Monday, February 28, 2011

Kehidupan dunia yang sementara

Isnin, 28 Februari 2011/25 Rabiulawl 1432

Kehidupan dunia yang sementara dibandingkan dengan kehidupan akhirat yang kekal abadi.


by Abu Samah Mohd Amin on Thursday, March 3, 2011 at 6:39pm

Amalan untuk akhirat itu perlulah diutamakan. Amalan dunia itu wajib diusahakan dengan bersungguh-sungguh, sehingga dapat dikatakan urusan mencari keduniaan hendaklah seolah-olah bahawa kita akan hidup selama-lamanya, sedangkan amalan untuk akhirat hendaklah kita beranggapan seolah-olah kita akan mati esok hari atau sebentar lagi!!



Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam menjalani hidup di dunia ini supaya janganlah dianggap sebagai suatu kediaman yang kekal dan jangan pula kesenagan dan kemewahan itu melalaikan kita untuk mengusahakan kesejahteraan dan keselamatan kita di alam akhirat nanti.



Firman Allah swt:



"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia yakni memperoleh kesenangan dan kemewahan duniawi dan juga perhiasannya, maka Kami (Allah) pasti mencukupi kepadanya apa-apa yang dikerjakan dan di dunia ini mereka tidak akan dirugikan yakni tentu akan memperolehinya asalkan suka berusaha.



Orang-orang yang tidak akan mendapatkan sesuatu apa pun di akhirat nanti kecuali neraka. Di sana itu tidak akan bergunalah apa-apa yang mereka usahakan yakni sewaktu di dunia dan lebur atau terbuang percuma sajalah apa saja yang telah mereka amalkan" .



- (Surah Hud: 14-15)



Dengan itu kita wajib menyakini bahawa kehidupan di alam akhirat itu adalah lebih utama, lebih baik dan lebih kekal daripada di alam dunia ini.

Sunday, February 27, 2011

Manusia itu lupa kepada Tuhannya

Ahad, 27Februari 2011/24 Rabiulawal 1432

Sebahagian daripada manusia menjadi lupa kepada Tuhannya sedang manusia menikmati kemewahan hiudp dari kurniaan Allah swt dan merarsakan dirinya kuat dan bijakan mendaptkan segala kekayyan atau kemewahan ynag diperolehinya tanpa menyedari, pada hakikatnya semuanya itu ada pemebrian dari Allah swt yang Maha berkuasa memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehandakiNYa. Sebaliknya apabula manusian itu sedanag ditimpa kesusahan, maka dia baru teringat akan Tuhannya yang sambil merendahkan diri.

Seperti Firman Allah swt yang ertinya,

" Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kmai dlam keadaan berbaring, duduk dan berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu ndarpadanya, dia (kembali) melaluii (jalanya yna sesat), seolah-olah dia tidak perbah berdaokepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya".

- (Yunus:12)

Juga Firmanya lagi, yang ertinya'

"Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru, kecuali Dia, maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih".

- ( Al-Isra':67)

Friday, February 25, 2011

Beramal di dunia untuk pelaburan akhirat

Jumaaat 25 Februari 2011/ 22 Rabiulawal 1432

Konsep melabur merupakan satu kaedah yang sangat sesuai digunakan bagi kita umat islam untuk melakasanakan di dunia ini bagi tujuan menikmati hasinya di akhirat.

Semasa di dunia apabila kita mempunyai sedikit modal seperti wang, kita akan melaburkannya bagi mendapatkan faedah pada masa yang akan datang bergantung kepada bila keuntungnnya diperolehi.

Apabila keadaan kita tidak mampu lagi berkerja, atau di masa kecemamasan dapatlah kita menggunkan apa jua modal atau wnag yang dilaburkan untuk kita gunakan semasa kita memerlukan. Demikianlah juga kita memrlukan pelaburan daris egi masa, tenaga danmasa sihat atau muda kitta untuk menikmati hasilnya di masa di mana kita tidak mempunyai peluang unuk melabur lagi.

Seandainya kita meatih diri kita pada masa muda lagi, kita dapat menafaatkan epndidikan ini unutk faedah dan pelaburan kita pada mas atua. Ini samlah di terjemahkan sekiranya kita melakukan amal-amal kebajikan sementar kita derada dalam keadaan siha dan mampu melakukannya, kita akan memperoleh ganjaran di akhirat nanti dengan balasan amalan yang baik sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah swt. Oleh itu kita haruslah boleh memilih dengan ilmu pengetahun yang ada supaya dapat meelakukan amalan yang sebaik-baiknya sebagai projek besar yang akan memberikan keuntunagan pelaburan yang berlipat ganda.

Allah swt berfirman, yang ertinya:

"Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu akau tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya".

- (Ash Shaff: 10 & 11)

Malang bagi setengah golongan manusia semasa di dunia ini tidak menafaatkan pelaburan akhirat ini, bahkan lebih kepada memenuhi kehdak nafsu untuk mengejarkeseronojan dan kemegahan hidup di dunia sahaja. Kita mmengggunakan masa yang begitu banyak dari pagi hingga malam hanya untuk mengejar kemewahan dunia tanpa mengendahkan ganjaran dan kebaikan hidup di kahirat.

Tuesday, February 22, 2011

Allah menghidupkan manusia semula di akhirat.

Selasa 23 Februari 2011/20 Rabiulawal 1432

Allah telah menjelaskan di dalam Quran bahawa, Allah yang menciptakan manusia pada kali pertama, niscaya mampu pula untuk menghidupakan kembali sesudah mati pada kali kedua iaitu pada hari kebangkitan atau hari akhirat nanti.

Apabila manusia berat untuk menggambarkan adanya kehidupan sesudah mati, hendaklah ia memikirkan keadaan di sekelilingnya, dia tentu akan mengetahui bukti-bukti kenyataan di dalam bumi ini yang hidup setelah mati, dan keadaan yang hidup lahir dari keadaan yang menurut pengertian kita telah padam atau mati.

Ini dijelaskan sebagimana firman Allah swt, dalam surah Al Hajj:5 yang bermaksud:

"Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka ketahuilah sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemuadian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna agar kami jelaskan pada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim , apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian dengan (beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan diantara kamu ada yang dipanjangkan umurnya sampai pikun(lupa), supaya dia tidak mengetahui lagi sesutu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah"

- ( Surah Al Hajj:5)

Tuesday, February 15, 2011

Kelebihann solat Isyak dan Subuh berjamaah

Selasa, 15 februari 2011/12 Rabiuawal 1432

Kelebihann solat Isyak dan Subuh berjamaah.

Saiyidina UsMan bin affan ra telah masuk bersendrian, maka aku duduklah berdekatan dengannya. Saiyidina Usman berkata kepada ku; wahai anak saudaraku, aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda.

" Sesiapa yang bersolat Isyak berjamaah, maka seolah-olah di seperti bersolat separuh malam,dan sesiapa yang solat subuh berjamaah maka seolah-olah dia seperti solat malam seluruhnya"

- (HR Imam Muslim)

Huraian:

1. Amalan ibadat solat isyak dan subuh ini diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda iaitu ganjaran seperti orang yang beribadat separuh malam atau keselurahan malam.

2. Hargailah kepada Allah yang Maha Pemurah kepada umatnya yang beramal seperti berjemaah di dalam solat isyak dan solat subuh.

3. Hikmahnya kerana bukan mudah untuk bersolat Isyak dan subuh, bagi kita agak berat dilaksanakan terutama untuk mengerjakan solat berjamaah.Inilah galakan yang diberikan oleh Allah swt kepada orang yaag sangup mengorbankan masa rehat dan mengharapkan pahala ynag berganda dari Allah swt.

Monday, February 14, 2011

Ibarat memakan daging saudara sendiri

Isnin, 14 Februari 2011/11 Rabiuiawal 1432

Firman Allah swt :

" Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagia daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu nmengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik dengannya. (Oleh sebabitu,patuhilah larangan-larangan tresebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat, lagi Maha mengasihani"

- (Surah al Hujurat :12)

Pengajarannya:

1. Kita dikehendaki menghormati sesama islam dalam hidup bermasyarakat supaya tidak melakukan bersangka buruk, larangan mengintip dan mencari keaiban orang lain serta mengumpat.

2. Perbuatan mengumpat diibaratkan sebagai memakan daging saudara yang telah mati. Mengumpat itu bermaksud menyebut kekurangna atau keaiban orang lain yang tidak disukainya sama ada kekurangan itu pada tubuh badan seseorang , keturunan, tingkah laku, perbuatan, perkataan, dan seumpamanya.

Saturday, February 12, 2011

Alhamdulillah....Segala puji bagi Allah.

Sabatu 12 Februari 2011/9 Rabiulawal 1432

Alhamdulillahi rabbil 'aalamin ="Segala puji kepunyaan Allah, Tuhan pencipta seluruh alam". Ungkapan ini bermaksud segala bentuk sanjungan, pujaan, pujian, syukur, terima kasih, sayang, cinta, hormat, khidmat, perasaan lega dan puas kita tujukan hanya kepada Allah swt sahaja. Kerana Allah lah yang mencipta, mengatur, memlihara, mengawsi, menghidupkan, menumbuhkan, mengembang-biakkan, sumber segala daya dan kekuatan dari seluruh alam.

Diiwayatkan oleh Imam al Qurthuby di dalam tafsiran dan di dalam kitab Nawadirul Ushul, dari Anas r.a, bahawa Rasulullah saw perbah bersabda:

" Sekiranya dunia dan seluruh harta kekayaan ynag berada di atasnya diserahkan ke tangan seorang dari umatku, lalu orang itu berkata' "Alhamdulillah", sungguh ucapan "Alhamdulillah" itu lebih berharga dari seluruh harta kekayan itu".

Setelah mengetahui betapa besarnya kalimah "Alhamdlillah' yang mengandungi erti yang tidak ternilai di sisi Alah, marilah kita mengucapkan kalimah itu sebanyak-banyaknya di dalam hidup kita , dengan syarat kita ucapkan kalimat itu dengan pengertian dan kesedaran serta penuh yakin dan menghayatinya tentang kebesaran Allah yang menciptakan kita ke dunia ini serta mencipta segala makhluk di dalamnya.

Sebagaimana sabda Rasulullah saw;

"Hati adalah alat mengingat. Ada hati yang lebih kuat mengingat dari lain hati. Maka apabila kamu meminta suatu kepada Allah , hai manusia, maka mintalah dengan penuh keyakinan akan diperkenankannya, sebab Allah tidak dapat memperkenankan permintaan orang yang hatinya lalai".

Sabda rasulullah saw lagi:
"perkataan yang paloig digemari oleh Allah taala, iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallaah dan Allahu Akkbar. Yang mana saja kmau dahulukan menyebutnya tidak jadi apa".

Oleh itu ucapkan melalui zikir setiap masa yang ada lebih-lebih lagi sesudah makan atau,minum, sesudah sampai tempat yang dituju, sesudah penerima sesuatu pemberian. Dan yang penting bila memulakan berdoa atau mengakhiri suatu doa.

Friday, February 11, 2011

Mengingatkan Mati dan pendekkan angan-angan.

Jumaat 11 Februari 2011/8 Rabiulawal 1432

Mengingatkan Mati dan pendekkan angan-angan.

Allah swt berfirman:

"Setiap jiwa itu akan merasakan kematian. Hanyasanya engkau semua itu akan dicukupkan semua pahalamu nanti pada hari qiamat. Maka barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan dalam syurga, maka orang itu benar-benar memperoleh kebahagiaan. Tidaklah kehidupan dunia ini melainkan hartabenda tipuan belaka"

- (Surah Ali Imran: 185)

Firman allah lagi;

" Seseorang itu tidak akan mengetahui apa yang akan dikerjakan pada esok harinya dan seseorangpun tidak akan mengetahui pula di bumi mana ia akan mati".

- (Surah :Luqman: 34)

Allah swt berfirman lagi:

"Maka apabila telah tiba waktu ajal mereka, tidaklah mereka itu dapat mengundurkannya barang sesaat dan tidak kuasa pula mendahuluinya".

- (Surah Nahl: 61)

Tuesday, February 8, 2011

Menafkahkan harta dan yang tak mau menafkahkan hartanya

Selasa 8 Februari 2011/ 5 Rabiulawal 1432

Abu Hurairah ra. menerangkan:

" Bahawasanya Nabi saw bersabda,

" Tak ada suatu hari yang para hamba berpagi pada hari itu, melainkan turunlah dua orang malaikat. Maka berkatalah salah seorang daripadanya: Wahai Tuhanku, berilah pengganti kepada orang yang membelanjakan hartanya. Dan berkatalah yang seorang lagi: Wahai Tuhanku, berilah kerosakan harta kepada yang tak mau menafaatkan hartanya".

- (HR Al Bukhari, Muslim Al-Lu il-u wal marjan)

1.Hadis ini menyatakan bahawa syara', mensyaratkan kita membelanjakan harta di jalan Allah dan bahawa para malaikat memohonkan supaya harta yaag kita nafkahkan itu diganti Allah, sebagaimana mereka memohon supaya harta orang kikir dibinasakan Allah.

2. Infak yang dimaksudkan dalam hadis ini termasuklah berupa segala harta yang diinfakkan dalmam urusan-urusan sosial, sebagiamana menngenai infak kepada keluarga, tamu dan sedekah. Menahan harta dari infak di jalan-jalan taat, itulah yang dinamai kikir, ia itu yang diocela.

Sunday, February 6, 2011

Kelebihan belajar dan mengajar ilmu

Ahad,6 Februari 2011/3 Rabi'awal 1432

Sabda Raslullah saw:

" Sesiapa yang mencari jalan (berusaha) untuk menimba ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga, dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya (mendoakan) kepada penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukan, dan sesungguhnya segala makhluk di langit dan di bumi hinggakan ikan paus di laut, mendoakan keampunan bagi orang alim, dan kelebihan orang yang berilmu dengan orang abid (ahli ibadah_) seperti kelebihan bulan (terangnya) daripada lain-lain bintang. Dan sesungguhnya para ulama adalah pewaris Nabi"

- (HR Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah dll)

Sabda Nabi saw juga:

"Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dianya dalam keadaan berjuang (berjihad) ke jalan Allah sehingga dia pulang".

-( HR Imam Tarmizi- hadis hasan)

pengajaran:

1. Orang yang menunutut ilmu ditakddirkan dia meninggalkan dunia, maka dia dikira sebagai mati syahid. mreka yang mati syahid akan dikumpulkan di akhirat nanti bersma-saam para nabi dan rasul.

2. Menuntut ilmu hendaklah dengan niat yang ikhlas menuntut kerana Allah untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat Isa seluruhnya. Jika berniat untuk bermegah-megah unutk menunjukkna kehadalan dan bedebat, tempatnya adalah neraka jahanam.

3. Menuntut ilmu termasuk juga mereka ynag sudah dewasa, lanjut untiuy seperti menghadiri kelas agama di Masjid atau tempat-tempat yna ada menyampoaik ilmu agama.

4. Denga melakukan amalan menutut ilmu pahala kita akan digandakan sehingga betrlipat ganda, dalam bagi ornag yang ke masjid dengan tujuan hanya untuk belajar atau mengajar ilmu kebaikan maka pahalanya seperti satu Haji,

5. Ilmu lebih tinggi darjatnya dari ibadah, kerana ibadah tanapa ilmu tidak akan sempurna. Menuntut ilmu juga adalah satu ibadah hanya berbeza dengan ibadat khusus seperti solat, kerana menuntut ilmu lebih berbentuk muamalah dan solat lebih kepada ibadah langsung.

Thursday, February 3, 2011

Berbakti kepada teman dan kawan

Khamis, 3 Februari 2011/ 29 Safar 1432

Persaabatan antara kawan atau teman penting dari segi hubungan kasih sayang, tolong menolong kerana Allah. Semasa susah atau senaag seorang itu sentiasa memberi nasihat serta ertolongan yang diperlukan oeh temanya yang lian.

Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan ynag lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakankepada Allah dan kerana llah, maka pahalanya adalah amat besar.

Sabda Rasululah saw dalam sebuah hadis Qudsi:

" Allah telah berfirman: Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang-menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk besama-sama keranaKu, dua orang kunjung- mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong-menolong keranaKu".

Sabda Rasulullah saw;

"Setiap kawan ynag bersahabat dengan kawan yang lain, walaupun sekejap masa sekalipun, melainkan ia akan ditanya tentang persahabatannya di hari Kiamat, apakah ia telah menunaikan hak persahabatannya itu dengan baik, atau ia telah mensia-siakannya"

Sabdanya lagi:

" Sebaik-baik kawan ialah kawan yang berbakti kepada kawannya. Dan sebaik-baik jiran ialah yang berbuat baik kepada jirannya"

Sabdanya lagi:

" Tiada dua orang yang saling mencintai satu sama lain, melainkan orang yang lebih dicintai Allah ialah siapa yang mencintai kewannya lebih".

Telah bersabda Rasulullah saw:

"Perumpamaan teman yang soleh, laksana penjual minyak wangi.Samada ia akan memberi anda sedikit, atau anda akan membeli daripadanya sedikit ataupun sekurang-kurannya boleh dapat mencium bau wangi. Dan perupamaan teman yang jelek,laksana tukang besi peniup api. Samadad ia akan membakar baju anda, ataupun anda akan mencium bau busuk daripadanya".

Wednesday, February 2, 2011

20 Sifat yang wajib bagi Allah Taala.

Rabu, 2 Februari 2011/28 Safar 1432.

1. Sifat Nafsiyah - bererti sifat yang menunjukkan kepada diri zat itu sendiri, tanpa da makna yang berambah ke atasnya/ Sifat Nfsiyyah hanya ada satu iaitu wujud.

ujud adalah sifat yang sabit (ada) di mana sifat ini menunjukkan kepada zat Allah sendiri tanpa ada penegertian lain yang bertambah (lain) terhadap zat.

Dalil wujudnya Allah taala ialah adanya alam ini. Sesungguhnhy alam ini adalah baharu. Setiap yang baharu ada yang memperbaharukannya (mengadakannya) lagi wujud dan pencipta yang wujud itu ialah allah taala seperti yang diberitahu oleh allah dlam Al quran Allah berfirman:

Terjemahannya: "(Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu, tidak ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu maka sembahlah Dia"
iap sifat yang pengertiannya
-(Surah al An'am: 102)

2. Sifat Salbiah - bermaksud setiap sifat yang pengertiannaya membawa kepada menolak sebarang perkara yang tidak layak bagi Allah Taala.. menurut pendapat ynag sahih sifat salbiah tidak terbatas, namu ynag dipoerintahkan kepada kita untyyuk mengetahuinya secara tafsil (terperinci) hanya limasahaj iaitu - Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu lil hawadith, Qiammuhu binafsih dan wahdaniyyah

2.1 Qidam - ialah sifat salbiyah yang pertama sekali yang menafikan perkara yang tidak layak pada zat Allah Yang Maha Tinggi. Qidam dikira sebagai sifat salbiyah kerana ia menolak adanya permulaaan bagi kewujududan Allah Taala. Maka ini bererti allah bersifat dengan qadim.

Qidam allah taala ertinya tidak ada permulaan kewujudan Allah Taala.

2.2 Baqa' (kekal) -sifat Salbiyah yang kedua. Ia dikira sebagai sifat salbiyyah kerana kefahaman daripada baqa' membawa errti penolakan tentang adanya ketiadaan atau kesudahan bagi kewujudan Allah Taala.

2.3. Al-Mukholafatu lil hawadith (Bersalahan dengan yang baharu)
- menolak adanya persamaan segala yang baharu dengan Allah Taala, sama ada persamaan dengan zat allah, atau sifat-sifatNya atau perbuatan-perbuatanNya. Allah taala tidak ada persamaan dengan segala yang baharu sama ada pada zat mahu pun pada sifat.Allah taala bukannya jisim dan Dia tidak menempati di sesuatu jisim, tempat dan arah.

Tuesday, February 1, 2011

Kitab yang wajib diketahui

Selasa, 1 Februari 2011/27 Safar 1432
Kitab ynag diturunkan kepada Rasul2 ynag wajib diketahui oleh tiap-tipa orang slam ialah 4 buah iaitu Al Quran, Taurat,Injil, dan Zabur.

1. AlQuran :

a) Al Quran - Dityrunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bahasa Arab.Ia mnengandungi hukum2, pengajaran, nasihatcerita-cerita sejarah dan segala i,u pengetahuan yang dapat memimpin manusi kepada kebearan, ketinggian dan kemuliaan dunia dan akhirat. Kitab ini memansuhkan hukum2 kitab yang tedahulu daripadanya.



b) taurat -Kitan ini ditutunkan kepada Nabi allah Musa as. Diturunkanseklai gus waktu Nbai Musa sedang memohon kpeda Allah di pergunngan Sinai di utar Laut Nerah. Diturunkan dalam Bhasa 'Abrani atai Hibrew iaitu bahasa Yahudi, Mengandubgi dasar-dasar kepercayaan dan amalan yang sesuai dengan perkembangan hidup di zaman itu.

Kandungan kitab itu telah di ubah dan dipindaSoal syurga, hari qiamat, pembicaraan di Mahsyar dan b alasan baik dan jahat sudah tidak adal gai. Yang anihnya cerita tentang wafatnya Nabi Musa ada terkandung di dalamnya, sedangkan kitab itu diturunkan kepada Nabi Musa waktu hidupnya.



c) Injil- Diturunkan kepada nabi Isa dalam bahasa 'brani. Mngandungi hukun=hukum dan amalan2 yang sesui dengan pekembanagn hidup pada zaman itu. I memansuhkan setengah daripada hukum2 ynag ada dalam kitab taurat. Dalam kitb aini juga terdapat keterangan tenang keesaan Tuhan dan kelahiran Nabi Muhammad saw.

Sekarang ini naskhah asal kitab injil itu sudah tidak ada lagi. Salinanya pula telah beberapa kali diubah dan dipinda oleh padri2 keristian yang lahirs elepas Allah mengangkat nbai Is ke langit. perjanjian baaru kitab ini ada lima buah, Namanya ialah:

1. Injil Mata dikarang oklehb Mathew pada tahun ke 8 sesudah nbi Is siangkat je langit.
2. Injil Markus - dikarang oleh Mark pada tahun ke 20 sesudah Nabi Isa diangkat ke langit.
3. Injil Luku - Dikarang oleh Luke pada tahun ke 30..
4. Injil Yuhna - Dikarang oleh John kira2 thaun 40
5. Injil Bernaba- Dikarang oleh Bernaba. Kadungannya lebih hempir kepada keasliannya. Dalam kitab ini ia menyebut tentang keesaan Allah dan Nabi Isa adalah RasulNya, bukan anak Allah, Juga terdapat keterangan kebangkitan Nabi Muhammad Rasul akhir zaman.

d) zabur - Kitab ini diturunkan kepada Nabi Allah Daud bin Suliaman dalam bahasa Siiryani. Kandungan merupakan amalan-amalan untuk mendampingi diri kepada Allah, seprti zikir, doa2, dan nasihat. Ia tidak mengandungi hukum-hukum agama, kerana Nabi Daud diperintah mengikut Nabi Musa. Kitab taurat dan Zabur telah dihimpunkan menjadi satu. Himpunan ini dinamakan oleh orang keristian "Perjanjian Lama". Sekarang ini kitab2 perjanjian baru dan perjanjian lama itu tekah dihipunkan menjadi satu, dan diberi nam " The Holy Bible"