Friday, April 29, 2011

Sifat-sifat dan akhlak Orang-orang mukmin yang sebenar

Jumaat 29 April 2011/ 26 Jamadil Awal 1432

Surah Bara'ah/Taubah ayat 111 : Terjemahannya:

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan ), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (diantara) mereka (ada yang) membunuh dan terbunuh (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al- Quran, dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu janjikan jual belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar".


112: "(Mereka itu ialah) Orang-orang yang betaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang bergembira (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas (hukum) Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)".

Thursday, April 28, 2011

Tuntutlah ilmu

Khamis 28 April 2011/ 25 Jamadil awal 1432

Ibnu Mas'ud ra berkata:

"Hendaklah kamu semua mengusahakan ilmu pengetahuan itu sebelum sebelum ia dilenyapkan. Lenyapnya ilmu pengtahuan ialah denan matinya orang-orang yang memberikan atau yang mengajarkannya. Seseorang itu tidaklahakan dilahirkan dan sudah menjadi pandai. Jadi ilmu pengetahuan itu pastilah harus diusahakan dengan belajar".

2. Sabda Nabi saw:

"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetauan, maka dengan sebab kelakuanya itu Allah akan menempuhkan satu jalan untuknya guna menuju ke syurga".

- (HR Muslim).

3, Sabda Nabi saw lagi:

" Niscayalah andaikata engkau berangkat kemudian engkau belajar satu bab dari ilmu penegtahuan, maka hal itu adalah lebih baik dari pada kamu bersembahyang seratus rakaat".

-(HR Ibnu Abdilbarr)

4. Sabda Rasulullah saw:

" Barangsiapa yang mengetahui sesuatu ilmu, kemudain menyembunyikannya (tidak suka mengajarkannya), maka oleh Allah ia akan diberi kendali pada hari kiamat nanti dengan kendali dari api neraka".

-(HR Abu Daud, Tirmizi , dll)

Wednesday, April 27, 2011

Cintai Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya

Rabu, 27 April 2011/24 Jamadil Awal 2011

Firman Allah swt:

" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anaka-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamanya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan (azab siksanya), kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik"

- (At Taubah: 24)

1. Fasik bermaksud, seorang yang banyak melakukan dosa, baik dosanya kepada Tuhannya atau dosanya kepada sesama manusia, ynag terkeluar dari syariat dan perintaah-perintah Allah swt.

2. Sifat fasik digunakan khusus kepada orang yang menolak perintah Allah dengan tidak mentaatinya dan seterusnya mengingkari sama ada sebahagian mahupun keseluruhan hukum itu.

Dalam hal ini, Allah berfirman dalam surah al-Hasyr, ayat 19 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang yang fasik lagi derhaka.”

3. fasik terhadap perintah Tuhannya artinya keluar dari ketaatan kepada-Nya.

Fasik juga berarti keluar dari kebenaran (al-khurûj ‘an al-haqq). Karena itu, fasik kadang-kadang berarti syirik dan kadang-kadang berarti berbuat dosa. Seseorang dikatakan fasik (fâsiq/fasîq) jika ia sering melanggar aturan/perintah. Fasik juga berarti keluar dari sikap istiqamah dan bermaksiat kepada Tuhan. Karena itu, seseorang yang gemar berbuat bermaksiat (al-‘âshî) disebut orang fasik (ibnu Manzhur, Lisân al-‘Arab, 10/38).


Monday, April 25, 2011

Hidup di alam akhirat yang abadi

Isnin,25 April 2011/22 Jamadil Awal 1432

Allah mengingatkan untuk menyiapkan diri bagi menghadapi alam akhirat melalui firman-Nya bermaksud :


”Ketahuilah! Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain, melainkan permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bauan hidup yang bertujuan) bermegah-megah antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak (semua itu terhad waktunya), samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur), menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan daripada Allah (disediakan bagi orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain , hanya kesenangan bagi orang yang terpedaya.”

(Surah al-Hadid : 20)

Sunday, April 24, 2011

Apa tanda baligh?

Ahad, 24 April 2011/21 Jamadil Awal 1432am syurga atau dibaasa dengan

Baligh ertinya sampai umur mukallaf ynag diertanggungjawab ke atasnya dosa pahala, halal haram dandipersoalkan perbuatan di sisi Allah di khrat nanti untuk ditentukan samada ia beraamal soleh yang beramal kejahatan balasan neraka.

Tanda-tanda seorang yang sudah baligh itu ialah:

1. Samapai umur 15 tahun bagi lelaki dan perempuab.
2. Apabila datang haidh ( bagi perempuan sahaja)
3. Bermimpi keluar air mani, baik lelaki atau perem[puan. Atau lelaki atau perempuan ynag sudah ada syahwat.

Tanggunjawab sebagai Mukallaf:

1. Apabil baligh seseorang itu usdah wajaibkan dengan perkara-perkara yang disyariatkan dalam agama seumpaam solat, puasa dll.

2. Dikenakan nya hukuman dosa dana pahala apabila ia meninggalkan furuk-furuk syarit yang diwajibkan ke atasnya sebagai seorang muslia. .

3. Bila seorang anak sdah baligh, maka ia tidak lagi boleh masuk bilik orang tuanya tanpa kebenaran, dan tidak boleh bergaul bebas antara lelaki dan perempuan.

Saturday, April 23, 2011

Minta halalkan kezaliamn, kalau tidah padahnya.....

Sabtu,23 April 2011/19 Jamadil awal 1432

Dalam Sohih al Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, daripada Nabi saw, Baginda bersabda, "Sesiapa yang melakukan kezaliman terhadap sudaranya, hendaklah dia meminta halal kepadanya (sebelum ia meninggal dunia), kerana (pada hari Kiamat kelak) dia tidak mempunyai wang emas atau perak (untuk menebus kezalimannya), sebelum pahala kebaikannya diambil dan diberikan kepada saudaranya sebagai ganti.Sekiranya dia tidak mempunyai pahala kebaikan, maka dosa kejahatan saudaranya itu pula akan diambil, kemudian dilemparkan ke atasnya"

-(HR Al Bukhari)

1. Yang dimaksudkan dengan kezaliamn itu ialah meletakkan sesuatu bukan di tempat sepatutnya, atau menafsirkannya dengan maksud mengendalikan hak milik orang lain tanpa izin.

2. Allah mengharamkan kezaliman ke atas hamba-hambanya dan melarang mereka daripada saling menzalimi sesama mereka. Tegasnya melakukan kezaliman itu adalah perbuatan haram sama sekali.

3. Firman Allah swt:

"Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"

- (Surah Luqman: 13)

Friday, April 22, 2011

Kewajipan menunaikan fardhu Haji

Jumaat, 22 April 2011/18 Jamadil awal 1432

1. ibadah haji merupakan ruku Islam yang kelima. Ia diwajibkan kepada seseorang apabila telah mempunyai kemampuan dan memenuhi syarat-syaratnya.

2. Apabila tidak disegerakan ada kemungkinan sebelum sampai pada tahun berikutnya ia telah meninggal dunia. Hal mati itu adalah urusan Tuhan semata, tiada siapa pun yang mengetahui perkara ghaib ketentuan Allah ini. Oleh itu seseornag itu hendaklah menyegerakan dengan melaksanakan ibdah haji setelah mencukupi syarat-syaratnya.

3. Ibadat haji ini wajib dilaksanakan sekali sahaja, sedang ibadat hai yang berikutnya jika mampu adalah sunat sahaja.

Antara syarat haji ialah:

1. mempunyai cukup wanag dan bekalan
2. Ada kenderaan
3. Sihat badan untuk mengerjakan haji
4. Aman perjalanan pergi balik
5. Ada kuasa bagi perempuan, ialah ada baginya suami atau muhrim yang akan menemaninya.
6. Ada belanja untuk anak isteri dan belanja orang-orang yang tinggal yang menjadi tanggungnnya.

7. Maksud hadis nabi saw:

Dari Abu Hurairah ra ia telah berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Sesipa yang pergi naik haji, lalu ia tidak mengerjakan dosa, dan tidak pula berbuat kederhakaan (kafir) kepada Tuhan, kembalilahi pada hari ia dilahirkan oleh ibunya".

- (HR Bukhari, Muslim)

8. Waktu memulakan mengerjakan ialah pada bulan-bulan ynag ditentukan, iaitu dalam bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah

Wednesday, April 20, 2011

Membentuk akhlak anak-anak

Rabu,20 April 2011/16 Jamadil awal 1432

1. Membina akhlak yang baik kepada anak-anak merupakan satu kewajiban kepada ibubpa sebagai menjalankan amanah Allah swt bagi menjmain keselamtan dan kesejahteraan anak-anak yang dilahirkan ke dunia ini. Kesucuian anak sejak dilahirkan akan dicorakkan dengan apa yang dipelajari atau dicontohi oleh ibubapa, keluarga dan sekitarnya. Sekiranya suasana pesekitarannya dan asuhan yang baik diberikan oleh ibubapanya, akan bersih dan baiklah akhlak dan amalan yang di bawa oleh ana-anak itu apabila remaja dan dewasa nanti.

2. Sebagai ibubapa , guru dan sesiapa yang mendidika si anak, ia akan mendapat pahala yang setimpalnya dengan didikan yang baik dan begtitulah sebaliknya jika gagal mendidik anak-anak tersebut akan bertanggungjawab kepada Allah swt di akhirat kelak. Dalam hal ini Allah berfirman:
" Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka".
- (Surah Tahrim: 6)

3. Pokok pangkal kepada didikan anak-anak ialah mendidika dengan cara didikan Islam sebagaimana ynag dikehendaki oleh agama kita, supaya anak inji nanti akan dapat terselamat dari apai neraka yang penuh azab siksa.akan didikan agam anak tersebut akan beramal dengan kelakuan dan tingkah laku yang baik.

4. Antara adab yang perlu dijaga ialah mengamalkan adab makan sepert menggnakan tangan kanan, membaca bismillah, mengamabil makanan apa yang dihadapannya, makan dengan bersopan tidak gelojoh, mengunyah makan dengan sebaik-baiknya, menyuap dengan lambat-labat, jangan mengotori kedua tangan atau pakaiannnya, memakan makan ynag sedrhan tidak bermewahan, makanlah dengan sdeerhana banyaknya atau berhentilah bila berasa kenyang, makan apa yang sedanya asalakan halal dan tidak terlalu memilih.

5. Yang agak penting juga ialah ibubapa perlu mengajar bagaimana ia harus taat dan patuh kjepada kedua aibubapanya, guru ynag mendidknya, dan juga setiap ornag ynag lebih tua daraipada anak tersebut.

5. Apabila ,menjelang umur 7-dan 10 thaun anak-anak hendaklah jangan meninggalkan rsuci secara agama dan lebi-lebih lagi janag meninggalkan solat fadhu yna diwajiubkan ke atasnya. begitu membiasakan diri untuk berpuasa di bulalan ramadhan.

6. Ketentuan-ketentuan syariat agama. wajiblah ia diajari di rumah, di samping pelajaran yang diterima di sekolahnya.

7. Melarang anak-anak supaya tidak melakukan perkara yang haram seprti mencuri atau memakan makanan yang haram.

Tuesday, April 19, 2011

Anak Soleh kedua ibu-bapa

Selasa, 19 April 2011/15 Jamadil awal 1432

1. Anak soleh merupakan idaman kedua ibubapa yang menyedari tanggungjawab terhadap Tuhan Maha Penciptanya.

2. Anak merupakan amanah Allah swt, untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini dengan memainkan peranannya terhadap perintah Allah untuk mencapai kebahagian di dunia dan kesejahteraan di akhirat yang kekal abadi.

3. Sebagai ibubapa mereka bertanggungjawab membentuk serta mendidik keperibadian naknya supaya mencapai tahap ketaqwaan yang tinggi serta dapat menjalankan peranan sebagai seorang Muslim yang beriman serta taat kepada perintah allah swt. dengan melakukan amal soleh.

4. sebagai asasnya anak soleh akan melaksanakan tanggungjawbnya kepada Allah. Anak soleh juga akan berbuat kebaiakn atau berbakti kepada kedua orang tuanya dengan melakkan ihsan (berbuat baik) baik dalam segi moral maupun spiritual ynag sesuai dnegan ajaran islam.

5. antara perkara ynag boleh dilakukan oleh anak soleh kepada kedua ibubapanya ialah:

1. Menentukan orang tuanya mempunyai kerperluan fisikalnya seperti tempat tinggal, makanan dan menentukan kesihatannya terkawal.

2. Apabil keduanya memerlukan perkhidmatan atau pertolongan , hendaklah anak soleh memberikan apa juga yang mampu supaya dapat memberiklan kemudahan serta keselesaan yang diperlukan.

3. Apabila dipanggil hendaklah anak soleh menyahut dengan tuturkata dan menutur dengan lemah lembut bila berbicara dan mendatangi dan memeberikan apa juga hajat yang diperlukan.

4. Memberikan kegembiraan dan ketenangan kepada kedua orang tua, supaya tidak menyusahkan fikiran mau pun fizikalnya yang sangat memerlukan kebahagianan hidup semasa tuanya.

5. Mendokan keselamatannya dan kesejahterannya di akhirat dan memohon kempunan dari Allah swt atas segala kesalahan maupun dosa-dosa yang pernah dilakukkannya.

6. Orang tua hendalkah sentias dihormati dna dimuliakan, sebagai malan yang sangat disukai oleh Allah swt., kerana ia menyamai jihad di jalan Allah..Memuliakan orang tua juga menyamai pahala haji dan Umrah, dan menghasilakn kenikmatan di syurga

7. Memulikan orang tua juga akan menambahkan umur (umur ynag berkah) dan memberkatan rezeki atau harta.

8.Memuliakan orang tua menjadikan anak-anak kita pandai, cerdik dan menyebabkan mereka berbakti kepada kita kemudianya.

9. Memulikan orang tua juga menjadi jaminan bagi kita memasuki syurga Alah, kerana Allah akan meredhai kita sekirnya ibubapa meredhai kepada kita.

10. memulisan orang tua juga akan menghilangkan kereshan dan ketidak-tenangan hati dalam hidup kita

11. Seterusnya memuliakan orang tua menghasilhkan keredhaan Allah swt.

Sunday, April 17, 2011

Buktinya alam ini adanya Allah

Ahad, 17 April 2011/13 Jamdil awal 2011

Penciptaan sekalian alam ini sudah membuktikan adanya dan menunjukkan kebesaranNya yang Maha sempurna.Allah menjelaskan dahulunya langit dan bumiadalah padu, yna kemudianya dipisahkannya langit dan bumidengan awan, lalu diturunkan hujandari langit dan ditumbuhkanlahtumbuh-tumbuhan di bumi serta dijadikannya air sebagai sumber hidup tiap-tiap sesuatu ynagh hidup.

Dan dijadikan di bumi gunung-gunaung ynag kokoh untuk mencegah agar bumitidak goncanagbersama penghuninya dan di antra gunung-gunung itu dibukakan jalan-jalan yang luasynag menghubungkan satu negeri dengan negri lain dan sebuah kota dengan kota lain.
yang terpelihara dan dapat dijangkau bagi bumi, kemudian dibagunyalah waktu menjadi malam yana gelap dan siang yang terang dengan matahari dan bulan ynagmasing-masing beredar di dalam garis-garis edarnya sendiri.

Hal ini dijelaskan Allah dalam firmannya:

Ayat 30, "Apakah orang orang kafir tidak mengethaui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah satu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya, dan daripadanya air Kamai jadikan segala sesuatu yang hidup.Maka mengapakan mereka tidak juga beriman"

Ayat 31." Dan Kami telah menjadikan di bumi ini gunung-gunung yang lukuh supaya bumi itu (tidak) goncanag bersama mereka, dan telah Kami jadikan pula di bumi ini jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk".

Ayat 32, " Dan Kami menjadikan langit itu sebgai atap ynag terpelihara, sedang mereka berpaling dari tanda-tanda (kekuasaan llah) ynag terdapat padanya.

Ayat 33, " Dan dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. masing-masing dari kedunya itu beredar di dalam garis edarnya".
- (Surah Al Anbiya, Ayat :30-33)

Saturday, April 16, 2011

Mengerjakan ibadat Umrah



Sabtu, 16 April 2011/12 Jamadil awal 1432

Umrah.

1. Membuat persediaan yang secukupnya untuk menegrjakan ibadat umrah.

1.1. Persediaan wang yang secukupnya mengikut keperluan tambnag, makan, penginapan yang diperlukan oleh syarikat pelancongan yang menganjurkan umrah ynag kita pilih.

1.2. Persediaan ilmu, mempelajari kaedah amalan daalm menegrjakan umrah termasukk lah solat jamak qasar, solat sunat yang berkenaan umrah yang terbaik, dengan cara yang digariskan oleh Rasulullah saw.

1. 3. Persediaan mental supaya dapat menyesuaikan diri dengan melaksanakan dengan pelbagai kesulitan yang ditempuhi akibat dari kesesakan manusia yang ramai pergi ke tempat dengan tujuan yang sama. Drai segi fizikal pula kita perlu mengerjakan ibadat umrah dengebagai pesediaan berjaalan kira-kira 1 kolmeter untuk tawaf dan 3 kilometer untuk sa’i. Seorang yang bercadang mengerjakan umrah perlu berlatih berjalan sebelum tarikh umrah supaya lebih sihat dan selsessa untuk tujuan awaf dan sai yang perlu tenaga berjalan.

1. 4. Mendapat wakil pelancongan yang boleh dipercayai dan dapat memerikan khidmat yang terbaik semasa menggunkan perhidmatan mereka.

1. 5. Sebaik-baiknya belajar dan menghafal doa-doa yang boleh dibaca semasa tawaf dan sesudah setiap kali pusingan tawaf dan sa’i atau menyediakan buku doa yang boleh dibaca dengan menggantungkan ke leher bagi megelakkan ianya jatuh semasa berjalan.

2. Pengertian Umrah;

2.1. Umrah bermaksud menziarahi ka’abah dan tawaf mengelilinginya dan sa'i di antara Safa dan Marwah serta mencukur rambut atau memedekkannya.

2. 2.Fadhilat umrah ialah meghapuskan (dosa-dosa) kecil yang terdapat di antara kedunya, sedangkan haji yang mabrur tiada balasannya melainkan syurga.

2.3. Umrah dalam bulan ramadhan (fadhilatnya) sama dengan pahala menunaikan haji.

3. Kafiat melakukan Umrah.

3.1.Ihram serta niat

3.2.Tawaf mengelilingi kaabah

3.3.Sa'i antara safa dan Marwah

3.4. Tahlul

3.5. Tertib

4. Larangan ihram

4. 1.Menutup kepala atau sebahagaian daripada kepala

4. 2.Menutup muka dan memakai sarung tangan bagi perempuan

4. 3.Memakai pakaian yang berjahit, atau yang bertenun seperti baju, rantai atau yang besimpul bagi lelaki.

4. 4. Memakai bau-bauan pada badan/pakaian.

4. 5.Memakai minyak pada rambut atau janggut

4. 6. Menggugurkan rambut atau bulu atau kuku

4. 7. Jimak atau pendahuluannya

4. 8. Memburu binatang daratan yang harus dimakan

4. 9. Memotong atau mencabut pokok kayu di dalam tanah haram.

4. 10. Aqad nikah (Ijab dan qabul)

4. 11. Mencaci, mencerca, memaki-hamun dengan kata-kata keji atau bertengkar.

4. 12.Melamar wanita yang akan dinikai sepatu yang hi

4. 13. Memakai sepatu yang meutup anak jari

Sunat Ihram.

1.Mandi sebelum ihram bgai lelaki dan perempuan.

2.Memakai bau-bauan pada badan dan pakaian sebelum ihram.

3. Sunat solat 2 rakaat sunat ihram.

5. Miqat zamani dan Makani. – Dari Malaysia /tiur tempat ihramnya di di Yalamlam. atau jiddah. Jika dari madinah di Bir Ali slepas setenga jam perjalanan dengan bas dari madinah.

Di Mekah – Ji’raanh, Tan’im

5.1. Berniat ihram umrah setelah memkai ihram

“nawaitu umrata wa ahramtu niha lillahi ta’ala, ( Ya allah aku samabut panggilanmua untuk berumrah. Ya Allah akau menunaikan umrah dan ihran untuk umrah kerana Allah taala semata-mata)

5.2. Membaca Talbiah di sepanjang perjlanan

5.3. Doa memasuki tanah haram Mekah

5.4. Doa memasuki Masjidil Haram melalui Babussalam dan berdoa

5.5. Doa ketika melihat Kaabah…

5.6. 5.6. Doa semasa menuju hajar aswad

5.7. Tawaf Umrah Rukun

5.8. Niat tawaf umrah

5.9. Istislam hajar aswad

5.10.Doa Tawawaf 1

5.11.Istislam rukun yamani

5.12.Doa antara rukun yamani dan hajar aswad

5.13.Doa tawaf 2

5.14.Istislam rukun yamani

5.15.Doa rukun yamani dan hjar aswad

5.16.Seterusnya tawaf 3

5.17.Tawawaf 4

5.18.tawaf 5

5.19.Tawaf 6.

5.20.Tawaf 7.

5.21.Setelah tawaf

5.22. . Berdoa dan bermunajat di Multazam

5.23.. Solat tawaf di maqam Ibrahim dan berdoa.

5.24. Solat sunat di Hijr Ismail (Bila ada waktu lapang dan keadaan mengizinkan)

6. . Sai’ Umrah (Rukun)

6.1. . Doa menuju bukit Safa (Melaui babul al safa)

6.2. Berniat Sa’I di safa

6.3. Perjalanan 1 – melambaikan tagann ke kaabah dan membaca. Allau akbar 3X Walilahhi hamdu.

6.4. - Baca doa ketika memulakan sa’I (dalam keadaan mengadap qiblat, sebelum memulakan perjalanan)

6.5. -Doa sa’i pertama (Safa- marwah)

6.6. - Doa setelah melepas tiang hijau (menuju Marwah)

6.7. Doa ketika mulai hendak mendaki bukit Marwah.

Sai kedua2 -dengan mengulangi:

1.melambai tangan ke kaabah atas bukit Marwah

2. doa sai 2 Marwa ke Sofa)

3.Doa antara tiang-tiang hijau (sambil belarianak)

4. Doa ketika mendaki bukit sofa

Sai ke 3-Ulang bacaan sebelum ini sai 1.

16. Doa setelah selesai sa’i (ms .94)

7. TAHLUL (bergunting atau bercukur) dan doanya (Rukun Umrah) ms.95

( Tahlul adalah satu cara untuk mengakhiri atau keluar dari ihram. Seorang itu bebas dari peraturan ihram.Dibenarkan melakukan yang seblum ini dilarang)

8. . Mengucup Hajar Aswad. (Sekiranya masa mengizinkan)

9. Tawaf Wada’

- baca doa selepas doa wada’ (di Multazam)

- Solat sunat tawaf

8. Berzaiarah dan beribadat di Madinah;

1.Sabda Nabi, “Solat di masjidku ini lebih baik daripada solat 1000 kali solat di tempat lain kecuali d Masjid haram”

–(HR Imam Ahmad, Tbrani dari Abu Hurairah ra)

2. Barang siapa berwudhu di rumahnya kemudian terus pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat sunat dua rakaat, maka pahalanya adalah meneyerupai pahala dari orang yang menunauikan umrah” (HR Ibnu Majah dan Tarmizi)

- 1. Baca doa ketika tiba di kota Madinah

-2. Memasuki masjid nabawi dan baca doa (Di babussalam)

- 3.Solat tahiyatu Masjid di Raudhah . dan doa.

-4. Mengucapkan salam kepada Nabi saw ketika melintasi makam baginda

-5. Ucapan salam kepada Sayidina Abu Bakr, Sayidina Umar

-6. Berdoa di Raudhah ms138

-7. Salam dan doa di Al Baqi.

-8. Salam dna doa makam Sayidina Othman Ibn Affan ra

-9. Salam keada Saidina Hamzah di Bukit Uhud

10 . salam kepada para Syuhada di Bukit uhud

11.Doa perpisahan semasa ziarah makam Rasulullah saw.

9. Persediaan kelengkapan ke tanah suci:

1. Beg kcil ynag disandang untuk menyimpan passport, wang , tiket kapalterbang dll

2. Beg untuk mengisi pakaian ynag bersaiz sederhana sebaik-baiknya beroda bagi memudahkna pergerakan.

3. 3 pasang kian ihram / telekong

4. Tali pingganag pengikat kain ihram bagi lelaki.

5. Seliper murah /ynag tidak melindungi jari-jari kaki.

6. Gunting kecil (untuk bertahlul)

7. Krim pelembab kulit, panadol, minyak angin, sun-glasses waktu cuaca panas.

======================================================================


Friday, April 15, 2011

Anjuran segera mengeluarkan sedekah

Jumaat, 15 April 2011/11 Jamadil awal, 1432

Abu Hurairah ra berkata:

"Nabi saw bersabda: "Tidaklah terjadi qiamat hingga banyaklah harta diantara kamu lalu melimpah ruahlah dia, sehingga orang yang memepunyai harta gundah hatinya lantaran tak ada orang yang menerima sedekahnya. Dan sehingga dia mengemukannnya ke sana ke mari, lalu berkatalah orang yang dikemukan harta kepadanya: tak ada hajatku kepada sedekah ini".

- (HR Al Bukhari, Muslim, Al Lu 'lu-u wal Marjan)

Hadis di atas menghuraikan bahawsanya qiamat akan terjadi di kala manusia telah hidup mewah, sehingga tak ada lagi orang yang menerima sedekah, lantaran penghidupan manusia pada masa itu telah sangat jaya.
bersedekahlah di masa keadaan masih ramai orang yang memerlukan bantuan dan pemebri sedekah akan mendapat ganjaran yang bergand a dari Allah swt di akhirat nanti.

Thursday, April 14, 2011

Berkorban ke jalan Allah.

Khamis 14, April, 11/10 Jamadil awal 1432


Berkorban ke jalan Allah.


Allah swt , berfirman dalam hadis Qudsi:

Wahai bani Adam! Pindahkanlah simpananmu kepadaKu bukan habis kerana kebakaran, kebanjiran dan bukan pula kecurian. Aku akan memberikannya kembali (tunai) kepadamu, bilamana saja engkau sangat memerlukannya”

- (HQR Baihaiqi, At Tabarani )


Pengajarannya:

1. Membelanjakan atau menginfak harta benda dengan cara yang ikhlas kerana Allah dengan tidak betrlaku riya’ adalah merupakan kebajikan yang akan Allah berikan kembali sebagai ganjaran pahala yang berlipat ganada yang diakui sentiasa selamat dan terpelihara dalam simpanan Allah (kanzun)

2. Amalan kita ini termasuklah perbuatan yang mengikut syariat di dalam beribadah kepada Allah,dalam apapun pun betuk jua baik dilakukan oleh lidah, jasmani, hati, harta dan tenaga maupun bentuk lainnya yang dilakukan dengan niat yang ikhlas dinamai simpanan (kanzun) di sisi Allah.

3. Sebaliknya harta ynag tidak dibelanjkan ke jalan llah, menyimpan tenaga dengan erti tidak mahi bekerja dan beramal, adalah satu hal tercela, dibenci dna malah dimurkai Allah swt.

4. Firman Allah swt,

“……….Dan orang-orang yang menyimpa nemas dan peraka dan tidak ,menafkahannya di jalan Allah, beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendpaat) siksa yang pedih. (Yaitu) Kelak pada hari qaiamat emas dan perak itu dalam neraka jahannaa, lalu dogosokkannya pada mereka, samping dan punggung mereka (seraya dikatakan) kepada mereka: “Inilaha harta benda yang kamu timbun untuk kepentingan diri kamu. Sebab itu rasakanlah sekarang (akibat perbutan) kamu menimbun”

( Surah At Taubah: 34-35)


5. Dengan mengetahui akibat megumpul harta benda dan tidak menhinfakkkan ke jalan Allah, tidak mengeluarkan zakat umpamana, sorang itu akan meberikan kasihan belas mereka kepada para fakir miskin, orang-orang yang lemah dan mereka yana sangat memerlukannya, orang yang ditimpa mala petaka dan seumpamanya. Merek ini akan insaf dan lebih nertimbnagrasa dengan melakukan kebaikan dan beramal soleh dengan seihklas-ikhlasnya.

6. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah supaya kita gemar melakukn infak dan membantu orang memerlukan dan allah akan melipatgandakan apa yang kita infakkan keapada yang berhak dan merluknnaya.

Fairman Allah swt:

“Perumpamaan orang-orang) yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai: pada setiap tangaki seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi orang yang dikehendakkiNya dan Allah Maha Luas (kurnianya) lagi Maha Mengetahui”

( Surah Al Baqarah :261)

Wednesday, April 13, 2011

Nikmat dan Pertolongan Allah


Rabu 13 April 2011/9 Jamadil awal 1432


Nikmat dan Pertolongan Allah.


Surah Al-Insyiraa: Terjemahan ayat-ayat:

1. Tidakkah Kami telah lapangkan bagi engkau dada engkau.

2. Dan Kami telah rengankan daripada engkau beban engkau

3. Yang memberati belakang engkau

4. Dan Kami telah muliakan bagi engkau nama engkau

5. Sesungguhnya di samping kesukaran itu ada kemudahan

6. Sesungguhnya di sampiag kesukaran itu ada kemudahan

6. Maka apabila englau selesai (dalam satu urusan ) maka bangunlah
bekerja yang lain pula

7.Dan kepada Tuhan engkau sahaja engkau berharapkan semuanya.

Di antara perkara-perkara yang terkandung dalam surah ini:

1. Allah menyebutkan tentang nikmat-nikmat Allah dan pertolonganNya kepada Nabi Muhammad saw/

2. Allah menegaskan bahawa segala kesusahan dan kesukaran yang dihadapi oleh Rasulullah saw, itu tidaklah berkekalan dan akan lenyap tidak lama lagi.


3. Allah menyuruh banginda saw, supaya terus bekerja dan melakukan amalan-amalan baik serta yang pernah dilzkukan sebelumnya

4. Allah menyuruh baginda supaya bertawakkal kepada Allah dan menumpukan sepenuh pengharapan kepadaNya.


Di antara pengajaran daripada surah iniilah;

1. Nabi Muhammad telah diberi wahyu oleh Allah swt, untuk memimpin umat kepada jalan yang benar lagi diredhai.

2. Nabi Muhammad saw, telah diplapangkan dadanya dengan mengangkat kesusahan yang menekan dirinya.

3. Nama Nabi Muhammad saw, menjadi terkenal di seluruh alam dan tidak seorang pun yang lebih terkenal daripadanya.

4. Manusia jangan mudah keciwa dan mesti sanggup menghdapi segala kesusahan dengan cara bersabar dan tenang serta bertawakkal kepada Allah. swt.

5. Orang yang sabar dalam menghadapi kesusahan lambat laun akan memperolehi kesenangan. Oleh itu bersabarlah menghadapi sebarang kesusahan dalam hidup.

6. Orang Islam mestilah rajin bekerja dan jangan lupa kepada Allah dan memohon rahmat daripadaNya.

Catatan:

1. Surah ini dan surah Dhuha dituruakan untuk memberi ketenagan jiwa kepada Rasulullah saw dan sebagai menyatakan bahawa Allah tidak sekali-kali mebiarkan baginda berkeadaan sedih dan gelisah sebagaimana tuduhan orang musyrik yang mempersendakan keadaan Rasulullah yang ditimpa kesedihan ketika itu.

Tuesday, April 12, 2011

Asas ahli keluarga yang soleh.

Selasa 12 April 2011/9 Jamadil awal 2011.

1. Ibu bapa merupakan pengasas pendikan anak-anak yang akan menjamin pembentukan anak-anak yang soleh. Suasana persekitaran serta asuhan ibubapa di rumah akan menjadikan anak-anak mengamalkan ajaran serta asuhan yang disampaikan secara informal dengan cara ynag berkesan dan mudah dipatuhi. Tanpa asas didikan agama yang di rumah seorang anak itu akan mudah menerima pengaruh yang tidak baik dari persekitaran rumah dan hasil pergaulan mereka.

Oleh itu, dari peringkat awal pembinaan rumah-tangga lagi, Islam telah mendidik umat supaya dapat menjauhkan dari kesan yang tidak baik.

Firman Allah di dalam Surah Al-Kahfi, ayat 13:

Maksudnya : “Sesungguhnya mereka itu adalah anak-anak muda yang beriman kepada Tuhan mereka, maka kami (Allah) menambahkan kepada mereka dengan hidayah”.

2. Perkahwinan merupaka asas pembinaan rumah- tangga yang akan mencorakkan zuriat keluarga yang berkenaan. Pasangan yang ingin berkahwin itu dikehendakki supaya membuat pilihan berlandaskan Islam dan tidak mengutamakan hawa nafsu yang merosakkan keluarganya selepas berkahwin.


Sabda Rasulululllah s.a.w.;

“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama, nescaya akan selamat”.

-(HR Imam Bukhari)

3. Ibu bapa juga diingatkan supaya menentukan bakal anak menantunya mempunyai latar-belakang didikan agama serta akhlak yang sempurna suapaya agamanya dapat memandu ke arah kehidupan berkeluarga yang diredhai Allah swt. Islam juga mewajibkan ibu bapa mendidik anak dengan asuhan Islam,seperti mengajar perkara fardhu 'ain, seperti yang berkaitan dengan tauhid atau ilmu mengenal Allah SWT mengajar mereka sifat dan sikap yang baik, akhlak dan kesopanan, mengajar mereka batas-batas halal dan haram dan ilmu fardhu ain yang diperlukan. Jika tidak mampu anak tersebut hendaklah dihantar ke sekolah didikan agama yang dapat menyampaikan fardhu 'ain kepada anak-anak tersebut.


Firman Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 :

“Wahai orang-orang yang beriman!, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka, yang bahan-bahan bakarannya ialah manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat malaikat yang keras kasar (layanannya). Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”.

Sebagai huraiannya , Allah SWT mengingatkan kita supaya kita berusaha menyelamatkan diri masing-masing dan ahli keluarga daripada azab api neraka, dengan beramal menurut ajaran Islam. Suami hendaklah memastikan isteri masing-masing patuh kepada ajaran Islam pada perbuatan, percakapan,berpakaian dan melaksanakan apa yang diwajibkan oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang.
Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan dan mengawsi pergerakan serta tingkah-laku mereka supay mereka tidak terjebak dengan pengaruh yang menyesatkan atau terkeluar dari amalan Islam. Mereka hendaklah melaksana kewajipan masing-masing dan tidak melakukan perkara-perkara yang bertentnagn dengan ajaran agama Islam.

4. Sebagai amalan harian, kita hendaklah memastikan anak-anak dilaltih dengan mendirikan solat sejak kecil lagi .Dengan melakukaa solat lima kali sehari semalam, anak-anak tersebut akan sentiasa dingati supaya melakukan perkara-peraka yang baik lagi dituntut dan menjauhkan perkara yang maksiat yang bercanggah dengan Islam.


5. Anak-anak adalah merupakan harta dan amanah yang dikurniakan oleh Allah, SWT kepada kita untuk ditunaikan tanggungjawabnya menjadi hamba Allah yang soleh dengan berbuat baik dan menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa. Allah menjanjikan anak yang soleh merupakan ganjaran yang terbaik yang akan memberi manfaat walaupun selepas kita meninggalkan dunia ini.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”.

- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Oleh itu sama-samalah kita membina rumah- tangga yang bahagia berlandaskan ajaran agama Islam yang telah pun menetapkan asas-asas panduan yang perlu diamalkan bagi mencapai kesejahhteraan hidup kita di dunia dan di akhirat.

Sebaigamiman firman Allah swt, yang bermaksud,

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami!, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang yang bertaqwa”..

- (Al-Furqan:74).

Wallahu a'lam.

Monday, April 11, 2011

Jangan membangkit-bangkitkan seekah

Isnin 11 April 2011/8 Jamadil awal 1432

Frman Allah dalamsurah Al baqwae=rah:

ayat 264:
"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (ria') dan ia ( pula) tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu dutimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ijgatlah) Allah tidak akan memberi petunjuuk kepdada kaum yang kafir".

Ayat 265:

"Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keridhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyirami). Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan".

Sunday, April 10, 2011

Mendurhakai ibubpa-dosa besar

Ahad, 10 April 2011/7 Jamadil awal 1432

Orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya dan berzina akan mendapt siksa atau akan menerima balasan siksa dari Allah swt di dunia ini sebelum ia menerima siksa kakhirat ynag amat pedih.

Sabda rasulullah saw;

1. "Segala dosa dapat diundurkna daripadanya (siksanya) oleh Allah, mana saja Ia kehendaki, sampai besok di hari qiamat.keculai durhaka kepada ibubapa. Maka sesungguhnya Allah akan menyegerakan siksa bagi orang yang melakukan (durhaka kepada ibubapa) di dalam penghidupan dunia sebelum matinya".

-(HR Thabarani dan Hakim)

2. " Segala dosa diampuni Allah daripadanya, mana yang Ia kehendaki, kecuali dosa durhaka kapada ibubapa. Durhaka kepada ibubapa mencepatkan balasan bagi yang durhaka itu dalam hidupnya di dunia sebelum matinya"

- (HR Bukhari dan Muslim)

Huraian:

1. Anak durhaka ialah anak yang tidak berbakti dan berkhidmata kepada
orang tuanya dan tidak mahu membalas kebaikan orang tuanya ynagbtelah menganndung memelihara sejak kecil hingga dewasa dengan penug penghorbanan tenaga, fikran dan hartabenda.

2. Anak ynag durhaka menganggapkan satu bebanan menanggung kesusahan, kemelatan atau keuzuran yang dialami sedangkan ia sanagat memerlukan bantuan dalan apa bentuk jua pun bagi mengatasi dan menjalani hidup yang tidak mampu dilaksanan disebabkan kelemahan tenaga ,lanjut umur am dan kesusahan terutama semasa hidup yang dalam keuzuran disebabkan sakit yang serius.

3. Anak durhaka keran menentang vdan tidak mahu menurut perintah orangtuannya dalam hal kebaikan. Juga durhaka apabila ia meyakiti atau melukai hati orangvtuanya, menyengsarakan atau memaki hamunnya, merosakan kehidupan baik lahir nmau pun bathin secara langsung atau tidak langsung, membuat kejahatan yang memalukan dan menjatuhkan nama baik orang tuanya.

4. Seorang anak dikatakan durhaka apabila melalui perbuatan , sikap dan ucapan yang dilarang dalam islam yang langsung ditujukan kepada orang tuanya, yang di anggap jelek.

5. Antara bala bencan ynag dihadapi anak durhaka ialah:

a)Durhaka kepada ibubapa merupakan dosa besar, yang menyebakan terhindar dari masuk syurga.

b) Anak durhaka kepada ibubapa ditolak segala amalnya.

c) Penduhaka akan menrima atau menanggung balasan jeleknya di dunia sebelum merasai siksa akhirat nanti.

d) Pendurhaka akan menrima atau menanggung balasan jeleknya di dunia sebelum merasi siksa akhirat nanti.

e) Pendurhaka menghadapi atau megalamai kejahatan dan keburukan dan saat akhir dari hayatnya yang dinamakan su'ul khatimah (akhir hayat yang jelek)

f) Pendurhaka pada hari qiamat akan dirubah bentuknya, yakni ia dibangkitkan ,mempunyai bentuk kepala keldai.

Friday, April 8, 2011

Amalan berzikir

Jumaat,8 April 2011/5 Jamadil Awal 1432

Amalan berzikir

1. Firman Allah swt:

"Maka berzikirlah engkau semua kepada Ku, tentu Aku akan ingat kepada mu semua".

- ( Surah Al baqarah: 152)

2. Allah Taaal berfirmabn:

"Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara keras, di waktu pagi dan petang dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai"

- ( Surah Al A'raf: 205)

3. Dari Abu Hurairah ra katanya: " Rasulullah saw bersabda:

"Niscaya kalau saya mengucapkan: Subhanallulah walhamdulillah wa la ilaha illahllah wallahu akbar - Maha suci Allah, segenap puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah adalah Maha Besar, maka itu adalah lebih saya sukai daripada apa saja yang matahari terbit atasnya - yakni lebih disukai dari dunia dan seisinya ini"

- (HR Muslim)


4. Dari Abu Zar ra katanya,; "Rasulullah saw bersaba kepada saya:

" Tidakkah engkau semua suka kalau saya beritahu kepada mu perihal ucapan yang paling dicintai oleh Allah? Sesungguhnya ucapan yang paling dicintai oleh Allah ialah - Subhanallah wa bihamdih"

- ( HR Muslim)