Tuesday, November 30, 2010

Menyembunyikan aib orang lain sesama Islam

Selasa,30 November 2010/23 Zulhijjah 1431

Hadith-hadith Rasulullah s.a.w. banyak menceritakan mengenai perintah atau galakan menyembunyikan keaiban saudara seislam yang lain. Antaranya hadith daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Tidak menutup seseorang akan keaiban orang lain melainkan Allah akan menutup keaibannya pada hari qiamat".
(Riwayat Muslim).

Hadith ini menceritakan kelebihan bagi sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, maka Allah akan menutup keaibannya pada hari qiamat. Menurut para ulama, menyembunyikan keaiban orang lain terbahagi kepada dua keadaan: iaitu mahmud (terpuji) dan mazmum (dikeji).

Menyembunyikan keaiban orang lain dianggap terpuji jika orang itu dari kalangan orang yang baik, beriman dan beramal soleh. Maka dalam hal ini keaibannya perlu dirahsiakan. Berbeza dengan orang yang suka melakukan maksiat, berbangga dengan maksiat yang dilakukan dan suka menceritakan maksiatnya kepada orang. Maka harus diceritakan kejahatannya supaya dapat dihukum seterusnya menjadi pengajaran kepada orang lain.

Apa yang penting dalam menyembunyikan keaiban orang lain adalah bergantung kepada maslahah atau kepentingan. Jika kepentingan menutup perbuatan tersebut maka perlu dirahsiakan begitulah sebaliknya. Perhatikan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oIeh Imam Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Setiap umatku dimaafkan melainkan orang yang terang-terangan dan menunjuk-nunjuk dalam melakukan kemaksiatan (Al-Mujaharah). Dan sesungguhnya termasuk di bawah (Al-Mujaharah) ialah orang yang bangga melakukan kejahatan pada malam hari kemudian pada paginya Allah menyembunyikan keaibannya tetapi dia pula menceritakan kepada orang lain dengan berkata: "Ya Pulan, aku melakukan perbuatan ini dan itu semalam", pada hal ketika dia tidur pada malamnya Allah telah menutup keaibannya tetapi pada keesokannya dia mendedahkan apa yang telah ditutup oIeh Allah SWT.

Islam melarang umatnya mengaibkan sesama Islam sehinggakan orang yang telah dihukum dengan hukuman had pun ditegah daripada dihina dan diaibkan sebagaimana hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oIeh Abu Hurairah yang bermaksud:

"Seorang yang telah meminum arak dibawa kepada Nabi lalu Nabi memerintahkan supaya lelaki tersebut disebat. Abu Hurairah menceritakan: Ada di antara kita yang memukul dengan tangannya, ada yang memukul dengan kasutnya, ada yang memukul dengan pakaiannya. Ketika lelaki tersebut beredar, setengah kaum menghinanya dengan mengatakan semoga Allah menghinakan engkau. Lalu Nabi melarang dengan katanya: Jangan mengeluarkan perkataan itu nanti syaitan akan mengambil peluang".


Larangan dan tegahan Islam tentang perkara yang mengaibkan sesama Islam adalah demi menjaga hubungan silaturrahim dan perpaduan sesama mereka. Musuh-musuh Islam akan bergembira apabila melihat umat Islam benci-membenci sesama mereka, hina-menghina, aib-mengaib dan fitnah-memfitnah. Golongan yang dalam hatinya ada perasaan benci dan hasad kepada saudara seislamnya merupakan golongan yang ada dalam dirinya sifat-sifat munafiq. Tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan dalam Islam. Islam menganjurkan perbincangan dan pertemuan bagi menyelesaikan sebarang pertelingkahan dan pergeseran.

Mengaibkan saudara seislam yang lain tanpa bukti dan fakta yang tepat merupakan satu jenayah yang sangat besar kepada perpaduan Islam. Umat Islam sewajarnya melupakan pergeseran yang bersifat peribadi dan meletakkan kepentingan dan perpaduan ummah lebih daripada segala-galanya.

Pengajaran yang dapat diperolehi dari perbincangan di atas:


1. Kehidupan bermasyarakat dan bernegara hendaklah berlandaskan nilai-nilai akhlak dan nilai budaya yang bertamadun.

2. Umat Islam perlu membina masyarakat dan negara di samping berinteraksi dalam politik, sosial, perniagaan dan sebagainya berdasarkan nilai dan ajaran Al-Quran yang luhur.

3. Nama baik seseorang serta kehormatannya perlu dilindungi sesuai dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.

4. Orang atau kumpulan yang menggunakan cara mengaibkan lawan seperti mencolek, mengugut, melakukan rasuah, memfitnah dan sebagainya adalah melakukan perkara yang diharamkan oIeh Allah SWT.

5. Golongan berkenaan pasti menerima padah dan akan dicampak oleh Allah ke dalam api neraka.



"Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan bahaya (seksa, bunuh dan sebagainya) kepada orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam dan mereka akan beroleh azab api yang kuat membakar".

Monday, November 29, 2010

Jenis Hukum Jenayah Hudud

Isnin,29, November 2010/22 Zulhijjah 1431

Hukuman had (hudud) adalah merupakan hak Allah yang tidak dapat dimaafkan dan dihapuskan oleh manusia.

Sesuatu hukuman idak boleh dijatuhkan atas dasar keraguan, kerana ia akan menumnytulkan penaniyaan. Oleh kerana itulah diperlukan alat-alat bukti atau dalil-dalil yang konkrit dengan berupa saksi, pengakuan, surat menyurat dan lain-lainnya yang di perlukan untuk keyakinan dan kepastian.

Dari Ali r.a, dari Nabi saw beliau bersabda:" Batalkan hukuman had sebab ada keraguan"

Jenis-jenis hukum jenayah hudud.

1. Hukum jenayah murtad:

1.1. Hukumn mati sebgai hukaman pokok
1.2. Hukuman takzir, sebagai hukuman pengganti
1.3. Tidak dapat waris mewarisi antara keluarga Islam dan antara dia, sebagai hukuman tambahan.

2.Hukuman Jenayah Penyamunan:

2.1. Hukuman mati, atau
2.1. Hukuman mati di kayu salib, atau
2.3. Hukuman potong tangan dan kali, satu-satu sekali gus, atau
2.4. Hukuman buang ke tempat lain

3. Hukuman jenayah bughat (pemberontak)

3.1. Hukuman mati (diperangi), sebagai hukuman luar biasa, sebab belum ada sesuatu pengadilan yang memberikan putusan yang begitu rupa, selain hanya perintah al Quran.


4. Hukuman jenayah perzinaan:

4.1.Pertama: untuk wanita bikir (perawan sama perawan), maka hukumnya:

a. Hukum jilid (dicambuk) sebanyak 100 kali
b. Hukuman buangan serta jilid.

4.2. Kedua: Untuk wanita muhsin (lelaki dan perempuan) yang sudah pernah nikah yang sah. Maka hukumannya adalah.

a. Hukuman rejam sampai mati
b. Hukuman jilid dan rejam.

5.Hukum jenayah qazat (menuduh orang berzina)

a. Hukuman pokok: dijilid sebanyak lapan puluh kali.
b. Hukuman tambahan: Tidak dapat diteriam jadi saksi buat selama-lamanya.

6. Hukum jenayah pencurian.

a. Hukuman potong tangan kanan. Kalau berulang juga, dijatukan hukuman potong kaki kiri. Kalau berulang juga, dijatuhi hukuman potong tangan kiri, lalu kaki yang kanan, kalau masih juga mengulanginya lagi, maka dihukum takzir.

7. Hukum jenayah minum arak (yang memabukkan)

a. Dijilid sebanyak 40 kali. Tetapi tidak mengapa kalau disampaikan 80 kali bila Imam berpendapat yang demikian, demi untuk kemaslahatan awam.

Sunday, November 28, 2010

Siapa dia Abu Hurairah r.a ?

Ahad, 28 November 2010/21 Zulhijjah 1431


Siapa dia Abu Hurairah r.a.?

1. Nama penuh beliau ialah Abdul Rahman bin Sakhrin Ad-Dausiy.
Beliau dibesarkan dalam keadaan yatim dan beliau pernah bekerja
mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan.

2. Beliau dilahirkan di Yaman di dalam sebuah keluarga yang fakir dan tidak mempunyai kaum keluarga kecuali ibu beliau.
Pada zaman jahiliah beliau bernama Abdul Syams.


3. Beliau memeluk Islam dalam tahuin 7 hijrah, melalui At-Tufail bin Amru Ad-Dausiy dan beliau terus menetap di Yaman di dalam kaum beliau (Kaum Daus) malah beliau tidak pernah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w di Madinah kecuali selepas enam tahun setelah berlaku peristiwa Hijrah.Beliau hanya semapat bersama Baginda selama empat tahun sahaja.

4. Rasulullah s.a.w menamakan beliau dengan Abdul Rahman, walau
bagaimanapun baginda sering memanggil beliau: "Wahai Abu Hirr!".
Sebab beliau dipanggil dengan Abu Hurairah ialah kerana pada masa
kecil beliau mempunyai seekor kucing kecil sebagai teman permainan
beliau menyebabkan kawan-kawan beliau memanggil beliau dengan
panggilan: Abu Hurairah.


5. Selepas Abu Hurairah memeluk Islam, beliau hanya menghabiskan masa beliau untuk menemani Nabi s.a.w dan melayan baginda. Abu Hurairah menyeru ibu beliau supaya memeluk Islam, lalu ibu
beliau menyahut seruan tersebut dengan memeluk Islam selepas
Rasulullah s.a.w berdoa untuknya. Abu Hurairah banyak berbakti kepada ibu beliau.

6. Abu Hurairah sentiasa tinggal di As-Suffah (sebuah tempat yang
terdapat di masjid Rasulullah yang dikhususkan sebagai tempat tinggal para sahabat yang miskin). Beliau sentiasa bersama-sama dengan Nabi s.a.w walau di mana baginda berada dan tidak pernah berpisah dengan baginda menyebabkan beliau dapat menghafal hadis dengan jumlah yang terlalu banyak, lebih-lebih lagi selepas Rasulullah s.a.w berdoa kepada beliau supaya tidak melupakan ilmu yang didapati.

7. Abu Hurairah telah menghafal sebanyak lebih dari 1,600 buah hadis
daripada Rasulullah s.a.w dan beliau pernah berkata: "Aku sibuk
menghafal sedangkan saudara-saudara aku dari kalangan Muhajirin sibuk dengan perniagaan mereka manakala saudara-saudara aku dari kalangan Ansar pula sibuk dengan pertanian mereka.


8. Abu Hurairah terlalu sukakan kepada ilmu malah beliau juga suka
sekiranya ilmu dipelajari oleh orang lain sehingga sampai ke
peringkat beliau pergi berjumpa dengan orang ramai yang berada di
sebuah pasar di Madinah lalu beliau berkata kepada mereka:

"Kamu duduk di sini sedangkan pusaka Nabi s.a.w dibahagikan di masjid, apakah halangan kamu?" Mendengar kata-kata tersebut orang ramai terus pergi ke masjid, mereka mendapati tidak ada apa-apa yang berlaku di sana kecuali orang-orang yang mendirikan sembahyang, membaca kitab suci Al-Quran dan orang-orang yang duduk di dalam majlis pengajian ilmu. Mereka semua merasa hairan terhadap Abu Hurairah lalu beliau berkata kepada mereka: "Itulah pusaka Nabi s.a.w."

9. Ketika harta semakin bertambah banyak dan kebaikan mula melimpah
ruah serta harta rampasan perang sentiasa dapat diraih hasil dari
pembukaan kawasan Islam, kehidupan Abu Hurairah mula berubah di mana
beliau mula memiliki harta, rumah, kekayaan, isteri dan anak-anak.
Walaupun begitu, kesukaan beliau terhadap ilmu, tawaduk beliau,
kerajinan beliau melakukan ibadat, kesungguhan beliau dan ketaatan
beliau sedikitpun tidak berubah.

10. Pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian, Abu Hurairah
dilantik menjadi gabenor di Madinah. Walaupun demikian jawatan
tersebut tidak mempengaruhi kewarakan dan ketakwaan beliau walaupun
sedikit malah beliau sentiasa berpuasa pada waktu siang dan beribadat pada waktu malam.

11. Abu Hurairah r.a sering menyebut kata-kata beliau:

"Aku dibesarkan dalam keadaan yatim, aku berhijrah dalam keadaan miskin, aku pernah bekerja mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan dengan bayaran sekadar cukup untuk mengisi perut aku. Aku membantu orang ramai ketika mereka turun dari binatang tunggangan dan aku mengangkat barangan mereka ketika mereka menunggang. Lalu Allah mengahwinkan aku dengannya (iaitu Bisrah binti Ghazwan). Oleh yang demikian segala puji bagi Allah yang menjadikan agama dapat berdiri tegak dan menjadikan Abu Hurairah sebagai seorang pemimpin.

Friday, November 26, 2010

Kesah Tentera Gajah

Jumaat,26 November 2010/19 Zulhijjah 1431

Kisah Tentera Bergajah

Abrahah telah membina sebuah gereja di San'a (yang dinamakan al-Qalis) dimana pada masa tersebut tidak terdapat gereja seumpamanya. Abrahah telah menulis surat kepada raja Najasyi yang berbunyi: Sesungguhnya aku telah membina untuk kamu sebuah gereja yang tidak pernah dibina seumpamanya kepada mana-mana raja sebelum kamu. Aku tidak akan tenang sehinggalah orang-orang Arab datang mengerjakan Haji di sini.

Apabila orang-orang Arab memperkatakan tentang surat Abrahah kepada raja Najasyi, perkara ini menimbulkan kemarahan seorang lelaki dari Kinanah lalu pergi ke al-Qalis dan membuang najis di dalamnya secara sembunyi, kemudian kembali kepada kaum keluarganya. Perkara itu telah disampaikan kepada Abrahah dan telah menimbulkan kemarahannya lalu bersumpah untuk menghancurkan Kaabah.

Beliau memerintahkan tentera Habsyah untuk bersiap sedia dan setelah bersedia, Abrahah serta tenteranya terus keluar dengan membawa gajah. Apabila orang-orang Arab mengetahui hasrat Abrahah untuh menghancurkan Kaabah, mereka merasa gerun dan takut. Abrahah mengutus seorang lelaki Habsyah yang bernama Al-Aswad bin Mafsud bersama tentera berkudanya sehingga sampai di Mekah, lalu meminta tebusan daripada kaum Quraisy dan yang lainnya, di antaranya dua ratus ekor unta kepunyaan Abdul Muttalib bin Hasyim (ketua kaum Quraisy pada masa tersebut).


Kaum Quraisy, kaum Kinanah, kaum Huzail dan kaum yang tinggal berhampiran dengan Tanah Haram telah berazam untuk memeranginya tetapi setelah menyedari mereka tidak mempunyai kekuatan, mereka membiarkan perkara tersebut begitu saja. Abrahah juga telah mengutus Hannatah Al-Himyari ke Mekah sambil berpesan kepadanya: Tanyalah ketua atau pembesar negeri ini, kemudian katakan kepadanya, raja telah berpesan kepadaku bahawa, aku datang bukan untuk memerangi kamu tetapi untuk menghancurkan Kaabah ini, sekiranya mereka tidak menghalangi kami, maka aku tidak akan memerangi kamu, sekiranya dia tidak mahu memerangi aku, bawalah dia kepadaku.

Apabila Hannatah memasuki Mekah, beliau bertanyakan tentang ketua atau pembesar negeri tersebut. Dia telah diberitahu bahawa ketua negeri tersebut ialah Abdul Muttalib bin Hasyim, dia terus menemuinya dan memberitahu apa yang diperintahkan oleh Abrahah.

Abdul Muttalib berkata kepadanya: Demi Allah! Sesungguhnya kami tidak mahu memeranginya, kami tidak mampu untuk melawannya. Ini adalah Baitullah al-Haram dan Baitu Ibrahim Al-Khalil a.s (atau sebagaimana yang diriwayatkan). Sekiranya Dia menghalangnya maka ini adalah rumahNya sekiranya Dia (Allah) membiarkannya, Demi Allah, kami tidak berkuasa mempertahankannya. Lalu Hannatah berkata kepadanya, marilah bersama aku untuk mengadap Abrahah, kerana beliau telah memerintahkan aku untuk membawa kamu kepadanya.

Hannatah berangkat bersama Abdul Muttalib dan pengikutnya, apabila sampai di kawasan yang bernama al-Askar, beliau bertanya tentang Zu Nafar iaitu sahabatnya. Apabila masuk menemuinya di dalam penjara, Hannatah bertanya: Wahai Zu Nafar! Apakah kamu mempunyai suatu perantaraan atau penyelesaian yang dapat menolong kami?

Zu Nafar menjawab: Apakah ada perantaraan atau penyelesaian daripada seorang lelaki tahanan raja yang menunggu hukuman mati samada siang hari atau malam hari seperti aku ini? Aku tidak mempunyai perantaraan atau penyelesaian untuk menolong apa yang telah berlaku kepada kamu kecuali sahabatku Anis, seorang pengembala gajah.

Aku akan mengutusinya dengan memberi pesanan tentang diri kamu dan juga kelebihan yang ada pada kamu. Aku juga akan meminta kepadanya agar meminta keizinan untuk kamu daripada raja supaya kamu dapat mengadap dan berbicara dengan raja tentang apa yang berlaku kapada kamu. Dia akan menjadi perantaraan yang baik dengan raja, sekiranya dia mampu melakukan sedemikian, katakanlah cukuplah bagiku.

Setelah itu Zu Nafar mengutusi Anis dengan katanya, Abdul Muttalib adalah ketua kaum Quraisy dan pembesar Mekah, dialah yang memberi makan kepada orang ramai pada semua peringkat samada yang tinggal di kawasan wadi atau kawasan perkampungan badwi di bukit-bukit. Sesungguhnya raja telah mengambil dua ratus ekor unta miliknya, oleh itu mintalah keizinan dan manfaat untuknya daripada raja sekadar yang kamu mampu.

Anis menjawab: Aku akan melakukannya. Lalu Anis menyampaikan perkara tersebut kepada Abrahah dengan berkata: Wahai raja! Ini adalah ketua kaum Quraisy berada di hadapan kamu, dia datang untuk meminta izin kepada kamu, dia juga merupakan pembesar negeri Mekah yang sentiasa memberi makan kepada orang ramai pada semua peringkat samada yang tinggal di kawasan wadi atau kawasan perkampungan badwi di bukit-bukit. Aku meminta izin daripada kamu agar dia dapat memberitahu kamu apa yang dihajatinya.

Lalu Abrahah mengizinkannya. Abdul Muttalib adalah seorang yang tampan, perkasa dan cantik rupa parasnya. Apabila Abrahah melihatnya dia meraikan dan
memuliakannya lalu meminta supaya Abdul Muttalib duduk bersamanya tetapi kaum Habsyah yang berada bersama dengannya tidak suka melihat Abdul Muttalib dijemput oleh raja untuk duduk bersama di atas singgahsana kerajaannya, lalu Abrahah turun dari singgahsananya dan menjemput Abdul Muttalib duduk bersama di sampingnya. kemudian Abrahah berkata kepada penterjemahnya:

Katakanlah kepadanya: Apa yang kamu hajati? Lalu penterjemahnya menyampaikan apa yang diperkatakan oleh Abrahah. Abdul Muttalib berkata: Hajatku ialah supaya raja dapat memulangkan kembali dua ratus ekor unta yang dirampas daripadaku. Apabila perkara tersebut disampaikan kepada Abrahah, dia berkata kepada penterjemahnya: Katakan kepadanya, aku merasa amat kagum ketika pertama kali melihat kamu tetapi ia hilang lenyap setelah kamu bercakap kepadaku. Apakah kamu hanya berbicara tentang dua ratus ekor unta yang aku rampas daripada kamu, sedangkan kamu meninggalkan Kaabah yang menjadi pegangan agama kamu dan bapa-bapa kamu. Aku datang untuk menghancurkannya tetapi kamu tidak pula bercakap denganku tentangnya?

Lalu Abdul Muttalib menjawab: Aku adalah tuan unta tersebut, manakala Kaabah tersebut ada tuan yang akan melindunginya. Abrahah berkata: Tidak ada siapa yang dapat menghalang aku untuk menghancurkannya. Abdul Muttalib berkata kepadanya: Biarlah kamu dengan keadaan kamu. Untu-unta tersebut dipulangkan kembali kepada Abdul Muttalib. Setelah itu Abdul Muttalib pulang kepada kaum Quraisy lalu menceritakan kisah pertemuannya dengan Abrahah dan memerintahkan mereka agar keluar dari Mekah dan berlindung di atas bukit.
Kemudian Abdul Muttalib mengunci pintu Kaabah dan beberapa orang lagi dari kaum Quraisy bersama dengan Abdul Muttalib berdoa kepada Allah semoga mengalahkan Abrahah dan tenteranya. Apabila menjelang pagi, Abrahah mula bersedia dengan gajah dan tenteranya untuk memasuki Mekah dimana gajahnya bernama Mahmud. Setelah mereka mengarahkan gajah menuju ke Mekah, mereka telah bertemu dengan Nufail bin Habib.

Beliau berdiri di sebelah gajah tersebut kemudian memegang telinganya lalu berkata: Duduklah Mahmud dan kembalilah semula ke tempat kamu datang, sesungguhnya kamu berada di negeri yang diharamkan oleh Allah. Kemudian beliau melepaskan telinga gajah tersebut, lalu gajah tersebut terus duduk. Mereka memukul gajah tersebut supaya bangun tetapi ia enggan berbuat demikian.

Kemudian mereka mengarahkan gajah tersebut kembali ke Yaman, lalu ia terus bangun dan berjalan ke arah tersebut. Setelah itu mereka mengarahkannya ke Syam, gajah tersebut juga berjalan sebagaimana diarahkan. Mereka mengarahkan pula menuju ke arah Masyrik (timur), lalu gajah tersebut berjalan sebagaimana diarahkan. Setelah itu mereka mengarahkan semula menuju ke arah Mekah tetapi gajah tersebut terus duduk. Lalu Allah mengutuskan kepada mereka sekumpulan burung seumpama burung layang-layang dimana setiap seekor membawa tiga biji batu, sebiji di paruh dan dua biji lagi di kakinya.

Batu tersebut seperti kacang kuda dan kacang dal, sesiapa sahaja yang terkena akan hancur dan binasa. Tidak semua yang binasa di tempat tersebut, mereka telah keluar dari kawasan tersebut tetapi rebah bergelimpangan di setiap jalan lalu mati dalam keadaan yang penuh dahsyat. Abrahah terkena lontaran batu tersebut di badannya, mereka membawanya dalam keadaan jari-jarinya terputus tetapi apabila tiba di San'a, Abrahah meninggal dunia di sana.

Tuesday, November 23, 2010

Peranan Ibubapa menangani gejala sosial dalam Masyarakat

Selasa,23 November 2010/16 Zulhijjah 1431

Peranan Ibubapa menangani gejala sosial dalam Masyarakat.



1. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama menangani kemelut gejala sosial yang berlaku.. Firman Allah SWT. dalam surah An-Nahl ayat 125:

"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah".


Kita harus memaksimumkan penggunaan Medium Dakwah yang melibatkan pendekatan kesukanan, hiburan, teknologi canggih seperti penggunaan IT. yang meliputi penggunaan Laman Sosial, Blog, E-Mail atau melalui Laman-laman Web.

2. Ibubapa hendaklah bersikap terbuka dalam memainkan peranan mereka bagi menarik minat anak-anak dengan cara atau jalan yang paling baik. Pendekatan tegas, berdisiplin di samping menunjukkan kasih sayang, lembut dan mesra adalah sangat sesuai dalam mentarbiyyah anak-anak. Kita tidak ingin melihat anak-anak menjadi semakin jauh daripada kita akibat tiada belaian kasih sayang dan kemesraan terhadap mereka.

Justeru, ibubapa hendaklah mempelajari Ilmu-ilmu Motivasi dan Pentarbiyyahan terkini sesuai dengan peredaran zaman. Ada masa dan ketika kita menjadikan mereka teman dan ada masa kita bertegas dengan mereka. Kasih sayang dan kemesraan hendaklah dipupuk, Program-program Pembinaan Ukhuwwah Dan Jalinan Kekeluargaan hendaklah sentiasa dibentuk seperti lawatan, perkhemahan, hari keluarga, riadhah santai bersama keluarga dan sebagainya.



3. Apa yang paling penting peranan keluarga dalam menangani gejala sosial yang berlaku ialah penerapan asas-asas agama kepada anak-anak kita dengan memberi Pendidikan Asas Fardhu 'Ain dalam diri setiap anak-anak, mudah-mudahan ianya akan menjadi obor dalam kehidupan mereka untuk memperolehi keredhaan Allah SWT.

Ibubapa hendaklah menjadi contoh utama dalam amalan dan menunaikan kewajipan agama seperti solat secara berjamaah dan membimbing anak-anak berkenaan batas-batas pergaulan dalam Islam, pemeliharaan batasan aurat, galakan untuk menghadhiri kelas-kelas agama dan sebagainya.

4. Di samping itu peranan masjid, NGO, Jabatan-jabatan Kerajaan, Swasta, JKKK. dan Individu Perseorangan dalam membendung gejala sosial hendaklah diperkasakan dengan menyumbang apa-apa yang perlu samada kewangan, kemudahan, dewan, tempat rekreasi atau peralatan mengendalikan Program-program Kesedaran atau Khidmat Nasihat berupa Ceramah Motivasi, Kaunseling, Penyediaan Kursus-kursus Keinsafan, Bimbingan Kerjaya atau Panduan Berumahtangga demi menyelamatkan generasi muda daripada menjadi mangsa keruntuhan akhlak dan akidah.

5. Firman Allah SWT. dalam surah Toha ayat 132:

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu;. dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa".

Menurut buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam " yang dikarang oleh Fathi Yakan menyatakan beberapa langkah:

5.1. Memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa matlamat hidup insan ialah sebagai khalifah dan sebagai hamba Allah. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".

Ini menjelaskan kepada kita bahawa sebagai khalifah dan hamba Allah, umat Islam wajib menegakkan agama Allah dan mentadbir alam ini berlandaskan syarak dan agama serta patuh dan taat mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Firman Allah SWT. dalam surah Az-Zariyat ayat 56:

"(Ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku".

5.2. Manusia haruslah memahami bahawa nilai dunia adalah terlalu sedikit dan bersifat sementara berbanding akhirat.

5.3. Manusia hendaklah menyedari bahawa kematian pasti datang menemui kita. Justeru, carilah bekalan menuju alam akhirat. Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 185:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan hanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya, dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan".

5.4. Umat Islam mestilah mengetahui hakikat Islam itu dengan mempelajari selok-belok agama agar hilang kejahilan umat dan kebaikan akan terserlah akhirnya. Hadith ini diriwayatkan oleh Al-'Askari daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Sesungguhnya ilmu itu didapati dengan belajar dan kefahaman itu didapati dengan mendalami ilmu, barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan, nescaya Allah akan memberikannya kefahaman dalam agama".

5.5. Umat Islam mestilah mengenali siapakah jahiliyyah atau musuh Islam. Semua perkara yang menyimpang daripada agama adalah jahiliyyah. Kita hendaklah waspada bahawa musuh-musuh ini akan sentiasa menghancurkan kita termasuk budaya dan pemikiran.

Tegasnya untuk menyelesaikan sebahagian masalah gejala sosial ini adalah dicadangkan:

Pertama: Sesebuah keluarga mestilah menggalakkan mereka yang bujang supaya berumahtangga kerana Rasulullah menegaskan dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Baihaqi dan Al-Hakim:

"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertaqwalah ia pada separuh yang lain".

Kedua: Pembinaan sesebuah keluarga hanya berjaya dengan tarbiyyah, asuhan dan didikan menurut nilai-nilai Islam.

Ketiga: Sesebuah keluarga amat wajar memantau dan mengambil tahu pergaulan dan pergerakan anak-anak mereka agar tidak terjebak dengan perkara-perkara negatif.

Keempat: Sesebuah Keluarga, Ahli Masyarakat dan Pemerintah perlulah memainkan peranan penting dalam usaha membentuk dan mencorakkan generasi kini menjadi Generasi Soleh dengan Penyediaan Alternatif Aktiviti dan Program Membina Generasi Taqwa dan menjadi Modal Insan yang hakiki untuk hari ini dan akan datang, sebagaimana usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor ke arah Pembinaan Modal Insan yang baik dengan pelaksanaan Program SPIES di semua peringkat.

Oleh itu marilah kita sebagai umat yang dianugerahkan akal yang waras dan diberikan kesedaran Islam yang tinggi, bertindaklah segera kembalikanlah umat Islam ke jalan yang lurus dan jalan taqwa agar kehidupan kita akan memperolehi ketenangan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah swt dalam surah At-Thur: 21

"Dan orang yang beriman dan diikuti oleh zuriat keturunan mereka dalam keimanan, Kami hubungkan zuriat keturunan itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amalan mereka; Setiap manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya".





Dipetik dan disesuaikan dari Khutbah Jumaat Bacaan 8 Oktober 2010 oleh JAIS.

Monday, November 22, 2010

Asas Agama Islam Ialah Agama Allah

Isnin 22 November, 2010/15 Zulhijjah 1431.

Asas agama ialah Ma'rifat Allah.


Islam ialah agama ciptaan Allah yang diturunkan melalui Rasul-rasulnya yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w. untuk keselamatan dan kebahagiaan umat manusia di dunia dan di akhirat.

Dalam agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w terkandung hukum-hukum dan amalan-amalan meliputi segala bidang hidup, dari perkara yang sebesar-besarnya hingga kepada yang sekecil-kecilnya dan semuanya itu bergantung kepada satu asas yang penting - "Marifat Allah", iaitu mengenal Allah Subhanahuwataala dan mengakui keEsaanNya.


Hakikat ini telah disimpulkan oleh ulama Tauhid dalam kalimah "Awalud Din Ma'rifat Allah" (asas agama ialah mengenal Allah), iaitu intisari dari maksud hadis yang kami sebutkan dalam bab ini.

Jelasnya, sebagaimana sesebuah bangunan bergantung kepada asasnya tentang teguh kukuh atau tidaknya, maka demikianlah pula halnya "Ma'rifat Allah" itu, tiap-tiap seorang wajib memahaminya supaya meresap dan sebati dalam jiwanya sehingga menjadi satu keyakinan yang dapat mempengaruhi seluruh perasaan dan gerak langkahnya untuk memikul tanggungjawab menjalankan hukum-hukum Islam dan amalannya.


Sekiranya asas Ma'rifat ini tidak kukuh dan hanya dalam peringkat sangkaan semata-mata, maka inilah sebabnya seseorang itu tidak merasa bertanggungjawab dalam menjalankan hukum-hukum dan amalan yang tersebut dengan sepenuhnya.

Ma'rifat Allah wajib pada syarak dan juga wajib pada akal.

Tiap-tiap seorang manusia apakala ia lahir ke alam wujud ini, ia akan dapat menerima berbagai-bagai nikmat yang tidak terhitung.

Di antaranya ialah tubuh badannya dilengkapkan dengan nikmat-nikmat yang tidak ternilai seperti mata, telinga dan lain-lainnya yang tidak dapat diberi oleh sesiapa pun dari kalangan manusia sendiri atau makhluk-makhluk yang lain.


Maka tidaklah patut bagi orang yang menerima nikmat itu kalau ia tidak mahu mengenal siapakah pemberinya dan tidak mahu bersyukur akan pemberian yang sangat-sangat berharga itu.

Sikap yang demikian, tak dapat disangkal lagi tentang tidak patutnya kalau difikirkan oleh orang-orang yang berakal siuman yang menggunakan akalnya dengan jujur. Lebih-lebih lagi tidak patut kalau orang itu menggunakan nikmat pada bukan tempatnya dan ia pula menentang serta menderhaka kepada yang melimpahkan nikmat itu kepadanya. Kerana sikap yang demikian menggambarkan ketiadaan peri kemanusiaan.


Allah Taala Yang Maha Pemurah, lagi Amat Mengasihani, yang melimpahkan nikmat-nikmat-Nya yang tidak terhitung kepada sekalian makhluk, telah mengingatkan manusia supaya mengenal-Nya dan mengakui keEsaanNya, dengan firmanNya : فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ yang maksudnya memerintahkan manusia supaya masing-masing berusaha mencari jalan mengenalNya dengan sepenuh-penuh yakin, kerana Dialah Pencipta manusia dan alam seluruhnya, dan Dialah juga yang mengurniakan segala nikmat yang mereka gunakan dalam alam kehidupan ini.

Dengan ini jelaslah bahawa "Ma'rifat Allah" (mengenal Allah) itu hukumnya wajib pada syarak sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Taala dan juga diakui wajibnya oleh akal yang siuman.


Sesiapa yang tidak mahu mengambil berat mengenal Allah, sedang ia sentiasa menggunakan nikmat-nikmat pemberian-Nya maka sikapnya yang demikian adalah bertentangan dengan "Fitrah insaniah" (keaslian perikemanusiaannya) dan melanggar perintah Allah Taala serta mencuaikan kegunaan akalnya sendiri.


Jalan yang menyampaikan kepada ma'rifat.


Cara mengenal sesuatu sudah tentu dengan jalan mengenal sifat-sifatNya. Maka demikianlah pula cara mengenal Allah Taala, yang wajib al Wujud, tak dapat tidak dengan jalan mengenal sifat-sifat-Nya. Tetapi sifat-sifat Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Kuasa itu tidak dapat dicapai dengan pancaindera, hanya dapat diyakini dari kesan sifat-sifatnya yang ternyata pada kejadian-kejadian alam yang diciptakan-Nya.


Meskipun manusia dilengkapkan dengan akal untuk memikir dan menimbang apa yang diperhati dan ditelitinya dari kejadian-kejadian alam yang tercipta dengan indah dan teratur, bahkan manusia disuruh berbuat demikian untuk kebaikan dan keselamatan dirinya di dunia dan di akhirat, tetapi akal manusia itu adalah terbatas setakat perkara-perkara dan benda-benda yang ada dalam alam nyata yang dapat dicapai oleh pancaindera dan alat-alatnya sahaja.

Maka dengan keadaannya yang demikian, sudah tentu ia tidak dapat memikirkan sama sekali tentang zat Allah Taala yang bukannya dari jenis-jenis benda dan tidak ada sesuatu pun yang menyamaiNya.


Oleh sebab itulah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutus oleh Allah Taala untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar, telah menerangkan tentang cara menggunakan fikiran untuk "mengenal Allah" dalam beberapa hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang sahabat Baginda s.a.w. iaitu Ibn Abbas, Abu Zar dan Ibn Umar r.a.
Ibn Abbas, Abu Zar dan Ibn Umar r.a.

(Petikan Dari Mastika Hadis)

Sunday, November 21, 2010

Empat sifat yang Mulia isi syurga

Ahad,21 November 2010/14 Zulhijjah 1431

Daripada Abdullah bin Salam r.a. berkata Rasulullah saw bersabda,"maksudnya Hai manusia, berilah salam, hubungkanlah tali persaudaraan, berilah jamuan makan, solatlah pada malam hari ketka anusia sednag tidur, nescaya kamu masuk syurga dengan sejahtera."

_(HR AlTarmizi )

Emapat perkara yang disebut Rasulullah berkait rapat dengan sifat mahabbah (kasih sayang) dna sifat tadhiyyah (pengorbanan bagi melahirkan masyarakat yang kuat dan padu. Empat perkara itu ilah:

1. Memberi salam: Salam merupakan syiar dan lambang pengucapan yang b aik antara oraang Islam, sehingga jadilah meeka sentiasa mendapat keseamatan dan rahnat daripada Alalh swt.

2. Bersilaturrahim: Dapat mengertakan hubungan kekeluargaan dan mengabaikan segala perelisihan antara sesama mereka. silaturrahim wajib dipelihara supaya selamat dari kemutrkaan Allah.

Sabda Nabi saw, " Tidak masuk syurga oramg yang memutuskan silaturr ahim"

3. Memberi makan : memberi makan kepada sesipa yang merlukan seperi fakir miskin, dsn akan menembahkana ikatan kasih sayang dan penghormatan sesama manusia.

4. Qiamullail: Sebagai lambang kesyukuran serta ketaatan akepada Allah swt, mengabdukan diri kepada swt...

Empat sifat di atas melayakkan seseorang itu menjad penghuni Syurga Allah. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang memilki sifat tersebut. Amin.

Saturday, November 20, 2010

Hudud

Sabtu, 20 November 2010/13 Zulhijjah 1431

Hudud (bentuk jamak); Dari segi bahasa bererti beberapa batas atau dinding.

Dalam istilah syarak ialah: Nama salah satu kejahatan (jarimah) yang mengenai harta benda orang lain-lainya. Hukuman ini dinamakan juga hukuman HUDUD untuk semua jenayah, dan hukumnan HAD untuk salah satu jenayah.

Hukuman hudud ini adalah hukuman yang ditentukan batasnya, yang berupa hak Allah dan tidak dapat dimaafkan oleh manusia.

Ulamak fiqah membahagikan hukuman kepada:
1. hukum jenyah:merupakan hkum yang bersangkutan dengan jiwa dan jasmani manusia, spt pembunuhan, melukai atau merosakkan salah satu anggota di badan orang
2. Hukum hudud.: merupakan hkum yang bersangkutan dengan harta benda, orang, keturnan, keagamaan dan akal fikiran.

Tapi jika ditinjau dari segi hukum, kedua-duanya dapat di namakan HUDUD.


Islam mengadakan hukum-hukum atau peraturan-peraturan yang didasarkan kepada Al Quran dan sunnah rasulullah, yang bertujna untuk memelihara jiwa, kehormatan diri, harta benda dan sebagainya.

Bila mana orang telah mengerti bahawa pembunuhan itu hukumnya harus dibunuh pula, ynag berzina hukumnya direjam dan orang yang mencuri hukumnya dipotong tangan, tentulah masing-masing akan menjauhkan diri dari perbuatan keji itu.

Jarimah(jenayah) atau kejahatan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian:

1. Jenayah qisas dan diyat
2. Jenayah hudud
3. Jenayah takzir.

Jenayah qisas dan diyat - iaitu jenayah yanghukmannya berbalasan atau dibayar diyat (denda0, iaitu berhutang nyawa dibayar dengan nyawa, berhutnag anggot adibayar dengan anggota menurut ketentuan-ketentuannya atau dibayar dengan denda menurut ukurannya, bila ada hal-hal ynag membolehkan denda.

a) jenayah qisas aialh jenanaah yang berupa:

1. Pembunihan dengan jalan disengaja
2 Menghilangkan dengan disengaja salah satu badan orang lain.
3. Melukakan orang lain dengan disengajakan.
(HUkuman hanya berbalasan)

b) Jenayah diyat ialah jenayah ynag sehubungan dengan qusas juga, tetapi dilakukan menurut ketentuan iaitu:

1. Bila hukuman qisas dimaafkan , baik oleh yang bersangkutan mahupun oleh wali yang bersangkutan.
2. Bila terhalang melaksanakan hukuman qisas krena sebab syar'i seperti hilang anggota ayang akan diqisas sakit dna lain-lainya.

3. Bila pembunuhan itu pembunuhan yang serupa disengajakan.
4.Bila pembunuhan itu pembunuhan yang keliru (tersalah)
5.Bila melukai atau menhgilangkan anggota orang lain disebabkan keliru pula.

Jenayah hudud meliputi tujuh jenis kejahatan iaitu:

1. Jenayah penzinaan
2. jenayah menuduh orang berzina (qazaf)
3. Jenayah minum arak
4. Jenaah pencurian
5. Jenayah murtad
6. Jenayah penyamun (hirabah)
6. Jenayah pemberontakan ( boughat)

Jenayah takzir iaitu satu jenayah yang hukumnya hanya diberi hukumna takzir.

Iaitu memberi teguran atau ajaran terhadap seseorang yang telah bersalah, yang kesalahannya itu tidak dijatuhi hukuman HAD atau QISAS. Baik jenayah takzir, mahupun hukumannya pada umumnya siseahkan kepada WALIYUL AMRI (penguasa dalam negara, atau hakim di pengadilan)

Thursday, November 18, 2010

Khutbah Aidil Adha di Masjid Ar Rahimah

18 Nov 2010/11, Zulhijjah 1431

Khutbah Hari raya Aidil Adha bertajuk, "Bagaimana Seharusnya Kita berkorban" yang dibacakan di masjid ar Rahimah:

Antara isi kandungan khutbah adalah;

1.Berkorban adalah satu amalan yang disunatkan oleh Islam dan amat digalakkan oleh baginda Rasulullah saw, yang bersabda,

" Barangsiapa yang mempunyai kelapangan untuk berkorban tetapi ia tidak melakukannya, maka janganlah ia menghampiri tempat bersolat kami ".


2.Sebagai contoh Nabi Ibrahim berkorban melalui mpenymbelihan anaknya Nabi Ismail as, yang menjadi bukti betapa teguh dan kukuhnya keimanan dan ketaqwaan melaksanakan perintah Allah swt di mana melalui mimpi Ibrahim menyembelih anaknya dan anaknya membenarkannya, tapi Allah menebuskan dengan seekor binatang sembelihan yang besar.(Rujuk Surah As Soffaat:102-109)

3. Konsep korban bukan sahaja terbatas dengan penyembelihan atau pun waktu, bahkan ia juga termasuk dengan pergorbanan harta, wang ringgit, masa, tenaga dan seluruh kehidupan kita.

4. Dewasa ini banyak berlakunya gejala sosial yang berlaku di semua peringkat kanak-akanak dan orang dewasa. Pengorbanan yang besar bagi semua pihak mengatasi masalah yang dihadapi.

5. Kita hnedaklah menjadikan rasulullah serta para sahabat yang banyak berjuan dan berkorban sehingga islam dapat disebar dan dianuti oleh generasi kita sekarang di selurluh pelusiuk dunia.

6.Jenis-jenis pengorbanan yang boleh kita lakukan anatarnya ialah:

6.1. Pengorbanan harta benda.
Firman Allah swt, "Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebaikna dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu mendermakan sebahagian daripada apa yang kami syangi. sesuatu apa jua yang kamu dermakan, mak sesungguhnya Allah mengetahuinya"
- (Surah Ali "Imran: 92)

6.2. Pengorbanan masa.
Firman allah swt:
" Demi masa, sesungguhnya manusia itu dlam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"
(Surah Al 'Asr ayat 13)

6.3. Pengorbanan tenaga dan jiwa raga

Firman Alah swt:a orang yang beriman, jiwa dan hara benda mereka dengan mengernuiakan ganjaran syurga kepada mereka, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, lalu ada anatra mereka yang mebunuh dan terbunuh"..
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripad

7. Doa sempena hari raya Aidil Adha:

1. Ya allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, Kami bersyukur kehadratMu, yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khusnya Negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.

2. Justeru kami pohon ke hadratMu, Ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanafaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungi kami daripada ujianMu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
Amin!!

Friday, November 12, 2010

Ibadat korban

Jumaat, 12 November 2010/6 Zulhijjah 1431

Ibadat korban dilakukan pada Hari Raya korban atau Hari Raya aidil Adha setiap tahun.Ibadat korban adalah sunat dilaksanakan setiap tahun jika ada kesanggupan untuk berkorban.

Korban bermaksud dekat. Dalam istilah syark korban bermaksud mendekatkan diri kepada Allah swt dengan cara menyembelih binantang dengan niat niat yang tertentu dan dalam waktu yang tertentu.

Allah berfirman di dalam Al Quran:

" Dan bagi tiap-tiap umat, Kami jadikan tempat berkorban (supaya ia berkorban) agar mereka mengingat nama allah ataspa direzekikanNya kepada mereka, dari binantng-binatang ternak. Maka Tuhanmu itu ialah Tuhan yang Esa, maka hendaklah kepada Nya kamu berserah diri, dan berilah khabar gembira (hai Muhammad) orang-orang yang tunduk kepadaNya"

-(Suraah al-Haj:34)

Ibadat korban ini dilakukan dari 10 haribulan Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah pada tiap-tiap tahun.Binatang yang dikorbankan hendaklah binatang yang tidak cacat seperti buta, tidak sakit, atau kurus.Yang lebih dituntut dalam melakukan korban itu, ialah berkorban dengan apa yang lebih disayangi dan dicintai.

Allah swt berfirman,

" Sekali-kali kamu takkan mencapai kebaikan, hingga kamu belanjakan (sedekahkan) mana yang paling kamu cintai"

- (Surah Ali Imran:92)

Penyembelihan korban itu ialah sesudah selesai solat Aidi Adha pada 10 Zulhijjah. Kalau dapat yang menyembelih ialah orang yang berkorban itu sendiri.

Ketika menyembelih binatang itu diletakkan telapak kaki di atas batang leher sebagaimana dilakukan oleh Nabi saw.

Sekurang-kurangnya binatang yang akan dikorbankan itu telah berumur dua ahun dan masuk tahun yang ketiga.Kecuali apabila binatang itu susah diperolehi, maka bolehlah binatang yang berumur satu tahun (dan masuk ynag ketiga).

Seekor binatang seperti unta , kerbau, lembu boleh dijadikan korban untuk tujuh orang.

Sekurang-kurang korban bagi seseorang itu ialah seekor kambing.
Pisau/parang yang digunakan hendaklah tajam agar tidak menganiaya binatang yang disembelih.

Daging korban itu boleh disimpan sampai satu pertiganya, tapi lebih afdhal disedekah semuanya.Wajib disedekahkan semua daging itu, kalau korban itu korban yang dinazarkan.

Keutamaan berkorban.

1. Darahnya yang telah menitis jatuh ke bumi itu menjadi keampunan bagi dosa kita yang telah lalu.

2. Darahnya itu memberatkan timbanan kebajikan di hari kiamat setelah amal perbuatan dihisab di sisi Allah.

3.Segala wang dan harta yang dipergunakan di Hari Raya Adha iitu tak ada yang lebih utama dari membelanjakannya untuk berkorban.

4. Orang ynag sanggupa untuk berkorban , tapi ia tak mahu berkorban, maka nabi sangat marah kepada orang itu hingga pernah bersabda:

" Dari Abu Hurairah ra ia berkata: telah bersabda rasululah saw: sesiapa yang sudah berkesempatan untuk berkorban, tetapi tidak juga dilakukanya, mak janganlah ia dekati tempat sembahyang kami"

-(HR Ahmad dan Ibnu Majah).

5. Sesiapa yang diserahi mengurus menyembelih itu ia tak boleh mengambil upah dari anggota binatang korban, walaupun dengan kulitnya sekalipun.

Wednesday, November 10, 2010

Solat Sunat Isyrak

Rabu,10 November 2010/3 Zulhijjah 1431.



Solat sunat isyrak dilakukan pada pagi hari sesudah naik naik matahari tingginya kira-kira 3 meter iaitu kira-kira 8 pagi.Solat sunat ini 2 rakaat satu salam sama seprti solat sunat yang lain juga.

2. Pahala solat ini amatlah besar iaitu seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, jika melakukan ibadat sebelah paginya. Sabda Rasulullah saw, " Sesiapa solat subuh berjemaah kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat, adalah baginya pahala haji dan Umrah yang sempurna.

Tuesday, November 9, 2010

Buang anak hasil perbuatan zina

Selasa,9 November, 2010/2 Zulhijjah 1431.

Kes buang bayi adalah akibat perlakuan zina yang dilakukan oleh mereka yang tidak beiman yang derhaka kepada perintah Allah swt. Perbuatan yang keji ini juga menyebabkan bayi yang tidak berdosa dibunuh dengan cara kejam di mana bayi yang baru lahir ditinggalkan di tempat-tempat yang bahaya seperti di dalam tong sampah, belukar, atau tandas atau di merata-rata.

Tidak syak lagi bahawa masalah buang bayi pastinya berpunca daripada masalah zina. Zina pula berpunca daripada pergaulan bebas yang tidak meletakkan penghayatan soal dosa dan pahala dalam kehidupan mereka dan melakukanya semata-mata dengan ajakan syetan.

Zina merupakan sebagai satu tingkah laku perhubungan jenis antara seorang lelaki denhan seorang perempuan yang lain secara haram atau di luar nikah secara syarak.Prebuatan itu tidak kira sama ada paksaan (rogol) atau sukarela asalkan tiada sebarang kekeliruan. Allah swt telah mengaharmkan zina dengan mengharamkan terlebih dahulu
segala tingkah laku yang boleh menyebabkan berlakunya zina.

Firman Allah swt, yang bermaksud:
“Janganlah kamu menghampiri zina, kerana perkara itu adalah keji dan seburuk-buruk jalan.”
- (Surah al- Israa' :32)

Segala tingkah laku mungkar dan maksiat seperti pergaulan bebas, membuka aurat, mendengan dan melihat seribu satu unsur seks yang mengghairahkan.

Allah menghukumkan hukuman yang paling berat ke atas penzina sebagaiman firmanNya seperti ber
ikut:
“Penzina-penzina sama ada lelaki atau perempuan hendaklah disebat tiap seorang daripada mereka sebanyak seratus rotan, janganlah kamu menaruh belas kasihan kepada mereka itu untuk menjalankan hukuman Allah swt kalaulah kamu benar-benar orang yang beriman dengan Allah dari hari kiamat serta diminta orang mukmin yang lain supaya menyaksikan upacara hukuman tersebut”.
- (Surah an-Nur:2)

Apabila manusia merasakan mereka tidak diikat dengan Allah SWT, manusia akan bertindak mengikut hawa nafsu mereka yang setrusnya membawa kepada kehancuran iman serta sanggupa melakukan dosa yang besar yang dikutuk oleh agama.

Antara punca zina ialah masaalah yang berkaitan tiadanya didikan asas agama, masalah yang berkaitan degan kesulitan bagi melaksanakan perkahwinan yang telah kita menyepitkan jalan perkahwinan yang dituntut syarak. Zina adalah satu pencabulan dan pencemaran keagamaan yang paling dilaknat oleh Allah swt.

Islam telah menegaskan bahawa zina akan memberi kehinaan yang amat buruk kepada manusia. Buang bayi hanya salah satu kesan. Banyak lagi kehinaan dan musibah lain yang bakal menimpa.

Zina akan mengakibatkan bibit-bibit keruntuhan rumahtangga di mana suami-isteri kehilangan kepercayaan dan curiga mencurigai antara satu sama lain yang akan menyebabkan perceraian.
Pengharaman zina juga adalah untuk mengekalkan martabat ketinggian manusia sebgaai kejadian ynag paling mulia yang pernah dijadikan oleh Allah swt.



Hukuman rejam sampai mati mungkin penyelesaian masalah zina yang semakin berleluasa di Malaysia sehingga melahirkan anak luar nikah yang terlalu ramai dan menjadi masyarakat terbuang.

Hanya dengan ketaqwaan dan iman kepada Allah swt akan dapat menjauhkan perbuatan zina. Sebagaiman firman Allah swt dalam Surah an-Nisaa: 69 yang bernaksud:

“Dan sesiapa yang taatkan Allah swt dan rasulnya, maka mereka itu yang akan bersama dengan orang yang diberi nikmat oleh allah swt, iaitu dari golongan para nabi, darai golongna para siddiqin, adari golongan para Syuhada, dari golongan para salihin dan mereka itulah teman-teman yang baik”

Antara langkah yang perlu di amabil bagi mengelakan zina ialah:

1.Tanamkan asas agama yang kuat di kalangan kanak-kanak sejak kecil lagi supaya mengamalkan ajaran dan patuh kepada cara hidup berteraskan agama.

2.Jauhkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan agar pergaulan itu tidak mengheret mereka ke lembah zina.

3.Galakkan perkahwinan sebaik sahaja anak- remaja sebaik-baik sahaja mencukupi syarat untuk mendirikan rumah tangga.

4.Jauhi amalan gaya hidup barat dengan menjauhi pergaulan bebas, hiburan yang menghayalkan yang menyebabkan keinginan syahawat yang membawa kepada perbuatan zina.

Monday, November 8, 2010

Mengapa rokok bahaya dan diharamkan dalam islam

Isnin,8 November 2010/1 Zulhijjah 1431.

Islam melarang pengambilan sesuatu yang keji yang boleh mendatangkan kemudaratan dan rokok termasuk didalam golongan ini.
Firman Allah dalam surah al'Araf ayat 157, "Dan dia (Rasul) menghalalkan bagi mereka segala ynag baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk (khabaith). Penjelasan di atas menunjukkan sesuatu yang keji tidak dibenarkan oleh Islam.


Rokok membahayakan kesihatan manusia.Rokok mengandungi bahan tar dan mengandungi lain-lain bahan kimia toksik yang antarnya boleh menyebabkan kanser.Rokok yang mengandungi dadah yang memabukkan dan ianya berbahaya dan dilarang dalam agama. lagi pun merokok adalah perbuatan membazir dan ditegah dalam agama.

Dalam surah Israk ayat 27, " Janganlah kamu membazir kerana sungguhnya mereka yang membazir adalah saudara-saudara syaitan".

Antara kimia berbahaya iru termasukal kimia seperti Acetone, acetic acid, ammonia, arsenic, carbon monoxide, ethanol, hydrogen cyanidenocotine, alkenylbenzenes dan nicotine.
Bahan kimia nicotine yang terdapat di dalam rokok adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengaan dadah heroine dnn kokain.

Penghisap rokok menjadikan dadah nikotin menyerap masuk ke dalam darahnya dan mempengaruhi otak dalam masa hanya tujuh saat dan bila ia dilakukan berterusan, ketagihan menguasai dirinya.

Dari dapatan kajian di Amerika di antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh rokok seperti sakit jantung dan paru paru-parumenyebabkan 400,000 orang mati setiap tahun

Kematian yang berpunca dari gara merokaok antaranya ialah,; barah paru-paru, penyait jantung,radang saluran nafas,kanser secara umum dll. Di antara penyakit-penyakit yang boleh menyerang berpunca daripada pendedahan kepada asap rokok adalah; barah paru-paru, sakit jantung, asma dan penyakit paru-paru, dan strok.

Sabda Nabi saw, " Tidak diizinkan melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan"

-(HR Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah)
Sabda saw yang lain, " Diulaknat sesorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin ataupun menipunya"
- (HR Tarmidzi)

Oleh itu merokok boleh dihukumkan haram. Dr. Yusuf Qardawi di dalam Fatawa Muasirat berkata, " Daripada penjelasan yang diberikan, saya berpendapat pandangan yang menghalalkan merokok tidak dapat diterima sama sekali, malah pendapat sebegitu boleh dinggap salah. Justeru, kita hanya mempunyai dua pilhan hukum: makruh ataupun haram.Berdasarkan kajian terkini penetapan hukum haram adalah lebih tepat di sudut alasan dan hujahnya"( rujukan: Fatwa-fatwa Mutakahir, Dr. Yusof Qardawi, Yayasan Hamidy, Jakarta , 1966, hal. 840-841)

Merokok Dari Pandangan Islam
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah:


1. Isu tabiat merokok ini timbul adalah hasil Seminar Pembasmian Tabiat Merokok anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) pada 2 November 1994 di mana telah meluluskan resolusi untuk menubuhkan badan bertindak kebangsaan bagi memerangi tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.

2. Pada masa kini jumlah perokok sama ada di negara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta juga badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada kesihatan.

3. Pihak kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok terutamanya penyakit kanser, barah paru-paru serta penyakit jantung.

4. Kajian perubatan telah dapat membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6 hingga 8 mg nikotin dan setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita menghidu 4,000 jenis bahan kimia, hamper kesemuanya boleh memudharatkan badan manusia.

5. Merokok boleh mengganggu kesihatan, menghilangkan nafsu makan, merosakkan anggota badan, melemahkan jantung, kanser, barah paru-paru, gangguan pernafasan dan merosakkan otak.

6. Hukum merokok pada pandangan Islam seperti berikut:

(a)Sebahagian ulamak berpendapat merokok adalah harus kerana tidak sabit tentang kemudharatan atau mabuknya. Mereka juga bersandar kepada kaedah “ Asal Sesuatu Itu Adalah Harus “

(b)Setengah ulamak berpendapat merokok adalah makruh iaitu dikaitkan dengan bawang merah dan bawang putih di segi baunya.

(c)Ramai daripada ulamak berpendapat merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji.

(d)Nash-nash Al-Quran dan hadith seperti berikut adalah menjadi asas kepada penetapan hukum:


Maksud firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat: 195 " Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan "
- (Rujukan dari JAKIM)

Sunday, November 7, 2010

Taubat

Ahad, 7 November 2010/30 Zukaedah 1431


Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan , kesalahna sert amaksiat yang dilarang oleh Allah. Ini terutamanya mereka yang lemah imannya dan terpengaruh denga godaan nafsu dan syaitan.

Sabda Rasulullah saw: 'Tiap-tiap bani Adam membuat kesalahan, tetapi sebaik -baiknya orang yang banyak berbuat kesalahan ialah orang yanga banyak bertaubat"

-(HR Tirmizi dan Ibnu Majah)

Dosa dapat dihapuskan melalui taubat dengan ikhlas(taubat nausuhah). Taubat ini menghapuskan dosa bagaikan air jernih yang dapat menghilangkan kekotoran.

Takrif taubat yang lengkap ialah seperti:

Mebetulkan sikap yang salah dan mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan taat dan kembali kepadaNya dengan memperbaharui niat untuk melakukan amal kebajikan.

Taubat juga dapat dihapuskan dengan melakukan amalan-amalan yang baik.

Lakukna sedekah. Dengan sedakah itu dapat menghapuskan dosa, bagaikan air yang dapat memdamkan apai.

Dengan ditimpa dengan beberapa musibah bencana dan percubaa bala bencana dan percubaan itu dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan daun kering akan reput dan hancur.

Pintu taubat sentisa terbuka. sebagaiman sabda rasulullah saw:

"Sesungguhnya Allah membentangkan tangan rahmatNya pada waktu malam supaya bertaubat orang yang telah berdoa pada siang hari. Juga menghulurkan tangan kemurahanNya pada waktu siang, supaya bertaubat orang yang berdoa pada malam hari.Keadaan ini terus-menerus menjelang matahari tebit dari barat"

-(HR Bukhari dan Mus;im)

Saturday, November 6, 2010

Sifat Cemburu

Sabtu,6 November /29 Zulkaedah 1431

Dari Abu Hurairah ra dari Nabi saw bersabda, " Bahawasanya Allah sangat cemburu dan orang mukmin itu cemburu. Dan yang dicemburui Allah, ialah bahawa orang mukmin mendatangkan (memperbuat) apa yang diharamkan oleh Allah"
-(HR Tirmudzi)

Cemburu ertinya kecurigaan hati atas kejujuran seseorang. Di antara kedua suami isteri, sifat cemburu ini dituntut seklai dan sangat dipuji , sebab cemburu itu adalah salah satu sifat Allah. Apabila antara suami isteri tidak ada sifat cemburu mencemburui, tandanya pertalian mereka tidak diikat oleh cinta yang kuat dan mudah terjadi sesuatu yang melanggar aturan dalam soal berumahtangga.

Cemburu ini adalah pagar untuk suami isteri. Suami akan terpagar dari kejahatan dengan adanya kecemburuan isterinya, begitu pula sebaliknya.

Allah sangat cemburu terhadap hambanya yang suka menderhakaiNya. Suami isteri cemburu bila salah seorang akan berkhianat kepada yang lain. Maka dapatlah difahamkan , bahawa cemburu itu sangat sekali dipuji dan dituntut.

Friday, November 5, 2010

menyembunyikan keaiban Saudara Seagama Islam

Khamis 5 Nov 2010/ 28, Zulkaedah 1431

Hadith-hadith Rasulullah s.a.w. banyak menceritakan mengenai perintah atau galakan menyembunyikan keaiban saudara seislam yang lain. Antaranya hadith daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Tidak menutup seseorang akan keaiban orang lain melainkan Allah akan menutup keaibannya pada hari qiamat".
- (Riwayat Muslim).

Hadith ini menceritakan kelebihan bagi sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, maka Allah akan menutup keaibannya pada hari qiamat. Menurut para ulama, menyembunyikan keaiban orang lain terbahagi kepada dua keadaan: iaitu mahmud (terpuji) dan mazmum (dikeji). Menyembunyikan keaiban orang lain dianggap terpuji jika orang itu dari kalangan orang yang baik, beriman dan beramal soleh. Maka dalam hal ini keaibannya perlu dirahsiakan. Berbeza dengan orang yang suka melakukan maksiat, berbangga dengan maksiat yang dilakukan dan suka menceritakan maksiatnya kepada orang. Maka harus diceritakan kejahatannya supaya dapat dihukum seterusnya menjadi pengajaran kepada orang lain.

Apa yang penting dalam menyembunyikan keaiban orang lain adalah bergantung kepada maslahah atau kepentingan. Jika kepentingan menutup perbuatan tersebut maka perlu dirahsiakan begitulah sebaliknya. Perhatikan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oIeh Imam Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Setiap umatku dimaafkan melainkan orang yang terang-terangan dan menunjuk-nunjuk dalam melakukan kemaksiatan (Al-Mujaharah). Dan sesungguhnya termasuk di bawah (Al-Mujaharah) ialah orang yang bangga melakukan kejahatan pada malam hari kemudian pada paginya Allah menyembunyikan keaibannya tetapi dia pula menceritakan kepada orang lain dengan berkata: "Ya Pulan, aku melakukan perbuatan ini dan itu semalam", pada hal ketika dia tidur pada malamnya Allah telah menutup keaibannya tetapi pada keesokannya dia mendedahkan apa yang telah ditutup oIeh Allah SWT.

Islam melarang umatnya mengaibkan sesama Islam sehinggakan orang yang telah dihukum dengan hukuman had pun ditegah daripada dihina dan diaibkan sebagaimana hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oIeh Abu Hurairah yang bermaksud:

"Seorang yang telah meminum arak dibawa kepada Nabi lalu Nabi memerintahkan supaya lelaki tersebut disebat. Abu Hurairah menceritakan: Ada di antara kita yang memukul dengan tangannya, ada yang memukul dengan kasutnya, ada yang memukul dengan pakaiannya. Ketika lelaki tersebut beredar, setengah kaum menghinanya dengan mengatakan semoga Allah menghinakan engkau. Lalu Nabi melarang dengan katanya: Jangan mengeluarkan perkataan itu nanti syaitan akan mengambil peluang".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Larangan dan tegahan Islam tentang perkara yang mengaibkan sesama Islam adalah demi menjaga hubungan silaturrahim dan perpaduan sesama mereka. Musuh-musuh Islam akan bergembira apabila melihat umat Islam benci-membenci sesama mereka, hina-menghina, aib-mengaib dan fitnah-memfitnah. Golongan yang dalam hatinya ada perasaan benci dan hasad kepada saudara seislamnya merupakan golongan yang ada dalam dirinya sifat-sifat munafiq. Tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan dalam Islam. Islam menganjurkan perbincangan dan pertemuan bagi menyelesaikan sebarang pertelingkahan dan pergeseran. Mengaibkan saudara seislam yang lain tanpa bukti dan fakta yang tepat merupakan satu jenayah yang sangat besar kepada perpaduan Islam. Umat Islam sewajarnya melupakan pergeseran yang bersifat peribadi dan meletakkan kepentingan dan perpaduan ummah lebih daripada segala-galanya.

Pengajaran yang dapat dirumuskan daripada khutbah kita pada hari ini adalah:

Pertama: Kehidupan bermasyarakat dan bernegara hendaklah berlandaskan nilai-nilai akhlak dan nilai budaya yang bertamadun.

Kedua: Umat Islam perlu membina masyarakat dan negara di samping berinteraksi dalam politik, sosial, perniagaan dan sebagainya berdasarkan nilai dan ajaran Al-Quran yang luhur.

Ketiga: Nama baik seseorang serta kehormatannya perlu dilindungi sesuai dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.

Keempat: Orang atau kumpulan yang menggunakan cara mengaibkan lawan seperti mencolek, mengugut, melakukan rasuah, memfitnah dan sebagainya adalah melakukan perkara yang diharamkan oIeh Allah SWT.

Kelima: Golongan berkenaan pasti menerima padah dan akan dicampak oleh Allah ke dalam api neraka.



"Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan bahaya (seksa, bunuh dan sebagainya) kepada orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam dan mereka akan beroleh azab api yang kuat membakar".

(Petikan dari Khutbah Jumaat keluaran JAIS.)

Monday, November 1, 2010

Islam itu bersaudara bukan berpecah-belah

Isnin, 1 November, 2010/24 Zulkaedah 1431

Firman allah dalam surah Ali 'Imran: 161.

"Dan berpganglah kamu semuanya kepada tali Allah(agama allah),dan janganlan kamu bercerai berai,dan ingatlah kamiu nikmat Allah klepada kamu ketka kamu dahulu (masa jahiliah0 bermusuh-musuhan, mak Allah telah mnejinakkan antara hati-hati kamu itu, lalu jadilah kamu itu dengan nikmat Allah orang-orang yang bersaudara".

Nabi Muhammad sw bersabda,

" Hendaklah kamu menjadi hamba-amba Allah yang bersaudara sebagiman Allah memerintahkan kamu".
(HR Muslim dan Perawi yang lain)

Nabi saw juga bersabda:

"Sesungguhnya orang yang palain dicintai oleh Allah di kalangan kamu ialah mereka yang berjinak-jinak dan berusaha menjinakkan hubungan antara satu sama lainnya. Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah di antara kamu ialah orang-orang yang menyebarkan perbuatan umpat-mengumpat dan orang-orang yang memecah-belahkan di antara para saudara".

- (HR at Tibrani)

nabi saw bersabda:

" Hendaklah kamu meramaikan kawan, sesungguhnya tiap-tiap orang mukmin itu adalah syafaat di hari qiamat".

- (HR Ibn an Najjar)

Tiga perkara yanag da pada seseorang maka orang itu dapat kemanisan ima; Allah dan rasulNya adalah paling dicintai lebih dari selain kedua-duanya. Ia mencintai seorang , tidak ia cinta kecuali kerana Allah: ia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci kalau ia dicampakkan ke dalam neraka".

- (HR al Bukhari dalam kita sahihnya)

Nabi saw bersabda: " Tidak sempurna iman seseorang dari kamu itu, sehingga ia berasa suka saudaranya medapat apa yang disukai untuk dirinya sendiri".

-(HR Bukhari dan Muslim)

Sabda nabi saw, " Tiap-tiap orang islam di atas orang Islam adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya".

- (HR Muslim)

Sabda rasululah saw:

"Sesiapa yang mengahuskan kedukacitaan seorang mukmin dari berbagai kedukacitaan di dunia ini, mak Alllah hapuskan kedukaan dari b`erbagai kedukaan di akhirat daripadanya. sesiapanynag memudahkan orang susahm n naka Allah memudahkannya di dunai dan di akhirat. Sesiapa yang menutup aiab sesorang islam maka Allah menutup aibnya di dunia dan di akhirat.Sllah sentiasa menolong hambaNy selagi hambanya itu menolong saudaranya. Sesiapa yang menjalani satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan baginya satu jalan ke syurga. Tidaklah berkumpul satu kaum di satu rumah dari rumah-rumah Allah di sisiNya. Sesiapa sambil membaca kitab Allah (al Quran) dan mempelajarinya bersama di antara mereka kecuali turunlah ke atas mereka petolongan, mereka dilimpahi rahmat, malaikat menaunginya, dan Allah menyebut nama mereka di kalanagan orang yang ada di sisinya . Sesiapa yang lamabat amalnya maka tidak disegerakan dekatnya kepada Allah"

-( HR Muslim)