Sunday, February 24, 2013

Taqwa, jihad, Zikrullah serta membaca Al Quran, dan menjaga lidah

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a.berkata: Seorang

datang kepada Nabi saw dan berkata: Ya Rasulullah, nasihatlah aku. Sabda Nabi saw:

"Jagalah taqwa, sebab taqwa itu menghimpun  segala kebaikan. Dan kerjakan jihad sebab dia sebagai

pertapaan bagi umat Islam. Dan lazimkanlah zikrullah dan membaca  Al Quran., sebab ia cahaya penerangan

untukmu di bumi, dan sebutan namamu di langit. Dan jagalah lidahmu kecuali dalam kebaikan, sebab dengan

itu dapat mengalahkan syaitan.".

.Abu Laits berkata:
1. Taqwa kepada Allah ialah memgerjakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya, maka siapa yang berbuat demikian bererti telah menghimpun semua kebaikan.

2. Dan jagalah lidahmu dalam kebaikan bererti katakan yang baik sehingga untung, dan diamlah dari kejahatan sehingga selamat. Dan manusia tidak dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam, kerana itu seharusnya seorang Muslim menjaga lidahnya sehingga terlindung dari syaitan,. dan Allah akan menutup auratnya.

Sabda Nabi saw yang bermaksud:

"Siapa yang percaya (beriman) kepada Allah dan hari kemudian, maka harus menghormat tamunya dan harus memuliakan tetangganya dan harus berkata baik atau diam".

Thursday, February 21, 2013

Kelebihan berwudhu dan solat sunat wudhuk

Abul-Laits  Assamarqandi dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra. berkata:L ketika selesai sembahyang subuh Nabi saw bersabda kepada Bilal:

"Ceritakan kepadaku amal yang terbaik yang engkau lakukan dalam Islam, kerana semalam saya mendengar suara sanadalmu di syurga? Jawab Bilal: Tidak ada amal yang lebih baik yang dapat saya kerjakan dalam Islam selain dari tiap-tiap saya berwudhuk siang atau malam melainkan saya gunakan sembahyang berapa yang ditaqdirkan untukku oleh Tuhanku. Dalam lain riwayat: Tiada saya berhadas melainkan saya membaharui wudhuk dan tiada berwudhuk melainkan saya sembahyang dua rakaat".

Sunday, February 10, 2013

Khalifah Umar Ibn Khattab yang prihatin

Sudah menjadi kebiasaan Umar ibn Khattab, di waktu malam beliau akan meronda keliling kota dan kampung untuk melihat secara langsung keadaan rakyatnya.

Suatu malam, Umar mendengar tangisan kanak-kanak dari sebuah pondok yang sangat sederhana. Lalu Umar menghampiri pondok tersebut dan mencuba untuk melihat apa yang terjadi.

Beliau mendengar ibu kanak-kanak tersebut seperti sedang memasak sesuatu.

Kanak-kanak tersebut yang awalnya menangis, sayup-sayup berhenti melihat ibunya sedang memasak. Namun masakannya tidak masak-masak sehingga anaknya itu tertidur dalam kelaparan.

Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Wanita itu mempersilakan tetamunya untuk masuk tanpa dia mengetahui bahawa tetamu itu adalah Khalifah Umar ibn Khattab.

Umar bertanya tentang kehidupan wanita itu. Wanita itu mengadu bahawa dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan. Apabila anaknya menangis ingin makanan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa biji batu ke dalam periuk. Melihat keadaan itu, anaknya diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.

Wanita itu mengadu dan mengutuk Khalifah Umar kerana tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Mendengar kutukan wanita itu, Umar terdiam sejenak. Kemudian, dia memohon diri meninggalkan pondok wanita itu.

Dalam kegelapan malam, Umar berjalan menuju ke Baitul Mal (tempat menyimpan kekayaan negara) lalu beliau mengambil sendiri beberapa karung gandum dan dipikulnya untuk dihantarkan ke pondok wanita itu.

Salah seorang pekerja bawahannya yang melihat beliau memikul karung gandum itu cuba meminta Umar untuk menyerahkan karung itu untuk dibawakan. Namun Umar berkata, "Mahukah engkau nanti memikul dosa-dosaku di akhirat?" Mendengar perkataan Umar, lelaki itu tidak berani untuk membantu sang khalifah.

Sampai di pondok wanita itu, Umar memberi salam dan masuk ke rumahnya untuk yang kedua kali. Beliau mengambil sedikit gandum dari karung tadi lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya.

Wanita itu masih belum sedar bahawa orang yang datang membawa gandum dan memasak untuk mereka itu ialah khalifahnya sendiri. Setelah siap, Umar sendiri menghidangkan makanan untuk wanita dan anaknya. Mereka makan dengan penuh kebahagiaan.

Melihat mereka gembira, Umar merasa amat senang. Lalu dari mulut wanita tersebut berkata. "Kalaulah Sayyidina Umar berbuat begini, alangkah baiknya..," kata wanita itu tanpa menyedari orang yang berada di hadapannya adalah Sayyidina Umar sendiri.

Masih adakah pemimpin seperti ini sekarang? Pemimpin yang sanggup meronda seorang diri pada waktu malam untuk mendengar sendiri keluh-kesah rakyatnya, yang sanggup memikul karung gandum dan memasak sendiri untuk rakyatnya.

Beliau adalah salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang berani, tegas dan kental. Sebelum masuk Islam, beliau adalah orang yang paling kuat menentang Muhammad S.A.W tetapi selepas memeluk Islam, beliau menjadi salah seorang pembela Nabi Muhammad S.A.W.

Renung-renungkanlah wahai saudara-saudaraku...

(Dengan ehsan Ust Yusof Osman drp Facebook yang ditulis pada 10 Feb 2013)

Kelebihan Al Quran

Dari Othman ra, Rasulullah saw bersabda, " Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya".

                                                       -    (HR Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasi, Ibnu Majah)

1. Al Quran ialah merupakan kitab panduan untuk umat Islam. Mempelajari dan menyebarkannya isi kandungannya adalah sama dengan menegakkan syariat Islam. Oleh itu  sama ada mengajar atau belajar Ql Quran adalah sangat dituntut dan diberi ganjaran yang sama di sisi Allah swt. Memahami dan mengetahui  maksudnya adalah sebaik-baikannya supaya dapat mengamalkannnya. Sedangkan ynag terendah adalah sekadar mempelajari bacaannya sahaja.

2. Kedudukan Al Quran adalah lebih tinggi daripada ilmu-ilmu yang lain, kerana membaca dan mengajarkan lebih utama daripada yang lain  hari qiamat dari segi pahala dan pentingnya mengamalkan kandungannnya. Dalam Syarah al Ihya diterangkan bahawa di antara golongan yang akan mendapatkan  naungan Arasy pada hari qiamat yang penuh ketakutan iaitu orang yang mengajarkan al Quran kepada anak-anak, dan orang yang mempelajari al Quran pada masa kanak-kanak serta ia terus menjaganya hingga masa tua.

3. Orang yang sibuk dengan menghafal, mempelajari atau memahami al Quran sehingga tidak sempat berdoa, maka Allah akan memberinya sesuatu yang lebih utama daripada ia berikan kepada orang yang berdoa.

4. Kelebihan orang yang sibuk membaca Al Quran, Allah juga  akan mengaruniakan kepadanya pahala yang lebih baik daripada orang yang selalu bersyukur.

5. Sebagaimana Maksud hadis, dari Abu Sa'id ra berkata, Rasulullah saw bersabda:

"Allah berfirman, "Barangsiapa yang disibukkan oleh Al Quran daripada berzikir kepadaKu dan memohon kepadaKu, maka aku berikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada yang Aku berikan kepada orang-orang yang memeohon kepdaKu. Dan keutamaan kalam Allah di atas  seluluruh perkataan adalah seumpama keutamaan Allah atas  makhlukNya".

   (HR.  Tirmizi, Darami dan Baihaqi).

Sunday, February 3, 2013

Jadikanlah ulamak sumber ketaqwaan ajaran Al-Quran dan Sunah

Allah swt ada menasihatkan supaya kita mengikuti ajaran dan dekat dengan para alim ulamak, yang bertaqwa dan taaat kepada perintah Allah dan tidak mengejar dunia yang mengejar kebendaan semata-mata. Kita hendklah menjauhi mereka yang lalai dan tidak mengamalkan al Quran atau yang hanya mengikut hawa nafsu dan berkelakuan yang melampaui batas.

Ini dijelaskan dalam Surah Al Kahfi, ayat 28, yang bermaksud:

28." Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui 

Adakah kita menafaatkan masa dan usia kita?


Bagaimana boleh kita menafaatkan MASA?

1. Waktu atau masa dapat dilihat sebagai sia-sia atau umur menjad sia-sia jika semasa hidup di dunia masa itu tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya. Masa berlalu mengikut jadual dari saat hinggalah perkiraan tahun dan ia akan menentukan berapa lama kita telah menggunakan masa semasa hidup kita.

2. Dari segi kehidupan di dunia yanag amalannya akan menjadi bekalan hidup di akhirat, sesaat masa yang tidak dimanafaatkan untuk dijadikan bekalan hidup di akhirat, bermakna kita telah mensesiakan masa dengan berlalunnya masa dengan tidak melakukan sesuatu yang bernilai di sisi Allah yang akan menyediakan kehidupan yang kekal abadi di akhirat.

3. Firman Allah swt dalam sural Al-"Ashr (Surah ke 103)

1.  Demi Masa!


2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -


3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

4. Membazirkan masa lebih buruk kesannya daripada membazirkan wang ringgit. Masa yang dibazirkan tidak dapat di gantikan dengan masa yang sudah berlalu. Sebaliknya wang ringgit boleh di ganti degan berusaha mencari apa yang telah hilang.  Tetapi masa yang berlalu dengan membazir tak mungkin dapat ditebus semula. Samalah jika dilihat usia yang berlalu tidak akan dapat diganti lagi untuk menjadi muda semula.

5. Jika kita dapat merenungkan betapa ruginya walaupun sesaat waktu yang kita bazirkan dengan sia-sia, tanpa mempeoleh kebajikan dan faedahbut., kita akan insaf bahawa sebenarnya kita  telah tertipu dalam masa tersebut kerana dari segi manfaat untuk akhirat kita tidak menambahkan amal ibadat sebagai bekalan di akhirat nanti.

5. Pembaziran masa yang  tidak digunakan ke jalan Allah dengan melakukan ketaatan perintah dan kehendak Allah akan menyebabkan jauhnya kita dari Syurga Allah. Ini akan kita rasai penyelasannya di akhahirat kerana masa berlalu dengan sia-sia.

  Sabda Rasulullah saw, yang diriwayat oleh Abu Hurairah ra yang bermaksud:

               "Tidak duduk suatu kaum di majlis di mana mereka tdak mengingat Allah di dalamnya melainkan majlis tersebut akan merupakan kecacatan atau penyesalan ke atas mereka. Tidak berjalan seseorang lelaki dalam satu perjalanan di mana ia tidak mengingat Allah di dalamnya, melainkan perjalanan tersebut akan merupakan kecacatan atau penyesalan ke atasnya. Tidak berbaring seseorang lelaki di mana ia tidak mengingat Allah di dalamnya, melainkan perbuatannya tersebut akan merupakan kecacatan atau penyesalan ke atas mereka".

6. Dengan menginsafi bahawa masa itu begitu penting untuk mengingati Allah, sewajarnyalah setiap saat dari usia kita supaya dapat memberi manafaat kepada diri kita untuk hari akhirat.

7. Bagi mereka yang insaf penggunaan masa yang bernilai ini, mereka akan menggunakan masa dengan sebaik-baik untuk mengingati Allah seperti berzikir dan bertasbih, dengan cara  memperbanyakkan membaca al Quran seperti mengisi masa lapang, dalam perjalanan atau semasa duduk dan berbaring. Merekan tidak akn menggunakan masa untuk berhibur, bermain atau betrsiar tanpa memikirakan masa tersebut boleh memberi feaedah ynag lkebih besar di sisi Allah dengan melakukan amalan kebaikan yang dituntut seperti berzikir atau banyak mengingati Allah.

8. Supaya kita tidak mensesiakan masa, kita haruslah menafaatkann masa dan waku itu supaya kita tidak menjadikan pendengaran dan lisan itu menjadi kosong dari memperbuatkan kebajikan selagi kita dalam keadaan waras dan mampu untuk berfikir atau dalam keadan jantung masih berdenyut.

9. Marilah kita berusaha untuk mempergunakan masa atau waktu yang masih ada dalam keadaan kita diberikan kesihatan dengan  bersegera untuk melakukan kebaikan bagi menambahkan amal soleh dan kebajikan dengan melakukan zikrullah, membaca Al Quran, membaca kitab-kitab yang bermanafaat, bersilaturrahiom, berdakwah ke jalan Allah dan seumpamanya, selain dari melakukan tugas untuk mencari nafkah dengan cara yang halal. Gunakanlah masa untuk rehat yang diharuskan yang tiada unsur membazirkan masa yang sangat berharga tersebut, dengan membetulkan  niat untuk berehat supaya dapat melakukan ketaatan selepsanya dan dikira sebagai amalan juga.