Monday, October 6, 2008

Perisiwa ada Qadha dan Qadarnya.

6 Oktober 2008/6 Syawal 1429 (Isnin)

Segala sesuatu itu ada dan akan terjadi sesuai dengan ketentuan qadha dan qadha. Ini merupakan keyakinan orang Islam dan para pengikut setia Rasulullah saw.Tiada sesuatu puh yang terjadi di dalam alam ini, kecuali dengan pengetahuan dan izinNya dan ketentuanNya.

Qadha ialah kejadian yang berlaku kepada seseorang menurut ketetapan azali seperti hidup, mati, senang, susah dan sebagainya.

Manakala Qadar ialah ukuran kejadian atau ketetapan yang berlaku kepada seseorang seperti peristiwa yang berlaku dan hasil darpada peristiwa yang menghasilkan seseuatu.

Usaha dan ikhtiar perlu dilakukan sebagai manusia mengikut kehendak sesuatu peraturan yang menjadikan sebab musabab yang telah ditentukan. Manusia tidak boleh berdiam diri tanpa ikhtiar, dan perlu sedar meskipun dikehendaki berusaha. Tetapi kadang kala usahanya iu tidak berhasil seperti yang diharapkan atau ada kalanya berlaku beberapa kejadian yang tidak diingini, tetapi manusia tidak berupaya mengatasinya kerana semuanya yang berlaku itu adalah menurut keputusan yang telah ditetapkan.

Firman Allah yang bermaksud,

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirinya sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab lahul Mahfuz sebelum kami menciptakannya Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah".

( Al- Hadid:22)

Saturday, October 4, 2008

Percaya kepada Allah - Rukun Iman pertama

Sabtu 4 Oktober 2008/04 Syawal 1429.

Bahagian sifat-sifat yang wajib bagi Tuhan.

20 Sifat yang wajib bagi Tuhan dibahagikan kepada 4 bahagian.

1. Sifat Nafsiah
2. Sifat Salbiah.
3. Sifat Ma'ani
4. Sifat Maknawiyah.

Sifat Nafsiah.

Wujud (Ada)

2.Sifat Salbiah.

1. Qidam(Sedia)
2. Baqa' (Kekal)
3. Mukhkalafatuhu Lil Hawadis (Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baharu)
4. Qiyamuhu Binafsihi (Berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya)
5. Wahadaniah( Esa)

3. Sifat Ma'ani

1. Qudrat (Kuasa)
2. Iradat ( Berkehendak)
3. Ilmu (Mengetahui)
4. Hayat (Hidup)
5 -6. Sama' dan Basar (Mendengar dan Melihat)
7. Kalam (Berkata-kata)


4. Sifat Maknawiyah.

Sifat Maknawiyah iaitu suatu hal yang wajib bagi zat secara bekekalan, melazimkan dengan sifat Ma'ani pada zahir wujudnya. Dinamakan Maknawiyah kerana disandarkan kepada Ma'ani dan melazimkan baginya. Adanya sifat-sifat Ma'ani yang lalu melazimkan sifat Maknawiyah ini.

5. Sifat-sifat yang Mustahil.

Sifat-sifat yang mustahil bagi Allah Ta'ala itu, iaitu lawan kepada sifat yang wajib sebagaimana yang telah dijelaskan sama ada pada Ijmali atauapun Tafsili. Dengan mengetahui sifat-sifat yang mustahil dapatlah kita menetapkan bahawa Tuhan itu tidak dieterima oleh akal bersifat Ia dengan sifat kekurangan bahkan wajib baginya bersifat Ia dengan sifat kesempurnaan.


6. Sifat-sifat yang harus.

Sifat yang harus bagi Allah itu satu sahaja, ia itu harus bagi Allah untuk melakukan segala ynag dikehendakinya atau meninggalkkan bermakna segala sesuatu yang telah Alla adakan dan sesuatu yang akan diadakan tidak menjadi wajib atau mustahil kepadanya untuk meniadakan atau meniadakan kerana segalanya harus bagi Allah.

Ringkasan sifat yang wajib dam mustahil.

a) Sifat yang Wajib - 20

b) Sifat Yang Mustahil - 20.

c) Al-Istighna' dan Al-Iftikar.

Sifat wajib bagi Allahg Taala sebagaimana d atas dibahagikan kepada 4 sifat iaitu:

1. Nafsiah
2. Salbiah
3. Ma'ani
4. Ma'anawiyah.

Sifat ini dibahagikan kepada 2 bahagian.

a) Al-Istighna: E#rtinya Allah itu terkaya atau dtidak berhajat kepada makhluknya dasn sifatnya 11 sahaja: wujud....Kaunuhui Mutakaliman.

b) Al-Iftikar: bererti segala makhluk Al;lah berhajat kepanya. 9 sifat sahaja semuanya.


Kesimpulan:

Rngkasnya sift tuahn itu ialah 40 sifat, iaitu 29 sifat yang wajib baginya, 20 sifat mustahil dan 1 harus baginya. Semua ini terkandung di dalam syahadah pertama:
Tiada Tuhan yang disembeh (yang bersifat dengan ketuhanan) melainkan ALLAH.


b) Al Iftikar.

Friday, October 3, 2008

Apakah itu kebahagian ? Dunia dan akhirat?

Jumaat 3 OKTOBER 2008 ( 3 SYAWAL 1429H)



Kebahagiaan yang abadi yang murni ialah kebahagiaan yang hakiki. Kebahagian yang abadi bermaksud kebahagiaan yang dapat bertahan berterusan bermula dari dunia ini hingga kekal ke alam akhirat.Kebahagiaan itu juga memberikan ketenagann dan tidak dirosakkan dengan unsur berpunca dari nafsu syaitan yang menjejaskan rasa kesyukuran dan kerinduan serta kasih dna taat terhadap Allah swt.

Untuk mendapatkan kebahagiaan serta ketenagana rasa aman tenteam, maka setiap hamba dituntut untuk melakukan nilai-nilai keutamaan,sifat-sifat mulia dan tindakan -tindakan yang baik berasakan ketaatan sebagai hamba Allah yang Maha Pencipta.

Rasulullah telah menasihatkan kepada kalanagan sahabat supaya, perbanyakkan sujud,sebab setiap kali engkau sujud kapada Allah, maka Allah akan mengangkat darjatmu (satu tingkat).

Sahabat yang lain meminta satu kebaikan yang sudah mencakup seluruhnya. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;

"Selalulah lidahmu basah dengan berzikir kepada Allah"

Rasulullah bersabda juga

" Janganlah sekali-kali engkau mencaci seseorang dan jangan pula kau gunakan tanganmu untuk memukul orang. Jika seseorang mencacimu dengan apa yang diketahuinya tentang dirimu janganlah engkau balik mencacinya dengan apa yang engkau ketahui tentang dirinya. Jangan pula sekali-kali engkau meremehkan satu kebaikan pun meski sekadar menuangkan (air) dari timbamu ke timba seseorang yang memerlukan air"

Dalam kehidupan di dunia seseorang yang soleh, umur yang semakin tua setiap detiknya nafasnya diisi dengan amal ibadah terhadap Allah swt. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak kebangaan berangan-angan hal dunia, tentang masa mudanya. Ia akan menjadi kecewa dengan ketuaannya. Di samping itu fikirannya tertumpu kepada bagaimana caranya menikmati sisa hidupnya, maka iapun sibuk berangan-angan untuk kenikmatan dunia yang belum ia sempat rasakan. Hatinya akan merasa kecewa bila ia tidak mampu menikmati kenikmatan yang diangan-angankan. Sedangkan orang yang mengisi umurnya dengan banyak beramal kepada Allah mempersiapkan diri untuk akhirat, maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Allah swt. Hari tuanya diisi dengan beribada kepada Allah dengan penuh taksub serta bersungguh-sungguh mendapat keampunan dan memohon rahmat Allah swt. Tidak ada rasa takutnya untuk meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera merasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti yang dijanjikan Allah. Malahan ia sentiasa merasa tenang, bahagia, syukur di atas segala nimat yang diperolehi dan mengharapkan ganjaran syurga di dunia akhirat yang kekal buat selama-lamanya, sebagiman ynag dijanikan Allah swt.

Berdoalah kepada Allah seperti yang diajarkan kepada kita,

“Rabbanaa aatina fid dun-yaa hasanaw” (yang artinya “Ya Allah karuniakanlah aku kebahagiaan dunia”), mempunyai makna bahwa kita sedang meminta kepada Allah untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat dan sebagaimana yang disebutkan Ibnu Abbas ra, yaitu hati yang selalu syukur, pasangan hidup yang soleh, anak yang soleh, teman-teman atau lingkungan yang soleh, harta yang halal, semangat untuk memahami ajaran agama, dan umur yang baroqah.


Sedangkan mengenai kelanjutan doa tersebut yaitu “wa fil aakhirati hasanaw” (yang artinya “dan juga kebahagiaan akhirat”), untuk memperolehnya hanyalah dengan rahmat Allah. Kebahagiaan akhirat itu bukan syurga tetapi rahmat Allah, kasih sayang Allah. Syurga itu hanyalah sebahagian kecil dari rahmat Allah, kita masuk syurga bukan karena amal soleh kita, tetapi karena rahmat Allah.

Amal soleh yang kita lakukan sepanjang hidup kita dengan amalan soleh ynag kita lakukan tidaklah cukup untuk mendapatkan ganjaran masuk kes surga, kerana jika di kira bandingkan amatlah sedikit seklai ynag dapat kita laksanakan. Dan juga amal soleh sesempurna apapun yang kita lakukan seumur hidup kita tidaklah sebanding dengan nikmat syurga yang dijanjikan Allah.

Kata Nabi SAW, “Amal soleh yang kalian lakukan tidak bisa memasukkan kalian ke syurga”. Lalu para sahabat bertanya: “Bagaimana dengan Engkau ya Rasulullah?”.

Jawab Rasulullah SAW : “Amal soleh saya pun juga tidak cukup”. Lalu para sahabat kembali bertanya : “Kalau begitu dengan apa kita masuk syurga?”. Nabi SAW kembali menjawab :

“Kita dapat masuk surga hanya karena rahmat dan kebaikan Allah semata”.
Jadi sholat kita, puasa kita, taqarub kita kepada Allah sebenarnya bukan untuk syurga tetapi untuk mendapatkan rahmat Allah. Dengan rahmat Allah itulah kita mendapatkan syurga Allah .Insya Allah, Amiin.

Thursday, October 2, 2008

Hari Raya 'Idilfitri ke dua

Khamis.2 Oktober 2008/2 Syawal 1429

Hari Raya ke dua. Biasanya hari ini suasana raya masih kunjung mengunjung seanak saudara. Bagi yang mahu meneruskan suasana ibadat puasa, mereka telah memulakn berpuasa enam syawal dengan tidak berkunjung ke mana-mana.Bagi setengah pula mengambil peluand untuk berziarah sambi menamu hidanag Hari Raya di rumah andk saudar atau sahabat handai. Kunjung mengunjung amat digalakkan bagi mengertakan lagi silaturrahim.

Pagi ini saya sempat menyelaraskan pengurusan jenazah menggantikan tugas Haji Md Noor yang pulang bercuti ke Pontian pagi ini.

1. Allahyarham Kamaruddin Musa. Jalan 2, Taman Grenwood. Allahyarham dikembumikan di Perkuburuan Taman Selasih.

2. Allahyarham Dato Dr Shaharom Hussain, dari No 3, Jalan Berlian, Taman Berlian. Allahyarham di mandi, dikapandan disolatkan di Masjid Ar Rahimah. Pada tepat jam 2.45 jemnazah di baw dengan Van Jenazah yang di pandu oleh Hj Abdillah untuk disemadikan di Johor Baharu.

Semoga roh allahyarham di cucuri rahmat dan ditempatkan di syurga. Untuk mereka dihadiahkan Al Fatihah.

Sumber Berita dari Utusan Malysia pada 3 Oktober:



"Budayawan Dr. Shaharom Husain meninggal dunia

Oleh KAMIL MASLIH

JOHOR BAHRU 2 Okt. - Tokoh guru dan budayawan, Dr. Shaharom Husain, 88, meninggal dunia hari ini akibat sakit tua.

Allahyarham yang juga terkenal sebagai tokoh sastera menerusi novel Keris Laksamana Bentan dan drama Si Bongkok Tanjung Puteri menghembuskan nafas terakhirnya dalam tidur pada pukul 7.45 pagi di rumah anak sulungnya, Dr. Mohamed Hatta di Taman Berlian, Gombak.

Jenazah Allahyarham dibawa ke sini untuk dikebumikan bersebelahan kubur isterinya, Allahyarham Aminah Abdul Rashid di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah selepas waktu Asar.

Beliau meninggalkan empat orang anak lelaki iaitu Dr. Mohamed Hatta, Dr. Mustapha Kamal, 55, Muhammad Iqbal, 50, dan Mustafa Kamil, 49, serta 23 cucu dan enam cicit.

Menurut Hatta yang juga Naib Presiden Kanan dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan CyberJaya, ayah beliau meninggal dunia selepas menunaikan solat Subuh.

"Dalam dua tiga hari sebelum ini ayah memang banyak berzikir serta mengucapkan Allahhuakbar berulang kali," katanya yang memberitahu ayahnya telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) minggu lalu kerana pembedahan tulang kaki dan punggung selepas terjatuh.

Kata Dr. Mohamed Hatta, ayahnya merupakan seorang yang amat menekankan pendidikan sepanjang hayatnya.

"Beliau pernah berpesan bahawa kalau kaum Melayu tidak menguasai pendidikan, bangsa Melayu tidak akan maju dan tidak mendapat tempat di dunia.

"Selain itu, beliau juga sering mengingatkan untuk kita mencari ilmu bagi dunia dan akhirat," katanya.

Semasa hayatnya, Allahyarham telah dianugerahkan beberapa penghormatan negeri dan negara seperti Tokoh Guru Johor, Tokoh Guru Kebangsaan, Anugerah Budayawan Johor dan Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Anak kelahiran Kampung Peserai, Mukim Tiga, Batu Pahat itu juga merupakan penerima pertama Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Perguruan Sultan Idris pada tahun 2000.

Beliau mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Sultan Idris dari tahun 1938 hingga 1950 dan pernah mengajar di maktab berkenaan serta Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru selain menjadi Karyawan Tamu di UKM.

Dalam dunia kesusasteraan, beliau telah bergiat aktif sejak tahun 1940-an dan telah menghasilkan pelbagai novel dan drama yang sering digunakan sebagai teks sastera di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia sejak era 1980-an hingga sekarang.

Antara karya beliau termasuklah Lembing Awang Pulang ke Dayang, Hantu Laut dan Korban Sungai Muar, Tun Fatimah, Bermandi Darah Di Sungai Johor selain menulis memoir biografi Perjuangan Politik Datuk Onn Jaafar serta menulis semula buku Tawarikh Johor.

Wednesday, October 1, 2008

Agama itu mudah

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw, sabdanya,"Agama itu mudah, tidaklah agama itu diperkeraskan oleh seseorang melainkan agama itu akan mengalahkannya- iaitu orang yang memperkeras-keraskan itu sendiri yang nanti akan merasa tidak kuat meneruskannya.Maka dari itu bersikap luruskah engkau semua , lakukan yang sederhana sahaja - jika kamu tidak kuasa melakukan yang senmpurna-sempurnnya,bergembiralah unutk memperoleh pahala, sekali pun sedikit, juga mohonlah pertolngan dalam melakluikan sesuatu amalan itu, baik waktu pergi pagi-pagi, petang-petang, ataupun sebhagaian waktu malam"

- ( Riayat Bukhari)

Dalam riwayat Imam Bukhari lainnya disebut.

" Berlaku luruslah, lakukukanlah yang sederhana, pergilah di waktu pagi, juga di waktu petang serta sebahagian di waktu malam. Berbuatlah sederhana, tentu engkau semua akan sampai pula - pada tujuannya".

Petikan : Riyadhus Salihin - taman Orang-oranag Salih) Menghuraikan hadis pilihan- Imam Nawawi (ms,245)

Zakat Fitrah

IBADAT ZAKAT
Fasal (*) Fasal Ketiga : ZAKAT FITRAH
Kandungan (*)
Firman Allah Taala :



قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّى(14)وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى(15)

"Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh); dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya, serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyu'). "(1)

Zakat fitrah ialah: "Zakat badan yang diwajibkan kerana tamat bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturannya. Benda yang dijadikan fitrah ialah makanan utama sesebuah negeri seperti beras di Malaysia.

Kadarnya ialah satu gantang Baghdad - bersamaan 3 cupak sukatan Malaysia atau 3 kati 12 tahil (dua kilo 250 gram)." (2)
______________________________


1. Ayat 14 dan 15, Surah al-A'la.

Menurut sebuah hadith riwayat Ibn Khuzaimah bahawa Rasulullah s.a.w. pernah ditanya mengenai ayat ini, lalu Baginda menerangkan. Bahawa ayat-ayat itu diturunkan mengenai "zakat fitrah". (Al-Taj al-Jami' lil Usul 2:24). Menurut satu riwayat yang lain dari Saiyidina Ali r.a., bahawa maksud: "Membersihkan diri" yang tersebut dalam ayat ini ialah dengan mengeluarkan zakat fitrah dan maksud: "Menyebut nama Tuhan serta mengerjakan sembahyang" ialah mengucap takbir pada Hari Raya dan mengerjakan sembahyang Hari Raya. (Tafsir al-Alusi, 30:10).

2. (Ibadat Zakat), terbitan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.


Dalil wajibnya diterangkan dalam hadith yang berikut:

100- عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالْأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ. (رواه البخاري ومسلم)

100- Dari (Abdullah) Ibn Umar r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah menentukan wajibnya zakat fitrah, satu gantang dari buah tamar (kurma) atau satu gantang dari sya'ir (sejenis gandum), atas tiap-tiap seorang hamba abdi atau merdeka, lelaki atau perempuan, kanak-kanak (1) atau orang dewasa dari kalangan umat Islam .." (2)

(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadith ini selain daripada menjadi dalil tentang wajibnya "zakat fitrah" atas tiap-tiap seorang Islam, lelaki dan perempuan, sama ada ia orang dewasa atau kanak-kanak, menerangkan juga dua perkara lagi:

Pertama: Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama penduduk sesebuah negeri. Misalnya kalau gandum; gandumlah dan kalau beras; beraslah - zakatnya.

Kedua: Kadarnya ialah satu "صاع" (satu gantang menurut sukatan yang digunakan di Madinah dalam zaman nabi), bersamaan dengan 3 cupak sukatan Malaysia atau 3 kati 12 tahil. (Dua kilogram 250 gram).

Masalah Membayar Zakat Fitrah Dengan Wang:


Berdasarkan hadith yang lalu, zakat fitrah wajib dikeluarkan dari jenis makanan utama penduduk sesebuah negeri dan ini menjadi pegangan dalam mazhab Syafi'i (kecuali adanya darurat atau diperintahkan oleh pihak yang berkuasa, maka diharuskan membayarnya dengan wang sebagai ganti makanan - beras), seperti yang sedang diamalkan oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam di Malaysia, kerana memudahkan urusan pemungutan zakat fitrah dan pembahagiannya.



Masalah ini dihuraikan dalam kitab "Al-Syarah" seperti berikut:

Berfitrah dengan wang:

(a) Membayar fitrah dengan wang adalah tidak sah mengikut mazhab Syafi'i jika diniatkan wang menjadi zakat fitrah seperti diniatkan: "Wang ini untuk fitrah yang wajib atasku, bagi diriku dan orang-orang tanggunganku". Tetapi harus digantikan makanan dengan wang dan hendaklah diniatkan seperti berikut: "Wang ini ialah ganti beras fitrah yang wajib atasku, bagiku dan bagi (orang-orang) tanggunganku - pada tahun ini."

(b) Berfitrah dengan wang sebagai ganti beras (makanan) adalah harus dalam mazhab Syafi'i tetapi lebih afdhal dengan makanan. Di dalam mazhab Hanafi pula lebih afdhal dengan harga daripada makanan.

Dalam mazhab kita Syafi'i yang mengharuskan ialah:

(1) Kerana darurat.

(2) Kerana diperintahkan oleh raja (pemerintah).(3)


(c) Pemerintah menghukumkan berfitrah dengan wang itu kerana beberapa sebab yang bertujuan baik, di antaranya:

(1) Asnaf yang lapan terutama fakir dan miskin lebih suka menerima wang daripada beras.

(2) Menyimpan wang lebih selamat, sedang beras selain daripada menyusahkan pihak pemerintah, pejabat agama dan memerlukan upah mengangkutnya - akan rosak jika disimpan lama."(4)

1. Zakat fitrah diwajibkan atas kanak-kanak dan dikeluarkan dari hartanya kalau ia mempunyai harta, kalau tidak ada harta maka zakat fitrahnya itu diwajibkan atas orang yang menanggung nafkahnya. (Al-Taj al-Jami' liI Usul, 2:24).

2. Fath al-Bari, (4:111) dan Sahih Muslim- bi Syarh al-Nawawi (7:61).

3. Menurut kitab Al-Itharah (hlm. 5), bahawa keterangan mazhab Syafi'i yang tersebut ada dinyatakan dalam kitab (Al-Majmu') Syarah al-Muhazzab (5:431) dan keterangan mengenai mazhab Hanafi yang mengatakan: Tiap-tiap benda yang harus disedekahkan maka haruslah dikeluarkan menjadi bayaran ganti zakat - ada disebutkan dalam kitab Al-Majmu' (5:429).

Dalam kitab Al-Itharal juga (hlm. 5) ada menyebutkan keterangan kitab Al-Majmu' (5:429) bahawa dalil pihak yang mengharuskan zakat fitrah dengan harganya ialah hadith yang disebutkan oleh Imam Bukhari, rahimahullah dengan tegas sebagai ulasan, bahawa Saiyidina Muaz r.a., semasa diutuskan oleh Rasulullah s.a.w. ke negeri Yaman sebagai pemungut zakat, ia telah meminta mereka membayar zakat dengan kain keluaran negeri itu sebagai ganti gandum, (kerana cara yang demikian katanya, bukan sahaja memberi kemudahan kepada pembayar-pembayar zakat bahkan orang-orang miskin yang berhak menerima zakat di Madinah juga memerlukan pakaian).


4. 'Al-Itharah' (Kitab zakat) terbitan Jabatan Agama Islam, Selangor.

Tujuan Zakat Fitrah Disyariatkan:


Zakat fitrah disyariatkan dalam bulan Sya'ban, tahun hijriyah yang kedua(1) dan tujuan atau hikmatnya diterangkan dalam hadith yang berikut:


101- عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلَاةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلَاةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ. (رواه أبو داود)


101- Dari Ibn Abbas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang maqbul dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedekah biasa seperti sedekah-sedekah sunat yang lain. "(2)

(Riwayat Abu Daud)

Hadith ini, "asnad"nya elok (Jaiyyid) (3)

Menurut huraian ulama' rahimahullah orang yang melengahkan bayaran zakat fitrah sehingga luput waktunya yang ditentukan, bukan sahaja berdosa, bahkan wajib ia membayarnya sesudah itu.

Selagi zakat fitrah itu belum dibayar, maka zakat itu tetap menjadi hutang yang ditanggungnya, sehingga ia membayarnya walau pada akhir umurnya.(4)

1. Fiqh Al-Sunnah (1:412).

2. 'Aun al-Ma`bud (5:3). Hadith ini juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Daruqutni.

(Fiqh al-Sunnah, 1:412).

3. Sebagaimana yang diterangkan dalam ulasan (Misykat al-Masabih, 1:572).

4. Fiqh al-Sunnah (1:414).



--------------------------------------------------------------------------------


Masa Untuk Mengeluarkan Zakat Fitrah:


Menurut pegangan alim ulama' dalam mazhab Syafi'i masa bagi mengeluarkan fitrah, terbahagi kepada lima:


Pertama masa harus, kedua masa wajib, ketiga masa fadhilat, keempat masa makruh dan kelima masa haram.


"Ada pun masa harus ialah - zakat fitrah itu - dikeluarkan pada awal bulan Ramadhan. Masa wajib bila telah masuk matahari pada akhir bulan Ramadhan. Masa Fadhilat sebelum keluar untuk mengerjakan sembahyang hari raya. Masa makruh jika dita'khirkan selepas sembahyang hari raya dengan tiada uzur - dan masa haram: Jika dita'khirkan hingga selepas hari raya dengan tiada uzur."(1)


Syarat-syarat Wajib Mengeluarkan Zakat Fitrah:

Syarat-syarat wajibnya:

(1) Islam.

(2) Merdeka.

(3) Orang yang mempunyai sesuatu (makanan, harta atau wang) yang lebih daripada keperluannya dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya(2), untuk satu malam dan satu hari - hari raya itu.

Orang-orang yang wajib ditanggung nafkahnya ialah isteri (3) atau isteri-isteri, anak-anak dan juga ibu atau bapa yang miskin. (4)


Masalah Niat Semasa Membayar Zakat Fitrah:


Menurut huraian ulama' rahimahullah: Tidak sah menunaikan zakat melainkan dengan niat. Ini berdasarkan hadith (Bukhari) yang menerangkan bahawa segala amal adalah berdasarkan niat.

Masa berniat ialah semasa menyerahkan zakat. Boleh juga didahulukan (semasa mengasingkan benda zakat itu untuk diserahkan), kerana zakat boleh diwakilkan.(5)

Jelasnya orang yang mengeluarkan zakat fitrah wajib berniat, sama ada pada masa menyerahkan fitrahnya atau sebelum itu - semasa mengasingkan untuk diserahkan. Niatnya seperti berikut: "Ini, zakat fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini." Kalau berfitrah dengan Wang, hendaklah berniat seperti berikut: "Ini, wang ganti beras zakat fitrah yang wajib atasku, bagi diriku dan orang-orang tanggunganku, pada tahun ini."(6)

Masalah Zakat "Harta Zahir" dan Batin":

Menurut huraian ulama' rahimahullah zakat terbahagi dua. Pertama zakat harta zahir, kedua zakat harta batin.

Harta zahir itu ialah binatang ternak, hasil tanaman dan benda-benda logam emas dan perak yang didapati dari lombongnya. (Ketiga-tiga jenis ini zakatnya telah diterangkan satu persatu pada bahagian yang lalu).

Harta batin pula ialah emas dan perak (yang sedia ada dalam simpanan), barang-barang perniagaan dan "rikaz"(7) (Ketiga-tiganya juga telah diterangkan pada bahagian yang lalu.)

Fitrah juga - menurut mazhab Syafi'i - termasuk dalam bahagian zakat harta batin. (8)

Dalam zaman Rasulullah s.a.w., biasanya Baginda mengutuskan pegawai-pegawainya mengumpulkan zakat - meliputi zakat harta zahir dan zakat harta batin - dan membahagikannya kepada orang-orang yang berhak menerimanya, demikian juga dilakukan oleh Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar r.a., dalam zaman pemerintahan masing-masing.(9)

Amalan ini berterusan dilakukan oleh Saiyidina Uthman r.a. dalam zaman pemerintahannya beberapa tahun lamanya, tetapi setelah dilihatnya jenis-jenis harta batin bertambah banyak dan akan menyusahkan rakyat Islam kalau tiap-tiap seorang itu diselidik harta batinnya, maka Saiyidina Uthman r.a., menyerahkan soal menguruskan pembahagian zakat harta batin itu kepada tuan punya masing-masing.(10)

Masalah ini dihuraikan dalam kitab "Fiqh al-Sunnah" seperti berikut:

Alim ulama' ahli fiqah sekata bahawa orang-orang yang memiliki harta, merekalah yang menguruskan pembahagian zakat masing-masing - kalau zakat itu zakat harta batin. Ini berdasarkan hadith riwayat Baihaqi.(11)

Tetapi alim ulama' tidak pula sekata tentang mana yang afdhal, pemilik batin itu yang menguruskan pembahagian zakatnya atau mereka menyerahkannya harta kepada pihak yang berkuasa Islam untuk dibahagikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya?

Menurut "qaul" yang terpilih dalam mazhab Syafi'i bahawa yang afdhal, pengeluar zakat itu menyerahkan kepada pihak yang berkuasa (ketua Islam) kalau ketua Islam itu adil. (12)

Menurut mazhab Hanbali pula bahawa yang afdhal, pengeluar zakat itu menguruskan pembahagiannya, tetapi kalau diserahkan kepada pihak yang berkuasa maka itu adalah harus (dibolehkan).

Mengenai zakat harta zahir pula menurut mazhab Hanafi dan mazhab Maliki, ketua Islam dan pegawai-pegawainya - yang berkuasa menuntut dan memungutnya (untuk dibahagikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya).

Mazhab Syafi'i dan mazhab Hanbali mengenai zakat harta zahir ini sama sahaja dengan zakat harta batin (seperti yang telah diterangkan pada bahagian yang lalu mengenai zakat harta batin).(13)


1. Kitab kumpulan fatwa, terbitan Jabatan Agama Terengganu (hlm. 132).

2. Iaitu orang-orang (termasuk anak yang dilahirkan) yang hidup pada masa satu saat sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan sehingga satu saat pada awal bulan Syawal - tiap-tiap tahun. (Kitab Al-Itharah, hlm. 3).

3. Termasuk jandanya yang di dalam idah talak raj'i atau ba'in yang hamil.

4. Kitab yang sama (hlm. 3).

5. Al-Muhazzab (1:177).


6. Al-Itharah (hlm. 3).


7. Al-Muhazzab (1:175).


8. Al-Itharah (hlm. 4).


9. Fiqh Al-Sunnah (1:402).


10. Kitab yang sama (1:402).


11. 'Isnad'nya Sahih.

12. Menurut kitab al-Muhazzab (1:175) ada tiga wajah dalam mazhab Syafi'i mengenai zakat harta batin.



Pertama: Yang afdhal, pengeluar zakat itu menguruskan pembahagiannya.


Kedua: Yang afdhal, diserahkan kepada ketua Islam, sama ada ketua Islam itu adil atau zalim.


Ketiga: Yang afdhal, diserahkan kepada ketua Islam kalau ia adil, kalau ia zalim, maka yang afdhal pengeluar zakat menguruskan pembahagian zakatnya sendiri.

13. Fiqh al-Sunnah (1:402).


Masalah Menyerahkan Zakat Kepada Pihak Yang Berkuasa Islam Sama ada Yang Adil Atau Sebaliknya

Masalah ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

102- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ أَتَى رَجُلٌ مِنْ بَنِي تَمِيمٍ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ حَسْبِي يَا رَسُولَ اللَّهِ إِذَا أَدَّيْتُ الزَّكَاةَ إِلَى رَسُولِكَ فَقَدْ بَرِئْتُ مِنْهَا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَمْ إِذَا أَدَّيْتَهَا إِلَى رَسُولِي فَقَدْ بَرِئْتَ مِنْهَا فَلَكَ أَجْرُهَا وَإِثْمُهَا عَلَى مَنْ بَدَّلَهَا. (رواه الإمام أحمد)

102- Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Seorang dari kaum Arab Bani Tamim datang mengadap Rasulullah s.a.w. lalu meminta penjelasan, katanya: "Ya Rasulullah, cukupkah apabila saya membayar zakat kepada utusan tuan maka dengan yang demikian terlepaslah tanggungan saya - di sisi hukum Allah dan Rasul-Nya - mengenai zakat saya itu?"

"Ia (benar)." Jawab Rasulullah s.a.w.: "Apabila engkau membayarnya kepada utusanku maka terlepaslah tanggunganmu mengenainya di sisi hukum Allah dan Rasul-Nya; selain itu engkau pula mendapat pahalanya dan (kalau ada pemungut zakat) yang menyelewengkannya maka dialah yang menanggung dosanya."(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Al-Imam Ahma

1. Al-Fath al-Rabbani (9:36). Menurut al-Alamah al-Haithami: Hadith ini juga diriwayatkan oleh al-Tabrani dan perawi-perawinya ialah perawi-perawi hadith sahih. (Kitab yang sama, 9:36).


Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:

103- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهَا سَتَكُونُ بَعْدِي أَثَرَةٌ وَأُمُورٌ تُنْكِرُونَهَا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ تَأْمُرُ مَنْ أَدْرَكَ مِنَّا ذَلِكَ قَالَ تُؤَدُّونَ الْحَقَّ الَّذِي عَلَيْكُمْ وَتَسْأَلُونَ اللَّهَ الَّذِي لَكُمْ. (رواه البخاري ومسلم)


103- Dari (Abdullah) bin Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya akan berlaku kemudian daripada zamanku perbuatan mementingkan diri dan perkara-perkara yang kamu tidak setujui." Sahabat-sahabat Baginda berkata: Ya Rasulullah, (jika berlaku yang demikian), apa yang kami akan lakukan?"


"Baginda bersabda: "Tunaikanlah hak (pemerintah Islam) yang menjadi tanggungan kamu, dan pohonkanlah kepada Allah (membuka hati pihak pemerintah) untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada kamu"(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Musl


1. Fiqh al-Sunnah (1:403) dan Nail al-Autar (4:165). Menurut huraian Fath al-Bari (16:111): Di antara hak pemerintah yang dimaksudkan di sini ialah penyerahan zakat kepadanya (apabila zakat itu dituntut) dan sedia berkorban apabila dikerah dalam peperangan jihad (menentang pencerobohan musuh).


Dijelaskan lagi dalam hadith yang berikut:


104- عَنْ وَائِلِ بْنِ حُجْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجُلٌ سَأَلَهُ فَقَالَ أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ عَلَيْنَا أُمَرَاءُ يَمْنَعُونَا حَقَّنَا وَيَسْأَلُونَا حَقَّهُمْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا فَإِنَّمَا عَلَيْهِمْ مَا حُمِّلُوا وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ. (رواه مسلم والترمذي)


104- Dari Wa'il bin Hujr r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. semasa seorang sedang bertanya. Orang itu berkata: "Bagaimana (hukumnya) Ya Rasulullah kalaulah kami berada dalam pemerintahan ketua-ketua yang menyekat hak kami dan mereka pula menuntut haknya?"

Baginda menjawab: "Dengarlah dan taatlah kamu (kepada ketua-ketua kamu itu), kerana sesungguhnya mereka bertanggungjawab terhadap tugas (sebagai pemerintah) yang mereka pikul dan kamu juga bertanggungjawab terhadap tugas (sebagai rakyat) yang kamu pikul."(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan Tirmizi)



Tugas Pemerintah Mengenai Zakat:


Zakat - meliputi zakat harta dan zakat fitrah - disyariatkan oleh Allah Taala untuk membantu orang-orang yang memerlukan bantuan, terutama kaum fakir miskin dalam masyarakat Islam(2) dan pihak pemerintahlah yang lebih layak mengendalikan pemungutan dan pembahagian zakat itu dengan cara yang sah dan sempurna.



Menurut huraian ulama', rahimahullah, wajib atas ketua Islam menghantar `amil-amilnya memungut zakat, kerana Rasulullah s.a.w. dan khalifah-khalifah Islam, sesudah zaman baginda melakukan yang demikian, dan juga kerana terdapat dalam kalangan orang ramai - pemilik-pemilik harta yang tidak mengetahui setakat mana yang wajib dikeluarkan zakatnya dan ada pula yang bakhil dan keberatan membayar zakat. .."(3)



Di negara kita, pemungutan dan pembahagian zakat, dikendalikan oleh pihak yang berkuasa Islam (raja-raja) melalui jabatan-jabatan Agama di negeri masing-masing.



Untuk panduan umum, alim ulama' menjelaskan apabila pihak pemerintah melantik 'amil-'amilnya untuk memungut zakat, maka perintahnya wajib dipatuhi(4). Kalau ada yang menyerahkan zakatnya pada pihak lain, maka zakatnya itu tidak sah. (5)


1. Nail al-Autar (4:165).


2. Menurut huraian Hujjat al-Islam al-Imam al-Ghazali rahimahullah, bahawa zakat itu bukanlah suatu "budi" dari pihak yang berada, tetapi suatu hak yang wajib ditunaikan kerana Allah semata-mata, sebagai bantuan kepada orang-orang yang memerlukan bantuan. (Ihya 'Ulumuddin, 1:231).

3. Al-Muhazzab (1:175).

4. Kitab Al-Itharah (dalam bahagian pendahuluan penyusunnya) terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.

5. Kitab kumpulan fatwa (hlm. 20) terbitan Jabatan Agama Terengganu.


Kedudukan 'Amil Dalam Islam:


'Amil atau pemungut zakat yang menjalankan tugasnya dengan cara yang baik, betul dan sempurna - diberikan penghargaan seperti yang diterangkan dalam hadith yang berikut:





105- عَنْ رَافِعِ بْنِ خَدِيجٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْعَامِلُ عَلَى الصَّدَقَةِ بِالْحَقِّ كَالْغَازِي فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى يَرْجِعَ إِلَى بَيْتِهِ. (رواه الترمذي)




105- Dari Rafi' bin Khadij r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "'Amil yang memungut zakat dengan cara yang benar, samalah (pahalanya) seperti orang yang berjihad pada jalan Allah sehinggalah ia kembali ke rumahnya."(1)



(Hadith Hasan - Riwayat Tirmizi).



______________________________




1. Tuhfah al-Ahwazi (3:307).



Sumber:JAKIM: Mastika hadis Jilid 3.

Selamat Hari Raya Idilfitri 1429/2008

Rabu, 1 Syawal 1429/1 Oktober 2008 - Hari Raya Idilfitri

SELMAT HATRI RAYA IDILFITRI- MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya kepada seluruh Umat Islam, di mana juga anda berada.

Kita akan menunaikan solat sunat Hari Raya idilfitri di masjid-masjid atau surau-surau berjemaah.Sebelum solat kita bertakbir beramai-ramai. Selepas solat kita berziaarha serta bermaafan anatar seanak saudara dan sahabat handai. Tetamu dihidankan dengan juadah atau makanan yang disediakan khas untuk jamiuan hari raya.