishah bertanya:
"Mengapa wahai Rasulullah?" . Baginda menjawab:' Kerana perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahaan, kesakitan dan cubaan seperti melahirkan anak, mendidik anak-anak, melayan suami serta melakukan kerja-ketrja rumah. Tiada memuji (bersyukyur dan berterima kasih) di atas segala kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. Sering mengkufuri (ingkar) terhadap nikmat Allah, gemar bercakap perkara-perkara yang sia-sia dan berdoasa. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam beragama iaitu mereka sering tertipu atau terpegaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam persekitaran serta kemewahan-kemewahan lahiriah."
Sabda rasulullah saw ynag bermaksud:
"Tidak boleh seseorang isteri mengerjakan puasa (sunat) sedangkan suaminya berada di luar rumah dengan mendapat izin daripadanya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki yang tidak disukai suaminya ke rumahnya."
- ( H.R. Bukhari dan Muslim)
Wednesday, August 12, 2009
Syurga untuk siapa?
Syurga itu adalah alam nikmat yang disediakan untuk membalas amalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, iaitu orang-oarang yang mentaati Allah swt dan meningggalkkan segala laranganNya.Syurga ialah suatu alam yang abadi yang diliputi dengan segala macam kenikmatan dan kesenangan yang tidak terimpikan oleh akal fikiran manusia. Suatu alam yang terdapat di dalamnya sesuatu yang tidak pernah dilihat mata dan yang tidak pernah didengar telinga dan sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam hati seseorang manusia. Bahkan terdapat di dalamnya apa saja yang dirindukan atau diinginkan oleh setiap manusia. Di dalamnya manusia tinggal kekal tanpa kesudahan.
Di dalam al Quran ada digambarkan kenikkanmatan dan kesenanagn syurga itu dalam beberpa ayat seperti:
1. " Misal daripada syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa, di situ ada sungai-sungainya, ada yang dari air tanpa ada perubahan rasanya, ada yang mengalir susu dan tidak pula berganti-ganti rasanya, ada yang mengalir arak, nyaman dan bermanafaat bagi para peminumnya. Juga ada sungai-sungai yang memperoleh madu yang bersih. Para ahli syurga itu juga memperoleh buah-buah dan pula pengampunan dari Tuhan mereka".
Syurga itu adalah anugerah kepada sesiapa antara hamba-hambaNya yang mukmin, muttaqin, salihin, syuhadah dan orang-orang yang bersih suci dariapada mensyirikkan Allah swt dengan sesuatu.muknmin itu adalah orang yang bertaqwa menmgabdikan dirinya kepada Allah swt dengan melaksanakan perintah-perintah Allah dengan ikhlas dan tidak riya' dalam mengerjakan sesuatu kebaikan di dunia, bahkan melakukannya kerana Allah semata-mata.
Allah berjanji ahli syurga yang terdiri daripada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa balasan a yang akan mereka kecapi di akhirat ialah kenikmatan dan kesenangan yang tidak dapat dibadingkan dengan kenikmatan yang ada di dunia ini. Mereka akan beroleh keampunan dan balasan kebaikan iaitu di masukkan ke dalam syurga yang penuh dengan segala kenikmatana dan kesenangan.
Firman Allah swt dalam ayat Al-Maidah: 9.
"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa mereka akan mendapat keampunan dan ganjaran yang besar."
Firman Allah swt surah Al-Imran ayat 15-16.
"Katakanlah: "Ingin aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu? Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah) pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai , mereka kekal di dalamnya dan mereka dikurniakan isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya, iaitu orang-orang yang berdoa; "Wahai, Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman dan peliharalah kami dari seksaan api neraka."
Firman Allah swt dalam Surah An Nisa: 57.
"Dan orang -orang yang beriman dan mengerjakan amal yang baik-baik itu, Kami akan masukkan ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai , kekal mereka di dalamnya; mereka mempunyai isteri-isteri yang suci dan Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh lagi nyaman."
Firmaan allah juga,
"Sesungguhnya akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke syurga yang mengalir pedanya sungai-sungai kerana sesungguhnya Allah itu berbuat apa yang Dia kehendaki".
- ( A-Haj: 14)
Oleh yang demikian bulatkanlah dalam hati dan fikiran kita untuk menjadi penghuni syurga dengan melakukan sebanyak-banyak amal soleh di dunia ini dengan penuh ikhlas, semoga Allah swt meredhai segala amalan kita dengan diberikan ganjaran pahala iaitu syurga yang kita idam-idamkan.
Sebaliknya neraka itui dipenuhi dengan berbagai rupa azab dan siksaan yang tidak terfikir oleh fkiran manusia, untuk disediakan bagi hamba-hambanya yang kafir, musyrik dan munafik dan tidak beriman kepada Allah semasa hidup di dunia.
------------------------------------------------------------------------------------------------