Wednesday, June 30, 2010

Darjat kaum lelaki

Rabu, 30, Jun 2010/17 Rejab 1431

Allah mengangkat darjat kaum lelaki lebih dari kaum wanta.Darjat kelebiha di sini adadalah kedudukan sebagai pengawas dan pembimbing yang diamanatkan oleh Allah kepada kaum lelaki. Ini berasaskan bahawa lelaki:

1. Lebih kuat daripada perempuan dari segi fizikalnya dan dri segi akal atau mindanya.
Firman Allah dalam surah al Baqarah, ayat 228 yang bermaksud,"

".... Dan para wanita mempunyai hak yang seimang dngan krwajibannay menurut cara yang makruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya".





2. Hak seorang isteri yang perlu ditunaikan oleh si suami adalah lebih besar. Suami mempunyai tanggungjawab melindunginya dari segi keselamatan, nafkah serta membimbing ke jalan yang dituntut agama.

Sabda nabi saw, " Seandainya aku memerintahkan seseorang untuksujud kepada orang lain, nescayaa kau perintahkan wanita untuk sujud kepada suaminya lantaran besarnya hak (isteri) yang harus ditunaikan olehnya"

Firman allah dalam Surah An Nisa' ayat 34 yang bermaksud;

" Kaum lelaki itu adalah pemeimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Alllah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".

Dalam ayat ini ditegaskan bahawa kaum lelakilah yang mengatur dan mendidiknya, memberi nafkah kepadanya, juga menjaga dan melinduginya.Isteri wajib taat kepada suami, asalkan tidak melanggar syariat yang ditetapkan Allah.

3. Isteri asal diciptakan dari dirinya jiwanya , sebagaiman Firman allah swt:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu istri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenedrung dan merasa tenteram kepadanya. Dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang . Ssesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"

4.Suami menjadi penguas kepada isetri selepas ayanhnya melepaskan tanggungjawab itu seklepa diijabkabulkan. Dialah yang menggungnya setelah berkahwin dn beresam menjalani klehidupan rumahtangga seterusnya.

Tuesday, June 29, 2010

Qadar dan Qadha dalam aqidah Islam.

Selasa, 29 Jun 2010/16 Rejab 1431

Qadar dan Qadha dalam aqidah Islam.

Qadha: bererti ketetetapan.
Qadar: bererti takdir - nasib atau untung.

Dalam Islam qadha dan qadar ialah ketetapan Tuhan di dalam azal tentang nasib atau untung seseorang manusia itu apakah mereka akan masuk dalam farqah orang yang beruntung atau orang celaka " Sa'adah atau Syaqawah".

2. Mempercayai qadha dan qadar adalah salah satu dari rukjun aqidah, di mana masalah 'qadha dan qadar" ini dibicarakan secara meluas dalan mendalam oleh semua agama semawi.

3.Ahli sunah waljamaah, percaya kepada takadir. Mereka ber'itikad bahawa semua perkara yang berlaku dan yang terjadi di alam yang mauwujud ini sudah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah swt dan "azal" sebelum sesuatu itu berlaku dan terjadi, di mana semuanya itu sudah ditulis lebih dahulu dalm "Luh Mahfuz". Maksudnya semua perkara yang sudah berlaku dan terjadi dan akan berlaku dan akan terjadi di alam dunia ini sudah diketahui oleh Allah swt. Semua yang berlaku dan yang terjadi sudah ditakdirkan Allah lebih dahulu tulisannya pada Luh Mahfuz. Itulah yang dinamakan "Qadha dan qadar".

Firman Allah dalam surah Al Hadid: 22

" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pegetahunan kami) sebelum kami menjdikannnya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah"

Firman allah swt surah Attaubah:51, Yang bermaksud:

" Katakan wahai Muhammad, tidak sekali-kali akan menimpa kami ( sesuatu pun) melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pengawal yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal".

Allah Ta'ala menyatakan, sesuatu nasib yang menimpa manusia sudah ditakdirkan oleh Allah sebelumnya. Tidak dapat lagi seseorang itu mengelakkan diri mereka dari takdir Allah itu. Oleh yang demikian setiapa orang yang berimanhendaklah menyerahkan diri mereka kepada Allah swt dan menerima dengan kerelaan hati (redha) segala yang yang ditakdirkan oleh Allah.

Monday, June 28, 2010

Islam Gudang pahala dan Ampunan

Isnin 28 Jun 2010/15 Rejab 1431

Oranag mukmin sepatutnya bergembira (bersyukur), kerana dalam syariat Islam terdapat pahala yang besar dan anugerah yang melimpah dari nikmat ynag, dijanjikan Allah swt. Hal ini jelas dapat kelihatan dengan adalnya 10 perkara penghapus dosa seperti tauhid dan ibadah-ibadah penghapus dosa, seperti solat, solat jumaat ke solat berikutnya, umrah ke umrah berikutnya, haji, puasa dan amal soleh ynag lain.

Dalam syariat Islam juga terdapat penggandaan amal soleh yakani dilipatgandakan satu kebaikan menjadi sepuluh, tujuh ratus atau bahkan lebih banyak lagi seperti pahala berpuasa yang Allah swt sahaja menentukannya.

Selain itu juga terdapat taubat yang merupakan mpenghapus dosa yang dilakukan seorang muslim. Musibah juga sebagai penghapus dosa , kerana tidak ada satu musibah yang menipma seorang muslim, melainkan dengan musibah tesebut Allah menghapuskan dosa-dosanya.

Doa kaum muslim untuknya yang didoakan tanpa pengethuannya, syafaat kaum muslim ketika mereka berselawat (memohon ampun dan rahmat allah) untuknya, dan syafaat Rasulullah saw dan rahmat Allah taala merupakan pahala dan kebajikan untuk seorang muslim.

Jik adihitung nikmat Allah nescaya kmaun tidak akan dapt menghitungnya.
(maksud Surah Ibrahim: 34)

Alahh mentyempurnakan nikmat-nkmatNya kepada kmu, baik ynag zhir maupun ynag bathin
(maksid Surah Lukman; 20)

Saturday, June 26, 2010

Pegang teguh pada sunah Rasulullah serta sahabat

Sabtu, 26 Jun 2010/13 Rejab 1431


Dari abu Najih Al-Irbad bin Sariyah ra, beliau berkata:

" Rasulullah saw memberikan nasihat kepada kami, yang membuat hati bergetar dan air mta bercucuran. Maka kami bertanya:

" Hai Rasulullah, seolah-olah itu nasehat yang terakhir, maka berilah kami wasiat"

Nabi bersabda,

"Aku wasiatkan kepadamu agar: tetap bertaqwa kepada Allah yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, serta patuh dan taat kepada pemimpin, walaupun berkuasa atasmu seorang hamba sahaya. Dan sesungguhnya barangsiapa yang hidup dianataramu setelahku, akan melihat banyak sekali perselisihan. Kerananya wajib atasmu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunah para Khulafaur-rosyidin yang telah diberi petunjuk (oleh Tuhan). Dan gigitlah akannya dengan geraham-gerahammu (Ertinya: berpegang teguh pada sunah-sunah itu dengan sekuat-kuatnya). Dan jauhi olehmu segala hal yang diadaka-adakan (dalam agama), sesungguhnya semua bid'ah itu adalah sesat"

- (Diriwayatkan oleh Abu Daud, dan Tarmizi, dan ia berkata: Ini adallah hadis hasan salih)

Friday, June 25, 2010

Solatlah dengan khyusuk serta ikhlas kerana Allah

Jumaat 25 un 2010/ 12 Rejab 1431.

Pada bulan Rejab tahun 5 H terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj. Ketika itulah Allah tealah secara langsung mewajibkan solat kepada Rasulullah saw.bagi umatnya.

Solat menjadikan kesempatan bagi sesorang merendahkan diri dan menyatakan kekurangannya dan hajatnya, mencurahkan air matanya, memanjatkan doanya kepada Allah swt, dengan mendekapkan kedua tangannya, mengenakan dahinya atas tanah sambil menggemaka. "Ya Allah, Ya Rabbi".

SabdaNya, "Seorang hamaba mengerjakan solat, tidak diterima separuhnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenammya atau sepersepuluhnya, tetapi yang dietrima dari solatnya hanya apa yang dilakukan dengan sedar dan penegertian.
Dan juga beliau mewajibkan meniru solatnya"

Tambahnya lagi" Solatlah kamau sebagaimana kamu melihat aku bersolat"

Wednesday, June 23, 2010

Keutamaan Bermusafir.

Rabu, 23 Jun 2010/10 Rejab 1431


Kita digalakkan bermusafir menuntut ilmu, mencari rezeki, mengeratkan silaturrahim, menambah pengetahun serta pengetahuan, melihat kebesarn Allah dan lain-lain tujuan asalkan niat kita baik dan melakukannya kerana Allah swt.


Meninggalkan tempat menetap seperti kampung halaman untuk keluar ke temapat lain adalah merupakaa n istirahat kita di dalam hidup. Kita akan merasakan nikmat hidup setelah kita bekerja kerasa atau menetap di rumah tanpa memikirkan perkara yang asing dari biasa. Dengna bermusafir kita akan melihat tempat pemandangan yang baru dan akan patat ilham dan akan mendapat kedudukan yang mulia di tempat ynag baru pula.

Hidup ini juga sebagai musafiir. Kita akan meninggalkan dunia ini menemui Allah swt. Dan sekiranya kita meninggalkan kampoung , jika dikehendaki Allah kita akan kembali ke kampung asal jika dipanjangkan umur dan bercita-cita unhtuk balik ke temapt asal kita.

Tujuan bermusafir antaranya ialah:

1. Menghilangkan kesedihan
2. membina penghidupan baru
3. memperolehilmu
4. menguatkan jiwa
5. Dapat bergaul berkenalan dengan ramai manusia dariapada pelbagi pengalaman dan latarbelakang.

Semasa bermusafir jauhkan perkara yang mendatangkan maksiat dan sia-sia.
Bertawakkallah kepada Allah untuk memberikan hidayah serta memudahkan untuk meneruskan kehidupan dan supaya dapat bertaqwa kepada Allah swt.

Semasa hendak keluar bermusafir solat sunat musafir dan berdoalah untuk dimudahkan perjalanan dan diselamatkan ahli keluarga harta benda yang ditinggalkan.

Menurut hadis Nabi saw, mengerjakan solat musafir2 rakaat, bertujuan gara terhindar dari keburukan dlam perjalannanya. Waktunya apabila hendak berangkat memulakan perjalanan.

Doa selepas adalah" Ya allah, dengan pertolongan engaku, aku melawan musuh, dengan pertolongan Engkau aku menjelajah dan dengan pertolongan Engkau akau berjanlan:

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perjalanan yang Engkau redhai, Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami ini dan perdekatkanlah mana ynag jauh, Ya Allah Engkaulah rakan sebenar dalam perjalanan dan pengganti yang sebenar kepada keluarga;
Ya allah sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kesusahan dalam peerjalanan, kejemuan pemandangan dan perubahan buruk terhadap harta, keluarga dan anak-pinak. Segala yang kemabali, segala orang yang bertaubat dan segala orang yang beribadat; kepada Tuhan kami mereka memuji".

Bacalah doa menaiki kenderaan,

" Dengan nama Allah, segala pujiian bagi Allah; Maha Suci Allah yang mempermudahkan ini untuk kami; pada hal kami tidak ada kesanggipan untuk menundukkannya dan bahawasanya kami pasti kembali kepada tuhan kami".

Setibanya di tempat solat sunat qudum:
Doanya;
"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, yang tidak dapat dilampaui oleh yang baik mahupun orang yang jahat dengan segala kejahatannya. Ya Allah berilah kami kebaikan di tempat ini dan kebaikan yang ada di dalamnya dan selamatkan kami daripada keburukannya. Wahai Tuhan ku t di surunkanlak kami di sini dengan keberkatan. Engkaaulah sebaik-baik yang menurunkan".


Selamat Bermusafir/melancung.

Tuesday, June 22, 2010

Beriman kepada Qadha dan Qadar

Selasa, 22 Jun2010/9 Rejab 1431.

Beriman kepada Qadha dan Qadar bermaksud mempercayai bahawa Allah swt adalah zat yang Maha Kuasa di seluruh alam ini untuk menentukan dan mengatur sesuatu yang ada di alam ini dengan bijaksana dan kehendknya sendiri tanpa digangui oleh sesuatu kuasa lain.

Dengan erti kata lain: Sesuatu perkara yang telah erlaku, atau yang sedang berlaku, atau yang akan berlalku kesemuanya adalah tertakluk di bawah qadha dan qadar Allah (takdir)Allah Taala untuk menentukan dan menetapkan kedudukan sebenar sesuatu perkar tadi.

usteru itu, apa sahaja yang terjadi di alam semesta ini, semuanya berjalan sesuai dengan alam dan iradat Allah Taala ynag telah direncanakannya sejak mula mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkam Allah dalam alam yang mawujud ini.

Firman allah suarah Ar Ra'd: 8 ynag bemaksud:

"Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan disisinya dengan qadar ynag tertentu"

Oleh itu segala keburukan atau keaikan sebagai qadha dan qadar Allah ynag dialami oleh seseornag itu adalah dengan kehendak dan ketetapan dari Allah, di mana seseorang tadi tidak boleh menghalang kehendak dan ketetapan allah Taala, kerana allah adalah bebas melakkan sesuatu perkara ynag dipilih dan ynag dikehendakiinya tanpa halangan.

Beriman kepada qadha dan qadarNya adalah salah satu rukun-rukun aqidah dan ia adalah rukun-rukun ynag keenam dari rukun iman. Mereka tidak percaya kepada qadha dan qadar (taqdir Allah) adalah bermakna meeka itu telah terkeluar daripada agama allah (Agama Islam)

Firman A;lah swt dalm Surah Fatr:2 yang bermaksud:

Apa jua jenids rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, akan tidak ada sesuatu pun yang dapat menahannya, dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskan sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Kuasa lagi Amat Bijaksana".

oleh itu apajuga kejadian ynag berlaku baik bencana atau kebaikan (berhasil apa yang dicita-cita)

284

Monday, June 21, 2010

Bulan Rejab -betaubatlah serta banyak bedoa

Isnin, 21 Jun 2010/8 Rejab 1431

Bulan Rejab telah belalu 8 hari.
Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan yang mulia dalam bulan Islam..
Di dalam bulan Rejab juga berlakunya peristiwa Israk dan Mikaj.
Oleh itu banyaklah kelebihan yang tekandung di dalamnya. Rasulullah saw telah menggariskan bebeapa amalan utama di bulan Rejab ini sesuai dengan kelebihan yang dapat kita perolehi.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

" Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan mohon keampunan dari dosa-dosa kamu dan hindarkanlah perbuatan-perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu bulan Rejab."

1. Kita disunatkan bertaubat di bulan Rejab ini dari segala dosa. Di antara lafaz taubat ialah:
" Aku bermohon kemapunan Allah Yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan akau betaubat kepadaNYa"

2. Dalam lafaz yang lian pula yang bermaksud:

" Aku memohon keampunan Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, yang bediri sendii dan aku betaubat kepadaNya, taubat seorang hamba yang zalim, yang tiada menguasai akan dirinya dan tiada dapat membuat, menolak mudarat dan manfaat dan tidak dapat menguasai kematian dan hidup serta kebangkitan"


3. Setelah kita bertaubat maka perbanyakknalah do'a ke hadrat Allah swt.. Di antara do'a yang utama di bulan rejab ialah seperti beikut:

" Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"

Sunday, June 20, 2010

Solat Tahajjud

Ahad, 20 Jun 2010/7 Rejab 1431

(atatan: Pada 19 Jun 2010, Majlis menyambut menanatu Hjh. Habesah Mohd Amin, sempena perkahwinan anak beliau Mohd Rasyadi bin Mohd Rashid telah diadakan di Kg durian Tikus, Lebak, Temerloh, Pahang. Majlis jamuan telah dijayakan dengan caa gotong royong yang tedii dari Ahli JKKK Kg Tanjung Belengu serta kamum ibu yang tinggal berhampian. Semua kemudahan seperti kemah, kerusi meja, alat masak yang lain dipinjam/disewa dai JKKK Kg Tanjung Belenggu ynag dippenegeusiakn oleh Haji Abu Bakar bain Yaakob, selaku Ktua kg/TOIk Empat kg. Tanjung Belenggu). Diucapakan setinggi-tinggi terima kasih kepada semuja AJK dan ahli serta penyumbang bagi menjayakan majlis pada hari tersebut dari pihak tuan rumah Hjh Habesah bt Mohd Amin serta ahli keluarga )

Solat tahajjud ialah solat malam dan hukumnya sunat. Solat ini didirikan sesudah lewat tengah malam dan sebaiknya tidur terlebih dahulu sebelum bangun untuk solat.Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.

Bilangan rakaatnya sebelas rakaat; yakni 8 rakaat + 3 rakaat sunnat witir.

* Tahajjud dapat dikerjakan 2x4 rakaat, yaitu setiap 4 rakaat 1 salam, lalu ditambah dengan witir 3 rakaat 1 salam.
* Atau dengan cara 4x2 rakaat, yaitu setiap 2 rakaat 1 salam, lalu ditambah dengan 3 rakaat witir 1 kali salam.

Ayat-ayat yang dibaca sesudah Al Fatihah boleh dipilih sendiri. Biasanya ayat-ayat yang dipahami maknanya akan lebih berkesan dan mudah dihafal. Bagi yang belum hafal, dapat membaca pada rakaat pertama surat Al Ashar serta Al Kautsar; atau ayat-ayat pendek lainnya.

Melalui solat malam, seseorang dapat meningkatkan ketaqwaannya kepada Allah s.w.t..

Firman Allah s.w.t.:

"Dan pada sebagian malam tahajudlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji". (Al Isra : 79).



Solat tahajjud ini mendekatkan diri kepada Allah swt, kecualai rukun dan syaatnya harus di patuhi, maka zikir dan doa lainnya dapat dibawa dan dibaca sesuai dengan mantapnya hati.


Di antara fadhilat solat tahajjuad ialah :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.

2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan orang mukmin.

3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.

4. Dimudahkan hisab ke atasnya.

5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.



Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud



Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Selepas salam berdoalah denagn doa:

"Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerjaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah hak, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu adalah hak, dan nabi Muhammad saw, adalah hak, dan saat hari kiamat itu adalah hak, ya Allah, kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."

KEUTAMAAN SOLAT TAHAJJUD

ALLAH S.W.T. mengurniakan pelbagai keutamaan yang besar bagi mereka yang melaksanakan solat Tahajjud. Antara lainnya ialah:

* Mereka yang mengerjakan ibadah pada malam hari akan dikurniakan kedudukan yang terpuji lagi mulia di sisi ALLAH S.W.T. di hari akhirat kelak yakni dengan menjadi ahlul jannah (ahli syurga).

Ini sebagaimana Firman-Nya:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga TUHANmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. – al-Israa’ (17) : 79

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh TUHAN mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada ALLAH (memohon ampun)”. – al-Dzaariyaat (51) : 15-18

Di dalam syurga juga terdapat bilik yang khusus bagi mereka yang mengerjakan solat Tahajjud. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sungguh di dalam syurga terdapat kamar-kamar yang bahagian dalamnya terlihat dari dalam. Kami bertanya: “Untuk siapa (kamar-kamar itu) Ya Rasulullah.” Sabda baginda: “Kamar-kamar itu ALLAH sediakan untuk orang yang memberi makan, melembutkan perkataan, mengiringi puasa ramadan, menebarkan salam, dan asyik solat malam di saat manusia lain terlelap tidur.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan Tirmidzi, Kitab al-Bir wa al-Shalah, hadis no: 1907.

* Mendirikan solat Tahajjud dapat membentuk keperibadian mulia seperti tawadhu’ (merendah diri), bertaqwa, menghindari sikap sombong dan pemurah dengan sedekah jariah.

“Dan hamba-hamba (ALLAH) al-Rahman (yang diredhai-NYA) , ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; dan mereka (yang diredhai ALLAH itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada TUHAN mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri”. – al-Furqaan (25) : 63-64

“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji TUHAN mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada TUHAN mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-NYA) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-NYA) ; dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang KAMI beri kepada mereka. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan”. – al-Sajda (32) : 15-17

* Darjat mereka yang mengerjakan solat Tahajjud ini adalah lebih tinggi dari mereka yang tidak mengerjakannya di sisi ALLAH S.W.T..

“Adakah orang yang berbakti kepada ALLAH pada waktu malam, bersujud serta berdiri dan takut pada siksa hari akhirat dan mengharap rahmat TUHANnya itu akan sama dengan orang yang tidak sedemikian. “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. – al-Zumar (39) : 9

* Solat Tahajjud dapat mendekatkan diri kita kepada ALLAH S.W.T., menutup kesalahan kita yang lalu serta menghapuskan dosa-dosa kita. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Hendaklah kalian melaksanakan solat malam kerana solat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang sholeh sebelum kalian, ibadah yang mendekatkan diri kepada TUHAN kalian, serta penutup kesalahan dan penghapus dosa”. – Hadis riwayat Imam al-Tirimidzi di dalam Sunan al-Tirmidzi, Kitab al-Da’waat, hadis no: 3472.

Demikianlah beberapa keutamaan yang dapat diperolehi bagi mereka yang mengerjakan solat Tahajjud. Jelaslah bagi kita bahawa bagi mereka yang mengerjakan solat Tahajjud, mereka akan mendapat limpah kurnia dari ALLAH S.W.T. yang tidak ada tolok bandingnya sedangkan bagi mereka yang meninggalkan ibadah yang mulia ini, mereka mengalami kerugian yang amat besar.

KESIMPULAN


1. Ibadah ini hanya sunat sahaja iaitu sunat muakkad.

Memang benar solat Tahajjud ini hanyalah solat sunat tetapi ianya adalah solat sunat mu’akkad (yang di tuntut). Sekiranya junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. begitu bersungguh-sungguh memastikan ibadah ini dilaksanakan sehingga bengkak-bengkak kakinya kenapa kamu masih berat hati untuk melakukannya. Apatah lagi solat Tahajjud ini merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu.

2. Besedia dengan tidur awal syupaya dapat banguan malam

Mereka yang sukar untuk bangun dari tidur untuk mengerjakan solat Tahajjud supaya tidur lebih awal iaitu setelah mengerjakan solat Isyak. Hal ini telah sabit dari baginda s.a.w. sebagaimana yang diterangkan oleh Abu Barzah r.a:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. tidak suka tidur sebelum Isyak dan berbincang-bincang setelah solat Isyak”. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, kitab Mawaqit al-Shalah, hadis no: 568.

Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar r.h:

“Hikmah larangan tersebut (berbincang- bincang setelah solat Isyak) adalah supaya tidak menyebabkan tertinggalnya solat malam atau terlalu asyik bersembang sehingga tidurnya terlalu lena dan terlepas waktu solat subuh”. – Rujuk kitab Al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari jilid 3, ms. 412



3. Bilangan rakaat solat Tahajjud boleh jadi 12 rakaat atat minima dua rakaat.

Solat Tahajjud ini tidak memiliki jumlah yang maksimum untuk dilaksanakan. Malah memadai sekiranya dilakukan walaupun dengan hanya satu rakaat solat witir atau dua rakaat solat Tahajjud. Adakah solat seringkas ini juga tidak mampu untuk dilakukan?

4. Boleh membaca apa-apa atau mana-mana surah yang dapat di baca semasa solat.

Sebenarnya tidak ada surah-surah tertentu yang perlu dibacakan dalam perlaksanaan solat Tahajjud ini. Bacalah mana-mana surah yang mudah bagi anda. Sekiranya anda hanya menghafal surah al-Kauthar (surah ke 108 yang merupakan surah terpendek dalam al-Qur’an) maka bacalah surah al-Kauthar itu di setiap rakaat. Walaupun begitu anda hendaklah berusaha untuk menghafal surah-surah lain untuk dibacakan pada masa hadapan.

Adalah diharapkan solat vtahajud ini dapat didirikan dengan melatih diri dari awal atau muda lagisupaya kita tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan oleh ALLAH S.W.T.

Solat Sunnat Tahajjud dan Witir
Solat Tahajjud ialah solat malam, atau biasa disebut Shalatul Lail. Waktunya lewat tengah malam, dan sebaiknya dikerjakan setelah tidur terlebih dahulu.

Solat Witir

Witir artinya ganjil. Dinamakan Solat Witir, kerana bilangan rakaatnya yang selalu ganjil; yaitu boleh 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat. Boleh dikerjakan dua-dua, terakhir 3 rakaat 1 tahiyyat 1 salam.

Solat witir dilakukan setelah solat Isya hingga menjelang fajar (shubuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih; ia layaknya sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh. Misalnya seseorang yang memperkirakan peribadinya tak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka ia dapat mengerjakan solat witir langsung sesudah mengerjakan solat Isya. Pada setiap rakaat solat witir, selain membaca Al Fatihah kita dapat pula memilih beberapa ayat atau salah satu dari Al Quran.

Solat Tarawih

Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan ialah solat Tahajjud atau shalatul lail yang dilakukan pada malam-malam bulan lainnya. Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah dari Al Quran . Bilangan rakaat shalat Tarawih sesuai sunnah Rasulullah s a.w. ialah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat solat Witir. Sementara Umar bin Khatab r.a. mengerjakannya 20 rakaat dengan ditambah witir 3 rakaat. Solat tarawih termasuk sunnah muakkad, boleh dikerjakan dengan berjamaah boleh juga sendiri.

Menurut pendapat Al Ghazali, dalam bukunya "Rahasia-rahasia Shalat", walaupun dapat dikerjalan sendiri tanpa berjamaah, solat Tarawih yang dilakukan secara berjama'ah lebih afdhal, sama seperti pendapat Umar r.a., mengingat bahawa sebagian solat nawafil telah disyariatkan dalam jama'ah, maka yang ini pun pantas dimasukkan ke dalam kelompok tersebut. Sedangkan alasan kekhawatiran timbulnya riya bila berjamaah, atau pun kemalasan bila sendirian, sudah jelas menyimpnag dari tujuan keutamaan berkumpul dalam suatu jama'ah. Barangkali, orang yang berpegang pada alasan tersebut ingin berkata bahawa melakukan solat lebih baik daripada meninggalkannya kerana malas, dan bahawa kemalasan (bila sendirian) lebih baik daripada riya (jika solat jamaah). Demikian menurut Al Gazhali.

Cara Mengerjakan

2x4 rakaat + Witir, yaitu setiap 4 rakaat 1 kali salam, ditambah dengan witir 3 rakaat 1 kali salam.

4x2 rakaat + 3 rakaat witir, yaitu setiap 2 rakaat 1 kali salam, ditambah dengan witir 3 rakaat 1 kali salam.

Waktu solat Tarawih ialah sejak selesai solat Isya hingga terbit fajar

Thursday, June 17, 2010

Padang Mahsyar

Khamis, 17 Jun 2010/4 Rejab 1431.

Selepas berlakunya Hari Qiamat semua makhluk Allah akan dihimpukan di padang mahsyar.
Padang mahsyar ialah tempat perhimpunan sekalian akhluk Allah selepas mereka dibangkitkan dari kubur masing-masing. mereka ini akdn dihisab dan bdiberi keputusan dari amalan mereka semasa di dunia.

Padang ini maha luas sekaiyang dapat menampung seluruh manusia ynag hidup sejak dari terjadinya dunia hingga berlakuknya Hari qiamat. Apabila tiba hari qiamat semua manusia yang berada di alam barzakh dibangunkan dari kubur masing-masing dan menuju ke Padang Mahsyar,tempat pengadilan awam. Mereka dibawa ke sana oleh malaikat dengan kawalan yang ketat. Tujuannya ialah untuk menghadapi suatu pengadilan tuhan di mahkamah yang mempunyai darjat yang tinggi dan adil. Segala rekod dan suratan amalan akan dibentangkan, selepas itu suatu hukuman akan dijatuhkan secara adil.

Kita tidak perlu mengetahui dimanakah terletaknaya padang mahsyar,Kerana ia adalah di antara perkara-perkara ghaib. Daya akal manusia tidak sampai untuk memikirnya.Manusia hanya wajib percaya bahawa padang mahsyar itu tetap ada.Hal ini tidak mengherankan kerana Allah itu berkuasa dalam semua perkara.

Keadaan di padang Mahsyar berbeza antara satu dengan yang lain. Ada yanh senang dan ad ayang susah. Ada yang suka dan ada ynag menderita- semuanya mengikut ama;lan masiag-maisng se masa di dunia dahlulu.Yang taat kepada Allah mendapat kesenangan dan begitulah sebaliknya.

Mereka merasai terlalu lama menanti hari bermula hisab.Perasaan siksa dan derita ini dirasainya sungguh sengsara sekali megikut tanggungan dosanya.Tidak seorangpun yanag oleh menlong mereka. sabda rasulullah, :"Di Padanag Mahsyar nabnyi ada manusoia ynag matahari d atas kepalanya,dan ynag bersesak-sesak, ada yang bertindih-tindih, ada yang berenag-renang di dalam peluh dan sebagainya'

Sebaliknya bagi orang yang soleh yang sentisa beramal ibadat kepada Allah masa hidup di dunia, mereka memperolehi kesenangan semasa berada di Padang mahsyar. Kadar masa menunggu di sana juga bergantung kepada amalan seseorang, ada yang merasa lama dan ada yang merasakan singkat. Di sini bukanlah tempat penerimaan balasan yang putus tapi sekadar pertengahan jalan menuju ke tempat balasan yang sebenar yang muktamad iaitu balasan syurga atau neraka.

Wednesday, June 16, 2010

Ujuan Allah terhadap manusia

Rabu 16 Jun 2010/ 3 Rejab 1431

Allah swt memberikan ujian kepda manusia dalam berbagai-bagi bentuk. Ujian tersebut ada yang berbentuk peribadi atau ditujukan kepada semua. Ujian peribadi hanya diberikan kepada seseorang dan ia sahajalah yang merasai akibat ujian tersebut, seperti mana kematian, kemalangan dan seumpamanya.Sebaliknya ujian bersama melibatkan orang lain secara umum atau menyeluruh seumpama banjir, gempa bumi dan sebagainya.


Allah swt mengenakan ujian atau bala kepada orang yang beriman, adalah sebagi rahmat. Dengan ujian tersebut sesorang itu akan dapat menginsafi dan bertaubat kepada Allah swt, untuk mendapat kemapunan dari dosa yang telah dilakukan selama ini. Sekiranya seorang itu tidak berdosa, ia akan dapat bermuhasabah diri dengan kejadian atau ujuan yang diterima bagi meningkatkan darjat keimanan sesorang itu di sisi Allah swt. Seseorang itu akan dapat apabila menerima ujian ini menyedari akan dirinya sebagai hamaba ciptaan Allah yang serba kekurangan dan lemah. Ia akan menerima hakikat hanya Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Besar yang mentadbir alam ini.

Bagi orang yang tidak beriman atau kafir ia akan merasakan ujian Allah itu sangat berta yang berupa sebagai hukuman kerana tidak beriman dan derhaka kepada Alah swt.Oleh itu bala yang diterima akan menyebabkan mereka keloh kesah dan menderita.

Sebagai orang yang beriman kita perlu bersabar menghadapi dugaan atau ujian ini dengan meninsafi dan banyak bertaubat supaya Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan akan memberi hidayah untuk kita mempertingkatklan lagi keiman dan ketaqwaan kita kepada Allah swt.

Tuesday, June 15, 2010

Melakukan kebaikan selepas kejahatan/Khasiat Madu lebah

Selasa, 15 Jun 2010/2 Rejab, 1431

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a. daripada Rasulullah saw, bahawa baginda besabda:

" Betaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan begaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik"

- (Hadis riwayat al-Imam al-Tirmizi)

Khasiat madu lebah,

Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah swt, di dalam surah An Nahli ayat 68-69 sebagai " shiffa'" atau penyembuh kepada manusia.

Firman Allah yang terjemahannya.

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah, " Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-gunung, dan pada pkok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunhga-bungaan dan buahan-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keuarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar (penyembh) bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit) Sesngguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi norang-orang yang mahu berfikir".

- "Surah: An Nahli:68-69)

1. Yang dimaksudkan di atas ialah madu lebah asli dar makanan yang hidup bebas dari bahan yang tidak tercemar.

2. Madu menjadi bahan perubatan bagi mencegah penyakit , penawar penyembuh atau untuk mengembalikan tenaga badab dengan cara yang segera.

3.Al-Imam Bukhari telah meriwayatkan dariada Abi Sa'id seperti berikut:
Maksudnya"Darpadac Abi Sa'id bahaw aseorang lelaki telah datang keada nabi saw seraya berkata: Saudar saya mengadu sajit peru. Bersabda baginda: Beriah dia inum madu. Kemudian dia datang lagi kali kedua. Bersabda Baginda: Berilah dia minum madu.Kemudian datang lagi dia( kali ketiga) seraya berkata: Saya telah pun melakukannya (tapi tidak juga baik). Lalu Nabi saw bresabda: Telah benar (Firman) Allah dan berbohong perut saudarmu. Berilah dia minum madu. Lantas diberinya lagi minum madu, maka dia pun sembuh".

4. Ibnu Majah pula meriwayatkan:
Maksudnya, " Daripada Abi Al-Ahwas daripada 'Abdullah dia berkata: Sabda Rasulullah saw" Ambillah olehmu dengan dua penyembuh, madu dan al-Quran"

5. Di anatra penyakit yang dikatakan baik dari madu ialah: Penyakit yang ada kaitan dengan sakit perut, ma'idah, hati, mulut, saluran pernafasan,penyakit kulit, membuang keluar batu dari saluran kencing dll.

6. Caranya ialah dengan meminum madu bercampur dengan minyak zaitun dan air limau nipis dengan nisbah yang sama banyak. Minumu, 3 kali sehari sebanyak satu sudu besar setiap kali minum, Insya allah akan sembuh.

Monday, June 14, 2010

Tanggapan salah tentang kurniaan Allah

Isnin 14 Jun 2010/ 1 Rejab, 1431

1. Ramai diantara kita yang mempunyai tanggapan yang salah mengenai kurniaan Allah swt dengan memahami bahawa nikmat seperti kemewahan hidup atau harta benda itu menandakan kesayangan Allah kepadanya. Dengan kurniaan seperti kemewahan, kekayaan dan kesenagan hidup itu menandakan Allah telah mengasihaninya atau memberikan kasih sayangNya kepadanya.

2. Apabila direnungi kembali tanggapan ini adalah tidak benar sama sekali.Sepatutnyalah seorang itu tidak mengatakan kemewahan nikmat dunia itu sebagai bukti kasihnya Allah klepadanya. Sebenarnya kemewahan yang deberikan Allah kepada seseorang itu tidak bermakna Allah memuliakannya; dan kesempitan hidup ynag diberikann kepadanya tidaklah bererti bahawa Allah menghinakannnya. Ketahuilah bahawa Kemuliaaan yang sebenar-benarnya ialah taufik dan hidayah yang diberikan Allah kepada seseoang untuk beriman dan beramal soleh. Demikian pula kehinaan yang sebenar-benarnya ialah ketiadaan mendapat taufuk dan hidayah untuk mencapai perkara-perkara tersebut.

3.Di dalam surah Al fajr ayat 15-17.

"(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat) oleh sebab itu maka kebanyakan manusia apabila diuji oeh Tuhannyya dengnha dimulikan dan dimewahhkan hidupnya (ia tidak hendak bersyukur tetapi terus besikap takbur) serta bekata dengan sombongnya, " Tuhanku telah memuliakan daku".

Dan sebaliiknya apabila diuji oleh Tuhannya dengna desempitkan reezekikanya ( ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) seta merepek dengan katanya. " Tuhanku telah menghinakan daku".

Jangan demikan (sebenrnya kata-kata kamu itu salah) , bahkan (pebuatan kamu wahai orang-oang yang berkemewahan lebih salah lagi, ) kerana kamu tidak memuliakan anak yatim ( kamu menahan apa yang ia berhak menerimanya).

----------------------------------------------------------------------------------

Catatan: Blog ini tegendala kerana penulis bearada di luara ddaerah, sempenaa dengan perkahwinan anak saudarnya Mohd Rashadi Mohd Rashid yang melangsungkan perkawinan di Kota Baharu pada 12 Jun 2010 di Masjid Muhammadi 1, Kota Baru dan di Majlis Pekahwinan di Condiminium Pelangi Kota Baru. Pada 13 Jun , dalam perjalanan pulang melalui Gua Musang, memnghadiri kenduri di Raub, anak kepada rakan baiknya Hj Idrus bin Ibrahim.

Pada 11 Jun sempat bejumpa dengan kawan lama Haji Muhammad bin Wahab dan Haji Shariff Mahat di ,Durian Burong, Kuala teengganu dan Ustaz Wan Abd Salam Wan Hasan di Jerteh, Besut, Terengganu, dan anak saudara Mohd Azhar bin Yusof, dan Hj Farid Nordin bin Ibrahim di Pengkalan Kubor, Kota Baru. Alhamdulillah dapat mengeratkan silaturrahi, setelah lama tidak berjumpa. ( 30 tahun lebih......)

Tuesday, June 8, 2010

Pekara-perkara yang mewajibkan mandi

Selasa, 8 Jun 2010/28 Jamadilakhir 1431

Perkara yang mewajibkan mandi.

1. Besetubuh: Maksudnya apaila bertemu dua khitan iaitu dengan memasukkan hasyafah.

2. Keluar mani secara sengaja ataupun tidak

3. Mati.

4. Haid bagi peempan

5. Nifas.(bagi perempuan)

6. Wiladah (besalin bagi perempuan)

Monday, June 7, 2010

Taubat Nasuha

Isnin,7 Jun 2010/27 Jamadilakhir 1431

Sebagai anusia biasa kita tidak dapat mengelakkan kesalahan daripada melanggar kewajipan ynag ditentukan oleh Allah. Oleh itu kita senitias di dalam keadaan bergelomang dengan dosa yang perlu kita memohon keampunan dari Allah swt pada setiap masa. Marilah kita melakukan taubat nasuha bagi memantapkan lagi ketakwaan kita. Taubat nasuha adalah taubat yang tertinggi darjatnya di sisi Allah SWT.

Taubat nasuha ialah taubat yang murni di mana seseorang itu bertaubat daripada dosa yang dilakukannya dahulu atau sekarang. Melakukan taubat bemakna:

1. Kita benar-benar menyesal dan berjanji untuk tidak mengulanginya keslahan atau dosa lagi. Apa yang jelas kiut harus sedar yang kita melaksanakanm ibadah dengan taaat dengan tujuan untuk memelaksanakan perintah Allah sera mmemphpo kemapunan dari Allah kususnya pasa setiapepas solat lima waktu. Kita memohon keampunan Allah yang Maha Penyayang diikuti dengan amal soleh. Selain itu, kita juga dapat bermaaf-maafan dengan saudara seislam sepanjang menghadiri solat berjemaah di masjid dan surau.

Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 8:

Maksudnya: “Hai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Berdasarkan ayat di atas, taubat nasuha adalah taubat yang benar dan bersungguh-sungguh. Oleh itu bagi memastikan taubat itu adalah nasuha, maka beberapa syarat hendaklah dipatuhi iaitu:



1. Meninggalkan terus segala perkara maksiat sama ada kecil atau besar.

2. Kedua: Menyesal atas segala dosa yang lalu.

3. Ketiga: Bertekad untuk tidak mengulangi semula dosa-dosa tersebut.

Ketiga-tiga syarat tadi adalah bagi dosa kita dengan Allah SWT, tetapi bagi dosa kita sesama manusia pula di tambah syarat yang

4. keempat iaitu wajib memohon kemaafan sebagai cara bertaubat. Sekiranya salah satu syarat ini tercicir, nescaya tidaklah dinamakan taubat nasuha. Bagi mengawal tanda aras taubat nasuha ini, sesetengah ulama ada mengatakan bahawa hendaklah ditambah syarat kelima iaitu

5. Ikhlas kerana Allah SWT barulah ia lebih sempurna.

Sunday, June 6, 2010

Walimah al Urus/Kenduri kawin

Ahad,6 Jun 2010/26 Jamadilakhir 1431

(Catatan: 5 Jun (Sabtu) Hari Majlis Perkawinan Nurul Husna /Meor Mohammad Yunus di Shah Alam)

Selepas majlis akda Nikah, pihak keluarga hendaklah mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang perkahwinan yang baru dilakukan. Cara yang dicadangkan ialah mengadakan walimah al urus atau kenduri kahwin. Hala ini dijelaskan oleh Rasulullah saw di dalam hadis ya seperti berikut yang bermaksud:

" Bahawsanya ERaslullah saw berkata kepada Abdul Rahman bin 'Auf yang baru melangsungkan perkahwinan; "Buatlah kenduru walaupun hanya seekor kambing"

1. Menjemput tetamu ke majlis walimah al urus adalh sunat hukumnya.Menyahut jemputan itu adalah wajib selai majlis itu tidak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan aqidah, syarak dan akhlak. Sabda Rasullullahy sawe:

"Barangsiapa tidak datang kepada undangan pernikahan, maka sesungguhnya ia durhaka kepada Allah dan rasulNya"
Sabdanya lagi, :

"Apabila seseorang dari kamu diundang kepada kenduri nikah, hendaklah ia datang. Kalau ia berpuasa hendaklah didoakan dn kalau tidak berpuasa hendaka makan"

Wednesday, June 2, 2010

Mengingati mati

Rabu,2 Mei 2010/20 Jamadilakhir 1431.



1. Setiap yang hidup akan mati.

2. Kita hendaklah mengingati mati yang pasti lambat atau cepatnya akan tiba.

3. Mengingati mati bererti kita mengingati adanya alam akhirat selepas kita mati (alam barzah)menuju alam akhirat.

4. Mengingati mati akan meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah, dengan tujuan membuat persediaan bekalan almal yang seharusnya bermula sejak umur baligh semasa kita dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab pahala dan dosa.

5. Oleh itu perlulah setiap manusia yang hidup ini tidak mensia-siakan masa hidupnya untuk melaksanan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya.

6. Rebutlah segala kesempatan yang ada semasa hidupnya dengan tidak mengabaikan suruhan Allah swt. Nabi saw bersabda mengenai perkara ini yang bermaksud:

" Rebutlah lima perkara sebelum menjelnag lima perkara:

1. Muda sebelum tua.
2. Sihat sebelum sakit.
3. Kaya sebelum fakir.
4. masa lapang sebelum sibuk dan
5. Hidup sebelum mati."

- (Diriwayatkan oleh Al- Hakim)