Tuesday, September 27, 2016

Amalan yang pertama disoal-Solat fardhu



Amalan yang pertamadoisoal..Solat
"Sesungguhnya amalan pertama yang akan dipersoalkan pada hari kiamat adalah solat. Apabila baik amalan solatnya, beruntunglah dia. Namun apabila rosak amalan solatnya, pasti dia menyesal dan berasa rugi.Apabila orang itu melakukan solat wajib secara tidak sempurna, Allah menyatakan kepada malaikat.
:"Wahai para malaikat, periksalah hamba Ku ini. Adakah mereka ada mendirikan solat sunat?.
Apabila terdapat solat sunat yang dilakukan, dapatlah menampung solat wajib yang dilakukan secara tidak sempurna itu. Begitulah keadaan amalan-amalan wajib yang lain'.
Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah saw, menerangkan,
---(Direkodkan oleh Tirmizi dan beliau mengatakan hadis ini adalah hasan)

Galakan bersolat Isyak dan Subuh Secara berjemaah

Uthman bin Affan melaporkan,

"Saya mendengar Rasukullah saw menerangkaan, 'orang yang mennaikan solat Isyak secara berjemaah, seolah-olah beliau melakukan solat separuh malam. Dan orang yang menunaikan solat subuh secara berjemaah pula, seolah-olah beliau melakukan solat sepnjang malam"

     - (Direkodkan oleh Muslim)

Dalam rekod Tirmizi, Uthman bin Affan melaporkan<

"Rasulullah saw menerangkan, "Orang yang bersolat Isyak secara berjemaah, beliau diberi pahala seperti orang yang mengerjakan solat separuh malam. Orang yang menunaikan  solat Isyak dan subuh secara berjemaah beliau diberi pahala seperti orang yang bersolat sepanjang malam"

                     - (Tirmizi menjeaskan, " Hadis ini adalah hadis hasan sahih)


Wednesday, September 21, 2016

Kelebihan surah Al- Ikhlas

Abu Sa'id al Khudri melporkana, "Rasulullah saw menjelaskan berkenaan kelebihan surah Al Ijkhlas, "Demi Allah! Sebenarnya pahala membaca surah  Al Ikhlas itu bersamaan dengan satu pertiga al Quran".

Dalam rekod yang lain dilaporkan, Rasyulullah neberangkan kepada para sahabatnya, "Adakah bsauadara semua tidak mampu memn=baca satu er tiga al Quran dalam satu malam.?

Mereka gelisah mendengar arahan Nabi itu. Mereka berkata, " Wahai utusan Allah ! Siapakah dalam kalangan kami ini  yang mampu melakukan seperti tu?" lLantas beliau berkata, "Saudara semua baca surah Al Ikhlas,  pahalanya sama seperti saudara  membaca  satu per tiga daripada Al Quran:

       -(Direkodkan oleh Bukhari).

Monday, September 19, 2016

Aqidah Islam



    Aqidah merupakan asas yang paling penting dalam menghayati Islam. Aqidah adalah bertujuan mengesakan(mentauhidkan) Allah swt. Berasaskan aqidah yang kukuh sesorang itu akan dapat membentuk keperibadiannya dengan menjadi seorang yang beriman, berakhlak mulia serta dapat menjadi seorang mukmin yang hidup mengikut syariat yang telah ditetapkan di dalam agamanya dengan mengharapkan keredhaan dan rahmat dari Allah swt..di dunia dan juga di akhirat.
    Dengan Qaidah yang dipegannya seseorang itu dapat memantapakan keimanaan didalam hati dengan meyakinkan wujudnya Allah yang Maha Esa,Hanya Allah sahajalah yang Maha Berkuasa denagan sifat-sifat-ssiat kesempurnaan (Kamaat)
    Tauhid yang menjelaskan keimanan ini ada diterangkan di dlam Firman Allah yang bermaksud:
    "Rasulullah swt telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannnya, dan juga orang-orang beriman, semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatnya dan kitab-kitabnya dan Rasul-rasulnya.
    Mereka berkata , ": Kami tidak membezakan antara seseorang dengan yang lain dari Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi, " Kami dengar dan kami taat. Kami pohonkan keampunanmu wahai Tuhan kami dan kepadamu jualah tempat kembali'
    - (Surah Al BaqarahL285)



Saturday, September 17, 2016

Sifat Taqwa kepada Allah


Pengertia Taqwa,

Taqwa bererti berlindung atau menjaga diri dari sesuatu yang merbahaya, Taqwa dalam erti nkata yang mudah bermakna takut.

Friday, September 16, 2016

Ajal dam maut itu ketentuan Allah

Firman Allah swt:

"Tiap-tiap yang bernyawa merasai mati, dan bahawa pada hari qiamat sahajalah akan disempurnakan balasankamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhi dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.

 Dan igatlah bahawa kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaranaya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang trerpedaya":
.

   - (Ali Imran : 185)

1. Tiada makhluk yang krjal. Semua akan mati bila sampai masa yang ditentukan Alla swt. Pada hari qiamat selepas matui manusiaa kan dibangkitkan hidup semula dan akan mmeneroima balasan.

2.Kita dikehendaki beramal dengan amal soleh untuk mendapat rahmat dan keredhaan allah

 di akhirat.

Sunday, September 11, 2016

Asal Kejadian Manusia

Bagaimanakah manusia itu dijadikan?

Tanpa penjelasan dari al Qurana dan hadis Nabi saw, tidak mnugkin manusia mengtahui asal,kejadiannnya, kerana Allahlah yang yang Maha berkuasa lagi Bijaksana  mencipta dan mengetahui segala-galanya mengenai kejadian mnusia yang sebenrnya.

Sebagai manusia tentulah kita ingin tahu bagai kita dijadikan sehingga igu yang mengandung kita melahurkan kita ke dunia ini.

Sesunguhnya dikumpulkan kejadian salah seorang kamu dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani sehingga terjadilah ia anak.dikumpulkan dan dijadikan segumpal darah (alaqah)  Dalam masa 40 hari .membesar dan akhirnya masa masa perlahinan masa yang ketiga menjadi sektul daging (mudhaghah).

Dalam masa pembentukan daging inilah mendapat bentuk seorang manusa menurut kehendak Tuhan dengan menlengkapkan pancaindera, dijadikan padanya alat pendengaran. pengihatan, penciuman dan ,mulut serta  dan di dalammya perut besar dan perut kecil.
Setelah berakhirnya peralihan masa 40 hari itu,maka  bila ia berumur 4 bulan lalu ditiupkan rohnya supaya ia hidup, Selepas Allah memrintahkan malakat untuk ditulis 4 kalinat mengenai rezekinya, ajalnya, amalnya kesudahan nasib dirin bahagia atau celaka,

Saturday, September 10, 2016

Rukun Islam dan Rukun Iman

Sebagaimana yang diketahui pegangan kita umat Islam di dalam beragama ialah adanya Rukun Islam dan Rukun Iman. Rukun Islam dan Rukun Iman adalah sebagaimana yang disahkan oleh Jibril  semasa Nabi  saw bertemu dengan beliau pada suatu hari. Nabi Muhammad saw telah menjawab pertanyaan Jibril dengan mengatakan Rukun Islam itu ialah:

"Islam itu ialah bahawa engkau mengakui tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Pesuruh Allah, dan engkau mendirikan solat dan engkau keluarkan zakat dan engkau puasa ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya"

Apabila Nabi saw  ditanya Jibril tentang Rukun Iman, Nabi saw mennerangkan dan selepas itu dibenarkan oleh Jibril seperti berikut.

"Iman itu ialh bahawa Engkau beriman kepada Allah dan MalaikatNya dan dan segala KitabNya dan para RasulNya dan hari Kemudian dan engkau beriman kepada Taqdir baikNya dan jahatNya"

Apabila diditanya dua perkara yang lain oleh Jibril  iaitu  tentanag Ihsan dan  Hari Qianat, Nabi saw berkata:

1 Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olahnya engkau melihatnya, tetapi jika engkau tidak melihatnya maka sesungguhnya ia melihat engkau"

2. Tanda-tanda  hari qiamat itu ialah apabila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau lihat orang-orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian,miskin, pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan."

Rukun Islam dan rukun Iman seperti yang diterangkan di atas tadi merupakan  asas segala  amal syariat yang dikaitkan dengan perkara-perkara yang menjadi cabangnya. Dengan mengamalkan dan melaksanakan Rukun Islam seseorang itu  terpelihara daripada kemurkaan Allah swt.
Dengan mmelaksana perinah yang di sampaikan seseorang Islam itu dijamin keselamatan hidupnya dan dijanjikan dengan balasan baik dan jahat bagi yang melakukannnya sebagai balasan d akhirat.. Sebagai OrangIslam kita dikehendaki berpegang teguh sebagai wahyu yang benar dan yang diredhai oleh Allah swt.


Beramal dengan niat

Amal ibadat yang dilakukan oleh sesorang itu hanya akan diterima Alah swt sekiranya amal ibadat tersebut diakukan dengan Iikhlas kerana Allah,tanpa di niat atau dirasakan perasaan kehairanan dan kekaguman atau merasa megah melakukannya.Inilah maksud hadis yang bermaksud "iaitu segala amal adalah dengan niat".Dengan memasang niat kerana Allah inilah seseorang itu akan diberikan ganjaran balasan baik atau jahat. Maksud ikhlas ialah seseorang itu melakukan taat akan perintah Allah dan tidak tidak merasakan keperluan kepada yang lain. Perasaan kerana berbangga dan merasa kesombongan atau lebaih baih baik dari orang lain akan merosakkan amal walaupun setelah dilakukan dengan tertib, sempurna dan terbaik pada kelihatan zahirnya.
inilah yang dimaksudkan ikhlas yangmenjadi jiwa sesuatu amal adan amal yabg demikian inilah yang diperintahkan Allah dengan firmanNya:
"Dan ttida dipertntahkan mereka melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan agama keranaNya, dengan menjauhi kesesatan dan (siupaya) mereka mendirikan solat dan memberikan zakat, kerana yang demikian itulah agama yang lurus"
- (Surah Al- Bayyinah: ASyat 5)
2. Selain dari merasa kesombongan dan ego melakukan ibadat, yang tidak kurang juga merosakkan ibadat sesorang itu ialah perasaan riyak. maksud riyak ialah melakukan syo=itik dengan keasaan Allah, dengan ,merasakan ibadatnya kerana takut kepada sesorang atau melakukan kerana selain daripada Allah seperti untuk mencari nama dan pujian orang atau menganggapkan kedua pihak dirasakan ketaatannya.
3. Amal yang bercampur dengan riyak atau bukan semata-mata kerana Allah menjadikan amal tersebut tidak bersih yang dianggap menipu diri sendiri dengan mengotorkan jiwa. Sebenar walau pun syirik ini nampaknya kecil, ia sudha cukup untuk mnjiak ibadatnya tidak diterima Allah swt.
4, Secara mudahnya riyak itu terjadi apabila sesorang itu melakukan amal ibadatnya untuk dipamerkan kepada orang lain atau ia meningalkan amal itu tidak dikerjakan kerana orang lain.
Like
Comment

Friday, September 9, 2016

Petikan sebahagian dari hadis dari Amir al-Mukmin Abu Umar Ibn Khatib radiyal-lahu anh. katanya  Aku dengar Rasulullah saw   bersabda:
"Hanya segala amal amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkan"...

1.Segala amal adalah dengan niat.

Niat adalah sebab pertama untuk mewujudkan atau melahirkan amal.Diterimanya amal itu atau tidak adalah kerananya., iaitu qasad yang timbul dari kesedaran hati atau jiwa untuk melakukan menurut kemahuan sendiri.Amal yang memerlukan kepada niat ialah segala amal atau perbuatan syarak  yang hendak dilakukan.dengan tujuan mendampingkan diri dengan Allah.

Menurut istilah syarak, niat ialah tergerak hati ke arah satu pekerjaan untuk mencari keredhaan Allah dan nmenyatakan perasaan tunduk dan aptuh kepada perintahNya. Inilah ynag dikatakan ikhlas atau kejujuran dalanm melaksanakan sesuatu amal

Friday, September 2, 2016

Kenali Allah, nescaya Allah mengingati mu

Maksud hadis Rasulullah saw.yang bersabda
" Peliharalah Allah nescaya engkau dapatiNya berada di hadapan engkau, menyertai dan menolong engkau. Dan kenallah Allah pada masa lapang , nescaya Ia kenal engkau pada masa susah di kala engkau sedang menghadapi perkara yang sukar."
-- (HR Tirmizi)
1. Setiap orang muslim diwajibkan mengingati Allah dan melaksanakan perintah Allah dengan beribadat dan menjauhkan perkara yang dilarangNya secara istiqamah. Dengan berbuat demikian Allah akan mengingati, mengenalinya dan menolongnya pada masa susah dan juga senang.
2. Janganlah hendaknya di masa kita kelapangan, senang hidup kita di pengaruhi dengan bemacaam-macam kemewahan sehingga kita khayal dan melupakan tanggungjawab kita terhadap Allah seperti bersolat melaksanakan tanggungjawb dan amanah terhadap sesama manusia dan tidak cuai mengingati Allah.
3. Dalam suatu hadis Rasulliullah saw yang bersabda,yang bermaksud, "Bahawa barangsiapa suka akan perkenankan Allah doanya pada waktu kesusahan, maka hendaklah ia membanyakkan doa pada waktu kelapangan".
4. Walaubagaimana sebagai seorang hamba yang lemah kita diwajibkan berdoa dengan memohon dengan qudrat Allah dengan penuh kesabaran sebarang kesusahan atau halangan yang ditakdirkan oleh Allah mencapai kemenangan dari kesusahan yang dilalui.sebelumnya
5.Firman allah swt yang bermaksud."
"Sesungguhnya beserta kepayahan da kesenangn, sesungguhnya beserta kepayahan ada kesenangan"
- (Surah An Insyirah: 5-6)

Kelebihan bulan Zulhijjah

Bagi tahun 2016,1 Zulhijjah bermula pada  Sabtu 3 September. Hari Raya Haji jatuh pada Hari Selasa 12 September.2016 berakhir pada 11 Oktober 2016

Sebagaimana kita semua sedia maklum pada bulan Zulhijjah lah umat Islam seluruh duni berkumpul di tanah suci Makkah untuh mengerjakan ibadat Haji menunaikan rukun Haji yang ke lima.Pada setiap tahun hampir 2 juta manusia mengerjakan ibadat tersebut iaitu bermula dengan wuquf di Mina dan serusnya melontar jumrah di hari  tasyrik .

2. Bagi umat Islam di tanah air mereka disunatkan bersolat jemaah iaitu solat sunat eidil Adha, Mulai terbenamnya matahari sebelum keesokan hari rayanya , Adalah disyariatkan untuk bertakbir di setiap waktu sama ada waktu siang atau malam, sehinggalah pada hari tasyrik yang terakhir aitu pada 13 Zulhijjah.

3. Majlis ibadah qurban di adakan di merata tempat kediaman terutamnya di Masjid dan surau-suru di seluruh negara. Binatang sepert lembu, kerbau, kambing dan juga unta disembelih sebagai satu ibadah mendekatkan diri kepada Allah swt. Pelaksanaan ibadah qurban masanya bermula  dari selpas solat sunat raya pada 10 Zulhijjah hingga berakhirnya hari tasyrik (terbenam matahari 13 Zulhihjjah Ia merupakan sunnah yang sangat dituntut iaitu hukumnya sebagai sunat muaakad bagi sesiapa yang berkemampuan membelanjakannnya.

 4. Sebagai amal sedekah kepada fakir miskn, hasil dari qurban sunat  hendalah dinahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagain untuk pelaku qurban, saru bahagain untuk fakir miskin dan satu bahagiannlagi untuk dibahagikan epada saudara seagama yang lain tidak kira sama ada miskin atayu kaya.Daging yang diberikan iut hendaklah dalamkeadan  mentah lagi basah kepada fakir atau miskin.

5.Bagi orang berniat melakukan korban hendaklah  mengelakkan dari memotong rambut dan kukunya sejak mulanya  tanggal 1 Zulhijjah sampai dia  melakukan koran denga menyembelih binatang yang ditetapkan.

6. Umat Islam juga disunatkan berpuasa sunat pada bulan zulhijjah atau berpuasa pada sebahagiannya, teruama padar Hari Arfah kecuali pada hari raya korban yang jatuh pada 10 Zukhijja h. Pada hari-harib tersebut umat Islam digalakkan supoaya memb]perbanyakkan zikir iaitu dengan menyebut nama-nama Allah. seperti bertahlil,



, takbir dan tahmid. Kita dianjurkan supaya mengeraskan suara dalam bertakbir ketiak berada di pasarm rumah, jalan masjid  dan lain-laiunnnya