Tuesday, June 28, 2011

Membaca Al-Quran adalah ibadat.

Selasa, 28Jun 2011/26 rejab 1432

1.Membaca Al Quran itu adalah antara ibadat ang paling utama, mendekatkan kepada Allah dan ketaatan yang mulia di sisi Allah swt., kerana terdapat balasan dan pahala ynag besar.

Frman Allah dalam surah Fathir: 29-30;

' Sesungguhnya orang-orang yang membaca Kitab Allah, medirikan solat dan membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahasia dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak pernah rugi. Agar Tuhan mencukupkan pahala mereka serta menambahkan mereka dari kurniaNya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Pembalas"


2. Sabda Rasululah aw:

2.1. " Ibadat umatku yanh amat utama ialah membaca Al Quran"


2.1. " Bacalah Al Quran, kelak di hari Akhirat ia akan menjadi penjamin tuannya"

3. Berkata Sayidina Ali karramullahu wajhah:

"Sesiapa yang membaca al Quran sedang ia berdiri di dalam solat, maka baginya atas setiap huruf seratus kebajikan. Siapa yang membacaya sedang ia duduk dalam solatnya, maka baginya atas setiap huruf lima puluh kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia berada di luar solat dalam keadaan bersuci, maka baginya atas setiap huruf dua puluh lima kebajikan. Dan siapa yang membaca sedang ia berada dalam kedaan tiada bersuci, maka baginya atas setiap huruf sepuluh kebajkan".

4. Berkata abdullah bin Masud,

"Hendaklah ahli al Quran itu:

a) terkenal degan berdiri ibadat di waktu malam, sedang orang ramai tidur nyenyak.
b) berpuasa di waktu siang, sedang orang ramai berenak-enak makan.
c) Sentisa berdukacita sedang orang ramai bergembira ria.
d) Menagis sedang orang ramai bergelak ketawa.
e) sentisa berdiam diri sedang orang ramai berkata nista dan
f) Sentiasa merendah diri sedang orang ramai berlagak sombong.

1. Syarat utama.

1. Membaca dengan ikhlas kerana Allah, tanpa riya', mengharapkan sesuatu daripada orang, seperti pujian atau hadiah,seolah-olah ia sedang berdiri di hadapan Allah membaca kita Allah seolah-olah membaca perintah dari Allah untuk dipatuhi dna diamlakan .

2. Membaca dengan tartil (tepat) sebagaimana bacaan yang dibacakan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad saw, dengan mengikut jajwid, yang mestinya dipelajari daripada guru terlebih dahulu supaya betul bacaannya. Firman allah swt dlam surah al Muzzammil:4;
" Dan perelokkanlah bacaan al uran se-elok-eloknya"

3. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang mengandungi perintah Allah supaya apa yang disampaikan melalui bacaan supaya itu dapat difahami untuk dilalkksanakan perintahNya dalam kehidupan sehari-hari. Selian itu quran mengandungi pelbagai Ilmu pengetahuan, pengajaran serta berita baik dan buruk.

4. Membaca dalam keadaan yang amat sempurna iatu dengan berwudhu'. menghadap qiblat , tenang, bersih badan dan pakaian serta tempatnya. Jika tidak kuranglahlah pahalanya dengan harusnya membaca tanpa mengamalkan adab tersebut.

Sunday, June 26, 2011

Berbakti kepada Makhluk Allah

Ahad, 26, Jun 2011/24 Rejab 1432

Berbakti kepada Makhluk Allah.

Menghulurkan bantuan kepada hamba dan makhluk Allah adalah antara ibadat yang paling mulia, sama ada bantuan tersebut berbentuk kebendaan, buah fikiran, tenaga dan sebagainya. Bahkah pernah seorang lelaki diampunkan Allah dosanya kerana bantuannya terhadap anjing yang sedang kehausan, sepertimana yang terdapat di dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan ulama hadis lainya. Sabda Rasululah saw:

Maksudnya,

"Semasa seornag lelaki berada dalam perjalanan ia sangat merasa dahaga, ia lalu menemui perigi dan turun atau masuk ke dalamnya, lantas ia minum kemudian ia keluar.

Tiba-tiba ada seekor anjing yang menjulurkan lidahnya dan memakan tanah kerana kehausan. Lelaki tersebut berkata (dalam hatinya)
" Sungguh anjing ini mengalami kehausan seperti saya alami tadi"

Ia lalu turun ke dalam perigi dan mengisi kasutnya hingga penuh dengan air kemudian ia memberi minum anjing tersebut. Maka Allah swt, berterima kasih kepada lelaki tersebut dan mengampuni dosanya.

Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah kita memperoleh pahala kerana (membantu) binantang? Jawab baginda,

"(Bantuan) terhadap semua makhluk yang bernyanwa ada pahala"

-(HR Bukhari, Abu Daud, Ahmad dan Imam Malik)

Saturday, June 25, 2011

Amalan pada hari jumaat...

Sabtu, 25 Jun 2011/23 Rejab 1432


Pada hari jumuaat ini eloklah:



1. Melakukan Mandi sunat di waktu dekat pergi ke masjid .

2. Disunatkan memakai harum-haruman.

3. Mengenakan pakaian terbaik yang dimiliki.

4. Menyegerakan sewal mungkin berjalan atau merenuju ke masjid

5. Semasa pergi menuju ke masjid hendaklah bersikap yang khuysuk, merendah diri, bersegera melaksanakan panggilanAllah untuk melakukan solat jumaat berjemaah.

6. Elakkan melangkah orang-orang yang sudah duduk lebih awal dan jangan melintas di hadapan mereka. Walau bagaimanapun jika ada kekosongan di hadapan mereka yang tidak dipenuhi, maka bolehlah melangkah, kerana mereka ini menyia-nyiakan haknya dan meninggalkan tempat yang banyak keutamaan.

7. Setalah mendapt tempat hendak lakukan solat dua rakkat (tihatul masjid) sekalipun imam sudah berkhutbah.

8. Kita disunatkan mendapatkan saf yang pertama, sebab memang amat banyak sekali kelebihannya.

8. Jangan sekali-kali bercakap-cakap apabila khatib sudah berkhutbah.

9. Jawblah azan sebagimana yang sewajrnya.

10. Solat sunat lepas solat fardhu lebih afdhal dilakukan di rumah.

11. Sementaa itu kita disunatkan membaca selawat banyak-banyak atas Nabi saw pada malam dan hari jumaat.

12, Banyakakan juga sedekah pada hari jumaat.

13. Lakukan amlan-amalan baik yang lain setrusnya.

Friday, June 24, 2011

Tugas berdakwah

Jumaat,24 Jun 2011/22 Rejab 1432

Adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim melaksanakan tugas dakwah bagi menyampaiakan apa pelajaran dan pendidikan yang dipelajrinya dari guru atau penyampai yang lain yang berkaitan dengan Islam.

2. Tugas ini sebagaiman kecil pun perlu di sampaikan atau dipanjangkan kepada yang belujm mengetahuinya secara berterusan sepanjangn masa selama0lamanya.

3. Mentablighkan kebaikan kepada orang lain adalah sesuatu ynag istimewa dalam kehidupan seorang Muslim.

Thursday, June 23, 2011

kelebihan bersedekah..

Khamis, 23 Jun 2011/21Rejab 1432.

Kelebihan bersedekah diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:


118- عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَيُّمَا مُسْلِمٍ كَسَا مُسْلِمًا ثَوْبًا عَلَى عُرْيٍ كَسَاهُ اللَّهُ مِنْ خُضْرِ الْجَنَّةِ وَأَيُّمَا مُسْلِمٍ أَطْعَمَ مُسْلِمًا عَلَى جُوعٍ أَطْعَمَهُ اللَّهُ مِنْ ثِمَارِ الْجَنَّةِ وَأَيُّمَا مُسْلِمٍ سَقَى مُسْلِمًا عَلَى ظَمَإٍ سَقَاهُ اللَّهُ مِنْ الرَّحِيقِ الْمَخْتُومِ. (رواه أبو داود)

118- Dari Abu Said r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:

"Mana-mana orang Islam yang memberi pakaian kepada seorang Islam yang sedang terdedah anggotanya yang sepatutnya tertutup, Allah akan memakaikan penderma itu dengan pakaian (penduduk) syurga yang (serba indah dan) berwarna hijau. Demikian juga mana-mana orang Islam yang memberi makan kepada seorang Islam yang sedang lapar, Allah akan memberi makan kepada penderma itu dari buah-buahan syurga. Demikian juga mana-mana orang Islam yang memberi minum kepada seorang Islam yang sedang dahaga, Allah akan memberi minum kepada penderma itu dengan sejenis minuman syurga yang (serba lazat dan) termeterai bekasnya."(1)

(Riwayat Abu Daud)

Hadith ini selain daripada menerangkan secara khusus tentang balasan yang sebaik-baiknya yang akan didapati oleh orang-orang yang bersedekah kepada golongan fakir miskin yang menderita, diterangkan pula - sebagai menambahkan pengetahuan - bahawa pakaian penduduk syurga yang serba indah itu ialah berwarna hijau.

Keistimewaan warna hijau ini ditegaskan juga di dalam al-Qur'an. Dalam beberapa ayat diterangkan bahawa penduduk syurga pada hari akhirat kelak bukan sahaja dihiasi dengan pakaian dan kain sutera yang berwarna hijau, (2) bahkan bantal-bantal dan cadar yang disediakan untuk mereka di sana, juga berwarna hijau.(3)

Warna putih juga mempunyai keistimewaan dalam Islam. Dalam sebuah hadith sahih(4) - diterangkan bahawa sebaik-baik pakaian ialah yang berwarna putih (yang melambangkan kebersihan dan kesucian).

Tuesday, June 21, 2011

Selasa,21 Jun 2011/19 Rejab 1432

Solat sunat sebelum Solat fardhu Asar

Selasa,21 Jun 2011/19 Rejab 1432
Dari Ali bin Abu Talib, katanya:

"Nabi saw itu bersolat sunah empat rakaat sebelum Asar, memisahkan antara empat rakaat tadi dengan bersalam- yakani sesudah dapat dua rakaat bersalama dulu - kepada para malaikat muqarrabun dan orang-orang yang mengikut mereka dari golongan kaum Muslimin dan Muk imin"

- (HR Imam Tarmizi , hadia hasan)

Nabi saw juga bersabda :

"Allah memberikan kerahmatan kepada orang yang besolat sunah empat rakaat sebelum Asar".

-( HR Abu Daud, Tarmizi)

Sunday, June 19, 2011

Perkara2 baik - sedekah, sabar, keburukan meminta sedekah.

Ahad, 19 Jun 2011/17 Rejab 1432

Hadis Keempat Puluh

40- عَنْ أَبِي كَبْشَةَ الْأَنْمَارِيِّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ثَلَاثٌ أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ قَالَ فَأَمَّا الثَّلَاثُ الَّذِي أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ فَإِنَّهُ مَا نَقَّصَ مَالَ عَبْدٍ صَدَقَةٌ وَلَا ظُلِمَ عَبْدٌ بِمَظْلَمَةٍ فَيَصْبِرُ عَلَيْهَا إِلَّا زَادَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهَا عِزًّا وَلَا يَفْتَحُ عَبْدٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ إِلَّا فَتَحَ اللَّهُ لَهُ بَابَ فَقْرٍ وَأَمَّا الَّذِي أُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ فَإِنَّهُ قَالَ إِنَّمَا الدُّنْيَا لِأَرْبَعَةِ نَفَرٍ عَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مَالًا وَعِلْمًا فَهُوَ يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ وَيَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَيَعْلَمُ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ حَقَّهُ قَالَ فَهَذَا بِأَفْضَلِ الْمَنَازِلِ قَالَ وَعَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عِلْمًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ مَالًا قَالَ فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مَالٌ عَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ قَالَ فَأَجْرُهُمَا سَوَاءٌ قَالَ وَعَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ عِلْمًا فَهُوَ يَخْبِطُ فِي مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَا يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَا يَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَلَا يَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقَّهُ فَهَذَا بِأَخْبَثِ الْمَنَازِلِ قَالَ وَعَبْدٌ لَمْ يَرْزُقْهُ اللَّهُ مَالًا وَلَا عِلْمًا فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مَالٌ لَعَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ قَالَ هِيَ نِيَّتُهُ فَوِزْرُهُمَا فِيهِ سَوَاءٌ. (الترمذي وغيره)

40 - Dari Abu Kabsyah al-Anmari r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tiga perkara, aku bersumpah menegaskan kebenarannya, iaitu tiadalah berkurang harta seseorang dengan sebab dikeluarkan sedekahnya dan tiadalah seseorang itu dizalimi dengan sesuatu kezaliman yang ia bersabar menanggungnya melainkan Allah menambahkan dia dengan kemuliaan dan tiadalah seseorang memulakan sesuatu cara meminta sedekah melainkan Allah membukakan kepadanya pintu kepapaan dan aku menerangkan kepada kamu satu hadis pengajaran maka hafazlah akan dia (untuk dijadikan iktibar)"; (kemudian Baginda menerangkannya) sabdanya: "Sebenarnya (habuan) dunia (mengenai ilmu agama dan harta) hanyalah terbahagi kepada empat (keadaan) manusia: Pertama - orang yang telah dikurniakan Allah dengan harta dan juga dengan ilmu agama, maka ia menggunakan ilmunya dengan berlaku taat kepada Allah dan menjauhi larangan-Nya dan menggunakan hartanya pada menghubungkan silaturahim kaum kerabatnya, serta ia mengetahui hak Allah pada nikmat-nikmat yang dikurniakan itu; maka orang yang demikian bersifat dengan semulia-mulia keadaan (di sisi Allah). Dan kedua - orang yang telah dikurniakan Allah dengan ilmu agama sahaja dan tidak dikurniakannya dengan harta serta ia berkata dengan niatnya yang benar: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu (yang dermawan) itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan baik kedua-dua orang itu adalah sama. Dan ketiga - orang yang telah dikurniakan Allah harta dan tidak dikurniakannya ilmu pengetahuan agama, maka ia menyalahgunakan hartanya dengan tidak berdasarkan ilmu, - ia tidak memelihara dirinya dengan harta itu dari azab Tuhan dan ia juga tidak menggunakan hartanya itu untuk silaturahim dan tidak pula mengetahui akan hak Allah pada hartanya itu; maka orang yang demikian, bersifat dengan seburuk-buruk keadaan. Dan keempat - orang yang tidak dikurniakan Allah dengan harta dan tidak juga dengan ilmu agama, lalu ia berkata: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan buruk kedua-dua orang itu adalah sama. "

(Tirmizi dan Lain-lainnya).

Hadis yang keempat puluh ini menerangkan tentang:

(1) Beberapa perkara yang baik dan yang buruk.

(2) Kelebihan niat yang suci dan akibat niat yang buruk.

Huraiannya:

Perkara-perkara yang baik dan yang buruk:

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menerangkan tentang tiga perkara, dua di antaranya sungguh baik dilakukan dan yang satu lagi haram dilakukan.

Pertama - Perkara bersedekah.

Kebanyakan manusia merasa berat hendak bersedekah atau menghulurkan derma bakti, kerana pada lahirnya perkara itu mengurangkan harta bendanya.

Oleh itu Baginda menegaskan dalam hadis ini, bahawa harta seseorang tidak akan berkurang sama sekali disebabkan ia bersedekah sedikit sebanyak daripadanya, bahkan dengan apa jalan pun hartanya itu akan bertambah kembang dan beroleh berkat selain daripada pahala yang akan didapatinya

Kedua - Bersabar terhadap sesuatu kezaliman:

Kebanyakan manusia tidak sanggup bersabar terhadap sesuatu kezaliman yang dilakukan kepadanya bahkan ia merasa terhina menanggungnya.

Tentang ini Baginda menegaskan bahawa bersabar dalam menghadap kezaliman tidak sekati-kali akan merendah atau menghina orang yang bersabar itu bahkan tetap akan menambahkan kemuliaannya, kerana ia selain daripada mendapat pahala sabarnya, ia pula dihargai dan dipandang baik; manakala orang yang menganiayakannya dikutuk oleh Allah dan dibenci oleh masyarakat.

Ketiga - Keburukan perbuatan meminta sedekah:

Setengah orang, dengan sebab bawaannya yang keji, lebih suka meminta sedekah daripada berusaha ikhtiar untuk menyara hidupnya atau membanyakkan hartanya.

Mengenai hal ini, Baginda menegaskan bahawa orang yang melakukan perbuatan yang demikian amatlah buruk akibatnya, kerana selain dari beroleh kemurkaan Allah, jiwanya sentiasa papa dan tamak haloba sekalipun banyak harta yang dapat dikumpulkannya.

Sayugia diketahui bahawa:

(a) Meminta sedekah adalah satu perbuatan haram, tidak dihalalkan melainkan kepada salah satu dari tiga orang yang dinyatakan oleh hadis yang disebut oleh Muslim dan lain-lainnya, iaitu:

Pertama - Orang yang sungguh-sungguh tidak berada atau tidak berupaya.

Kedua - Orang yang harta bendanya habis ditimpa bencana.

Ketiga - Orang yang terkena membayar hutang yang ditanggungnya kerana menolak satu-satu kemudaratan atau membaiki satu-satu keburukan yang berlaku ke atas dirinya atau di dalam masyarakatnya.

(b) Keburukan akibat perbuatan yang haram itu telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam beberapa hadis, di antaranya hadis-hadis yang menyatakan bahawa:

(1) Sesiapa yang meminta harta orang kerana hendak membanyakkan hartanya maka ia hanya membanyakkan bara api kepada dirinya; oleh yang demikian terpulanglah kepadanya sama ada hendak mensedikitkan bara itu atau hendak membanyakkannya.

(2) Sesiapa yang meminta sedekah pada hal ia ada mempunyai kadar yang mencukupi untuk keperluan pagi dan petangnya maka ia hanya membanyakkan bara api neraka kepada dirinya.

(3) Sesiapa yang selalu meminta sedekah, maka ia akan dibangkitkan pada hari qiamat kelak dengan keadaan mukanya tidak ada sedikit daging pun.

(c) Meminta sedekah ada kalanya dengan cara berterus terang dan ada kalanya dengan cara tipu helah, umpamanya mendakwa atau berpura-pura bersifat miskin, alim, orang bijak pandai atau sebagainya, maka sesiapa yang diberikan sesuatu kerana dipercayai ada padanya satu-satu sifat yang didakwakannya itu sedang ia pada hakikatnya tidak bersifat demikian, haram ia menerima pemberian itu dan tidak menjadi miliknya kalau ia menerimanya; demikian juga hukumnya sesiapa yang diberikan sesuatu kerana takut atau malu kepadanya - apa yang diterimanya tidak menjadi miliknya dan haram ia memakannya atau menggunakannya.

(d) Bagi mengelakkan keburukan akibat meminta sedekah, maka Nabi Muhammad s.a.w. yang berperasaan belas dan kasih sayang kepada orang-orang yang beriman, menggalakkan umatnya berusaha mencari sara hidup dengan bekerja sendiri sekali pun seseorang itu terpaksa membuat kerja yang berat dan tidak disukai hatinya asalkan tidak dilarang oleh agama.

Dalam kitab-kitab hadis banyak didapati galakan itu, di antaranya hadis-hadis yang maksudnya:

(1) Sesungguhnya pemergian seseorang ke bukit mencari kayu api kemudian ia memikulnya dan menjualnya untuk mendapat keperluan hidupnya, adalah lebih baik dan ia meminta kepada orang, kerana terselamatnya daripada menanggung keberatan budi pemberian orang itu atau keburukan rasa kecewa kalau tidak diberinya.

(2) Sesiapa yang berusaha mencari keperluan hidupnya, keperluan hidup ibu bapanya yang tidak berada dan tidak terdaya bekerja atau keperluan orang tanggungannya supaya terselamat daripada kepapaan dan perbuatan yang tidak halal maka ia berusaha pada jalan yang diredhai Allah dan sesiapa yang berusaha mencari untuk bermegah-megah dengan kekayaan maka ia berusaha pada jalan syaitan yang kena rejam

(3) Sesungguhnya Allah suka dan kasih kepada orang mukmin yang berusaha mencari penghidupan yang halal sama ada dengan jalan bercucuk tanam, berniaga, bertukang dan sebagainya.

(4) Di antara dosa-dosa seseorang, ada dosa yang tidak ada baginya "kaffarah" selain daripada menanggung kedukaan dan kesusahan dalam mencari penghidupan.

(5) Sesiapa yang bermalam dengan keadaan penat lesu kerana mencari penghidupan yang halal, bermalamlah ia dengan keadaan diberikan keampunan

(e) Sesiapa yang diberikan sesuatu pemberian dengan tidak ia memintanya dan tidak pula ia berharap-harap supaya diberikan kepadanya serta ia tidak mengetahui bahawa pemberian itu haram diterimanya, maka digalakkan dia menerima pemberian itu untuk menyara hidupnya dan orang tanggungannya atau untuk memberi pertolongan kepada orang yang memerlukannya.

Niat yang suci dan sebaliknya.

Nikmat pemberian yang sangat-sangat diperlukan dalam alam kehidupan ini ialah nikmat kerohanian (ilmu pengetahuan) dan nikmat kebendaan (harta kekayaan).

Kedua-dua nikmat itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada orang yang mendapatnya melainkan dengan menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah; jika tidak maka buruk padahnya.

Dalam pada itu, orang yang tidak mendapat kedua-dua nikmat itu, tetapi ia mempunyai niat yang benar lagi suci - bahawa kalau ia mendapat nikmat itu ia akan menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah - maka ia juga akan beroleh pahala disebabkan niatnya yang baik itu.

Sebaliknya kalau niatnya buruk maka buruklah pula akibatnya, seperti yang diterangkan dalam hadis ini

Hadis Keempat Puluh Satu

41- عَنْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَغْزُو جَيْشٌ الْكَعْبَةَ فَإِذَا كَانُوا بِبَيْدَاءَ مِنْ الْأَرْضِ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ وَفِيهِمْ أَسْوَاقُهُمْ وَمَنْ لَيْسَ مِنْهُمْ قَالَ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ ثُمَّ يُبْعَثُونَ عَلَى نِيَّاتِهِمْ (البخاري ومسلم)

41 - Dari `Aisyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Satu angkatan tentera hendak menyerang Ka'bah, maka apabila mereka berada di suatu tanah lapang, ditimbuskan mereka seluruhnya dari awal hingga ke akhirnya!" Sayidatina Aisyah merasa musykil serta bertanya dengan katanya "Ya Rasulu11ah! bagaimana mereka ditimbuskan seluruhnya pada hal ada di antaranya orang-orang yang berjual beli dan orang-orang yang bukan dari tentera itu?" Baginda menjawab: "(Ya!) mereka seluruhnya ditimbuskan, kemudian mereka dibangkitkan pada hari qiamat (dan masing-masing dibalas) menurut niatnya."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang keempat puluh satu ini menerangkan:

(1) Akibat buruk orang yang mencabuli sesuatu yang mulia di sisi Allah Taala.

(2) Sesiapa yang berada dalam kalangan orang-orang yang melakukan maksiat atau fitnah kekacauan akan menanggung dalam dunia ini bala bencana yang menimpa mereka.

(3) Balasan akhirat berdasarkan niat masing-masing.

Huraiannya:

(1) Akibat buruk orang-orang yang mencabuli kehormatan sesuatu yang mulia di sisi Allah Taala:

Tiap-tiap sesuatu yang mulia di sisi Allah Taala, sama ada hukum, masa, tempat atau hamba Allah yang dikasihi-Nya; wajiblah dimuliakan dan dihormati sebagaimana apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Sesiapa yang mencabulinya, maka buruklah padahnya, seperti yang diterangkan dalam hadis ini.

(2) Orang yang ada bersama dalam kalangan orang-orang yang melakukan perbuatan yang durjana, akan ditimpa bala bencana:

Biasanya mala petaka dan bala bencana yang diturunkan oleh Allah Taala menimpa orang-orang yang melakukan perbuatan yang dilarang akan merangkum orang-orang yang tidak bersalah yang ada bersama, meskipun keadaan kedua-dua golongan itu berlainan.

(3) Balasan akhirat diberi berdasarkan niat masing-masing:

Balasan akhirat adalah menurut hakikat sesuatu sama ada baik atau buruk.

Misalnya: Dua orang mati bersama dalam perjalanan ke pasar. Yang seorang berniat hendak membeli barang dan yang seorang lagi hendak mencuri, maka pada hari qiamat kelak, keduanya akan menerima balasan menurut niat masing-masing.


Posted by abu samah at 5:08 PM 0 comments
Tuesday, October 21, 2008

Saturday, June 18, 2011

Ibadat terhebat dipermukaan bumi

Sabtu 18 Jun 2011/16 Rejab 1432

1. Soat ini diwajibkan Allah swt dengan secara langsung kepada Nabi Muhammad saw sewaktu beliau melakukan mi'raj di Sidratul muntaha, tidak dengan perantaraan Malaikat Jibril sebagaimana perintah ibadat yanag lain..


2. Solat ini juga diperintahkan dan diwasiatkan oleh seluruh nabi dan rasul kepada umatnya. Solat juga yang selalunya diwasiatkan oleh setiap Nabi dan Rasul sebelum masing-masing mereka menghembuskan nafsnya yang terakhir.

Menurut beberapa riwayat , seminit sebelum Rasulullah saw meninggal, beliau berbisik ke telinga Ali bin Abu Talib yang ertinya: Solat , solat, solat!


3. Solat menjadi faktor penentu. Di antara semua ibadat yang dikerjakan ibadat solatlah yang menjadi tonggak atau induknya. Dengan lain perkataan ibadat puasa, zakat, haji dan ibadat yang dilakukan seseorang menjadi sisi-sia semuanya, bila orang yang melakukannya tidak melaksanakan tuntutan ibadat solat di dalam hidupnya. Sabda Rasulullah saw, :

"Yang pertama-tama disoal di hari qiamat (akhirat) nanti ialah tentang solat. Bila solatnya dapat diterima, maka diterima seluruh amalnya. Dan bila solatnya ditolak, akan ditolak seluruh amalnya"

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda :

" Solat itu adalah tiang agama"

4. Solat adalah ibadat yang melambangkan keabdian diri serta taat dan syukur kepada Allah yang Maha Pencipta, yang mencipta diri kita semuanya, yang menghidupkan dan menyediakan segala keperluan hidup kita, agar kita hidup berbakti kepadaNya.

Firman Allah swt:

"Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk berbakti terhadapku".

- ( Surah Al-Zariyat: 56)

Friday, June 17, 2011

Solat yang khyusuk

Jumaat 17 Jun 2011/15, Rejab 1432

Bagaimana kita semasa melakukan solat jika dibandingkan dengan Hatim Zahid rah.a apabila ditanya oleh Isham rah.a. kata beliau:

1. Pertama-tama aku berwudhu dengan penuh ketenangan dan kesempurnaan,

2. Lalu setelah samapi ke tempat solat, aku berdiri dengan tenang, seolah-olah Ka'abah berada di depanku, sirat di bawah kakiku, surga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, dan seolah-olah malaikat pencabut nyawa berada di atas kepalaku. Dan aku merasa bahawa inilah solatku ynag terakhir, mungkin tidak ada lagi solat bagiku setalah ini. Hanya Allah yang mengetahui keadaan hatiku.Lalu dengan penuh keagungan aku ucapkan takbir dan membaca ayat-ayat al Quran sambul mneghayati maknanya.

3. Kemudian aku ruku' dengan penuh tawadhu', lalu sujud dengan penuh perasan hina

4. Setelah itu aku selesaikan solatku dengan penuh ketenangan . Lalu dengan penuh harap akau memohon semoga Allah dengan rahmatNya menerima solatku, dan dengan rasa takut serta khawatir jangan-jangan Allah menolak ibadahku.

Beliau dikatakan bersolat secara demikian sejak tiga puluh tahun.
Mendengar hali itu Isham rah.a. menangis dan berkata, "Satu kali pun aku belum pernah solat seperti itu".

Wednesday, June 15, 2011

Gerhana dan Cara mengerjakan solat gerhana

Rabu, 15 Jun 2011/13, Rejab 1432

1. Gerhana berlaku apabila hilang atau berkurang cahaya. Ia terjadi apabila ada matahari, bumi dan bulan dalam perjalananya sama-sama terletak pada aras lurus.

2. Secara teorinya bumi itu bergerak di sekeliling matahari, dan bulan pun bergerak di keliling bumi, dan perjalanan bumi dan bulan itu kedua-duanya mengelilingi matahari.

3. Gerhana matahari berlaku pada siang hari dan ia berlaku apabila bulan berada antara bumi dan matahari , yang menyebabkan sebahagian cahaya matahari tertutup oleh bulan dan berlakulah kegelapan (gerhana) di bahagian yang setentang dengan sinar matahari yang tertutup dari dataran bumi.

4. Gerhana bulan terjadi di waktu malam iaitu apabila bumi berada di antara bulan dan matahari, menjadikan sebahagian cahaya matahari tertutup oleh bumi, terjadilah gelap ketika itu. Gerhana ynag terjadi itu ada kalanya hanya sebahagian sahaja yang tertutup dan ada kalanya seluruhnya.

5. Tempuh gerhana itu adalah tempuh masa kegelapan hingga datang semula cahaya. Biasanya gerhana terjadi di awal atau di akhir bulan qamariah/Islam. Apabila berlakunya gerhana kita disunatkan melihat gerhana tersebut dan mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan niat solat gerhana.Hukum solata sunat gerhana ialah sunat Muakad. Solata ni boleh dikerjakna bersendirian tetapi lebih utama dilakukan secara berjemaah

6. Cara mengerjakan solat gerhana,

1. Niat solat gerhana.
2. Membaca al fatihah sesudah takbiratul ihram.
3. Ruku' dan Iktidal. Membaca al fatihah sekali lagi
6. Ruku' dan iktidal
7. Sujud dan kemudian berdiri ke rakaat yang kedua.
8. Dan lakukanlah seperti yang dilakukan di rakaat yang pertama tadi.

Gerhana bulan: khusuf alqamari
gerhana matahari:kusuf alshamsi..

7. Khutbah sesudah solat gerhana.

Apabila selesai solat gerhana , maka disunatkan pula berkhutbah iaitu dengan 2 kali khutbah yang berisi pesan agar para hadirin membanyakkan taubat, membuat amal kebaikan, membanyakkan amalan sunat seperti bersedekah, solat, puasa sunat, menjauhi dosa dan maksiat serta kemungkaran, bertaqwa kepada Allah, meningkatkan ketaatan dan didorong agar mensyukuri nikmat Allah dan mengingatkan agar tidak lalai dan tertipu. Wallahu'alam.

Dari Aisyah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya matahari dan bulan itu dua tanda hari sekian banyak tanda kebesaran Allah. Keduanya tidak gerhana kerana sebab kematian seseorang dan tidak pula sebab hidup ( lahir) seseorang. Apabila kamu ,melihat gerhana iu berdoalah kepada Allah swt, bertakbir dan bersedekah".
-(HR Bukhari dan Muslim)

( Hadis ini berpunca dari nperistiwa kewafatan saidina ibrahim, anak Rasulullaha saw dan berlaku kejadian gerhana matahari. Para manusia ketika itu mengatakan berlakunya gerhana matahari kerana kewafatan anak Rasulullah saw. Untuk mengelakkan kejadian tersebut menjadi keparcayaan Rasulullah saw bersabda seperti hadis di atas).

Dari Abdur Rahman bin Samurah ra ia berkata:

" Aku datang mngadapa Nabi saw, ketika itu sedanag gerhana matahari. Nabi saw berdiri dalam solat mengangkat kedua tangannya. Ia bertasbih, bertpai selesai gerhana, manakla sudah terang kembali ia membaca dua buah surah al Quran dan solat dua rakaat"

-(HR Muslim)

8. Selain solat sunat gerhana, disunatkan juga mandi sunat gerhana dan bersolat berjemaah di masjid.

-------------------------------
Petikan Akbar Utusan Malysia.
-------------------------------

Boleh saksikan fenomena gerhana bulan penuh Khamis
14/06/2011 6:45pm

KUALA LUMPUR 14 Jun – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi pada Khamis ini (16 Jun).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, sehubungan itu semua masjid dan surau disaran mengadakan solat sunat khusuf berserta khutbah gerhana.

"Ibadah sunat ini seharusnya dapat ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Othman berkata, masjid-masjid utama seperti Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada pukul 3 pagi.

Selain itu, aktiviti cerapan akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya dengan kerjasama agensi luar iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). – Bernama.
(Sumber: Utusan Malaysia 15 Jun 2011)

Wednesday, June 8, 2011

Mendidik anak soleh

Rabu. 8 Jun 2011/6 Rajab, 1432


Mendidik anak supaya menjadi anak yang soleh/solehah.

Bagi ibupa yang mempunyai anak yang soleh, ianya merupakan satu kebanggaaan, kemuliaan dan kekayaan anugerah Allah yang sangat besar nilainya. Amalan anak yang soleh akan memberikan ganjaran kebajikan dah pahala ynag tetap berkesinambungna dna bertambah-tambah walaupun kita telah kemabli kerahmatullah. Sebaliknya anak yang derhaka akan membebankan dosakepada seseorang, kerana anak adalah amanah Allah yang wajib dipelihara dengan sebaiknya.

Sesuatunya yang akan melanjutkan amal kebajikan kita, dan akan mengingatkan kita ialah anak yang soleh. Anak yang soleh/solehah akan mendoakan kita secara berterusan dan dengan keikhlasan di saat kita telah berada di alam barzakh. Kewujudan anak yang soleh akan memberikan kebajikan yang tidak putus dengan izin Allah apabila kita meninggal dunia.

Maksud hadis: "Apabila anak Adam meninggal dunia amal ibadatnya akan terputus melainkan dari tiga perkara. Baginda menyebutkan termasuk di antaranya ialah" "Anak yang soleh yang mendoakan".

Dan dengan berkat doa anak yang soleh darjat sesorang akan diangkatkan sebagaimana sabda Rasulullah saw yang ertyinya:

"Sesungguhnya Allah swt akan mengangkatkan darjat hamba yang soleh di syurga". hamba tersebut lalu bertanya,

"Wahai Tuhanku, bagaimana saya memperoleh ini? Tuhan menjelaskan
"Dengan sebab istighfar anakmu bagimu".
-(HR Imam Ahmad dan Ibnu Majah)

Tuesday, June 7, 2011

Isnin,6 Jun 2011/4 Rejab 1432

Saturday, June 4, 2011

Solat Sunat sebelum maghrib

Sabtu, 4 Jun 2011/3 Rejab 1432

Dari Anas r.a. katanya: " Kita semua di zaman Rasulullah saw bersolat dua rakaat sesudah terbenamnya mata hari, yakni sebelum maghrib",

Ia ditanya: " Apakah Rasulullah saw melihat kita bersolat dua rakaat itu, tetapi beliau saw tidak mmenyuruh kita melakukannya dan tidak pula melarangnya'.
-(HR Muslim)

Friday, June 3, 2011

Roh dalam tubuh manusia

Jumaat, 3 Jun 2011/ 01 Rejab 1432

Dalam surah Al Isra': 85, Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Mereka bertanya kepada Engkau tentang roh. Katakanlah; Roh itu adalah urusan (rahasia)Tuhanku. Dan tidaklah diberikan ilmu pengetahuan kepadamu kecuali sedikit sahaja".

Keadaan dan hakikat roh hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Oleh itu adalah rahasia Allah, tidak dapat diketahui atau dipelajari oleh siapa saja, sekalipun Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul Allah sendiri".

Manusia dikatakan makhhluk ynag tertinggi keran rohaninya, kerana jiwanya, akalnya, hatinya dan nafsunya. Dan kerana jiwa, akal, hati dan nafsunya itu pulalah manusai dapat jatuh menjadi makhluk ynag bterendah, palaing hina dan jahat.

Firman allah dalam surah at Tin :4-6,

"Sesungguhnya kami jatuhkan manusia dalam sebaik-baik kejadian. Kemudian Kami jatuhkan dia mnejadi serendah-rendah makhluk. kecuali orang-orang ynag beriman dan beramal soleh ,bagi mereka ganjaran yang tidak putus-putus"

Dengan adabya roh yang bertempat dalam tuubuh manusia, manusia dpat hidup, bergeraka, perasa, melihat, mendengar, mengerti dan dapat memahamkan segala suatu. Apabila manusia mati atau roh sudah terkeluar dari tubuh manusia, maka semua anggota tubuh tidak dapat bergerak dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi sebagaimana masa hidupnya.

Bukan hnaya tidak dpat hidup atau beregerak, tetapi dalam masa yang singkat tubuh atau badan manusia menjadi kaku dan akhirnya busuk dan hancur yang hanya perlu dikebumikan mayat tersebut di perkuburan.

Ini bermakna rohlah yang menyebabkan kita hidup dan roh itu tidak dapat mati.Roh akan kekal yang berasal dari roh Allah, kepunyaan Allah.

Thursday, June 2, 2011

Ketika Nabi menghadapi Sakaratulmaut

Khamis 2, Jun 2011/29 Jamadil akhir 1432

Dari Aisyah r.ha. katanya:

" Saya melihat Rasululllah saw dan beliau ketika itu sedang menghadapi sakaratulmaut. Di sisinya ada sebuah gelas yang berisi air, Beliau saw memasukkan tangannya ke dalam gelas kemudian mengusp wajahnya dengan air tadi, lalu mengucap yang ertinya:

" Ya alah, berilah aku pertolongan untuk menghadapi kesukaran-kesukatran hendak meninggal dan pula sakaratulmaut".

- (HR Termizi)