Friday, March 30, 2012

Bertaqwa, besifat dan berkata benar

Firman Allah swt dalam surah At Tawbah , ayat 119:

“Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertataqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar”

Huraian: Kebenaran itu adalah senjata yang paling ampuh, pasti dizahirkan kesudahannya.

Abu Laith al-Samarqandi ra berkata bahawa Nabi saw telah menyimpulkan semua kebaikan dalam enam perkara:

1. Berkata benar,meliputi ucapan tauhid , iaitu benar-benar setelah mengucap kalimaha, Laailaha illallahh, benar terhadap allah swt dan juga benar terhadap manusia.

2. Menepati janji sama ada terhadap Allah atau terhadap sesama manusia, iaitu janji taat sampai ke akhir hayat kepada Allah dan baik kepada sesama manusia.


3. Menunaikan amanat. Amanat kepada Allah swt berupa kewajipan-kewajipan yang diwajibkan ke atas semua hamba dan amanat daripada sesama manusia.

4. Menjaga kemaluan daripada semua yang syubahat dan haram., dan memlihara jangan terlihat orang lain. Ini kerana Nabi saw telah mengutuk orang yang melihat dan yang dilihat.

5. Pejamkan matamu daripada aurat sesama manusia atau kecantikan wanita yang haram, dan jangan tamakkan dunia.

6.Jagalah tanganmu daripada segala yang haram, baik berupa harta atau lainnya..

Thursday, March 29, 2012

Allah cinta pada hambaNya yang taat melakukan yang Wajib dan sunat

Allah mencintai hambanya yang istiqamah dalam mengerjakan yang wajib dan meninggalkan yang ditegah. Allah juga mencintai hambanya yang mengerjakan "tatawwu'" dan mengerjakan yang "nawafil" (perkara-perakara yang disunatkan) semuannya ini telah digambarkan oleh Nabi Muhammad saw dalam hadis Qudsi yang bermaksud:

"Seseorang hamba akan sentiasa mendekatkan dirinya kepada Ku dengan (mengerjakan) nawafil (amalan sunnah) sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya, Akulah pendengarannya yang dia dengar, Akulah penglihantanya yang dia lihat, Akulah tangannya yang dia pegang dan Akulah kakinya apabila dia berjalan".

- (HR Bukhari)

Wednesday, March 28, 2012

Bertambahan Iman dan mendapatkan ketenangan jiwa melalui Al Quran dan amal soleh yang lain.

Firman Allah swt dalam Surah Al Anfaal:

Ayat 2: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Ayat 3:Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang... mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

Ayat 4: Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).

Huraian:

Sebagai mokmin kita hendaaklah menjadikan Al Quran teman ynag terbaik dengan berinteraksi dengannya, sama ada dlam bentuk bacaan, mendengar, mengkaji dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Melalui berinteraksi dengan Al Quran, seseorang itu dengan mendengar bacaan Al quran sahaja sudah membuat keimanannya bertambah, bukan sahaja sekadar ketenangan jiwa sebagaimana ayat 2 di atas.

Orang-oranag yang menghampirkan dirinya dengan Allah bersolat, mengeluarkan zakat serta ibdat-ibadat yang lain akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi , keampunan dan ditempatkan di syurga yang penuh ketenangan lagi abadi. Oleh itu Allah memanggil orang yang jiwanya tenang untuk masuk ke SyurgaNya , sebagaiman firmanNya ynag bermaksud:
Firman Allah Surah Al Fajr:27-30.

Ayat 27: "Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

Ayat 28: “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

Ayat 29: “Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

Ayat 30: “Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “

Friday, March 23, 2012

Kelebihan mereka yang bersifat sabar

Kelebihan mereka yang bersifat sabar:

1.Allah telah menyifatkan orang-orang yang sabar dengan beberapa sifat. IA menambahkan lebih banyak darjat dan kebajikan kepada sabar.IA menjadikan darjat dan kebajikan itu sebagai hasil daripada sabar.... Sebagaiman firman Allah:

"Dan kami jadikan di antara mereka itu beberapa pemimpin yang akan memberikan pimpinan dengan perintah kami, iaitu ketika mereka berhati sabar(teguh)".

- (Surah As Sajadah: 24)

2. Firman Allah :

"Dan Kami berikan kepada orang-orang yang sabar itu pembalasan, menurut yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya".

-(Surah Al An Nahi: 96)

about an hour ago · LikeUnlike


3.Allah Taala berfirman:

"Kepada orang-orang itu diberikan pembalasan (pokok) dua kali lipat, disebabkan kesabaran mereka"

- (Surah Al Qashash: 54)
4. Firman Allah lagi:

"Sesungguhnya orang -orang yang sabar itu, akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung"

- (Surah Al Zumar:10)


Huraian: Tiada ada dari pendekatan diri kepada Allah (ibadah), melainkan pahalanya ditentukan dengan kadar dan dapat dihitung, selain sabar.

Di dalam ibadat puasa adanya puasa adalah sebahagian daripada sabar dan puasa itu seperuh sabar. Maka Allah Taala berfirman:

"Puasa itu bagiKU dan AKU akan membalasnya".

Allah Taala mengaitkan puasa itu kepada diriNYA di antara ibadah-ibadah lainnya. Dan menjanjikan bagi orang-orang yang bersabar, bahaw IA bersama mereka.

Allah Taala berfirman:

"Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar".


-(Surah Al -An -fal: 46)

Thursday, March 22, 2012

Memusuhi Wali Alllah dan Mendekati Diri Dengan Yang Fardhu dan Yang Sunat.

Dari Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman:

"Barangsiapa yang menyakiti waliku , maka sesungguhnya aku memaklumkan perang kepadanya. Dan tiada mendekati hambaku kepadaku dengan sesuatu (pekerjaan) yang lebih aku sukai dari (mengerjakan) apa yang aku telah fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaku mendekatkan dirinya kepada aku dengan (melakukan) segala yang sunat hingga aku mencintainya. Maka apabila aku telah mecintainya, adalah aku yang akan melihat dengan dia, dan tangannya yang ia tamparkn dengan dia, dan kakinya yang ia berjalan dengan dia, dan demi jika ia meminta kepadaku, niscaya aku berikan kepada dia, dan demi jika ia meminta perlindungan kepada aku, niscaya aku memperlindungi dia".

-(HR Bukhari)

Thursday, March 15, 2012

Perintah menutup aurat wanita

Khamis 15 Mac 2012.

Pakaian yang menutup aurat menjurus kepada kesejahteraan dunia dan akhirat.

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya mereka yang termasuk ahli neraka , iaitu perempuan yang berpakaian tetapi terlanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lian untuk membuat maksiat.. mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunhya".

- (HR Muslim)

Apakah maksud berpakaian tetapi bertelanjang?

Maksudnya memakai pakain tetapi tidak berfungsi menutup aurat bagi anggota tubuh sebagaimana yang deikehandaki syarak. Pakaiannya menampakkan susuk badan kerana seluar, baju atau kainnya ketat, berdarang nipis yang menampakkan kulitnya. Termasuk juga yang bertudung tetapi kecil sehingga nampak bentuk dada yang sepatutnya ditutup litup atau labuh.

Apakah jenis pakaian yang kita lihat harian yang diketegorikan tidak menutup aurat? banyak dan antaranya.

1. Pakaian seluar jean atau seluar dan baju ketat yang menampakkan susuk badan.

2. Memakai tudung tetapi hanya memakai T shirt yang belengan pendek dan mendedahkan bahagian lengannya. Memakai tudung "MINI" yang singkat yang tidak menutup bahagian dada juga tidak dikatakan menutup aurat.

3. Apakah maksud "yang condong kepada maksiat dan menarik orang lian untuk membuat maksiat.."

Dengan pakaian yang tidak menutup aurat dan juga memakai dengan tujuan untuk berhias untuk menarik perhatian orang lain kepadanya seperti meletakkan renda-renda menarik pada tudung mereka, perhiasan tudung di bahagian dada dan seumpamanya.. Semuanya ini boleh mendatangkan tarikan kepada orang lain yang boleh menarik kepada maksiat.

4. Apa yang boleh kita nasihatkan?

Kepada yang dah dewasa mereka boleh diterangkan tentang konsep menutup aurat dan menagapa Allah perintahakn berbuat demikian.
Didikan anak dari kecil paling berkesan, iaitu dengan mengasuh mereka menutup aurat, elakkan berhias untuk menarik perhatian orang lain semasa keluar rumah, memakaii pakaian yang bersifat kewanitaan...

Firman Allah menyatakan tentang aurat wanita yang sepatutnya,

“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

(Surah An Nur 24:31) - Al Quran, muka surat, 353.

Tuesday, March 13, 2012

Ketaatan kepada Allah lebih penting dari segala-galanya dengan urusan harta, anak-anak dan urusan dunia

Selasa, 13 Mac 2012

Firman Allah swt dalam Surah Al Munafiqun:

Ayat 9 : "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."

Ayat 10: "Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.

Ayat 11: "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."

Pengajaran:

1. Jangan lalaikan daripada menegerjakan ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT di samping bekerja mencari rezeki dan dalam berurusan keluarga (rumah tangga) akibatnya kita akan menyesal dan kecewa.

2. Infakkanlah rezeki yang diberikan Allah dengan jalan beramal soleh untuk jadi bekalan di akhirat. Sebab bila maut akan meragut jiwa seseorang ia pasti akan menyesal bila tidak digunakan untuk dijadikana bekalan akhirat yang kekal abadi.

3. Ajal seseorang tidak akan ditunda atau dilambatkan jika telah tiba saatnya, dan Allah mengetahui semua perbuatan hamba-hambaNya.

Monday, March 12, 2012

melindungi dari neraka dengan kata-kata yang baik

Isnin 12 Mac 2012

Dalam Sohih al Bukhari dan Sohih Muslim, diriwayatkan bahawa "Adiy bin Hatim ra berkata:

Rasulullah saw bersabda:

"Lindungilah diri kamu daripada neraka"
"Adiy berkata lagi: "Kemudian Banginda berpaling dan memberi amaran dengan penuh serius. Kenudian banginda bersabda: "Lindungilah diri kamu daripada neraka".

Kemudian Baginda berpaling dan memberi amaran dengan penuh serius. Baginda berbuat begitu sebanyak tiga kali, sehinga kami menyangka baginda sedang melihat neraka. Kemudian baginda bersabda lagi:

"Lindungilah diri kamu daripada neraka, walaupun dengan (menyedekahkan) sebelah buah kurma. Sesiapa yang tidak mampu (hendaklah dia lindungi dirinya daripada neraka) dengan satu kata-kata yang baik".

-(HR Al Bukhari dan Muslim)

Sunday, March 11, 2012

Amalan yang dapat memasukkan kita ke dalam Syurga

Diriwayatkan daripada Mu'az bin Jabal ra, beliau berkata: Saya telah berkata: "Wahai Rasulullah, beritahu kepada saya suatu amalan yang akan memasukkan saya ke dalam Syurga dan menjauhkan saya dari neraka".

Baginda saw pun menjawab:

"Demi Allah, sesungguhnya kamu telah bertanya tentang sesuatu yang besar. Sesungguhnya ia memang mudah bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah kepadanya. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutukan sesuatu denganNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah".


Kemudian banginda bersabda:

"Tidakkah kamu mahu saya tunjukkan kamu kepada pintu-pintu kebaikan? Puasa itu perisai. Sedekah memadamkan dosa seperti air memadam api. Solat seseorang lelaki pada tengah malam".

Kemudian Banginda membaca firman Allah Taala (As Sajadah: 16-17) yang remaksud:

"Tepi-tepi badan mereka renggang dari tempat tidur (mereka kurang tidur, kerana mengerjakan solat tahajud dan amal soleh),sambil berdoaa kepada Tuhan meraka dalam keadaan takut (akan kemurkaanNya) dan sangat inginkan (keredhaaNya).
Dan mereka mendermakan sebahagian daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui apa yang telah dirahasiakn untuk mereka daripada nikmat-nikmat yang amat indah dipandang dan mengembirakan hati, sebagai balasan kerana apa yanag mereka telah kerjakan"

Kemudian baginda saw bersabda lagi:

"Tidakkah kamu mahu saya beritahu kamu tentang kepala segala urusan, tonggak dan kemuncaknya?"
Saya menjawab:
"Sudah tentu, wahai Rasulullah". Baginda pun bersabda:

"Kepala segala urusan ialah Islam. Tonggaknya ialah solat. Kemujncaknya ialah jihad".


"Tidakkah kamu mahu saya berutahu kamu tentang kunci semua perkara tersebut?".

Saya menjawab: "Sudah tentu, wahai Rasulullah".

Saya pun bertanya: " Wahai Nabi Allah, adakah kita akan diambil kira dan dibalas dengan sebab apa yang kita pertuturkan?".

Baginda pun menjawab:
"Semoga ibu kamu kehilangan kamu. Tidakkah kamu manusia akan dihumban ke dalam neraka di atas muka mereka- dalam riwayat yang lain, disebut di atas lubang hidung mereka- melainkan oleh hasil tuaian lidah mereka?".

Ia diriwaytkan oleh Tarmizi. Beliau bertakat: "Ia hadis hasan sahih".

-( HR Ahmad, At Tarmizi, An Nasaie).

Adapun Sabda baginda saw:

"Sesorang kamu tidak akan memasuki syurga kerana amalannya (semata-mata). (HR Bukhari..)

Maksudnya, ialah seseorang tidak berhak memasuki syurga kerana amalannya semata-mata, kalaulah Allah tidak menjadikan amalan dengan kurnia dan rahmatNya sebagai sebab untuk memasuki syurga.

Bahkan amalan itu sendiri adalah hasil daripada kurnia rahmat Allah kepada hambanya. Oleh itu syurga dan segala sebab untuk memasukinya adalah daripada kurnia dan rahmat Allah jua.

Saturday, March 10, 2012

Solat menghapuskan dosa-dosa

Dengan bersolat Tuhan menghapuskan dosa-dosa kita yang telah lalu. Oelh kita hendaklah memohon dan sambil berdoa memohon keampunan dosa-dosa melalui solat yang kita kerjakan.

Sebagaiman Firman Allah dalam Surah Hud:

Ayat[114]:

"Dan dirikanlah solat (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat".

Ayat[115]:

"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan".

- (Surah Hud: 114-115)

Keterangan:

Pengampunan dosa ini khususnya dosa-dosa kecil kerana, sebagai seorang Muslim tentulah kita melakukan taubat kepada Allah, memohon ampun kepada Allah dan telah benar-benar ,menyesali perbuatannya. Dosa-dosa kecil pula kadangkala seorang itu tidak menyedari dan tidak disengajakan melakukannya, sehingga dosa kecil kerap erlaku. Dengan solat dan ibadat-ibadt lain seperti beristighfar dosa kecil itu akan diampuni.

Dengan melakukan solat kita berwudhuk, bersiwak, berisghfar serta berdoa di dalam tahiyyat akhri seperti berdoa denganmembaca doa untuk mendapat keampunan setiap waktu kita solat. Antara doa yang dibaca ynag bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya aku telah memnganiaya diriku dengan aniaya yang b anyak. Tiada ynag dapat mengampun dosa-dosa selain engkau, Maka ampunilah aku dengan ampunan dariMu dan sayangilah aku, sesungguhnya engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang".

Friday, March 9, 2012

Jumaat 9 Mac 2012

Iman yang memasukkan kita ke Syurga

Abu Ayyub Al-Alansari ra menerangkan:

Bahawasanya seorang lelaki bertanya: Ya Rasulullah!Khabarkanlah kepadaku sesuatu 'amal yang memasukkan daku ke Syurga. Maka berkata lah para sahabat: Apa maksudnya? Apa maksudnya? Kerananya bersabdalah Rasulullah: Dia mmepunyai suatu hajat. Kemudian Nabi bersabda: Engkau meng'ibadati Allah, engkau tiada mempersekutukan sesuatu dengan Dia, engkau mengiqamatkan (mendirikan)solat, engkau menunaikan zakat, dan engkau menghubungi keluarga. Biarkanlah dia. Dia berkata: Seolah-olah berada di atas kenderaannya".

-(HR Al Bukhari, Muslim, Al Lu'lu-u wal Marjan)