Thursday, June 13, 2013

Menggunakan masa dengan berfaedah

Menggunakan masa dengan berfaedah:

Masa sangat berharga bagi mereka yang ingin menacri keredhaan Allah swt. Bagi yang tiada kesedaran mengingatkan kehidupan di akhirat selepas menetap sekejap di duniia fana, masa tidak memberi makna apa-apa. Mereka boleh berberbicara dengan sia-sia, melakukan perbuatan yang membuang masa tanpa memikirkan hasil yang diperolehi untuk menjadi sebahagian kebajikan akhirat dengan mensia-siakan masa . Waktu ini bagi orang yang beriman adalah kesempatan untuk beramal dan menjadi khazanah untuk bekalan amal soleh untuk akhirat.

Nabi saw bersabda bahawa ucapan subhanallah nilainya sama dengan gunung uhud. Ucapan ini menunjukkan bahawa kesempatan diam harus digunakan untuk beramal yang memberikan keuntungan atau ganjaran yang besar nilainya di sisi Allah swt. Ucapan subhanallah yang dapat diucapkan selama satu jam umpamanya akan memberikan ganjaran beribu gunung uhud. Betap banyaknya paha di sisi Allah? .Nabi saw mengingatkan supaya "orang beriman itu apabila berbicara hendaklah yang baik atau diam". Oleh itu jauhkan diri dari melakukan kemaksiatan dan sia-sia, sebaliknya menggunakan masa dengan berfaedah dan mendatangkan kebaikan untuk bekalan akhirat.

Masa yang digunakan untuk berfikir mengenai keselamatan umat adalah lebih utama ,memandangkan berfikr sesaat , pahalanya sama dengan 70 tahun ibadah. Sebaliknya rugilah sekiranya berfikir untuk menghancurkan sesama sendiri. Yang berfikir tentang kebesaran Allah,diberitahu oleh Nabi nilainya sama dengan ibadah satu tahun, Yang brfikir tentang negeri akhirat dan segaa balasannya mendapatkan nilai sama dengan ibadah tujuh tahun.

Baca dan fahamilah isi Al Quran

Dari Ubaidah al Mulaiki r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,

"Wahai ahli-ahli Quran, janganlah kamu menggunakan Al Quran sebagai bantal dan bacalah Al Quran dengan sebenar-benarnya bacaan pada malam dan siaang hari, sebarkanlah ia, bacalah ia dengan suara yang merdu, dan fikirkanlah isi kandungannya ! . Mudah-mudahan kamu beruntung. Janganlah kamu meminta disegerakan upahnya (di dunia), kerana ia mempunyai ganjaran (di akhirat)".

- (HR. Baihaqi) 

Di antara isi yang dapat difahamkan dari hadisnini ialah:

1. Al Quran hendaklah dibaca setiap masa sebagai zikirullah. Setidka-tidaknya pada masa yang tertentu seperti selepas slat loima waktu atu masa yang diahskan untuknya. Kita seharusnya menghormati Al Quran yang mulia dengan meletakkan di temapat yang tinggi lagi bersih dari keklotoran.

2. Membaca Al Quran dengan penuh rasa cintga dengan menjaga adab bacaan di samping membacanya dengan kaedah bertajwid fasih lagi tartil.

3. Menjadi tugas dan tanggungjawab kita menyebarkan isi dan pengajaran darin Al Quran dengan apa cara sama ada dalam perbualan, tulisan,ceramah, perbuatan dan menggalakkan pembelajaran Al Quran kepada mereka sama-a da kanak-kanak mahu pun dewasa.

4. Bacalah Al Quran dengan suara baik, merdu dan fasih laginbertartib.

5. Memahami maksud ayat quran yang dibaca dan mempelajari perkara-perkara yang berkatain seperti hukum, kaedah dan pengajaran daripada al Quran darpada kitab-kitab yang dituis oleh para ulamak untuk lebih memahami isi kandungannnya.

6. Amalan membaca dan mempelajari isi kandungan Al Quran adalah tuntutan untuk melaksanakan perintah Allah. Janganlah mengharapkan dengan membaca mempelajarial quran kita hendakkan bayaran atau upahnya di dunia. Ganjaran sebenar adalah pahala yang lebih besar di akhirat.
.

Wednesday, June 12, 2013

Mengingati mati

Firman Allah swt dalam surah Luqman: 34 yang bemaksud:

[34]

" Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya."

Apakan pengajaran yang dapat kita renungkan daripada ayat dia atas:

1. Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui segala-galanya...mengenai Hari qiamat, hal yang berlaku akan datang, kandungan rahim seseorang, kematian dll.

2. Tanggungjawab kita terhadap Allah adalah berlumba-lumba melakukan kebaikan dan perintah Allah, kerana Allah tanpa diabai atau diatngguhkan.

3. Marilah kita melakukan taubat memohon keampunan Allah sebelum ajal menjemput kerana pintu taubat tertutup bila sampainya ajal kita.

4. Tiada siapa yang tahu bila datangnya maut. Yang pasti tiap-tiap diri pasti akan merasai mati. Mengingati mati itu penting, supaya kita dapat melakukan amal soleh yang diperintah dan diwajibkan kepada kita, dan sentiasa bersedia untuk menemui Allah dengan hati bersih dari segala doas zahir dan juga batin.

5. Oleh itu hendaklah kita menjadikan diri kita seorang yang sentiasa beristiqamah dengan bertaqwa kepada Allah untuk mendapat keredahaan Allah dan Allah redha kepada kita.

Firman Allah dalam surah An-Nahl: 32 yang bermaksud:

"Orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mangatakan kepada mereka "salamun alaikum" (Selamat sejahterlah atas kamu) masuklah kamu ke dalam syurga itu 

Monday, June 10, 2013

Menjelang bulan Ramdhan 1434 H/ pada 10 Juai 2013

Hari ini , Selasa 10hb Jun, bersamaan 1hb Syaaban 1434 H, mengingatkan kita bulan Ramadhan akan menjelang sebulan lagi. Kaum Muslim akan melakukan ibadat puasa ramadhan yang difardhukan sepanjang ramadhan. Bagi kebanyakan kaum Muslim, bulan ramadhan memang ditunggu-tunggu ketibaanya, kerana pada bula itulah kita dapat beribadat sepenuhnya dengan bukan sahaja berpuasa malahan juga melakukan amalan-amalan yang lain seperti bersolat terawih, bertaddarus al Quran, bersedeqah memberi makan orang berpuasa, melakukan berbagai solat sunat dan amalan-amalan yang lain bersempena dengan bulan ramadhan yang penuh barakah ini. Pada bulan ini juga sahajalah adanya terdapat satu malam  "Lailatul qadar" yang lebih baik (nilainya) dari seribu bulan.

Antara kelebihan dan keistmewan bulan ramadhan ialah, jika kita melakukan amalan sunat , maka pahalanya seolah-olah ia melakukan amalan fardhu pada bulan yang lain. Begitu juga jika kita melakukan amalan fardhu, maka kita akan dibalas pahala seolah-olah melakukan 70 amalan fardhu pada bulan yang lain.

Pada bulan ini menuntut kita banyak bersabar dengan ibadat puasa yang kita lakukan. Inilah dianggp bulan kesabaran dan ganjaran bagi kesabaran yang sejati adalah syurga. Pada bulan in kita dididik dan dituntut supaya mempunyai sifat simpati kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin dan mereka yang dalam keadaan serba kekurangan seperti ditimpa musibah dll.,.

Pada bulan ramadhan ini jugalah rezeki orang-orang beriman ditambah, Sesiapa yang memberi makan (untuk berbuka puasa), Allah membalaskan kepadanya keampunan terhadap dosa-dosanya dan dibebaskan dari api neraka jahanam. pemberi makan orang berpuasa juga akan memperolehi ganjaran (pahala) yang sama sebagimana orang yang berpuasa tadi tanpa sedikitpun mengurangi pahala orang yang berpuasa itu.

Bulan yang penuh barakah ini menjanjikan Allah menurunkan rahmat pada sepuluh hari pertamanya. Sepuluh hari pertengahannya Allah memberi keampunan, dan pada hari sepuluh yang terakhir Allah membebaskan hambaNya dari api neraka jahanam.

Kita dituntut bagi mendapat keredhaannya supaya kta membaca kalimah Thayibah dan istighfar sebanyak-banyaknya. Juga kita dikehendaki memohon dengan berdoa  kepada Allah agar dimasukkan ke syurgaNya dan mohon perlindungan dari api neraka jahanam.

Kelebihan bersedeqah seperti mmemberi minum kepada orang berbuka puasa, maka Allah akan memberinya minum dari telaga (Haudh) yang sekali minum saja dia tidak akan merasakan dahaga lagi sehingga dia marmasuki syurga.

Selamat beribadah puasa di bulan ramadan al mubarrak.

Walluhi 'alam.

Sunday, June 2, 2013

Solat dapat mententeramkan jiwa dari kesedihan dan kesulitan

Firman Allah swt dalam surah Al baqarah  153.

''Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat,,,"

1. Solat dapat mententeramkan jiwa dalam keadaan ketakutan, kesedihan, kerisauan. Sabda Nabi saw kepada Bilal.

"Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat" .
 - (Al Hadis)

Segeralah memohon pertolongan Allah dengan mendirikan solat dengan khyusu'. Begitulah caranya kita dapat mencari jalan keluar, sehingga kekuatan, semangat dan tekad hidup pulih kembali.

Solat berjemaah di masjid atau surau dapat menjadikan jiwa yang keluh kesah menjadi tenteram, dan akan selamat daripada himpitan hidup.Jelaslah bahawa sesorang itu tidak ada jalan lain melainkan mendekatkan diri kepada Allah  bagi mencapai ketenagan dan ketenteraman jiwa dalam hidup ini.

Kelebihan menunaikan fardhu solat ialah sebagai pengangkat darjat diri kita di sisi Allah swt. Seterusnya dapat menjadi pengubat yang paling mujarab untuk mengubat pelbagai kesedihan dan berbagai macam penyakit yang dideritai.

Rugilah mereka yana tidak menunaikan solat daa menjauhi masjid dan merekalah orang yang sentiasa dalam keadaan yang tdak tenteram, dalam kesusahan dan penderitaan yang tidak kehabisan.

Firman Allah Suarah Muhammad: 8 yang bermaksud,

".... maka kecelakaan bagi mereka dan Allah menghapuskan amal-amal mereka".