Khamis 22 November 2018/14 Rabiulawal 1440.
Dua berita sedih diterima tentang pemegian 2 kenalan. semalam,
21 November 2018, Dr Rahimah Abdul hamiud ynag meninggal di USM Hospital Penang Jenazah di semadikan di Felda Lurah Bilut. Bentong, Pahang pada hari semalam (Tengah hari) Allayarham merupakan seorang Pensyarah di USM dan bekas pelajar di SMK Tengku Kudin Raub pada tahun 1976 semasa saya menjadi Guru Besar Sekolah tersebut, AYH meninggal selepas mengidap serangan Kanser perut dan menerima rawatan di Hospital USM Penang.
2. Selamah binti Omar, di Kg Durian Tikue ynahg meninggal pada 11, malam (21 Nov 2018) dan disemadikan semala di Perkunjuan Tanjung Belengu.Lebak, Temerloh, Pahang. AYH dikatakan sebagai saudara persusuan semasa kecil,kerana di zaman Jepun tiada bekalan susu yang diprorehi umtuk mendapatkan susu tambahan.
Semoga kedua AYH di ampuni dosa-dosa mereka dan diberikan penempatan di Syurga yang kekal abadi.
DariMU kami dtang dan kepadaMu kami kembali,
Catatan: Jumaat, 23 November 2018
Aqidah merupakan asas yang paling penting dalam menghayati Islam. Aqidah adalah bertujuan mengesakan(mentauhidkan) Allah swt. Berasaskan aqidah yang kukuh sesorang itu akan dapat membentuk keperibadiannya dengan menjadi seorang yang beriman, berakhlak mulia serta dapat menjadi seorang mukmin yang hidup mengikut syariat yang telah ditetapkan di dalam agamanya dengan mengharapkan keredhaan dan rahmat dari Allah swt..di dunia dan juga di akhirat.
Dengan Qaidah yang dipegannya seseorang itu dapat memantapakan keimanaan didalam hati dengan meyakinkan wujudnya Allah yang Maha Esa,Hanya Allah sahajalah yang Maha Berkuasa denagan sifat-sifat-ssiat kesempurnaan (Kamaat)
Tauhid yang menjelaskan keimanan ini ada diterangkan di dlam Firman Allah yang bermaksud:
"Rasulullah swt telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannnya, dan juga orang-orang beriman, semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatnya dan kitab-kitabnya dan Rasul-rasulnya.
Mereka berkata , ": Kami tidak membezakan antara seseorang dengan yang lain dari Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi, " Kami dengar dan kami taat. Kami pohonkan keampunanmu wahai Tuhan kami dan kepadamu jualah tempat kembali'
- (Surah Al BaqarahL285)






