Friday, April 30, 2010

Kepentingan Mazhab Kepada Umat Islam

Jumaat, 30 April 2010/15 Jamadilawal 1431



Kepentingan Mazhab Kepada Umat Islam


Daripada bab sebelumnya, jelas bahawa setiap individu Muslim wajib mentaati ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah. Walaubagaimanapun diakui bahawa tidak semua orang dapat merujuk terus kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini kerana manusia memiliki kemampuan yang berbeza-beza.

Tujuan sebenar mazhab-mazhab Islam sejak dari da-hulu ialah memudahkan umat Islam mencapai ketaatan ke-pada al-Qur’an dan al-Sun-nah. Setiap ajaran mazhab adalah berdasarkan al-Qur’-an dan al-Sunnah, oleh itu mengikuti mazhab bererti mengikuti al-Qur’an dan al-Sunnah.

Seorang yang mempau memahami al Quran dan Sunag, dia dibolehkan merujuk secara terus kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Malah merupakan satu kesalahan bagi dia untuk menurut sahaja (taqlid buta) sesuatu mazhab kerana berbuat sedemikian bererti dia menderhakai kelebihan yang diberikan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepadanya.

Sebaliknya bagi seorang yang tiada kemampuan kefahaman, bagi mereka diharuskan mengikut sesuatu mazhab fiqh Islam. Sememangnya inilah tujuan sebenar mazhab-mazhab Islam sejak dari dahulu, iaitu memudahkan umat Islam mencapai ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini kerana setiap ajaran mazhab adalah berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah, oleh itu mengikuti mazhab bererti mengikuti al-Qur’an dan al-Sunnah.

Muhammad 'Awwamah menulis:

(Mazhab) Fiqh dari para fuqaha - Abu Hanifah dan ulama'-ulama' lainnya tentang berpuluh-puluh ribu permasalahan fiqh Islami adalah sebenarnya penafsiran terhadap sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan bukan merupakan unsur luar yang dimasukkan ke dalam Islam dan bukan pula hasil rekaan akal mereka yang tidak disandarkan kepada sumber asli syari‘at Islam.

Apabila kita berkata fiqh (atau mazhab) Abu Hanifah atau fiqh (mazhab) al-Syafi‘e …… maka maksud sebenar perkataan kita itu ialah “Pemahaman Abu Hanifah dan Pemahaman al-Syafi‘e.” Pemahaman terhadap
apa ? Tak lain adalah pemahaman mereka terhadap al-Qur'an dan Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Demikianlah kerana asal perkataan 'fiqh' di dalam bahasa Arab bererti 'pemahaman'.[1]

Mazhab-mazhab fiqh Islam berperanan sebagai jalan bagi membawa seorang Muslim itu kepada ketaatan terhadap al-Qur’an dan al-Sunnah. Ia memudahkan umat yang tidak berkemampuan untuk mendekati ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah secara terus. Ini sebagaimana terang al-Sya’rani rahimahullah:

Tujuan yang ingin dicapai oleh para imam mazhab ialah menjelaskan kepada manusia apa yang telah difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat umum kerana kebanyakan ahli masyarakat tidak mampu memahami dalil-dalil al-Qur'an dan Hadis secara langsung.[2]

Demikian juga ulas Abu Ameenah Bilal Philips:

Melalui kajian peredaran sejarah, dapat kita ketahui bahawa Fiqh Islam dan mazhab-mazhabnya mempunyai hubung-kait yang erat antara satu sama lain dalam menyumbang kepada kefahaman kepada al-Qur’an dan al-Sunnah sama ada secara umum mahupun khusus.

Hendaklah diakui bahawa kedua-dua fiqh Islam dan mazhab-mazhabnya diperlukan bagi menyokong sumber wahyu yang diturunkan, iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah dalam menggariskan panduan-panduan bagi keseluruhan umat beribadat dan menjalani kehidupan duniawi.

Berdasarkan ilmu dan kebijaksanaan yang dikurniakan Allah kepada umat-Nya terutama ulama’-ulama’, sumber al-Qur’an dan al-Sunnah dapat ditafsirkan dan diterjemahkan bagi memenuhi keperluan semua lapisan umat sezaman dan di sinilah dapat dilihat keutamaan fiqh dan mazhab dalam agama Islam.[3]

Namun dalam kita bermazhab, perlu diperhatikan beberapa batasnya. Pertama, ketaatan yang sebenar adalah kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Mazhab hanya berperanan memudahkan ketaatan tersebut, bukan menggantikannya.

Kedua, mengikuti mazhab bukanlah bererti membebaskan diri daripada sifat belajar dan mengkaji. Ini kerana menuntut ilmu merupakan salah satu kewajipan agama sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap Muslim.[4] Oleh itu wajib belajar ajaran fiqh mazhab dengan mengkaji dalil-dalilnya dan membandingkannya dengan mazhab yang lain atau penelitian semula oleh tokoh terkemudian.

Hasan al-Banna rahimahullah menasihatkan:

Bagi setiap Muslim yang belum mencapai tingkat ‘mujtahid’ terhadap dalil-dalil umum syari‘at, diperbolehkan baginya untuk mengikut pendapat salah seorang imam agama (imam mazhab).

Namun sangat dianjurkan agar dia berusaha dengan segenap kemampuannya untuk mempelajari dalil-dalil yang dipergunakan oleh imam yang diikutinya dan tetap bersedia menerima kebenaran dari orang lain yang berhak mengemukakannya.

Selain itu dia harus berusaha menyempurnakan segala kekurangan ilmunya jika dia adalah seorang yang mampu melakukan hal itu sehingga akhirnya dia dapat mencapai kedudukan sebagai seorang mujtahid.[5]

Flowchart: Document: Bagi orang yang mampu meng-kaji secara terus kepada dalil al-Qur’an dan al-Sunnah, me-reka tidak memerlukan mazhab melainkan sekadar sumber me-luaskan skop kajian. Bagi orang yang tidak mampu, mereka memerlukan mazhab sebagai jalan yang memudahkan keta-atan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Golongan yang perta-ma tidak boleh mengecam golo-ngan yang kedua dan begitulah juga sebaliknya.Mutakhir ini terdapat segelintir pihak yang menolak mazhab fiqh Islam dan melarang orang ramai daripada bermazhab. Golongan ini pernah ditegur oleh al-Sya’rani rahimahullah:

Janganlah anda menolak atau melemahkan pendapat salah seorang imam mujtahid (imam mazhab) hanya berdasarkan kefahaman anda yang dangkal terhadap al-Qur’an dan al-Sunnah kerana pemahaman anda itu tidak lain hanyalah seperti angin yang berlalu jika dibandingkan dengan kefahaman para imam mujtahid.[6]

Senafas dengan teguran di atas ialah apa yang diperkatakan oleh Taha Jabir al-‘Alwani:

Hanya berdasarkan kepada pengkajian sebuah buku berkenaan ilmu Islam yang sekian luas ini, seseorang itu tidaklah dapat mengkategorikan dirinya sebagai seorang mujtahid, iaitu seseorang yang layak untuk mengeluarkan hukum dengan sendiri.[7]

Yusuf al-Qaradhawi mengulas lebih lanjut:

Pada abad kita sekarang ini ada orang-orang yang menyatakan diri mereka sebagai mujtahid dan mengajak orang-orang lain untuk turut menjadi mujtahid.

Mereka beranggapan mampu mengarah manusia kepada satu arah yang mereka buat dan menyatukan manusia ke dalam satu pendapat yang mereka anuti, sesuai dengan pemahaman mereka terhadap nas syari‘at. Dengan cara ini lenyaplah mazhab-mazhab yang ada dan hapuslah segala bentuk perbezaan pendapat sehingga semua orang bertemu dalam kalimat yang satu.

Tetapi mereka lupa bahawa pemahaman mereka terhadap nas, tidak lebih dari sekadar pendapat yang boleh mengandungi kesalahan atau kebenaran. Tidak ada seorang ulama’ yang maksum pendapatnya, sekalipun dia telah memenuhi segala syarat ijtihad. Dia hanya terjamin mendapat pahala atas ijtihadnya, sama ada benar atau salah.

Oleh kerana itu golongan ini hanya akan mewujudkan satu mazhab yang baru di samping mazhab-mazhab yang sedia ada. Selain itu dengan anehnya mereka mengecam para pengikut mazhab kerana bertaqlid kepada para imam mazhabnya padahal mereka sendiri menuntut orang ramai agar bertaqlid dan mengikut mereka !

Janganlah anda beranggapan bahawa saya menolak ajakan mereka untuk mengikuti nas atau mengecam ijtihad mereka dalam memahami nas. Hal ini adalah merupakan hak setiap Muslim yang telah memenuhi syarat-syarat ijtihad. Tidak seorangpun yang punya hak untuk pintu ijtihad yang dibuka oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk umatnya.

Apa yang saya tolak adalah kesombongan mereka (golongan anti mazhab) terhadap metodologi para ulama’ umat, sikap mereka yang melecehkan warisan fiqh, tuntutan mereka bahawa mereka sahaja yang paling benar sedangkan orang lain adalah keliru, serta anggapan bahawa mereka mampu menghapuskan perbezaan pendapat dan menyatukan semua orang ke dalam satu pendapat, iaitu pendapat mereka sendiri.[8]

Oleh itu yang benar mazhab-mazhab fiqh Islam memiliki kepentingan kepada umat Islam, hanya tahapnya yang berbeza-beza. Bagi orang yang mampu mengkaji secara terus kepada dalil al-Qur’an dan al-Sunnah, mereka tidak memerlukan mazhab melainkan sekadar sumber meluaskan skop kajian. Bagi orang yang tidak mampu, mereka memerlukan mazhab sebagai jalan yang memudahkan ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Golongan yang pertama tidak boleh mengecam golongan yang kedua dan begitulah juga sebaliknya.

Thursday, April 29, 2010

Memulakan alam hidup pekahwinan

Khamis. 29 April 2010/14 Jamadilawal 1431

Memulakan alam hidup pekahwinan

1. Apabila seseorang itu meningkat dewasa, keinginan untuk berkahwin akan memuncak dan adalah menjadi idaman serta impian untuk mempunyai teman untuk hidup di dalam sebuah rumahtangga. Biasanya hasrat ini akan tiba kemuncaknya apabila seorang itu telah mula mengenali atau berhasrat mengenali seorang teman yang melalui suasana cinta yang bergelora di dalam jiwa seseorang.

Keinginan ini akan bertambah meningkat apabila seseoang itu sudah bersedia untuk mendapatkanpekerjaan yang memperolehi pendapatan tetap yang boleh dikongsikan sebaik sahaja mendirikan rumahtangga. Bagi mencapai hasrat tersebut pasangan yang baru kahwin perlu menentukan pihak suami dapat menanggyung tanggungjawab membangunkan keluarga dengan menghadapai cabaran hidup besendirian dengan kelahiran anak serta menjalani hidup yang lebih besar untuk menyara hidup dengan kemudahan sepeti tempat tingggal, perbelanjaan serta keperluan keluaga dan juga kos perbelanjaan anak-anak yang akan dilahirkan seperti perbelanjaan kemudahan persekolah serta pelajaran yang lain.

Apablila rumahtangga bermula, akan bermulalah pula kehidupan baru yang jika tidak dihayati atau dirancanagkan, boleh menimbulkan ketegangan dan pertelingkahan antara suami isteri yang tidak mempunyai asas pendidikan agama bagi menguruskan keluaraga sepertimemahgami amntara satu sama l;ain bertasdaskan ajaran dan didikan agama yang memrlukan mematuhi perintah Allah dan rasulnya dalam apa juga perkara yang dilalui dalam kehidupan berkeluarga.



2. Dari segi agama perkahwinan adalah satu tuntutan dan sunah Rasulullah dalam Islam. Islam menggariskan beberapa panduan sebelum memasuki alam perkahwinan antaranya ialah pemilihan jodoh kerana dari sinilah bermulanya masa hadapan rumahtangga yang dibina. Sekiranya rumahtangga mengikuti syaat seta garis panduan ynag berasaskan keimanan, ketaqwaan, kasih sayang dan dengan penuh amanah seta tanggunggawab, perkahwinan akan melahirkan keluaaga yang yang baik dan cemerlang bagi generasi yang akan datang.

Rasulullah saw bersabda, yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

"عَنِ النَّبِيِّ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ‏ ‏تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ ِلأََرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ ‏ ‏تَرِبَتْ يَدَاكَ ".

(Hadis Riwayat Muslim)


Bermaksud: “Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

Dikahwini wanita kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Oleh itu utamakanlah wanita yang beragama nescaya kamu akan beruntung.”

Dai hadis di atas dapatlah disimpulkan syarat utama bagi menjamin kelujarga atau trumahtangga bahafgia ialah memilih jodoh seorang wanita yang mempunyai didikan agama yang kukuh yanag dapat beramal dengan pengetahuan yang dipelajari.


Pemilihan pasangan hidup tidak boleh dipandang ringan, disebabkan kesannya di dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat dan keharmonian negara adalah amat besar kerana jika isu ini sampai ke tahap pergaduhan atau perceraian antara suami isteri ia boleh mengakibatkan nasib anak-anak menjadi huru hara dan tidak terkawal akhlak dan kehidupannya.

Sebagai panduan suami isteri Allah telah berfirman, di dalam surah al-Anfal ayat 28:


Maksudnya: “Ketahuilah bahawa harta benda dan anak pinak kamu itu merupakan satu ujian. Dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala y

Sebagai persediaan awal, ibubapa dikehendaki menanamkan asas agama yang kukuh ke dalam jiwa anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak memerlukan bimbingan dan panduan tepat tentang kehidupan berkeluarga agar anak-anak tahu dan faham tentang adab pergaulan sesama manusia yang berlainan jantina, mengawal dan mengurus perasaan cinta kepada orang lain serta batas-batas yang sesuai dengan ajaran agama dan adat budaya tempatan.

Dengan bimbingan sewrta didikan agama yang jkukuh akan dapalah kita menjauhkan amalan seta kehidupan yang tidak bermorak, liar, ganas atau melanggar hukum-jukum yang ditetepkan agam seperti melakukan maksiat dan seumpamany.

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah Hadis daripada Abu Hurairah RA:

‏قَالَ النَّبِيُّ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا‏ ‏جَدْعَاءَ. ‏

Bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. kedua ibu bapanyalah yang membuatnya menjadi yahudi, nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong.”

Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa ibu bapalah yang mencorak keperibadian anak-anak. Lihat apa kata bapa Anas Bin Malik RA ketika ditanya bagaimanakah beliau mendidik anaknya sehingga menjadi seorang ulama besar. Beliau menjawab : “Ia bergantung kepada cara memilih calon ibunya”. Dengan kata lain, pemilihan calon pasangan hidup yang tepat daripada perspektif Islam adalah satu detik permulaan yang penting dalam menentukan hala tuju sesebuah rumahtangga dan keluarga yang hendak dibina.



Firman Allah SWT di dalam surah an-Nur ayat 26:



Maksudnya: “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang yang jahat; mereka itu akan beroleh pengampunan dan pengurniaan yang mulia.”

Wednesday, April 28, 2010

Perkara-perkara buruk yang akan berlaku dalam kalangan umatnya yang wajib dijauhi

Rabu,28 April, 20010/13 Jamadilawal 1431

Hadis Keenam

6- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيَأْتِيَنَّ عَلَى أُمَّتِي مَا أَتَى عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ حَذْوَ النَّعْلِ بِالنَّعْلِ حَتَّى إِنْ كَانَ مِنْهُمْ مَنْ أَتَى أُمَّهُ عَلَانِيَةً لَكَانَ فِي أُمَّتِي مَنْ يَصْنَعُ ذَلِكَ وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً قَالُوا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي. (الترمذي)

وعند أبي داود زيادة: وَإِنَّهُ سَيَخْرُجُ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ تَجَارَى بِهِمْ تِلْكَ الْأَهْوَاءُ كَمَا يَتَجَارَى الْكَلْبُ بِصَاحِبِهِ لَا يَبْقَى مِنْهُ عِرْقٌ وَلَا مَفْصِلٌ إِلَّا دَخَلَهُ.

6- Dari Abdullah bin 'Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian;

dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah kepada tujuh puluh dua puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga puak, semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja".

Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? " Baginda menjawab: "Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku."

(Riwawayat Tirmizi)

Menurut hadis Abu Daud, ada tambahan, iaitu:

"Dan sesungguhnya akan timbul dalam kalangan umatku beberapa puak yang dijalari oleh bahaya penyakit suka mengada-adakan bid'ah sebagaimana menjalarnya bahaya penyakit anjing gila kepada mangsanya - tidak ada satu urat atau satu sendi tubuhnya melainkan penyakit itu meresap masuk menjalarinya."

Hadis yang ini mengandungi:

Penegasan Rasulullah s.a.w. tentang , supaya mereka tetap teguh menurut jalannya dan jalan sahabat-sahabatnya.

Huraiannya:

Perkara-perkara buruk yang diperingati oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. itu ialah:


1. - Umat Islam akan melakukan penyelewengan dari ajaran-ajaran Islam yang sebenar, seperti yang telah dilakukan oleh kaum Bani Israil.

Baginda menyebutkan perihal kaum Bani Israil ini kerana penyelewengan mereka adalah seburuk-buruk contoh yang wajib dijauhi dan disingkirkan.

Meskipun mereka pada mulanya diberikan berbagai nikmat dan keistimewaan, diturunkan kepada mereka kitab-kitab suci, dan diutuskan kepada mereka beberapa banyak Nabi-nabi dan Rasul-rasul, tetapi kebanyakan mereka tetap kufur ingkar, dan terus melakukan berbagai-bagai jenayah dan kekejaman di sepanjang-panjang sejarahnya.

Mereka telah runtuh dan kekejaman di sepanjang-panjang sejarahnya. Mereka telah runtuh akhlaknya, hilang lenyap peri kemanusiaannya, dan berpecah belah kepada berbagai-bagai puak dalam kepercayaan dan fahaman-fahamannya serta mengadakan berbagai-bagai helah untuk memutarbelitkan ajaran-ajaran dan hukum-hukum agamanya.

Merekalah juga yang telah menimbulkan dan mengembangkan berbagai-bagai isme atau fahaman, seperti fahaman komunis, fahaman kapitalis dan lain-lainnya yang merosakkan ketenteraman dan susunan masyarakat serta perekonomian negara-negara dunia yang dijalannya. Bahkan merekalah yang mengembangkan kebudayaan kuning yang lucah itu dan melanggar tata tertib dan kesopanan - melalui filem-filemnya, akhbar-akhbar dan majalah-majalahnya, fesyen-fesyen pakaiannya, dan kelab-kelab malamnya, sehingga berhaklah mereka dilaknat oleh Allah Taala di dalam kitab-kitab suciNya, dilaknat oleh malaikat-malaikatNya, Rasul-rasulNya, dan seluruh umat manusia yang berperi kemanusiaan.

Baginda juga pernah memberi ingat dengan tegasnya - sebagaimana yang tersebut dalam salah satu hadisnya:

Bahawa umatnya akan terpengaruh dan menjadi pak turut dengan buta tuli kepada segala apa jua yang datangnya dari kaum Yahudi dan Nasrani.

Baginda menyebutkan secara khusus kedua-dua kaum itu, kerana mereka, selain diberikan kitab-kitab dan diutuskan Rasul-rasul yang memimpin mereka, merekalah sahaja yang berpengaruh dan banyak angkaranya pada zaman Baginda. Kalau kaum-kaum yang diberikan kitab dan pimpinan itu diingatkan kita jangan terpengaruh kepada penyelewengannya, maka kaum-kaum yang tidak diberi kitab dan tidak pula menerima pimpinan, lebih-lebih lagi wajib kita menolak bulat-bulat segala apa yang mereka sogok-sogokkan kepada kita dari perkara-perkara yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam kita seperti yang kita saksikan pada zaman kita ini - dari kaum-kaum Majusi, Komunis, Etheis dan lain-lainnya.

Apa yang telah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. mengenai penyelewengan yang akan berlaku dalam kalangan umatnya itu telahpun berlaku dan menjadi kenyataan.

Sebagaimana yang disaksikan sekarang ada di antara orang-orang Islam yang suka meniru bulat-bulat apa yang datang dari orang-orang yang bukan Islam, meskipun perkara-perkara yang ditiru itu bertentangan dengan ajaran dan akhlak Islam.

Di antara perkara-perkara itu ialah perbuatan setengah perempuan-perempuan Islam yang - selain daripada tidak mematuhi perintah Al-Qur'an menyuruh mereka menutup kepala meliputi belahan leher bajunya - mereka pula membesarkan hiasan kepalanya dengan berbagai-bagai cara yang di antaranya menggunakan rambut-rambut palsu. Ada pula yang menghaluskan bulu keningnya. Ada juga yang berpakaian tetapi mereka seolah-olah bertelanjang kerana nipisnya dan tidak menutup aurat. Ada juga yang berjalan di khalayak ramai dengan cara yang tidak sopan seperti lagak perempuan-perempuan jahat. Ada pula di antara mereka yang memakai pakaian lelaki dan ada yang berlagak seperti lelaki, sedang segala perbuatan yang demikian adalah dikutuk oleh Islam.

Selain dari itu, terdapat wanita-wanita yang rela dipamirkan badannya, yang menggunakan pakaian yang sempit dan singkat, mendedahkan aurat, sengaja memperlihatkan bentuk badan, dan lain-lain lagi yang bertentangan dengan hukum dan kesopanan Islam.

Ada pula di antaranya yang keluar dan rumahnya dengan menggunakan berbagai perhiasan yang menarik perhatian, dengan menggunakan berjenis-jenis bedak muka dan gincu bibir, serta memakai bau-bauan yang harum pada hal semuanya itu - seperti juga segala perhiasan yang lain - hanya ditentukan dan digalakkan oleh agama supaya dilakukan di rumah khasnya untuk suaminya.

Wanita-wanita Islam dilarang memperlihatkan hiasan tubuhnya kecuali kepada suami dan orang-orang lelaki yang menjadi mahramnya serta orang-orang yang tertentu, seperti yang tersebut di dalam Al-Qur'an al-Karim (Ayat 31, Surah Al-Nur).

Demikian juga halnya perkara-perkara buruk yang berlaku dalam kalangan kaum lelaki. Ada di antara orang-orang lelaki Islam yang telah hilang langsung perasaan cemburunya terhadap isterinya dan perempuan-perempuan yang di bawah jagaannya, sehingga dia hampir-hampir bersifat dengan sifat orang "Dayus" yang dikutuk oleh Islam dan diharamkan oleh Allah dari masuk syurga, seperti sikapnya membiarkan isterinya atau perempuan-perempuan yang di bawah jagaannya bebas keluar, bebas bercampur gaul dengan orang-orang lelaki yang bukan mahramnya, bebas dipeluk oleh lelaki asing dalam pesta-pesta tari menari, dan sebagainya.

Ada pula lelaki yang berlagak dan berhias seperti perempuan, dan yang memakai pakaian perempuan.

Semuanya itu, sama ada yang dilakukan oleh kaum lelaki atau kaum perempuan adalah haram dan dikutuk sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam banyak hadis-hadisnya, serta menyatakan balasan buruk masing-masing, sehingga ditegaskan ada di antara mereka yang melakukan perkara-perkara buruk itu, bukan sahaja tidak akan masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium baunya, sedang bau syurga boleh didapati dan jarak yang jauh.

2. - Akan berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam mengenai akidah kepercayaan dan amalan agama, seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israil, pada hal perpecahan yang demikian bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar, dan semua puak yang berpecah itu salah dan sesat belaka, kecuali satu sahaja, iaitu puak yang tetap menurut jalan pimpinan Rasulullah s.a.w. dan bawaan sahabat-sahabatnya, dengan tidak mengurangi, menokok tambah, atau menyeleweng sedikit pun.

Selain dan itu, menurut tambahan yang terdapat pada hadis Abu Daud yang tersebut, Baginda mengingatkan bahawa akan timbul dalam kalangan umatnya beberapa puak yang dijalari oleh bahaya penyakit hawa nafsu suka mengurangi, menokok tambah, atau menyeleweng dari jalan yang sebenar, seperti menjalarnya bahaya penyakit anjing gila kepada mangsanya.

Ingatan yang tegas dan jelas yang diberikan oleh Baginda itu, ialah supaya umatnya tetap menurut jalan pimpinannya dan bawaan sahabat-sahabatnya.

Sumber: Mustika Hadis

Tuesday, April 27, 2010

Tidak sempurna iman, sekiranya tergamak melakukan sesuatu yang terlarang

Selasa 27 April, 2010/ 12 Jamadilawal 1431

Hadis Ketujuh Belas

17- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَنْتَهِبُ نُهْبَةً يَرْفَعُ النَّاسُ إِلَيْهِ فِيهَا أَبْصَارَهُمْ حِينَ يَنْتَهِبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ. (البخاري ومسلم)

17 - Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang hendak meminum arak, tidak akan meminum arak itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang dirompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang ketujuh belas ini menegaskan bahawa:

Orang yang tergamak melakukan sesuatu yang dilarang, tidak sempurna imannya.

Huraiannya:

Kebahagiaan hidup seseorang atau sesuatu bangsa adalah bergantung kepada pertalian keturunannya yang bersih serta berkekalan dan keselamatan akal fikirannya serta harta bendanya.

Untuk mencapai kebahagiaan hidup itu maka perbuatan zina yang menodai pertalian keturunan hendaklah dijauhi dan perbuatan meminum arak atau menghisap benda-benda yang merosakkan akal fikiran hendaklah disingkirkan, juga perbuatan curi dan rompak samun hendaklah dihapuskan.

Dengan wujudnya pertalian keturunan yang bersih dan berpanjangan itu wujudlah pula perasaan pertalian kaum kerabat dan kebangsaan yang dengan kekuatan dan pengaruhnya seseorang itu akan mendapat kekuatan untuk mencegah sebarang bahaya yang akan menimpanya dan wujudlah pula hubungan tolong-menolong dengan jalan pertalian kerabat dan semangat kebangsaan dalam segala urusan hidup, kerana biasanya seseorang itu apabila ditimpa sesuatu kesusahan yang menjadikan dia memerlukan bantuan, ia tidak mendapati bantuan itu melainkan dari orang-orang yang ada pertalian keturunan dengannya, maka dengan wujudnya pertalian keturunan dan kerabat yang suci dan sihat, eloklah keadaan segala lapisan masyarakat dan tenteramlah keadaan negara.

Demikian juga dengan terselamatnya akal fikiran dari sebarang perkara yang merosakkannya, dapatlah manusia menimbang dan mengenal mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang hak dan mana yang batil dan dapatlah pula memikirkan soal-soal ketuhanan serta soal iman dan taqwa.

Demikian pula dengan terselamatnya harta benda yang menjadi asas kehidupan seseorang, akan dapatlah ia memajukan segala urusan dunia dan agama dengan sempurna.

Kebenaran hakikat ini diakui oleh ahli-ahli fikir yang bijak pandai, bahkan semua agama yang diturunkan oleh Allah Taala bertujuan menjaga perkara-perkara yang tersebut dari apa juga yang merosakkannya.

Malangnya perbuatan zina yang menodai pertalian keturunan, perbuatan meminum arak yang merosakkan akal fikiran, dan perbuatan curi rompak yang memusnahkan hak milik orang lain dengan tidak berperi kemanusiaan - dilakukan dengan bermaharajalela bukan sahaja oleh orang-orang yang jahil bahkan juga orang-orang yang terpelajar.

Berlakunya yang demikian adalah disebabkan ketiadaan atau kelemahan iman dan dengan itu mudahlah mereka dipengaruhi oleh runtunan hawa nafsu dan keadaan buruk yang disekelilingnya.

Untuk mencegah perbuatan-perbuatan yang durjana itu, tidak lain melainkan dengan jalan yang memelihara dan menghidupkan iman yang kukuh dan sempurna.

Monday, April 26, 2010

Kelebihan Majlis Ilmu

Isnin 26 April 2010/ 11 Jamadilawal 1431


29- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ … وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ. (رواه مسلم)

29- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: " .. dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah (masjid atau surau) dari rumah-rumah Allah, sedang mereka membaca kitab Allah, serta mereka mempelajari kandungan isinya(1), melainkan turun kepada mereka semangat tenang tenteram dan mereka diliputi oleh limpahan rahmat, mereka pula dilingkungi oleh malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya".(2)


(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)


Demikian mulianya majlis-majlis ilmu yang diadakan di sana sini secara umum dan demikian pula majlis "tadarus al-Qur'an" yang diadakan dalam bulan Ramadhan secara khusus.


Selain dari itu, masih ada amal-amal kebajikan yang disunatkan mengerjakannya dalam bulan Ramadhan, di antaranya: Beriktikaf di dal am masjid(3), melebihkan nafkah anak isteri berbanding dengan yang diberikan pada bulan-bulan yang lain(4), mengerjakan sembahyang tarawih(5) dan menghayati sepuluh malam yang akhir dari bulan Ramadhan dengan amal ibadat untuk mendapat rahmat yang diberikan pada malam "Lailatul Qadar".(6)

Sunday, April 25, 2010

Peranan Ibu bapa terhadap anak-anak.

Ahad, 25 April 2010/10 Jamadilawal 1431

Firman Allah swt, dalam Surah Tahrim ayat 6:


Maksudnya:” Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”.

Keluarga adalah asas menentukan dasar pembinaan akhlak anak. Bila tumpuan ibu bapa terhadap keluarga berkurangan, maka kadar keciciran anak-anak semakin meningkat. Anak pada peringkat awal pembesaran dan pendewasaan memerlukan ibu bapa sebagai orang terawal penunjuk jalan teladan yang baik.


Menurut prinsip pendidikan Islam, saat kritikal dalam proses membina teras nilai murni, akhlak mulia, kasih sayang dan komunikasi yang mesra sebenarnya bermula dari dalam perut ibu lagi sehinggalah anak itu mencapai akil baligh.


Dengan demikian mimbar menasihatkan jemaah dan ibu bapa sekalian bahawa dalam tempoh kritikal ini, ibu bapa tidak boleh melepaskan diri dalam mendidik anak-anak walau apa jua sekalipun.

Jika kita tidak mengambil berat, maka anak-anak akan terdedah dengan gejala rosak akidah, hilang kemulian akhlak dan maruah juga ketinggalan dalam pendidikan. Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru, tidak tahu memilih yang baik atau yang buruk dalam kehidupan mereka.

Menurut Yusuf al-Qardawi, Tokoh Maal Hijrah 1431H bahawa kesan yang paling menonjol akibat kelemahan kualiti keibubapaan hari ini adalah terpisahnya atau tercabutnya akhlak anak-anak yang memudahkan dan mendedahkan mereka dalam krisis gejala sosial.

Satu kisah pada zaman Rasulullah SAW, seorang sahabat yang berjemaah bersama baginda kerap keluar dari jemaah awal sebelum sempat berdoa. Baginda bertanyakan kenapa balik tergesa-gesa sebelum sempat berdoa. Sahabat itu menerangkan dia mempunyai anak kecil yang ibunya baru meninggal dunia. Dia takut anaknya mengambil dan memakan buah tamar jiran yang gugur di halaman rumahnya dan ditakuti akan menjadi darah dagingnya. Sahabat itu menjelaskan daging yang disuburkan dari benda yang haram itu tidak layak masuk syurga. Mendengarkan penjelasan itu, baginda terdiam dan tidak berkata apa-apa, hanya memperhatikannya sahaja dia pulang ke rumah.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pencapaian prestasi anak-anak kita dalam pelajaran bergantung kepada perancangan dan penilaian bersungguh-sungguh ibu bapa sendiri. Dalam menjamin keberkesanan fungsi ibu bapa menentukan kejayaan pendidikan anak-anak, maka sukacita mimbar menasihatkan ibu bapa sekalian menetapkan sekurang-kurangnya 6 petunjuk prestasi utama atau KPI ibu bapa seperti berikut:

Pertama: Memastikan anak-anak menunaikan solat fardhu 5 kali sehari sama ada secara berjemaah atau bersendirian,


Kedua: Memastikan anak-anak mempelajari dan memahami al-Quran setiap hari,


Ketiga: Memastikan anak-anak mendapat makanan halal, berzat dan memenuhi keperluan vitamin setiap hari,


Keempat: Menyemak buku-buku latihan dan kerja setiap mata pelajaran sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu,


Kelima: Menetapkan sasaran setiap mata pelajaran anak sekurang-kurangnya mencapai 80%, dan


Keenam: Mengadakan perjumpaan dengan guru kelas sekurang-kurangnya sekali dalam setiap semester atau penggal bagi mendapat maklumbalas prestasi pembelajaran anak-anak.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,



Ibu bapa cemerlang adalah mereka yang berjaya meletakkan generasi pewaris berjaya membentuk modal insan yang berkualiti soleh.

Maksudnya: “Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak mengujimu pada apa yang dikurniakan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-An’am: 165)

Dipetik dari Khutbah JAKIM, Jumaat 1 Jan 2010.

Friday, April 23, 2010

Ibadat Yang diterima Allah swt

Jumaat, 23 April 2010/8 Jamadilawal 1431


Hadis Ketiga Puluh Tujuh

37- عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَرَأَيْتَ رَجُلًا غَزَا يَلْتَمِسُ الْأَجْرَ وَالذِّكْرَ مَالَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا شَيْءَ لَهُ فَأَعَادَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ يَقُولُ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا شَيْءَ لَهُ ثُمَّ قَالَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبَلُ مِنْ الْعَمَلِ إِلَّا مَا كَانَ لَهُ خَالِصًا وَابْتُغِيَ بِهِ وَجْهُهُ. (أبو داود والنسائي)

37- Dari Abu Umamah r.a., katanya: "Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana hukum seseorang yang pergi berperang untuk mencari pahala dan nama yang terpuji, apa yang akan didapatinya?" Maka Rasulullah s.a.w. (menyatakan kepadanya dengan) bersabda: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; Si penanya mengulangi pertanyaannya tiga kali dan Rasulullah s.a.w. pula tetap menjawab: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; akhirnya Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla tidak menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untukNya semata-mata dan dengan tujuan untuk mendapat keredhaanNya."

( Abu Daud dan An-Nasa'i)

Hadis yang ketiga puluh tujuh ini menerangkan bahawa:

Sebarang amal yang dikerjakan bukan kerana Allah, tidak ada nilainya di sisi Allah.

Huraiannya:

Sesuatu amal yang dikerjakan, walau seberapa besar dan tinggi nilainya pada anggapan manusia, belum tentu ada nilainya di sisi Allah untuk mendapat balasan pahala pada hari akhirat kelak.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan hukum perkara itu kepada orang yang bertanya mengenai seseorang yang berjuang di medan perang dengan tujuan untuk mendapat pahala dan nama yang terpuji sebagai pahlawan yang gagah berani; Baginda menyatakan bahawa orang itu tidak beroleh sebarang pahala. Baginda menegaskan jawapannya itu sebanyak tiga kali, sambil menerangkan sebabnya amal itu yang pada zahirnya dipandang tinggi nilainya tetapi pada hakikatnya tidak mendapat sebarang pahala kerana ia dikerjakan bukan kerana Allah semata-mata, sedang Allah Subhanahu wa Taala tidak menerima melainkan amal bakti yang dikerjakan dengan ikhlas kepadaNya.


Sumber: Mustika Hadis

Thursday, April 22, 2010

Taat kepada asul saw dan kepada pemerintah

Khamis 22 April 2010/7 Jamadilawal 1431

Hadis Kelapan

8- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمَنْ أَطَاعَ الْأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ عَصَى الْأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي. (البخاري ومسلم)

8 - Dan dari Abu Hurairah juga, dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang taat kepada ku maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah, dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah, dan (selain itu) sesiapa yang taat kepada ketua - pemerintah maka sesungguhnya ia telah taat kepada ku dan sesiapa yang derhaka kepada ketua - pemerintah maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada ku .."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang kelapan ini menyatakan bahawa:

Taat kepada Rasulullah s.a.w. dan taat kepada pemerintah bererti taat kepada Allah.

Huraiannya:


Sebagaimana yang diterangkan bahawa di antara pengertian-pengertian Islam ialah taat atau mematuhi hukum Allah. Oleh kerana hukum-hukum itu dibawa dan disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dan dijalankan oleh pemerintah serta pemerintah-pemerintah itu pula mengadakan hukum-hukum dan peraturan yang tidak berlawanan dengannya, maka taat kepada Rasulullah s.a.w dan kepada pemerintah itu bererti taat yang membawa keredhaan Allah. Sebaliknya menderhaka kepada Rasul dan pemerintah yang bersifat demikian, bererti kederhakaan yang menyebabkan kemurkaan Allah.


Oleh itu, maka orang yang berakal siuman, sudah tentu berusaha menjauhi dirinya dan segala apa jua yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan tidak ada jalan yang lain melainkan mematuhi ajaran-ajaran Islam.

Wednesday, April 21, 2010

Iaman dan Islam Yang Sempurna

Rabu 21, April 2010/6 Jamadilawal 1431

Hadis Ketiga Belas

13- عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعَرِ لَا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلَا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنْ الْإِسْلَامِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ وَتَصُومَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنْ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيلًا قَالَ صَدَقْتَ قَالَ فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِيمَانِ قَالَ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ قَالَ صَدَقْتَ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِحْسَانِ قَالَ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ السَّاعَةِ قَالَ مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَتِهَا قَالَ أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ قَالَ ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا ثُمَّ قَالَ لِي يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنْ السَّائِلُ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ. (مسلم)

13 - Dari Umar bin Al Khattab r.a., katanya: Pada suatu hari, dalam masa kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki: Putih melepak pakaiannya, hitam legam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan (sebagai seorang pengembara), dan tidak ada seorang pun dari kami yang mengenalinya; (demikianlah halnya) sehinggalah ia duduk mengadap Nabi s.a.w. lalu ia menemukan kedua lututnya kepada kedua lutut Baginda sambil meletakkan kedua tapak tangannya atas kedua pahanya serta berkata: "Wahai Muhammad! Beritahulah kepada ku tentang (dasar-dasar) Islam(1)?" Maka Rasulullah s.a.w. menerangkan: "(Dasar-dasar) Islam itu ialah engkau melafazkan kalimah syahadat (meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah dan engkau mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta berpuasa pada bulan Ramadan dan juga engkau mengerjakan Haji ke Baitullah jika engkau mampu sampai kepadanya." (Mendengarkan penerangan Baginda yang demikian) ia berkata: "Benarlah apa yang tuan katakan itu!" Kata Umar: Maka kami merasa hairan terhadap orang itu - ia bertanya kepada Baginda dan ia juga mengesahkan benarnya (sebagai seorang yang mengetahui perkara yang ditanyakannya itu). Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang iman(2)?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Iman itu ialah) engkau beriman kepada Allah, Malaikat MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, serta Hari Akhirat; dan engkau beriman kepada takdir (yang ditentukan oleh Allah) - baiknya dan buruknya." (Mendengarkan yang demikian) ia berkata: "Benarlah apa yang tuan katakan itu." Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang ihsan(3)?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Ihsan itu ialah) engkau mengerjakan ibadat kepada Allah Taala seolah-olah engkau melihatNya (memerhatikan keadaanmu)(4), kiranya engkau tidak dapat melakukan yang demikian maka ingatlah bahawa Allah Taala tetap memerhatikan keadaan mu." Kemudian orang itu bertanya lagi: "(Selain itu) maka beritahulah kepada ku tentang (masa berlakunya) hari qiamat?" Nabi s.a.w. menjawab: "Orang yang ditanyakan mengenai hal itu bukanlah seorang yang lebih mengetahui dan yang bertanya." Orang itu bertanya lagi: "Jika demikian maka beritahulah kepada ku tentang tanda-tanda kedatangan hari qiamat itu?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Tanda-tanda itu ialah engkau akan dapati) adanya hamba perempuan yang melahirkan anak yang menjadi tuannya dan engkau akan melihat orang-orang (penduduk desa) yang berkaki ayam, yang tidak berpakaian sempurna, yang miskin menderita, yang menjadi gembala kambing bermegah-megah dan berlawan-lawan antara satu dengan yang lain dalam perkara membina bangunan-bangunan yang tinggi. " Umar berkata: Kemudian orang itu pun pergilah, maka tinggallah aku beberapa hari (memikirkan halnya dan hendak mengetahui siapa dia).

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku, sabdanya: "Wahai Umar! Tahukah engkau siapa orang yang bertanya itu?" Aku menjawab: "Allah dan RasulNya jualah yang mengetahui. "

(Pada saat itu) Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Orang itu ialah Jibril, ia datang untuk mengajar kamu akan agama kamu."

(Muslim)

________________________________

(1) "Islam" di sini ialah dengan pengertian yang kedua yang telah diterangkan pada bab yang ketiga.

(2) "Iman" bererti:
Pertama - Percayakan benarnya sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu.
Kedua - Segala jenis amalan taat - hasil dari kepercayaan dan kesanggupan itu.
Ketiga - Perkara-perkara yang diimankan itu; dan iman dengan erti inilah yang dikehendaki di sini.

(3) "Ihsan" di sini maksudnya: Cara mengerjakan sesuatu taat - terutama amal ibadat - dengan sebaik-baiknya, lengkap segala peraturannya serta dengan ikhlas kepada Allah Taala.

(4) Yakni hendaklah engkau lakukan amal ibadat atau taatmu kepada Allah s.w.t. dengan keadaan seolah-olah engkau nampak Ia melihat dan memerhatikan zahir batinmu. kiranya engkau tidak dapat mencapai keadaan itu maka hadirkanlah keyakinanmu bahawa Allah Taala tetap melihat dan memerhatikan mu kerana sesungguhnya Ia sentiasa melihat dan memerhatikan segala keadaanmu.

Hadis yang ketiga belas ini menerangkan:

(1) Ada kalanya Malaikat pembawa Wahyu - Menyamar diri sebagai seorang manusia.

(2) Iman, Islam dan Ihsan.

(3) Tanda-tanda kedatangan Qiamat.

Huraiannya:

Pertama - Malaikat Jibril (a.s) ada kalanya menyamar sebagai seorang manusia:

Pada suatu hari, sedang Rasulullah s.a.w dihadapi oleh sahabat-sahabatnya, tiba-tiba datanglah seorang lelaki seperti yang diterangkan dalam hadis ini, lalu bertanya tentang perkara-perkara agama. Apabila Baginda menjawab pertanyaannya, ia segera mengesahkan benarnya. Ini menjadikan sahabat-sahabat Baginda hairan memikirkan halnya, dia bertanya dan dia pula mengesahkan kebenaran jawapan Baginda.

Kehairanan sahabat-sahabat Nabi itu hilang apabila Baginda sendiri menerangkan pada akhirnya bahawa yang bertanya itu ialah Malaikat Jibril (as.).

Soal Wahyu:

Wahyu adalah satu perkara pokok yang menjadi dasar bagi segala perkara agama. Orang yang tidak mempercayai wahyu, sudah tentu tidak ada kepercayaannya kepada Rasul-rasul utusan Allah, Kitab-kitabNya dan lain-lain lagi yang berhubung dengan iman. Ada orang yang percaya, bahawa junjungan kita Muhammad s.a.w. seorang pemimpin yang bijak. Jika setakat itu sahaja kepercayaannya terhadap Baginda maka itu belum cukup, selagi dia tidak mempercayai bahawa kebijaksanaan Baginda itu - selain daripada sifat semula jadinya yang istimewa, Baginda pula mendapat wahyu dan pimpinan dan Allah Azza wa Jalla.

Kedua - Iman, Islam dan Ihsan berkaitan satu sama lain:

Di antara perkara-perkara yang ditanyakan kepada Rasulullah s.a.w. ialah soal Iman, Islam dan Ihsan, lalu dijawab oleh Baginda satu persatu. Walau pun pertanyaan itu dibuat satu-satu dengan berasingan, tetapi ketiga-tiganya merupakan satu hakikat jua, iaitu "Agama". Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. pada akhir hadis ini bahawa yang bertanya itu ialah Malaikat Jibril, datangnya untuk mengajar mereka akan "Agama" mereka.

Jelasnya, "Agama" itu jika dipandang dan segi amalan-amalan zahir disebut dengan nama "Islam"; jika dipandangi dari segi kepercayaan dan keyakinan hati disebut dengan nama "Iman"; dan jika dipandang dan segi kesempurnaan cara pelaksanaan dua perkara itu disebut dengan nama "Ihsan".

Tiga perkara yang dipandang dari segi-segi yang berlainan itu tidak harus berpisah antara satu dengan yang lain.

"Agama" itu adalah ibarat sebatang pohon, - Akar umbinya serta usul asalnya bahkan benihnya ialah "Iman"; dan seluruh pohon itu meliputi batangnya, dahannya, rantingnya, daunnya, bunganya dan buahnya ialah "Islam"; manakala kesuburannya, keharumannya, kemanisannya dan seluruh keindahannya ialah "Ihsan".

Dengan huraian ini nyatalah salahnya orang yang menganggap bahawa Iman, Islam dan Ihsan boleh berasingan antara satu dengan yang lain; dan lebih-lebih lagi salahnya orang yang menganggap bahawa Ihsan itu boleh ada atau dapat dilaksanakan dengan ketiadaan Iman dan Islam, kerana ihsan itu ialah sifat bagi keduanya dan sememang maklum bahawa "Sifat" tidak boleh ada dengan ketiadaan "Mausuf" (perkara yang disifatkan).

Islam dan Asasnya yang lima:

Sebagaimana yang telah diterangkan bahawa salah satu dan pengertian "Islam" itu ialah hukum-hukum dan keterangan-keterangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan Allah `Azza wa Jalla.

Hukum-hukum dan peraturan yang tersebut, yang terdiri dari suruh dan tegah, meliputi segala bidang hidup umat manusia.

Islam yang demikian sifatnya, berasaskan lima perkara - sebagaimana yang diterangkan oleh Baginda dalam hadis mi.

Dari lima asas inilah terbit dan kembali kepadanya segala hukum dalam setiap keadaan umat manusia - dalam alam kehidupan ini.

Asas-asas Islam yang lima itu ialah:

Pertama - Mengakui kebenaran tiap-tiap perkara yang benar dan melafazkan "Kalimah At-Taqwa":

Di antara syarat-syarat bagi mencapai keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat ialah menghormati kebenaran setiap perkara yang benar, dengan jalan mengakui dan mengamalkannya. Ini dengan sendirinya mewajibkan menolak kesalahan tiap-tiap perkara yang salah.

Oleh kerana sebenar-benar perkara yang benar ialah keesaan Allah Taala Tuhan yang wajib Al-Wujud dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., maka mengucap dua kalimah syahadat:

أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله

- Yang ertinya: "Aku meyakini serta menerangkan kebenaran, bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah" adalah menjadi asas atau "Rukun Islam" yang pertama bahkan menjadi anak kunci bagi seseorang masuk Islam.

Tiap-tiap orang Islam dituntut melafazkan "Kalimah Al-Taqwa" dalam kehidupan sehari-hari.

"Kalimah Al-Taqwa" itu ialah tiap-tiap tutur kata yang memelihara dan menyelamatkan seseorang dan tiap-tiap perkara yang membahayakannya serta mendatangkan manfaat dan kebahagiaan, sama ada di dunia mahu pun di akhirat dan semulia-mulia "Kalimah At-Taqwa" itu ialah:

لا إِلَهَ إِلا الله مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ الله



Kedua - Menggunakan segala anggota berusaha dan mengerjakan dengan cara yang teratur akan amal-amal bakti sama ada yang diwajibkan atau yang digalakkan untuk diri dan masyarakat, bagi mengenang budi dan mensyukuri nikmat-nikmat, dengan harapan mencapai kebaikan dan menjauhkan perkara-perkara yang merosakkan, serta dengan sepenuh-penuh kesedaran mengingati Allah dan berdoa kepadaNva memohon taufik dan hidayah-Nya ke jalan yang diredhai-Nya.

Semuanya itu terdapat dalam "Sembahyang", dan dengan ini nyatalah hikmatnya sembahyang itu menjadi asas atau "Rukun Islam" yang kedua, dan dengan ini juga nyatalah tepatnya sabda Nabi s.a.w. yang maksudnya: "Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama."

(Untuk penjelasan yang lebih lanjut mengenai sembahyang, lihatlah lampiran "B", pada akhir bab ini).

Ketiga - Berkorban dengan Harta Benda:

Harta benda adalah merupakan asas bagi segala urusan hidup dalam dunia ini. Oleh itu maka sebahagian besar dan daya usaha manusia dicurahkan untuk mencari dan memiliki harta benda dan kekayaan. Tetapi bukan semuanya berhasil mencapai kesenangan dan kemewahan itu dengan sepenuhnya, bahkan bukan sedikit - dari setiap bangsa di dunia ini - yang hidup miskin dan menderita.

Dengan yang demikian, maka membelanjakan harta benda untuk menolong orang-orang yang fakir miskin dan yang memerlukan bantuan, dan juga untuk kebajikan Islam - sebagaimana yang terdapat dalam amalan "Zakat" - adalah menjadi satu cara hidup yang aman makmur

Oleh itu, maka nyatalah hikmatnya kewajipan mengeluarkan zakat itu menjadi salah satu dari asas atau "Rukun Islam".

Keempat - Membendung kemahuan hawa nafsu:

Sebahagian besar dari kejadian kacau bilau yang berlaku dalam sesebuah masyarakat adalah akibat dari runtunan hawa nafsu yang buas liar dan melampaui batas, sehingga ada yang melupai kehormatan din dan rumahtangga, mencuaikan tugas dan kewajipan, mengkhianati amanah dan berbagai-bagai perkara jenayah lagi.

Oleh itu, maka kewajipan menyekat hawa nafsu dan menentang runtunan liarnya, serta melarih diri mengingati pengawasan Allah Taala akan segala yang zahir dan yang batin - sebagaimana yang terdapat dalam amalan "Puasa" - adalah menjadi satu cara hidup yang aman sentosa.

Dengan yang demikian, maka nyatalah hikmatnya ibadat puasa itu menjadi salah satu dari asas atau "Rukun Islam".

Kelima - Menghadiri tempat-tempat perhimpunan untuk kebajikan:

Manusia tidak seharusnya memencilkan atau mengasingkan dirinya dari sebarang perhubungan dengan sesama manusia.

Banyak perkara yang bersangkut paut dengan hidupnya, dengan agamanya, dengan pentadbiran negara dan masyarakatnya tak dapat diselesaikan melainkan dengan jalan perjumpaan dan perundingan, lebih-lebih lagi melalui persidangan antarabangsa.

Oleh itu, bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, maka menghadiri tempat-tempat perhimpunan untuk kebajikan sekadar yang mampu, bagi melahirkan sikap memperhambakan diri kepada Allah `Azza wa Jalla, dan bersyukur akan nikmat-nikmatNya, serta melaksanakan dasar bersatu padu dan bersefahaman antara sesama umat Islam dan juga untuk mendapat berbagai-bagai faedah dan manfaat dari segi rohani, akhlak, kemasyarakatan dan ekonomi - sebagaimana yang terdapat dalam "Ibadat Haji" - adalah menjadi satu cara hidup yang aman damai dan bahagia.

Dengan yang demikian, maka nyatalah hikmatnya ibadat haji itu menjadi salah satu dari asas atau "Rukun Islam".

Iman dan Asasnya yang enam:

Sebagaimana yang diketahui bahawa Islam yang diterangkan dalam hadis ini bererti: "Mematuhi apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w maka sudah tentu Islam yang bererti: "Kepatuhan yang sebenar-benarnya tidak akan wujud dengan ketiadaan iman atau kepercayaan yang tertentu, kerana: Islam itu adalah ibarat "Pokok", manakala iman pula adalah ibarat !`Benih"; Dan bahawa sebarang gerak-geri yang disengajakan oleh manusia adalah timbulnya dan sesuatu kepercayaan yang tertentu.

Dengan yang demikian, maka salah satu di antara rukun-rukun agama ialah iman atau kepercayaan, yang berasaskan enam perkara.

Wujudnya Allah Pencipta Seluruh Alam:

Sebagaimana yang sedia maklum, manusia yang waras akal fikirannya memang sedar bahawa wujudnya adalah diciptakan oleh Allah Maha Pencipta dan sebagaimana Ia sedar bahawa segala keadaan dan perjalanan dirinya tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Maha Pencipta itu, ia juga sedar bahawa dirinya tersusun dan jisim dan roh.

Undang-undang dan peraturan yang disedarinya menguasai keadaan dan perjalanan dirinya itu hanyalah untuk keselamatan jisimnya apabila ia mematuhinya dengan sempurna, maka sudah tentu bagi rohnya pula wajiblah ia mematuhi dengan sempurna akan undang-undang dan peraturan yang dikhaskan oleh Maha Pencipta untuk keselamatan roh.

Dengan yang demikian, ia sudah tentu mempercayai adanya Maha Pencipta - iaitu Allah Taala - yang menciptakan diri manusia dan menciptakan undang-undang serta peraturan jasmani dan rohaninya

Adanya Malaikat:

Undang-undang dan ilmu-ilmu jasmani boleh dicari dan dikaji oleh manusia, tetapi undang-undang dan peraturan rohani iaitu "Hukum-hukum Syarak" tidak akan dapat diketahui melainkan dengan jalan diterima dari Allah Taala dengan perantaraan Malaikat Wahyu, kerana menurut keadaan semula jadinya, manusia tidak dapat menerima hukum secara langsung dari Allah S.W.T. kecuali Rasul-rasul pilihan, itupun pada keadaan yang tertentu.

Adanya Kitab-kitab Allah:

Hukum-hukum dan peraturan yang disampaikan oleh Malaikat Wahyu itu ditulis sebagai sebuah kitab untuk dibaca dan dipelajari serta diamalkan oleh umat manusia.

Adanya Rasul-rasul Allah:

Sememang maklum bahawa undang-undang dan peraturan-peraturan itu tidak dapat difahami sebagaimana yang semestinya oleh kebanyakan manusia, maka Allah Taala yang Amat Bijaksana telah memilih orang yang diketahuiNya layak menjadi penyampai dan pensyarah yang menerangkan undang-undang itu satu persatu dan pensyarah itu ialah Rasul-rasulNya.

Adanya Alam Akhirat:

Sesuatu undang-undang atau perlembagaan tidak akan ada nilainya kalaulah tidak dihormati dan dipatuhi.

Kebanyakan manusia tidak menghormati sesuatu undang-undang atau perlembagaan melainkan setelah mengetahui balasan baik bagi orang yang menghormati dan mematuhinya dan balasan buruk bagi orang yang mencabuli dan mencuaikannya.

Oleh sebab hidup manusia dalam alam dunia ini adalah untuk sementara waktu sahaja maka balasan yang sepenuh-penuh kesempurnaannya dan seadil-adil keadaannya tentulah tidak difikir layak diberikan seseorang menerimanya dalam alam sementara ini, bahkan bagi melayakkan yang tersebut, diakui benar adanya satu alam yang berpanjangan lagi kekal iaitulah "Alam Akhirat" - Alam yang bermula dan masa berakhir hidup manusia dalam alam dunia ini.

Tambahan pula manusia dijadikan Allah tersusun dari jisim dan roh yang tidak akan habis atau binasa dengan berakhirnya alam dunia ini sekalipun jisimnya menjadi debu atau abu, bahkan roh itu tetap wujudnya berpindah dari satu keadaan ke satu keadaan hingga bercantum dengan tubuhnya yang dibangkitkan hidup semula untuk masa yang kekal itu.

Adanya Qadar dan Taqdir Allah:

Dari huraian-huraian yang tersebut, nyatalah bahawa Allah S.W.T. ialah pencipta seluruh alam meliputi manusia dan makhluk-makhluk yang lain dan Dialah yang menyusun, mengatur dan menentukan hukum-hukum, undang-undang dan peraturan, bagi segala keadaan makhluk seluruhnya, sama ada yang baik atau yang buruk.

Maka susunan dan penentuan ada nya dan berlakunya baik dan buruk itu ialah "Qadar Taqdir" tuhan yang azali, yang menjadi "Rukun Iman" yang akhir.

Ihsan dan Peringkat-peringkatnya:

Sebagaimana yang sedia diketahui bahawa "Ihsan" ialah cara mengerjakan sesuatu taat dengan sebaik-baiknya, lengkap segala peraturannya, serta dengan ikhlas kepada Allah Taala, iaitu bersih dari syirik dan sikap munafik serta bersih dan perasaan riak, ujub dan lain-lainnya.

Yang demikian ini ialah hakikat Ihsan yang menjadi salah satu dari "Rukun-rukun Agama" yang tiga, yang dengan ketiadaannya maka yang dua lagi - Iman atau Islam - tidak diterima, kerana taat yang dikerjakan dengan ketiadaan Ihsan adalah ibarat patung yang tidak bernyawa.

Ini ialah peringkat Ihsan yang pertama, yang mesti diusahakan oleh tiap-tiap seorang.

Selain dari itu, ada dua peringkat lagi iaitu yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini.

Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat:

Oleh kerana hikmatnya Allah Taala menjadikan jin dan manusia serta makhluk-makhluk yang lain ialah untuk masing-masing membuktikan taat setianya dan penghormatannya dengan mengerjakan amal ibadat kepadaNya, maka untuk membicarakan dan membalas ketaatan dan kederhakaan tiap-tiap makhluk, sudah tentu adanya satu masa yang ditetapkan untuk tujuan yang demikian, iaitu "Hari Qiamat".

Oleh sebab itulah si penanya bertanya kepada Baginda tentang waktu kedatangan hari Qiamat itu, akan tetapi oleh kerana soal waktu kedatangan hari Qiamat itu adalah satu dari lima perkara yang pengetahuannya tertentu bagi Allah jua, maka Rasulullah s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: "Orang yang ditanyakan soal itu samalah sahaja dengan orang yang bertanya, tetapi aku akan menerangkan tanda-anda kedatangannya", lalu Baginda menerangkan seperti yang tersebut dalam hadis ini.

Selain dari yang diterangkan dalam hadis ini, ada didapati dalam kitab-kitab hadis yang lain banyak lagi tanda-tanda tentang hampirnya kedatangan hari Qiamat, di antaranya:

Pertama - Apabila susut dan kurang ilmu pengetahuan agama dengan kematian seseorang alim yang ahli dalam sesuatu cawangan ilmu yang tertentu dan tidak dapat diganti

Kedua - Apabila merebaknya kejahilan mengenai ilmu agama dengan sebab kurangnya orang-orang yang suka mempelajarinya.

Ketiga - Apabila diserahkan sesuatu urusan agama seperti jawatan ketua negara, mufti, kadhi dan sebagainya, untuk dikendalikan oleh orang yang bukan ahlinya.

Keempat - Apabila sesuatu masyarakat dipimpin oleh seseorang ketua yang fasik yang suka menggalakkan maksiat dan perbuatan yang durjana.

Kelima - Apabila orang yang benar dikatakan pendusta, pendusta dikatakan orang yang benar; orang yang khianat disifatkan amanah, orang yang amanah dikatakan khianat; orang yang adil disifatkan zalim, orang yang zalim disifatkan adil dan orang-orang yang jahil berpengaruh dan bermaharajalela dengan berlagak pandai dalam ilmu agama sehingga orang alim terpaksa mendiamkan diri (setelah tugasnya tidak lagi dihargai).

Keenam - Apabila arak menjadi adat diminum berterang-terang di sana sini, dengan digalakkan pula oleh pemimpin-pemimpin dan ketua.

Ketujuh - Apabila perbuatan lucah dan cabul dilakukan dengan berterang-terang di merata-rata tempat dengan tidak mendapat sebarang teguran kerana kelemahan iman, sehingga kalaulah ada yang menegur maka orang yang menegur itu boleh dikatakan imannya pada masa itu sekuat iman Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar pada zaman sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

Lampiran (B):

Soal Sembahyang:

Mengenai sembahyang, Sayidina Umar r.a., berkata - Sebagaimana yang tersebut dalam kitab Al-Muwatta': Sesiapa memelihara sembahyang dan tetap mengerjakannya, bererti ia memelihara agamanya dan sebaliknya sesiapa yang mensia-siakannya maka ia lebih-lebih lagi akan mensia-siakan kewajipan-kewajipan agama yang lain".

Sebenarnya sembahyang itu tiang agama dan semulia-mulia asas Islam yang lima sesudah Dua Kalimah Syahadat.

Kedudukan sembahyang dalam agama menyamai kedudukan kepala pada tubuh badan; oleh itu, sebagaimana seseorang yang tidak berkepala tidak akan hidup, maka demikian juga tidak ada agama bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang.

Dalam kitab At-Tanwir, Sidi Ahmad bin Ata'illah berkata: Sembahyang amatlah besar kemuliaannya dan keadaannya di sisi Allah amatlah berat; dan kerana itulah Allah Taala berfirman, maksudnya; "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar" dan Rasulullah s.a.w. pula ketika ditanyakan tentang amal yang semulia-mulianya, Baginda menjawab, maksudnya: "(Semulia-mulia amal) ialah sembahyang yang dikerjakan pada waktunya".

Baginda juga bersabda maksudnya: "Orang yang mengerjakan sembahyang adalah ia bermunajat (mengadap dan merayu) kepada Tuhannya."

Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sehampir-hampir seseorang hamba itu kepada Tuhannya ialah semasa ia sujud."

Sebagaimana yang dapat disaksikan, bahawa dalam sembahyang terhimpun berbagai-bagai jenis ibadat yang tidak ada pada lainnya. Di antara ibadat-ibadat yang terhimpun dalam sembahyang ialah: Bersuci, berdiam diri, mengadap kiblat, membaca doa iftitah, membaca Al-Qur'an, berdiri rukuk, sujud, bertasbih dalam rukuk dan sujud, berdoa dalam sujud dan lain-lainnya, yang merupakan himpunan ibadat yang berbilang-bilang; kerana zikir sahaja adalah ibadat dan bacaan Al-Qur'an sahaja adalah ibadat; demikian juga halnya Tasbih, doa, rukuk dan sujud; tiap-tiap satunya adalah menjadi ibadat. " Demikian kata Ibnu 'Ata'illah dalam "At-Tanwir."

Perintah-perintah mengenai sembahyang, memeliharanya dan keadaannya menjadi sifat dan syi'ar orang-orang yang beriman, banyak sekali diterangkan di dalam Al-Qur'an al-Karim. Di antaranya firman Allah Taala, maksudnya:

"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembah yang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembah yang kamu) dengan taat dan khusyuk. " (238, Al-Baqarah).

"Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik." (33, Ar-Rum).

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. " (1-2, Al-Mu'minun).

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) ..." (45, Al-'Ankabut).

"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (103, An-Nisa).

Sembahyang yang lima waktu ini yang dikerjakan sehari semalam, tidak boleh sama sekali bagi seseorang yang mengakui dirinya Islam dan menghitung dirinya dalam barisan umat Islam meninggalkan satu waktu pun, dalam segala keadaan, selagi ia masih sempurna akalnya, sekalipun ia sakit tenat. Kalau ia tak dapat berdiri sembahyang kerana uzur, ia boleh sembahyang duduk; jika tidak dapat, ia boleh sembahyang dengan berbaring - dengan mengiring ke sebelah kanan atau ke kiri atau pun dengan terlentang.

Di dalam Al-Qur'an al-Karim diberi amaran mengenai orang-orang yang mencuaikan sembahyang. Tentang ini Allah Taala berfirman, maksudnya:

"Kemudian mereka (yang taat) digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka, - "Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal salih .." (59-60, Maryam).

Dalam huraiannya, Ibnu Abbas berkata - seperti yang disebutkan oleh al-Syams al-Zahabi dalam kitabnya al-Kabair: Bahawa "Mencuaikan sembahyang" yang tersebut dalam ayat ini bukan maknanya mereka meninggalkan sembahyang sama sekali, tetapi maksudnya mereka mentakhirkan (melengahkan) sembahyang sehingga keluar waktunya.

Hal ini dijelaskan oleh Said bin Al-Musayib, dengan menyatakan bahawa maksudnya: Orang itu tidak sembahyang Zuhur melainkan setelah masuk waktu Asar, (dan seterusnya tentang waktu-waktu yang lain). Maka sesiapa yang mati dalam keadaan yang demikian dan ia tidak bertaubat, maka balasan yang ditetapkan baginya ialah azab seksa di dalam neraka.

Firman Allah lagi, maksudnya: "Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang yang keadaan mereka lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya" (4-5, Al-Ma'uun).

Yakni yang lalai dari mengerjakannya pada waktunya, lalu dijanjikan kepada mereka dengan balasan yang seburuk-buruknya di dalam neraka, kecuali orang yang bersifat demikian segera bertaubat dan menyesal terhadap perbuatannya itu.

Dan firmannya lagi, maksudnya: "Wahai orang-Orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahnya). Dan (ingatlah!) sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi. " (9, Al-Munafiqun).

Menurut sebahagian dan ahli tafsir, "Mengingati Allah" (zikir Allah) di sini ialah "Sembahyang yang lima waktu"; maka sesiapa yang mencuaikannya kerana dilalaikan oleh harta bendanya, anak pinaknya dan segala urusan hidupnya, menjadilah ia dan orang-orang yang rugi serugi-ruginya.

Di dalam hadis-hadis pula ada diterangkan tentang setakat mana beratnya kewajipan sembahyang itu. Di antaranya Baginda bersabda, maksudnya: "Jaminan berbaik-baik di antara kita dengan mereka yang mendakwa dirinya orang Islam ialah mengenakan sembahyang, oleh itu sesiapa yang tidak sembahyang maka sesungguhnya termasuklah ia dalam hukum orang kafir. "

Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Perkara yang menghubungkan seseorang dengan kufur ialah meninggalkan sembahyang. "

Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sesiapa yang cuai sehingga ia terlepas dari mengerjakan sembah yang Asar pada waktunya, maka sesungguhnya telah binasalah amalnya."

Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka sesungguhnya terlepaslah ia dari jaminan Allah menyelamatkannya."

Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sesiapa yang memelihara sembahyang dengan sebaik-baiknya, nescaya sembahyang itu menjadi cahaya baginya dan menjadi bukti serta penyelamat baginya pada hari Qiamat; dan sesiapa yang mencuaikannya, maka semuanya itu tidak akan diperolehinya, dan ia akan dihimpunkan pada hari Qiamat bersama-sama dengan Fir'aun, Qarun, Haman dan Ubai bin Khalaf."

Menurut penjelasan setengah ulama, bahawa sebabnya orang yang tersebut dihimpunkan bersama-sama empat orang (jaguh kekufuran) itu ialah: Kerana yang melalaikannya dan menunaikan sembahyang tidak lain melainkan hartanya, atau kerajaannya (jika Ia seorang pemegang teraju pemerintahan), atau jawatannya sebagai menteri, atau pun perniagaannya. Kalau hartanya yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Qarun; kalau kerajaannya yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Fir'aun; kalau pula jawatannya sebagai menteri yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Haman (menteri Fir'aun); dan kalau pula perniagaannya yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Ubai bin Khalaf (saudagar kaum Musyrik Mekah).

Dalam satu hadis lagi, bahawa Sayidina Umar, r.a., berkata: Seseorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w. lalu bertanya, katanya: "Ya Rasulullah, apakah satu-satunya amal dalam Islam yang lebih diperkenankan oleh Allah Taala?" Baginda menjawab: "Ialah sembahyang yang dikerjakan pada waktunya, dan sesiapa yang meninggalkan sembahyang maka tidak ada agama baginya, kerana sembahyang itu tiang agama. "

Dalam satu hadis yang lain, Baginda bersabda, maksudnya: "Apabila seseorang mengerjakan sembahyang pada awal waktunya, naiklah sembahyang itu ke langit serta ia bercahaya sehingga ia sampai kepada `Arasy lalu ia meminta ampun bagi orang yang mengerjakannya. (Demikianlah hal sembahyang itu) hingga hari Qiamat sambil ia berkata: "Semoga Allah memelihara mu sebagaimana engkau memelihara ku"; dan apabila seseorang mengerjakan sembahyang pada luar waktunya, naiklah sembahyang itu ke langit dengan diselubungi oleh gelap gelita, setelah sampai di langit lalu digulung seperti tergulungnya baju buruk dan dipukulkan ke muka orang yang mengerjakannya sambil sembahyang itu berkata (kepada tuannya): "Semoga Allah mensia-siakan mu sebagaimana engkau mensia-siakan aku"



Orang yang mengerjakan sembahyang dengan tidak sempurna amatlah buruk balasannya:

Dalam satu hadis yang diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. melihat seorang yang tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk (seperti ayam) semasa ia sujud, lalu Baginda bersabda, maksudnya: "Kalau orang itu mati dalam keadaannya yang demikian, nescaya ia mati dengan ketiadaan Islam...."

Dalam satu hadis lagi ada diterangkan, maksudnya: "Seseorang itu tidak akan beroleh pahala dari sembahyangnya melainkan mana-mana yang dikerjakannya dengan penuh kesedaran. Setengah orang yang mengerjakan sembahyang ada kalanya tidak mendapat seperenam dari pahala sembahyangnya dan tidak sepersepuluh." Yakni ia hanya mendapat pahala bagi bahagian sembahyang yang tertentu yang dikerjakannya dengan penuh kesedaran serta khusyuk. Orang yang penuh sedar dan khusyuk di sepanjang-panjang sembahyangnya maka ia beroleh pahala bagi seluruh sembahyangnya itu dan sebaliknya orang yang lalai di sepanjang-panjang sembahyangnya hampalah dia dari mendapat sebarang pahala mengenainya.

Orang mukmin yang menaruh belas kasihan kepada dirinya sendiri dan mencintai agamanya, adalah bertanggungjawab mengambil berat menyuruh dan mengajar ahli rumah dan anak pinaknya supaya mereka tetap memelihara dan mengerjakan sembahyang.

Kewajipan ini ditegaskan oleh Allah Taala di dalam Al-Qur'an al-Karim dengan firmanNya yang bermaksud:

"Dan perintahkanlah keluarga mu mengeriakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya...." (132, Taha).

Dan firmannya lagi; maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala) (6, At-Tahrim).

Nabi s.a.w. sendiri setelah ayat ini turun, sentiasa mengambil berat mengingatkan dan mengawasi keluarganya mengenai sembahyang. Bahkan Baginda dan keluarganya apabila menghadapi apa-apa kesukaran, lazimnya Baginda dan keluarganya mengerjakan sembahyang banyak-banyak.

Cara yang demikian ini juga menjadi amalan Nabi-nabi yang telah lalu - (as.).

Kerana tidak syak lagi, sembahyang itu menjadi sebab yang membawa rahmat, murah rezeki dan menolak bala' bencana.

Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut (nama) Allah (dan sifat-sifatNya): gementarlah hati mereka (kerana takut melanggar laranganNya), dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah;

"Mereka juga mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepadanya;

"Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya (dan dengan sempurnanya) (2-4 Al-Anfal),


Page First Previous Next Last of 10
Records 6 to 6 of 10

Tuesday, April 20, 2010

Mengerjakan solat sunat di rumah selepas berjemaah di masjid

Selasa, 20, April, 2010/5 Jamadilawal 1431


Dari Jabir ra katanya: Rasulullah saw bersabda;



" Jikalau seseorang di antara engkau semua itu telah meneyelesaikan solatnya di masjid, maka hendaklah memberikan sekadar bahagian dari solatnya - yakni yang sunah-sunah , untuk rumahnya, kerana sesungguhnya Allah membuat kebaikan dalam rumahnya itu kerana solatnya tadi"

( Riwawayat Muslim)

1. Adalah sunah mengerjakan solat-solat sunat di ruumah, baikpun sunnah ruwatib atau lainnya.

2. Diperintahkan berpindah untuk solat sunat dari tempat yang digunakan bersolat wajib dan memisahkan antara kedua solat itu dengan pembicaraan.

Sunday, April 18, 2010

Cara-cara menguburkan Mayat

Ahad, 18 April 2010/3 Jamadilawal 1431


1. Sesampainya mayat ke kubur hendaklah diletakkan kepala ayat itu arah kaki kubur.

2. Diangkat mayat itu ke dalam lubang lahad atau lubang tengah perlahan-lahan (lemah -lembut) dan cermat.

3. Miringkan mayat itu ke sebelah kanan dan hadapkan mukanya ke arah kiblat.

4. Jika mayat itu perempuan, ketika memasukkannya ke kubur hendaklah ditutup di atasnya dengan kain dan sebagainya.

5. Ketika mengangkat mayat ke dalam kubur disunatkan membaca..

6. Hendklah dimasukkan mayat itu ke kubur dari arah kaki kubur dengan mendahulukan kepalanya.

7. Buka tali ikatan yang mengikat kapan mayat itu.

8. Bukakan kain kapan pada muka mayat, supaya mukanya tercecah ke tanah.

9. Setelah ditutup lahad mayat itu hendaklah di masukkan ke dalam kuburnya tiga kepal tanah dan dibaca:

10.Tutup lubang kubur itu dengan papan dan sebagainya, dan timbus tanah serta tinggikan sekadar sejengkal.

11.Bahagian atas kubur yang ditinggikan sekadar sejengkal, jangan dilonjongkan, tetapi hendaklah didatarkan dan diratakan.

12. Hendaklah menandai kubur dengan batu dan sebagainya (batu nisan) di sebelah kepala mayat.

13. Meletakkan batu kecil-kecil (batu kerikil) di atas kubur.

14. Meletakkan pelepah yang basah atas kubur.

15.Menyiram kubur dengna air.

16. Setelah selesai mayat dikuburkan, hendaklah dibacakan talkin bagi mayat yang sudah baligh(dewasa)

17. Orang yang membaca talkin itu hendaklah ia duduk atau bediri pada muka mayat dengan membelakangkan kiblat, dan orang yang hadir berdiri mendoakan mayat, memohon kepada Allah supaya diampunkan dosanya.




Ayat An Nisa; 78:

" Di mana jua kamu berada, maut (mati) akan menemui kamu ( bila smpai ajal) sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh"

Yyat A-li Imran; 185:

" Tiap-tiap yang bernyawa itu akan mati, dan bahawasanya pada hari qiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu"




Sumber: Dipetik dari Buku Panduan Menyelenggara mayat dan persoalannya, Terbitan Jabatan Agamma Islam Wilayah Persekutuan.(cetakan ke 13 - 1998)

Friday, April 16, 2010

Surah Al fatihah - tujuh ayat pujian (assab'ul matsani) , dan ia terbahagi dua antaraKu dengan hambaKu.

Jumaat,16 April, 2010/1 Jamadilawal 1431


Abu Hurairah ra berkata, bahawa Nabi saw bersabda:

"Siapa yang solat dan tidak membaca Ummul Quran (fatihah), maka solat itu kurang, tidak sempurna.

Abu Hurairah ditanya, " Bagaimana jika kita di belakang Imam ?.

Jawabnya, " Bacalah dalam hatimu, sebab saya telah mendengar Nabi saw bersabda, Allah Azza wa Jalla berfirman:

" Aku telah membagi solat itu menjadi dua bahagian, antaraKu dengan hambaKu, dan terserahKu apa yang ia minta. Maka jika membaca; "Alhamdulliahi rabbil 'alamin"

Jawab Allah, " Hambaku telah memujiKu"

Dan bila membaca , " Arrahman nirahim"

Jawab Allah, "HambaKu bersyukur kepadaKu"

Dan bila membaca , " Maaliki yamumiddin"

Jawab Allah, " HambaKu telah memuliakan Aku (hambaku telah menyerah kepadaKu)

Maka jika membaca , "Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in".

Jawab Allah, " Ini yang di antarKu dengan hambaKu dan terserah pada hambaKu apa yang ia minta"

Jika membaca, " Ihdinasiratal mustaqim, siraltal lazi naam ta'alaihim, ghairil maghdhu bialaihim , wa ladhalliin"

Jawab Allah, " Itu semua Aku beri pada hamabaKu dan terserah pada hambaKu apa yang akan diminta"

-(HR Muslim)
* Mustahak:
Baca teks fatihah seperti ditulis dalam Al Quran.

Maklumat mengenai Al Fatihah:

1. Diturunkan sebelum hijra di Mekah, 7 ayat,
29 kalimat,
131 huruf
(ada yang mengatakan 7 ayat, 25 kalimat, 125 huruf)
juga- Ummul Quran/ Ummul Kitab/ Assab'ul Matsani/ al- Quranul 'Azim)

Bukhari berkata, Bernama Ummul Quran: Induk dari al Quran, kerana mengandung semua isi al- Quran. Dan pertama yang ditulis dalam mushhaf, juga pertama dibaca dalam ummul kitab. Induk dari semu kita Allah yang telah diturunkan kepada nabi-nabiNya, seakan-akan isi dari semua apa yang diwahyukan Allah kepada Nabi-nabi disimpulkan dalam fatihah.

Al-Quranul 'Azim; surah yang terbesar dalam Al Quran. Juga bernama Asy Solah, Asy- Shifaa'. Ar-Ruqyah, Al-waqiyah, Al kafiyah dan Asasul Quran.

Thursday, April 15, 2010

Keutamaan Kalimah Thayyibah

Khamis, 15 April, 2010/29 Rabiulakhir 1431


Firman Allah saw, dalam surah Ibrahim: 24-26) yang bererti:


" Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Allah membuat perumpamaan, kalimat thayyibah (perkataan yang baik) seperti pohon yang baik (rindang berbuah lebat), akarnya terhujam ke dalam bumi dan dahannya menjulang tinggi ke angkasa. Pohon itu selalu berbuah (sepanjang tahun) dengan izin Rabbnya. Allah memberikan perumpmaan itu kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran. Dan perumpamaan kalimat khabitsah (perkataan buruk) seperti pohon yang layu, urat-uranya telah terbongkar keluar, tidak berdiri (tumbuh) lagi".

Qatadah Tabi'i ra.,mengutip sebuah hadis yang menceritakan bahawa suatu ketika seorang berkata kepada Rasulullah saw. " Ya Rasulullah, saudara-saudar kita yang kaya telah mendapatkan pahala yang tak terkir banyaknya )kerana sedekah mereka)? "

Rasululah saw bersabda,

" Katakanah dengan benar! Sendainya seorang menyusun harta kekayaannya dari bawah ke atas, apakah kekayaannya itu akan sampai ke angit? maukah aku kabarkan kepada kamu menegenai suatu amalan yang akarnya menhunjam ke dalam bumi dan cabang-cabangnya menjulang ke langit? Iaitu hendaklah kamu membaca:


"Laailaahaillahu wallahu akbar wa subhanallahhi walhamdulillah"



sebanyak sepuluh kali setiap selepas solat. Ucapan inilah yang akarnya menghunjam ke dalam bumi dan cabang-cabangnya menjulang ke langit.



Kalimah thabiyyah atau kalimah tauhid berulang kali disebut di dalam al- Quran dan hadis. laimat ini disebut debgna berbagai naam atau sebutan mislnya: kalimah thayyibah, kalimah suci, qaulun tsabit (perkataan yang teguh), kalimat taqwa, (kalimah keyakinan)maqaalidus samaawati wal ardhi (anak kunci l bertanya kembali., " wahai rasiululah, apaah ucapan "laaangit dan bumi) dsn.

Imam Ghazli ra menulis kalimat tahuid ialah kalimat ikhlas ,kalimat taqwa, kalimat thayyibah, urwatul wutsqaa(tali yang amat kuat) da'watul haq (permohonan yang benar)tsamanul jannah ( harga syurga).

Abu Dzar ra menceritakan bahawa sutu ketika ia meninta Rasulullah saw agar memebrikan nasihat kepadanya, maka rasulullah asaw bersabda:

" Takutlah kepada Allah, apabilan engkau telah melakukan suatu keburukan maka hendaklah segera mengerjakan kebaikan sebagai kifarahnya supaya keburukan itu dapat dihapuskan".

Abu Dzar bertanya kembali, "Wahai Rasulullah, apakah ucapan "laa illaha illallaah " itu termasuk kebaikan? Rasulullah saw menjawab,

"Ya, itulah kebaikan yang paling afdhal"

Wednesday, April 14, 2010

zikir dibalas ganjaran dua juta kebaikan

Rabu, 14 April 2010/28 Rabiulakhir 1431



Dari Abdullah bin Abi Aufa ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,

"Barangsiapa membaca ' Laa ilaaha illallahu wahadahuu laa syarika lahuu ahadan somadan lam yalid walam yuulad, wala yakun lahuu kufuwan ahad' , maka akan dituliskan oleh Allah baginya dua juta kebaikan"

- ( HR Thabrani)

1. Dengan berzikir bebarapa kaliamat yang pendek lagi mudaha seperti dia atas, allah aklan mengurnikan rahmat kepada kita beribu-ribu kebaikan. Malangnya amat sedikt yang tahu, bahkan lalai dengan nikmat dunia.

2. Allah swt menjanjikan ganjaran setiap kebaikan dengan sepeuluh kali ganda lipat, kemudain ganjaran terus ditambah menurut kadar keikhlasannya. Ini enunjukkan pemberian Allah tidak terbatas . Kita hanyalah perlu ikhlas dan melakka kebaikann dengna niat kerana Allah.

3. Nabi saw perbersabda,

" Dengan memeluk agama Islam, maka dosa-dosa yang dilakukan sebelumya akan diampuni. Kemudian satu kebaikan diberikan ganjaran sepuluh hingga tujuh ratus kali lipat atau sebanyak yang dikehendaki oleh Allah. Sedangkan satu kejahatan hanya dibalas dengan satu sahaja. Sehingga kejahatan itu akan dimaafkan oleh Allah dan tidak akan dibalas nanti".

Tuesday, April 13, 2010

Sifat Ikhlas kerana Allah.

Selasa,13 April 2010/27 Rabiulakhir 1431


Ikhlas - ialah mengqasadkan segala amal ibadat dan ketaatan serta semua perbuatan semat-mata kerana Allah swt., ditujukan kepadaNya untuk mendekatkan diri dan menperoloeh keredhaan, bukan kerana tujuan-tujuan yang lain, sperti berpura-pura, menunjuki-nunjuk kepada manusia yang lain, mengharapkan pujian manusia atau pun tamak mendapatkaan sesuatu pemberian.

Orang yang ikhlas ialah orang yang yang melakukan perbuatan atau amalan untuk mendekatkan dirinya kepada Allah swt dan mencari keredhaanNya serta memperolah balasan pahalaNya atau ganjaran syurga daripadaNya. Manakala sifat orang yang riya' (sifat yang berlawanana dengan ikhlas) ialah orang yang bermaksud dengan amalnaya untuk menunjuk-nujuk kepada orang ramai supaya mereka melihatnya, dan amalanya tentu Allah tidak akan menerimanya.



Dengan itu kita hendaklah sentiasa berniat baik di hati , sertaikhlaskan niat itu semata-mata kerana Allah dengan mendekatkan dirinya untuk mematuhi dan memperoehi keredhaan Allah. Kemudian mengharapkan pula pahala di akhirat, sebagaimana yna dijanjikan oleh Alllah sebagai balasan dan kurniaNya. Ini adalah kerana niat baik dan ikhlas kepada Allah sawt merupakan sebesar-besar perkara yang menyelmatkan manusia.

Sebagaiman hadis nabi saw, yang bermaksud: " Sesungguhnya setiaap amalan itu . Dan sabdanya lagi:

" Niat seorang Mukmin lebih baik dari amalannya"

Monday, April 12, 2010

Pahala Memberi petunjuk kepada orang lain

Isnin,12 April 2010/26 Rabiulakhir 1431


Dengan sedikit ilmu yang ada, kita mengkin dpat menasihati atau memebrikan petunnijuk kepada orang lain yang agak kurang sedar tau beleum mmemahami apa sepatutnya dilakukan.

Dengan menyebarkan ajaran Islam atau dengan jalan berdakwah kepada seseorang itu, ia akan dapat bertaubat atau menginsafi apa ynag dikerjakan selama ini adalah [perkara yang tercela atau terlarnag oleh Allah swt.

Secara langsung atau tidak langsuang ibubapa , pendidik/guru/ pendakwah dapat menunjukkan jalan yang betul mengikut lunas-lunas agama sebagimana yang disyariatkan oleh ajaran agama Islam. Atau seseorang itu mengajak saudaranya suppaya taat kepeda Allah serta berbuat baik sesama makhluk, atau sesama saudara Islam.

Amalan baik yang dilakukan oleh mereka yang mendidik, mendakwah atau menasihaktkan tersebut akan mendapat ganjaran pahala dari Allah swt. Malahan jika nasihat perkara yang sama dilakukan kepada orang lain ia juga akan mendapat pahala dari apa yang telah diberi nasihatkan olehnya.

Di riwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

" Sesiapa yang mengajak orang kepada hidayah (kembali kepada Allah) , maka baginya pahala orang yang mengikutnya (serta) tidak kurang pula pahala orang yang mengamalkannya".

Sunday, April 11, 2010

Berdakwah adalah tugas yang sangat mulia di sisi Allah swt

Ahad, 11 April 2010/25 Rabiulakhir 1431


Berdakwah itu adalah tugas yang sangat mulia. Dakwah merupakan tugas utama Rasulullah untuk menyeru kepada kebaikan dan menjanlankan perintah Allah melalui Islam. Sebagaimana firman Allah swt.

"Aku hanya diperintahkan supaya menyembah Allah, dan tiada menyekutykanNya. Kepadanyalah aku menyeru (berdakwah) dan kepadaNya juga aku akan kembali (mati)"

( Surah AR-Ra'ad: 36)

Nyatalah bahawa orang yang amat dekat dan amat utama kepada Rasulullah saw di dunia dan di akhirat ialah orang yang mengambil berat terhadap tugas dakwah ini. Berdakwah dengan ertikata mendakwah kepada kebajikan dengan keimanan dan ketaatan kepada Allah swt, serta mencegah kekufuran dan maksiat.


Firman Allah swt:

"Adakan di antara kamu umat (kumpulan) yang mengajak kepada kebajikan"

- (Ali Imran: 104)
Di dalam masyarakat perlunya ada suatu jemaah atu keumpulan yang menjalankan tugas berdakwah di jalan Allah swt untuk menyeru kepada manusia ahli dalam masyarakat untuk mengerjakan kebaikan seperti keimanan dan ketaatan. Orang yang menjalankan tugas dakawh ini akan menerima penghormaan yang tinggi di sisi Allah.


Sabda Nabi saw:

"Barangsiapa yang menyeru kepada kebajikan, maka baginya balasan yang sama (banyaknya) dengan balasan-balasan yang diberikan kepada sesiapa yang mengikutinya, tidak dikurangi balasan mereka itu walau sedikit pun. Dan barangsiapa yang menyeru kepada kesesatan, maka baginya dosa ynag sama (banyaknya) dengan dosa-dosa yang dikenakan ke atas sesiapa yang mengikutnya, tidak dikurangi dosa mereka itu walau sedikit pun".

Oleh itu barangsapa yang menjadikan dakwah kepada kebajikan itu sebagai tujuan dna tugas, maka sebenarnya ia telah menerima sebahagian besar dari pesaka Rasulullah saw. dan ia telah mengikuti jalan ynag ditunjuk oleh Allah menerusi ayat berikut.

" Katakanlah: Inilah jalanku, aku dan oramg-orang yang mengikutiku mengajak kamu ke jalan Allah dengan pandangan yang terang. Maha Suci Allah, dan tiadalah aku tergolong orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan)"

-( Surah Yusof: 108)

Saturday, April 10, 2010

Haram menghina orang islam

Sabtu 10 April 2010/24 Rabiulakhir 1431

Dari Abu Hurairah ra ia berkata Rasulullah saw bersabda:


"Jangan kamu saling dengki-mendengki, jangan saling memalukan( membuka kaaiban masing-masing), jangan saling bermarahan, jangan saling bertolak belakang dsan jangan khianat-mengkhianati , akan tetapi jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara .


Seorang muslim adalah saudara seorang muslim yang lainnya, tidak pula menghinanya, dan tidak pula merendahkannya. Taqwa itu ada di sini ..Seraya Nabi saw menunjuk dadanya sebanyak tiga kali - Cukukp seseorang mendapatkan kejahatan jika ia merendahkan (martabat) saudaranya yang muslim. Tiap-tiap orang islam diharamkan (diganggu) darahnya, hartanya dan peribadinya"

- (Riawayat Muslim)

Friday, April 9, 2010

Apabila anda memohon , pohonlah kepada Allah.

Jumaat, 9 April 1010/ 23 Rabiulakhir 1431



Apabila anda memohon , pohonlah kepada Allah.

Abu Abbas meriwayatakan dari Abdullah bin Abbas ra katanya:


" Sewaktu saya duduk di belakang Nbai saw (di atas tunggangan) beliau telah bersabada:


"Wahai anak muda! aku ingin mengajar kepada kamu bberapa kalaimat: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu! Peliharalah Allah nescaya Allah berada di hadapanmu, Apabila engkau ingin meminta batuan, maka pohonlah kepada Allah, Ketahuilah! Jikalau seluruh umat manusia bersatu untuk memberi se3suatu kepadamu, mereka tidak akan dapat berbuat demikian, kecuali mengikut apa yang telah ditentukan oleh Allah kepadamu. Dan jika seliruh manusi bersatu untuk membinasakankan kamu, mereka tidak kan dapat berbuat denikian kecuali menurut apa yang telah ditentukan oleh Allah swt kepadamu. Diangakat semua pena dan selesailah kitab"

-(Riwayat Tarmizi, yang menganggapnya sebagai hadis hasan lagi sahih)


Selnajutnya menyentuh pengertiaj sabda Rasululah saw yang berbunyi:"Apabila anda memihinmaka mohonlah kepda Allah"

Bahawa ini bermakna seseoragn hamba itu tidak wajar sama sekali untuk menggantungkan harapan melainkan kepada Allah swt. Malah hendaklh dia bergantung dan bertawakkal kepadaNya di dalam semua urusannya.


Jika sekiranya sesuatu hajat yang sedang diusahakan itu pada adatnya bukan terletak di bawah bidang kuasa makhlukNya, seperti memohon hidayat atau petunjuk, ilmu kefahaman menegnai al AQuran dan al Sunah, menyembuhkan penyakit, mahupun mendapatkan keselamatan daripada bala dunia dan azab akhirat. Dia pasti memohon kepada Tuhannya untuk meluluskan hajatnya itu.

Thursday, April 8, 2010

Pengertian Istighfar.

Khamis 8 April 2010/22 Rabiulakir 1431



Pengertian Istighfar.



Istighfar itu bermakna; " menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allahh dan memohon ampun dari segala doas".

Dengan memperhatikan pengertian istighfar it, naatalah bagi kita b ahawa hanya semata-mata menyebut dengan lisan kalimah-kalimah:

" Astaghfirullaha, Astaghfirullaha, Astagfirullaha"

Ucapan itu hendaklah disertai oleh hati dan fikiran bulat untuk mendapat keampunan Allah swt. Oleh kerana itu hendaklah berisghifar itu dilakukan bersama-sama oleh lisan yang mengucapkannnya dan oleh jiwa yang benar-benar tunduk dan berharap akan beroleh keampunan.

Untuk mendorong kita beristighfar, maka Allah telah menerangkan keutamaan-keutamaan istgighfar itu dalam beberapa ayat al-quran.


1, Firman Allah swt: " Mohonlah olehmu kepada Tuhanmu, keampunan dari segala dosa, kemudian bertaubatlah kepadaNya; Dia akan memberikan kepadamu kenikmatan-kenikmatan yang cukup baik dan meuaskan hingga batas waktu yang telah ditentukan , dan Dia akan memeberikan kemuliaan kepada tiap orang, menurut kedarnya masing-masing".

- (Surah Hud:31)

2. "Dan orang yang apabila terperosok mengerjakan kejahatan akan menganiaya diri mereka sendiri, nescaya mnereka segera mengingati Allah, lalu mereka memohon keampunan kepadaNya dari segala dosa-dosa mereka".

- (Ali Imran : 135)

3. "Dan barangsipa menegerjakan sesuatu kejahatan, atau menganiaya diri sendiri, kemudian ia memohon keampunan kepada Allah terhadap dosanya, nescaya dia medapat Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

- (An Nisa:110)

Kesimpulan:

Allah memberikan kenikmatan bagi orang-orang yang suka memohon keampunan kepada Allah terhadap segala dosanya.

Di antara sifat-sifat orang mukmin yang terpuji, berdasarkan firman-firman Allah ialah segera mengingat Allah jika pada waktu terpesorok ke dalam kancah kejahatan dan tidak membiarkan diri lama-lama terapung-apung dalam kancah itu, tetapi segera memohon keampunan kepadaNya.

Maka keinsafan menghendaki kita supaya memohon ampun, apabila kita terlanjur mengerjakan sesuatu dosa dan menghindarkan diri dari dosa-dosa selanjutnya.



Sabda rasulullah saw:

1. " Barang siapa memperbanyak istighfar, nescaya Allah melegakan tiap-tiap kegundahan mereka, melepaskan tiap-tiap kesempitan mereka dan memberikan rezeki secara tidak terduga-duga"

- ( H.R. Abu Daud)

2. "Apabila berdosa seorang hamba, lalu segera mengucapakan 'Allahummaaghfirlie'. (Wahai Tuhanku ampunilah kiranya dosaku) berkatalah Allah.

Hambaku telah berdosa, tapi ia tahu bahawa Tuhannya akan menyiksanya lantaran dosa dan memberi ampuan terhadap dosanya itu.

Hambaku berbuatlah engkau apa yang engkau kehendaki dari amalan-amalan yang baik, Aku telah, mengampunkani dosamu".

- (H.R. Al Bukhari Muslim)

Antara faedah istighfar ialah:

1. Memperoleh keutamaan daripada Allah dan anugerahNya.

2. Menghilangkan kesusahan, meluaskan rezeki dan memenuhi hajat.

3. Mensucikan dari dari kesalahan.

4. Mendekatkan diri kepada Allah

5. Membersihkan hati dari lalai dan melicinkan hati dari kelupaan.

6. Menjadi sebab diterima taubat dan memperoleh ' husnul khatimah'.

Wednesday, April 7, 2010

Kelebihan 1-10 zullhijjah

Rabu, 7 April 2010/21 Rabiulakhir 1431iriwawayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. bahawa nabi saw telah bersabda:


" Tidak ada amalan yang lebih utama daripada amalan di sepuluh hari ini". Sahabat bertanya:
"Tidak pula jihad?"
Baginda mejawab: "Tidak juga jihad kecuali orang yang keluar mempertaruhkan jiwa dan hartanya, lalu dia kembali tanpa membawa sesuatu pun".

_ ( Riwayat Imam Bukhari, Imam Ahmad, Tarmizi)


Apa yang dimaksudkan oleh hadis ini ialah, amalan soleh apa jenis sekalipun pada 10 hari pertama bulan zulhijjah melebihi pahala berjihad dalam beberapa keadaan.

Berkata Syeikh Muhammmmad Al-Na'im," Sesungguhnya ramai dari orang islam tidak mengetahui tentang kelebihan 10 hari pertama bulan zulhijjah. Sesungguhnya ia lebih afdhal dari hari-hari bulan ramadhan kerana bersandarakan kepada sabda Nabi saw:

" Sebaik-baik hari dunia ini ialah 10 hari pertama zullhijjah".

-( Riwayat oleh Imam Al-Bazzar drp Jabir ra, dihukumlan hadis hasan oleh Imam Sayuti di dalam 'Al-Jamik Al-Saghir'.

Maka ambillah peluang 10 hari pertama Zulhijjah sebagaiman kita mengambil peluang10 hari terakhit ramadghan, iaituemperbanyakkan bacaan Al Quran, bersedrkah, beriktikaf, berzikir, berdoa, berpiasa , bersolat sunat dn a pa saja ynag kita serimh lalkukan pada hari terakhir bulan tramadhan.

Di antara bebrapa amalan yang boleh dijadikan panduan:

1. Mengerjakan haji dan ini adala sebaik-baik nya.

2. Berpuasa pada hari wuquf

3. Bnayakkan tahlil, takbir, tahmid, zikir dan mmebaca Quran

4. Ibadat Qurban

5. Sedeqah

6. Mengelakkan dari membuanbg masa yang tidak berfaedah

Tuesday, April 6, 2010

Anjuran berselawat ke atas junjungan Nabi saw

Selasa 6 April 2010/21 Rabiulakhir 1431


Kita dianjurkan banyak beselawat setiap hari ke atas jujungan besar Nabi Muhammad saw . Selawat bererti mendoakan semoga Allah sawt memberi rahmat , memuliakan dan mengangkat darjat Nabi saw ke maqam yang terpuji.

Adapun jika malaikat berselawat ke atas manusia sebagimana ada disebut di dalam beberapa hadis, mak ertinya ialah mendoakan keselamatan dan keampunan bagi dosa-dosa orang yang beriman. Begitu juga jika selaat itu datang daripada Allah sawt terhadap manusia, maka ertinya ialah Allah swt merahmati dan mengampunkan dosa serta diangkat darjat orang yang beriman itu.

Di bawah ini terdapat beberapa dalil dan hadis Nabi saw berhubung dengan kelebihan berselawat yang antarnya seperti berkut:

1. Firman Allah swt dalam surah Al-Ahzab :56, Ertinya,

" Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"

2. Nabi saw bersabda yan bermaksud:

"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada ia mencintai anakaya, orang tuanya dan manusia semuanya"

- (Diriwayat oleh Ahmad , Bukhari, Muslim, Tarmizi, Nasai dan Ibnu Majah dari Anas ra)

3. Juga sabda Naai saw, maksudnya:

"Ajarkanlahkepada anak-anakmu mengenai tiga hal:

Cinta kepada Nabimu,

Cinta kepada ahli rumahnya dan

Cinta membaca Al Quran , kelak di hari qiamat nanti dalam naungan rahmat Allah di mana pada hari itu sama sekali tiada naungan melainkan naunganNya serta para nabi dan pilihanNya saja"

- ( Diriwayatkan oleh Abu Nashr Asy-Syairazi, Ad Dailami dan Ibnu Najjar dan Ali r.a)

4. Sabda Nbai saw;

"Bahawasanya seutama-utama manusia (orang yang terdekat) dengan akku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku"

-( Diriwayat oleh An Nasai dan Ibnu Hibban dari Ibn Mas'ud r,a)

5. Draipada Abu Hurairah ra bahasa Rasulullah saw telah bersabda:

"Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah swt akan berselawat ke atasnya sepuluh kali"

- (Riwayat Imam Muslim)

Bahkan di sana ada riwayat daripada sahabat Abdullah bin Amru bin Ash ra, bahawa sesiapa yang berselawat ke atas rasulullah sekali, Allah taala dan para malaikat berselawat ke atasnya yujuh puluh kali. (Diriwayatkan oleh imam Ahmad)

Antara fadhilat selawat ialah:

1. Memperoleh pahala

2. Memperoleh syafaat dan pertolongan dari rasulullah saw di hari akhirat.

3. Dihilangkan kesusahan/diberikan jalan keluar jika ada mengalami kesulitan atau permasalahan hidup di dunia ini.

4. Memperoleh kemuliaan dan kebahagiaan

5. Dilapangkan rezeki

6. Meghapuskan dosa

7. Ditinggikan darjat

8. Dikabulkan segala cita-citanya.

9. Didatangkan hajat keperluannya dan sebagainya.

Monday, April 5, 2010

Menjaga hati dari kekotoran dan gangguan syaitan

Isnin 5 April 2010/20 Rabiulakhir 1431



Sesungguhnya hati itu berkarat sebagimana berkaratnya besi. karatnya akan hilang dengnan membaca Al Quran. Ini ditegaskan oleh Rasulullah saw dengan sabdanya:

" Sesungguhnya pada jasad manusia itu ada seketul daging, apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasad , dan apabila daging iutu rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati".

- ( Riwayat Hadis Muttafaq Alaih)

Antara tanggungjawab kita adalah menjaga hati itu daripada sebarang kecacatan, menguatkannya dengan membaca al Quran dengan penuh iktibar dan memahaminya, dengan melakukan solat yang boleh menawan akal dan perasaan, dengan zikiriullah yang boleh memlingkan hati dan seluruh anggota manusia tertuju hanya kepada Tuhany, pencipita Yang Maha pemurah.

Tempat ibadat seperti masjid juga dapat menjaga manusia supaua berada di dalam sinaran cahaya. Diceritakan oleh Imam al Bukhari daripada cAbdullah bin Abbas ra, bahawa sewaktu keluar mnuju masjid nabi sawe sentiasa berdoa seebagai berikuat:

" Ya Aallah, jadikan pada hatiku cahaya, pada mataku cahaya, pada pendengaranku cahaya, di kananku cahaya, di kiruiku cahaya, di atasku acahaya, dibawahku cahaya, di hadapanlu cahaya, di belakangku cahaya dan jadikanlah bag seluruh yubuhku cahaya"

Abu Daud meriwayatkan apabila nabi saw memasuki masjid beliau berkata:

" Aku berlindung kepada Allah yang Maha agung. Dengan wajahNya yang Mulia, dengan kuasaNya yang lebih dahulu daripada syaitan yang direjam"

Apabila Nabi selesai membaca doa ini maka berkatalah syaitan, " Dia dipelihara daripada gangguanku sepanjang hari"