Ahad 26 Julai 2009/4 Syaaban 1430 H.
Puasa itu adalah ibadat yang tersembunyi di dalam jiwa, yang dilakukan guna menahan hawa nafsu dari segala keinginan. Sedang pekerjaan menahan itu tak diketahui seorang pun selain dari Allah swt.
Di antara kelebihan ibadat puasa itu ialah:
1. Orang-orang yang berpuasa di bulan ramadhan itu secara iman dan hanya kerana menjalankan perintah Allah semata-mata, maka diampuni Tuhan dosanya yang sudah-sudah.
Maksud hadis, "Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, beliau bersabda: " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan dengan perhitungan (dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhan Allah) diampuni Tuhan segala dosanya yang tedahulu".
2. Pada bulan Ramadhan itulah mula-mula turun Al- Quran. FirmanNya,
" Adapun bulan Ramadhan itu padanya diturunkan Al-Quran, akan jadi petunjuk bagi manusia dan jadi kenyataan dari petunjuk serta memperbezakan antara yang hak dan yang batil".
- (Surah Al Baqarah: 185)
3. Dalam bulan Ramadhan itu terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah pintu-pintu neraka, bahkan syaitan dan iblis dibelenggu ketika itu.
" Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Bila telah datang bulan ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah pintu-pintu neraka dan terbelenggulah syaitan-syaitan".
- (Diriwayatkan Bukhari dan Muslim)
4. Puasa bulan Ramadhan itu diistimewakan oleh Tuhan, untuk Tuhan sendiri dan dia sendiri pula yang akan menentukan ganjarannya.
" Dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Tiap-tiap amalan anak adam dipergandakan pahalanya antara sepeuluh sampai 700 kali, Allah 'Azza Wajalla telah berfirman:
" Kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu dan Akulah yang akan membalasnya, ditinggalkannya keinginan hawa nafsunya dan makannya kerana Aku semata-mata."
5. Bahawa di dalam bulan ramadhan itu terdapat malam qadar,iaitu malam yang tak ada bandingnya.
6. Bahawa orang-orang yang berpuasa dalam bulan itu sudah disediakan Tuhan tempatnya di dalam syurga, suatu tempat yang istimewa pintunya bernama 'Rayyan' yang tak dapat masuk ke dalam tempat itu kecuali orang yang berpuasa.
Sunday, July 26, 2009
Saturday, July 25, 2009
Iman- cara memeliharanya.
Sabtu, 25 Julai, 2009/ 3 Syaaban 1430
Iman melalui proses trun naik mengikut masa dan keadan sesorang itu. Bagi mempastikan Ima itu sentiasa dalam keadaan yang stabil atau dalam keadaan beriman sepenuhnya setiap masa, kita pelu menjaga dan mempertahankan iman dari kerosakan atau runtuhnya iman.Bagi tujuan meningkatkan Iman ,ita terhadap Allah swt, Imam Ghazali memberikan beberap kaedah seperti berikut:
1. Yaqin
2. IKhlas.
3. Mengerjakan amalan sunat
4. isiqamah
5. Bertatsusila atau tertib.
Hurain.
1. Yaqin: Iaitu meyakini bahawa ke enam-enam rukun iman , tanpa sedikitpun ada syak. zan dan waham.
2. Ikhlas: Ikhlas ialah melakukan sesuatu dengan niat yang bersih dari pengaruh selain dari kerana Allh semata-mata. Oleh kerana ikhlas ini berhubung rapat denag pengetahuan Allah, hanya Allah sahaja yang mengethua sama ada sesorang itu ikhlas atau tidak.
Dalam stau hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud,
"Ikhlas adalah satu rahasia dalam rahasia-rahasiaKu. Aku titiskan ia dalam hatihamba-hambaku yang Aku kehendaki".
3. Mengerjakan amalan sunat: ASmalan sunat dapt meningkatkan iman setelahmelakukan amalan yang wajib. Melaui amalan sunat akan menambahkan lagi ganjaran pahala dan meninggikan pangkata dan darjat di syurga. Dengan amalan sunat juga dapat menjauhkan melakukan perkara-perkara ynag maksiat.
4. Istiqamah beramal: Amalan yang berterusn atau istiqamah akan dapat menetapkan iman dan dapat mendirikan benteng iman dari gangguan nafsu dan syaitan.
Sahabat bertnya kepada Rasulullah saw, "Apakah amalan yang paling disukai Allah?'
Sabda rasulullah saw, "Sebaik-baik amalan ialah amalan yang kekal (bererusan) walaupun sedikit".
5. Bertatasula atau terttib: Ia-itu beradab sopan sebagaiman di terangkan oleh Al Quran dan Rasulullah. Tanpa melakukan ibabat secvara tertib secara zahir dan batinnya, tak mungkin seseorang dapat melaksana kan dengan khusyuk atau sempurna.
difardhukan.
Semoga dengan mempunyai kaedah yang dihuraikan di atas tadi seseorang itu dapat melakukan kewajipan terhadap Allah swt, dengan bersungguh-sungguh dan penuh sabar dan dapat meninggalkan perakara yang dipengaruhi nafsu dan gejala-gejala kemaksiatan.

Friday, July 24, 2009
Tanggungjawab anak terhadap ibubapa
Jumaat, 24 Julai 2009/ 2 Syaban 1430
Berbuat baik kepada kedua ibubapa merupakan ibadat yang wajib dan kedua besarnya atau mulianya selain dari menyembah Allah swt. dari segi ajaran agama islam yang merupakan perintah secara langsung dari Allah swt. . Memuliakan kedua ibubapa adalah satu amal yang paling tinggi darjatnya setelah mentahuidkan Allah swt dan menjauhi daripada menyegutukanNya . Jika kita melanggar kewajipan berbuat baik terhadap keduanya, maka kita telah melakukan dosa kerana perintah Allah swt.
Firman Allah swt dalam, Surah Al Isra': 23-24
Maksudnya,: "Tuhanmu telah memerintahkan kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduannya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan (ah) dan janganlah kamu mmbentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecii."
Hadis Riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:
Seorang leleki telah datang kepada Rasulullah saw Dia berkata; "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling baikaku dampingi?"
Rasulullah saw menjawab: "Ibu mu. Dia berkata lagi; "selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab: "Ibu kamu." Dia masih bertanya lagi: "Siapa?" Rasulullah saw menjawab lagi: "Ibu kamu." orang lelaki itu bertanya lagi, "Selepasa itu siapa?" Rasulullah saw menjawab Bapa kamu".
Mengapa perlunya supaya lebih menyangi ibu kita daripada bapa?. Sebabnya ialah kerana besarnya jasa serta pengorbanan seorang ibu itu terhadap anaknya. Ibulah yang mengandungkan bayi, melahirkan, menyusu, mengasuh, membesarkan hingga mendidik dan dicukupi segala keperluan kita dengan secara ikhlas. Betapa besarnya jasa yang dapat kita berikan kepada ibu kita, namun belum tentu kita dapat menyamai jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh seorang ibu.!
Dalam satu maksud hadis yang lain, ' Kerana ibumu memelihara kamu dan ia suka kamu panjang umur, sedang kamu memelihara dia tetapi kamu inginkan dia segera mati".
Pengajarannya:
1. Anak-anak hendaklah menghormati kedua ibu bapa, sejajar dengan pengorbanan yang diberikan oleh kedua ibupapa mereka semasa mereka kecil lagi.Kita juga diperintahkan supaya taat kepada perintah Allah dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.
2. Anak-anak adalah diwajibkan mentaati arahan kedua ibubapanya aslakan arahan itu tidak bertentangan dengan hukum-hukum syarak.
3. Al -Quran dan sunnah memerintahkan mereka supaya berlaku baik ketika berhadapan dan berhubung dengan mereka seperti tidak bercakap kasar atau menggunakan perkataan seperti "Ah", apabila berbicara dengan mereka.
4. Nabi saw juga mengajar kita supaya anak mengasihi ibu lebih dari bapa kerana pengorbanan seorang ibu yang megandung serta melahir dan mengasuh anak lebih darpada bapa sehingga menjadi dewasa.
5. Setelah ibubapa lanjut umur atau sudah peringkat tua, anak-anak hendaklah juga melindungi mereka mebngikut keperluan dari segi perhatian terhadap mereka terutama sekirnya mereka keurang berada, uzur dan seumpamanya. Hubungkan silaturrahim dengan mereka dan tunjukkan yang kita terhutang budi kepada mereka dan mengamalkan amalan masyarakat penyayang.
6. Pada setiap masa kita hendaklabh mendoakan mereka sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia khususnya selepaw solah dengan doa. ( Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya sebagaimana mereka kedua telah mendidik aku waktu lecil)
7. Jauhkan diri kita bersikap kurang sopan, berkelakuan yang menyinggung perasaan dan berlaku durhaka terhadap mereka, kerana seseorang anak yang durhaka itu tidak akan mencium bau syurga.
Menghormat kedua ibubapa sesuai engan jasa serta pengorbanan mereka melahir dan mendidikn kita sehingga kapat menikmati hidup di dunia walaupun sementara dan kemudian nya akan dapat hidup semula di akhirat dengan balasan syurga jika kita mentaati perintah-perintah yang disyariatkan kepada kita. Sifat kasih sayanga terhadap kita merupakan sifat semula jadi yang ditanamkan oleh Allah swt di dalam jiwa mereka. Di atas pengorbanan ynag besar mereka lakuikan, maka sebab itulah kita diwajibkan supaya berbuat baik terhadap mereka.
Berbuat baik terhadap kedua ibubapa meliputi bidang yang luas. Secara umumnya ialah anak-anak perlu menunaikan apa yang dianggap baik terhadap mereka berdua berpandukan ajaran Islam. Rasulullah saw pernah besabda":
1. " Berbakti kepada kedua ibubapa lebih utama dri solat, sedekah, puasa, haji dan jihad di jalan Allah".
2. "Apabila seorang lelaki memandang wajah ibu bapanya dengan penuh hormat serta kasih dan mesra, mak Allah menuliskan baginya dari sebab memandang itu pahala sebesar ibadat Haji yang makbul dan diterima Allah".
3. "Keredhaan Allah di dalam keredhaan orang tua dan kebencian Allah di dalam kebencian orang tua"
(Hadis ini memberi maksud supaya kita sentiasa berusaha menyukakan hati kedua ibubapa kita dan menjauhkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kemarahan atau berkecil hati disebabkan perbuatan yang dilakukan terhadapnya. Kerana seperti hadis Nabi di atas, terang sekali bahawa Allah swt sentiasa gembira dan murka di samping kegembiraan dan kemarahan orang tua kita.)
Menurut ajaran agama kita antara ibu dan bapa, pihak ibulah yang patut kita utamakan lebih dari pahak bapa. Sabda Rasulullah saw.
5. "Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu"
6. "Orang yang palin tinggi haknya kepada anak ialah ibu"
7. " Jika ibu dan bapamu memanggil kamu datanglah lebih dahulu kepada ibumu".
Begitulah besar dan mulianya kita taat dan berbuat baik kepada kedua ibubapa kita dengan mendatangkan pahala yang besar dan bahkan kita juga mendapat pelbagai ganjaran anatra lain:
1.Memuliakan kedua ibubapa adalah satu amalan yang amat disukai Allah swt, yanag menyamai pahala jihad di jalan allah.
2. Memuliakan kedua ibubapa menjadi jamina dan syarat bagi kita memasuki syurga.
3. Memuliakan kedu ibu bapa menyamai pahala haji dan umrah.
4. memulikan kedua ibubapa menghasilkan keredhaan llah swt.
5. memulikana kedua ibubapa menambahkan umur yanh berkat dan memberkatkan harta dan rezeki.
6. Memuliakan kedua ibubapa akan menyebabkan kita peroleh anak-anak yang soleh dan tahu berbakti kepada kita..
Sabda Rasulullah saw.
"Berbaktilah kepada kedua ibubapamu supaya berbakti kepadamu kelak anak-anakmu"

Tuesday, July 21, 2009
Kelebihan solat
Selasa, 21 Julai 2009/28 Rejab 1430
Beberapa hadis seperti ynag dimaksudkan di bawah ini mengenai lelebihan atau fadhilat solat.Solat sebagai anugerah Allah yang paling besar, malah ia hanya disedari oleh mereka ynag telah mengecap nikmatnya. Maka itulah sebabnya Rsululah saw menyebutkan sebagai "penyejuk mataku" dan beliau menghabiskan sebahagaian besar dari malam harinya berdiri mengadap Allah swt.
1. Solat adalah julung-julng perintah yang diperntahkan oleh Allah swt dan solatlah pula julung-julung perkara yang akan disoal pada hari hisab.
2. Takutilah Allah dalam perkara solat! Takutulah Allah swt dalam perkara solat! Takutilah Allah dalam perkara solat,
3.Solat adalah satu-satunya yang membezakan abtara iman dengan syirik.
4. Solat adalah tanda islam. Seorang yang b ersolat dengan iklas dan khusuk apabila masuk waktunya dan nenberati segala rukun-rukunnya. termasuk rukun-rukun yang mustahabah pastilah ia seorang mukmin.
5. Dari segala sesuatu yang telah diperitahkan oleh Allah swt, iman dan solat adalah yang amat ternilai. Andai kata ada apa-apa ynag lebih baik dari solat, maka Allah swt akan perintahkannya untuk para malaikatnya yang setengah-setengahnya sentiasa dalam rukuh dan yang lainnya pula dalam sujud.
6. Solat adalah tiang agama islam.
7. Solat menghinakan syaitan.
8. Solat adalah Nur bagi orang mukmin.
9. Solat adah jihad yang terbaik sekali.
10. Allah swt bermurah hati terhadap seseorang selagi dia solat.
11. Apabila sesuatu bencana turun dari atas langit orang-orang yang selalu pergi ke masjid bertebaran dan terselamat.
12. Kalau setengah dari dosa-dosa besar orang muslim itu mencampakkannya ke dalam neraka jahannam, maka api neraka itu tidak membakar baginya badannya yang telah menempuhi bumi semasa dia sujud di dalam solatnya.
13. Ap neraka telah diharamkan ke atas bagian-bagainnya badan orang yang telah menempuhi tanah dengan perasaan hina.
14. Dari segala amalan, solat ynagdikerjakan pada waktu-waktu ynag telah ditetapkan adalah yanag amat dicintai olah Allah swt.
15. Allah swt paling suka perawakan seseorang apabila dia dalam sujud, dahinya kena pada tanah dengan perasaan hina.
16. Seseorang dalam keadaan sujud adalah paling dekat kepada Allah swt.
17. Solat adalah anak kunci syurga.
18. Apabila seseorang berdiri dalam solat, pintu-pintu syurga dibuka dan segala tabir antara dia dengan Allah swt disingkap (asalkan dia tidak merosakkan solatnya itu dengan melakukan sesuatu yang makruh).
19. Seseorang yang bersoat adalah ibaratnya dia mengetuk pintu rumah Allah swt dan pintu itu adalah sentiasa terbuka untuk orang yang mengetuknbya.
20. Tempatnya solat di dalam islam adalah seumpama kepala pada badan.
21. Solat itu adalah Nur hati. Sesiapa yang mahu biarlah dia suluh hatinya (dengan bersolat)
22. Jika seseorang mahu dosa-dosanya diampuni oleh Allah swt , maka hendaklah dia mengambl wudhu'dengan sempuran. Solat dengan khyusu' dua atau empat rakaatsolat fardhu atau nafal dan kemudian berdoa ke hadrat Allah swt, maka Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya.
23. Mana-mana bumi yang di atasnya Allah swt diingati dalam solat, merasa bangga dari bumi-bumi lainnya.
24. Allah swt menerima doa' seseorang yang berdoa kepadanya setelah bersolat dua rakaat. Allah swt menggabuli apa yang dipohonkannya kadang-kadang dengan segera dankadnag-kadang terlambat sedikit (untuk kepentingannya).
25. Seseorang yang bersolat dua rakaat bersendirian dengan tidak sesiapa pun kecuali Allah swt dan malaikatnya sahaja yang melihat dia, api neraka tidak akan menyentuhinya.

Monday, July 20, 2009
Aurat Wanita
Isnin, 20 Julai 2009/27 Rejab 1430
Aurat wanita .
Adalah sangat nyata golongan wanita yang tidak mengamalkan menutup aurat seperti tidak bertudung atau berpakaian menutup badan selain dari muka dan tapak tangan, tidak dididik atau diasuh secara didikan Islam yang sangat bertentangan dan melanggar perintah Allah swt. Memang agak sukar untuk menasihati mereka ynag sudah biasa sepertimeamkai gaun pendek, seluar jean, baju T berlengan pendek, bertudung tapi menmpakkan rambut dan seumpamanya,dan yang mendedahkan tubuh badan kepada awam.
Walau bagaimana pun sekiranya mereka telah diberitahu dengan larangan mendedahkan aurat ini semasa kecil atau di masa persekolahan mereka, mereka sepatutnynya mematuhi larangan Allah yang menyebabkan dosa di sisi Allah swt. Di mana ynag terdapat dan mungkin dapat diberikan kesedaran, sama-sama lah kita inegat memperingati tentang laranag ini sebagaimana yang di terangkan dalam al Quran.
Hukum aurat perempuan secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut keadaan dan situasi yang tertentu.
Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya tanpa banyak soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh.
Kiranya ada di antara mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat mereka!!!!!!. Sebagai melaksanakan kewajiban untuk menyebarkan yang HAQ ini, berikut ini beberapa Nas yang berkaitan dengan kewajipan menutup aurat bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya.
1. Nas Pertama
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}
2. Nas Kedua
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]
3. Nas Ketiga {Dari Kitab-kitab karangan Ulama Muktabar]
1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat.
Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur (24).
Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.
Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah muka dan dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab RA kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah supaya tidak membenarkan wanita Islam mandi
bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.

Sunday, July 19, 2009
Diperlihat Syurga atau Neraka ketika sakaratul maut
Ahad, 19 Julai 2009/26 Rejab 1430
Waktu manusia dalam sakaratul maut, Allah memperlihatkan keredhaanNya atau kemurkaanNya, yang berupa syurga atau neraka. Keredhaan bagi orang yang matinya mati bahagia mendapat keampunan daripadaNya. Kemurkaan bagi orang matinya mati celaka, mendapat kemarahan dan kebencian Allah, kerana perbuatan derhakanya selagi ia hidup di dunia.
Maksud hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim, dari Ubadah bin Shamir ra dari Nabi saw bersabda: Orang mukmin, bila ia telah mendekati mati , ia diberi kegembiraan dengan memperlihatkan keredhaan Allah. Maka tidaklah sesuatu yang lebih disukainya, selain dari apa yang ada di depannya itu. Maka ia pun suka menjumpai Allah, dan Allah pun suka pula menjumpainya. Dan sesungguhnya orang kafir , bila ia telah mendakat mati, ia diberi gembira dengan azab dan siksaan Allah. Maka tidaklah sesuatu yang lebih dibencinya selain apa yang ada di depannya itu. Maka ia benci menjumpai Allah dan Allah benci pula menjumpainya".
- (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Thursday, July 16, 2009
Anjuran menyegerakan perkahwinan
Khamis, 16 Julai 2009/23 Rejab 1430.
Rasulullah saw bersaba: Maksudnya,
"Wahai para pemuda, siapa di antara kamu yang telah sanggup untuk menikah. hendaklah ia menikah, kerana pernikahan itu lebih dapat memlihara pandangan dan memelihara kemaluan, tetapi barang siapa yang belum sanggup, hendaklah ia melakukan puasa, kerana puasa itu merupakan penyelamat bagi dirinya".
Rasulullah saw telah menganjurkan kepada setiap oranag agar supaya berkahwin, kerana dengan perkahwinan itu akan dapat memklihara dirinya daripada perbuatan zina.
Orang yang berkawin akan dapat menjaga pandangannya dari perkara-pekara yang terlarang seperti memandang perempuan dengan syahwat dan boleh mendatangkan angkara yang membawa kepada zina.
Dengan perkahwinan juga seseorang itu dapat menyalurkan tuntuan batinnya secara halal dan dapat mengelakkan dirinya daripada perbuatan zina yanag merupakan dosa besar di sisi Allah swt.
Bagi seseorang yang belum mampu untuk menanggung nafkah hidup berkeluarga , Rasulullah saw menganjurkan supaya ia berpuasa sebagai cara yang terbaik baginya, iaitu puasa sunat yang telah diatur dalam syariat Islam. Dengan berpuasa sunat dengan niat yang ikhlas kerana mengikut perintah Islam dengan mencari keredhan Allah swt, akan dapat mencegah dorongan nafsu syahwat yang tidak baik yang mungkiun tidak dapat dikawal dengan, melakukukan zina yang dikutuk itu.
Perkahwinan juga memberikan kebaikan kepada pasangan ynag berkahwin iaitu lelaki danawanita supaya dapat mengikat hubungan kasih sayang dan percintaan secara baik, tenteram dan diberkati Allah swt, dengan melakukan syariat yang mulia di sisi Allah swt.
Dalam hubungan ini Rasulullah saw telah bersabda, "Kami tidak pernah melihat dua orang yang saling mencintai sebaikmcinta dalam pernikahan".
Hadi sini dpat dijadikan bukti pedoman iaitu hubungna saling mencintai antara seseorangwanita dengan seseorang lelaki tidak akan dapat dilakukan sebaik dalam hubungna perkahwinan.

Subscribe to:
Posts (Atom)