Saturday, July 31, 2010

Tayammum

Sabtu, 31 Julai 2010/19 Syaaban 1431

1. Tayamum adalah pengganti wudhu atau mandi wajib yang sepatutnya menggunakan air bersih digantikan dengan menggunakan tanah atau debu yang bersih. Yang boleh dijadikan alat tayamum adalah tanah suci yang ada debunya. Dilarang bertayamum dengan tanah berlumpur, bernajis atau berbingkah. Pasir halus, pecahan batu halus boleh dijadikan alat melakukan tayamum.

Orang yang melakukan tayamum lalu soalat, apabila air sudah tersedia maka ia tidak wajib mengulang sholatnya. Namun untuk menghilangkan hadas, harus tetap mengutamakan air daripada tayamum yang wajib hukumnya bila sudah tersedia. Tayamum untuk hadas hanya bersifat sementara dan darurat hingga air sudah ada.

Firman Allh swt;" Dan apabila kamu dalam sakit, atau sedang dalam perjalanan, atau sudah seorang diantara kamu pulang dari ghait, atau kamu menyentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapati air, maka kamu carliah tanah yang suci kemudian sapulah mukamu dan kedua tanganmu".

- ( Surah An-Nisa': 43)

2. Tayamum yang telah dilakukan menjadi batal apabila ada air dengan alasan tidak ada air atau boleh menggunakan air dengan alasan tidak dapat menggunakan air tetapi tetap melakukan tayamum serta sebab musabab lain seperti yang membatalkan wudu dengan air.

  1. Syarat-syarat sah Melakukan Tayamum :


    - Ada uzur dalam perjalanan atau dalam keadaan sakit dalam perjalanan jauh
    - Ketika telah masuk waktu Jumlah air tidak mencukupi karena jumlahnya sedikit
    - Bila susah mendapatkan air, Telah berusaha mencari air tapi tidak diketemukan
    - Air yang ada suhu atau kondisinya mengundang kemudharatan
    - Air yang ada hanya untuk minum
    - Air berada di tempat yang jauh yang dapat membuat telat shalat
    - Pada sumber air yang ada memiliki bahaya
    - Sakit dan tidak boleh terkena air

  1. Syarat Sah Tayamum :


    - Telah masuk waktu solat
    - Memakai tanah berdebu yang bersih dari najis dan kotoran
    - Memenuhi alasan atau sebab melakukan tayamum
    - Sudah berupaya / berusaha mencari air namun tidak ketemu
    - Tidak haid maupun nifas bagi wanita / perempuan
    - Menghilangkan najis yang yang melekat pada tubuh atu sudah bersuci

  2. - Tanah yang suci yang ada debu.

  1. Sunah / Sunat Ketika Melaksanakan Tayamum :


    - Membaca basmalah
    - Menghadap ke arah kiblat
    - Membaca doa ketika selesai tayamum
    - Medulukan kanan dari pada kiri
    - Meniup debu yang ada di telapak tangan

  2. . Rukun Tayamum :


    - Niat Tayamum.
    - Menyapu muka dengan debu atau tanah.
    - Menyapu kedua tangan dengan debu atau tanah hingga ke siku.

  3. Tata Cara / Praktek Tayamum :

  4. -mengadap ke qiblat.

  5. -tekankan kedua telpak tangan ke anmah yang berdebu tersebnut.satu kali tekan unuk muka satu kali tekan untuk tangan. dengan menfdahulukan tangan kanan.

    - Membaca basmalah.

    - Renggangkan jari-jemari, tempelkan ke debu, tekan-tekan hingga debu melekat.

    - Angkat kedua tangan lalu tiup telapat tangan untuk menipiskan debu yang menempel, tetapi tiup ke arah berlainan dari sumber debu tadi


    - Niat tayamum : Nawaytuttayammuma listibaa hatishhalaati fardhollillahi ta'aala (Saya niat tayammum untuk diperbolehkan melakukan soalat karena Allah Ta'ala).


    - Mengusap telapak tangan ke muka secara merata


    - Bersihkan debu yang tersisa di telapak tangan


    - Ambil debu lagi dengan merenggangkan jari-jemari, tempelkan ke debu, tekan-tekan hingga debu melekat


    - Angkat kedua tangan lalu tiup telapat tangan untuk menipiskan debu yang menempel, tetapi tiup ke arah berlainan dari sumber debu tadi.


    - Mengusap debu ke tangan kanan lalu ke tangan kiri


    10. Perkara yang membatalakan tayamum

    1. 1. Semua hal yg membatalkan wudu krn tayamum merupakan pengganti wudu.

    2. Apabila mendapatkan air sebelum mengerjakan salat atau sedang mengerjakan salat. Rasulullah saw. bersabda Debu itu cukup bagimu utk bersuci selama kamu tidak mendapatkan air. Apabila kamu telah mendapatkan air maka usapkanlah ia ke kulitmu. . Namun apabila seseorang baru mendapatkan air setelah ia selesai mengerjakan salat ia tidak perlu mengulanginya kembali. Rasulullah saw. bersabda Janganlah kalian mengerjakan satu salat dua kali dalam sehari. {HR An-Nasai Abu Dawud Ahmad dan Ibnu Hiban}.







Friday, July 30, 2010

Solat isytiharah

Jumaat, 30 Julai 2010/18 Syaaban 1431

Solat Sunat Istikharah adalah solt sunat yang dianjurakan untuk kita mendapat petunjuk bagi menentukan keputusan yang dibuat adalah dalam ketentuan dan mendapat keredhaan allah swt iaitu suatu keputusan yang paling tepat untuk kita laksanakaan , apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu-ragu dalam mengambil keputusan. Oleh itu kita hendaklah melakukan silat isytiharah memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.

Waktu terbaik untuk mengerjakan Solat Sunat Istikharah adalah pada 2/3 malam terakhir.

NIAT

Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala"

DOA

Maksudnya : "Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.

Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini ?. Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini ?. Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya" (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

  • Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

  • Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”

  • Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

  • Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

  • Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Thursday, July 29, 2010

Alam Semesta Adalah mengokohkan wujudnya Maha Pencipta (Allah swt)

Khamis, 29 Julai 2010/17 Syaaban 1431.


1. Wujudnya Allah itu sudahlah nyata, bahkan suatu hakikat ynag tidak perlu lagi diragu-ragukan persoalannya.

2. Semua yang ada di lingkungan alam semesta ini pun dapat digunakan sebagai bukti tentang wujudnya Allah. Bahkan benda-benda yang terdapat di sekitar alam semesta dan unsur-unsurnya dapat pula mengokohkan atau membuktikan bahawa benda-benda itu pasti ada pencipta dan pengaturnya.

3. Lihat sahajalah alam cakarawala yang adal didalammnya matahari, bulan , bintang dan s ebagainya. demikian juaga alam yang berbentuk bumi serta makhuka lainya seperti manusia, binatang, tumbuh-tumbuha serta makhluk yang lain semuanya menjadi bukti wujudnya Allah yang Maha Esa dan lagi Maha Pencipta.

4. Firman allah swt,.

" Dan setengah daripada tanda-tanda (ayat-ayat) mengenai adanya Allah ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu semua bersujud kepada mitu, jikalau kamu semua benar-benar menyembahnya"

_ ( Fushshilat: 37)

Wednesday, July 28, 2010

Contoh Jadual Amalan Harian

Rabu , 28 Julai 2010/16 Syaaban 1431

4.30 - Bersyukur setelah bangun tidur
- Doa wudhuk
- Solat sunat wudhu
5.00 - Solat tahajjuud 2 rakaat
5.20 - Iktikf di masjid
- Solat tahiyyatul masjid
-menjawab seuan azan

6.00 - solat sunat subuh
- solat ul Hualllahu ahad' 3 X. Selawat 3 X, baca beberapa surah al Quran

7.15 - S0lat tihraq
- baca Al Quran/ tafsirnya

8.30 - Solat Dhuha
- Baca surah Al- Waqiah

8.45 - Banyak bersyukur, lepas makan: pagi, petang, malam

9.00 - Niat berkerja, dan apa saja tugas harian kerana Allah, mencari rezeki yang halal
- jauhkan dari umpatan, fitnah dan menzakimui hak orang lain.
- Berakhlak dengan baik dam perhubungan manusia.
- tasbih, zikir dan Lauhaula wala quwwata dlm kenderaan/perjalanna

1.20 - Solat sunat zohor
- solat zuhur berjemaah

- Kelebihan hati yg sentiasa ingatkanmasjid. Banyakkan langkah menuju ke masjid
- Jika ada jenazah. solat jenazah.

- Bersedekah /infaq seberapa yang mampu unyuk membantu irang islam yang susah, atau
bagi tujuan dakwah

4..45 - Solat asar berjemaah
-Baca al Quran

- beri makan orang bepuas.

7.25 - Solat maghrib berjemaah
- Jawab azan dan doa

8.00 - hadfir majlis agama di masjid.

9.20 - memberi salam bila balik rumah
- didik anak dengan membaca buku sekooah dan agama

10.00 - berdoa jika ditimpa musibah/sakit
- tanamkan rasa cinta kepada Rasulullah saw

1o.45 - solat witir akhirat.
- Baca zikir sebelum tidur

11.00 - Muhasabah diri.

Amalan mingguan:

1. Awak ke masjid hari jumaat (awal 1 jam), mandi sunat jumaat, langkah yang banyka ke masjid, niat itikaf, menjawb azan, baca Quran.

2. Cuba hidayah satu orang untuk kembali mkepada Islam

3. bantu anak yatim


4. Solat taubat dan tasbih

5. Hdiri kels ilmu, tambah ilmu untuk meningkatakn ilmu dan amalan, kemajuan islam

6. Beerjihad iatu meningkatkan taraf ekonomi, pendiidkna, masyarakat, bantuan fi sabilillah.

7. Cub apuasa sunat 3 hari sekurang-kurannnya dalam sbulan.

Amlan tahunan:

1. Puasa fardhu ramadhan.
2.. Puasa enam di bulan syawal
3. Umrah
4. menunaikan haji
5. belanja orang untuk haji dan umrah
6. menolong kepada jalan uruss keb ajikan
7. Banyak membuat amalan 1-10 zul hijjah seerti juga 10 hari terakhir ramadhan

---------------------

Solat Hajat:

Kita digalakkan supaya memohon untuk ditunaikan hajat oleh Allah swt dengan cara melakukan solat bersendirian.

Memohon hajat dari Allah adalah harus pada bila-bila masa terutama pada saat-saat yang mustajab doa di antaranya ketika dalam solat dan sebaik selepas solat (sama ada solat fardhu, solat-solat sunat rawatib, solat malam, solat hajat dan sebagainya).

Berdoa di dalam solat lebih baik dari berdoa selepas solat. Antara tempat yang mustajab doa dalam solat ialah ketika sujud dan sebelum memberi salam (yakni selepas habis membaca tahiyat dan selawat).

Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Saat paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya (yakni Allah) ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa (pada ketika itu)

- (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).

Dalam hadis mengenai bacaan tahiyyat, selepas mengajar bacaan tahiyyat kepada para sahabat, Nabi berkata; “Kemudian (yakni apabila selesai membaca tahiyyat) pilihlah pemintaan yang ia kehendaki (dari Allah)[1]

- (HR Imam Muslim dari Abdullah –radhiyallahu ‘anhu-).

Adapun solat hajat, harus ia dikerjakan pada bila-bila masa kecuali waktu-waktu yang dilarang solat iaitu;

a) Selepas menunaikan solat subuh hinggalah matahari meninggi dengan kadar segalah
(yakni kira-kira 15 selepas terbit matahari).

b) Selepas menunaikan solat asar hingga matahari terbenam sepenuhnya

c) Tatkala matahari berada di tengah langit hingga tergelincir darinya
(yakni masuk waktu zohor).

Masa terbaik untuk solat hajat ialah selepas tengah malam atau selepas dua-pertiganya. Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

“Apabila malam masuk sepertiga yang akhir, Allah turun ke langit dunia dan berkata; ‘Siapakah yang meminta untuk aku berikan permintaannya? Siapakah yang berdoa untuk aku kabulkan doanya? Siapakah yang beristighfar (memohon ampun) untuk aku ampuninya?’”

- (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-)

Wallahu a'lam.

Tuesday, July 27, 2010

Tanggungjawab Ibubapa terhadap anak

Selasa 27, julai 2010/15 Syaaban 1431.

Firman Allah swt:

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan".


- (Al-Tahrim:6)


1. Ibubpa adalah bertanggungjawab kepada anak yang dilahirkan bagi menentukan anak-anak mereka termasuk golongan yang menikmati syurga Allah di akhirat nanti.

2. Tanggungjawb ibubapa tersebut adalah dari kecillgai mendidik anak-anak dengan cara-cara pendidikan ynag berteraskan Islam dengan didikan agama , menanamkan kefahaman taat kepada Allah serta berakhlak mulia terhadap Allah dan manusia.

3. Anak-anak dipelihara dalam susana Islam dari segi makanan dan pakaiannya supaya tidak secara yang haram baiak matrailnya maupun cara mendapatkannya.

4. Kanak-kanak yang sudah mumayyiz atau sudak dekat dengan akhhir baligh yang perlu dididikan ialah adab makan, tingkah laku, perkataan dan perbuatan yang sopan , berpakaian , pergaulan dan seumpamanya.

5. Anak-anak perlu ditanamkan dengan nilai aqidah, membaca al-Quran, hadis-hadis nabi serta sahabat yang dapat dijadikann teladan.

6. Anak-anak perlu dididik dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji) dan dijauhkan dari sifat mazmummah (Sifat- terkeji)

7. Anak-anak perlu dididik dari segi kebersihan sperti menjaga kebersihan diri, pakaian dan tempoat tinggal.

8. Anak-anak perlu dilatih supaya menghormati orang tua , suapay dari segi pebuatan dan perkataan sentiasa beradab.

9. Bekerjasama dengan guru-guru di sekolah supaya sama-sama memajukan pelajaran dan mendidik akhlak yang baik di kalangan kanak-kanak.

Monday, July 26, 2010

Pentingnya ibubapa mengajar anaknya mempelajari Al Quran

Isnin, 26 Julai 2010/14 Syaaban 1431


Rasulullah saw ada bersabda:

Maksudnya: " Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah mengajarnya akan Al-Kitab(Al-Quran), mengajarinya berenang dan tidak memberi rezeki kepadanya kecuali yang baik-baik sahaja".

1. Ibubapa wajib mengajar anaknya belajar membaca Al-Quran, atau jika tidak boleh mengajar hendaklah dihantar belajar di sekoah atau kepada guru yang dapat mengajarnya.


2. Al-Quran yang berasal dari Bahasa Arab perlu dipelajari secara betul, bagi mempastikan bacaan dalam solat dan ayat-ayat yang dibaca di dalamnya betul bacaanya. Kerana jika salah bacaan akan batallah solatnya seperti dalam bacaan Fatihah yang menjadi salah satu rukun dalam solat tersebut.

3. Apabila anak berumur tujuh tahun wajib diajar mendirikan solat. Di dalam solat ayat-ayat al-Quran dibaca di tempat-tempat tertentu untuk beribadat solat. Tanpa boleh membaca ayat-ayat Quran tak mungkin kanak-kanak tersebut boleh mengerjakan solat yang diwajibkan.

4. Menjadi amat malang seseorang kanak-kanak yang tidak menguasai bacaan Al Quran (buta huruf Al-Quran), bila sudah dewasa atau berumur akan menimbulkan masalah untuk belajar disebabkan malu, tiada masa dan sudah susah untuk ingat dan membaca mengikut bacaan seprti maukraj yang betul.Seterusnya dalam keadaan yang demikian berterusanlah kanak-kanak tersebut tidak mahir dalam bacaan Al- Quran, malahan dalam melaksanakan solat yang menjadi fardhu untuk beribadat kepada Allkah swt.

Sunday, July 25, 2010

Apa itu sabar?

Ahad 25 Julai 2010/13 Syaaban 1431.




Sabar adalah menahan diri dan membawanya kepada yang dituntunkan syara' dan akal serta menghindarkannya dari apa yang dibenci oleh keduanya. Sabar ialah satu kekuatan yang positif yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan. Di samping itu sabar adalah satu kekuatan (daya) preventif yang menghalangi seseorang untuk melakukan kejahatan.

Barangsiapa yang tetap tegak bertahan sehingga dapat mnenundukkan dorongan hawa nafsu secara terus menerus, orang tersebut termasuk golongan orang yang sabar. Yang dimaksudkan dengan sabar yang senmpurna ( Shabrun jamilun) ialah sabar ynag tidak memperlihatkan keluhan dan rintihan.

Sabar dapat dikaitakn dalam beberapa hal seperti;

1. Allah menguji atau mencoba seseorang dengan zahir dan rohaniah yang berupa penyakit, caat anggota, resah, dukacita, rasa tidak aman dl.

3. Ujian melalui sanak saudara dan keturunan seperti kematian, cacat anggota dll.

Ujian berlaku atas kemungkinan beberapa sebab seperti:

1. Hasil undangan dari kedurhakaan manusia sendiri, kerana perbuatan manusia sendiri yang dikenakan oleh Allah di dunia ini lagi. Kemungkinan ini dapat dijadikan sebagai tanda kasih sayangNya untuk menghapuskan dosa kedurhakaan di dunia dan ia akan keluar dari dunia dalam keadaan bersih dan suci.

2. Takdir Allah sendiri utuk menguji hambanya terus menerus dirundung malang, dan kelak akan diganti di kahirat dengan rahmat dan keridhaanNya.

Di sisi Allah swt sabar berupa nilai yang amat tinggi dan mempunyai keutamaan. Kita dikehendaki menghadapi bala dengan cara yang baik, betikhtiar mencari jalan keluar dengan cara melakukan amalan soleh dengan mempertingkatkan keimanan dan keyakinan (beristiqamah)

Menurut islam sabar termasuk dalam bebagai jenis:

1. Sabar dalam beribadat , tekun melaksanakan mengikut syarat-sauara ynag ditetapkan

2. Sabar ditimpa malapetaka atau musibah, teguh hati ketika mendapat ujian baik berbentu kemiskinan, kematian, penyakit dsn.

3.Sabar terhadap kehidupan dunia, terhadap tipu daya dunia, tidak terpaut dengan kenikmatan hidup di dunia dan tidak menjadikan kehidupan dunia sebagai tujuan tapi sebagai alat untuk memepersiapkan diri menghadapi kehidupan yang kekal.

4. Sabar terhadap maksiat, menjauhi dari terlibat dalam maksiat.

5.Sabar dalam perjuanagn, ada masa naik dan turun

Firman Allah:

" Sesungguhnya Kami akan uji kamu dengan satu cubaan berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang ketika ditimpa kesusahan (musibah) mereka berkata: " sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanya pula kami akan kembali". Mereka orang-orang yang mendapat kurnia, kehormatan dan rahnmat dari Allah dan merekalah orang-orang yang memperooehi hidayah"

-( Surah Al- Baqarah: 155-157)

Saturday, July 24, 2010

Kedudukan Rasulullah saw

Sabtu, 24, Julai 2010/12 Syaaban 1431



Abu Na'im dalam kitabnya 'al-Hilyah" telah meriwayatkan sebagai berikut:
Nabi Bani Israil, bahawa barangsiapa bertemu dengan Aku, padahal ia ingkar kepada Ahmad, niscaya Aku masukkan dirinya ke dalam neraka.

Musa berkata:
" Siapakah Ahmad itu, Ya Rabbi".

Allah berfirman,

" Tidak pernah Aku ciptakan satu ciptaan yang lebih mulia menurut pandangan Ku daripadanya. Telah Ku tuliuskan namanya bersama namaKu di 'Arasy sebelum Aku ciptakan tujuh lapis langit dan bumi. Sesungguhnya syurga itu terlarang bagi semua makhlukKu, sebelum ia dan umatnya terlebih dahulu memasukkinya".

Musa,a,s berkata:,

" Siapakah umatnya itu?"

Firmannya: " Mereka yang banyak memuji Allah. Mereka memuji Allah sambil naik, sambil turun dan pada setiap keadaan. Mereka mengikat pinggang (menutup aurat) dan berwudhuk membersihkan anggota badan. Mereka shaum(Puasa) siang hari, bersepi diri dan berzikir sepanjang malam. Aku terima amal yang dikerjakan dengan ikhlas, meski pun sedikit. Akan Ku masukkan mereka ke dalam syurga kerana kesaksiannya: Tiada Tuhan yang sebenarnya wajib diibadahi selain Allah"

Musa berkata:, "Jadikanlah saya Nabi umatmu".

Allah berfirman, "Nabi ummat itu dari mereka sendiri"

Musa berkata lagi, " Masukkanlah saya dalam golongan umat Nabi itu"*

Allah menerangkan:" Engkau lahir mendahului Nabi dan ummat itu, sedang dia lahir kemudian. Aku berjanji kepadamu unuk mengumpulkan engkau bersamanya di Darul-jahal(syurga)"

- (HQR Abu Nai'im dalam al-Hilyah)



** Perhatikanlah betapa kuatnya kemahuan Nabi Musa untuk minta dimasukkan dalam lingkungan Umat Nabi saw, setelah mengetahui bahawa ia tidak dapat dijadikan RasulNya, kerana RasulNya harus dari golongan Bani Israil.

Friday, July 23, 2010

Turunnya malaikat di waktu ada bacaan Al- Quran

Jumaat, 23 Julai 2010/13 Syaaban 1431.

Malaikat itu turun ketika ada bacaan Al- Quraan untuk ikut mendengarnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim (dengan lafazh Muslim) demikian;

Maksudnya, " Diceritakan dari Abu Sa'id Al-Khudri ra, bahawa Usaid bin Hudhair, pada suatu malam sedang membaca Al-Quran di suatu tempat dekat kandang kudanya, tiba-tiba kudanya itu melompat . Ia diam lalu membaca lagi dan kuda itu melompat pula. Sekali lagi ia diam, lalu membaca lagi dan sekali lagi pula kuda itu melompat. Usaid yang membaca Al-Quran it berkata,

"Oleh kerana kuda itu melompat-lompat saja, maka saya takut kalau-kalau nanti menginjak kawanku bernama Yahaya. Kemudian saya berdiri dan mendekat tempat kuda itu. Tiba-tiba ada satu benda bagaikan naungan (awan) yang ada di atas kepalaku, di dalamnya tampak bagaikan beberapa pelita bercahaya yang terus naik ke atas, sehingga saya tidak dapat melihatnya lagi.

Paginya saya mendatangi tempat Rasulullah saw dan berkata,

"Ya Rasulullah, di waktu malam hari tadi saya membaca Al-Quran di suatu tempat dekat kandang kudaku, tiba-tiba kudaku itu melompat."

Rasululllah saw bersabda:

"Bacalah terus, hai anak Hudhair".

Usaid berkata, " Saya terus memnbaca , tetapi kudaku itu melompat lagi".

Rasulullah saw bersabda, "Baca saja terus, hai anak Hudhair".

Usaid berkataa, " Saya terus membaca lagi, tetapi kuda aka itu melompat pula"

Rasulullah saw bersabda, "Bacalah terus hai anak Hudhair"

Usaid berkata, "Tidak, lalu saya bangkit, sebab Yahya tidur di dekat kuda itu dan saya takut kalau-kalau kudaku itu menginjaknya. Selanjutnya saya melihat seolah-olah seperti naungan (awan) yang di dalamnya ada beberapa pelita bercahaya, naik ke atas sehingga saya tidak dapat melihatnya lagi".

Rasullulah saw lalu berkata,

" Itu adalah malaikat yang mendengarkan bacaanmu. Andaikata engkau membacanya terus sampai pagi , niscaya orang-orang dapat melihat semua yang hingga kini masih terselubung bagi mereka itu".

Thursday, July 22, 2010

Kelebihan Menghafaz Al Quran

Khamis 22 Julai 2010/12 Syaaban 1431

Dari Ali karramallaahu wajhah, ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

" Barangsiapa membaca al Quran dan menghafalnya,lalu menghalalkan apa yang dihalalkanya dan mengharamkan apa yang diharamkannya, maka Allah swt akan memasukkannya ke dalam syurga dan Allah menjaminnya untuk memberi syafaat kepada sepuluh orang keluarganya yang kesemuanya telah diwajibkan masuk neraka"

- (HR Ahmad dan Tirmizi)

1. Bagi al-hafizi memiliki keutaman masuk syurga. Bahkan seorang hafiz dapt memebri syafaat kepada sepuluh orang yang fasik dan banyak berbuat dosa besar, tetapi orang kafir tidak akan memperoleh syafaat itu.

Wednesday, July 21, 2010

Hubungan baik antara sesama mukmin

Rabu 21, Julai 2010/11 Syaaban 1431


Bagaimanakah dapat kita memupuk persaudaraan sesama Islam ? Sedangkan kehidupan kita seharian terdapat golongan yang berlawan kuasa mendapatkan kedudukan, dan kuasa untuk menjatuhkan pihak yang lain? Mungkinkah tanpa adanya perlawanan mendapatkan kuasa ini jurang pergaduhan sesama agama atau pun bangsa adapat dielakkan?

Walaubagaimanapun suasana yang sedang berlaku ini membuatkan kita berfikir adakah itu matlamat hidup menuju keredhaan Allah swt, atau sekadar keperluan untuk hidup? Jika matalamat yang yang pentingkan, Insya Allah akan dapat disselesaikan dengan bijaksana.


Sabda Rasululah saw,


" Tidak halal orang Miukmin sejati memutuskan hubungan dengan saudaranya lebih dari tiga hari, kedua-duanya bertemu saling tidak menyapa, sebaik-sebaik antara keduanya adalah memulakan salam".

- (Imam Al-B ukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda, Maksudnya," Mengutuk orang mukmin itu i membunuhnya".

- (HR Imam Al Bukhari)


1. Hubungan persaudaraan anatara orang muslim perelulah dijaga dengan baik sebagaimana persaudaraan dalam Islam.

2. Amalan seperti maki hamun, mengumpat, mengeji, menghina, melaknat dan menimbulkan sifat permusuhan yang boleh menjejaskan persaudaraan perlulah dielakkan sesam Islam.

3.Frman Allah dalam surah Al Hujurat ayat 11:

Maksudnya," Hai orang -orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana), boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan ) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita mengolok-olokkan) wanita -wanita yang lain (kerana) boleh jadi wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada wanita (ynag diperolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan itu ialah dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan itu ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang zalim".

Monday, July 19, 2010

Fadhilat besar mengerjakan solat sunat wudhu' serta membaca doa selepas berwudhu'

Isnin 19 Julai 2010/09 Syaaban 1431


Fadhilat besar mengerjakan solat sunat wudhu' serta membaca doa selepas berwudhu'


Diriwaytatkan oleh Uqbah bin Amir r.a., bahaw abeliau terlah terdengar Rsulullah saw sewaktu beliau baru tiba ke dalam satu majlis diadakan:

Ertinya, “ Sesiapa di natrara orang Islam yang berwudh' dan menghalusi wudhunya, kemudian beliau mngerjakan solat dua rakaat denganhatidna angggita yang khyusuk melaksanakannya mka wajiblah baginya untuk mendapayt syurga”.

Dan sabdanya juga, “Sesiapa di antara kamu yang berwudhu' dan menghalusi wudhunya, kemudian membaca doa, ' Asyhadu Allaa Ilaha Illallah, Wa Anna Muhammadan Abduullah Warasulluhu”, Maka dibukakan ekpafanya lapan pintu -pinyu syurga dan akan dimasukkannya daripada mana yang sukai”
-(HR,Imam Musliam)

Semoga kita beramal dengan amalan ini setiap klai berwudhu' dan mengharapkan keredhaan dan syurga yang paling tinggi di akhirat. Dengan amalan yang sangat mudah, tetapi boleh mendapat ganjaran yanag amat besar. Insya Allah !


Yang penting, kita perlu berusaha untuk melaksanakan sesuatu amalan tersebut dengan penuh yakin dan kita akan menerima balasan Allah yang tidak terhingga. Semoga Allah memeberikann taufiq dan hidayahNya untuk mengamalkan tiap-tip kali selepas mengambil wuwdhu'


Pastikanlah bahawa masa berwudhu' kita menyempurnakan wudhu' dengan membasuh angggota yang wajib dibasuh dan meneympurnakan sunat-sunat wudhu.


-------------



Wudhu' adalah wajib untuk mengerjakan ibadah sembahyang. Tanpa wudhu ibadah sembahyang tidak sah. Oleh itu umat Islam adalah diwajibkan untuk berwudhu bagi menjamin kesempurnaan ibadat sembahyang yang dilakukan. Di dalam hal ini, Allah Subhanahu wata’ala telah berfirman dalam surah Al-Mâidah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudulah) iaitu basuhlah muka kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua belah  kaki kamu meliputi buku lali."…


(Surah al-Mâiddah: 6)

Rasulullah Saw.,  telah menunjukkan cara-cara berwudhu yang sempurna dan mempunyai berbagai fadhilat apbila diamalkan sebagaimana yang diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Daripada Syaidina Othman bin Affan R.a, beliau meminta air untuk berwudhu maka ia berwudhu dengan membasuh dua tapak tangan tiga kali kemudian berkumur-kumur; kemudian mencuci mukanya tiga kali kemudian mencuci tangan kanannya hingga siku tiga kali, kemudian mencuci tangan kirinya seperti itu, kemudian membasuh kepalanya, kemudian membasuh kakinya kanan hingga pergalangan kaki tiga kali dan kaki kirinya tiga kali seperti itu, Kemudian beliau berkata:

"Aku telah melihat Rasulullah saw, berwudhu seperti wudhuku ini. Kemudian Rasulullah Saw, bersabda: "Sesiapa yang berwudhu seperti wudhuku ini, kemudian mendirikan sembahyang dua rakaat, tidak terjadi sesuatu yang di antaranya, diampunkan ke atasnya apa-apa dosa yang terdahulu".


(Hadis riwayat Muslim)

Sayidina Othman bin ‘Affan juga pernah menceritakan bahawa beliau berwudhu dan berkata:

"Saya melihat Rasullullah saw, berwudhu seperti wudhuku ini kemudian Baginda bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang berwudhu sedemikian maka diampunkanlah untuknya dosa-dosa yang telah lalu dan sembahyang serta jalannya ke masjid adalah sunnah hukumnya."

(Hadis riwayat Muslim)

Wudhu yang disyariatkan ini hendaklah dilakukan dengan sempurna dan mengikut tertibnya agar amalan ini dapat memberi manfaat kepada kita bukan sahaja di dunia, malah di akhirat juga sebagaimana maksud hadis ini:

"Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya oleh sebab bekas-bekas wudhu. Oleh itu, barang siapa di antara kamu hendak memperpanjangkannya (menambah cahaya), maka baiklah dia melakukannya dengan sempurna."
- (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabdanya lagi yang bermaksud:

"Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai ke tubuh seseorang mukmin, sesuai dengan anggota yang dicapai oleh wudhu (di mana air itu menyentuh tubuhnya, sampai di situ pula perhiasan yang akan diperolehinya di syurga"

"Tabiat air ialah memadamkan api. Begitu juga wudhu dapat memadamkan api kemarahan. Oleh itu Rasullullah saw berpesan kepada umatnya supaya berwudhu ketika dalam keadaan marah sebagaimana hadis Baginda yang bermaksud:

"Sesungguhnya  marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air. Maka jika sesiapa di antara kamu yang dalam keadaan marah, maka bersegeralah mengambil wudhu."

- (Hadis riwayat al-Imam Ahmad)


Kita juga disunatkan supaya sentiasa berada di dalam keadaan berwudhu bukan sahaja ketika hendak mengerjakan sembahyang tetapi juga di waktu-waktu lain kerana Rasulullah saw,  sentiasa di dalam wudhu dan pernah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa tidur dalam keadaan dirinya berwudhu dan dia mati pada malam itu, maka dia adalah syahid di sisi Allah Ta’ala."

Di dalam sebuah hadis yang lain daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bermaksud:

"Sesungguhnya Rasulullah saw. apabila hendak tidur selepas berjunub, maka Baginda mengambil wudhu seperti wudhu sembahyang kemudian barulah Baginda tidur."
- (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh sebab itu, bagi orang yang berjunub pada malam hari dan hendak menangguhkan mandinya pada keesokkan pagi (waktu Subuh), disunatkan baginya mengambil wudhu sebelum masuk tidur, supaya tidak terjauh daripada rahmat Allah dan sentiasa dalam pemeliharaanNya di sepanjang malam itu.

Demikianlah di antara beberapa amalan Rasulullah Saw, dan fadhilat-fadhilat wudhu yang telah dijelaskan melalui hadis Baginda.

Selamat menjalani ibadat dan menabdikan dirikepada Allah swt.

Sunday, July 18, 2010

Pengurusan waktu dengan baik

Ahad, 18 Julai 2010/ 8 Syaaban 1431

Pengurusan waktu yang baik ialah:

1. Bermula dari waktu fajar lagi kita mendirikan solat sunat fajar dan solat fardhu subuh dengn khusuk kepada Allah.Khusyuk dalam msolat dengan menyedari bahawa semasa solat kita berada di hadapan Allah dengan bermunajat kepadaNya, tanpa khyusuk hati kita kepadaNya, Allah akan menolak solat yang kita lakukan.

2. Gunakan waktu untuk taat kepada Allah swt dengan tidak membuang sedikit pun masa dengan sia-sia. Dengan niat baik, waktu harus dapat berguna untuk mengerjakan kebaikan. Jangan suka menunda-nunda dan sampai lupa melakukan kebaikan sepertimana yang diwajibkan.

3. Nabi saw bersabda: Di antara tanda indahnya keislaman seseornag ialah meninggalkan sesuatu yang tidak memberinya makna".

4.Sesungguhnya waktu itu adalah umur anda. Jangan mengsia-siakan masa. Gunakan masa dengan jalan beramal beribadah kepada Allah, anda bolehn sampai pada kenikmatan abadi dalam perlindungan Allah. Jika masa terbuang dengan sia-sia, maka setiap hembusan nafas akan menjadi sia-sia.

5, Waktu yang dilalui tidak akan pernah kembali. oleh itu kita hendaklah rasa gembira jika kita dapat belajar denagan menambah ilmu dan dapat berbuat amal soleh., sebab keduanya merupakan teman yang dapat menemui anda di dalam kubur.

6. Dengan mengisikan masa dengan ketaatan , bermakna kita melakukan ketaatan serta mengaturkan ibadah-ibadah dan tugas yang perlu kita lakukan. Setiap waktun ditenukan satu tugas yan tidak boleh terlewat.

7. Penggunaan waktu yang lebih utama ialah mnenggunaknnya untuk ibadah-ibadah seperti solat sunat nafilah, membaca Al- Quran dan tasbih, juga di sertai dengan niat bersedekah daripda rezeki yang diberikan lebih dari keperluan. Niat yang baik mrerupakan ibadah yang dapat mendekatkan diri kepada Allah, serta dapat mendatangkan keberkahan daripada doa-doa kaum muslim, dan akan mendapat ganjaran pahala,
Membaca Al Quran, memakmurkan masjid dan seumpamanya akan menambah pahala dari niat yang kita tujukan kerana Allah swt. kerana niat baik itu juga Allah gandakan dengan 70 pahala kebajikan.

9. Allah akan mengampunii sesorang hambanya dengan amalan sifat kemurahan hati dan dengan berniat baik walaupun tanap membeeri khidmat .Mereka diampuni kerana kurnia/rahmat Alah bukan kerana mellaui amalan atau perbuatnannya sahaja.


------


Melayu hilang kuasa pada PRU-13?

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
utusanperak@utusan.com.my

HARUSSANI Zakaria (kanan) bersama Hilmi Ismail ketika sidang akhbar pada Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Ipoh, semalam.

IPOH 17 Julai - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.

''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Hadir sama dalam perhimpunan sehari anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu ialah presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

Harussani menegaskan, pemimpin Melayu perlu sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab memastikan kepentingan orang Melayu terjamin.

''Adakah agama yang mengajar kita suruh berdegil? Sedangkan degil itu adalah sifat keji dalam Islam. Kalau itu sifat keji, kenapa tidak dibuang daripada diri kerana ia tidak akan menguntungkan diri.

''Kalau dia pemimpin, dia tidak akan menguntungkan rakyat. (Sedangkan) bila jadi ketua, amanah untuk menjaga ummah itu kewajipan dia. Kalau dia berdegil, amanah tiada pada dia, rakyat akan hancur," ujar beliau.

Ditanya apakah masih ada harapan untuk orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas bangkit dan bersatu semula jawabnya:

''Insya-Allah disebabkan kedua-dua puak (parti) ini mempunyai keinginan hendak bersatu.

''Ada pemimpin Pas datang berjumpa saya, begitu juga pemimpin UMNO. Mereka minta pandangan bagaimana untuk disatukan (kedua-dua parti)."

Mengulas lanjut kata Harussani, penyatuan masih tidak dapat dilakukan sehingga hari ini kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.

''Saya percaya tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi meletakkan (keutamaan) di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga.

''Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan? Keutamaan adalah agama dahulu dan agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan kasih-mengasihi sesama kita," katanya.

Dalam perkembangan sama, Harussani berkata, langkah GMP menganjurkan perhimpunan seumpama itu dapat membantu menyatupadukan orang Melayu.

Sementara itu, Mohd. Hilmi menegaskan, perlunya satu perhimpunan Melayu membabitkan semua lapisan masyarakat termasuk raja-raja dan pemimpin parti politik sendiri untuk melahirkan semangat Melayu dalam menyata dan memperjuangkan hak mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

''Cara ini dapat menginsafkan pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang masih berdegil dan tidak memikirkan tentang masa depan orang Melayu," katanya.

Sumber:Utusan Malaysia 18 Julai 2010.

Saturday, July 17, 2010

Mengangkat dua tangan dalam doa srta mengusapkannya kepada muka.

Sabtu,17 Julai 2010/7 Syaaban 1431

Diriwayatkan kepada kami Abu Kuraib dan Muhammad bin Ash-Shabah, mereka berkata: Meriwayatkan kepada kami 'A-id bin Habib, dari Shalih bin Hassan Al-Anshariy, dari Muhammad bin Ka'eb Al Qurazhiy, dari Ibnu Abbas, dia bekata: Rasulullah saw bersabda:


" Bila engkau berdoa kepada Allah, maka berdoalah dengan cara membuka kedua telapak tanganmu dan janganlah kamu berdoa dengan punggung telapak tanganmu. Maka bila telah selesai, maka usapkanlah kedua tanganagmu ke muka".


-(HR Ibnu Majah , bab 119, No 1181, Sunan Ibnu Majah Jil 2., Usataz H.
Abdullah Shonhaji dkk)

Friday, July 16, 2010

Mandi brejalan kaki ke masjid hari Jumaat

Jumaat, 16 Julai 2010/6 Syaaban 1431



Diriwayatkan kepada kami A bu Bakr bi Abu Syaibah, meriwayatan kepada kami Abdullah bin Al-Mubarak, dari AlAuz'iy, meriwayakan kepada kami Hassan bin 'Athiyyaah, meriwayatkan kepadaku Abul-Asy'ats, meriwayatkan kepadaku Aus bin Aus Ats-Tsaqafiq, dia bekata: Saya mendengar Nabi saw mengatakan:

" Barangsiapa mandi di hari Jumaat, benar-benar mandi: datang pagi-pagi, benar-benar pagi, berjalan dan tidak naik kenderaan; dekat pada imam lalu mendengarkan sungguh-sunguh tidak membuat tindakan yang sia-sia, maka baginya setiap langkah kaki memperoleh amalan satu tahun, baik pahala puasanya maupun solat malamnya (qiyamul-lail"

(HR. Ibnu majah)

Wednesday, July 14, 2010

Perpaduan dalam Islam

Rabu 14 Julai 2010/3 Syaaban 1431

Perpaduan Dalam Islam.

dSesungguhnya Islam itu bersaudara dan dikehendaki mengeratkan perpaduan serta diharamkan memutuskannya. Bahkan setiap mukmin mestilah saling tolong-menolong sesame mereka dalam segala hal yang mendorong kebaikan umat, kemaslahatan dan kebahagiaan bersama.Memutuskan silatulrahim termasuk dalam perkara pembalasan dosa besar di sisi Allah S.W.T.

2. Mukmin yang bertamadun adalah mereka yang berjaya mentadbir, mengurus dan mengembangkan kehidupannya. Justeru keteguhan dan keutuhan masyarakat bergantung kepada pengurusan kemantapan ekonomi, kestabilan politik, kesejahteraan sosial dan yang terpenting ialah perpaduan di kalangan anggotanya, saling tolong-menolong dan berhubung rapat antara satu sama lain. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:


"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah(agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai"

-(Al-Imran: 103)

Ingatlah, bahawa kejayaan dan kecemerlangan sesebuah Negara terletak kepada perpaduan di kalangan rakyatnya. Begitu juga sebaliknya, perpecahan adalah punca kejatuhan dan kemusnahan. Sehubungan dengan itu, asas-asas kepada perpaduan mestilah dijana dengan pelbagai gerakan ke arah perpaduan , perlu dirintis supaya hasrat untuk membentuk sebuah Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat direalisasikan.


3. Mengikut perspektif Islam perpaduan terjalin melaui dua ikatan iaitu:
Pertama: Perpaduan sesame anggota masyarakat
Kedua: Perpaduan antara kaum muslimin.

Perpaduan juga dapat dilihat daripada dua jurusan atau dimensi iaitu:

Pertama: Perpaduan luaran yang terjelas sebagai kerukunan muafakat bergotong-royong, memperteguh suasana sosio-politik negara demi kepentingan bersama.

Kedua: Perpaduan yang jauh lebih asasi iaitu kesatuan dalaman yang terzahir sebagai pautan kejiwaan dan kerohanian.

4. Pengertian perpaduan mengikut dimensi atau jurusan pertama adalah merujuk kepada kerukunan politik kerana mereka mempunyai kepentingan umum seperti menetap di negara yang sama. Oleh kerana mereka lahir di tanah tumpah darah yang sama, maka mereka pun menjadi warganegara yang sama. Jika dibandingkan antara satu wilayah dengan wilayah yang lain, ia adalah perpaduan sosial sesebuah masyarakat yang serupadari segi pembawaannya, warna kulitnya,budayanya (termasuk cara berpakaian ) dan bahasa pertuturannya.

5. Bagi Mlaysia sebagai sebuah negara majmuk yang dihuni oleh masyarakat pelbagai ras dan agama, perpaduan menjadi keutamaan yang tinggi untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni. Kepentingan ini semakin terserlah apabila Sejas akhir-akhir ini banyak isu perkauman yang diperkatakan secara meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat.

6. Perpaduan sesama masyarakat Islam dinyatakan secara jelas di dalam Al-Quran surah Al-Imran ayat 103 seperti yang disebut sebentar tadi. Sebenarnya keutuhan perpaduan sesama masyarakat Islam tidak akan tercapai, kecuali selepas terlaksana beberapa prinsip asas seperti tolong-menolong dalam menggalakkan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia dimantapkan lagi melalui aspek moral yang baik, berakhlak mulia seperti sayang-menyayangi, bersikap toleransi dan lain-lain lagi.

7. Apabila berlaku sesuatu perbalahan antara kaum, pihak bertanggungjawab terutamanya kerajaan mestilah mengambil langkah yang sewajarnya agar bibit-bibit persengketaan dapat dibendung dengan segera.


8. Dalam menjalinkan hubungan baik antara masyarakat Islam dengan masyarakat bukan Islam pula, model negara Islam Madinah pimpinan Rasulullah S.A.W. hendaklah dijadikan contoh. Sebagaimana pada awal-awal hijrah, orang-orang Islam merupakan golongan minoriti berbanding berbanding dengan penganut kristian dan yahudi yang mendominasi madinah ketika itu.Namun melalui penonjolan akhlak dan moral yang terpancar dalam bentuk teori dan praktikal, ditambah dengan keadilan pemerintahan dan pengurusanIslam yang disesuaikan dengan masyarakat majmuk ketika itu , maka tertegak akhirnya sebuah negara tang kuat, aman dan damai, bersatu padu di bawah pimpinan Nabi Muhammad S.A.W

9. Pendekatan ini diperkukuhkan melalui tindakan, seperti pembinaan masjid sebagai institusi sosial. Masjid Nabawi dan Masjid Quba? adalah model institusi terawal Islam dalam menjana perpaduan. Masjid bukan setakat berfungsi sebagai tempat menunaikan solat semata-mata, malah berperanan sebagai lokasi strategik untuk baginda menyusun dan membentuk masyarakatnya, membangunkan aqidah umat Islam, melaksanakan urusan syar?iah dan menjalinkan hubungan sesama rakyat melalui akhlak yang mulia.

10. Nabi Muhammad S.A.W juga mengambil langkah mempersaudarakan umat Islam menerusi ikatan ukhwah sesama Islam. Kaum Aus dan Khuzraj yang sekian lama bersengketa telah telah berjaya didamaikan.

11. Persefahaman ini mampu dipatuhi oleh semua ahli masyarakat tanpa membezakan kaum, bangsa dan agama.Sama-sama berganding bahu mentaatainya sebagai langkah membentuk kesatuan ummah dan perpaduan kaum di Madinah.

Rasulullah S.A.W memperteguhkan kewajipan memelihara hubungan persaudaraan yang menjana kepada perpaduan dan kesatuan ummah, ini terbukti apabila Baginda ditanya oleh seorang sahabat, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayub Al-Ansari dalam hadisnya yang bermaksud:

? ...Ya!, Rasulullah S.A.W bersabda kepadaku amal yang akan memasukkan aku ke dalam syurga. Maka sabda Rasulullah S.A.W : ? Engkau beribadah kepada Allah S.W.T dan tidak menasyrikkannya dengan sesuatu, mendirikan solat, membayar zakat dan menghubungkan persaudaraan.??

12. Perpaduan dalam Islam bukan sekadar hubungan baik sesama orang Islam sahaja, malah merangkumi kepada kaum bukan Islam jua. Sejarah di zaman Rasulullah S.A.W mencatatkan bahawa masyarakat yahudi dan kristian ketika itu hidup aman dan damai di Madinatul Munawwarah, kerana hak mereka tidak dicerobohi oleh umat Islam.

Kesan keadilan Islam inilah, kelompok Islam yang awalnya minoriti menjadi majoriti apabila kaum bukan Islam beramai-ramai menganuti Islam kerana tertarik hati dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh umat Islam yang terserlah melalui akhlak dan perlakuan terpuji penganut-penganutnya.

(Al-Huzraj:10)

Ya Allah kurniakan kerahmatan dan keselamatan, penjagaan dan perlindungan, kesuburan dan penghasilan, ke atas negeri kami, Negeri Selangor Darul Ehsan. Jadikan rakyatnya bersatu-padu, berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, lindungi kami daripada persengketaan, perpecahan, fitnah-memfitnah dan bencana alam. Semoga dengan demikian, negeri Selangor dan rakyatnya bertambah makmur dan berkat.
========================================================================
O sedia temui Pas

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan komitmen serta kesediaan UMNO untuk bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan Pas dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, tidak dinafikan hasrat tersebut sememangnya baik kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada kewujudan perpaduan yang lebih jitu antara orang Melayu malah turut menyumbang ke arah keamanan sejagat di negara ini.

Justeru, beliau meminta pimpinan Pas tidak melihat saranan tersebut dalam konteks politik yang terbatas sebaliknya ia hendaklah didasarkan kepada Islam dan bangsa supaya akhirnya kedua-dua parti berkenaan boleh bertemu pada satu titik.

“Kini terserahlah kepada pihak pimpinan Pas tetapi saya percaya di dalam Pas masih mempunyai pemimpin-pemimpin yang berfikiran sama walaupun saya akui dalam kelompok parti itu wujud perbezaan (pendapat).

“Bagi pemimpin-pemimpin UMNO hingga di peringkat Presiden kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) sekalipun pernah menyatakan kita bersedia bila-bila masa.

‘‘Adapun pihak luar yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama, pemimpin Melayu yang kata sanggup bersama-sama lagi bagus. Isu itu nampaknya melangkaui kumpulan politik,”katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN di sini, hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan kenyataan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan UMNO bersatu.

Ekoran daripada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Razak Idris mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas supaya kerjasama antara UMNO dan Pas terlaksana.

Usaha untuk menemukan UMNO dan Pas itu turut mendapat sokongan golongan agama di negara ini kerana penyatuan dua parti orang Melayu tersebut jika benar-benar berlaku dianggap kemenangan paling besar bagi umat Islam negara ini.

Dalam pada itu, Muhyidddin mengakui isu yang menjadi paparan penting oleh akhbar Utusan Malaysia itu menggambarkan sebahagian besar perasaan orang Melayu yang menuntut supaya UMNO dan Pas melihat isu perpaduan ummah dengan lebih fokus serta lebih serius lagi.

“Malah saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO sebenarnya sering menerima banyak pandangan daripada pelbagai kumpulan masyarakat yang menyuarakan kebimbangan mengenai soal ini.

“Namun seperti mana saya nyatakan tadi perkara ini hendaklah dilihat melangkaui batas politik. Jika politik terus menjadi sandaran UMNO tetap dengan UMNO. Pas dengan Pas sampai bila-bila tidak akan ada titik pertemuan.

“Saya kira Islam dan bangsa boleh menjadi asas untuk kita adakan pertemuan ini dan seterusnya kita boleh mengadakan kerjasama dalam bentuk yang lebih konkrit,” ujarnya.

Mengenai format pertemuan, beliau berkata, ia boleh diadakan dalam apa jua bentuk walaupun tidak formal.

“Seperti mana biasa disuarakan sebelum ini kita bersedia untuk respons dalam bentuk format yang tidak rasmi. Orang kata tidak perlu diheboh-hebohkan. Paling penting UMNO dan Pas perlu mencari titik pertemuan, titik persefahaman,” katanya lagi.

Ketika ditanya isu pertemuan UMNO dan Pas itu sering kali timbul walaupun beberapa kali menemui kegagalan beliau berkata, sudah tiba masanya hasrat itu disambut baik oleh UMNO dan Pas demi perpaduan ummah dan kepentingan negara.

“Saya faham menjadi hasrat semua rakyat untuk melihat negara kita ini kekal aman bersatu padu dan tidak ada perpecahan disebabkan perbezaan politik yang amat ketara.

“Sebab itu pemimpin-pemimpin Melayu dan tokoh-tokoh agama mahu cadangan ini diberi perhatian serius oleh UMNO dan Pas,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, usaha untuk menemukan UMNO dan Pas merupakan satu tuntutan agama kerana ia berkaitan dengan perpaduan ummah.

“Allah sendiri ada menyebut di dalam al-Quran: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah (Al-Imran:103)”, ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, masyarakat bukan Islam tidak harus khuatir dengan usaha tersebut kerana kekuatan Melayu dan Islam boleh menjamin kestabilan negara.

“Tidak akan timbul isu orang Islam mahu mengenepikan hak-hak orang bukan Islam atau kepentingan orang bukan Islam akan terabai. Dalam konteks kerajaan, kita mengambil kira kepentingan semua kaum.

“Oleh itu tidak harus timbul kebimbangan. Kerajaan akan tetap menjaga hak semua kaum yang ada di negara ini,” ujarnya.

-------------------------------------------------------------------------------------

Nik Aziz setuju Pas-UMNO bersatu perjuang Islam



KOTA BHARU 13 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini.

Tegas beliau, perjuangan beliau bersama Pas selama ini memang untuk menyatukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini daripada mempercayai perkara yang tidak betul.

Katanya, Islam sendiri merupakan agama yang menggesa penganutnya untuk bersatu dan hanya mempercayai Tuhan yang satu.

"Islam itu agamanya Tauhid untuk menyatukan bukan sekadar Tuhan satu tetapi manusia semua mesti bersatu.

"Islamlah yang paling baik untuk menyatukan manusia. Kalau tidak boleh bersatu tubuh pun, dapat bersatu pemikiran pun bolehlah," jelas beliau ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pendapat beberapa ulama di negara ini yang komited bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong masing-masing.

Antara individu yang menyokong penyatuan itu adalah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Kedua-dua ilmuwan Islam ini sependapat bahawa penyatuan antara kedua-dua parti membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam di negara ini bertambah kuat.

Semalam, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam berkata, kerjasama antara kedua-dua parti ini membolehkan dasar Islam dijalankan termasuk hukum hudud berbanding tindakan kerjasama dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.

Ketika ditanya mengenai pandangan berkenaan, Nik Abdul Aziz berkata:

"Betullah tu... Betul. Saya berjuang dalam Pas pun untuk menyatukan semua orang.

"Saya tidak mahu orang Melayu yang sudah Islam ini menyokong perkara yang bukan-bukan," tegas beliau.

Bagaimanapun tegasnya, UMNO perlu mengubah dasar parti itu kepada Islam berbanding dasar kebangsaan yang diamalkan sekarang sekiranya mahu bergabung dengan Pas.


Sumber: Utusan Malysia 14 Julai 2010


------------

Bersatu secara ikhlas

Oleh: HARUSSANI ZAKARIA

Firman Allah SWT dalam surah al-Fathir : 31-32 : "(31) Dan al-Quran Yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hamba-Nya, lagi maha melihat dan memerhatikan. (32) Kemudian kami jadikan al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (daripada Allah semata-mata)."

Di dalam ayat di atas Allah SWT memuliakan sebahagian daripada kalangan manusia yang telah mewarisi al-Quran. Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan, ibn Abbas dan sebahagian ahli tafsir menyatakan bahawa makna " orang-orang yang Kami pilih daripada kalangan hamba-hamba kami" ialah umat Nabi Muhammad. Dr. Hamka dalam tafsirnya pula menyatakan apa yang diwarisi itu ialah pemahaman, isi kandungan, ilmu-ilmunya, hukum-hukumnya, dan pokok ajaran akidah dari al-Quran.

Umat Nabi Muhammad SAW ini, bukan saja mewarisi al-Quran, malah Allah telah menjadikan umat ini sebaik-baik umat. Ini kerana tugas mereka untuk menyampaikan al-Quran dengan menyeru kepada yang makruf, menegah dari mungkar dan benar-benar beriman dengan Allah SWT. Itulah Allah SWT telah firmankan dalam surah al-Imran:110: "Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)."

Namun, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa umat Muhammad ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu dzolimu linafsih, muqtasid & sabiqul khairat. Al-Marhum Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi dalam tafsirnya al-Tafsir al-Wasith telah menyatakan dzolimu linafsih ialah mereka yang banyak amal keburukan dari kebaikan. Muqtasid pula mereka yang sama banyak amal baik dan buruknya. Manakala sabiqul khairat ialah mereka yang lebih banyak amal kebajikan dari keburukan.

Umat Melayu Tunjang Islam di Malaysia

Dalam konteks Islam di Malaysia, umat Melayu merupakan tunjang kepada Islam. Umat Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan ditakrifkan sebagai orang Islam. Dalam erti kata lain dalam konteks Malaysia, bangsa Melayu dan agama Islam adalah seiring dan tidak boleh dipisahkan. Saya tertarik dengan ulasan Datuk Dr. Siddiq Fadzil tentang perkara ini apabila beliau menyebutkan: "Meskipun Perlembagaan menyebut tiga ciri yang mendefinisikan keMelayuan, tetapi yang menjadi teras sebenarnya adalah agama Islam. Dua ciri lainnya itu adalah bahagian daripada kebudayaan Melayu yang pada asasnya telah mengalami proses pengislaman." (Melayu: Jati Diri Keagamaan Dan Kebudayaannya di dalam Muzakarah Ulama 2009). Inilah unik dan istimewanya umat Melayu di Malaysia.

Terlebih istimewa, apabila surah al-Fathir di atas dapat diterjemahkan dalam kedudukan umat Melayu di Malaysia. Bangsa Melayulah yang bertanggungjawab melaksanakan, mendakwahkan dan mempertahankan kedudukan Islam di Malaysia. Bukan maksud saya di sini untuk mengetepikan bangsa-bangsa lain yang beragama Islam di Malaysia. Namun secara dasarnya umat Melayu dilihat sebagai orang Islam, sehingga wujud istilah "masuk Melayu". Ini menggambarkan jatuh bangun umat Melayu akan dilihat jatuh bangun Islam di Malaysia.

Perpaduan Melayu

Akhir-akhir ini, kedengaran kembali seruan supaya umat Melayu bersatu. Kenyataan ini mula kedengaran kembali apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan komitmen serta kesediaan UMNO untuk bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan Pas dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan umat Melayu di negara ini. (Utusan Malaysia, 14 Julai 2010 ). Saya berpendapat seruan perpaduan ini merupakan satu seruan penting yang mesti disambut serius oleh semua orang. Ini kerana perpaduan umat Melayu bermakna perpaduan umat Islam di Malaysia.

Jika hari ini orang bertanya, adakah saya yakin umat Melayu akan bersatu? Saya pasti akan menjawab, ya! Oleh kerana itu, impian untuk melihat dan berusaha dalam menyatukan umat Melayu, ini tidak pernah terpadam dalam hati saya.

Siasah atau mudah kita sebut politik adalah sebahagian daripada Islam. Parti pula wujud hasil dari pemikiran dan pendekatan yang berbeza dalam siasah atau politik. Contohnya Pas dan UMNO hari ini dilihat dua parti besar yang mewakili umat Melayu di Malaysia. Kedua-duanya menyatakan memperjuang Islam dan Melayu dengan hujah dan dalil tersendiri. Maka kerana itulah saya berpendapat selagi parti itu mewakili gaya pendekatan dan pemikiran yang tidak bertentangan prinsip syariat, maka tiada siapa yang berhak mendakwa ia memiliki kebenaran mutlak. Mereka mungkin benar dan mungkin salah.

Maka jika ini dapat difahami, saya yakin perpaduan Melayu dapat direalisasikan. Perpaduan bukan bermakna membubarkan parti dengan memasuki parti yang satu lagi. Seperti yang sebutkan tadi parti hanya mewakili gaya pendekatan dan pemikiran. Sedangkan kepelbagaian ini merupakan satu fitrah yang merupakan cabangan. Parti hanya wujud ketika mana berlakunya pilihan raya. Ketika wujudnya kerajaan yang dipilih, maka parti itu menjadi kerajaan yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga kebajikan semua rakyat tanpa mengira parti apa sekalipun. Seperti kata orang hari ini, 'biar pun banyak persatuan namun satu kesatuan.'

Namun, di manakah perpaduan ini perlu bertemu? Firman Allah SWT di dalam surah al-Imran : 103 : 'Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;' Seperti cabang yang asalnya akar, maka begitulah juga parti yang asalnya Islam. Islam perlu dijadikan matlamat bukannya alat dalam hal ini. Islam perlu dijadikan kata pemutus bukan mangsa rakus. Parti perlu berkorban untuk Islam bukan Islam yang dikorbankan untuk parti. Inilah yang saya lihat roh dan panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam surah di atas. Islam adalah kata putus dari Allah yang jauh dari kelemahan dan kepentingan peribadi atau kumpulan. Inilah yang dibuktikan oleh baginda SAW bila menyatukan Aus dan Khazraj mahupun bangsa Quraisy.

Bangsa Melayu sepatutnya berpadu dan bersatu atas akar Islam. Maksud saya jika Pas dan UMNO telah menyatakan komitmen mereka dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara, maka biarlah Islam yang menjadi kata putus. Inilah maksud dari 'berpegang dengan tali Allah' di atas.

Tidak mengapalah jika hasrat penyatuan kedua-dua parti ini hanya tinggal harapan. Namun untuk melihat bangsa Melayu bersatu atas kepentingan Islam sangat penting dan tidak mungkin boleh diketepikan.

Ikhlas : Syarat Perpaduan

Namun syarat utama perpaduan ini, semua pihak perlulah ikhlas. Amat buruk lagi keji jika seruan perpaduan bersulamkan niat meretakkan. Jangan tangan kanan menghulur madu, tangan kiri menghulur racun. Keikhlasan seperti yang ditakrifkan Allah dalam surah al-Ikhlas yang menyatakan semuanya kerana Allah SWT. Keikhlasan yang berpaksi pada iman kepada Allah Yang Esa, tempat segala pergantungan dan menjauhkan syirik darpadai Allah SWT.

Perpaduan inilah nanti yang akan melahirkan kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain. Perpaduan atas dasar selain ini hanyalah bersifat kosmetik dan sementara. Hati yang penuh iman itulah nanti, akan dihimpunkan Allah dalam satu sibghah (acuan) seperti firman Allah SWT dalam surah al-Anfal :63 "Dan (Dia lah) Yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). kalaulah Engkau belanjakan Segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Sumeber; Utusan Malysia 18 Julai 2010
-----------

Monday, July 12, 2010

Isteri Solehah

Isnin 12 Julai 2910/29 Rejab 1431



1. Dari Ummu al-mukminin Ummu Salaah r.ha, Rasulullah saw bersabda:

"Maksudnya, " mana -mana wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya redha kepadanya nescaya beliau masuk syurga".

-( HR. Al- Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim)


2. Daripada Abd. ar Rahman bin Auf ra, rasulullah saw bersabda:

"maksudnya, " Jika seorang perempuan solkat lima waktu.asa ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati suaminya nescaya masuk syurga"

- (HR Ahmad, Ibn Hibban dan Al Bazzar)


3. Daripada (Ibn Abbas ra, rasulullah saw bersabda:

Maksudnya, ' Empat perkara siapa dikurniakannya maka sesungguhnya dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat:

1. Lidah yang sentiasa berzikir;
2. Hati yang sentiasa bersyukur
3. Sabar atas segala ujuan yang diberikan ALLAH
4. Isteri yang tidak mengkhianati suaminya sama ada pada maruah diri dan harta"

- (HR . Al-Tabrani dan Al-Baihaqi)

Sunday, July 11, 2010

Hadis Qudsi

Ahad 11 Julai 2010/28 Rejab 1431.



Hadis Qudsi.



1.Hadis Qudsi ialah hadis yang bersumber dari Rasulullah saw dan disanadkan (dihubungkan/disandarkan) kepada Allah swt.

2.Menurut para ulamak, Hadis Qudsi ialah sesuatu yang diterbitkan Allah kepada Nabi saw, dengan perantaraan Jibril atau dengan jalan ilham atau mimpi waktu tidur, lalu oleh Rasulullah saw diberitakannya pula maksud dan tujuan berita di atas (kepada umatnya) dengan lafaz dan ucapan beliau sendiri, berdasarkan taufiq dari Allah swt.

3.Apabila Rasulullah saw meriwayatkan Hadis Qudsi, biasanya mengucapakn kata, ”Allah berfirman”, tapi firman itu tidak dimasukkan dalam al Quran. Begitu juga uslubnya (susunan kata) tidak sama dengan uslub ayat-ayat al Quran.

4.Apabila para sahabat menceritakan Rasulullah saw, ketika meriwayatkan Hadis Qudsi, biasanya mereka mengucapkan, ”Rasulullah telah bersabda dalam satu riwayat yang disanadkan kepada RabNya”

5.Yang jelas bahawa Rasulullah saw pernah meriwayatkan Hadis qudsi hanya isi dan maknanya sahaja, tidak dengan lafaznya.

6.Hadia Qudsi adalah satu perbendaharaan agama yang mulia lagi agung, yang d idalamnya terdapat tuntunan, bimbingan, pedoman dan petunjuk.Di antara hadis-hadis qudsi yang sampai kepada kita, ada yang sahih memenuhi syarat-syarat Ilmu hadis, bersumber dari Rasulullah saw yang dijamin kebenarannya oleh Allah di dalam Al Quran:

”Dan tidak mengucapakna sesuatu yang terbit dari hawa nafsunya. Dia tidak akan mengucapkan sesuatu, kecuali wahyu dari Allah”
- (Surah An Najam:3-4)

7.Hadis qudsi diriwayakan oleh Nabi saw dengan jalan wahyu, baik melalui Jibril as, dengan perantaraan mimpi atau ilham. Sedang hadis Nabawi terkadang dengan perantaraan wahyu, atau dengan ijtihad (bererti usaha dengan sungguh-sungguh untuk memperoleh alasan yang kuat dalam menetapkan suatu hukum) Rasulullah saw sendiri. Adapun kedudukan sahih, hasan, atau dhaifnya, hadis Qudsi sama saja dengan Hadis Nabawi, menurut ketentuan muthalah hadis.

Saturday, July 10, 2010

Pahala menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa

Sabtu 10 Julai 2010/27 Rejab 1431


Dengan memberi orang lain makan semasa berbuka puasa, anda boleh mendapat pahala puasa sebanyak mana pahala yang diperolehinya dari puasanya. Hal ini telah diriwayatkan oleh Zaid bin Jhalid Al-Juhani r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda yang ertinya:

"Sesiapa yang memberikan perbukaan kepada orang yang berpuasa , ia mempunyai pahala seumpamanya, namun hal ini tidak mengurangkan pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun jua".

- (HR. Tirmizi, Ahmad dan Darimi)

Ambillah peluang ganjaran dan balasan yang dianugerhkan Allah swt ini untuk mengeluarkan sedikit kos/ perbelanjaan bagi sedekah untuk disumbangkan ke majlis- berbuka puasa di masjid atau di mana-mana, supaya ganjaran pahala dari sumbnagan tersebut akan memberikan pulangan pahala di akahirat nanti.

Sebagai contoh sekiranya anda memberi makan satu hari berbuka puasa untuk 10 orang, akan tercacatlah bagi anda pada hari itu pahala puasa 10 hari. Begitulah seterusnya jika anda berbuat demikian akan mendapat pahala sebagimana diperolehi oleh orang yang berpuasa. (Dengan syarat puasa orang itu diterima Allah mengikut peraturan dan syarat yang disyariatkan)

Dengan membelanjakan sedikit kekayaan anda, anda akan diberikan pahala ibadat puasa yang tidak anda alami sama sekali.

Laksanakanlah amalan ini bagi kebaikan dirimu sebanyak-banyak mungkin khususnya sempena dengan kedatangan bulan ramadhan ini atau lakukanlah walaupun sedikit sesuai dengan kemampuan anda dari sumber pendapatan anda yang halal lagi bersih,

Ingatlah Allah akan memberikan kurnia ganjaran pahala atau kebajikan kepada hamba-hambanya yang dikehendakinya, dan Allah mempunyai kurnia ynag besar dan hebat.

Sabda Nabi saw yang bermaksud:

" Tujuh golongan yang Allah akan beri perlindungaan baginya di hari yang tiada naungan melainkan Allah Ta'ala (di antaranya) yang menderma dengan tangan kanannya sehingga tidak diketahui btangan kirinya"

- (HR. Imam Bukhari dan Muslim)

Dengan kebajikan bersedekah kita dijanjikan dengan terselamat daripada panas terik di Padang Mahsyar sebelum kita dihisab segala amlan dan dibalas dengan balasan baik atau jahat oleh Allah swt.

Jangan urusan ibadat jangan sekali-kali kita mempunyai perasaan riak atau bangga diri semasa menderma kerana Allah tidak akan menerima amalan yang tidak ikhlas kerana Allah. Derma yang terbaik ialah derma yang diberikan tanpa diketahui oleh orang lain.

Friday, July 9, 2010

Ukuran amal seeorang ialah keikhlasan melalui niat

Jumaat, 9 Julai 2010/26 Rejab 1431



Yang menjadi ukuran amal sesorang ialah keikhlasannya . Ikhlas kerana Allah mest1ilah didahului dengan niat, sebab antara keduanya sangat erat hubungannya.

Niat adalah titik tolak permulaan dalam segala amal perbuatan, perjuangan dll. Ia menjadi ukuran yang menentukan tentang baik buruknya sesuatu perkataan atau perbuatan. Peranan niat itu sangat menentukan sehingga sebahagian ulamak salaf menyimpulkan:

"Kerap kali amal yang kecil menjadi besar kerana baik niatnya; dan kerap kali pula amal yang besar menjadi kecil kerana salah niatnya"



Niat ialah iradah atau qasad ialah dorongan yang tumbuh dalam hati manusia, yang menggerakkan untuk melaksanakan amal perbuatan ataupun ucapan tertentu,


Sabda Nabi saw yang bermaksud:

"Dari amiril Abi Hafsin Umar bin Khattab ra berkata:

"Saya dengar Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya segala amal perbuatan bergantung kepada niat. Dan sesunggyhnya tiap-tiap orang memperoleh sesuatu dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrah pada jalan Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrah kerana kerana ingin mempoerolehi keduniaan, atau untuk mengawini seorang wanita, maka hijrahnya itu ialah ke arah yang ditujunya itu"

- (H.R. Bukhari dan Muslim)

Beramala tau melakukan satu urusan tanpa niat kerana Allah, akan menjadi sia-sialahurusan seseorag dengan Allah dan tidaka mendapat apaa-ap ganjaran pahala atau kebajika dari sisi Allah swt.

Dalam apa jua urusan hendaklah kita memasang niat ynag betul kerana Allah semoga Allah memeberikan balasan di dunia dengan kebajikan dan pahala serta syurgaNya.

Thursday, July 8, 2010

Membalas budi orang yang berbudi

Khamis,8 Julai 2010/25 Rejab 1431

Daripada Ibn Umar ra.Nabi saw bersabda:

Maksudnya, "Siapa yang meminta pertolongan kepadamu kerana Allah, maka lindungilah ia. Siapa yang meminta kepadamu kerana Allah, maka berilah ia.
Siapa yang memberi kebaikan kepada kamu, balaslah ia.
Jika kamu tidak mampu membalas, berdoalah untuknya dengan kebaikan".

- (HR Al Baihaqi dan Abu Daud)


Pengajarannya:

1. Beri simpatilah kepada mereka yang memohon kerana memerlukan pertolongan yang didapat secara juhjur dan ternyata memerlukan bantuan.

2. Berlaku baiklah kepada mereka yang menabur budi dan berjasa kepada kita secara ikhlas kerana Allah. Apabila sesuai berbalas budi pula kepada yang telah berbudi setakat yang mampu. Setidak-tidaknya zahirkan lah dengan rasa terima kasih dan juga berdoa semoga Allah memurahkan rezekinya serta diberikan balasan ganjaran di akhirat nanti.

3. Dengan adanya rasa mengenang budi di kalangan masayarakat, akan dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim, dan merasa terima kasih dan syukur kepada Allah yang memberikan nikmat serta rezeki kepada kita.

Firman Allah dalam surah An Nur ;22 yang bermaksud:

"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabatnya, orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampuninya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang"

Wednesday, July 7, 2010

Melaksanakan dakwah dengan penuh bijaksana

Rabu,7 Julai 2010/24 Rejab 1431

Dalam melaksanakna tugas dakwah ajaran Islam, Allah menetapkan cara dan tata tertib berpandukan kepada pendekatan seperti berikut:

1. Dengan hikmah dan bijaksana, yakni dengan penjelasan yang tepat dan betul, berdasarkan dalil dan bukti yang menerangkan kebenaran dan menghapuskan segala kekeliruan.

2. Dengan nasihat pengajaran ynag baik, yaknai dengan pengajaran yang menarik dan dengan menyebutkan peristiwa-peristiwa yag mendatangkan iktibar, supaya mereka memathuhi perintah-perintah allah sera menjauhi laranganNya.

3. Hendaklah berbahas dengan golongan yang menentang dengan cara yang sebaik-baiknya, iaitu dengan lemah-lembut dan kata-kata yang baik, kerana cara yang demikian dapat melembutkan pertentangan mereka.

Firman Allah swt yang bermaksud'

"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik: Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dna Dialah jua yang lebih mengetahuiu akan orang-orang yang mendapat petunjuk"

- (Surah Al Nhl: 125)

Tuesday, July 6, 2010

Ulamak suk (yang jahat)

Selasa, 6 Julai 2010/23 Rajab 1431

Sabda rasulullah saw bersabda:

"Ada dua golongan manusia apabila keduanya baik, baiklah manusia. Apabila rosaklah keduanya, maka rosaklah manusai. Mereka ialah ulamak dan pemerintah."

Ulamakialah orang yang alim, cerdik sama ada dalam apa bidang sekalipun asalah kan memenuhi syarat seorang ulamak seperti yang ditegaskan Allah dalam firmanNYa:" Sesungguhnya yang takutkan Allah di kalangan hamba-hambanyNya ialah ulamak"
-(Surah Fathir: 28)
Ulamak merupakan orang yang paling takut kan Allah di kalangan hambanya yang lain. Ulamak ialah seoranag alim lagi beriman serta beramal dengan ilmunya.

Orang beriman yang berilmu pengetahuan itu lebih tinggi darjatnya daripada orang yang beriman tapi kurang ilmu penegtahuannya. Tingginya darjat ulamak itu ialah kalau dia beriman. Adapuan orang ynag tidak beriman, kalau ilmunya tinggi dan beroleh kebesaran-kebesaran tertentu, iatu bukannya darjat tetapi istidraj.

Sabda Nabi saw:

"Selian dari dajjal ada yang paling aku takut menimpa kamu, lalu ditanya: Apa dia wahai Rasulullah? Iaitu para ulamak suk (yang jahat).

Antara contoh ulamak suk:

1. Anak isteri sendiri tidak dididk secara islam, sedangkan mengajar orang lain menegnai Islam

2. Hidup mewah dan membazir dan tidak berfaedah lebih dari keperluan.

3. Segala kebaikan yang dibuat memerlukan bayaran atau upah dan menharapakan publisiti dan populariti.

4. Tiadak lagi mengamalkan sunah-sunah Nabi dan terikut-ikut dengan pengaruh seperti pakaian dan cara hidup barat/kafir

5. Takut untuk berdakawh di temapat-tempat terpencil atau menghadapi masalah..

6. Tujuan belajar agama dah jadi untuk makan gaji. Ilmu jadi kurang didalami dan tidak dihayati, belajar sebab mengharapakan bayaran dari sijil yang diperolehi. Maaalmat mereka tidak lagi menjadi mujahid, abid, syahid, solehin dan muttaqin sebagai hamba Allah dann khalifahnya. Ulamak upahan dapatlah disamakan dengan mengadakan pertunjujkan pentas, sekali berlakon dapatlah habuan yang banyak.

Kita diajarkan supaya tidak mengorbankan hak Allah dan Rasul, membelakangkan Al Quran, dan hadis kerana kepentingan dunia. Elakkankan kita dari mengejar dunia dan mengabaikan akhirat dan akibatnya merugikan diri sendiri dengan tidak mendapat ganjaran yang kekal balasannya di akhirat.

Monday, July 5, 2010

Kemanisan Iman - 3 perkara

Isnin,5 Julai 2910/22 Rejab 1431

Daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya," Tiga perkara ini akan menjadikan seseorang merasai kemanisan atau keindahan iman iaitu: Kasihnya kepada Allah dan RasulNya melebihi kasih selainnya dan mengasihi seseorang hanya kerana Allah dan dalam urusan mentaatinya, dan perasaan benci kembali kepada kekufuran (kerana Allah telah meyelamatkannya dan memberi hidayah kepadanya) sebaagimana dia benci kalau dicampak ke dalam api neraka'

- (HR Al Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya, "Lima perkara dari iman, siapa yang tidak mempunyai satu daripadanya maka tidaklah smepurna imannya, berserah kepada urusan Allah, reda dengan qadarNya, berserah diri kepada Allah dan sabar ketika mendapat kecelekaan yang tidak disangka-sangka"
- (HR Al Bazzar)

Sunday, July 4, 2010

Mengingati mati

Ahad 4 julai 2010/21 Rejab 1431

Kita dianjurkan supaya banyak mengingati mati. Kata Sheikh Muhammad Nawawi,

" Jangan sampai lupa bertafakur tentang serbuan cepat kematian pada waktu yang tak dapat ditetapkan. Lakukanlah dengan hati yang kosong,oleh sebab orang yang mengingatinya dengan hati yang sibuk dengan hasrat duniawi tentu tidak akan ada pengaruhnya".

Katanya lagi, " Seseoarang mengosongkan hati daripada seala sesuatu selain mengingati kematian yang berada di hadapannnya. I merenung seperti orang yang akan pergi jauh menuju padanag pasir berbahaya, akan mengharungi samudera luas yang dalam. Ia tentu hanya akan berfikiur tntang sesuatu yang mungkin akan terjadi kepadanya"

" Apabila mengingatimkematian menguasai hati, tentu akan membawa kesan positif padanya. Minuman,egembiraan terhadap dunia akan berkurang dan hati poun akan terpukul. Cara yang berkesan mengimngati kematian ialah banyak mengingat orang-orang dekat yang telah pergi"

Mengingati mati merupkan perbuatan disenangi.Dengannya seseorang dapat mengurangi angan-angan, berzuhud daripada dunia, bersikap quna'ah, menyennagi khirat, berbekal unuk akhirat denan amal soleh dll.

Rasulullah besabda, " Perbanyaklah mengingati mati, kerana dengannya dapat menjauhkan dosa dan bersikap zuhud daripada dunia"

-(HR. Ibn Abi Dunya)

Umar bin Abdul Aziz berkata, "Orang yang banyak mengingati kematian akan dimuliakan dengana tiga hal, iaitu:

1. Segera bertaubat
2. Berhati qunaah
3. Khusyuk beribadah.
Sebaliknya, orang yang melupakan kematian akan diberi penjelasan dengan tiga hal, iaitu:
1. menunda-nunda taubat
2. tiada redha pada kecukupan
3. Malas beribadat.

Oleh itu awasilah menggunakan masa semasa Allah memberikan kehidupan di dunia( Umur untuk hidup). Umur masa hidup adalah modal yang dapat digunakan untuk memebeli kebahgaiaan abadi daripada Allah. Hati-hatilah menggunakab waktu hidup, supaya tidak menyesal emudian nanti (setelah mati),di akhirat kelak akan diperlihatkn, sejumlah jam dalam sehari semlam dalam bentul alamri. Dalam sehari semalam almari sesuai dengan jumlah jam. Jam yang akan dugunakan untuk ketaatan kepada Allah akan terlihat sebagai almari ynag dipenuhi cahaya. Jma ynag digunakan untuk maksiat kan terlihat sebagai satu almari yang dipenuhi kegelapan. Adapaub jam yang tidak digunakan baik nuntuk nketaaytan atau maksiat, maka akan dijumpai sebagai kosong tiada isinya. Penyesalan besar pun akan terjadi saat melhat waktu kosong tidak digunakan untuk ketaatan sehingga mendapatkannya penuh cahaya. Adapun almari yang dijumpanya penuh kegelapan, bila kematian memadamkannya saat menyesali dan sedih melihatnya, benar-benar mati, hanya saja di akhirat tiada kematian lagi.

Saturday, July 3, 2010

Selawat kepada Nabi saw hari Jumaat

Sabtu 3 Julai 2010/20 Rejab 1431

Rasulullah saw bersabda:

"Perbanyaklah olehmu sekalian membaca selawat kepadaku pada hari Jumaat. sebab hari itu disaksikan yang malaikat menyaksikannya. Sesungguhnya tak seorang pun yang membaca selawat kepadaku, kecuali selawatnya itu ditampilkan kepadaku sehingga dia merampunghkannya"

Abud-Darda berkata: Saya bertantya. Setelah meinggal dunia?'
Nabi saw menjawab, " Ya, setelah mneinggal dunia. Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi memakan jasad para Nabi. Maka Nabinya Allah itu tetap hidup dan diberi reezeki'

- (HR.Ibnu Majah, 1637)

Friday, July 2, 2010

Melapangkan kesusahan orang lain....

Jumaat, 2 Julai 2010/ 19 Rejab 1431

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw beliau bersabda:

"Barang siapa yang melapangkan dari seorang mukmin satu kesusahan di dunia, nescaya Allah akan melapanagkan darinya satu kesusahan kelak di hari qiamat.
Dan barangsiap yang menolong orang yang berada dalam kesusahan, nescaya Allah akan mempemudah urusannya di daunia dan di akhirat,

Dan barangsiapa menutupi ('aib) saudaranya sesama muslim, nescaya Allah akan menutup ('aibnya) di dunia dan di akhirat.
Allah akan tetap menolong hambanya selama hamba itu mnololng sesama saudaranya. Dan barangsapa yang menempuh suatu jalan, untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.

Dan tidaklah berkumpul suatu kaum di salah satu rumah (masjid), untuk membaca kitab Allah dan mepmepalajarinya sesama mereka, kecuali akan turun kepada mereka ketenteraman, dan mereka diliputi oleh rahmat (Allah), dan dikelilingi oleh para malaikat.

Dan Allah akan menyebut-nyebut ( nama dan kebakan) mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisinya, dan barang siapa yang aabnya tak akan dapat malannya tidak memacunya cepat (meraih derajat tinggi di sisi Allah)maka (ketinggian) nasabnya tak akan dapat memacunya cepat ( meraih derajat tinggi itu)"


- (Diriiwawyatkan oleh Imam Muslim dengan hafal yang tertera di atas.)

Thursday, July 1, 2010

Asal ciptaan manusia/Balasan amal baik dan jahat

Khamis, 1 Julai 2010/18 Rejab 1431

Dari Abu Abdur Rahman Abdullah bin Mas'ud ra.,beliau telah berkata: " Telsabad kepada kami Rasulullah saw, dan dia selalu benar dan dibeah bernarkan-: , "Sesungguhnya setiap orang di antara kamu dihim[punkan penciptaannya (kejadiannya0 di dalam rahim ibunya: 40 hari berupa nuthfah (air yang kental0, kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian menjging selama itu juga, kemudian diutuslah kepadanya Malaikat, lalu meniupkan ruh kepadanya dan diperintahkan (untuk menulis dan menetepkan) empat perkara:

1. Menulis rezekinya
2. Ajalnya (umurnya)
3. Amalannya
4. Nasibnya celaka atau bahagia.

Maka demi Allah, yang tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Dia, sesungguhnya sesorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak anatara dia dan syurga itu kecuali sehasta, namun telah terdahulu ketentuan (taqdir) Tuhan atasnya, lalu ia mengerjakan perbuatan ahli neraka, makam ia masuk ke dalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang di antara kmau beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antara dia dan neraka kecuali sehasta, namun telah terdahulu ketentuan (taqdir) Tuhan atasnya, lalu ia beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia masuk ke dalamnya"

- (Riwayat Oleh Imam Bukhari dan Muslim)