Tuesday, March 17, 2009

10 perkara asas membatalkan islam

Selasa 17 Mac 2009
10 Perkara asas yang membatalkan islam dalam risalah bertajuk (Nawaqidul-Islam)oleh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahab.

1. Mempersekutukan Allah dalam ibadat.

2. Menjadikan antara Allah dan hambaNYa orang perantaraan

3. Tidak mengkafirkan orang musyrik atau meragukan kekufuran mereka atau mazhab
mereka.

4. Meyakini ada hidayah lain yang lebih baik dari hidayah Nabi Muhammad saw

5. Membenci sesuatu ajaran yang dibawa oleh Nani Muhammad saw.



6. Mempersenda-sebdakan sesuatu ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

7. Sihir: Orang yang mengerjakan dan melakukannya adalah kafir.

8. Menolong dan membantu orang-orang musyrik ke atas orang-orang Islam.

9. Meyakini bahawa setengah setengah orang boleh keluar dari syariat Muhammad saw
sebagaimana Khaidhir keluar dari syariat Nabi MUsa a.s.

10. Menyeleweng dari agama Allah, tidak dipelajarinya dan tidak pula diamalkannya.

(Hari ini Selasa 17 Mac 2009,jam 6.00 pagi di PPUM Petaling Jaya, kembalinya Allahyarham Brigadier(B) General Rosli bin Mohd Yusof adik kepada rakan rapat saya Kamal Nor Mohd Yusof) ke rahmatullah. Sempat saya solat jenazah di Masjid Kementah, Jalan Semarak dan menghntarnya ke Kubur Taman KOSAS Taman Ampang.. selesai jama 12 pm.). Semoga rohnya dirahmati Allah swt. Amin.

Monday, March 16, 2009

Keutamaan Salawat Nabi saw

Isnin 16 Mac 2009

Allah Taal berfirman,

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya mengucapkan salawat kepada Nabi . Hai seklain orang-orang yang beriman, ucapkan lah salawat padanya serta salam yangsennenar-benarnya" Surah Ahzab: 56

Rasulullah saw bersabda,
"Barangsiapa yang mengucapkan salawat padaku, maka dicatatlah untuknya 10 kali kebaikan", Ditanyakan lah kepada baginda saw itu, "Bagaimankah caranya mengucapkan salawat pada Tuan itu?" Belaiau menjawab, "Ucapkanlah, Allahumma salli............sampai Innaka hamidun majid".

Sunday, March 15, 2009

Tata kesopanan Tidur

Ahad, 15 Mac 2009

Adab kesopanan tidur.


1. Bersuci dan berwudhu

2. Berniat untuk bangun malam - spt qiam mulail

3. Membuat wasiat kepada keluarga

4. Melakukan taubat dari dosa-dosa dan tidak bercadang melakukan sebarang maksiat bila bangun nanti.

5. Menggunkan tempat/alas tidur yang sederhan

6. Mula tidur bila rasa boleh tidur dengan tidak memaksa diri tidur.

7. Tidur mengadap arah Qiblat.

8. Berwirid dan berdoa seperti;

a) Membaca surah Ikhlas, Falaq, dan Nas. kemudian bacaan itu ditiup dikedua tangannya lalu diusapkan ke muka dan seluruh badan.

b) Baca ayat kursi

c) Bertasbih, bertahmid, dan bertakbir masing-masing 33 kali.

9. Ingatkan tidur itu semacam kematian dan bangun nanti seolah bangun dari mati/kubur.

10. Berdoa bila bangun dari tidur,

"Segenap puji bagi Allah ynag telah menghidupkan kami dan telah mematikan kami dan kepadaNya lah kami akan dikembalikan"

Diikuti dengan membaca ayat surah Imran ayat 10-20.

Saturday, March 14, 2009

Nabi Muhammad saw wafat

Sabtu 14 Mac 2009



Wafatnya Nabi Muhammad.

Akhir bulan zulkaedah tahun ke 10 H, Rasulullah bersama-sama 90,000 orang Islam berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji.Sebelum ini baginda telah menyeru seluruh orang Islam supaya mereka semua ikut serta untuk mempelajari dari rasulullah sendiri cara-cara mengerjakan haji selengkapnya.

Pada waktu haji ini Rasulullah telah membuat pidatunya yang terakhir di padang Arafah menerangkan hukum-hukum dan dasar-dasar Islam, Diantara pidatunya:

- Wahai seklian manusia, bahawa darah kamu dan harta kamu tetap terhormat sampai kamu datang mengadap tuhan kamu. Bahawa kamu menanti akan datang mengadap tuhan kamu, kamu akan ditanya tentang amalan kamu..

- Wahai sekalian manusia, orang perempuan mempunyai hak atas kamu seperti kamu mempunyai hak atasnya. Seseorang Islam adalah saudara bagi lain-lain orang Islam. Semua mereka bersaudara..

- Wahai sekalian manusia, aku telah meninggalkan kapada kamu suatu pesaka dan kamu tidak akan sesat selamanya selagi kamu masih berpegang dengan pesaka itu, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunah Rasulnya…

Setelah berada di Mekah selama 10 hari maka rasulullah pulang ke Madinah. Ribuan kaum muslim yang turut bersama menunaikann haji pulang ke tempat masing-masing.

Kira-kira 3 bulan kemudian iaitu penghujung bulan safar tahun yang ke 11 H, baginda mulai demam selsema. Baginda mengumpulkan isteri-isterinya dan meminta supaya dirawat di rumah isteri baginda saidanatul Aisyah.

Pada mulanya baginda keluar ke masjid seperti biasa menjadi Imam solat, memberi ucapan dari atas mimbar menerangkan hukum islam dan berpesan supaya kaum muhajirin dan kaum ansar bermuafakat dan bertolong menolong lalu menyuruh Saidina Abu Bakar menjadi imam solat menggantinya. Lantikan saidina Abu Bakar menjadi pengganti Rasululllah itu dalam ssolat itulah yang menjadi salah satu sebab mengapa orang ramai memilihnya menjadi khalifah Islam yang pertama setelah baginda wafat.,.

Putra dan putri Rasululllah ada 7 beradik tetapi hanya seorang sahaja yang masih hidup pada masa itu, iaitu saiditina Fatimah Azzahra. Fatimah tidak tahan hatinya melihat baginda gering lalu menangis sambil berkata, “ Aduhai! beratnya penderitaan ayahanda,"

Baginda menyabarkan putri yang dikasihinya itu dengan bersabda, maksudnya,” Tidak ada penederitaan yang akan ditanggung oleh ayah engkau, wahai Fatimah kemudian daripada hari ini”.

Selang beberapa hari daripada mula geringnya itu maka pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun ke 11 H, bersamaan 8 Jun Tahun 632 M wafatlah Junjungan kita Nabi Muhammad saw, dengan hati ynag tenang dan tenteram, kerana baginda telah menunaikan segala kewajipan yang dipertanggunjawbkan kepadanya, Berpindahlah baginda dari alam yang fana ini ke alam akhirat yang kekal abadi, lalu dimaqamkan di tempat yang ada sekarang ini di Madinah Al Munawarah.

Friday, March 13, 2009

Solat Jumaat

Jumaat 13 Mac 2009.

Solat jumaat ialah solat yang difardhukan pada hari jumaat dalam waktu zohor, sebanyak 2 rakaat berjemaah dengan didahului oleh dua khutbah. Hukumnya fardhu ain. Setiap orang lelaki Islam yang mempunyai syarat-syarat solat jumaat wajib menunaikannya sebagai mengganti solat zohor.

Syarat-syarat wajib jumaat:

1. Islam - Tidak wajib bagi oirang kafir
2. Baligh - Tidak wajib jumaat bagi kanak-kanak kecil yangbelum baligh, tetapi jika ia solat, maka solat itu sah.

3.Berakag - Tidak wajib junmaat bagi orang gila, mabuk, pingsan dan sebagainya.

4.Lelalik - Tidak wajib bagi perempuan.Tapi jika ia pergi solat jumaat, maka solatnya sah dan tidak wajib solat zohor lagi.

5. Tidak uzur - Tidak wajib jumaat bagi orang sakit atau pun orang menghadapi sesuatu halangan, seperti takut kepada orang jahat dipertengah jalan dan sebagainya.

6.Bermukim - Tidak wajib jumaat bagi orang musafir jika perjalanannya itu dumulai sebelum terbit fajar. Tapi jika ia solat juga maka solatnya sah dan tidak wajib solat zohor lagi. Tapi jika perjalananya itu mulai sesudah terbit fajar, maka wajib ia solat jumaat pada hari itu.

7. Merdeheka - Tidak wajib jumaat bagi hamba, tapi jika dikerjakannya maka solatnya sah dan tidak wajib solat zohor lagi.

Syarat-syarat sah jumaat:

1. Hendaklah diadakan solat jumaat di kawasan yang didiamai oleh orang yang bermastautin, sama da di kampunag atau di bandar.

2. Hendaklah diadakan solat itu secara berjemaah. Tidak sah solat berseorangan.

3. Sekurang-kurang bilangannya 40 orang

4. Dikerjakan pada waktu zohor.

5. Hendaklajhj didahjukukna dengan 2 khutbak.

6. Jangan diadakan 2 kumpulan solat jumaat atau pun lebih dalam satu temnpat kediaman, samada kampung atau bandar dengan tidak bersebab. Sekiranya ada sebab-sebab yanag manasabah, seperti penduduk itu terlalu ramai dan tempat solatnya sempit, maka solat jemaat itu sah.

Monday, March 9, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430

Isnin, 9 Mac 2009.

Hari ini Isnin/ 9 Mac 2009/12 Rabiul awal 1430 kita merayakan hari keputeraan Nabi Muhammad saw. Sambutan Maulidur Rasul, ialah mengingati serta mengenang jasa Rasulullah SAW membawa risalah Islam untuk umat seluruhnya.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia."

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidaklah aku utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk memberi rahmat untuk sekalian alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)


Sambutan Maulidur Rasul mengingatkan kita untuk mentaati perintah Allah dan Rasulnyadengan amalan yang disyariatkan Allah swt seperti yang ajarkan kepada sahabat dan melalui sunah Rasulullah SAW sepanjang hayat Baginda SAW .



Semasa hayatnya baginda pernah mengucapkan dengan mengulang-ulang perkataan "Ummati, ummati..." iautyu umatku, umatku..., kerana mengenangkan nasib pengikuytnya di akhirat nanti.

Oleh itu tiba masanya sebagai umat Nabi Muhammad SAW/ seorang muslim kita membuktikan bahawa kita menghayati segalamn perintah dan ajaran Baginda SAW dengan menterjemahkan dalam kehidupan supaya umat Islam mencapai kecemerlangan di dunia dan juga di akhirat.

Rasulul Allah pernah memberi nasihat kepda seorang lelaki yang bermaksud,
( Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: iaitu

1. peluang masa engkau muda sebelaum tua
2. masa engkau sihat sebelum sakit
3. masa engkau kaya sebelum papa
4. masa engkau lapang sebelum sibuk dengan kerja.
5. masa engkau masih hidup sebelum mati.)

Keterangan:

Wajib atas setiap mukmin meningsafi benar-benar akan nilai hidup di dunia ini sebelum hidupnya didatangi suatu yang mengganguinya atau membinasakannya, seperti kesusahan, kesakitan, kesibukan, kekacauan dan kematian. Kerana kedatangan yang tersebut itu sebelum amal atau pekarjaan dapat disempurnakan adalah membawa kekeciwaan dan penyesalan yang tidak berguna, kerana masa telah luput, badan pun telah lemah atau binasa.

Badan seseorang itu merupakan alat hidup untuk bekerja dan beramal. Imam Ghazali berkata, (Sungguhnya badan anak adam adalah diibaratkan seperti jala untuk mengusahakan amal-amal yang baik, apabila ia berjaya dalam tugasnya ini kemudian mati, maka sudahlah mencukupi; tidak memerlukan kepada jala itu lagi, iaitu badan yang telah dipisahkan oleh mati.)

Berita Semasa:

KUALA LUMPUR 9 Mac - Majlis sambutan Maulidur Rasul diperingati di seluruh negara hari ini dengan acara Peringkat Kebangsaan berlangsung di Dataran Merdeka di sini.

Sambutan kali ini yang bertemakan Wahdah Pemangkin Khaira Ummah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambutan bermula dengan perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang terdiri daripada kontinjen jabatan kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan institut latihan dan wakil masjid membabitkan kira-kira 100,000 peserta.

Pada majlis itu, Seri Paduka berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada enam penerima.

Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 yang buat julung kalinya diperkenalkan pada sambutan kali ini ialah Profesor Dr. Sidek Baba dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang membawa pulang RM50,000 dan plak.

Penerima Anugerah Maulidur Rasul pula ialah Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman; dan Pengarah Urusan Syarikat Laksamana Nusantara Sdn. Bhd., Mortadha Abdullah.

Selain itu Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, Mohd. Yunus Pathi Mohd; pelajar, Muhammad Ahmad Zahid dan kanak-kanak istimewa kurang upaya dari pinggang ke bawah, Muhammad Haziq Samrat.

Masing-masing menerima wang tunai RM22,000 dan plak.

Petikan dari: Utusan Malysia 10 Mac 2009

Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Idil Adha 1429 H

Hari Ahad, 7 Diwember 200/ 9 Zulhijjah 1429Korban yang diterima Allah

Esok Hari Isnin, 8 hn Disember 2008, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban atgau Idil Adha). Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Berkorban (dalam istilah fekah disebut udhiyah) adalah menyembelih binatang ternak pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Korban merupakan amalan tahunan bersempena dengan Hari Raya Haji atau Korban, di mana di tanah suci Mekah umat Islam mengerjakan ibadat Haji denga berwukuf di Padang Arafah sehari sebelumnya. Kirtv di tanah air melakukan ibadat Korban sebaik sahaja selepas solat Sunat Hari Raya Haji yang merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad SAW.


Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:

"Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?" ujar sahabat.

"Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim," jawab Rasulullah.

"Apakah keuntungan korban itu untuk kita?" tanya sahabat lagi.

"Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah)," jawab Rasulullah.



Amalan korban berasal daripada Nabi Ibrahim yang kemudiannya diwarisi oleh baginda sebagai ibadah dalam syariat Islam yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan. Ibadah korban ini berasal dari zaman Nabi Ibrahim. Tatkala Nabi Ibrahim bersama puteranya Ismail selesai membina Kaabah di Mekah di atas arahan Allah sebagai pusat kegiatan bagi menegakkan dasar-dasar tauhid, Allah menguji kekuatan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan itu adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup iaitu pengorbanan jiwa dan raga.


Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua anak Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat untuk mematuhi perintah Allah SWT dan mendekatkan diri kepada-Nya. Sementara anak yang lain juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu korban anak yang pertama diterima di sisi Allah manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah. Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 27 yang bermaksud: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Haabil dan Qaabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Haabil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qaabil). Berkata (Qaabil): "Sesungguhnya aku akan membunuhmu." (Haabil) menjawab: "Hanya sanya Allah menerima (korban) dari orang- orang yang bertakwa."

Nabi Ibrahim melakukan korban ini sebagaimana firman Allah dalam surah As-Shaffat ayat 102.

' Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-samanya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar'

Mengapa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih Ismail kemudian membatalkan dan menebus dengan kibas? Ini bukan hanya ujian untuk kedua-duanya, bukan juga untuk membuktikan ketabahan keluarga Ibrahim tetapi juga untuk menjelaskan kepada siapa saja bahawa tiada sesuatu yang mahal untuk dikorbankan bila panggilan Ilahi telah datang. Inilah bukti iman sejati. Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah kepada manusia.

Amalan berkorban bertindak mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah dan mendekatkan hubungan manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Sementara amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhan) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Ibadah korban memanifestasikan rasa syukur dan puncak takwa. Ia sebagai tanda kembalinya manusia kepada Allah SWT setelah menghadapi ujian sehingga ada yang terpedaya dengan pujukan syaitan, menjauhkan diri daripada Allah serta mengerjakan larangan-Nya. Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi binatang sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya. Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.

Korban

Berpandukan kisah Haabil dan Qaabil tentang korban yang diterima oleh Allah, jelas menunjukkan, keikhlasan itu adalah satu sifat yang paling utama dalam ibadah. Amalan berkorban harus menggunakan haiwan yang baik dan tinggi kualitinya, tidak cacat, cukup umur serta banyak dagingnya. Meskipun, hal-hal berkaitan 'darah' atau daging itu tidak sampai kepada Allah, tetapi yang lebih penting adalah ketakwaan kepada Allah. Korban itu tidak memberi erti sama sekali untuk Allah kerana ia adalah Allah, yang Maha Agung, yang tidak memerlukan.

Menurut Syafii, hukum korban adalah sunat muakad yang sangat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan umat Islam yang berada di kampung halaman sendiri, kerana ia amalan yang sangat dikasihi Allah pada hari nahar (Hari Raya). Namun begitu, terdapat sebahagian ulama menyatakan ia wajib kepada mereka yang mampu berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Kautsar ayat 2 yang bermaksud: Maka dirikanlah solat kepada Allah (Tuhanmu)dan berkorbanlah.

Dengan korban tersebut diharapkan agar takwa kita kepada Allah semakin meningkat. Oleh hal yang demikian, kunci kepada semua amalan sama ada sosial mahupun yang bersifat individual ialah takwa. Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang bermaksud: Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu (surah Al-Hajj ayat 37)

Demi pengorbanan kerana taat kepada Allah, marilah kita melaksanakan apa juga usaha yang dapat menmdekatkan diri serta taat kepada Allah dengan erti berkorban tenaga, harta dan msa utuk mengabdikan diri berjihad dan beramal keran Allah Taala. Segala bentuk pengorbanan yang dilakukan umat Islam pada hari-hari yang lain juga dapat disebut pengorbanan bila disertai sikap takwa kepada Allah. Sikap itulah yang akan membezakan dari pengorbanan lain yang dilakukan demi kekasih, keluarga dan bangsa yang belum tentu diredai Allah.