Monday, May 28, 2012

Isnin, 28 Mei 2012/ 7 Rejab 1433.

Dari Aisyah radhaiallahu 'anha., katanya,
"Rasulullah saw bersabada:
"Barangsiapa yang mengada-adakan dalam pekara agama  kita ini akan sesuatu yang semestinya tidak termasuk dalam agama itu, maka hal itu wajib ditolak."

                                                                -(Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat Imam Muslim  disebutkan: Rasululllah saw bersabda:

"Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amalan yang atasnya itu tidak ada perintah kami, maksudnya perinth agama, maka amalan itu wajib ditolak".

Keterangan:

1. Wajib ditolak ertinya sama seklai tidak boleh dietrima, kerana merupakan al ynag bathil, sebab memang tidak termasuk urusan agama, tetapi diada-adakan sendiri oleh manusia.

2, Ini adalah soal keibatan.Kalau dalam urusan keduniaan, maka Nabi saw sendiri telah memebri kebebasan untuk mengikhtiarkan mana yang terbaik dalam anggapan kita, asalkan tidak melanggar hal-hal yang diharamkan oleh Allah.

Monday, May 21, 2012


Isnin, 21 Mei 2012.


Antara amalan harian yang perlu diamalkan bagi mendapat keredhaan Allah ialah:


1. Solat Tahajjud di waktu tengah malam – tanda kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 

2. Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 

3. Solat berjemaah di Masjid/surau - Terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan dan tempat paling suci sebagai rumah Allah.

4.Solat Dhuha- Amalkan solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 


5. Berbuat infak/bersedekh sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 


6. Dalam berkeadaan wudhu setipa masa. Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 


7. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 


8. Banyakkan berzikir kepada Allah. Ingat kepada Allah sebagai tanda bersyukur. Jika kita kurang berzikir pula kita tidak bersyukur kepada nikmat Allah yang kita terima.  Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling baik dan dengan zikir dapat menjauhkan dari pelbagai maksiat yang merosakkan iman kita.

 

Tuesday, May 15, 2012

Selasa 15 Mei 2012./23 Jamadilakhir 1433


Perkara-perkara yang membawa kepada mandi wajib

 

Mandi wajib atau pun mandi junub wajib di atas orang Muslim untuk membersihkan dir inya daripada hadas besar.



Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja.

Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.

Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

 

 

Seeorang itu hendaklah mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut.

1. Jimak iaitu melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.

2. Keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj. Begitu juga keluar air mani kerana bermimpi .

3. Keluar darah Haid bagi wanita.

4. Nifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak (Wiladah)

5. Wiladah - wanita yang melahirkan anak.

6. Mati.

7. Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.

 

Rukun mandi ada tiga perkara meliputi

1. Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)

2. Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.

3. Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

 

Keterangan:

1. Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain "nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbari janabati fardlal lillaahi ta'aalaa" (Ertinya: Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala)

Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.

Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.

2. Cara mandi wajib

Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak.

Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah ra.,

“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya”

                                   - (HR. Al Bukhari dan Muslim)

3. Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.

1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .

2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.

3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.

4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.

5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.

6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.

7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.

8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.

9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.

10. Membasuh kaki.

Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.

Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.

Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Wallahu 'alam.

Monday, May 14, 2012

Isnin 14 Mei 2021.

Firman Allah swt  yang bermaksud:

" Katakanlah: Tiap-tiap orang berbuat amalan menurut keadaanya masing-masing. Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannnya."

                                                                    -  (Surah Al Isra: 84)
Sabda Nabi saw:

"Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranya dengan wajah yang senyum dan riang"

                                                -(HR Ahmads dari hadis Jabir)..aha kebaikan ynag dilakukan oleh seseorang it

Pengajaran:

1. Seseorang itu boleh berjuang ke jalan Allah dengan pelbagai cara mengikut keadaan dengan saling melengkapi antara bidang nasing-masing.

2. Jangan sampai kita beresifat ujub sehingga usaha kebaikan seseorang itu  di perkecil atau diperlekehkan.

3. Di sisi Allah akan dinilai sejauh mana ia dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan ikhlas.

4. Jauhi sifat suka mencela untuk mengutuk kerja dan usaha baik orang lain yang menyebabkan kita berdosa dan boleh menyebabkan orang menjauhjakan diri dari Islam dan hidayah Allah.


Thursday, May 10, 2012

Khamis, 10 Mei 2012

Wednesday, May 9, 2012

Rabu, 9 Mei 2012

Al- Husain bin Ali ra, mengatakan bahawa Nabi saw bersabda:

"Tiada seorang Muslim yang ditimpa musibah, kemudian setelah lama teringat kembali, meskipun sangat lama masanya, kemudian ia membaca kembali; "Inna  lillahi wa inna ilaih raa ji'uun", melainkan Allah akan memperbaharui keadaan itu lalu diberinya pahala seperti pada waktu menderita pertama kalinya.

                                                      -- (HR Ahmad, Ibnu Majah)

Wednesday, May 2, 2012

2 Mei 2012/ 5 Jamadil akhir 1433

Tuesday, May 1, 2012