Sunday, July 31, 2011

Di ambang ramadhan 1432

Ahad, 31 jukai 2011/29 syaaban 1432

Insya aAlah esok umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa ramadhan. Sebagai seorang Islam kita tentulah bergembira menyambut kedatangannnya. Semoga kita dapat meyempurnakan ibadat puasa dengan penuh tabah, sabar dan mengharapkan mendapat gajaran terbaik daripada Allah swt atas segala amaln ynag kita lakukan sepanjang ramadhan tersebut.

Friday, July 29, 2011

Nikmat orang yang bepuasa

Jumaat, 27 19 Julai 2011/27 Syaaban 1432

• Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :


o a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah

o b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

o c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

o d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.

o e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mer
eka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.

(Al-Hadith)

Thursday, July 28, 2011

Haram tidak menyapa lebih dari tiga hari

Khamis, 28 Julai 2011/25 Syaaban 1432

Dari Anas ra katanya: Rasulullah saw bersbda:

"Janganlah engkau semua saling putus memutuskan hubungan persahabatan atau kekeluargaan; jangan pula saling belakang- membelakanagi dan jangalah benci membenci serta jangan pula degki-mendengki dan jadilah engkau semua, hai hamba-hamba Allah sebagai saudara-saudara. Tidak halallah bagi sesornag Muslim kalau meninggalkan yakni tidka menyapa saudaranya lebih dari tiga hari".

- (HR Muttafaq 'alaih)

Tuesday, July 26, 2011

Memuliakan tamu selama tiga hari

Selasa, 26 jaulai 2011/23 Syaaban 1432

Dari Abu Syurah iaitu Khuwailid bin 'Amr al Khuza'l r.,. katanya: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah memuliakan tamunya, iaitu jaizahnya".

Para sahabat bertanya:" Apakah jaizahnya tamu itu, Ya Rasulullah?".
Beliau Rasulullah saw bersabda: "Iaitu pada siang hari dan malamnya; menjamu tamu- yang disunnahkan secara muaakad atau sungguh-sungguh , ialah selama tiga hari. Apabila lebih dari waktu sekian lamanya itu, maka itu adalah sebagai sedekah padanya"

- (HR Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat Muslim disebutkan: Nbai saw bersabda:
"Tidak halal bagi seseorang Muslim kikalau bermukim di tempat saudaranya, sesama Muslim, sehingga ia menyebabkan jatuhnya saudara tadi dalam dosa".
Para sahabat bertanya" "Ya Rasulullah, bagaimanakah tamu dapat menyebabkan dosaaya tuan rumah?"

Beliau saw bersabda: "Kerana tamu itu berdiam di tempat saudaranya sedang tidak ada sesuatu yang dimiliki saudaranya tadi untuk jamuan tamunya itu", lalu tuan rumah mengumpat tamunya, melakukan dusta dan lain-lain.

Sunday, July 24, 2011

Mendokan kaum mukmin selain diri sendiri

Ahad 24 Julai 2011/22 Syaaban 1432

Maksud hadis : " Sesiapa yang membaca istighfar atau mendoakan keampunan bagi para mukmin lelaki dan perempuan . Allah akan menuliskan kebajikan baginya sebanyak bilangan mukmin leleki dan peremuan"

- (HR Tabrani)

Renungan:

1. Berapa ramai kah bilangan mukmin lelaki dan perempuan (yang hidup dan ynag telah meninggal dunia) yang mentahuidkan Allah?

2. Tanpa petunjuk hadis ini mungkinkah kita dapat mencapai kebajikan yang begitu besar bilangannnya untuk kita perolehi.?

3.Ini membuktikan betapa dalamnya ikatan tali persaudaraan iman di kalangan umat Islam (persaudaraan dalam Islam). Hendaknya jauhilah memutuskan silaturrahim dan hubungan antara sesama orang Islam!

4. Rugilah orang ynag mementingkan berdoa untuk dirinya sahaja dengan tek mendoakan saudar seugamanya.

5. Sesiapa yang berdoa bagai saudaranya dalam keadaan berjauhan ia telah mendapat jaminan bahawa doanya dikabulkan Allah dengan izin Allah. Maksud hadis,

" Sesungguhnya doa seoranag Islam bagi saudaranya tanpa diketahuinya adalah sangat mustajab sekali. Setiap ia berberdoa kebaikan bagi saudaranya, malaikat yang bertugas menjaga sudaranya akan berkata "Amin, anda juga akan mendapat seperti itu".

-(HR Imam Ahmad, Ibnu majah dan abu Daud)

6. Berdoalah dengan menyebut kaum kerabatmu, guru-gurumu dan sahabat handaimu semasa anda bermunajat dan berdoa. Berdoalah:

seperti: " Ya Allah, ampunlah (dosa) kami, kasihanilah kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau Maha penerima taubat lagi Maha Penyanyang" dan berdoa:

" Maha Suci Engkau Ya Allah , Ya Tuhan kami, hanyalah bagimu jua segala pujian, Ya Allah ampunilah aku, dan umat Islam lelaki-perempuan".

Thursday, July 21, 2011

Harta milik anda yang sebenar

Khamis,21Julai 2011/18 Syaaban 1432

Rasulullah saw bersabda yang ertinya;

" Hamba mendakwa "Ini adalah hartku itu adalah harta milikku". Pada hal yang merupakan harta kepunyaannya hanya tiga macam sahaja. (Iaitu) apa yang telah dipakainya, lalu ia telah membinasakannya. Atau apa yang telah dipakainya, lalu ia sendiri telah melusuhkannnya. Atau apa yang ia telah berikan akan disedekahkannya bererti ia telah mneyimpannya (bagi kehidupannya di akhirat). Ada pun ynag selain dari itu adalah merupakan harta yang akan hilang lenyap dan akan ditinggalkannya untuk orang lain"

-(HR Imam Ahmad)

Pengajarannya:

1.Banyakkanlah sedakah khususnya sedekah jariah, kerana harta kekayaan yang kita yang sebenar apa yang kita dapat ganjarannya di akhirat, bukan apa yang masih tersimpan pada masa hidup kita kerna itu adalah milik ahli waris kita.

2. Dalam satu hadis ynag lain Rasulullah saw bersabda yang bermaksud orang yang miskin papa ialah orang yang datang menemui Allah (meninggal dunia) sedang sedekah, waqaf dll) amal kebajikannya di sisi Allah adalah kosong.

3. rebutlah peluang sgera mewaqafkan sebahagian dariada harta yang kita ada , agar kebajikan yang banyak sentiasa mengalir apabila kita meninggal dunia.

Wednesday, July 20, 2011

Doa ynag boleh diberikan kepada orang yang bermusafir

Rabu 20 Julai 2011/ 17 Syaaban 1432.


Dari Anas ra katanya: " Ada seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata:

"Ya Rasulullah, saya hendak berpergian, maka berilah bekal kepada saya".

Beliau saw bersabda:, "Semoga Allah memberikan bekal ketaqawaan padamu".

Orang itu berkata lagi:" Tambahkanlah doa untukkaku". Belaiu saw bersabda:

"Dan semoga Allah memberi pengampunan padamu".

Ia berkata lagi,
"Tambahkan lagi untukku". Beliau saw bersabda pula, " Juga semoga Allah memberikan kemudahan padamu memperoleh kebaikan di mana saja engkau berada".

-(HR Imam Termizi, hadis hasan)

Tuesday, July 19, 2011

109. Surah Yunus.

Isnin 18 Julai 2011/15 Syaaban 1432


Surah ke 109: Surah Yunus. (Perihal Nabi Yunus)

1. Mengupas soal-soal tauhid– keesaaan Allah dan membasmi fahaman syirik. Ditgaskan bahawa kejadian langit dan bumi, peredran matahari dan bulan, pertukjaran malam dan siang , serta wujudnya makhluk-makhluk seisi alam, adalah menjadi dalil yang mebuktikan keesan, kekuasaan dan kemurahan allah yang menjdkanny.Dan hanya Allah jualah tuhan yang sebenar-benarnya, yang berhak disembah, dipatuhi perintahnya dan dijauhi segala larangannya.

2. Ditegaskan pula bahawa Nabi Muhammad saw ialah Rasul Allah yaag diutuskan kepada umat manusia seluruhnya, dan kitab suci al Quran al Karim yang diwahyukan kepadanya adalah menjadi hidayah petunjuk untuk mencapai keselamatan hidup di dunia dan kebahgiaan yang kekal di akhirat.

3. Al Quran al Karim tidak syak lagi datangnya dari Allah swt bukan dikarang oleh Nabi Muhammad saw , sebagaimana yang dituduh oleh kaum kafir yang mengingkarinya, bahkan tiada ada sesiapa pun yang akan dapat membuat sependek-pendek surah pun sebanding dengannya.

4. Sebagi memberi semangat supaya Nabi Muhammad saw berjuang terus menyiarkan Islam dan jangan menghiraukan golongan yang kufur ingkar, Allah Taala menyatakan perihal Rasul-rasul yang telah lalu yang juga telah mendapat pertentangan keras dari kaum masing-masing, yang beakhir dengan kemenangan Rasul-rasulnya dan kehancuran kaum-kaum yang ingkar.

5. Setelah itu ditegaskan, kalaulah mereka yang kufur ingkar itu beriman sebelum mereka ditimpa azab, tentulah mereka akan selamat.Kaum Nabi i Yunus , sebaik-baik sahaja mereka melihat tanda-tanda kedatangan azab yang dijanjikan, mereka sekaliannya segera beriman dan terselamatlah mereka.

6. Diterangkan lagi bahawa Allah Taala yang menjadikan sekalian makhluk, dialah yang akan menhghidupkan mereka semula pada hari akhirat untuk menerima balasan.


7. Di samping itu diberikan misal perbandingan yang menunjukkan bahwa kehidupan di dunia ini di dalam nnikmathilang lenyap.Oleh itu umat manusia hendklah berigat danjangan melipakan hari akahirat, kerana di sanalah sahaja kehidupan yang kekal. Di sana orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan berkekekalan di dalam nikmat kesenangan yang tidak ada taranya, dan orang-orang yang kufur ingkar akan berkekalan di dalam azab sengsara yang tidak terperi.

8. Surah diakhiri dengan seruan kepada umat manusia seluruhnya supaya beriman kepada Al quran untuk faedah dirinya sendiri; kalau tidak maka bahaya keingkaran akan menimpa dirinya kelak seluruhnya supaya beriman kepada Al uran untuk faedah dirinya sendiri; kalau tidak maka bahaya keingkaran akan menimpa dirinya kelak, Sedang Nabi Muhammad saw hanyalah seorang Rasul yang menyampaikan perintah Allah dan baginda tidak bertanggungjawb tentang soal keimanan dan keingkarann manusia.

Monday, July 11, 2011

Majlis ilmu di Masjid/surau

Isnin 11 Julai 2011/8 syaaban 1432

Dari Abu Hurairah ra, katanya, " Rasullah saw bersabda:

"......Dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam salah sebuah rumah (masjid atau suarau) dari rumah-rumah Allah, sedang mereka membaca kitab Allah, serta mereka mempelajari keandungan isinya, melainkan mereka dilingkungi oleh Malaikat( pembawa rahmat), dan turun kepada mereka semangat tenang tenteram, serta mereka diliputi oleh lempahan rahmat, dan juga mereka dipuji oleh Allah Ta'ala dalam kalangan (malakat-malaikat) yang ada di sisinya..."

-(HR Muslim dan lain-lanya-Hadisi soheh)

Saturday, July 9, 2011

Jumaat 8 Julai 2011/ 5 Syaaban 1432

"Bagaimana Membentuk Keluarga Beriman”

1. Islam telah menetapkan bahawa keluarga adalah merupakan satu tempat

pergantungan manusia untuk menjaga diri, menaungi dan mendapat

ketenteraman serta kebahagiaan dalam sebuah kehidupan. Ianya merupakan

suatu nikmat yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada umat manusia. Ini

berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah An-Nahlu ayat 72:

“Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri dan

dijadikan bagi kamu daripada isteri kamu anak-anak dan cucu-cicit, serta

dikurniakan kepada kamu daripada benda-benda yang baik lagi halal, maka

patutkah mereka percaya kepada perkara yang salah dan mereka kufur pula

akan nikmat Allah?”.

2. Keluarga adalah merupakan suatu amanah daripada Allah S.W.T yang

harus dijaga dan dipelihara dengan baik. Anak-anak kita adalah dianggap

sebagai amanah Allah S.W.T. dan suami atau bapa adalah merupakan orang

yang berperanan dan bertanggungjawab untuk membimbing ahli keluarganya ke

arah mencari kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.

3. Ilmu agama dalam diri kita adalah benteng yang mampu menangkis segala

cabaran dalam mengharungi kehidupan di dunia ini. Ia juga menjadi panduan

kepada kita agar tidak tersesat daripada menuju ke matlamat akhir kehidupan ini.

Tanpa ilmu agama, sudah pasti hidup kita akan tersesat dan terumbangambing

tanpa arah dan tujuan yang sebenar. Oleh kerana itu, tanggungjawab

utama yang harus diberikan tumpuan oleh suami isteri selaku ibubapa dalam

usaha membentuk keluarga beriman adalah dengan didikan agama yang

secukupnya.

4. Didikan agama ini pula mestilah menekankan perkara-perkara yang

berikut:

4.1. :Penekanan kepada pendidikan Al-Quran, kerana ianya merupakan

satu-satunya mukjizat yang dapat melembutkan dan membentuk jiwa

manusia yang beriman. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Anfal

ayat 2 ;

"Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya)

ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya)

gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka

ayat-ayatnya bertambahlah iman mereka. Kepada Tuhan mereka

jualah mereka bertawakkal."

4.2. :Penekanan terhadap amalan sunnah Rasulullah S.A.W, kerana setiap

sunnahnya adalah berlandaskan syariat Allah S.W.T. Firman Allah

S.W.T dalam surah Al-Hasyr ayat 7:

"Apa jua yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W (sama ada pemberian

atau perintah) kepada kamu, maka terimalah, dan apa jua yang

dilarangnya kamu melakukan maka, patuhilah larangannya.

Bertaqwalah kepada Allah; Sesungguhnya Allah amat berat azabnya

(bagi orang yang melanggar perintahnya)" .

4.3.:Penekanan terhadap ilmu-ilmu aqidah dan akhlak yang menjelaskan

perihal kehidupan umat Islam. Sesungguhnya hanya dengan aqidah

yang benar sahaja dapat melahirkan sifat ikhlas ketika beribadah

kepada Allah S.W.T.

Keempat :Penekanan terhadap ilmu feqah sama ada yang berkaitan dengan

ibadah, muamalah mahupun siasah. Dengan ilmu feqah akan dapat

menjelaskan dan memisahkan antara perkara yang hak dan batil,

seterusnya dapat mengelakkan daripada terjerumus ke dalam

kejahilan, kemaksiatan dan keingkaran kepada Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Daripada Muawiyah R.A berkata bahawa aku mendengar Rasulullah

S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan

dengannya, Allah akan memberikannya pemahaman dalam perkara

agama”. (Riwayat Al-Bukhari)

5. Membentuk sebuah keluarga bukanlah untuk sehari dua sahaja, bahkan

ianya akan terus berkekalan selama mana hayat dikandung badan. Maka usaha

ini sudah pasti akan menempuh pelbagai cubaan dan juga rintangan.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anfal ayat 28 yang bermaksud:

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu adalah

menjadi ujian bagimu, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar”.

6. Kejayaan ibubapa membentuk keluarga beriman akan menjadi cermin

kepada anak-anak apabila mereka juga membina sebuah keluarga suatu masa

kelak. Oleh kerana itu, ibubapa seharusnya menjadi contoh teladan yang baik

sepanjang masa kepada kehidupan anak-anak. Perkara ini penting kerana ia

akan mempengaruhi kelangsungan hidup generasi seterusnya secara

temurun, kerana kemerosotan akhlak pada hari ini sudah pasti akan

menyumbang kepada kerosakan akhlak pada masa akan datang.

7. Amat malang pula pada hari ini apabila kita dapati ada sesetengah ibubapa

yang lalai dan gagal memberikan contoh teladan yang baik kepada generasi

anak-anak muda. Akibatnya, anak-anak pula yang menjadi mangsa kelalaian

mereka. Inilah yang diibaratkan seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan

dengan betul sedangkan dia sendiri berjalan mengiring.

8. Gaya hidup yang semakin moden pada hari ini telah menjadikan peranan

dan tanggungjawab ibubapa untuk membentuk keluarga beriman semakin

bertambah berat dugaan dan cabarannya. Ini kerana generasi yang ada pada

hari ini sudah terlalu banyak terdedah kepada pengaruh dan budaya luar yang

kebanyakannya bersifat negatif. Perkara-perkara negatif ini pula mudah

diperolehinya dipasaran terbuka, di kedai-kedai, melalui saluran televisyen dan

juga melalui internet. Akibatnya, jiwa anak-anak yang tidak ditanamkan dengan

keimanan ini telah kehilangan pedoman dan semakin jauh daripada batasanbatasan

keagamaan. Apabila sudah tiada pedoman maka berlakulah pula

perbuatan-perbuatan jenayah di luar batasan kemanusiaan seperti pembunuhan,

pembuangan bayi dan lain-lain lagi. Kesemua perkara ini pasti tidak akan berlaku

sekiranya jiwa mereka diasuh dan dididik dengan nilai-nilai keimanan kepada

Allah S.W.T.

9. Maka, marilah kita tunjukkan contoh teladan terbaik kepada anak-anak kita

supaya terbentuk sebuah keluarga yang bahagia dan beriman kepada Allah

S.W.T. Antaranya adalah seperti berikut:

9.1. : Ibubapa hendaklah menunjukkan disiplin diri yang baik di hadapan

anak-anak terutamanya dalam soal-soal ibadah seperti solat dan

ibadah lain. Sesungguhnya pengaruh ibubapa memainkan peranan

yang amat penting dalam usaha untuk mendisiplinkan anak-anak.

9.2.: Hendaklah melayan setiap ahli keluarga dengan penuh sopan santun.

Cara ini akan dapat menambat hati anak-anak dan seterusnya akan

lebih mudah untuk diikuti. Hakikatnya sikap bersopan santun ini

merupakan aset yang paling berharga untuk ditanamkan dalam diri

anak-anak.

9.3. : Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap anak-anak. Ibubapa

yang sering mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan

keluarga akan menyebabkan anak-anak menyisihkan diri daripada

ibubapanya ataupun sebaliknya.

10. Oleh kerana itu, adalah menjadi peranan dan tanggungjawab ibubapa

untuk terus memantau kehidupan anak-anak ini pada setiap masa agar mereka

tidak terus hanyut dalam bisikan-bisikan nafsu yang sentiasa mengajak kepada

kejahatan. Sesungguhnya tanggungjawab ini bukan sekadar di dunia sahaja

bahkan akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.

“Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada

api neraka yang bahan-bahan bakarannya ialah manusia dan batu (berhala).

Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar

(layanannya). Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang

diperintahkannya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang

diperintahkan”.

( At-Tahrim: 6)

Doa Khutbah kedua:

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur

kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga

kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam

khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan

berkebajikan.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami,

tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki

kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami

dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau

redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar,

kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain,

supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan

berkat.

--------------------------------------------

Sumber: khutbah Jumaat 8 Julai 2011:

Jabatan Agama Islam Selangor.

Wednesday, July 6, 2011

Menunaikan hajat saudara yang lain

Rabu, 6 Julai 2011/3 Syaaban 1432

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling banyak memberi manfaat (kepada hamba dan makhluk), amal perbuatan yang paling dicintai Allah adalah 'kegembiraaan' yang anda masukkan ke dalam hati muslim, atau anda menghilangkan kesusahannya, atau anda bayarkan hutangnya, atau anda menghilangkan perasaan lapar daripadanya. Demi sesungguhnya akau pergi berjalan bersama saudaraku si miskin dalam menunaikan satu hajat adalah lebih kusukai dari ibadat iktikaf di masjid yang kulakukan selama satu bulan.

Sesiapa yang dapat menahan dan menyekat sifat kemarahannya Allah swt akan menutupkan cacat celanya. Sesipa yang mampu menahan perasaan marahnya (sekiranya ia ingin melakukannya ia mampu meneruskannya) Allah swt akan memenuhkan persaan redha di dalam hatinya pada hari qiamat.

Sesiapa yang berjalan bersama sudaranya muslim untuk menunaikan satu hajatnya sehingga ia melaksanakannya dengan sempurna, Allah swt akan menetapkan kakinya pada hari di mana semua kaki akan tergelincir. Sesungguhnya perangai yang buruk akan merosakkan amal ibadat sepertimana cuka merosakkan madu"


-(HR Tabarani dan Ibnu Abid Dunia)