Thursday, April 26, 2012

26 April 2012

Wednesday, April 18, 2012

Amalan hari sebagai senarai semak

Sebagai seorang Muslim tentu kita berminat untuk tahu bagaimana kita dapat beamal seebagaimana yang dikehendakki dalam agama sebagai seorang Islam.

Sebagai senarai semak Jadual amalan harian untuk rujukan bersama di bawah ini kalau dapat kita laksanakan tentulah dapat kita merasakan kenikmatan beramal untuk mendapat keredhaan Allah setiap hari dalam hidup kita. Ini sebagai sebahagin daripada panduan yang boleh digunakan dan tambahlah dengan amalan seperti doa dan amalan kebajikan yang baik.

1.4.30 am -Bersyukur setelah bangun tidur.
Doa selepas wudhuk
Siolat Sunat Wudhuk.

2. 5.00 am- Lakukan sllat tahajjud 2 rakaat sekurang-kurangnya>

3. 5.45 am- Cuba solat subuh di masjid, niat iktikaf, solat tahiyaatul masjid, menjawb seruan azan, solat sunat subuh dan dapatkan saf pertama/di hadapan.

4. 6.15am-Baca istighfar lepas solat, zikir, ayat kursi. doa dan doa keampunan untyk semua orang islam. Zikir subhanallah wabbihamdii ‘adada khalqihi…” 3x atau 9 kali.

5. 6.45-Baca “Qulhuallahu Ahad” 3X atau 9 X, selawat 3x atau 9 x. baca beberapa surah al Quran.

6. 7.30am- Cuba tunggu hingga terbit matahari untuk solat Isyraq.

7. 7.40am- Solat dhuha dan baca surah Al Waqiah

8. -Banyak bersyukur , teruama selpeas makan, pagi, petang dan malam

9. -----memberi salam kepada keluarga dan teman-teman di pagi hari.

10. 8.00am-Niatkan bekerja, dan apa sahaja tugas harian kerana Allah Ta’ala, mencari rezeki yang halal. jauhkan mendengar umpatan, fitnah dan ,menzalimi hak orang lain,Ingat kelebihan akhla yang baik.

11. Menolong orang perlukan bantuan.

12. Zikir “tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan Lahaula wala Quwwata…” jika di dalam kenderaan.

13. 1;30pm- Cuba solat zohor di masjid berjemaaah. Jika tidak sempat , solat asar di masjid.

14. Kelebihan hati yang sentiasa ingakan masjid, hulurkan derma untuk masjid, banyakkan langkah ke masjid. Jika ada solat jenazah, ikut sekali.

15. Cuba ketepikan RM5 setiap hari umtuk membantu orang Islam yang susah, atau untuk tujuan dakwah.

16. Petang — Jika dapati ada teman berpuasa, den beri makan kepadanya.

17. 7.30 pm- Cuba solat maghrib, terutama isyak di masjid berjemaah, menjawb azan.

18. Cuba hadir kelas ilmu di masjid.

19. Pulang-memberi salam kepada keluarga dan didik anak menjadi anak yang soleh

20. Jika ditimpa sakit atau musibah - bersabar dengan dugaan hidup.Jangan lupa membaca doa ketika ditimpa musibah.

21. Tanamkan kepada keluarga cinta kepada Rasululhah saw

22. 11.00 pm- Solat sunat witir sebelum tidur jika tidak solat tahajjud malam. Doa sebelum tidur dan niatkan tidur untuk rehat bagi ibadah esok hari’

23. Mahasabah diri sebelum tidur. “Adakah anda telah melakukan perbuatan dan perkara-perkara yang merosakkan amalan pahala di hari akhirat?
18 April 2012

Firman allah swt:


10. Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
                                                                                                                                                                                             -                                 - (Surah Al Fatir:10)

Monday, April 16, 2012

16 April 2010

Abu Hurairah r.a.  mengatakan bahawa Rasulullah saw,  bersabda:
"Siapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu agama yang diketahuinya, kemudian ia  menyembunyikannya, maka akan dikendalikan di hari kiamat dengan kendali dari api neraka"

     -(HR Abu Dawud, at Tirmizi)

Saturday, April 14, 2012

Kelebihan bersabar

Sabtu, 14 April 2012.

Firman allah swt di dalam Sura az Zumar: 10 yang bermaksud:



"Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.

1. Orang yang bersabar akan dapatr penghormatan dari Allah swt, baik selama di dunia mahu[un di akhirat kelak. Untuk melaksanakna kebajikanb du dunia dan aklhirat memerlukan sifat sabar, yakani tahan diuji dan menguatkan azam tidak dipengaruhi dengan melakukan sifat mengikut hawa nafsu.

Sabda Rasulullah saw:

"Tidak ada pemeberian Tuhan yang lebih luas dan lebih baik seperti yang diberikan kepada orang-orang yang bersabar".

2. Benteng yang menjadikan seseorang itu bersabar ialah sentiasa mengingati bahawa kesusahan, musibah dan kesuitan itu datannya dari Allah swt dan telah menjadi ketentuan Allah yang tertulis di Lauhul mahfuz. Berlaku keluh kesah , berdukacita yang berterusan menjadi tidak bermanafaat sama sekali, bahkan boleh menendatngan bahaya yanag menyebabkan perasaan terganggu kerana tidak dapat dikawal sehingga terhalang dari beribadat serta ingat kepada Allah dengan mengikutkan perasaan sendiri.

Dengan banyak megigati kebesaran Allah dan memahami bahawa sabar mempunyai ganjaran yang tersendiri iaitu pahala dari Allah swt, yang diberikan ganti ynag teramat besar dari sisiNya.

Firman Allah swt dalam Surah Al Furqan: 75

"Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya".

3. Firman Allah yang lain dalam Surah Ali Imran: 146

"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar"

Di antara keuntungan orang yang bersabar adalah dicintai Allah Taala.

Tuesday, April 10, 2012

10 April 2012

Sunday, April 8, 2012

Ahad, 8 April 2012

Friday, April 6, 2012

Jumaat 6 April 2012

Wednesday, April 4, 2012

Rabu, 4 April 2012

Tuesday, April 3, 2012

3 April 2012

Sunday, April 1, 2012