Friday, January 27, 2012

Wudhuk yang menghilangkan dosa

Jumaat 27 januari 2012


Dari Abu Hurairah ra, katanya:

“Bersabda Rasulullah saw: “Apabila berwudhuk seseorang Muslim/Mukmin dengan membasuh mukanya hilanglah semua dosa dua matanya, mengikut jatuh bersama-air itu atau berserta titik air yang terakhir; demikian pula dosa yang dilakukan dua tangannya mengikut jatuh bersama air itu atau bersama titik air yang penghabisan; begitu juga yang dijalani dua kakinya mengikut jatuh bersama air itu atau bersama–sama titik air yang penghabisan, hingga bersihlah ia dari dosa setelah wudhuknya selesai”.
-(HR Muslim)

Sunday, January 15, 2012

Surah Al Ghayiah

15 Januari 2012/19 safar 1433

• Kuliah Subuh di Masjid kami di Masjid Ar Rahimah pagi Ahad (hari ini) disampaikan oleh Ustaz Dr Saufi yang menghuraikan maksud surah al Ghasyiah. Beliau sempat menghuraikan ayat 1 hinnga 16 dalam masa 40 minit sebalum Majlis tahlil diadakan.

(Al- Ghasyiah bererti " hari qiamat yang meliputi huru haranya" )

[1]
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
[2]
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
[3]
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
[4]
Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -
[5]
Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.
[6]
Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
[7]
Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
[8]
(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
[9]
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -
[10]
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),
[11]
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
[12]
Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,
[13]
Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
[14]
Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
[15]
Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
[16]
Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

Di antara perkara yang dapat saya catatkan dalam nota saya ialah:

1. Pada hari qiamat orang kafir berada dalam keadaan yang hina di hadapan Allah di akhirat dan mengalaman penderitaan di neraka dengan makanan dan minuman yang panas lagi tidak mengenyangkan dan bekerja berat.

2. Sebaliknya Orang beriman dibalas dengan nikmat syurga yang bahagia seperti mata air yang mengalir, minuman dan tempat tninggal yang nyaman. Mereka menetap dalam syurga yang tinggi tempat kedudukan dan darjatnya.

3. Al Quran hendaklah dijadikan panduan bagi petunjuk ke jalan membesarkan Allah dan mengamalkan syariatnya dengan memahami dan mematuh perintahNya sepenuhnya.

Catatan tambahan:

1. Al Ghasyiah adalah salah satu daripada nama hari qiamat.Hari qiamat itu adalah hari yang amat menakutkan (menggerunkan)

2. Surah ini mengingatkan kita supaya kembali kepada Allah swt, sebagai persediaan menghadapi ha...ri hisab dan pembalasan.

3. Tugas Rasulullah itu sebenarlnya ialah untuk memberi peringatan dengna syariat dan hukum yang diturunkan oleh Allah.
4. Dengan khabar buruk yang penuh azab di neraka , manusia diharapkan akan dapat menjauhkan diri supaya tidak terjerumus ke dalam neraka yang penuh azab dengan mentaati perintah Allah dan tidak menyeleweng aqidahnya.See More

Wednesday, January 4, 2012

Mempelajari Bacaan al Quraan secara berguru.

Rabu 4 Januari 2012/10 Safarc 1433

Mempelajari Bacaan al Quraan secara berguru.

Bagi guru dan pelajar al Quran, kaedah “Talaqqi”dan “Musyafahah” adalah teknik yang mesti dilakukan semasa belajar membaca al Quran. Seorang yang membaca quran tanpa berguru dengan kaedah talaqqi dan Musyafahah tidak ada jaminan bacaannya betul sebagaimana yang dikehendaki bacaan Rasulullah saw, yang menggunakan kaedah ini semasa berguru dengan Jibril semasa menerima wahyu kalamullah tersebut. Begitu jugalah kaedah ini digunakn oleh para sahabat dan tabie serta tabie tabien bahkan para imam qurra’ yang terdahulu sehinggalah ke zaman sekarang.

Secara mudahnya kedua-dua takrif tersebut bermaksud seorang guru yang mahir akan membacakan sepotong ayat kepada murid sabil murid mendengar bacaannya, lalu murid tersebut akan membacakan semula ayat tersebut dengan cara bacaan guru tadi. Proses ini adalah proses yang perlu dilalui antara dua belah pihak iaitu antara guru dan murid.Talaqqi adala talqin iaitu murid mendengar bacaan yang dibaca oleh guru dengan lafaz dan bacaan daripada mulut guru.
Bertalaqqi al Quran memerlukan seorang guru yang berilmu lagi mahir dalam bacaan al quran atau mempelajari dari guru quran yang telah khatam al quran dari gurunya. Belajar membaca al quran dengan kaedah bertalaqqi ini adalah wajib. Hanya dengan kaedah ini sahajalah seorang yang membaca dengan cara yang betul akan mendapat ganjaran pahala membacanya. Oleh itu seseorang yang tidak berguru membaca quran tidak mungkin mampu membaca dengan betul tanpa bertalaqqi dan musyafahah.

Oleh kerana pembacaan yang betul hanya diperolehi melalui kaedah talaqqi dan masyafahah, setiap individu haruslah berusaha mempelajari bacaan Quran dengan berguru dan khatam membaca dengan guru 30 juz al Quran membaca di hadapan guru bagi mempastikan sebutan yang betul dari segi sebutan huiruf, makhraj, hukum tajwidnya dan mengikuti sunnah Nabi saw bagi mendapatkan ganjaran pahala yang setimpal dengan kaedah yang di laluinya. Jika bacaan yang dibaca tidak betul, ditakuti sebagaimana maksud hadis, “Beberapa banyak orang yang membaca quran sedangkan quran sendiri megutukkannya”

Monday, January 2, 2012

Mencegah kemungkaran

Isnin 2 Januari 2012/8 safar 1433

Dari Aisyah r. ha, ia berkata, “Suatu ketika, Rasululah saw masuk ke ( dalam rumah) ku, dan aku ketahui dari raut wajah beliau bahawa sesuatu telah terjadi pada dirinya. Tanpa bnerbicara kepada sesipapapun, beliau berwudhuk, lalu masuk ke masjid. Aku merapatkan (telinga) ke dinding kamarku agar dapat mendengar apa yang beliau sabdakan. Beliau duduk di atas mimber. Setelah memuji Allah, beliau berkhutbah:

“Wahai manusia berbuat baik dan cegahlah mereka dari kemungkaran sebelum (datang suatu masa di mana kamu berdoa, tetapi doa kamu tidak Aku kebulkan; kamu meminta kepadaku tetapi Aku tidak memberi pada kamu, dan kamu meminta tolong kepadaKu tetapi Aku tidak menolong kamu.” Beliau tidak menambah khutbahnya hingga turun (dari mimber)”

- (HR Ibnu Majah, Ibnu Hibbban –at Targhib).

Sunday, January 1, 2012

3 perkara membolehkan seseorang mendapatkan kemanisan Iman

01 januari 2012/7 Safar 1433

3 perkara membolehkan seseorang mendapatkan kemanisan Iman.

Daripada Anas ra dari Nabi saw ia bersabda:

"Tiga perkara , barangsiapa yang ada tiga perkara itu padanya nescaya ia mendapat akan kemanisan iman.

1. Iaitu adalah Allah dan rasulNya terlebih kasih kepadanya daripada yang lain dari kedunya.

2. Dan bahawa ia kasihkan seseorang, tiadalah kasihnya itu melainkan kerana Allah Taala.

3. Dan bahawa ia benci akan kembali pada kufur sebagaimana ia benci bahawa ia akan dicampakkaan ke dalam neraka"

-(HR Imam Bukhari)