Tuesday, November 29, 2011

Beriman dan beramal balasan syurga

29 November 2011/3 Muharram 1433

Dalam sepotong hadis Nabi saw bersabda;

" Katakanlah, Aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau berisitiqomah"

-(HR Muslim)

Dalam peristiwa ini Nabi saw telah menjawab pertanyaan Sufyan bin Abdullah yang bertanya kepada Nabi saw, "katakanlah kepadaku tentang Islam satu perkataan yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang lain daripada engkau".

Hadis ini menghuraikan kepada kita bahawa Islam adalah keimanan dan amalnya yang kedua-duanya disepadukan dalam bentuk amal yang zahir sebagai buktinya.

Dalam firman Allah yang berikut, ALLAH memberikan balasan syurga kepada mereka yang beriman dan bersikap beristiqomah mengikut syariiat Islam.

"Sesungguhnya mereka yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqoamah, turun atas mereka Malaikat sambil berkata: bahawa janganlah kamu takut dan janganlah berdukacita dan gembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kamu".

-(Surah Fussiat: 30)

Friday, November 25, 2011

Kehidupan dunia yang dilalaikan.

Jumaat 25 November 2011/ 29 Zulhijjah 1432.


Untuk menjadi renungan pada pagi jumaat hari ini.

(Surah Al-Hadid, Ayat 20.)


Fiman Allah yang bermaksud:

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah

(bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang

melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang

bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan

bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak

pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang

(menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka

dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar

(ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning

Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di

akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya

mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta

keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat)

dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi

orang-orang yang terpedaya. (20)

Monday, November 21, 2011

Isnin 21 Novwmbwr 2011/25 Zulhijjah 1432

Sunday, November 20, 2011

Ahad 20 November 2011/24 Zulhijjah 2011

Saturday, November 19, 2011

Sabtu, 19 November 2011/23 Zulhijjah 1432

Thursday, November 17, 2011

Beribadat dan berdoa

Khamis, 17 November 2011/212 Zulhijjah 1432

1. Orang yang beriman diwajibkan beribadat kepada Allah swt.dengan mengerjakan ibadat khusus dan ibadat am, dan dikehendakki pula berdoa. Hanya kepada Allah sahajalah yang patut disembah dan diminta pertolongan.Orang yang beribadat ilah lah mereka ynag bersyukur keada Allah atas nikmat iman, kesihatan, kelpanagn serta lain-lain nikmat ynag banyak dan lebeih besarn. Dengan banyaknya ibadat lebih banyaklah harapan nkamat serta rahamt yang diharapakan diperolehi seseorang. Ibadat adalah hak Allah atas ahamba-hambanya yang cintakan Allah dan Allah pula mencintainya an bertaqwa, jika dalam keadaan berimana .

2. Dengan berdoa seorang itu dikehendakki berserah diri dan meggantungkan harapan sepenuhnya kepada Allah swt. dan bertawakal kepada Allah dengan menghrapkan nikmat atau rahmat dari Allah.Kepada Allah sahajalah ynag kita sembah dan ekepada Dia sahalahlah ynag kita mohon sesuatu ynag kita hajati.

3. Golongan manusia yang mulia ialah mereka yang beribadat kepada Allah dan memohon kepadaNya, dengan penuh sifat hamba ynag merendahkan diri dengan membebesarkan Allah, mensyukuri nikmat-nikmatNya. Sebaik-baik doa ialah memohon pertolongna kepada Allah untuk dapat nelakukan apa yang ynag menjadi keredhaan Allah. Yang paling diredhai Allah ialh mengingat dan mnysyukluri serta beribadat kepadanya.

4. Orang yang beriman yang mendapat kuriniaa Allah akan sentiasa ingat dan bersyukur dan berterima kasih kepada Allah. Sebaliknya mereka yang durhaka kepada Allah tidak bersyukur dan tidak mengingati Allah dengan niukmat yang diperolehinya.

5. Tidak semestinya kemewahan yang diperolehi menandakan kecintaan dan keredhaan Allah kepada seseorang. pangkat ynag tinggi, harta ynag banyak, kesihatan yang baik belum tentu menunjukkan kecintaaan Allah atau kebaikan seseorang. Di kalangna orang kafir terdapat mereka yang mewah dari segi kebendaan dll. Sebaliknya berapa ramai orang beriman termasuk Nabi dan rasul-rasul yang melarat hidupnya. Mereka yang diberi nikmat dan kemewahan menjadi kufur dan akan membawa mereka terjerumus ke Neraka. Sebenarnya itulah ujian Allah terhadap mereka dengan harapan mereka insaf dan kembali ke jalan yang lurus. Jadikanlah diri kita orang yang bersyukur dan makin mendekatkan diri kepada Allah swt. dan apabila mendapat kejelekan atau kesusahan kita bersabar dan semakin mendekatkan diri kepada Allah dan tidak menjadi berputus asa dan masih mengharap kurnia Allah atas dasar iman, taat dan bertaqwa kepadaNya.

Wednesday, November 16, 2011

Rabu 16 November 2011/20 Zulhijjah 1432

Sunday, November 13, 2011

Ahad 13 November 2011/17 Zulhijjah 1432

Saturday, November 12, 2011

sabtu, 12 November 2011/ 16 Zulhijjah 1432

Thursday, November 10, 2011

Kelebihan solat subuh berjemaah dan berzikir selepasnya

Khamis, 10 November 2100/14 zulhijjah 1432.


Masya Allah!! besarnya kelebihan solat subuh berjemaah dan berzikir hingga paginya. Sebagaimana dalam hadis dari Anas bin Malik ra Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa menunaikan solat subuh berjemaah, kemudian duduk dan berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia solat dua rakaat, dia akan memperolehi pahala ibadah haji dan umrah, sempurna , sempurna dan sempurna".

- (HR Tirmizi)

1. Sebaik tempat berjemaah itu ialah di Masjid. Tunaikan solat fardhu di masjid kecuali uzur. Dekati masjid sebagi tempat yang paling suci di sisi Allah untuk berjemaah, mempelajari agama dan bersilaturrahinm. Bagi wanita solat di rumah lebih aula lagi. Jadikan masjid itu rumah kedua anda.

2. Rancanglah kedudukan rumah anda supaya dapat tinggal berhampiran dengan masjid untuk mudah berjemaah di masjid, terutama untuk kemudahan masa tua anda.


3. Tidak bermakna mereka yang mampu tak perlu buat ibadat haji dan umrah ke tanah suci. Dengan rahmat Allah Yang Maha Pemurah aseolah-olah dengan berjemaah solat subuh dan berzikir Allah dan melakukan solat dhuh, kita diberikan ganjaran pahala mengerjakan haji dan umrah kepada mereka yang tidak mampu mengerjakan umrah ke tanah suci.. Allah memberikan pahala yang besar bagi mereka yang taat berjemaah pada solat subuh,diikiukti dengan menigkatkan zikirullah disertai pula dengan solat dhuha.

4. Yang penting bagi kita ialah, kita mengamalkan ketaatan beribadat kepada Allah swt, sama ada ibadat wajib atau pun sunat, bagi kita mendekatkan diri bertaqarrub dalam usaha terus menerus mendekatkan diri kepadaNya.

5. Dengan mendekatkan diri kepada Allah kita kita akan beroleh ketenangan. Jika kita juah deganNya kita hati dan jiwa kita akan merasa gelisah dan tidak bahagia serta hidup dalam kegelapan tanpa petunjuk.....(Na'udzu billahi min dzalik).

Wednesday, November 9, 2011

Setiap Orang Islam ada sedekahnya

Rabu, 9 November 2011/13 Zulhijjah 1432

Daripada Abu Burdah daripada bapanya, bahawa Junjungan Nabi Muhammad saw telah bersabda:

“Atas tiap-tiap orang Islam itu sedekah. Maka berkata mereka: Wahai Rasulullah ! Maka barangsiapa yang tiada dapat (berbuat demikian)?. Maka ia berkata: Bekerjalah dengan tangannya maka ia dapat memberi guna kepada dirinya dan ia bersedekah. Berkata mereka. Mkaa jika tiada dapat? Berkata ia: Menolong orang yang mempunyai hajat yang meminta pertolongan. Berkata mereka: Maka jika tiada dapat juga? Berkata ia. “Maka hendaklah bekerja dengan kebajikan dan hendaklah ia tegah daripada kejahatan kerana bahawasanya (perbuatan itu) sedekah baginya.


- (HR Imam Bukhari)

Huraian:

1. Bahawa apa juga yang dikerjakan oleh setiap orang Islam itu ada ganjaran pahala baginya iaitu pahala bersedekah. Apa-apa pekerjaan yang dilakukan mereka untuk memberi faedah kepada orang lain tetap pula dipuji dan diberi balasan. Tiap-tiap orang Islam hendaklah menaruh perasaan kasih sayang terhadap orang lain dengan cara demikian.

1. Perasaan kasih sayang itu hendaklah pula dibuktikan dengan cara memberi bantuan harta atau lainnya. Kalau tidak berdaya dengan harta makan hendaklah dengan cara memberi petunjuk atau ajaran dan nasihat yang baik, dan kalau tidak juga berdaya maka semudah-mudahnya ialah meninggalkan perbuatan jahat dan bahaya terhadap orang lain.

Saturday, November 5, 2011

Hari Raya Korban

Sabtu, 5 Novemeber 2011/9 Zulhijjah 1432

Esok hari Ahad, 6 November 2011/bersamaan 10 Zulhijjah 1432, umat Islam di Malaysia merayakan Hari kebesaran Islam iaitu hari Raya Aidil Adha. Hari kebesaran ini dikenali juga sebagai Hari Raya Haji yang merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islamsedunia mengikut kiraan bulan Islam di tempat masing-masing. Pada masa ini dianggarkan 3 juta umat Islam yang sedang mengerjakan Rukun Islam kelima ini ke Mekah.


Hari Raya ini dikenali sebagai Hari Raya Haji kerana sambutan pada hari ini ialah bagi meraikan umat Islam yang mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Aidil adha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan ternakan seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri.

Ibadah korban yang dilakukan adalah bagi sempena memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat keyakinan, kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka Allah telah menggantikannya dengan seekor binatanag kibas ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah sebagaimana firman ALLAH swt:


"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami).


Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian."

– (Surah al-Soffaat: 101-108)


Pada Hari Raya korban umat Islam akan melakukan ibadat Korban , dengan menjalankan penyembelihan binatang-bintang korban dengan mengagih-agihkan daging yang siap dilapah dan potong untuk diberikan kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Sambutan Hari Raya bermula dengan takbir aidil adha pada malam 10 Zullhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil adha beserta dengan bacaan khutbah pada awal pagi 10 zulhijjah. Ibadat korban dengan melakukan penyembelihan binatang korban boleh dilakukan setelah selepas solat sunat raya dan boleh juga dilaksanakan pada 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, sebelum tenggelamnya matahari pada hari ke 13 Zulhijjah, atau yang dikenali sebagai hari tasyrik.


Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan memakai pakaian yang cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.


Pada kebiasaannya solat sunat Aidil adha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidil adha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.


Semoga semangat pengorbanan iini dapat dihayatai dan diamalkan supaya dapat dilaksaanakan sebangimana yang diteladani oleh Nabi Allah Ibrahom dan Ismail, a.s.Begitu juga pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw serta para sahabat yang berkorban harta, jiwa dan raga mereka untuk menyebar dan menegakkan Islam sehingga hasilnya dapat kita kecapi dengan nikmat agama dan iman hingga ke hari ini. Tanyalah diri kita , apakah yang telah kita lakukan pengorbanan terhadap agama Allah dan pengorbanan kita sebagai hamba Allah terhadap Maha Pencipta?

Friday, November 4, 2011

Balasan orang yang bertaqwa

Jumaat,4 November 2011/8 Zulhijjah 1432

terjemah Surah Attur.

[17]
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).

[18]
Mereka bersenang lenang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka, dan mereka dipelihara Tuhan dari azab neraka.

[19]
(Dan dikatakan kepada mereka): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”.

[20]
Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

[21]
Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.

[22]
Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.

[23]
Mereka di dalam Syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain): berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa.

[24]
Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

[25]
Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya.

[26]
Mereka berkata: “Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami – selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah),

[27]
“Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara kami dari azab neraka.

[28]
“Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani”.

Thursday, November 3, 2011

khamis 3, November 2011/7 Zulhijjah 1432

Wednesday, November 2, 2011

Kemuliaan ulamak lebih daripada syahid.

Rabu 2 November 2011/6 Zulhijjah 1432

Berkata Ibnu Mas'ud ra:

"Haruslah engkau berilmu sebelum ilmu itu diangkat. Diangkat ilmu adakah dengan kematian perawi-perawinya. Demi Tuhan yang jiwaku di dalam kekuasaanNya. Sesungguhnya orang-orang yang syahid dalam perang sabil, lebih suka dibangkitkan oleh Allah nanti sebagai ulama. kerana melihat kemuliaan ulamak itu. Sesungguhnya tak ada seseorang pun yang dilahirkan berilmu. kerana ilmu itu adalah dengan belajar".

Tuesday, November 1, 2011

Selasa 1 November 2011/5 Zulhijjah 1432