Saturday, December 31, 2011

Mencegah Maksiat

Sabtu 31 Disember 2012/ 6 Safar 1433.

Dari Jarir bin Abdullah ra, ia berkata, " Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Tidaklah seseorang berada di suatu kaum dan ia berbuat maksiat, tetapi mereka tidak mengubahnya pada hal mereka mampu, kecuali Allah akan menimpakan bencana kepada mereka sebelum mereka mati"

-(HR Abu Dawud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al Ashbahni- at Targhib)
...
Soalanya, sudahkah kita berusaha melarang atau menghentikannnya (maksiat)?

Kemaksiatan dilakukan dengan bebasnya. Adakah ianya dicegah atau paling tidak dikurangkannya?

Aisyah r.ha bertanya kepada Nabi saw, "Jika Allah akan menurunkan azab ke dunia ini, apakah azab itu akan menimpa orang-orang yang salih sebagimana orang-orang yang bersalah diazab?

Jawab Nabi saw,

"Ya, azab akan menimpa semua orang di dunia ini, tetapi pada hari qiamat nanti, orang salih akan dipisahkan dari orang yang bersalah"

Renungkanlah berasma.

Thursday, December 29, 2011

Keajaiban Ayat Kursi

Khamis 29 disember 2012/4 safar 1433.

Keajaiban amalan Ayat Kursi:

1. Ayat Kursiy ialah ayat 255 dalam surah al Baqarah. Ia lebih dikenali sebagai ayat kursi, kerana pada ayat itu tersebut perkataan "kursiy" atau dalam bahasa Melayunya disebut "Takhta atau singgahsana",

2. Ayat ini mempunyai beberapa kelebihan yang tidak perlu diragui, kerana ada hadis yang mengatakan ayat kursi ini adalah penghulu segala ayat di dalam al Quran. Sabdanya;

"Sesungguhnya seagung-agung ayat dalam al Quran adalah ayat kursi; barangsiapa membacanya nescaya Allah mengutus malaikat untuk menulis dari kebaikan kebaikannya dan menhghapuskan keburukan-keburukannya dari ketika itu sampai esoknya".

1. Seorang lelaki bertanya kepada Rasululah saw:

"Ya Rasulullah, ajarkan kepadaku sesuatu yang dengannya Allah memberikan manfaat bagi ku".
...
Rasulullah saw menjawab:

" Bacalah ayat kursi kerana sesungguhnya Allah akan memelihara engkau sekeiuarga dan Dia memelihara rumah engkau hingga daerah-daerah yang ada di sekeliling rumah mu"

2. Rasulullah saw bersabda:

"Jika seseoranag daripada umatku membaca ayat kursi sebanyak dua belas kali, selepas itu ia pergi mengambil air wudhuk dan menunaikan solat subuh, maka Allah swt memelihara dia dari kejahatan syaitan, darjatnya dianggap sama dengan orang-orang yang menghkhatamkan al Quran sebanyak tiga kali khatam dan menyinari segenap penghuni dunia".

Wednesday, December 28, 2011

Hadis- Segala amal dengan niat

Rabu 28 Disember 2012/3 Safar 1433

Terjemahannya:

Dari Amir Al- Mu’minin Abu Hafs “Umar Ibn Khattab ra, ketanya: Aku dengar Rasulullah saw bersabda:

“Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkan. Maka barang-barang siapa hijrahnya kepada
Allah dan rasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasulNya. Dan barang siapa hijrah bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin memgahwinnya, maka hijrahnya kepada apa yana ia berhijrah kepadanya itu”
-(HR Al Bukhari, Muslim)

Huraian:

1. Imam Shafie dan Imam-imam yang lain berpendapat bahawa hadis ini adalah “seprtiga Islam” kerana perbuatan seseorang ada dengan hatinya atau lidahnya atau dengan anggotanya. manakala niat itu ialah salah satu daripada yang tiga tersebut. mnya’aka yang dua pertiga ada pada 2 hadis ini:

a)”sesungguhnya yang halal itu nyata, dan ynag haram itu pun nyata”

b)”Daripada keelokan Islam seorang ialalah meninggalkan apa yang tidak berguna kepadanya”

2. Niat adalah sebab pertama untuk menwujudkan atau melahirkan amal.Diterimanya amal aitu atau tidak adalah kerananya, iaitu kerana qasad ynag timbul dari kesedarn hati atau jiwa untuk melakukannya menurut kemahuan sendiri.

3. Niat mengikut syarak ialah tergerak hati ke arah satu pekerjaan untuk mencari keredhaan Allah dan menyatakan perasaan tunduk dan patuh kepada perintahNya. Inilah yang dikatakan ikhlas atau kejujuran dalam melaksanakan sesuatu amal.

4. Imam Nawawi berkata: dikehendaki dengan hadis ini ilah bahawa kebaikan yang terhenti atau terputus dengan hapusnya hukum hijrah dapat dihasilkan dengan jihad dan niat yang baik.

5. Meninggalkan segala larangan Allah dalam bentuk apa pun juga adalah dinamakan hijrah, sesuai dengan yang rasullullah saw:

“ Bahawa orang yang hijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah”

6. Bahawa ulamak usul fiqh menjadikan hadis tersebut sebagai dasar utama menciptakan satu kaedah hukum fiqh. Kaedah ini ialah:
“Segala perkara adalah dengan maksudnya”. Maksud kaedah ini sesuatu itu ada kala dihukum haram dan ada pula masanya dihukumkan halal menurut perhitungan qasad atau maksud yang melaksanakannya.

Tuesday, December 27, 2011

Jauhilah sifat Riya'

Selasa, 27 Disember 2012/2 safar 1433

Jauhilah sifat riak.

Riak adalah mengerjakan ibadah kerana ingin terawasi manusia supaya memperoleh harta, kehormatan atau sanjungan. Riak termasuk dosa besar. Setiap amal yang dicampuri riak adalah batil dan tertolak.
Perbuatan riak adalah mencari kedudukan dan penghormatan di hadapan manusia melalui amal akhirat.

Firman Allah swt:

" Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka kerjakanlah amal soleh dan dalam beribadah kepadaNya, janganlah mempersekutukanNya dengan sesuatu pun".

-( Al Kahf: 110)


2. Oleh itu kita kena berhati-hati dalam beribadah sebab riak boleh melebur dan membatalkan pahala ibadah. Melakukan ibadah kerana Allah dan merasa mencukupi dengan keredhaan Allah semata-mata akan dapat mengelakkan sifat riak dan menjadikan ibadah kita menjadi sempurna dan diterima oleh Allah.

3. Beramal dengan sifat riak menyebabkan seorang itu mendapat kemurkaan dan azab Allah, kerana ia menyamar pada manusia dengan berlagak iklas, taat kepada Allah, ahli agama dan seumpamanya. Pada hakikatnya dia tidak sebenarnya demikian. Penyamar seperti ini termasuk perbuatan haram.

4. Menyederi bahayanya perbuatn riak, setiap orang mukimin berakal hendaklah menjauhkan diri dari melakukan perbuatan riak dan hendaklah ia tidak memlilki niat dan tujuan menjalankan ketaatan dan ibadah selain bertaqarrub kepada Allah dan mencari pahala akhirat.

Semoga kita dapat dijauhkan dari sifat riak -siaft tercela yang lain serta sifat yang boleh merosakkan ibadat dan ketahudin kita terhadap Allah swt

Monday, December 26, 2011

Pentingnya solat dan keutamaan-keutamaanya

Isnin, 26 Disember 2012/1 Safar 1433

Petikan dari beberapa hadis mengenai solat:

1. Solat adalah tanda keislaman seseorang. Barangsiapa melakukan solatnya dengan khusyuk, mengerjakannya tepat pada waktu, serta memperhatikan rukun dan sunnah-sunnahnya, maka pastilah ia seorang mukmin.

2. Selama seorang menjaga solatnya, maka perhatian Allah swt selalu tercurah kepadanya. Tetapi jika ia melalaikan solatnya, maka perhatian Allah akan terlepas darinya.

3. Apabila seseorang berdiri untuk melakukan solat, maka pintu-pintu syurga akan terbuka. Lalu Allah menyingkapkan hijab (tabir) antara Dia dengan orang itu selama ia tidak melakukan hal-hal yang dibenci dalam solat.

4. Barangsiapa berwudhuk dengan sempurna, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan khuysuk dan khudhuk baik fardhu ataupun sunnat, dan ia menginginkan agar dosanya diampuni oleh Allah, niscaya Allah akan mengampuninya.

5. Selama seorang Muslim menjaga solat lima waktunya dengan istiqamah, maka syaitan akan takut padanya. Tetapi jika ia melalaikannya maka syaitan akan berani kepadanya dan akan menyesatkannya.

6. Dua rakaat solat tahajjud adalah lebih baik daripada seluruh kekakayaan dunia ini. maksud hadis Nabi saw "Seandainya tidak memberatkan umatku, niscaya aku akan mewajibkannya kepada mereka".

Sunday, December 25, 2011

Qadha dan qadar Allah swt.

Ahad 25 Disember 2012/29 Muharram 1433

Qadha dan qadar Allah swt.

Kita tidak lepas dari pelbagai ujian daripada Allah swt di masa susah dan senang dalam kehidupan di dunia ini. Semua musibah dan nikmat adalah datangnya dari qadha dan qadar adalah dari Allah swt, yang ditetapkan oleh Allah mengikut masa yang ditetapkan, yang tiada siapa dapat menahannya. Terserahlah kepada Allah yang Maha Berkuasa dan kita perlu insaf dan bertaqwa kepada Allah di atas apa yang telah terjadi mengikut keadaan samada bersabar di atas musibah dan jika mendapat nikmat kita perlu bersyukur kepadaNya.

Firman Allah dalam surah Al Hadid: 22-23, yang bermaksud:

Ayat :[22]

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Ayat: [23]

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Firman Allah Taala tersebut di atas, bermaksud setiap musibah (bala bencana) yang menimpa diri seseorang itu semuanya adalah qadha dan qadar Allah. Oleh itu bagi orang-orang yang beriman hendaklah menerima qadha dan qadar Allah Taala dengan penuh kesabaran dan keredhaan, tanpa merasa sedih dan dukacita dan tidak keluh gelisah, malah hanya mengingatkan semua perkara itu adalah milik dan kepunyaan Allah, dan akan kembali kepada Allah dengan mengucap:

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah, dan kepada Allah jualah kemai kembali”

Sebaliknya jika kita menerima nikmat dari Allah dan memperoleh keb ahagiaan, kemuliaan dan kekayaaan, hendaklah bersyukur kepada Alllah swt yang telah melimpahkan kurnianya kepada kita dengan mengucapkan:

“Semua puji dan syukur untuk Allah yang memberi nikmat”.

Sehubungan dengan ini Ibn Abbas, ra berkata:

Setiap orang ada yang duka dan ada yang suka, tetapi orang yang beriman sentiasa bersabar menerima musibah dan syukur menerima nikmat. Dan riwiwayatkan daripada Ibn Masuud ra, bahawa Nabi saw bersaba:

“Seseorang kamu tidak akan merasa kelazatan iman sehingga ia mengetahui (ingin) baha sesuatu ynag diuntukkan untuknya mesti akan diperolehnya, dan sesuatu ynag tidak diperuntikkan untuknya pasti tidak akan didapatnya”

Sunday, December 18, 2011

Amalan seorang mukmin mendapatkan ketenangan jiwa

Ahad,18 Disember 2011/22 Muharram 1433

Apakah amalan seorang mukmin untuk mendapat ketenagan jiwanya setiap hari yang dilalui.

Syarat utma bagi ketenagan hati atau jiwa ilah dengan mengisi keperluan asas rohaninya iaitu iman. Firman Allah yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang ynag beriman dan tenang ternteram hati mereka dengan zikirullah” ketahuilah dengan zikirullah itu. tenang tenteramlah hati manusia”
- ( Surah Al Ra’ad: 28)

Antara amalan yang dapt membersihkan hati mendapatkan ketenagan serta menjauhkan kesedihan dan kesusahan ialah seperti berikut:

1.Dirikan solat dan banyakkan berdoa.
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad saw paling kurang 100 kali sebelum tidur.
3.Lakukan solat taubat
4. Membaca al Quran
5.Bermaaf-maafan sesama kawan ahli jemaah setiap hari.
6. Bisikan diri perkara yang positif
7. Lafazkan niat untuk melakukan kebajikan dan mendapat kejayaan untuk hari esok dan akan datang.
8.Berpuasa sunat
9.Megingati mati, ingatkan saudara terdekat dan mendokan kesejahteraan mereka yang telah meninggalkan kita.
10. Sentisa dlam keadaan berwufhuk
11.Bersedekah
12. Belanja orang makan.
13.Jaga makan dan jauhkan makanan yang subahat.
14. Berkawan dengan ulamak
15.mendekata orang miskin dan ynag susah.
16.Berpesan kepada orang melakukan kebaikan dan menjaukan yang dilarang.
17.Menjaga pancaindera dari perbuatan dan perkara maksiat.

Thursday, December 15, 2011

Penghormatan Islam terhadap kerelaan dua ibu bapa

Khamis, 15 Disember 2012/19 Miuharram 1433h

Maksud hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr bin Ash,
Ada seorang lelaki datang kepada Nabi saw meminta izin pergi berperang, kemudian Nabi bertanya:

"Apakah kedua orang tuamu masih hidup ?

Ia menjawab; "Masih". Maka sabda Nabi: "Berjuanglah untuk kedua orang tuamu".

- (HR Bukhari dan Muslim)

2. Didalam riwayat yang lain juaga Abdullah bin 'Amr bin 'Ash juga dia berkata:

"Saya datang berbai't kepadamu untuk berhijrah, tetapi saya tinggalkan kedua orang tuaku dengan menangis. Maka jawab Nabi:
"Pulangah dan lakukanlah supaya kedua orang tuamu itu ketawa, sebagaimana kamu perbuat mereka menangis".

- (HR Bukhari)


Pengajarannya;

1. Jadikanlah medan jihadmu itu dengan jalan berbuat baik dan melindungi kedua orang tuamu.

2. Islam memberikan penghormatan yang tinggi kepada kedua ibu bapa, sehinggakan Islam tidak membenarkan seorang anak pergi ke medan jihad tanpa mendapat izin orang tua.Sedangkan fisabilillah mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Islam yang tidak dapat dibandingkan dengan sekadar solat malam dan puasa siang hari.

3. Kita manusia telah diperintahkan Allah swt supaya berbuat baik kepada kedua ibubapa; ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula, mengandung dan men yusuinya selama 30 bulan.

Firman Allah swt dalam Surah Luqman:[14]

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".


4. Berbakti kepada kedua ibubapa adalah wajib. Mereka menduduki tempat ynag kedua sesudah beiman kepada allah dan rasulullah. Kerana tiada seorang pundi atas muka bumi ini yang dapat menyamai ibubapa.Sebaliknya menderhaka kepada ibubapa adalah berdosa besar.

5. Menghormati dan berbakti kepada ibubapa mempunyai beberapa hikmah antarnya:

5.1. Mendapat pahala yang besar daripada Alah swt iaitu sama dengan jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah)


5.2. Mereka ynag berbuat baiak kepada ibubapa akan dianugerahi ketenangan dan kebahagiaan hidup serta dihilangkan kesedihan dan gundah gulana.

5.3. Dijanjikan Allah swt kepada sesiapa yang berbuat baik kepada ibubapa, bahawa mereka akan dihormati dan ditaati pula oleh anak-anak-mereka kelak.

5.4. Bebakti kepada ibubapa , ganjarannya adalah seperti dengan pahala ibadat haji.

5.5. Ganjaran di akhirat ialah Allah menyedikan kehidupan di syurga.

Wednesday, December 14, 2011

Tanda terjadinya hari qiamat

14 Disemebr 2012/18 Muharram 1433.

Mengenai hari qiamat Nabi Muhammad saw pernah bersabda menerangkan tanda-tanda hari qiamat:

"Adalah di hadapan hari qiamat beberapa fitnah seperti tumpuk-tumpuk malam yang gelapa gelita . Seorang lelaki beriman pada paginya dan kafir pada petangnya, dan seorang lelaki beriman pada petangnya dan kafir pada painya .; dan ada beberapa kaum yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia".

Peng...ajarannya:

1. Hari qiamat atau al sa'at ialah satu hari yang pasti datang. Hanya waktu terjadinya tidak diketahui oleh sesiapa pun.Tidak juga diketahui oleh Rasulullah. hari qiamat hanya dalam pengetahuan Alah sahaja.

Firman Allah dalam surah al A'raf: [187] ynag bermaksud:

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

Tuesday, December 13, 2011

Ruh (jiwa) dalam solat

Selasa 13 Disember 2012/17 Muharram 1433

Solat pada pengertian bahasa 'Arab ialah "Doa" iaitu do'a memohon kebajikan, pujian Allah kepada nabiNya. Di alam solat terdapat "tawajjuh" (berhadap diri kepada Allh) dan do'a (seruan memohon hajat dan kemapunan kepada Allah). Dalam firman Allah yang bermaksud;

"Dan berdo'alah untuk mereka, kerana sesungguhnya do'amu itu menenangkan dan mententeramkan mereka (menjadi ketenangan dan ketenteraman bagi mereka".

-( Surah Ta Taubah: 103)

Selain dari solat yang memberi erti bebrapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dari takbir, disudahi dengan salam, yang dengannya kita beribadat kepada Allah, sebagaimana yang disyaratkan dalam rukun dan kafiatnya, ia masih belum menyingkap penghayatan solat yang sebenarnya dalam solat.

Pada hakikatnya solat secara bathinnya solat adalah berhadapan dengan hati (jiwa) kepada Allah dengan cara atau keadaan yang mendatangkan takut, serta mendatangkan rasa kebesarNaya di dalam jiwa. Melalui solat seorang itu menzahirkan hajat dan keperluan kita kepada Allah swt yang kita sembah, dengan beberapa perkataan dan beberapa perbuatan.

Lantaran demikian solat dikatakan sebagai do'a. Dengan menzahirkan hajat bahawa kita mengharapkan solat dapat menghasilkan apa yang kita hajati daripadanya.Kita memohon atau menghgarapkan sesuatu nikmat dan mengharpkan supaya terhindar daripada sesuatu bencana da mala petaka.

Ruhus solat bererti kita mengharapkan kepada Allah dengan sepenuh jiwa, dengan sepenuh khuysuk dan sepenuh ikhlas, serta merasakan kebesaran Allah dan hadir hati baik dalam berzikir, baik dalam
berdoa maupun dalm memuji.

Sesungguhnya pengertian yang melengkapi rupa, hakikat dan ruh solat ialah bererti berhadap hati (jiwa) kepada Allah dengan sikap yang mendatangkan takut, menumbuhkan rasa kebesaranNya dengan penuh khysyuk dan ikhlas di dalam beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.

Mengerjakan atau mendirikan solat menjadi berkesan dijiwadan diterima Allah sekiranya kita benar-benar berhadap jiwa kepada Allah dengan khyusuk ynag sungguh-sungguh serta merasakan bahaw diri kita sangat berhajat kepadanya. Jika solat kita kosong dari penghayatan ini, akan kosonglah solat kita dari jiwanya dan lenyaplah daripadanya sendinya yang paling penting.

Wednesday, December 7, 2011

Tinggalkan perkara yang meragukan

Rabu 7 Disember 2012/11 Muharram 2012

Petikan dari sabda Rasulullah saw: Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragu-ragukan engkau”

– (HR Tirmizi dan Nasa’i)

Huraiannya:

1. Perlu bersikap teguh dalam menghadapi segala perkara yang meragukan atau yang mendatangkan syak wasangka di hati dan tidak terang keadaannya dan dalam kesamaran.

2. Tinggalkan dari melakukan suatu perkara atau perbuatan apa pun yang tidak menyenangkan hati dan fikiran kita. Adalah lebih selamat kitaka melakukan sesuatu yang mententeramkan hati iaitu ynag penuh yakin, kerana itu lebih sejahtera serta lebih terpelihara.

3. Mengikut Abu Hurairah Rasulllah saw pernah bersbda , “Tinggalkan barang yang meragukan engkau kepada barang yang tidak meragukan engkau”…..Caranya…”Apabila engkau berkehendak melakukan sesuatu perkara maka letakkan tangan engkau ke atas dada engkau, kerana sesungguhnya hati itu gelisah kepada yang haram dan tenang kepada yang halal”.

4. Abu Dzar al Ghifari ra iaitu: “Kesempurnaan taqwa ialah meninggalkan setengah yang halal kerana takutkan yang haram”

Monday, December 5, 2011

Isnin 5 Disember 2012/9 Muharram 1433

Sunday, December 4, 2011

kelebihan membantu mereka yang memerlukan pertolongan

Ahad 4 Dis 2011/ 8 Muharram 1433

Sabda Rasulullah saw:


‎"(Diantara ) orang yang paling dicintai oleh Allah ialah yang banyak memberi manfaat kepada manusia, dan di antara amalan yang paling Allah sukai ialah kegembiraan yang dimasukkan dalam seorang Muslim, atau menghilangkan baginya kesulitan, atau menyelesaikan hutang piutang, atau menghilangkan baginya kelaparan. Dan kalau akau berjalan dengan sudaraku kerana meneyelesaikan hajatnya, maka itu lebih aku sukai daripada beriktikaf di masjid selama sebulan.....

Huraian:

1. Seseorang itu akan diberikan ganjaran pahala "sebulan beriktikaf di masjd" dengan hanya membantu seseorang itu menyelesaikan hajatnya yang kadangkala tidak sampai beberapa minit!!. Allahu Akbar!

2. B eruntunglah bagi sesiapa ynag menjadi orang ynag banyak memberi manfaat kepada manusia/ dan juga makhluk Allah yang lain, sperti memberikan bantuan dalam kerja-kerja kebajkan, menggembirakan hati mereka dengan menyelesaikan hutang piutang mereka atau musibah yang diseritai olehnya dna keluarganya.

3. Sebaliknya Allah memurkai mereka yang melakukan sebaliknya seperti menyusahkan orang, menimbulkan masalah, menganiaya orang, menabur fitnah, berbohong sehingga menimbulkan pertelingkahan sesama manusia.

Friday, December 2, 2011

Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat,

2 Disember 1432/ 6 Muharram 1433

Pagi ini selepas solat subuh, Majlis membaca terjemahan Pemimpinan Ar Rahman, Kepada Pengertian Al Quran di Masjid Ar Rahimah, Taman Greenwoood, kami sama-samaa membaca permulaan Surah al Mumtahanah. Terasa di fikiran bahawa Al Quran sentiasa dapat diapplikasikan dengan suasana semasa , dan isi kandungnya sentiasa "fresh" , walaupun ianya diwahyukan kepada nabi Muhammad saw lebih daripada 1400 tahun dahulu. Maksudnya dianggap mudah difahami. Mudah-mudahan dapat pula kita menghayatinya.

Firman Allah dalam Surah AL MUMTAHANAH Ayat 1 dan 2


[1]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.

[2]
Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).